kejohanan olahraga majlis sukan sekolah …mssj.edu.my/daftar3/msss/peraturan pertandingan... ·...

14
MSS Sabah 2019 Page 6 KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SABAH 2019 1.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2018-2019, Peraturan- Peraturan Am MSSM dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sabah 2019 2.0 ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT YANG DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT MSS SABAH 2019. BIL ACARA L E L A K I P E R E M P U A N 18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB 01 100 Meter X X X X X X 02 200 Meter X X X X X X 03 400 Meter X X - X X - 04 800 Meter X X - X X - 05 1500 Meter X X - X X - 06 3000 Meter (Terbuka) X* - X* - 07 80 Meter Lari Berpagar - - X 0.762m - - X 0.762m 08 100 Meter Lari Berpagar - - - X 0.762m X 0.762m - 09 110 Meter Lari Berpagar X 0.914m X 0.838m - - - - 10 200 Meter Lari Berpagar - X 0.838m - - X 0.762m - 11 400 Meter Lari Berpagar X 0.838m - - X 0.762m - - 12 2000 Meter Lari Berhalangan X 0.914m X 0.762m - X 0.762m - 13 3000 Meter Jalan Kaki - - - - X - 14 5000 Meter Jalan Kaki - X - X - - 15 10000 Meter Jalan Kaki X - - - - - 16 Lompat Tinggi X X X X X X 17 Lompat Jauh X X X X X X 18 Lompat Kijang X X - X X - 19 Melontar Peluru X 5.00kg X 4.00kg X 2.72kg X 3.00kg X 3.00kg X 2.72kg 20 Melempar Cakera X 1.50kg X 1.00kg - X 1.00kg X 1.00kg - 21 Merejam Lembing X 700g X 600g - X 500g X 500g - 22 Baling Tukul Besi X 5.00 kg X 3.00 kg 22 4 X 100 Meter X X X X X X

Upload: doanh

Post on 02-May-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MSS Sabah 2019 Page 6

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SABAH 2019

1.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2018-2019, Peraturan-Peraturan Am MSSM dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sabah 2019 2.0 ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT YANG DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT MSS SABAH 2019.

BIL

ACARA

L E L A K I P E R E M P U A N

18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB

01 100 Meter X X X X X X 02 200 Meter X X X X X X 03 400 Meter X X - X X - 04 800 Meter X X - X X - 05 1500 Meter X X - X X - 06 3000 Meter (Terbuka) X* - X* -

07 80 Meter Lari Berpagar - - X 0.762m

- - X 0.762m

08 100 Meter Lari Berpagar - - - X 0.762m

X 0.762m

-

09 110 Meter Lari Berpagar X 0.914m

X 0.838m

- - - -

10 200 Meter Lari Berpagar - X 0.838m

- - X 0.762m

-

11 400 Meter Lari Berpagar X 0.838m

- - X 0.762m

- -

12 2000 Meter Lari Berhalangan X 0.914m

X 0.762m

- X 0.762m

-

13 3000 Meter Jalan Kaki - - - - X - 14 5000 Meter Jalan Kaki - X - X - - 15 10000 Meter Jalan Kaki X - - - - - 16 Lompat Tinggi X X X X X X 17 Lompat Jauh X X X X X X 18 Lompat Kijang X X - X X -

19 Melontar Peluru X 5.00kg

X 4.00kg

X 2.72kg

X 3.00kg

X 3.00kg

X 2.72kg

20 Melempar Cakera X 1.50kg

X 1.00kg

- X 1.00kg

X 1.00kg

-

21 Merejam Lembing X 700g

X 600g

- X 500g

X 500g

-

22 Baling Tukul Besi X 5.00 kg

X 3.00 kg

22 4 X 100 Meter X X X X X X

MSS Sabah 2019 Page 7

23 4 X 200 Meter - - X - - X 24 4 X 400 Meter X X - X X - 25 Heptathlon (Terbuka) - - - X* - 26 Oktathlon (Terbuka) X* - - - -

J U M L A H 20 20 8 19 19 8 *Peserta di kategori ini boleh menyertai acara 3000m(T) sebagai salah satu acara individu manakala Peserta-peserta yang mengambil acara Heptathlon dan Oktathlon hanya boleh menyertai 2 acara berpasukan. 2.1 Kod 07 : Acara 80 meter Lari Berpagar

Bil Pagar Tinggi Pagar Pagar 1 dari garisan permulaan Pagar ke Pagar Pagar 8 Ke garisan

