huraian sukatan pelajaran bm peralihan

88
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH KELAS PERALIHAN BAHASA MELAYU PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003

Upload: mohamadkhir-mustapa

Post on 16-Apr-2015

164 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

huraian sukatan BM kelas peralihan

TRANSCRIPT

Page 1: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KELAS PERALIHAN

BAHASA MELAYU

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2003

Page 2: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KELAS PERALIHAN

BAHASA MELAYU2003

Page 3: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT RUKUN NEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii

KATA PENGANTAR iii

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 2

OBJEKTIF 2

ORGANISASI KANDUNGAN 3

SISTEM BAHASA 6

PENGISIAN KURIKULUM 10

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 13

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 16

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 19

KEMAHIRAN MEMBACA 48

KEMAHIRAN MENULIS 62

Page 4: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

i

RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 5: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

iii

KATA PENGANTAR

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Faisafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merakumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Huraian Sukatan pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran diperingkan kepada tiga

aras, iaitu Aras 1(aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan memberi penekanan pada kemahiran bahasa dan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Di samping itu, aspek strategi pengajaran yang mengambil kira penggabungjalinan dan penyerapan ilmu turut diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Huraian ini seharusnya dapat membantu guru merencanakan suatu pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, berkesan dan bermakna.

Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran yang disemak semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah maktab dan universiti, pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu.

Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya dokumen ini, Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZAIN ) PengarahPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 7: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

1

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritisdan kreatif.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan ini mengandungi 3 lajur, iaitu lajurhasil pembelajaran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti/nota. Lajur hasil pembelajaran menggariskan pernyataan hasil pembelajaran dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.Lajur huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada 3 aras pembelajaran, iaitu Aras 1, Aras 2, dan Aras 3yang perlu dikuasai oleh murid. Aras 1 ialah aras asas. Aras 2 ialah aras sederhana dan Aras 3 ialah aras cemerlang. Semua muridperlu menguasai Aras 1, seterusnya murid dikehendaki menguasai Aras 2 dan Aras 3 yang lebih mencabar. Lajur cadangan aktiviti/notamenyediakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru. Aktiviti yang disenaraikan hanyalah cadangan bagi aras-aras tertentu yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran ini. Cadangan aktiviti yang disenaraikan tidak mampumencakupi keperluan bagi setiap situasi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penting bagi setiap guru memilih dan menyesuaikancadangan aktiviti dengan profil murid dan keadaan setempat. Guru juga disarankan menggunakan pelbagai teknik atau aktiviti yangbersesuaian dengan tahap kemampuan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum.

Page 8: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

2

MATLAMAT

Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan

berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan murid dapat:

i. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi untuk menjalinkan hubungan sosial

dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang

sesuatu perkara;

iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang berkesan untuk memahami,

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

vi. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kritis dan kreatif serta berkesan dalam pelbagai situasi;

vii. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis;

Page 9: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

3

viii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran

menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis;

x. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

xi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan digubal dengan memberi fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasaioleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Hasilpembelajaran menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

Page 10: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

4

Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran MembacaKemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Bagi menghasilkan penulisan mencakup jenis karangan keperihalan, fakta dan cereka yang panjang minimumnya 80 patah perkataan.

Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Bentuk prosa, puisi dan grafik yang dicadangkan bagi pendidikan Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah seperti yang berikut;

Prosa :pesanan, pengumuman, berita, rencana, laporan, ucapan, temu ramah, dan surat. cerpen, novel, dan drama

Puisi : pantun, syair, dan sajak

Grafik : borang, jadual, peta, rajah, dan gambar

Page 11: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

5

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan

petunjuk yang jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus

pada gaya pembelajaran murid. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur

pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai

dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya

pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu

dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sistem bahasadalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek ilmu, nilai,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam hidupan harian dan alam pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.

Page 12: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

6

SISTEM BAHASA

Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: i. kata asli bahasa Melayu ii. kata terbitan bahasa Melayu

b. Bentuk kata terdiri daripada: i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata ganda iv. kata majmuk

Proses pembentukan kata meliputi: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan

Page 13: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

7

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna,termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.

c. Golongan kata terdiri daripada: i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat

b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang e. Binaan ayat:

i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk

f. Proses penerbitan ayat: i. konsep ayat terbitan ii. proses pengguguran iii. proses penyusunan semula iv. proses peluasan g. Aspek tanda baca

Page 14: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

8

2.0 Sistem Ejaan

Perkara yang ditekankan ialah:a. pola keselarasan huruf vokal b. ejaan kata pinjaman c. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi

Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat.

a. Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

b. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut: i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat perintah iv. ayat seruan v. ayat terbalik atau ayat songsang vi. ayat aktif vii. ayat pasif

Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

Page 15: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

9

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang agar murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Nota:Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Edisi 1993) ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi 2001) ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Page 16: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

10

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, peraturan sosiobudaya, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual.

