pembaharuan sistem pilihan raya jepun 1994: implikasi ke atas habatsu dalam jiminto

95
Asmadi Hassan 26 Februari 2013 DKB Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Upload: reilly

Post on 12-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Asmadi Hassan 26 Februari 2013 DKB Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pembaharuan Sistem Pilihan Raya Jepun 1994: Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto. Glosari. Habatsu – puak politik / faction. Jiminto - Parti Liberal Demokratik. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Asmadi Hassan26 Februari 2013

DKB Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Page 2: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Glosari Habatsu – puak politik / faction. Jiminto - Parti Liberal Demokratik. Chu Senkyoku Sei - Kawasan Pilihan

Raya Berbagai Wakil. Sho Senkyoku Sei - Kawasan Perwakilan

Tunggal. Hirei Daihyo Sei - Perwakilan Bernisbah. habatsu shuryu ha – puak politik arus

perdana. han shuryu ha – puak politik penentang

arus perdana.

Page 3: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

soshuryu ha – penguasaan puak politik besar dalam parti.

Kanji Cho - Setiausah agong parti. Jieitai – Tentera Pertahanan diri Jepun. Heiwa Iji Katsudo Ho - Undang-undang

Operasi Keamanan. zoku giin – ahli politik pakar dalam bidang

tertentu dalam Jiminto. kaku fuku senso - Peperangan Kaku-Fuku. Miki oroshi - gerakan menjatuhkan Miki. Jiban - penyokong setia. Kanban - nama yang dikenali ramai. Kaban - beg yang berisi wang.

Page 4: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

koenkai – kumpulan penyokong ahli politik.

Kensetsu Sho - Kementerian Pembinaan.

Tosanyaku – Tiga jawatan tertinggi dalam Jiminto

Naikaku Kanbo Chokan - Ketua Setiausaha Kabinet.

Honebuto no Hoshin – Perancangan induk.

Jieitai – Tentera pertahanan diri Jepun

Page 5: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pengenalan

Habatsu - kelompok penting dalam Parti Liberal Demokratik (Jiminto).

Untuk memahami politik Jepun, perlu memahami habatsu dalam parti tersebut - Akira Nakamura, Universiti Meiji.

Ini kerana: 1. Jiminto merupakan

parti pemerintah dan pembentukan parti tersebut dari pakatan antara habatsu

2. Keputusan kerajaan dan parti dipengaruhi habatsu contoh pemilihan presiden parti, perdana menteri, menteri kabinet dan jawatan tertinggi parti.

Page 6: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Perubahan signifikan habatsu apabila sistem pilihan raya Dewan Rendah berubah tahun 1994.

Kawasan Pilihan Raya Berbagai Wakil (Chu Senkyoku Sei) digantikan dengan campuran:-

1. Kawasan Perwakilan Tunggal (Sho Senkyoku Sei)

2. Perwakilan Bernisbah (Hirei Daihyo Sei).

Page 7: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Implikasi Pilihan Raya Baru Terhadap Parti Penstrukturan semula parti-parti politik Tahun 1993 - 2004, 10 parti ditubuhkan

dan lenyap kerana penggabungan atau pembubaran. Contoh - Shinto Sakigake, 1993-1998.

Jiyuto, 1998-2003. Shin Shinto, 1994-1997. Perubahan kerana parti menstruktur

semula sejajar dengan sistem pilihan raya baru.

Page 8: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kerangka Analisis

Page 9: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Chu Senkyoku Sei dan Kekukuhan habatsu dalam Jiminto Chu Senkyoku Sei - pertandingkan 1-6

enam kerusi dalam satu kawasan pilihan raya menyebabkan persaingan berlaku antara calon Jiminto yang mewakili habatsu masing-masing.

Habatsu membantu dari segi 1. Kewangan. 2. Sokongan berkempen.

Habatsu mempunyai peranan dalam pilihan raya sehingga mengukuhkan kedudukan dalam Jiminto.

Page 10: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kesan Kekukuhan Habatsu dalam Jiminto 1. Kelemahan kepimpinan pemimpin Jepun2. Pembuatan keputusan yang tidak dipusatkan.3. Pepecahan parti dan kekerapan tukar ganti

Perdana Menteri.4. Kos pilihan raya yang tinggi dan kerapkali

berlakunya rasuah.

Page 11: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kelemahan Kepimpinan Pemimpin Jepun. Perdana Menteri tidak mendapat perhatian

masyarakat dunia walaupun Jepun mencapai kejayaan membanggakan dalam ekonomi. - Kenji Hayao.

Diabaikan dalam pembuatan keputusan kerajaan.-Kenji Hayao

Walaupun Kakuei Tanaka seorang handal berpolitik, tetapi gaya kepimpinan yang bijak mengumpul kekuatan dari kekuatan habatsu -Gerald L. Curtis.

Dilupakan dalam kajian akademik dan laporan akhbar. Ellis S. Krauss dan Benjamin Nyblade.

Page 12: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kelemahan berpunca dari perlantikan ke jawatan Perdana Menteri yang bergantung kepada pakatan antara habatsu.

Untuk mempertahankan kabinet bergantung kepada bagaimana berurusan dengan habatsu.

Perdana Menteri perlu terima cadangan habatsu untuk melantik ahli kabinet.

Tiada kebebasan bentuk kabinet sendiri.

Page 13: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Selepas pentadbiran Kakuei Tanaka 1970-an, pembesaran habatsu beliau, mewujudkan soshuryu ha.