Penamat 8 0.762 meter 12.0 meter 8.0 meter 12.0 meter

2.2 Kod 08 : Acara 100 meter Lari Berpagar

Kategori

Bil.Pagar

Tinggi Pagar

Garisan permulaan ke Pagar 1

Pagar ke Pagar

Pagar akhir ke Garisan penamat

P18TKB 10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter P15TKB 10 0.762 meter 13.0 meter 8.50 meter 10.50 meter

2.3 Kod 09 : Acara 110 meter Lari Berpagar

Kategori

Bil.Pagar

Tinggi Pagar

Garisan Permulaan Ke Pagar 1

Pagar ke Pagar

Pagar akhir ke Garisan penamat

L 18TKB 10 0.914 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter L 15TKB 10 0.838 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

2.4 Kod 10 : Acara 200 meter Lari Berpagar

Kategori

Bil.Pagar

Tinggi Pagar

Garisan Permulaan Ke Pagar 1

Pagar ke Pagar

Pagar akhir ke Garisan penamat

L15TKB 5 0.838 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter P15TKB 5 0.762 meter 20.0 meter 35.0 meter 40.0 meter

MSS Sabah 2019 Page 8

2.5 Kod 11: Acara 400 meter Lari Berpagar

Kategori

Bil.Pagar

Tinggi Pagar

Garisan permulaan Ke Pagar 1

Pagar ke Pagar

Pagar akhir ke Garisan penamat

L18TKB 10 0.838 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter P18TKB 10 0.762 meter 45.0 meter 35.0 meter 40.0 meter

2.3 Kod 12 : Acara 2000 METER LARI BERHALANGAN

2.3.1 Ketinggian pagar Halangan: 0.914m (L18 ), 0.762m ( PTT / L15 )

2.3.2 Lompat Pagar : 18 kali

2.3.3 Lompat Air : 5 kali

2.3.4 Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan

2.4 Kod 25 : Acara 4 X 200 M

2.4.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger –

seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M 2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan

2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X

400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.

2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut ” start list ”, dan

menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain. 2.5 Kod 27 : Acara HEPTATHLON ( PEREMPUAN TERBUKA)

2.5.1 Hari Pertama : 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi Melontar Peluru & 200M 2.5.2 Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing & 800m

2.6 Kod 28 : Acara OCTATHLON (LELAKI TERBUKA) 2.6.1 Hari Pertama :100m, Lompat Jauh, Melontar Peluru & 400m 2.6.2 Hari Kedua : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Merejam Lembing & 1500m

MSS Sabah 2019 Page 9

3.0 HADIAH-HADIAH 3.0.1 Acara Individu sehingga 1500 meter – Pertama, Kedua dan Ketiga 3.0.2 Acara Individu 3000 meter dan jarak lebih daripadanya serta Heptathlon dan Oktathlon –

Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam.

3.0.3 Acara Berpasukan – Enam pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

4.0 ACARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan sahaja bagi setiap acara Lari Berganti-ganti.

4.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut:-

Kategori Individu Lari Berganti-ganti 18 TKB 3 (termasuk acara terbuka) 2 15 TKB 3 (termasuk acara terbuka) 2 12 TKB 2 2

4.3 Peserta-peserta Heptathlon dan Oktathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian

dalam acara individu yang lain kecuali acara lari berganti-ganti. 4.4 Acara ‘ Terbuka ‘ hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 12 tahun atau

lebih pada 1 Januari tahun pertandingan.

5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah pada laman sesawang http://www.mssj.edu.my/daftar3/msss pada 08 Mac 2019 (Jumaat) iaitu dua minggu sebelum Kejohanan dengan mendaftarkan peserta dalam laman sesawang pendaftaran dan mencetak Borang Penyertaan Rasmi dalam sistem pendaftaran atas talian. Butir-butir tentang seseorang hendaklah dilengkapkan dan disahkan olah Setiausaha Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah masing-masing.

5.2 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-ganti sahaja juga dikehendaki mendaftar. 5.3 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu ( Borang R01 / M01 )

secara individu beserta gambar berukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Sukan Bahagian. (Peraturan Am 4.8)

MSS Sabah 2019 Page 10

5.4 Peserta-peserta 12 tahun ke bawah WAJIB membawa sijil lahir asal, manakala peserta-peserta15 dan 18 tahun ke bawah WAJIB membawa Kad Pengenalan Asal atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi semasa pemeriksaan dokumen. Kad pengenalan kejohanan (ID) juga perlu dibawa bersama dan merupakan dokumen pengenalan rasmi semasa peserta mendaftar diri di bilik panggilan. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA (Sila rujuk Peraturan Am 4 MSSM dan Lampiran C.)

