pemahaman

10
BM1/UB1T6/NHS Soalan 1 hingga 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Bolehkah ____________ mandi di air terjun itu, ibu?” tanya anak kembar Puan Lam. A aku C saya B kita D kami 2. Sultan Mansur Syah dan kerabat ______________ akan berangkat pulang ke istana esok. A beta C tuanku B patik D baginda Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Ayah dan abang sedang ______________ perahu yang rosak. A mencuci C membaiki B mengelap D menggilap 4. Cikgu Lee ______________ murid-murid ke rumahnya untuk menyambut majlis hari lahir anaknya. A menjemput C menghalau B menyindir D menjerit 5. Cahaya lampu suluh itu ______________ kerana kuasa baterinya lemah. A malap C kabur B redup D silau 021

Upload: nuurhafiza-saad

Post on 27-Jul-2015

32 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

BM1/UB1T6/NHS

Soalan 1 hingga 18Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Bolehkah ____________ mandi di air terjun itu, ibu?” tanya anak kembar Puan Lam. A aku C saya B kita D kami

2. Sultan Mansur Syah dan kerabat ______________ akan berangkat pulang ke istana esok. A beta C tuanku B patik D baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Ayah dan abang sedang ______________ perahu yang rosak. A mencuci C membaiki

B mengelap D menggilap

4. Cikgu Lee ______________ murid-murid ke rumahnya untuk menyambut majlis hari lahir anaknya.

A menjemput C menghalau B menyindir D menjerit

5. Cahaya lampu suluh itu ______________ kerana kuasa baterinya lemah. A malap C kabur B redup D silau

6. Rina menggunakan selimut yang _______________ ketika tidur di dalam bilik yang berhawa dingin itu.

A sempit C singkat B tebal D longgar

7. “Saya sering ke rumah Samy kerana rumah saya ____________ dengan rumahnya,” kata Ah Chong.

A renggang C nyaris B hampir D kerap

021

BM1/UB1T6/NHS

8. Penyanyi terkenal itu menyanyikan lagu dengan ____________ perasaan. A cukup C besar B penuh D kuat

9. “Kita mesti menyiapkan projek ini ______________ selesai,” kata Siva kepada rakan-rakannya.

A hingga C untuk B dengan D bagi

10. Sekawan burung bangau terbang ke sarang ______________ senja menjelang. A sungguhpun C malahan B meskipun D ketika

11. Hanim menulis se____________ surat kepada kakandanya yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

A puncak C pucuk B hujung D utas

12. Demi menjamin keharmonian negara, rakyat _____________ sentiasa bersatu padu. A hendak C dapat B pernah D harus

13. Kami difahamkan bahawa ahli rombongan itu _____________ pulang selepas jamuan ringan.

A angkatan C mengangkat B berangkat D keberangkatan

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Bangkai kapal yang karam itu telah tenggelam di ________________ lautan. A hujung C bawah B celah D dasar

021

BM1/UB1T6/NHS

15. Tujuan _________________ itu adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang program yang sedang dijalankan.

A uji kaji C temu duga B kaji selidik D soal siasat

16. Suasana di pasar malam itu ____________ dengan suara pembeli dan penjual. A hiruk-pikuk C dentam-dentum B porak-peranda D tunggang-langgang

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Anjing itu dapat melalui ______________ besi yang dipasang pada pagar rumah itu. A jeriji C lelangit B tetupai D sesawang

18. Encik Kamal diminta untuk menyampaikan ____________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.

A sebaris C sepatah B sebuah D serangkap

19. Kita harus patuh kepada undang-undang negara.Pilih perkataan seerti bagi patuh.

A hormat C sabar B ikhlas D taat

20. Cadangan itu telah diterima sebulat suara oleh ahli jawatankuasa PIBG. Pilih perkataan berlawan bagi diterima.

A dibuang C ditolak B disisih D ditangguh

021

BM1/UB1T6/NHS

Soalan 21 dan 22Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.21. I Buah mempelam itu telah masak.