.1.0 Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia, Kepentingan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa. Peraturan ini juga merangkumi nilai murni masyarakat Malaysia.

Page 17: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

11

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, dan kecerdasan pelbagai pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

5.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperoleh maklumat daripada internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Page 18: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

12

5.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk membolehkan murid menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi vebal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pembelajaran secara konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran secara kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latihan amal, dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Page 19: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

13

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu menekankan kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa menjadi asas pada hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu lajur hasil pembelajaran, huraian hasil pembelajaran, dan cadanganaktiviti/nota. Selain itu, huraian juga menyenaraikan sejumlah hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap hasil pembelajaran dinyatakan dalam bentuk penomboran bagi setiap kemahiran bahasa. Penomboran hasil pembelajaran adalah seperti yang berikut:

Penomboran Hasil Pembelajaran 1.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7 2.0 2.1, 2.2, 2.3 3.0 3.1, 3.2, 3.3,

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

4.0 4.1, 4.2, 4.3, 4.4,

Penomboran Hasil Pembelajaran 5.0 5.1, 5.2, 6.0 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5

Kemahiran Membaca

7.0 7.1, 7.2, 7.3

Penomboran Hasil Pembelajaran 8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5 9.0 9.1, 9.2, 9.3,

10.0 10.1, 10.2, 10.3,

Kemahiran Menulis

11.0 11.1, 11.2, 11.3, 11.4

Selain daripada penomboran bagi hasil pembelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan dipaparkan dalam bentuk lajur tertentu. Lajur pertama ialah penyataan hasil pelajaran yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran . Lajurkedua ialah huraian hasil pembelajaran dan lajur ketiga ialah lajur cadeangan aktiviti/nota.

Page 20: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

14

Lajur 1: Hasil Pembelajaran Lajur ini merupakan pernyataan yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Lajur 2: Huraian Hasil Pembelajaran. Lajur ini memberikan perincian kepada hasil pembelajaran pada Lajur 1 perincian ini dibahagikan kepada tiga aras iaitu:

Aras 3 Aras Cemerlang. Murid yang cemerlang berupaya menguasai Aras 3.

Aras 2 Aras sederhana. Murid yang telah menguasai Aras 2 boleh meneruskan pembelajaran Aras 3.

Aras 1 Aras asas. Murid yang telah menguasai Aras 1 boleh meneruskan pembelajaran Aras 2 dan Aras 3.

Rasional penentuan aras ialah tahap keupayaan murid berbeza-beza. Penentuan aras membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid pencapaian rendah.

Lajur 3: Cadangan Aktiviti/ Nota. Cadangan aktiviti yang berikut dengan pernyataan aras pada Lajur 2 diberikan dalam Lajur 3. Beberapa maklumat yang berkaitan dengan panduan pengajaran serta sumber yang perlu digunakan dalam penyampaian dan aktiviti yang dicadangkan.

Page 21: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

15

Contoh paparan huraian sukatan pelajaran:

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

1.1 Berbual dan menyatakan sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, dan intonasi yang sesuai

Aras 1

i. Berbual mengenai sesuatu perkara dengan menggunakan kata dan sebutan yang betul

ii. Menyapa dan memberi ucapan selamat.

iii. Memberikan ucapan penghargaan.

Berbual dengan rakan sekelas mengenai latar belakang diri. Contoh: nama, tempat tinggal, keluarga.

Berbual dalam memberi ucapan selamat. Contoh: Murid: “Selamat sejahtera cikgu”

Memberi ucapan penghargaan seperti syabas, hebat dan tahniah kepada rakan tentang kejayaan diri, keluarga atau masyarakatnya.Contoh:“Syabas atas kejayaan anda!” “Hebat, persembahan anda.” “Tahniah atas keputusan yang cemerlang.” Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.

Page 22: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

16

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Berpusatkan PelajarStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, pelajar dapat membina keyakinan berbahasa.

Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan alat bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.

Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.

Penggunaan Tatabahasa Yang Tepat Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan pelajar. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas Bacaan luas memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.

