pelajaran 2 bm

34
Pelajaran 11 - Pelajaran 20 Fahaman Darjah 3

Upload: amoi286

Post on 20-Jan-2015

4.559 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

fahaman darjah 3 dari pelajaran 11 hingga 20

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 11 - Pelajaran 20

Fahaman Darjah 3

Page 2: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 11 - Kawan saya

Fahaman Darjah 3

Page 3: Pelajaran 2 Bm

Saya ada seorang kawan bernama Ali. Dia tinggal di Kampong Jaya Bakti, Berakas. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Amar Pahlawan dalam darjah tiga.

Adik-beradik Ali seramai enam orang iaitu empat orang laki-laki dan dua orang perempuan. Dia adalah anak yang keempat. Mereka semuanya masih lagi bersekolah.

Pada masa ini umur kawan saya itu sudah lebih lapan tahun. Dia seorang budak yang baik dan rajin. Pelajaran yang digemarinya ialah Sains, Matematik dan Bahasa Melayu. Dia bercita-cita hendak melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat tinggi.

Ali seorang yang periang dan suka bergaul dengan teman-temannya. Dia juga pandai mengambil hati dan suka menolong orang lain. Di antara ramai kawan saya, dialah yang rapat dan paling saya hormati.

Page 4: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Di manakah Ali tinggal?2. Berapakah ramai adik-beradik Ali?3. Ali suka bergaul dengan siapa?4. Apakah pelajaran yang digemari oleh Ali?5. Apakah cita-cita Ali?6. Jelaskan sifat-sifat Ali.

Page 5: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 12 - Lawatan ke muzium

Fahaman Darjah 3

Page 6: Pelajaran 2 Bm

Pada cuti penggal sekolah, saya bersama kawan-kawan dan guru-guru pergi melawat muzium. Muzium ini letaknya di Kota Batu. Jauhnya lebih kurang lima kilometer dari Bandar Seri Begawan.

Kami bertolak dari sekolah jam 8.30 pagi. Kami menaiki sebuah bas yang dikhaskan. Kami sampai di muzium pada jam 9.30 pagi.

Sebelum masuk ke bangunan muzium, kami telah melihat-lihat kawasan sekelilingnya. Kawasannya sangat bersih dan cantik.

Bahagian bawah bangunan muzium ini digunakan bagi tempat pentadbiran, perpustakaan, arkib dan lain-lain. Bahagian tengah ialah dewan pameran, tempat alat-alat menangkap ikan, jenis-jenis jerat binatang, gambar-gambar Brunei Shell Petroleum dan alam semula jadi. Bahagian atas pula ialah dewan pameran seni lukis, senjata-senjata lama, barang-barang antik, seramik, dan lain-lain lagi.

Kami sangat tertarik hati da berasa kagum melihat barang-barang yang dipamerkan di muzium itu.

Page 7: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Berapakah jauh muzium dari Bandar Seri

Begawan?2. Pukul berapakah rombongan kamai bertolak dari

sekolah?3. Di manakah letaknya muzium itu?4. Bagaimanakah keadaan kawasan di sekeliling

muzium itu?5. Jelaskan jenis pameran yang terdapat di

bahagian tengah.6. Di bahagian manakah kamu boleh melihat

barang-barang antik dan seramik dipamerkan?

Page 8: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 13 - Kampung saya

Fahaman Darjah 3

Page 9: Pelajaran 2 Bm

Saya tinggal di Kampong Bokok. Kampung saya terletak dalam Daerah Temburong. Jauh kampung saya lebih kurang lapan kilometer dari Pekan Bangar.

Kampung saya mempunyai seorang ketua. Ramai penduduknya lebih kurang dua ratus orang, kesemuanya orang Melayu. Di kampung saya juga terdapat sebuah masjid, balai raya dan sekolah.

Penduduk kampung saya ada yang bekerja sendiri dan ada yang bekerja dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Apabila mereka hendak pergi ke Bandar Seri Begawan, mereka terlebih dahulu pergi ke Pekan Bangar. Dari Pekan Bangar mereka akan menaiki motor sangkut. Perjalanan dari Pekan Bangar ke Bandar Seri Begawan mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Page 10: Pelajaran 2 Bm

Keadan rumah-rumah di kampung saya teratur dan bersih. Rumah-rumah dibuat daripada batu dan kayu. Pada masa dahulu kampung saya tidak ada kemudahan-kemudahan seperti jalan raya yang baik, bekalan air, elektrik dan telefon. Sekarang semua kemudahan itu telah disediakan dengan baiknya.