5.5 Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09

dengan gambar ukuran passport dari Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN KPII/KPPK II dengan gambar ukuran passport dari Jabatan Pendaftaran Negara.

6.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

6.1 Mesyuarat Pengundian

6.1.1 Mesyuarat pengesahan akan diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis). Pengurus Pasukan atau wakilnya diminta hadir. Untuk pusingan pertama penentuan lorong akan dibuat berdasarkan kepada computer generated.

6.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya dalam mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN/PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN. (TIADA PENAMBAHAN PESERTA BARU)

6.2 Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan

Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA pengganti dibenarkan.

6.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan.[Peraturan 142. 4-Failure to participate]

6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan penyertaannya pada Taklimat

Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil

bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan, adalah dianggap sebagai telah menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai

Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.

MSS Sabah 2019 Page 11

6.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti 6.4.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, komposisi pasukan boleh dibentuk daripada senarai

peserta yang telah didaftarkan dalam borang pendaftaran rasmi pasukan sahaja. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja pasukan telah mula bertanding, hanya dua (2) orang atlet tambahan boleh digunakan sebagai pengganti dalam komposisi pasukan tersebut. Komposisi empat orang pelari termasuk 2 orang pengganti dan susunan larian atlet-atlet wajib diistiharkan secara rasmi tidak lewat daripada satu jam sebelum masa panggilan saringan pertama setiap pusingan menggunakan borang rasmi lari berganti-ganti yang disediakan JK Teknikal dan Pertandingan MSS Sabah 2019.

6.4.2 Seseorang peserta (berdaftar) yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil

bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawahsebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

ACARA MASA AKHIR LAPOR DIRI MASA BERGERAK KE ARENA Balapan 20 minit sebelum acara bermula 10 minit sebelum acara bermula Balapan ( Lari Berpagar) 25 minit sebelum acara bermula 15 minit sebelum acara bermula Lontaran, L. Jauh, L.Kijang 30 minit sebelum acara bermula 20 minit sebelum acara bermula Lompat Tinggi 55 minit sebelum acara 45 minit sebelum acara bermula

7.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik

Panggilan boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

7.3 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan

7.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka

TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan

7.5 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan

dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

7.6 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan Tag Pengenalan Rasmi kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

MSS Sabah 2019 Page 12

8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Hakim Bilik Panggilan.

8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong

masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka (Jika diberi arahan).

9.0 MEMANASKAN BADAN Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan. 10.0 BLOK PERMULAAN

10.1 Bagi acara-acara yang disebut di bawah untuk peringkat umur 18,15 dan 12 tahun ke bawah Lelaki dan perempuan, mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN:-

100 meter 80 meter lari berpagar 400 meter lari berpagar 200 meter 100 meter lari berpagar 4 x 100meter 400 meter 110 meter lari berpagar 4 x 400meter

NOTA: Peserta balapan yang menggunakan blok permulaan tidak dibenarkan mendapat bantuan dari mana-mana pihak untuk menahan blok permulaan kecuali blok tersebut betul-betul bermasalah dan pengelola tidak mempunyai ‘spare’ untuk menggantikannya.

11.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

11.1 Spikes : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan ‘Sintetik’. Panjang maksimum paku spike tidak boleh melebihi 6mm kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm

11.2 Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan sediakan semua peralatan termasuk blok permulaan. 11.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang

sama mengikut pasukan masing-masing.

12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN.

Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di tempat-tempat pertandingan. Mereka haruslah menggunakan pita (masking tape) yang disediakan oleh pasukan masing-masing. Peraturan 163.4 peserta tidak dibenarkan meletak tanda/penanda bantuan di atas / dalam atau di sisi lorong larian untuk membantu mereka.

MSS Sabah 2019 Page 13

13.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN.

Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:-

13.1 Lompat Tinggi – Ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya 13.1.1 Lelaki 18 tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.65 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.70 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.70m, 1.75m, 1.80m, 1.84m, 1.88m, 1.92m, 1.95m, 1.98m, 2.01m, 2.04m,

2.06m dan seterusnya 13.1.2 Perempuan 18 tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.30 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 158m, 1.61m, 1.64m 1.66m, dan seterusnya 13.1.3 Lelaki 15 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.55 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.60 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut :

1.60m, 1.65m, 1.70m, 1.74m, 1.78m, 1.82m, 1.85m, 1.88m, 1.91m, 1.94m 1.96m, dan seterusnya 13.1.4 Perempuan 15 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.15 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.20 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut 1.20m, 1.25m, 1.30m, 1.34m, 1.38m, 1.42m, 1.45m, 1.48m, 1.51m, 1.54m 1.56m,dan seterusnya

13.1.5 Lelaki 12 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.30 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut

1.30m, 1.35m, 1.40m, 1.44m, 1.48m, 1.52m, 1.55m, 158m, 1.61m, 1.64m 1.66m, 1.68m, dan seterusnya.