II Nasi yang ditanak oleh ibu telah masak.III Ibu sudah masak dengan perangai abang.IV Datuk sedang masak air tebu itu.

A I dan II C II dan III B I, II dan IV D I, II dan III

22. I Rumput yang lebat di hadapan rumah Johan itu telah dipotong.II Murid yang lebat wang itu membelanjai kawan-kawannya.III Sungguh lebat buah rambutan di dusun datuk pada kali ini.IV Adik kecil saya sungguh comel dan berambut lebat.

A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV

23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi

Berapakah harga semua pakaian yang dibeli oleh ayah?

A Harga pakaian itu boleh dibeli di kedai. B Harga semua pakaian itu ialah RM245.50. C Harga pakaian itu tidak diketahui oleh ayah. D Ayah hanya membeli pakaian yang berharga sahaja.

24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Murid-murid dikehendaki berbaris di kantin semasa membeli makanan.

A Siapakah dikehendaki berbaris di kantin? B Mengapakah murid-murid mesti berbaris? C Di manakah murid-murid dikehendaki berbaris? D Bilakah murid-murid dikehendaki berbaris?

021

BM1/UB1T6/NHS

Soalan 25 dan 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.25. “ Jangan bersikap buruk sangka terhadap orang lain,” nasihat Cikgu Lina kepada murid-

murid kelas 6 Anggerik. A Cikgu Lina menggalakkan murid-murid kelas 6 Anggerik bersikap buruk sangka

terhadap orang lain. B Cikgu Lina tidak menyetujui sikap murid-murid yang suka berburuk sangka. C Cikgu Lina menasihati murid-murid kelas 6 Anggerik supaya sentiasa berburuk

sangka terhadap orang lain. D Cikgu Lina menasihati murid-murid kelas 6 Anggerik supaya tidak berburuk

sangka terhadap orang lain.

26. Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan pertandingan syarahan . A Pertandingan syarahan itu akan dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia.. B Persatuan Bahasa Malaysia dianjurkan oleh pertandingan syarahan. C Pertandingan syarahan telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia. D Persatuan menganjurkan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia.

Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang betul.

27. A Pasukan bola sepak itu terdiri daripada sebelas orang pemain. B Pameran buku berlangsung hingga pada hari Jumaat. C Bola itu dibaling kepada dinding dengan kuat. D Kepada saya, ia sudah cukup baik untuk berbudi dengan tanah.

28. A Semua murid-murid diminta beratur dengan tertib. B Ramai pemain-pemain berasa tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh jurulatih itu. C Mereka pergi memancing ikan di sungai itu pada setiap petang. D Ayah minum air kopi panas yang disediakan oleh ibu sesetengah cawan.

Soalan 29 dan 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling sesuai.

29. Wen Kang tidak cepat __________ walaupun buku latihan Bahasa Malaysianya diconteng oleh adik.

A naik darah C naik lemak B naik kepala D naik tangan

30. Pramugari yang jelita itu ______________ kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang rupawan.

A bagai isi dengan kuku C bagai cincin dengan permata B bagai bulan dipagari bintang D bagai pungguk rindukan bulan

021

BM1/UB1T6/NHS

Soalan 31 hingga 35Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hadirmu,Membasahi bumi ini,Kau datang dan pergi,Tanpa mengira waktu dan tempat,

Kehadiranmu,Ditunggu dengan penuh harapan,Bagi insan yang memerlukan,Namun ada juga yang membenci,Jika hadirmu membawa sengsara,

Nelayan sering berasa gelisah,Hendak ke laut ombak bergelora,Petani pula berasa puas,Tanamannya menjadi subur dan segar,

Namun, Manusia akan menderita,Banyak harta yang rosak binasa,Banyak nyawa yang akan melayang,Apabila kau sedang marah.

