pembangunan modul “basic of electric and … · pembangunan modul “basic of electric and...

24
PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongquynh

Post on 08-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC”

NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)
Page 3: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)
Page 4: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC”

NORSHAHIDAH BT SHAFIE

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL , 2009

Page 5: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)
Page 6: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

iii

DEDIKASI

“Terima kasih buat Bonda dan Ayahanda yang tersayang dan tercinta, dengan keringat dan restu

mereka aku membesar dan berjaya.....

Teristimewa buat insan yang bergelar teman, terima kasih atas dorongan dan bantuan kalian.......

Terima kasih atas segalanya...”

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya

menyempurnakan penyelidikan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En Mahyuddin Bin Arsat

selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat yang

dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar 1 SPH kerana

telah memberikan kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi

menjayakan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas

bantuan , dorongan dan tunjuk ajar kepada saya secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih...... Ikhlas dari

Norshahidah Bt Shafie

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

v

ABSTRAK

Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan

para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu

pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan

terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Justeru itu, projek telah

dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric and

Electronic”. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan modul akademik dalam

bahasa Inggeris. Disamping itu, modul ini dibangunkan berdasarkan Model

Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan

mengandungi satu topik utama iaitu Passive Component dan terbahagi kepada tiga

sub topik iaitu Resistor, Capacitor dan Inductor. Setiap sub topik mengandungi

hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, dan aktiviti yang dilengkapi

dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian modul

terbahagi kepada tiga iaitu, kesahan, kebolehpercayaan dan penilaian keberkesanan.

Seramai dua orang pakar bidang Electric and Electronic menilai kesahan modul,

lapan belas orang pelajar 1 SPH (PERTANIAN) menilai kebolehpercayaan modul

dan 24 orang pelajar 1 SPH (ERT) terlibat dalam penilaian keberkesanan modul.

Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini

dengan lebih baik dan jelas.

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vi

ABSTRACT

A module is a type of learning material that enables students to learn

individually. The use of a module does not only facilitate a user to understand the

material content but also to improve their mastery level towards a topic included in

the module. Therefore, a project was carried out to produce a module entitled ‘Basic

of Electric and Electronic’. The purpose of this project were to produce this

academic module in English. Beside that , the module has been develop by “Model

Pembangunan Modul Sidek” and “Cognitive Load Theory”. There one main topic in

this module which is, Passive Component and consist of three sub topic, Resistor,

Capacitor and Inductor. Each sub topic contains a learning outcome (objective),

introduction, content, and activities complete with labeled images as references and

examples. Module evaluation was in divided to three parts, such validity, reliability

and effective evaluation. A total of 2 lecturer specialized in Electric and Electronic

field were involved in the module validity, 18 student of 1 SPH (PERTANIAN) for

evaluated the module reliability and 24 student 1 SPH (ERT) for evaluated the

module effectiveness. The development of this module will be able to simplify on

the student’s learned and understanding of these topics.

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii-xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 6