Walaupun Tanaka tidak menjadi Perdana Menteri, tetapi kekuatan habatsunya membolehkan beliau mendominasi politik.

Soshuryu ha menyebabkan sesiapa bercita-cita menjadi Perdana Menteri perlu mendapat persetujuan dari habatsu Tanaka.

Contoh - Masayoshi Ohira - Zenko Suzuki - Yasuhiro Nakasone

Page 14: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Jawatan Perdana Menteri kepada habatsu lain dan mengawal melalui (Setiausaha Agong).

Kanji Cho berpengaruh dalam

1. Pembentukan kabinet

2. Bilangan jawatan kabinet kepada setiap habatsu

3. Urusan dalaman negara. Kanji Cho terkenal – Ichiro Ozawa

Contoh:-

- Perang Teluk tahun 1990-1991, sumbang US$13 bilion kepada tentera pelbagai negara.

- Menemuduga pengganti Kaifu sebagai PM – calon senior - Miyazawa, Mitsuzuka dan Watanabe.

- Meluluskan Heiwa Iji Katsudo Ho tahun 1992 semasa pentadbiran Kaifu untuk menghantar Jieitai ke luar negara.

Page 15: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Akibat pembentukan kerajaan berdasarkan habatsu

1. Kebebasan Perdana Menteri untuk membentuk hala tuju negara terhad

2. Pengikut habatsu pula menumpahkan lebih kesetiaan kepada habatsu yang dinaungi berbanding kepada Perdana Menteri dan parti. 3. Menyukarkan perpaduan dalam parti.4. Menyukarkan pembentukan kabinet yang efektif

Perdana Menteri lemah dalam pentadbiran.

Page 16: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pembuatan Keputusan tidak Dipusatkan. Pembuatan keputusan dilaksanakan oleh

anggota Diet pakar dalam Jiminto iaitu zoku giin dalam bukai – (Michio Muramatsu dan

Takashi Inoguchi). Zoku dikuasai oleh habatsu tertentu,

seperti Tanaka - zoku pembinaan, pos dan telekomunikasi, habatsu Abe - zoku pengangkutan dan habatsu Fukuda zoku pendidikan.

Oleh kerana habatsu menguasai zoku, maka berlaku campur tangan habatsu dalam pembuatan keputusan.

Page 17: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Model Pembuatan Keputusan

Page 18: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Justeru, pembuatan keputusan kerajaan dikuasai zoku giin.

Hujahan tersebut tidak menyentuh pengaruh Perdana Menteri.

Perdana Menteri sukar untuk menunjukkan kepimpinannya walaupun sebagai ketua pentadbiran negara, sebaliknya, habatsu telah menghakis kuasa Perdana Menteri.

Page 19: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pepecahan Parti dan Kekerapan Pertukaran Perdana Menteri. Habatsu menyukarkan penyatuan parti - Lee

W. Farnsworth. Jiminto berpecah kepada habatsu dan

kesetiaan ahli politik kepada habatsu berbanding parti.

Jiminto seperti parti dalam parti kerana mempunyai pemimpin, dasar, tabungan wang politik tersendiri - Mitsuru Uchida.

Habatsu bersaing memperbesarkan kekuatan bagi meningkatkan pengaruh masing-masing.

Page 20: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Contoh 1. Persaingan sengit antara

habatsu Tanaka dengan Fukuda menyebabkan pepecahan parti.- Wujud perkataan Peperangan Kaku-Fuku (kaku fuku senso) pada tahun 1970-an-1980-an.

Page 21: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Habatsu menyebabkan tukar ganti pemimpin tinggi - tahun 1955 sehingga 1993 terdapat 15 orang Perdana Menteri berbanding empat orang bagi Malaysia.

Page 22: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto
Page 23: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Perdana Menteri letak jawatan kerana tekanan habatsu kecuali Tanzan Ishibashi dan Hayato Ikeda.

1. Takeo Miki tahun 1976 kerana gerakan menjatuhkan Miki (Miki oroshi) oleh habatsu Tanaka kerana Miki meneruskan pendakwaan Tanaka yang terlibat dalam skandal Lockheed.- Alasan - kegagalan Jiminto di bawah Miki mempertahankan 24 kerusi dalam pilihan raya Dewan Rendah pada tahun 1976.

2. Kes Masayoshi Ohira, peneraju habatsu yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Perdana Menteri berusaha menjatuhkan pemimpin tersebut.- Tahun 1980, Ohira diundi tidak percaya dan habatsu dalam Jiminto yang sepatutnya menyokong Ohira mengambil pendirian tidak hadir ke Diet.

Page 24: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

3. Satu faktor kejatuhan Jiminto tahun 1993 kerana perpecahan dalam habatsu Takeshita kepada habatsu Obuchi dan Hata-Ozawa. - Mei 1993, habatsu Hata-Ozawa mengundi tidak percaya terhadap Miyazawa sehingga hilang majoriti di Dewan Rendah.- Pilihan raya diadakan tetapi gagal memperolehi majoriti.

Page 25: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Oleh itu, sejak mentadbir negara, Perdana Menteri perlu bersedia kerana habatsu boleh menjatuhkannya.

Dalam kes Miki, apabila Perdana Menteri dipilih gagal menurut arahan habatsu yang lebih kuat menyebabkan kedudukan tidak stabil.

Beliau perlu turut arahan dan sekiranya gagal akan dijatuhkan.

Page 26: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pilihan Raya Berkos Tinggi dan Berlakunya Rasuah Keupayaan kewangan satu syarat

penting untuk menjadi peneraju habatsu. Peneraju habatsu menyediakan wang

besar bagi membiayai perbelanjaan diri dan pengikutnya.