Page 23: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

17

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu menekankan konsep penggabungjalinan, pengayaan, penyerapan, pemulihan, dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P diperincikan seperti yang berikut:

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b. Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dalam mata pelajaran.

c. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah kerana murid berbeza-beza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberi bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Page 24: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

18

d. Pemulihan

Program Pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain bahan yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

e. Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

Page 25: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

19

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan

ditutur dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini

bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik-

topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk

menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah

i) berinteraksi, ii) bercerita, iii) menyampaikan maklumat, dan iv) berbincang.

Page 26: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

20

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.1 Berbual dan menyatakan

tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, dan intonasi yang sesuai.

Aras 1

i. Berbual mengenai sesuatu perkara dengan menggunakan kata dan sebutan yang betul.

ii. Menyapa dan memberi ucapan

selamat.

iii. Memberikan ucapan penghargaan.

Berbual dengan rakan sekelas mengenai latar belakang diri.Contoh:nama, tempat tinggal, keluarga.

Berbual dan memberi ucapan selamat. Contoh:Murid: ”Selamat sejahtera cikgu.”

Memberi ucapan penghargaan seperti syabas, hebat dan tahniah kepada rakan tentang kejayaan diri, keluarga atau masyarakatnya.Contoh:“Syabas atas kejayaan anda!” “Hebat, persembahan anda.” “Tahniah atas keputusan yang cemerlang.”Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.

Page 27: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

21

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Menggunakan kata panggilan dan kata gelaran.

Melakonkan aksi memberi buku atur cara majlis kepada tetamu dengan menggunakan kata panggilan dan kata gelaran yang sesuai seperti encik, tuan, puan, pakcik, makcik, cik, Datuk, Dato’, Datin Contoh:i. Murid : “Encik, sila ambil buku atur cara

ini.” Tetamu : “Terima kasih.”

ii. Murid : “Yang berhormat, Datuk izinkan saya …”

Aras 3

i. Memberikan dan menerima teguran dengan hati terbuka dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai.

Dialog memberikan dan menerima teguran dengan reaksi yang positif.Contoh:i) Murid A : “ Minta maaf, jangan

buang sampah di sini kerana mengotorkan.”

Murid B : “Terima kasih kerana mengingatkan saya.”

ii) Murid A : “Janganlah bising.” Murid B : “ Baiklah, maafkan saya.”

Page 28: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

22

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.2 Bertanya dan menjawab

tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 1

i. Mendengar untuk mendapatkan maklumat.

ii. Menjawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

iii. Mengemukakan soalan aras rendah

Menceritakan semula cerita yang didengar daripada pita rakaman.

Memberikan maklum balas terhadap cerita yang didengar.

Nota: menjawab soalan-soalan yang berkaitan nilai murni.

Menyoal rakan dalam perbualan. Contoh:“Apa yang kamu lakukan selepas itu?”

Aras 2

i. Mengemukakan pelbagai soalan aras rendah.

Menyoal rakan secara berpasangan dengan mengemukakan soalan aras rendah berdasarkan cerita yang didengar. Contoh:

apa, siapa, bila, di mana

Page 29: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

23

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

i. Bersoal jawab untuk membuat keputusan.

Mendengar satu cerita yang berunsur penyelesaian masalah dan bersoal jawab untuk membuat keputusan. Contoh:

Tajuk cerita : Gagak dan takar air. Bagaimana gagak yang kehausan dapat minum air dalam takar?

Page 30: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

24

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.3 Memberi dan memahami

arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

.

Aras 1

i. Menyatakan arahan dan pesanan tentang sesuatu perkara dengan intonasi yang betul dan bersopan.

Menyampaikan arahan dan pesanan guru kepada rakan sekelas. Contoh:Guru: Anda hendaklah memberitahu murid

yang terlibat dalam perkhemahan pada hujung minggu ini supaya membawa bekalan makanan dan peralatan perkhemahan.

Murid: Baiklah cikgu, saya akan sampaikan pesan ini.

Aras 2

i. Meneliti dan melaksanakan arahan serta pesanan untuk membuat tindakan dengan tepat dan terancang.

Berbincang dalam kumpulan mengenai arahan dan pesanan yang diberikan oleh guru.Contoh:Menentukan jenis makanan dan peralatan perkhemahan yang akan dibawa.

Page 31: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

25

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mentafsir arahan dan pesanan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Mentafsir arahan dan pesanan yang telah dibincangkan dalam kumpulan untuk membuat keputusan. Contoh:Menentukan kuantiti makanan dan peralatanperkhemahan yang diperlukan.

