pelan pembangunan pendidikan malaysia n keguruan dan perguruan

Upload: mohd-sabri

Post on 04-Jun-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    1/19

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    2/19

    kekal dalam perkhidmatan selama hampir 20 tahun lagi. Maka

    usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah

    amat penting dan perlu dititikberatkan.

    Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini

    mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam

    sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam

    pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status

    negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

    Kita tidak mahu apa yang dirancang dalam tempoh masa tiga belas

    tahun ini hanya cantik di atas kertas sahaja tetapi apa yang kita

    mahukan adalah komitmen daripada semua pihak dalam

    memajukan transformasi sektor pendidikan ini berjalan dengan

    lancar.

    Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam

    diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan

    yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan

    menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami

    dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah

    peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada

    pelajarnya.

    Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepadapemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang

    tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan

    ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar.

    Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan

    dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah

    s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    3/19

    hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah

    an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika

    kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih

    berharga daripada dunia dan segala isinya".

    Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang

    diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan

    mengajar khususnya dalam profesion perguruan.

    Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa

    pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mestidilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak

    bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru

    berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi

    sekolah dan pencapaian murid.

    Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran

    berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan

    perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam

    perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat

    secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada

    prestasi pelajarnya.

    Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di

    Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an

    yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapatmeningkatkan pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam

    tempoh tiga tahun berbanding guru berprestasi rendah.

    Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang

    berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan

    pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat

    merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    4/19

    dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat

    atas. Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat

    pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan

    berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaranmereka.

    Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru

    perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan

    menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran

    berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan

    peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilahtransformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan

    dalam sistem pendidikan negara.

    Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru ini adalah

    digalakkan agar para guru terus memperkukuhkan latihan dalam

    perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang telah lama

    berkhidmat hendaklah terus diberi pendedahan khusus tentang

    sahsiah guru sebagai murabbi, dengan pendekatan dan kaedah

    pengajaran terkini.

    Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar

    beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka

    turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara,

    mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang

    berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arahkebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep

    amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang

    memiliki keperibadian yang luhur.

    Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam

    abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting

    untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru dalam

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    5/19

    kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan

    misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk

    meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah

    terbuka luas.

    Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih

    berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu

    melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society)

    secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan

    yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian

    pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomidan kesejahteraan negara.

    Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua

    bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi

    menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada

    maklum balas di dalam laporan awal Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia yang akan dimuktamadkan Disember depan.

    Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang

    berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan

    meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk

    sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju

    menjelang tahun 2020.

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    6/19

    1. GURU SEBAGAI SATUPROFESION

    2. Profesion Pekerjaan yang khususdi mana ia dilaksanakan oleh orang

    yang berpendidikan tinggi atau

    mempunyai kelulusan dan latihan

    ikhtisas yang cukup bermutu.

    Contoh: keguruan, peguaman,

    akauntan, perubatan, kaunseling,

    kejuruteraan dan perniagaan.

    3. Ciri-ciri Profesion

    4. Ciri-ciri Profesion

    5. Konsep Perguruan Dan KeguruanPerguruan = pengajaran kepada

    guru pelatih, murid dan sebagainya.

    Keguruan = perkara yang berkaitan

    dengan guru, iaitu yang berkaitan

    dengan peranan, tugas dan

    kelayakan sebagai guru .

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    7/19

    6. Konsep Profesion Perguruan DanKeguruan Profesion perguruan =

    pekerjaan pengajaran yang

    memerlukan pelajaran yang tinggi

    dan latihan khas. Profesion

    keguruan = satu pekerjaan yang

    membawa bersama tanggungjawab,

    integriti dan akauntabiliti terhadap

    masyarakat.

    7. Keguruan sebagai satu profesionPekerjaan penting Bersifat autonomi

    Memerlukan kelayakan akademik

    dan latihan ikhtisas Guru

    digolongkan sebagai pakar dalam

    pendidikan Mengutamakan

    perkhidmatan

    8. Keguruan Bukan Satu ProfesionKelayakan akademik dan latihan

    yang berbeza Kuasa Kesatuan

    Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa

    Autonomi Bidang ikhtisas yang lain

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    8/19

    9. Konsep Profesional dan BukanProfesional Konsep Profesion

    Perguruan dan Keguruan.

    Perguruan, menurut Kamus Dewan

    (1989), adalah diertikan sebagai

    PENGAJARAN, misalnya perguruan

    kepada guru-pelatih, murid dan

    sebagainya. Manakala, perkataan

    keguruan boleh diertikan sebagai

    PERKARA YANG BERKAITAN

    DENGAN GURU, iaitu yang

    berkaitan dengan peranan, tugas

    dan kelayakan sebagai guru.