Wang sebagai satu dari tiga perkara untuk memenangi pilihan raya iaitu penyokong setia (jiban), nama yang dikenali ramai (kanban) dan beg yang berisi wang (kaban).

Page 27: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ahli Jiminto perlu ichi-oku en (seratus juta yen) bagi memenangi pilihan raya dan kalah sekiranya mempunyai nana sen en (70 juta yen). (Hans Baewarld).

Perbelanjaan pejabat, keperluan harian, kumpulan penyokong (koenkai).

Mengaktifkan koenkai paling mahal - membawa ke kawasan peranginan, - derma semasa kankonsosai (kelahiran, kahwin, mati), - taja hadiah pertandingan dll.

Wang diperolehi dari pemimpin habatsu dan aktiviti pengumpulan wang.

Page 28: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Aktiviti terakhir Tanaka membawa 11,000 ahli koenkai ke onsen Nukumi di Yamagata dengan belanja US$1.4 juta.

Perbelanjaan tinggi ditampung melalui sumbangan kumpulan peniaga.

Habatsu mendapatkan wang dengan menguasai kementerian berpotensi menjana kewangan kepada habatsu seperti Kementerian Pembinaan (Kensetsu Sho). (habatsu Tanaka).

Kontraktor mendapat projek awam menyumbangkan kembali 3% wang kepada peneraju habatsu

Page 29: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Asahi Shimbun 31 Oktober 1993 mendapati dari 480 anggota Diet, 223 orang mengakui menerima sumbangan syarikat pembinaan.

Oleh itu hubungan akrab dengan kontraktor kerja awam aset penting kepada habatsu di mana wang diterima diagih semula kepada pengikut habatsu.

Keperluan kewangan mendesak menyebabkan berlaku rasuah.

Contoh rasuah melibatkan ahli politik berpengaruh ialah, 1. Skandal Lockheed2. Recruit Cosmos Corporations3. Sagawa Kyubin.

Page 30: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Skandal Lockheed tahun 1976 membabitkan ahli politik termasuk Kakuei Tanaka bagi pembelian pesawat, All Nippon Airways (ANA) daripada Lockheed TriStar Aircraft.

Kakuei Tanaka bersalah dihukum penjara selama empat tahun tetapi meninggal dunia tahun 1993 ketika dalam tempoh rayuan.

Skandal Lockheed merupakan:- 1. realiti politik - peneraju habatsu mengumpulkan wang bagi membiayai politiknya dan pengikut. 2. Satu tindak balas kepada Chu Senkyoku Sei yang memerlukan habatsu perlu bersaing sesama sendiri dan pembangkang hingga kos pilihan raya tinggi.

Page 31: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Skandal Recruit Cosmos tahun 1988 melibatkan pemimpin berpengaruh perniagaan dan Jiminto.

Skandal merebak ke dunia politik.1. Takeshita meletak jawatan sebagai anggota Diet pada 5 April 1989 dan Setiausahanya Ihei Aoki membunuh diri.2. Miyazawa mengaku menerima 10,000 unit saham Recruit Cosmos dan mendapat keuntungan sebanyak US$128,000 dan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 14 Disember 1988. 3. Shintaro Abe, Kanji Cho Jiminto mengakui menerima saham 8 juta yen dan melatak jawatan. 4. Toshiki Kaifu dikritik hebat kerana skandal dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Page 32: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Sagawa Kyubin - Ogos 1992 melibatkan Shin Kanemaru - Timbalan Presiden Jiminto, pemimpin kanan habatsu Takeshita dan menteri di Unyu Sho.

Kanemaru terima 500 juta yen dari Tokyo Sagawa Kyubin kerana meluluskan permit dan lesen operasi syarikat tersebut.

Beliau dituduh menerima wang sumbangan dari syarikat tersebut secara tidak sah bagi tujuan menampung perbelanjaan berkempen dalam pilihan raya.

Kanemaru didapati bersalah dan dipenjarakan.

Page 33: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif kewujudan habatsu maka terdapat desakan supaya kelompok tersebut dihapuskan.

Caranya melalui perubahan dalam sistem pilihan raya yang tidak memberi ruang kepada perkembangan habatsu, sebaliknya memperkasakan kepimpinan Perdana Menteri.

Page 34: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pilihan raya baru diluluskan pada 29 Januari 1994, iaitu Chu Senkyoku Sei digantikan dengan campuran Sho Senkyoku Sei dan Hirei Daihyo Sei.

Peraturan ketat dalam sumbangan kewangan kepada ahli politik.

Pembaharuan sistem pilihan raya supaya matlamat penyatuan parti, sistem pilihan raya berkos rendah serta melahirkan pemimpin berkarisma.

Kuncinya dengan melemahkan habatsu.

Page 35: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Sebelum pembaharuan, ahli politik bergantung kepada habatsu untuk dipilih sebagai calon dan memenangi pilihan raya,

Selepas perubahan tumpuan beralih kepada parti dan mengakhiri kepentingan habatsu.

Sokongan habatsu tidak diperlukan, sebaliknya pemimpin parti memutuskan calon yang bertanding dalam Sho Senkyoku Sei dan Hirei Daihyo Sei.

Pemimpin parti berkuasa menentukan pengagihan sumber kewangan parti kepada ahli-ahlinya.

Oleh itu apabila kuasa difokuskan, kepimpinan parti bertambah kukuh dan seterusnya melemahkan habatsu.