Saya gembira tinggal di kampung ini. Suasananya tenteram dan udaranya segar. Kehidupan di kampung saya sentiasa aman dan damai.

Page 11: Pelajaran 2 Bm

1. Di manakah saya tinggal?2. Berapa ramaikah penduduk di kampung saya?3. Bagaimanakah keadaan rumah-rumah di

kampung saya?4. Kampong Bokok terletak dalam daerah mana?5. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat

di kampung saya?6. Bagaimanakah keadaan di kampung saya?

Latihan

Page 12: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 14 - Diri saya

Fahaman Darjah 3

Page 13: Pelajaran 2 Bm

Nama saya Dayang Noraini binti Haji Ahmad. Umur saya lapan tahun. Saya tinggal di Kampong Mabohai dalam Daerah Brunei dan Muara. Saya bersekolah di Sekolh Rendah Raja Isteri Fatimah dalam darjah tiga. Cita-cita saya ingin meneruskan pelajaran hingga ke universiti.

Kegemaran saya membaca buku dan bermain badminton. Pelajaran yang saya minati ialah Pengetahun Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sekolah saya tidak jauh dari rumah saya. Saya pergi ke sekolah berjalan kaki, kalau hari hujan ayah menghantar saya ke sekolah dengan kereta.

Pada hari-hari kelepasan awam dan cuti sekolah, saya menolong emak membuat kerja dan juga mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang saya bersama keluarha menghadiri majlis perkahwinan. Semua keluarga saya sangat sayang akan saya. Saya juga sayang akan mereka.

Page 14: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Berapakah umur Dayang Noraini?2. Apakah cita-cita Dayang Noraini?3. Sebutkan apa kegemaran Dayang Noraini.4. Di manakah Dayang Noraini bersekolah?5. Sebutkan mata-mata pelajaran yang diminati

oleh Dayang Noraini.6. Siapakah yang sangat sayang akan Dayang

Noraini?

Page 15: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 15 - Hari jadi

Fahaman Darjah 3

Page 16: Pelajaran 2 Bm

Pada 6 Januari yang lepas, Siti Hajar menyambut hari jadinya yang kelapan tahun. Dia menjemput kawan-kawan sedarjah dan jiran-jirannya yang berhampiran.

Pada hari itu, Siti Hajar dan keluarganya sibuk berkemas dan membersihkan rumah. Ibu Siti Hajar menyediakan bermacam-macam makanan dan minuman.

Pukul 2.00 petang ramai kawan Siti Hajar datang. Mereka membawa hadiah dan mengucapkan selamat hari jadi kepada Siti Hajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Selepas itu lagu Selamat Hari Jadi dinayanyikan beramai-ramai. Siti Hajar mempersilakan kawan-kawan dan jemputan yang hadir untuk menikmati jamuan yang disediakan. Berbagai-bagai permainan dan nyanyian juga diadakan. Mereka semuanya riang dan gembira.

Pada akhir majlis, Siti Hajar mengucapkan terima kasih sambi bersalam-salaman dengan kawan-kawan dan jiran-jirannya kerana telah sudi bersama-sama meraikan hari jadinya.

Page 17: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Bilakah Siti Hajar menyambut hari jadinya?2. Siapakah yang dijemput oleh Siti Hajar?3. Apakah yang disediakan oleh ibu Siti Hajar?4. Bagaimanakah majlis dimulakan?5. Sebutkan acara-acara sambutan hari jadi Siti

Hajar.6. Mengapakah Siti Hajar mengucapkan terima

kasih kepada kawan-kawan dan jiran-jirannya?

Page 18: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 16 - Buah-buahan tempatan

Fahaman Darjah 3

Page 19: Pelajaran 2 Bm

Di negara kita ini terdapat bermacam-macam jenis buah-buahan seperti durian, pisang, rambutan dan sebagainya. Bentuk buah-buahan itu tidaklah sama atau serupa. Rasanya juga berbeza-beza, ada yang manis, ada yang masam dan ada pula yang kelat.