Page 32: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

26

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.4 Mengemukakan idea dan

memberikan pandangan tentang perkara yang dibualkan.

Aras 1

i. Menyatakan idea dan pandangan tentang sesuatu perkara yang diperkatakan.

Menerangkan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam gambar menggunakan laras bahasa yang sesuai dan bertatasusila. Contoh:Kita perlu prihatin terhadap warga tuakerana mereka telah banyak berjasa danberkorban untuk kita.

Aras 2

i. Menyatakan idea dan pandangan dengan alasan tentang perkara yang diperkatakan.

Menjelaskan idea tentang sesuatu perkara yang diperkatakan. Contoh:Hubungan erat antara polis dengan sekolah perlu ditingkatkan kerana dapat mengatasi masalah jenayah di kalangan murid.

Page 33: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

27

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menyatakan idea dan pandangan dengan bukti yang relevan tentang perkara yang diperkatakan.

Menghuraikan idea dan pandangan dengan data yang relevan tentang perkara yang diperkatakan.Contoh: Kerajaan patut membina lebih banyak rumah kos rendah di Kuala Lumpur bagi mengatasi masalah setinggan kerana penghuninya melebihi 2 juta orang.

Page 34: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

28

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.5 Memberikan penjelasan

tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

Aras 1

i. Mentafsir dan menjelaskan maksud gerak badan dan mimik muka yang ditunjukkan.

Meneka maksud aksi gerak badan dan mimik muka Contoh:Mimik muka yang menggambarkan kegembiraan atau kesedihan.

Aras 2

i. Mendengar perbezaan intonasi dalam perbualan untuk menjelaskan kelainan maksud dalam ayat.

Menjelaskan perbezaan intonasi ayat yang digunakan dalam dialog ringkas. Contoh:Ali sedang minum air. (ayat penyata) Ali sedang minum air? (ayat tanya)

Page 35: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

29

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

i. Menyatakan maksud tersirat, kata, rangkai kata dan ayat dalam perbualan.

Menyatakan maksud peribahasa yang terdapat dalam perbualan. Contoh:i. Guru: Tulisan awak macam cakar

ayam. Murid B : Maksud cikgu, tulisan saya sukar dibaca?

ii. Guru : “Kayuhlah basikal itu laju- laju lagi dalam kawasan sekolah.

(maksud tersirat yang hendak disampaikan oleh guru ialah melarang murid daripada mengayuh basikal dengan laju di kawasan sekolah)

Nota: penggunaan peribahasa boleh didedahkan kepada murid :- bahasa kiasan - bidalan- simpulan bahasa - perumpamaan

Page 36: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

30

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.6 Menyatakan permintaan

secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

Aras 1

i. Menyatakan sesuatu permintaan dengan memberikan alasan yang kukuh secara sopan.

Mengenal pasti tempat-tempat pelancongan di Malaysia melalui brosur pelancongan dan menyatakan permintaan untuk melawat tempat tersebut dengan alasan yang kukuh. Contoh:Kami telah mempelajari tentang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Justeru, kami ingin melawat dan melihat kesan sejarahnya.

Aras 2

i. Mengemukakan permintaan yang jelas dengan memberikan maklumat yang relevan.

Mengemukakan beberapa keistimewaan destinasi lawatan yang dipilih. Contoh:Tolong bawa kami bercuti ke air terjun Lata Kinjang, di Perak kerana terdapatbanyak keistimewaannya seperti tempat rekreasi, air terjun yang tinggi dan berhampiran dengan pusat peranginan Cameron Highland, di Pahang.

Page 37: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

31

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mengemukakan hasrat dengan memberi pertimbangan semua aspek secara sopan.

Berbincang untuk menyatakan hasrat dan membuat keputusan pemilihan destinasi dengan mengambil kira semua faktor.

Contoh:Kami tertarik mendengar cerita ketakjuban Gua Mulu, Sarawak dan ingin tahu cara mudah untuk melancong ke sana.Nota: Meminta dengan penuh ekspresi.

Page 38: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

32

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 1.0 Berinteraksi dengan keluarga,

rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal1.7 Menyatakan sesuatu

kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Aras 1

i. Menyatakan kata dan ungkapan yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Berlakon secara spontan situasi ketika berurusan di kedai buku sekolah. Contoh:“Encik, saya hendak membeli sekotak pensil warna.”