1.6.2 Pensyarah 6

1.6.3 Fakulti Pendidikan UTM 6

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vi

1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Terminologi 7

1.8.1 Modul 8

1.8.2 Basic 8

1.8.3 Electric 8

1.8.4 Electronic 8

1.9 Penutup 8

II SOROTON PENULISAN 2.1 Pengenalan 10

2.2 Modul 10

2.2.1 Sejarah Modul 11

2.2.2 Definisi Modul 12

2.2.3 Objektif Penggunaan Modul 13

2.2.4 Ciri-Ciri Modul 13

2.2.5 Prinsip-Prinsip Modul 18

2.2.6 Kegunaan Modul 19

2.3 Teori Pembangunan Modul 21

2.3.1 Teori Beban Kognitif 21

2.3.2 Teori Behaviorisme 23

2.3.2.1 Prinsip Teori Behaviorisme 23

2.3.2.2 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme 24

2.3.3 Teori Konstruktivisme 24

2.3.3.1 Implikasi Teori Konstruktivisme 25

Dalam Pengajaran

2.3.3.2 Ciri-Ciri Konstruktivisme 25

2.4 Model Pembinaan Modul 26

2.4.1 Model Pembinaan Modul Sidek 26

2.4.2 Model Pembinaan Modul Sharifah Alwiyah 27

Alsagoff

2.4.3 Model Pembinaan Modul Russell 28

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vii

2.5 Penutup 30

III REKABENTUK MODUL 3.1 Pengenalan 31

3.2 Proses Pembinaan Modul 31

3.2.1 Rasional Pemilihan Model Pembinaan Modul 32

Sidek

3.3 Peringkat I : Menyediakan Draf Modul 33

3.3.1 Pembinaan Matlamat 33

3.3.2 Mengenalpasti Teori, Rasional, Falsafah, 33

Konsep, sasaran dan Tempoh Masa

3.3.2.1 Rasional Pemilihan Teori Beban 34

Kognitif

3.3.3 Kajian Keperluan 34

3.3.4 Menetapkan Objektif 34

3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 35

3.3.6 Pemilihan Strategi 35

3.3.7 Pemilihan Logistik 35

3.3.8 Pemilihan Media 35

3.3.9 Menyatukan Draf Modul 35

3.4 Peringkat II : Mencuba dan Menilai Modul 36

3.4.1 Menguji Kesahan Modul 36

3.4.2 Kajian Rintis 37

3.4.2.1 Menguji Kebolehpercayaan Modul 37

3.4.3 Penilaian Keberkesanan 39

3.5 Rekabentuk Kajian 40

3.6 Tempat kajian 41

3.7 Populasi 41

3.8 Sampel Kajian 41

3.9 Instrumen Kajian 42

3.9.1 Ujian Bertulis 42

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

viii

3.5.2 Soal Selidik 43

3.10 Analisis Data 43

3.10.1 Kesahan Modul 43

3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 44

3.10.3 Penilaian Keberkesanan 45

3.11 Andaian Kajian 46

3.12 Batasan Kajian 46

3.13 Penutup 47 IV PEMBINAAN MODUL DAN ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 48

4.2 Bahagian A : Pembinaan Modul Akademik 49

4.2.1 Modul Basic Of Electric and Electronic 49

4.2.1.1 Format Pembinaan Modul Basic 49

Of Electric and Electronic

4.2.1.1.1 Tajuk Modul 49

4.2.1.1.2 Grid Kurikulum / Program 50

4.2.1.1.3 Penyataan Tujuan 51

4.2.1.1.4 Objektif Umum 52

4.2.1.1.5 Aktiviti-Aktiviti Penilaian 55

Tersusun

4.2.1.1.6 Strategi Penilaian 56

4.2.1.1.7 Rujukan 58

4.3 Bahagian B : Hasil Dapatan Kajian yang telah 59

dijalankan

4.3.1 Kesahan Modul 59

4.3.1.1 Nilai Kesahan Modul 59

4.3.1.1.1 Kesahan pakar bidang 1 59

4.3.1.1.2 Kesahan pakar bidang 2 60

4.3.2 Kebolehpercayaan Modul 60

4.3.2.1 Nilai Kebolehpercayaan Modul 60

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

ix

4.3.3 Penilaian Keberkesanan 61

4.4 Penutup 62

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 64

5.2 Perbincangan 64

5.3 Cadangan 68

5.4 Cadangan kajian lanjutan 68 5.5 Kesimpulan 69

RUJUKAN 71-74 LAMPIRAN 75-84

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert 43

3.2 Nilai Korelasi dan Interpretasi daripada 45

Rowntree (1981)

3.3 Sistem Gred Pemarkahan UTM 45

4.1 Nilai Kebolehpercayaan Modul 60

4.2 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pasca 61

bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan

Kawalan

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

vii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Pembinaan Modul Sidek 27

2.2 Proses Pembinaan Modul Syarifah Alwiyah 28

Alsagoff

2.3 Proses Pembinaan Modul Russell 29

3.1 Proses Menghasilkan Modul 32

3.2 Proses Mendapatkan Nilai Kebolehpercayaan 38

Menggunakan Model Selari

3.3 Proses Penilaian Keberkesanan 40

3.4 Populasi dan Sampel 42

3.5 Kaedah Pengiraan Kesahan Kandungan Modul 44

4.1 Tajuk Modul 49

4.2 Contoh isi kandungan bagi Modul Basic of Electric 50

and Electronic

4.3 Pernyataan tujuan bagi Modul 51

4.4 Objektif bagi Resistor 52

4.5 Objektif bagi Capacitor 53

4.6 Objektif bagi Inductor 54

4.7 Contoh isi pengajaran yang terdapat dalam modul 55

4.8 Contoh aktiviti 1 bagi capacitor 56

4.9 Contoh aktiviti 2 bagi capacitor 57

4.10 Rujukan 58

4.11 Nilai Kesahan Pakar Bidang 1 59

4.12 Nilai Kesahan Pakar Bidang 2 60

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

viii

SENARAI SINGKATAN IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

JPTK : Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

ERT : Ekonomi Rumah Tangga

PERT : Pertanian

STS : Sangat Tidak Setuju

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

SS : Sangat Setuju

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

No : Nombor

% : Peratus

ƒ : Frekuensi

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

ix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik Kesahan Kandungan Modul 74