Page 36: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto
Page 37: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Implikasi Perubahan Sistem Pilihan Raya ke atas habatsu Kesetiaan ahli habatsu terhakis

1. Parti mengambil alih peranan habatsu dalam pencalonan pilihan raya, sumber kewangan.- Walaupun habatsu tidak lenyap tetapi fungsinya yang mengikat kesetiaan antara penaung dan pengikut semakin terhakis

Page 38: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pengikut habatsu tidak menurut arahan peneraju masing-masing supaya menyokong calon beliau dalam pilihan raya Presiden Jiminto.

Buktinya:-1. Ryutaro Hashimoto.

2. Keizo Obuchi. 3. Junichiro Koizumi.

Page 39: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ryutaro Hashimoto Tahun 1995, tiga calon bertanding

Ryutaro Hashimoto, Junichiro Koizumi dan Yohei Kono.

Hashimoto berkempen dengan 1. berpakat dengan peneraju habatsu 2. berkempen kepada semua habatsu.

Hasilnya – pengikut habatsu yang sepatutnya menyokong calon sokongan peneraju habatsunya engkar dengan menyokong calon lain.

Page 40: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Buktinya:- 1. Pengikut habatsu Miyazawa, Mitsuzuka dan Komoto yang sepatutnya menyokong Kono dan Koizumi kerana peneraju habatsu masing-masing bersetuju untuk menyokong calon-calon tersebut tidak menurut arahan.- Contoh Koichi Kato dari habatsu Miyazawa bersama pengikutnya menyokong Hashimoto.- Walaupun habatsu Mitsuzuka menyokong Koizumi, tetapi dua pemimpin penting habatsu tersebut, Shizuka Kamei dan Junpei Tsukahara menyokong Hashimoto.

Page 41: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ahli pelbagai habatsu mengundi Hashimoto berbanding menurut arahan peneraju kerana1. Populariti Hashimoto pada masa tersebut melebihi dua orang calon lain. 2. Populariti Hashimoto membantu mereka mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kerana sistem pilihan raya baru mementingkan imej pemimpin berkarisma berbanding habatsu.

Page 42: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Keizo Obuchi Persaingan antara Keizo Obuchi, Seiroku

Kajiyama dan Junichiro Koizumi. Kesetiaan habatsu terhakis apabila dua

calon dari habatsu yang sama iaitu Keizo Obuchi dan Seiroku Kajiyama dari habatsu Obuchi bertanding.

Pepecahan juga berlaku dalam habatsu Kato kepada tiga kumpulan iaitu 1.Kato dan pengikutnya menyokong Obuchi,2. Katsuhiko Shirakawa dan penyokongnya menyokong Koizumi 3. Yohei Kono mengundi Kajiyama.Sebelum ini pematuhan arahan habatsu satu obligasi, tetapi kini habatsu berpecah dan mempunyai calon pilihan masing-masing.

Page 43: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Junichiro Koizumi Pilihan raya Presiden berikutnya tahun

2001, 2003 dan 2004. April 2001 - Junichiro Koizumi, Ryutaro

Hashimoto, Shizuka Kamei dan Taro Aso bertanding.

Koizumi keluar dari habatsu Mori dan tidak menganggotai mana-mana habatsu,

Habatsu Hashimoto dengan 95 orang pengikut diramalkan menang kerana paling besar telah tewas walaupun diarahkan supaya menyokong calon mereka.

Page 44: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kemenangan Koizumi menunjukkan 1. Calon tanpa sokongan habatsu berupaya menewaskan calon mewakili habatsu.

2. Kemerosotan pengaruh habatsu sejak pentadbiran Hashimoto berterusan pada zaman Koizumi.3. Koizumi memenangi undi dari kalangan golongan muda di peringkat undi Diet yang mengingkari arahan habatsu masing-masing. - Bukti golongan muda menyokong Koizumi ialah Nobuteru Ishihara dan pemimpin dari habatsu Hashimoto dan Horiuchi.

Page 45: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pemimpin muda - Kazuta Yamamoto menegaskan peneraju habatsu secara tradisionalnya perlu menyediakan wang semasa berkempen dalam pilihan raya dan jawatan seperti menteri dan timbalan menteri di kabinet serta jawatan dalam parti.

Walau bagaimanapun generasi muda sekarang bermatlamat untuk bekerja dengan ahli politik berpengetahuan berkaitan dasar kerajaan.

Page 46: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kejayaan Koizumi dipengaruhi dua faktor penting. - Pertama, Jiminto memerlukan imej popular Koizumi untuk menghadapi pilihan raya akan datang. - Melalui sistem pilihan raya lama identiti Presiden kurang penting bagi memancing undi kerana undi peribadi lebih ditekankan, tetapi sistem pilihan raya baru, faktor ini menjadi elemen penentu kemenangan.- Kedua sistem pilihan raya lama, dasar-dasar diperkenalkan oleh calon Presiden kurang signifikan berbanding pakatan antara habatsu-habatsu, tetapi kini dasar diperkenalkan menjadi tumpuan.

Page 47: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

September 2003 pilihan raya presiden Jiminto habatsu Hashimoto meletakkan Takao Fujii,selain itu Shizuka Kamei dan Masahiko Komura bertanding.

Habatsu Hashimoto berpecah kepada:-1. Kumpulan penyokong pemilihan semula Koizumi sebagai presiden Jiminto diketuai oleh pemimpin Dewan Tinggi, Mikio Aoki2. Kumpulan bermatlamat Koizumi diganti oleh pemimpin lain yang diketuai oleh Hiromu Nonaka.