Ada buah-buahan boleh didapati ada bila-bila masa seperti limau, pisang, betik, nangka, kelapa dan jambu batu. Buah-buahan ini tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun.

Ada pula buah-buahan didapati pada masa-masa tertentu sahaja seperti durian, tarap, langsat, cempedak, rambai, balunu, tampoi, membangan, kembayau, pangalaban dan binjai. Buah-buahan ini ialah jenis buah-buahan tempatan bermusim. Buah-buahan bermusim biasanya lebih mahal harganya daripada buah-buahan yang tidak bermusim.

Kita digalakkan supaya memakan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat.

Page 20: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Sebutkan nama buah-buahan tempatan yang

kamu tahu.2. Bagaimanakah rasa buah-buahan tempatan?3. Sebutkan nama buah-buahan yang tidak

bermusim.4. Sebutkan nama buah-buahan yang bermusim.5. Mengapakah harga buah-buahan tempatan

bermusim lebih mahal daripada yang tidak bermusim?

6. Mengapakah kita digalakkan memakan buah-buahan tempatan?

Page 21: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 17 - Kemalangan jalan raya

Fahaman Darjah 3

Page 22: Pelajaran 2 Bm

Kemalangan di jalan raya selalu sahaja berlaku di negara kita ini. Kebanyakkan kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pengguna-pengguna jalan raya itu sendiri. Mereka tidak cermat dan tidak berhati-hati semasa memandu kenderaan.

Ada pemandu-pemandu yang tidak menghiraukan tanda-tanda dan lampu-lampu isyarat di jalan raya serta memandu kenderaan dengan laju. Erbuatan begini boleh menyebabkan kemalangan.

Keadaan kenderaan yang tidak memuaskan boleh juga menyebabkan kemalangan jalan raya. Selain daripada keadaan cuaca yang buruk seperti hujan lebat dan ribut boleh menyebabkan penglihatan kurang jelas. Jalan raya menjadi basah dan licin. Semua ini boleh menyebabkan kemalangan.

Page 23: Pelajaran 2 Bm

Untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya, semua pengguna jalan raya mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan di jalan raya. Pemandu-pemandu hendaklah memandu dengan cermat. Mereka juga mestilah bertimbang rasa dan mempunyai sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Pastikan kenderaan yanh akan digunakan itu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Oleh itu kita hendaklah beruasaha untuk mengelakkan sebarang kemalangan di jalan raya. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama.

Page 24: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Kebanyakkan kemalangan jalan raya

disebabkan oleh apa?2. Apakah perbuatan yang bleh menyebabkan

kemalangan di jalan raya?3. Mengapakah cuaca buruk boleh menyebabkan

kemalangan?4. Bagaimanakah cara mengurangkan

kemalangan di jalan raya?5. Apakah sikap yang mesti ada pada pemandu?6. Sebutkan warna-warna lampu isyarat.

Page 25: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 18 - Menanam pokok bunga

Fahaman Darjah 3

Page 26: Pelajaran 2 Bm

Emak saya suka menanam berbagai-bagai jenis pokok bunga. Ada pokok bunga yang ditanam dalam pasu dan ada pokok bunga yang ditanam di tanah. Pokok-pokok bunga itu ialah seperti bunga kertas, bunga ros, bunga matahari, bunga melur, bunga jada kaya, bunga kaktus, bunga raja, bunga raya dan bermacam-macam lagi. Emak juga memelihara bunga anggerik.

Tiap-tiap pagi dan petang emak saya menyiram pokok bunga, kadang-kadang dia mencabut rumput atau memotong ranting-ranting pokok bunga yang sudah kering. Seminggu sekali emak membubuh baja.

Pagi Jumaat atau Ahad emak pergi ke tamu mencari dan membeli jenis pokok bunga baru. Kadang-kadang emak bertukar-tukar pokok bunga dengan jiran atau kawan-kawannya.

Saya suka melihat pokok-pokok bunga yang hidup subur dan berbunga mekar. Saya selalu menolong emak menyiram pokok-pokok bunga. Kata emak, “Bila pokok bunga kita sudah banyak, emak akan menjualnya.”