Aras 2

i. Mengemukakan ayat yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Melakukan main peranan antara doktor dan pesakit. Contoh:Doktor : Awak sakit apa? Pesakit : Saya demam. Saya memerlukan

rawatan.Aras 3

i. Mengemukakan ayat dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Melakukan main peranan di kaunter pos, perbualan antara pengguna dengan kerani di kaunter berhubung urusan mengirim barangan dan perkhidmatan. Contoh:“Saya ingin mengeposkan barang ini ke Melaka. Berapakah bayaran perkhidmatan pos laju yang dikenakan?”

Page 39: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

33

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 2.0 Bercerita, dan melaporkan sesuatu

perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.1 Bercerita dengan

menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1

i. Menceritakan semula sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dialami.

Menceritakan semula drama yang didengar daripada pita rakaman. Nota: i. Guru menentukan tugas sebelum mendengar. ii. Diperdengarkan rakaman

sebanyak dua kali.

Aras 2

i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian yang baik.

Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian yang baik. Nota: menilai gaya penyampaian murid dari segi

1. suara 2. mimik muka 3. gerak badan 4. meniru suara watak

Page 40: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

34

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menjelaskan pengajaran cerita yang didengar, ditonton dan dialami.

Berbincang dalam kumpulan untuk mencari pengajaran dalam cerita dan membentangkan hasil perbincangan.

Page 41: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

35

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 2.0 Bercerita dan melaporkan

sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.2 Bercerita tentang sesuatu

perkara atau kejadian yang dialami dengan jelas dan teratur.

Aras 1

i. Berceritakan tentang sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.

Menceritakan pengalaman yang pernah dialami.Contoh:Pengalaman hari pertama mendaftar di sekolah.

Aras 2

i. Mengulas sesuatu perkara atau kejadian yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul.

Membicarakan perkara atau kejadian yang dialami dengan lebih terperinci.Contoh:Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang suasana dan persekitaran sekolah pada hari pendaftaran.

Aras 3

i. Mencerita tentang sesuatu peristiwa dengan urutan yang betul dan penuh penghayatan.

Menceritakan dengan gaya dan aksi yang sesuai tentang pengalaman yang telah dialami. Contoh:

Pengalaman menyertai perbarisan pada hari kemerdekaan.

Page 42: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

36

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 2.0 Bercerita dan melaporkan

sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.3 Melaporkan sesuatu perkara

dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Aras 1

i. Mengemukakan idea dan isi dalam bentuk ringkasan atau sinopsis daripada bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.

Menyatakan idea dan isi yang terdapatdalam teks yang dibaca dalam bentuk sinopsis.

Aras 2

i. Menyampaikan idea dan isi secara jelas.

Mengumpulkan dan menyatakan idea tentang sesuatu tajuk dengan isi yang padat.Contoh:Faedah menggunakan komputer dalam pembelajaran.

Aras 3

i. Membentangkan laporan dengan idea yang jelas, isi yang padat dan terperinci serta laras bahasa yang sesuai.

Membuat kajian tentang sesuatu topik secara jelas dan terperinci dan laras bahasa serta membentangkannya. Contoh:

Melaporkan bilangan murid dan guru lelaki dan perempuan serta bilangan bilik darjah yang terdapat di sekolah.

Page 43: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

37

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 3.0 Menyampaikan maklumat dalam

pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.1 Memilih dan menggunakan

kata, istilah, frasa, dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat dengan laras bahasa yang betul.

Aras 1

i. Menyampaikan pengumuman dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Menyampaikan ucapan menggunakan kata, istilah, frasa, dan ayat dengan sebutan serta intonasi yang betul.

Simulasi menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyampaikan pengumuman.Contoh: Diumumkan bahawa murid yang terlibat dalam acara balapan dan padang dikehendaki menghadiri sesi latihan jam dua petang pada hari ini.

Main peranan menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis. Contoh: kata - “Tuan-tuan dan puan-puan” frasa - “Yang dihormati ...” ayat - “Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas jemputan ini.”

Page 44: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

38

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Menyampaikan syarahan dengan petah menggunakan perkataan, ayat, intonasi, dan gaya persembahan yang berkesan.

ii. Mengacarakan sesuatu majlis di sekolah.

Aras 3

i. Menyampaikan ceramah sesuatu topik berdasarkan maklumat yang diperoleh dengan laras bahasa yang betul.

Menggunakan perkataan, intonasi, nada suara dan gaya persembahan yang berkesan untuk menyampaikan syarahan.Nota: Teks syarahan telah diberi terlebih

dahulu.