    10. maka, profesion perguruan:pekerjaan pengajaran yang

    memerlukan pelajaran yang tinggi

    dan latihan khas. profesion

    keguruan: pekerjaan yang berkaitan

    dengan peranan tugas,

    tanggungjawab, sifat dan kualiti

    guru. Keguruan dalam konsep

    profesional. mempunyai latihan

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    9/19

    ikhtisas dalam Latihan Keguruan.

    mempunyai autonomi menentukan

    kaedah-kaedah mengajar dalam bilik

    darjah. menjadi ahli kesatuan yang

    menentukan kod etika sebagai

    panduan guru dalam segala aktiviti

    profesionalnya.

    11. pekerjaannya merupakanperkhidmatan yang penting kepada

    individu dan negara. guru

    digolongkan sebagai pakar dalam

    pendidikan. Keguruan dalam konsep

    bukan profesional. pekerjaan guru

    tidak terhad kepada guru terlatih

    sahaja. Orang yang tidak

    mempunyai latihan ikhtisas dalam

    bidang keguruan pun boleh digelar

    sebagai guru, selagi dia

    menjalankan tugas mengajar. Selain

    itu, seseorang tidak semestinya

    peroleh ilmu pengetahuan daripada

    buku sahaja, tetapi juga daripada

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    10/19

    televisyen, majalah, buku-buku dan

    sebagainya.

    12. kemasukan ahli ke dalamprofesion keguruan tidak sukar dan

    tidak banyak persaingan. autonomi

    seseorang guru adalah terhad.

    Kebanyakan keputusan tidak boleh

    dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat

    oleh pentadbir sekolah. kesatuan

    guru tidak mempunyai kuasa untuk

    memecat guru daripada mengajar di

    sekolah jika guru itu tidak mematuhi

    kod etika yang ditentukan oleh

    kesatuannya. bukan semua guru

    diwajibkan menjadi ahli dalam

    kesatuan guru. Tambahan pula,

    terdapat banyak kesatuan guru yang

    mempunyai matlamat penubuhan

    mereka yang berbeza.

    13. Kod Etika Profesion PerguruanMalaysia etika ialah suatu sistem

    dasar tingkah laku bagi sesuatu

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    11/19

    kumpulan manusia atau organisasi.

    setiap badan profesional mempunyai

    kod etika masing-masing. setiap

    profesion akan menetapkan nilai-

    nilai asas yang perlu ditaati oleh

    semua insan yang menjalankan

    pekerjaan tersebut. Ini disebut

    sebagai KOD ETIKA. justeru, etika

    profesional ialah nilai-nilai atau

    tingkah laku murni yang harus

    dihayati oleh individu-individu

    mengikut profesion masing-masing.

    14. kod etika memperjelaskantindakan-tindakan betul yang perlu

    diikuti dan tindakan-tindakan salah

    yang perlu dihindari oleh individu-

    individu dalam sesuatu profesion.

    tujuan kod etika ialah untuk

    mengekalkan integriti moral sesuatu

    profesion. setiap guru harus

    mematuhi kod etika yang terdapat

    dalam TATASUSILA PROFESION

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    12/19

    KEGURUAN seperti yang

    disarankan oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

    tanggungjawab terhadap pelajar;

    tanggungjawab terhadap ibu bapa;

    tanggungjawab terhadap

    masyarakat dan negara; dan

    tanggungjawab terhadap rakan

    sejawat dan profesion keguruan

    15. Etika Suatu sistem yangberkaitan dengan dasar akhlak dan

    tingkah laku bagi sesuatu kumpulan

    manusia atau organisasi. Meliputi

    aspek-aspek moral yang baik dan

    yang buruk, serta yang betul dan

    salah dengan tujuan memberi garis

    panduan kepada ahli-ahli

    berkenaan.

    16. Kod Etika Memperjelaskantindakan-tindakan betul yang perlu

    diikuti dan tindakan-tindakan salah

    yang perlu dihindari oleh individu-

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    13/19

    individu dalam sesuatu profesion.

    Bertujuan untuk mengekalkan

    integriti moral sesuatu profesion.

    17. (a) Tanggungjawab terhadapPelajar Mengutamakan kebajikan

    dan keselamatan pelajar Bersikap

    adil terhadap setiap pelajar

    Merahsiakan maklumat ikhtisas atau

    sulit tentang pelajar Menunjukkan

    suatu cara pakaian, pertuturan dan

    tingkah laku yang baik Membimbing

    atau mengajar seseorang pelajar

    18. (b) Tanggungjawab terhadap IbuBapa Menghormati tanggungjawab

    utama ibu bapa Mewujudkan

    hubungan mesra dan kerjasama

    yang erat antara institusi pendidikan

    dengan rumah tangga Memberikan

    maklumat kepada ibu bapa demi

    kepentingan anak-anak mereka

    Mengelakkan diri daripada

    menggunakan atau dipengaruhi oleh

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    14/19

    kedudukan sosial dan ekonomi ibu

    bapa pelajar. Mengelakkan diri

    daripada mengeluarkan kata-kata

    atau melakukan sesuatu yang boleh

    menjejaskan kepercayaan pelajar

    terhadap ibu bapa atau penjaga

    mereka.