Page 27: Pelajaran 2 Bm

Latihan

1. Di manakah emak suka menanam bunga?2. Sebutkan pokok-pokok bunga yang emak

tanam.3. Bilakah emak menyiram pokok bunganya?4. Bagaimanakah emak menambah pokok-pokok

bunganya?5. Bagaimanakah emak menjaga pokok-pokok

bunganya?6. Apakah yang akan dibuat oleh emak apabila

pokok bunga sudah banyak?

Page 28: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 19 - Dua orang pemburu

Fahaman Darjah 3

Page 29: Pelajaran 2 Bm

Sebelum tidur nenek saya bercerita kisah dua orang pemburu, seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Ahmad. Mereka berdua bersahabat baik. Pada suatu hari Ali pergi ke rumah sahabatnya.

Ahmad: Apa hajat awak datang ni?

Ali: Aku nak ajak awak pergi berburu.

Ahmad: Elok juga cadangan awak itu. Kita pun sudah lama tidak pergi berburu.

Ali: Jadi, awak setujulah?

Ahmad: Tentulah akau setuju. Tapi, bila kita hendak pergi?

Ali: Kalau boleh, besoklah kita pergi.

Ahmad: Ya, eloklah kalau begitu.

Page 30: Pelajaran 2 Bm

Pada keesokan harinya, Ali dan Ahmad pun pergilah berburu. Mereka berburu dalam sebuah hutan yang berdekatan dengan kampung mereka.

Tidak lama kemudian, mereka ternampak seekor kijang sedang makan pucuk-pucuk daun muda yang tidak jauh dengan mereka.

Ali menghalakan senapangnya dan terus menembak. Kijang itu rebah, kemudian disembelih oleh Ahmad. Pada hari itu mereka beroleh dua ekor kijang. Mereka memberikan seekor untuk dibahagi-bahagikan kepada jiran-jiran mereka yang berdekatan. Kedua-dua pemburu itu sangat gembira dan bersyukur.

Nenek berjanji akan bercerita kisah yang lain pula pada esok malam.

Page 31: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Sebutkan nama kedua-dua orang

pemburu itu.2. Siapakah yang mengajak pergi berburu?3. Bilakah mereka pergi berburu?4. Apakah yang dimakan oleh kijang itu?5. Siapakah yang menyembelih kijang itu?6. Kepada siapakah seekor kijang itu

diberikan?

Page 32: Pelajaran 2 Bm

Pelajaran 20 - Kisah seorang peladang

Fahaman Darjah 3

Page 33: Pelajaran 2 Bm

Pada zaman dahulu kala ada seorang peladang. Peladang itu sangat miskin. Dia sangat taat mengerjakan suruhn Allah subhanahu wa taala. Setiap selepas salat dia berdoa kepada Allah subhanahu wa taala supaya mereka suami isteri diberi kesenangan dan kebahagiaan.

Pada suatu hari, semasa peladang itu bekerja di ladangnya, bajunya tersangku pada serumpun pokok berduri. Dia menggali rumpun berduri itu supaya bajunya tidak tersangkut lagi. Apabila rumpun berduri itu tercabut, dia ternampak sebiji takar di pangkal rumpun berduri itu.

Alangkah gembira hatinya setelah didapatinya takar itu penuh berisi dengan wang emas. Peladang itu bersyukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana rahmat-Nya. Peladang itu pun pulang ke rumah dan menyerahkan wang itu kepada isterinya.

Sebahagian daripada wang itu disedekahkan kepada orang-orang miskin di kampungnya. Walaupun peladang itu sudah kaya, dia dan isterinya tetap taat mengerjakan suruhan Allah subhanahu wa taala.

Page 34: Pelajaran 2 Bm

Latihan1. Bagaimanakah keadaan hidup peladang itu?2. Apakah yang dilakukan oleh peladang itu

selepas salat?3. Mengapakah peladang menggali rumpun

berduri itu?4. Apakah yang ada dalam takar itu?5. Bagaimanakah perasaan peladang apabila

terjumpa wang emas itu?6. Sebahagian daripada wang emas itu

disedekahkan kepada siapa?