Page 48: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Habatsu lain juga berpecah Buktinya:-

1. Habatsu Horiuchi berpecah kerana pemimpin veteran dalam habatsu tersebut iaitu Makoto Koga menyokong Komura.

2. Peneraju habatsu Horiuchi, Mitsuo Horiuchi pula menyokong Koizumi.

Page 49: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Peneraju habatsu Komura, Masahiko Komura yang bertanding dalam pilihan raya Presiden menentang Koizumi pada pilihan raya Presiden tahun 2003 mengakui bahawa pengikutnya tidak lagi menurut arahan yang dikeluarkannya: “even if I say turn right, nobody would turn right.”

Page 50: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pilihan Raya Berkos Tinggi dan Rasuah Pilihan raya baru mengetatkan

sumbangan wang dari korporat kepada ahli politik.

Selepas pembaharuan sistem pilihan raya, ahli politik mendapatkan wang dari tiga punca utama,1. parti politik.2. cawangan parti.3. aktiviti pengumpulan wang.

Habatsu tidak dimasukkan dalam senarai penyumbang utama kepada ahli politik.

Page 51: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Parti Politik Tahun 1999, Jiminto mengumpul 25.05 bilion yen

di mana 59.5 peratus berpunca dari subsidi kerajaan.

Tahun 2002, 22.9 bilion yen dikumpul di mana subsidi kerajaan adalah 66 peratus.

Parti mengagihkan semula subsidi kepada ahli politik.

Peratusan tinggi menunjukkan parti menguasai sumber kewangan dan bukan lagi habatsu.

Sumber kewangan tersebut merupakan pengadaptasian dari peraturan baru yang mengetatkan jumlah sumbangan setiap organisasi kepada individu serta menjadikan ahli politik bergantung kepada sumber kewangan parti

Page 52: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Cawangan Parti Ahli politik dibenarkan menerima sumbangan

tanpa had melalui cawangan parti di kawasan pilihan raya masing-masing dan menjadi pengerusi (shibu cho).

Wang diperolehi dapat menampung perbelanjaan bagi menggerakkan aktiviti politik.

Keupayaan menjana sumber kewangan menjadikan penyandang kerusi yang mempunyai cawangan parti dapat berdiri sendiri atau hanya mengharapkan sokongan minima dari parti dan habatsu.

Page 53: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Aktiviti Pengumpulan Wang Peneraju habatsu dan ahli politik

mempunyai obligasi untuk mengadakan aktiviti pengumpulan wang.

Aktiviti pengumpulan wang melalui pertandingan golf, jamuan makan dan sebagainya.Contoh:-- Shizuka Kamei dari habatsu Kamei mengumpul 223 juta yen tahun 2003

- Koizumi mengumpul 43 juta yen tahun 2003.

Page 54: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Oleh kerana ahli politik bergantung sumber kewangan dari parti, cawangan parti serta aktiviti pengumpulan wang, maka peranan habatsu sebagai penyumbang kewangan utama menjadi semakin ketara kelemahannya.

Ahli politik Jiminto, Naokazu Takemoto, mengakui beliau menerima dua juta yen sebanyak dua kali setahun dari habatsunya.

Jumlah tersebut hanya dapat menampung perbelanjaan sebulan bil telefon dan pos, mengurus pejabat dan dianggap hanya sebagai saguhati dari habatsu.

Page 55: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Taro Kono memperolehi pendapatan dari cawangan parti dan aktiviti pengumpulan wang, selain subsidi dari parti bagi aktiviti politik.

Jun Matsumoto memperolehi pendapatan dari aktiviti pengumpulan wang dan sumbangan penyokongnya melalui pertandingan golf. - Beliau menghantar email dan surat berita kepada penyokong setiap bulan bagi menerangkan perkembangan semasa, memujuk menjadi ahli rasmi Jiminto di samping mendapatkan sumbangan.

Oleh kerana kekangan dalam sumbangan wang kepada ahli politik maka kejadian rasuah dapat diminimakan.

Page 56: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kepimpinan Perdana Menteri Perdana Menteri tradisional berperanan

terhad dalam perlantikan ke jawatan penting dalam parti dan kabinet kerana perlu melalui habatsu.

Namun, selepas sistem pilihan raya baru kepimpinan Perdana Menteri diperkukuhkan. Buktinya:-1. Koizumi melantik anggota kabinet dan parti tanpa campur tangan dari habatsu. 2. Pembuatan keputusan dikuasai Perdana Menteri.

Page 57: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Perlantikan ke Kabinet dan Parti Pemilihan Koizumi sebagai Presiden Jiminto tanpa

sokongan habatsu mengubah dinamisme politik Jepun.

Tuntutan habatsu dalam pentadbiran diminimumkan.

Perdana Menteri menjadi individu terpenting dalam melantik anggota kabinet sama ada dari kalangan orang luar atau dalam parti tanpa mempertimbangkan kepentingan habatsu.

Page 58: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Oleh kerana Koizumi menolak habatsu dalam pilihan raya Presiden maka dalam pembentukan kabinet, beliau tidak mengikut cara konvensional politik Jepun dengan tidak berbincang dengan habatsu.

Beberapa siri rombakan kabinet berikutnya juga tidak mengambil kira kepentingan habatsu, tetapi berdasarkan kebolehan dan sokongan terhadap dasar yang dirancangkan.