MSS Sabah 2019 Page 14

13.1.6 Perempuan 12 Tahun

Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.15 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.20 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut

1.25m, 1.29m, 1.32m, 1.34m, 1.36m, 1.38m, 1.40m, 1.42m 1.44m, 1.46m, dan seterusnya

13.1.7 Oktathlon 1.50m, 1.53m, 1.56m, 1.59m, 1.62m, 1.65m, 1.68m, 1.71m, 1.74m, 1.77m 1.80m 1.83m dan seterusnya 13.1.8 Heptathlon 1.25m, 1.28m, 1.31m, 1.34m, 1.37m, 1.40m, 1.43m, 1.46m, 1.49m, 1.52m 1.55m, 1.58m dan seterusnya.

14.0 PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG

14.1 Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut.

Kategori Lelaki Perempuan

18 11 meter 9 meter 15 11 meter 9 meter

15.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN.

15.1 Acara Oktathlon dan Heptathlon

15.1.1 Pemenang ialah peserta yang dapat mengumpulkan jumlah mata yang terbanyak dalam tujuh atau lapan acara mengikut keadaan, berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF, walaupun ukuran berat bagi acara Melontar Peluru dan Merejam Lembing tidak sama dengan kehendak IAAF.

15.1.2 Jika sekiranya seri, kekal seri. (P200.12)

MSS Sabah 2019 Page 15

15.2 Penentuan Peserta Terbaik

15.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 18TKB, Lelaki 15TKB, Lelaki 12TKB, Perempuan 18TKB, Perempuan 15TKB dan Perempuan 12TKB. Pemecah rekod baru berstatus [ikut ranking kejohanan] Rekod Kejohanan Olahraga peringkat Kebangsaan (KOM),Rekod Remaja Kebangsaan (KOM), Rekod Sekolah-sekolah Asean, MSSMdan MSS Sabah dan jumlah rekod yang di perbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas,perak dan gangsa.

15.2.2 Sekiranya tiada rekod diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara

individu akan diambil kira.

15.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

15.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan di buat berdasarkan

Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta

15.3 Johan Keseluruhan

Johan Keseluruhan ialah Kontinjen Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira, jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.

16.0 SARINGAN / KELAYAKAN / SEPARUH AKHIR

16.1 Enam (6 ) Saringan

Hanya tiga (3) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keenam-enam larian adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

16.2 Lima (5) Saringan Hanya empat (4) peserta dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima larian layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

16.3 Empat (4) Separuh Akhir

Hanya Satu (1) peserta ( pemenang ) dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Akhir.

16.4 Tiga (3) Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta ( pemenang pertama dan kedua ) dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Ketiga-tiga, Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

MSS Sabah 2019 Page 16

16.5 Dua (2) Separuh Akhir Hanya Tiga (3) peserta ( pemenang pertama , kedua dan ketiga ) dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Kedua-dua Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

16.6 Pertandingan Kelayakan. Dalam peraturan 180.9 Sekiranya bilangan penyertaan untuk acara padang terlalu ramai, satu pertandingan kelayakan akan dijalankan dan semua prosedur pelaksanaan pertandingan akan mengikut peraturan KOM 180.10 hingga 180.16. Standard kelayakan akan mengguna pakai kelayakan seperti di bawah ini

17.0 PEMBAHAGIAN LORONG

17.1 Semua pembahagian lorong adalah tanggung jawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Olahraga MSS Sabah 2019.

17.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan disusun dengan computer generated untuk

menentukan lorong masing-masing.