Basic of Electric and Electronic

B Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 76

Basic of Electric and Electronic (RESISTOR)

Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 78

Basic of Electric and Electronic (CAPACITOR)

Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 80

Basic of Electric and Electronic (INDUCTOR)

C Penilaian Keberkesanan Modul 82

(UJIAN PASCA)

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan sektor perkhidmatan pembangunan

sumber manusia yang dinamik dalam mencorakkan perubahan dan kemajuan

masyarakat dan Negara. Hal ini selaras dengan Wawasan 2020 yang bertujuan

menjadikan Malaysia sebuah Negara maju sepenuhnya dan mampu bersaing dengan

negara maju lain sama ada dari segi ekonomi, teknologi dan pemodenan taraf hidup.

(Abd Rahim Abd Rashid, 2002). Justeru, bidang pendidikan merupakan bidang yang

penting dalam membentuk dan membangunkan sesebuah negara. Ia memerlukan

usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan

amalannya tertahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-

cabaran abad ke-21.

Bagi mencapai matlamat Negara ke arah melahirkan individu yang cemerlang

dan memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah, tepat, ringkas serta padat,

pembelajaran bercorak modul telah diperkenalkan dalam usaha untuk

memperkembangkan lagi status pendidikan negara. Pengajaran yang menggunakan

modul sudah lama digunakan di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.

Pembelajaran menggunakan modul juga mempunyai beberapa kebaikan tertentu dan

lebih mudah disediakan. ( Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1984 ).

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

2

Modul akademik merupakan salah satu bentuk modul yang berkonsepkan

memberi kemudahan khususnya kepada pelajar universiti atau kolej bagi mengikuti

pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada swasta atau awam seperti

yang telah ditetapkan oleh pihak universiti atau kolej. Modul ini kebiasaannya dibina

untuk pelajar yang mengikuti kursus secara sepenuh masa tetapi boleh juga

digunakan oleh pelajar yang mengikuti kursus secara separuh masa. Modul jenis ini

adalah modul yang sangat lengkap dan mengandungi semua bahan dan sumber

pengajaran dan pembelajaran termasuk nota yang telah disediakan oleh pensyarah

(Sidek Mohd Noah dan Jamaluddin Ahmad, 2005).

Secara tidak langsung, ini dapat membantu pelajar dan pensyarah

memperoleh, meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan secara lebih

sistematik. Dengan ini, mutu pengajaran pensyarah dan juga prestasi pelajar-pelajar

yang mengikuti subjek Asas Elektrik dan Elektronik ini meningkat. Ini sekali gus

dapat meningkat kualiti dan mutu serta nama Fakulti Pendidikan UTM sebagai

fakulti yang banyak melahirkan mahasiswa yang memperoleh keputusan yang

cemerlang. Akibatnya, ilmu-ilmu pengetahuan yang diperolehi itu dapat

dimanfaatkan kepada diri dan seterusnya pihak lain di universiti.

Kesimpulannya, dalam corak pendidikan terbuka di semua pusat pengajian

tinggi, penggunaan modul adalah digalakkan dan bersesuaian bagi melahirkan

graduan yang mempunyai kelulusan ikhtisas yang khusus, kemahiran yang terlatih

serta mempunyai kualiti dan daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan

sebagainya bagi memenuhi keperluan negara selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Negara.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam meniti arus gelombang globalisasi masa ini, penggunaan bahasa

Inggeris adalah sangat penting bagi setiap individu. Ini dapat dilihat melalui

penegasan yang di buat oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

3

Badawi (Utusan Melayu, 9 Jun 2008) terhadap dasar meritokrasi dan pengajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, pelaksanaan dasar

tersebut diyakini mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar bumiputera dan itu akan

menjadi satu cabaran. Pelajar bumiputera pasti sanggup menghadapi cabaran serta

memperbaiki diri dan prestasi mereka.

Pada masa ini, penggunaan modul akademik yang telah dibangunkan

memberi kemudahan khususnya kepada pelajar universiti atau kolej bagi mengikuti

pengajian mereka di institusi pengajian tinggi sama ada swasta atau awam telah

digunakan secara meluas. Modul yang dihasilkan adalah modul yang sangat lengkap

dan mengandungi semua bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang

selaras dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak kolej atau universiti.