Page 59: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ini fakta menunjukkan berlakunya lonjakan kepimpinan beliau berbanding Perdana Menteri sebelum ini. Kabinet pertama:-1. Melantik lima orang wanita sebagai menteri dalam kabinetnya iaitu paling ramai selepas Perang Dunia Kedua seperti Makiko Tanaka dan Yoriko Koike.2. Melantik orang luar dari parti untuk jawatan dalam kabinet, Heizo Takenaka, pakar ekonomi dari Universiti Keio, sebagai Menteri Negara untuk Ekonomi dan Polisi Fiskal (Keizai Zaisei Tanto Daijin)

Page 60: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi tidak mengekalkan tradisi melantik tosanyaku dari habatsu terbesar sebaliknya bebas melantik individu yang dianggap layak.Contohnya: -- Taku Yamasaki, sekutu rapatnya sebagai Kanji Cho.- Taro Aso yang bersaing dalam perebutan jawatan Presiden sebagai Seichokai Cho- Horiuchi untuk jawatan Somukai Cho.

Habatsu terbesar diketuai Hashimoto tidak mendapat tiga jawatan terpenting tersebut walaupun tidak pernah ketinggalan sebelum ini.

Page 61: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Rombakan Kabinet Pertama 30 September 2002, rombakan kabinet

pertama. Terdapat desakan supaya pemilihan

berdasarkan kekuatan habatsu. Koizumi kekalkan cara yang sama. Koizumi kekalkan Takenaka walaupun

diminta digugurkan dari dalam kabinet. Tambahan lagi, Takenaka dipilih

sebagai menteri bertanggungjawab terhadap ekonomi yang disandang oleh Hakuo Yanagisawa.

Page 62: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Rombakan Kabinet Kedua Rombakan kabinet pada September

2003. Koizumi juga tidak berbincang siapa

akan dilantik, ditukarkan atau digugurkan dalam kabinet baru.

Ketua Setiausaha Kabinet (Naikaku Kanbo Chokan), Yasuo Fukuda mengumumkan barisan kabinet baru, Nobuteru Ishihara telah dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri dan ditukarkan portfolionya kepada Kokudo Kotsu Daijin dari Gyosei Kaikaku Tanto Daijin.

Page 63: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Bagi jawatan parti, Shinzo Abe dilantik sebagai Kanji Cho walaupun baru berusia 49 tahun.

Abe dianggap terlalu muda, tidak berpengalaman serta diragui kemampuannya untuk jawatan kedua terpenting parti.

Abe hanya dipilih sebagai anggota Diet sebanyak tiga kali bermula pada tahun 1993 walaupun tradisinya ahli kanan dilantik jawatan tersebut.

Perlantikan Abe tidak mengikut tradisi berdasarkan kekuatan habatsu.

Page 64: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Rombakan kabinet Ketiga 27 September 2004, Koizumi merombak kabinet

kali ketiga di mana 10 dari 18 orang adalah muka baru.

Koizumi mengekalkan pendekatan tidak mengambil kira pertimbangan berasaskan habatsu.

Shizuka Kamei meminta Koizumi melantik Takashi Aoyama dari habatsu beliau tetapi gagal.

Shizuka Kamei terpaksa memohon maaf kepada golongan muda dalam habatsunya termasuk bekas menteri Takeo Hiranuma dan Bunmei Ibuki.

Page 65: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Rombakan kabinet Keempat 31 Oktober 2005, Koizumi merombak kabinetnya

sekali lagi Beliau melantik semula anggota Diet yang

menyokong penswastaan perkhidmatan pos. Koizumi mengekalkan cara perlantikan

kabinetnya iaitu berdasarkan kredibiliti dan bukan habatsu.Buktinya- melantik Kuniko Inoguchi walaupun baru sekali bertanding dan menang dalam pilihan raya.

Koizumi tegaskan perlantikan anggota kabinet bagi pastikan perancangan dapat dilaksanakan.

Page 66: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Semenjak Koizumi membentuk kabinet tahun 2001 dan empat kali melaksanakan rombakan kabinet, kesemuanya dilakukan tanpa berbincang dengan peneraju habatsu.

Kebebasan melantik menteri tanpa pengaruh habatsu melonjakkan imej pemimpin berkarisma.

Walaupun terdapat tentangan dari dalam parti, namun pengaruh Koizumi kuat sejajar dengan kelemahan habatsu.

Page 67: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Mendominasi Pembuatan Keputusan Kerajaan Koizumi melengkapkan implikasi

pembaharuan sistem pilihan raya dengan mendominasi pembuatan keputusan penting kerajaan.Koizumi berperanan penting dalam:- 1. Pembuatan bajet tahunan 2. Meluluskan Undang-undang Khas Anti Keganasan. 3. Penghantaran Jieitai ke Iraq.4. Penswastaan perkhidmatan pos.

Page 68: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi mencipta model baru

pembuatan keputusan berbentuk toppu daun no ishi kettei berbanding botomu appu no ishi kettei sebelum ini

Page 69: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pembuatan bajet tahunan

Page 70: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pertama, penggubalan bajet dimulakan dengan pembentukan Honebuto no Hoshin dalam mesyuarat Shimon Kaigi yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Honebuto no Hoshin sebagai panduan dalam pembuatan bajet di mana bidang-bidang keutamaan dalam tahun fiskal difokuskan oleh kerajaan.

Kedua, pada Ogos setiap tahun Shimon Kaigi membincangkan jumlah bajet dan seterusnya Zaimu Sho menyediakan garis panduan kepada kementerian dan agensi kerajaan.

Page 71: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ketiga, Kementerian dan agensi kerajaan menyediakan keperluan kewangan berdasarkan panduan Zaimu Sho.