31. “Kau” dalam puisi di atas merujuk kepada ____________ A angin taufan C hujan lebat B ribut salji D kemarau

32. Nelayan akan berasa terganggu jika “kau” turun dengan tidak henti-henti kerana A akan menyukarkan mereka turun ke laut kerana ombak bergelora. B akan menyebabkan mata pencarian mereka semakin meningkat. C “kau” memang tidak diperlukan oleh manusia. D kehadiran “kau” akan mengeringkan punca air yang ada.

33. Berikut ialah keperluan “kau” dalam kehidupan manusia, kecuali A akan menyegarkan setiap tanaman. B menjadi punca minuman manusia dan haiwan. C untuk membersihkan tubuh badan. D menyebabkan kebakaran sukar dikawal.

34. Apakah kesukaran yang akan dihadapi oleh manusia jika “kau” tidak turun? A Manusia akan sentiasa dalam kesejukan. B Suhu akan meningkat dan berlakunya kemarau. C Tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan hasil yang banyak. D Manusia dapat menjalani kehidupan dengan baik sekali.

021

BM1/UB1T6/NHS

35. Perkataan gelisah dalam rangkap ketiga bermaksud__________. A susah C bimbang B kecewa D gembira

Soalan 36 hingga 40Baca catatan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Khamis, 28 Februari 20156.00 pagi : Hari ini aku bangun lebih awal. Selepas mandi, aku memakai pakaian sekolah. Aku

mengemaskan barang-barang yang ingin dibawa ke dalam sebuah beg.

6.30 pagi : Aku bersarapan bersama keluarga. Hari ini ibu menyediakan nasi goreng kegemaranku. Selepas bersarapan, ayah menghantar aku ke sekolah.

7.00 pagi : Apabila tiba di sekolah, aku melihat kawan-kawanku telah sedia berkumpul. Kelihatan juga dua buah bas yang akan membawa kami ke destinasi hari ini.

7.30 pagi : Setelah mencatat kehadiran, Cikgu Kong mengarahkan kami menaiki bas. Keadaan di dalam bas riuh-rendah dengan suara kawan-kawanku. Kami tidak sabar lagi hendak memulakan lawatan yang kami nantikan selama ini. Sementara itu, aku

asyik berborak dengan rakan baikku, Ah Meng.

8.30 pagi : Apabila tiba, rombongan kami disambut oleh pegawai yang bertugas. Cikgu Kong mengingatkan kami supaya menjaga disiplin semasa lawatan ini.

8.45 pagi : Kami memulakan lawatan dengan penerangan daripada pegawai bertugas. Tempat ini sungguh besar dan menempatkan banyak mesin. Kelihatan para pekerja sedang menyiapkan komponen kereta. Kami turut membuat catatan semasa lawatan tiga jam ini. Kami mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berguna tentang kereta nasional negara.

11.00 pagi : Setelah menghadiri jamuan yang disediakan, kami pun bertolak pulang. Kami berasa sungguh gembira semasa lawatan ini.

36. Mengapakah aku bangun awal pagi itu? A kerana ingin bersarapan bersama keluarga. B kerana ingin menyertai lawatan. C kerana ingin menaiki bas sekolah. D kerana ingin berkumpul di sekolah.

37. Bagaimanakah keadaan di dalam bas sekolah itu? A senyap C bising B sunyi D gelap

021

BM1/UB1T6/NHS

38. Apakah pesanan Cikgu Kong kepada ahli rombongan lawatan? A Jangan berbual semasa lawatan. B Jangan mengikut arahan semasa lawatan. C Mencuba segala mesin yang ada di situ. D Mesti menjaga disiplin semasa lawatan.

39. Pernyataan di bawah adalah salah mengenai petikan, kecuali A mereka mengadakan lawatan ke kilang Proton. B lawatan ini tidak mendatangkan faedah. C peserta lawatan diajar memandu kereta. D lawatan ini berlangsung selama lima jam.

40. Kata berborak dalam petikan di atas bermaksud_____________ A berbisik C bergaduh B bersembang D berangan-angan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ___________________(NUUR HAFIZA BT SAAD) ( )

021