Namun apa yang dapat dilihat pada senario penghasilan modul pada hari ini, ia masih

menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan modul itu sendiri. Malangnya,

pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal telahpun di ubah dalam bahasa

Inggeris sepenuhnya. Bahkan, kertas peperiksaan akhir juga telahpun diwujudkan

dalam bahasa Inggeris.

Bagi membolehkan pencapaian akademik bagi setiap pelajar mencapai tahap

yang membanggakan terutama dalam subjek teknikal, modul-modul yang dihasilkan

perlulah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama bagi memantapkan

pengetahuan para pelajar. Ini sejajar dengan sistem penarafan yang akan dilaksana di

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi membolehkan kualiti dan daya saing

IPTA diukur. Sementara itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga

2010 telah menyediakan rangka kerja bagi meningkatkan lagi kualiti dan akses

kepada pendidikan. (Utusan Melayu, 26 Jun 2008).

Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris telah lama diwujudkan di sekolah-

sekolah teknik dan vokasional seluruh Malaysia. Malah di UTM sendiri telah mula

menggunakan bahasa Inggeris terutama bagi subjek-subjek teknikal dalam sesi

pengajaran dan juga pembelajaran. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi setiap

pelajar teknikal di UTM mempunyai satu rujukan yang ringkas dan padat dalam

Page 22: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

4

bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahan walaupun telah dihujani dengan lambakan

buku teknikal yang sedia ada.

Bagi menghasilkan modul yang berkesan, ia haruslah dibangunkan

berdasarkan teori pembelajaran yang relevan. Menurut Baharuddin Aris et al (2002),

rekabentuk bahan pengajaran pendidikan melibatkan pedagogi dan rekabentuk

pengajaran (Instructional Design) disamping teknologi yang digunakan. Antara asas

teori pembelajaran yang digunakan dalam pembangunan modul ialah teori

behaviorisme, teori beban kognitif dan teori konstruktivisme. Pemilihan teori yang

bersesuaian akan dijelaskan secara terperinci dalam bab yang seterusnya.

Selain itu juga, penghasilan modul yang sistematik dan mengikut setiap

langkah-langkah mereka bentuk, akan menghasilkan satu modul yang baik dan

mempunyai kesinambungan dari isi kandungannya, (Meyer,1996). Terdapat

beberapa kaedah proses pembinaan modul iaitu dengan menggunakan model yang

diperkenalkan oleh Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984), Rusell (1974), dan Sidek

Mohd Noah (2001). (Sidek Mohd Noah dan Jamaluddin Ahmad, 2005). Model yang

bertepatan dan bersesuaian bagi pembangunan modul ini akan dihuraikan dalam bab

dua penulisan tesis ini.

Justeru, penghasilan modul berkenaan Asas Elektrik dan Elektronik di dalam

bahasa Inggeris adalah penting bagi kegunaan kepada pensyarah dan juga kepada

pelajar dalam memperolehi maklumat yang tepat, ringkas dan padat serta mudah.

Penghasilan modul yang dibangunkan menggunakan teori-teori yang bersesuaian

juga mampu memberi impak yang besar terhadap pengetahuan pelajar sekaligus

memudahkan sesi pengajaran oleh tenaga pengajaran.

1.3 Penyataan masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, dapat di

lihat bahawa penghasilan modul pada hari ini masih menggunakan bahasa Malaysia

Page 23: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

5

walaupun bahasa Inggeris telah di aplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di IPTA khasnya di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, belum

terdapat modul bagi subjek Basic of Electric and Electronic dihasilkan dalam bahasa

Inggeris di Fakulti Pendidikan UTM. Hal ini menyebabkan pelajar menghadapi

kesulitan dalam menjalani proses pembelajaran. Penggunaan teori dan model dalam

membangunkan modul juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan modul yang

mudah difahami dan sistematik.

1.4 Objektif kajian

Objektif bagi kajian ini adalah :

i. Membangunkan satu modul berdasarkan teori yang bersesuaian.

ii. Membangunkan satu modul mengikut model pembinaan modul yang

relevan.

iii. Membina satu modul akademik bertajuk “Basic of Electric and

Electronic” .

1.5 Persoalan kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah :

i. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengaplikasikan teori yang

bersesuaian?

ii. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengikut model pembinaan

modul yang relevan?

Page 24: PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND … · PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC” NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... (PERTANIAN)

6

iii. Adakah modul akademik bertajuk “Basic of Electric and Electronic”

dapat dibangunkan?