Sesi pendengaran dan penilaian bajet dikeluarkan kementerian dan agensi kerajaan pada November hingga Disember.

Peringkat terakhir adalah penyerahan draf kepada Diet pada Januari untuk diluluskan sebelum tahun fiskal pada April setiap tahun.

Page 72: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Berdasarkan Rajah 6.1, walaupun Zaimu Sho mengawal saiz bajet, tetapi penyediaan bajet perlu mengikut panduan ditetapkan oleh Shimon Kaigi.

Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi majlis tersebut merupakan personaliti penting di sebalik pembuatan perancangan bajet dan hala tuju negara.

Page 73: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Respons Kempen Anti Keganasan Amerika Syarikat 11 September 2001 (tragedi 9/11),

berlaku tragedi rampasan kapal terbang penumpang dan perlanggaran World Trade Center (WTC) di New York dan bangunan Pentagon di Washington.

George W. Bush mengisytiharkan peperangan terhadap keganasan.

Koizumi menunjukkan kepimpinan berkarisma dengan membuat keputusan segera untuk menyokong kempen anti keganasan Amerika Syarikat.

Page 74: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kabinet merangka draf Undang-undang Khas Anti Pengganas (Tero Taisaku Toku Sochiho) bagi menghantar Jieitai ke luar negara ketika perang belum tamat buat pertama kali selepas Perang Dunia Kedua.

Tempoh kelulusan undang-undang sangat cepat (24 hari) hari walaupun berkaitan dengan ketenteraan dan sensitiviti masyarakat Jepun.

Jumlah masa perbincangan untuk meluluskan undang-undang tersebut hanyalah 62 jam berbanding 179 jam semasa kelulusan penghantaran Jieitai (selepas Perang Teluk) pada tahun 1993.

Page 75: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi bertindak segera dengan merancang penghantaran kapal Jieitai, bantuan perubatan dan kemanusiaan.

Sebagai tambahan Koizumi mengumumkan bantuan bukan ketenteraan berjumlah US$10 juta kepada keluarga mangsa dan US$10 juta bagi membantu kerja-kerja pembersihan bangunan.

Proses pembuatan undang-undang khas, Koizumi mengabaikan kelulusan dari Bukai dan Seichokai, tetapi mendapatkan persetujuan dari komponen parti kerajaan campuran, Komeito dan Hoshuto terlebih dahalu

Page 76: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi hanya mendapat persetujuan komponen parti kerajaan campuran dan seterusnya ke Diet.

Bukai yang menjadi badan pertama dirujuk dalam pembuatan keputusan sebelum ini menjadi badan terakhir untuk dibincangkan.

Page 77: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Penghantaran Tentera ke Iraq 19 Mac 2003, apabila Amerika Syarikat

menyerang Iraq, Koizumi yang menekankan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat menyatakan sokongan terhadap serangan tersebut.

2 Mei 2003, apabila Presiden George W. Bush mengisytiharkan operasi ketenteraan ke atas Iraq tamat, Koizumi merancang menghantar Jieitai ke Iraq bagi pembinaan semula negara tersebut.

Page 78: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Jangkamasa kurang tiga bulan, Koizumi berjaya meluluskan undang-undang khas berkaitan Iraq iaiatu Undang-undang Khas Kemanusiaan dan Pembangunan Semula Iraq (Iraku Jindo Fukkou Shien Toku Soho).

Undang-undang tersebut menimbulkan kontroversi kerana melibatkan penghantaran Jieitai ke luar negara dalam keadaan keselamatan tidak terjamin kerana kekacauan berlaku di Iraq.

Page 79: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi mengarahkan Kantei menggubal cadangan undang-undang dan diluluskan oleh kabinet dalam jangkamasa dua minggu.

Bukai yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam pembuatan keputusan berperanan terhad.

Walaupun Bukai terlibat proses perbincangan tetapi bukan organisasi pertama yang dirujuk, sebaliknya, Koizumi mendapat persetujuan dari parti dalam kerajaan campuran.

Persetujuan Jiminto diperolehi selepas persetujuan dari parti-parti kerajaan campurannya diperolehi.

Page 80: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Penswastaan Perkhidmatan Pos Penswastaan perkhidmatan pos

signifikan kerana menunjukkan peranan dalam pembuatan keputusan toppu daun no ishi kettei, dan Koizumi mengawal penentangan dari dalam Jiminto terutamanya dari habatsu Hashimoto.

Apabila penswastaan gagal diluluskan di Dewan Tinggi, Koizumi bubarkan Dewan Rendah dan mengadakan pilihan raya.

Page 81: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi memilih sendiri calon untuk bertanding dan menolak pencalonan penentang penswastaan perkhidmatan pos.

Dalam perlantikan ke kabinet selepas pilihan raya, pemilihan dilakukan hanya kepada calon yang menyokong penswastaan perkhidmatan pos.

Page 82: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Proses kelulusan penswastaan perkhidmatan pos juga tidak melalui organisasi dalam Jiminto seperti Bukai dalam Seichokai, sebaliknya menjadi organisasi terakhir yang dirujuk sebelum dibawa ke Diet.

Page 83: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Dalam sesi Dewan Tinggi pada 14 Oktober 2005, 134 ahli Jiminto dan Komeito mengundi menyokong dan 100 orang menentang undang-undang penswastaan perkhidmatan pos.

Berikutan kelulusan tersebut, undang-undang penswastaan perkhidmatan pos diluluskan di kedua-dua dewan dan menjadi undang-undang yang sah.