17.3 Penentuan pusingan / saringan seterusnya adalah berdasarkan peraturan 166.3 (Pusingan dan saringan)

17.4 Bagi penentuan lorong, tiga (3) undian akan dibuat seperti berikut:-

17.4.1 Satu kumpulan empat peserta atau pasukan yang menduduki ’rangking’ teratas bagi

memutuskan tempat mereka di lorong 3,4,5 dan 6. [diundi]

17.4.2 Satu lagi untuk peserta atau pasukan tempat ke lima dan enam bagi menentukan tempat di lorong 7 dan 8, dan [diundi]

17.4.3 Satu lagi untuk dua orang peserta atau pasukan tempat terakhir bagi menentukan tempat di lorong 1 dan 2.[diundi]

ACARA L E L A K I P E R E M P U A N 18TKB 15TKB 12TKB 18TKB 15TKB 12TKB

Lompat Tinggi 1.95m 1.74m 1.52m 1.48m 1.51m 1.34m Lompat Jauh 6.52m 6.06m 5.38m 5.33m 4.89m 4.28m Lompat Kijang 14.69m 13.15m 11.31m 10.63m Melontar Peluru 14.39m 12.52m 10.97m 11.08m 10.34m 8.47m Melempar Cakera 42.68m 38.71m 26.48m 25.17m Merejam Lembing 53.94m 46.21m 34.76m 27.69m Baling Tukul Besi

MSS Sabah 2019 Page 17

18.0 PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN

18.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk bertugas di sepanjang pertandingan berlangsung.

18.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

19.0 HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS DAERAH

19.1 Warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas, jantina

17.1.1 Peserta 18 TKB : Nombor warna HITAM atas kain warna putih 17.1.2 Peserta 15 TKB : Nombor warna MERAH atas kain warna putih 17.1.3 Peserta 12 TKB : Nombor warna BIRU atas kain warna putih

19.2 Setiap nombor hendaklah berukuran 5cm (lebar) x 10cm (tinggi) dengan ketebalan huruf / nombor 1 cm. atas kain berukuran 28cm X 18cm

19.3 Huruf dan Nombor Peserta

BIL BAHAGIAN NO DAERAH KOD RELAY

1

UTARA

1000-1150 KUDAT KDT 2 1200-1350 KOTA BELUD KBD 3 1400-1550 KOTA MARUDU KMU 4 1600-1750 PITAS PTS 5

BARAT

2000-2150 TUARAN TRN 6 2200-2350 KOTA KINABALU KKU 7 2400-2550 RANAU RNU 8 2600-2750 PENAMPANG PNG 9

SANDAKAN

3000-3150 SANDAKAN SDN 10 3200-3350 TELUPID TLD 11 3400-3550 BELURAN BLN 12 3600-3750 KINABATANGAN KNB 13

SELATAN

4000-4150 PAPAR PPR 14 4200-4350 BEAUFORT BFT 15 4400-4550 SIPITANG SPT 16 4600-4750 KUALA PENYU KPU 17

TENGGARA

5000-5150 SEMPORNA SPN 18 5200-5350 TAWAU TWU 19 5400-5550 KUNAK KNK 20 5600-5750 LAHAD DATU LDU 21

KENINGAU

6000-6150 KENINGAU KGU 22 6200-6350 TENOM TNM 23 6400-6550 NABAWAN NBW 24 6600-6750 TAMBUNAN TBN

MSS Sabah 2019 Page 18

20.0 BANTAHAN

20.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara seperti di bawah:-

20.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah

dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:-

i. Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.

ii. Tiga Puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara

peringkat akhir.

20.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan bagi acara individu sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) dan acara berpasukan RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus).

20.1.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

21,0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB

21.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

21.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-

mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan. 21.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib Olahraga MSS Sabah

2019 adalah muktamad 22.0 KAWASAN PERTANDINGAN

Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan

23.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

23.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi

Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSS Sabah, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam

undang-undang Balapan dan Padang KOM terkini, Peraturan-Peraturan AM MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah.

MSS Sabah 2019 Page 19

24.0 HAL-HAL LAIN

24.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai .Orang-orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

24.2 Selain dari Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil

bahagian, TIDAK SESIAPA PUN YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

24.3 Kelayakan umur peserta:

18 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2001 15 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2004 12 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2007

24.4 False start (Salah Mula) peraturan 162.7: Berkuat kuasa 1 Januari 2010, kecuali dalam acara bercampur, mana-mana peserta yang melakukan salah mula akan dibatalkan.

Dalam acara bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi amaran. Hanya

satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula seterusnya dalam perlumbaan itu akan dibatalkan.

24.5 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan

anggota, kehilangan anggota badan/harta atau sebarang kecederaan lain berlaku:-

24.5.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat Kejohanan dan sebaliknya.

24.5.2 Semasa Kejohanan dijalankan.

24.5.3 Di dalam dan luar kawasan Kejohanan.

24.5.4 Di tempat-tempat penginapan.

24.6 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-

langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.