    19. (c) Tanggungjawab terhadapMasyarakat dan Negara

    Menghormati perbezaan

    kebudayaan, keturunan dan agama

    Menggalakkan kerjasama dan

    persefahaman antara guru dengan

    ibu bapa, institusi pendidikan

    dengan masyarakat. Menghormati

    masyarakat tempat kami berkhidmat

    Mengelakkan diri daripada

    menyebarkan sesuatu ajaran yang

    boleh merosakkan kepentingan

    pelajar, masyarakat atau negara

    20. (d) Tanggungjawab terhadapRakan Sejawat dan Profesion

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    15/19

    Kegurua n Mengelakkan diri

    daripada membuat sebarang

    kenyataan atau ulasan yang boleh

    mencemarkan nama baik seorang

    guru Sentiasa bersedia membantu

    rakan sejawat Mengawal diri kami

    supaya tidak mencemarkan nama

    baik profesion perguruan Tidak

    melibatkan diri dalam kegiatan yang

    boleh menjejaskan kecekapan kami

    sebagai guru.

    21. Akauntabiliti Guru akauntabiliti= bertangungjawab kepada

    seseorang atau bertangugjawab

    terhadap sesuatu. Konsep

    akauntabiliti satu obligasi untuk

    memberikan jawapan dan

    penjelasan mengenai sesuatu

    tindakan dan prestasi kepada

    mereka yang berhak untuk

    mendapat jawapan dan penjelasan

    tersebut. Akauntabiliti keguruan

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    16/19

    tanggungjawab yang harus difahami

    dan dilaksanakan oleh seseorang

    guru. akauntabiliti keguruan

    bermaksud tanggungjawab terhadap

    profesionalisme keguruan.

    22. Kebaikan AkauntabilitiMemastikan semua pelajar belajar

    mengikut kemampuan mereka

    sendiri dan berfaedah bagi

    sekumpulan kecil pelajar yang

    lemah Pelajar akan mempunyai

    motivasi yang kuat untuk belajar

    Penekanan pada pencapaian

    memotivasikan guru untuk mencuba

    pendekatan-pendekatan pengajaran

    yang baru. Akauntabiliti dapat

    memberitahu orang ramai segala

    yang berlaku di sekolah.

    23.

    24. Akauntabiliti Guru terhadap

    Sekolah Kaedah mengajar sejajar

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    17/19

    dengan perkembangan kognitif

    murid-murid. Bersifat optimistik dan

    menunjukkan minat yang tinggi di

    dalam pekerjaannya Kaedah

    mengajar yang terkini dan canggih

    Perhubungan sosial yang baik .

    Kawalan disiplin yang berkesan

    25. Akauntabiliti Guru terhadapSekolah Membina satu program

    perkembangan ko- kurikulum yang

    dinamik Pembimbing kepada murid-

    murid untuk memotivasikan murid-

    murid bagi meningkatkan kemahiran

    pencapaian akademik Menjalankan

    tugas yang diamanahkan oleh

    pentadbiran sekolah

    26. Akauntabiliti Guru terhadapTingkah Laku Melengkapkan diri

    dengan pelbagai ilmu pengetahuan

    Menjadi seorang 'role model' yang

    baik dalam masyarakat setempat

    Mengurus kewangan sendiri dengan

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    18/19

    bijaksana Mengamalkan nilai-nilai

    murni seperti ketatasusilaan, belas

    kasihan, kejujuran dan keikhlasan,

    kecekapan, pertimbangan

    memelihara penampilan diri

    Melibatkan diri dalam hobi aktiviti

    berfaedah pada masa lapang

    mengawal emosi ketika mengajar

    27. Akauntabiliti Guru terhadapMurid Mengutamakan kebajikan dan

    keselamatan murid-murid Bersedia

    menyelesaikan masalah murid-murid

    dengan bersikap adil Ikhlas dalam

    menyampaikan ilmu pengetahuan

    Bekerjasama dengan pihak sekolah

    dan ibu bapa. Tidak mengharapkan

    sebarang balasan dan ganjaran

    28. Akauntabiliti Guru terhadapProfesion Menjadi ahli kesatuan

    guru elak membuat sebarang

    kenyataan negatif tentang

    profesionnya dalam media tempatan

  • 8/13/2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia n Keguruan Dan Perguruan

    19/19

    elakkan daripada menganggotai

    parti haluan kiri/ kegiatan pengganas

    , dan politik Selalu bersedia

    membantu rakan sejawat elakkan

    daripada terlibat dalam sebarang

    kegiatan negatif atau merbahaya

    29. Akauntabiliti Guru terhadapKomuniti Tidak menyebarkan ajaran

    negatif yang boleh merosakkkan

    kepentingan pelajar, masyarakat

    atau negara Bersopan-santun dan

    bertingkah laku baik dalam segala

    aktiviti sosial Mengambil bahagian

    secara cergas dalam kegiatan-

    kegiatan masyarakat Sentiasa

    menghormati ahli-ahli masyarakat

    setempat Tidak mencemarkan nama

    baik rakan sejawat