Page 84: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Penyatuan Parti dan kekukuhan pentadbiran Sehingga September 2006, Koizumi

meletakkan pentadbirannya di tempat ketiga di belakang Eisaku Sato dan Shigeru Yoshida.

Jangka masa pentadbiran yang panjang dan stabil.

Sebelum ini habatsu sebagai punca kekerapan tukar ganti Perdana Menteri, tetapi kelemahan habatsu membolehkan pentadbiran menjadi stabil.

Page 85: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Tempoh Pentadbiran selepas Pembaharuan Pilihan Raya

Page 86: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Ringkasan

Kekukuhan habatsu dalam Jiminto menyebabkan empat kesan negatif. 1. Kelemahan kepimpinan pemimpin Jepun2. Pembuatan keputusan yang tidak dipusatkan3. Pepecahan parti dan kekerapan tukar ganti Perdana Menteri, 4. Kos pilihan raya yang tinggi dan kerapkali berlakunya rasuah.

Page 87: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kesan negatif menyebabkan pembaharuan dalam sistem pilihan raya dilaksanakan dengan matlamat melemahkan habatsu serta mempunyai pemimpin yang berkarisma yang boleh membuat keputusan dalam hal ehwal dalam dan luar negara.

Sistem pilihan raya baru menggunakan campuran Sho Senkyoku Sei dan Hirei Daihyo Sei serta peraturan yang ketat dalam sumbangan kewangan dari korporat dan individu kepada ahli politik.

Page 88: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Sistem pilihan raya baru memberi implikasi kepada habatsu-habatsu dalam Jiminto dan melonjakkan mutu kepimpinan pemimpin Jepun.

Jika sebelum ini pengikut-pengikut habatsu setia menurut arahan yang dikeluarkan oleh peneraju masing-masing tetapi kini tidak lagi.

Ini dibuktikan dalam pilihan raya Presiden Jiminto selepas sistem pilihan raya baru diperkenalkan yang melibatkan Ryutaro Hashimoto, Keizo Obuchi dan Junichiro Koizumi.

Page 89: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Dalam pilihan raya tersebut, pengikut habatsu tidak lagi mengikut arahan peneraju habatsu masing-masing supaya menyokong calon yang disokong oleh beliau, sebaliknya menyokong calon yang dianggap sesuai dengan jawatan tersebut.

Kemerosotan habatsu disebabkan 1. Peneraju habatsu tidak dapat memberikan persetujuan parti bagi menyokong pencalonan ahli politik untuk bertanding dalam pilihan raya. 2. Peraturan ketat dalam sumbangan kewangan juga menyukarkan penyaluran sumber kewangan dari peneraju habatsu kepada pengikutnya sehingga menyebabkan kesetiaan kepada habatsu telah menjadi semakin terhakis

Page 90: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Akibat perubahan dalam habatsu, berlaku juga perubahan dalam kesan rantaian habatsu. 1. Matlamat utama pembaharuan sistem pilihan raya adalah mengurangkan kos pilihan raya dan rasuah kerana persaingan antara habatsu sebelum sistem pilihan raya baru telah tercapai - Setelah sistem pilihan raya baru diperkenalkan menyebabkan signifikan kewujudan habatsu menjadi lemah dan seterusnya rasuah yang seringkali terbongkar dikurangkan.

Page 91: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

2. Kedua, sistem pilihan raya baru mengukuhkan kepimpinan Perdana Menteri dan menghentikan campur tangan habatsu ke atas politik.- dibuktikan dalam kepimpinan Koizumi di mana beliau menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan bagi melantik anggota-anggota kabinet dan pemimpin parti sama ada dari kalangan orang luar parti atau dalam parti tanpa campur tangan dari habatsu. - Ini menunjukkan kepimpinannya yang lahir hasil dari perubahan dalam institusi yang melemahkan habatsu dan menguatkan kepimpinan politik Jepun.

Page 92: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Koizumi melengkapkan implikasi pembaharuan sistem pilihan raya dengan mendominasi pembuatan keputusan.

Tidak seperti Perdana-perdana Menteri sebelum ini yang terikat dengan habatsu, Koizumi berjaya menguasai pembuatan keputusan penting dalam kerajaan seperti:-1. Pembuatan bajet tahunan.2. Meluluskan Undang-undang Khas Anti Keganasan.3. Penghantaran Jieitai ke Iraq4. Undang-undang kontroversi penswastaan perkhidmatan pos.

Koizumi telah mencipta model baru sistem pembuatan keputusan yang berbentuk toppu daun no ishi kettei berbanding botomu appu no ishi kettei sebelum ini.

Ini menunjukkan berlaku lonjakan kepimpinan yang tinggi oleh Koizumi.

Page 93: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Kesimpulan Perubahan dalam sistem pilihan raya yang

diguna pakai yang tidak memberi ruang kepada kekukuhan habatsu telah melemahkan habatsu.

Kelemahan habatsu menguatkan kepimpinan politik Jepun.

Koizumi menguasai pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melangkaui kerangka pembuatan keputusan tradisional sebelum ini.

Koizumi memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya tanpa merujuk kepada habatsu terlebih dahulu.

Page 94: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Pentadbiran Koizumi dianggap sebagai berakhirnya zaman penguasaan habatsu.

Habatsu diabaikan dalam menentukan hala tuju politik Jepun.

Politik berasaskan habatsu tidak dapat bertahan seiring dengan perubahan dalam pilihan raya.

Page 95: Pembaharuan Sistem Pilihan  Raya  Jepun  1994:  Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Terima KasihArigato Gozaimasu