peraturan elektrik 1994

17
PERATURAN- PERATURAN ELEKTRIK 1994 PERATURAN 89-99 NAMA : 1) SITI NURUL AINA BT ZUL- AMALI : 2) ELLISZA EMYLIA BT MD. SUKRI

Upload: elliszavaroniv

Post on 29-Sep-2015

330 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

akta 1994

TRANSCRIPT

  • PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994PERATURAN 89-99NAMA : 1) SITI NURUL AINA BT ZUL- AMALI : 2) ELLISZA EMYLIA BT MD. SUKRI

  • KEHENDAK BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PEMBAIKAN ELEKTRIKPERATURAN 89 Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontrakotor Pembaikan Elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa :

  • Orang itu yang telah mendaftar perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didafatrkan atau diperbaankan di bawah Akta Syarikat 1965; Orang itu mengambil kerja sepenuh masa orang berkemahiran yang berpengalaman mencukupi dalam pembaikan atau penservisan perkakas-perkakas elektrik,dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi orang berkemahiran ituOrang itu mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;danOrang itu memiliki kelengkapan yang sesuai ,kelengkapan menguji danperalatan yang berhubungan dengan kerjayanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya;

  • MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI KONTARKTOR PEMBAIKAN ELKEKTRIK PERATURAN 90 Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui suatu Perakuan pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik, Suruhanjaya hendaklah mengkehendaki orang itu mengemukakan maklumat berikut;Nama dan alamat pekongsi dalam hal pekongsian berdaftar dan tentang semua pengarah ,pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat berdaftar;Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaa;danApa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu

  • FEE BAGI PERAKUAN PENDAFTARANSEBAGAI KONTRAKTOR PEMBAIKAN ELEKTRIK PERATURAN 91Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor PembaikanElektrik dan pembaharuannya pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian XI Jadual Kedua

  • pendaftaran pengilang Papan suis Pengilang Papan SuisPERATURAN 92.Tiada seorang pun boleh,dalam masa menjalankan atau yang berkaitan dengan atau bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya,membuat papan suis melainkan jika orang itu memegang Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai Pengilang Papan Suis,yang dikeluarkan dibawah peraturan-peraturan ini.Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis hendaklah dalam Borang U yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran itu.

  • KEHENDAK BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS YANG DIKENDALI PADA VOLTAN RENDAHPERATURAN 93Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis bagi papan suis yang dikendalikan pada voltan rendah boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa:Orang itu telah mendaftarkan perniagaanya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau sebuah syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan sekatan fasa 3, dan tiada apa-apa jua perenggan ini melarangnya menjadi Pendawai itu

  • Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Penjaga Jentera dengan sekatan yang relevan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang orang itu, Penjaga Jentera dan Pendawai dengan Sekatan Fasa 3 seperti dalam perenggan (b) menjadi orang yang samaOrang itu pelindungan insuran untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1999Orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan bagi menguji papan suis

  • KEHENDAK BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS YANG DIKENDALIKAN PADA VOLTAN RENDAH DAN LEBIH TINGGI DARIPADA VOLTAN RENDAH PERATURAN 94Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis bagi papan suis yang dikendalikan pada voltan rendah dan lebih tinggi daripada voltan rendah boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa;Orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan 3 Fasa,dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangya daripada menjadi Pendawai itu.

  • Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Penjaga Jenera dengan sekatan yang eleven yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya,dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang orang itu,Penjaga Jentera dan Pendawai dengan Sekatan Fasa 3 seperti dalam perenggan (b) menjadi orang yang sama.Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Juurtera Profesional dalam bidang kejuruteraan Elektrik yang berdaftar dengan Lembga Jurutera di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967,dan tiada apa-apa dalam perenggan ini melarang orang itu daripada menjadi Jurutera Profesional itu;Orang itu mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;danOrang itu mempunyai kelengkapan yang sesuai,kelengkapan dan peralatan bagi menguji papan suis.

  • MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS PERATURAN 95Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis,Suruhanjaya hendaklah menghendaki orang itu memberikan maklumat yang berikut:Nama dan alamat semua pekongsi dalam hal perkongsian berdaftar dan tentang semua pengarah,pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat berdaftar;Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan ;dan Apa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu

  • FEE BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS PERATURAN 96Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilan Papan Suis dan pembaharuannya pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian XII Jadual Kedua.

  • KELULUSAN KELENGKAPAN

    PERAKUAN KELULUSAN BAGI KELENGKAPANPERATURAN 97Tiada seorang pun boleh mengilang,mengimport,mempamer,menjual atau mengiklankanApa-apa kelengkapan domestic;Apa-apa kelengkapan yang biasanya dijual secara langsung kepada orang awam;atauApa-apa kelengkapan yang tidak memerlukan kemahiran kursus dalam pengendalian,melainkan jika kelengkapan itu diluluskan oleh Suruhanjaya

  • Suatu Perakuan Kelulusan untuk mengilang,mengimport,mempamer,menjual atau mengiklankan kelengkapan itu hendaklah masing-masingnya dalam Borang V dan W yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.Suatu fee memproses sebanyak RM20 hendaklah dikenakan bagi suatu permohonan bagi Perakuan Kelulusan pada mana-mana kelengkapan.Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Kelulusan dalam subperaturan (2) dan pembaharuannya pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual Kedua

  • PENANDAAN ATAU PELABELAN KELENGKAPAN YANG DILULUSKANPERATURAN 98Jika sesuatu kelengkapan telah diluluskan bagi pengilangan,pengimportan,pameran,penjualan atau pengiklanan oleh Suruhanjaya,orang yang kepadanya Perakuan Kelulusan dikeluarkan di bawah Peraturan 97 boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya supaya menanda atau melabel kelengkapan itu dan dia hendaklah melakukan sedemikian mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

  • SAMPEL KELENGKAPAN HENDAKLAH DIHANTAR-SERAHKEPADA PENGARAHPERATURAN 99Apa-apa permohonan bagi suatu Perakuan Kelulusan bagi apa-apa kelengkapan yang disebut dalam Peraturan 97 hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.Pemohon hendaklah menghantar-serah sampel kelengkapan dalam subperaturan (1) kepada Suruhanjaya dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengannya,termasuklah lukisan ,foto-foto,risalah dan kepustakaan teknikal sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

  • Suatu sampel kelengkan yang dihantar-serah hendaklah dilekatkan atau ditampalkan kepadanya label yang mengandungi butir-butir yang berikut :Nama penuh pemohon;Jenis kelengkapan itu;Kecekapan tenaga kelengkapan;danKatalog atau nombor jenama pengilang,atau apa-apa cara lain untuk mengenalpasti kelengkapan itu.Suruhanjaya tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan terhadap mana-mana kelengkapan yang dihantar-serah dibawah subperaturan (2).

    Orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Penjaga Jentera dengan sekatan yang relevan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang orang itu, Penjaga Jentera dan Pendawai dengan Sekatan Fasa 3 seperti dalam perenggan (b) menjadi orang yang samaOrang itu pelindungan insuran untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1999Orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan bagi menguji papan suis

    *