Simulasi menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk mengacarakan sesuatu majlis. Contoh: Kata-kata aluan mengikut protokol - “Yang berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Yang berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan...”

Berbincang dalam kumpulan untuk mencari maklumat berkaitan sesuatu topik ceramah dan menyampaikannya mengikut laras bahasa yang telah ditetapkan.Contoh: Kepentingan sains dalam kehidupan.

Page 45: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

39

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.2 Menghuraikan maklumat

dengan menggunakan alasan yang meyakinkan.

Aras 1

1. Mengemukakan fakta tentang sesuatu perkara dengan memberi alasan yang rasional.

Mendengar pita rakaman berita tentang sesuatu perkara. Contoh: Tajuk - Menjaga kesihatan diri. Fakta - Kita hendaklah mencuci tangan

sebelum makan untuk menjaga kesihatan diri.

Aras 2

i. Menerangkan fakta tentang sesuatuperkara dengan bukti yang wajar.

Mengenal pasti dan mengemukakan faktor yang boleh menjejaskan kesihatan diri.Contoh:

Fakta - Tangan yang tidak dicuci sebelum makan mungkin dihinggapi kuman yang boleh menjadi punca penyakit.

Aras 3

i. Menjelaskan fakta tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan

bukti yang sahih.

Berbincang dan menghuraikan fakta yang diperoleh dengan hujah yang meyakinkan. Contoh:Fakta – Kuman merupakan punca kepada

pelbagai penyakit seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.

Page 46: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

40

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 3.0 Menyampaikan maklumat dalam

pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.3 Menyampaikan maklumat

tentang sesuatu perkarakepada pihak lain dalam aktiviti terancang.

Aras 1

i. Menyatakan isi penting yang terdapat dalam sesuatu pengucapan.

Mendengar secara aktif teks ucapan dan mengenal pasti isi-isi penting serta menyampaikan maklumat. Contoh: Tajuk: Bahaya AedesIsi Penting: Nyamuk Aedes membawa

sejenis virus yang boleh menyebabkan wabak denggi.

Aras 2

i. Menyatakan alasan untuk mengukuhkan maklumat dalam pengucapan.

Sumbangsaran dalam kumpulan kecil untuk menyatakan alasan mengapa kita dijangkiti denggi dan membentangkan hasil perbincangan. Contoh: Takungan-takungan air yang terbiar membolehkan nyamuk Aedes membiak.

Page 47: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

41

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mengemukakan fakta dan menghuraikannya untuk mengukuhkan maklumat dalam pengucapan.

Menghuraikan langkah-langkah mengatasi wabak denggi.Contoh: Kebersihan kawasan hendaklah dijaga seperti menanam tin-tin kosong dan memasukkan aebate ke dalam takungan air.

Page 48: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

42

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk

yang relevan secara bertatasusila 4.1 Mengemukakan idea,

pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 1 i. Mendengar inti pati perbincangan

dan menyatakan pandangan yang meyakinkan.

Mengulas secara umum pencemaran sungai berdasarkan rakaman video yang ditonton.Contoh: Keindahan dan kebersihan sungai terabai kerana kurangnya kesedaran sivik di kalangan masyarakat.

Aras 2

i. Menjelaskan pandangan atau pendapat untuk memberi maklum balas dalam perbincangan.

Bersoal jawab tentang sebab dan akibat pencemaran sungai. Contoh: Sebab - tumpahan minyak, sampah sarap,

sisa toksid. Akibat - banjir, hakisan, kemusnahan

habitat.

Aras 3 i. Menyokong idea dan memberi

pendapat yang analitis, kritis dan meyakinkan dalam sesuatu perbincangan.

Mengadakan perbincangan kumpulan berdasarkan lirik lagu ‘Sungai Kita’ tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Contoh:

Sungai merupakan punca air untuk kehidupan dan warisan pusaka untuk generasi akan datang.

Page 49: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

43

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk

yang relevan secara bertatasusila 4.2 Mengemukakan komen yang

sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Aras 1

i. Menyatakan pendapat berdasarkan contoh sebagai hujah dalam perbincangan.

Memberikan tafsiran berdasarkan gambar yang dipamerkan. Contoh: Gambar seorang tua sedang termenung, (Apa yang difikirkan?)

Aras 2

i. Menjelaskan pandangan dengan bukti yang kukuh dalam perbincangan.

Aras 3

i. Menjelaskan hujah dengan alasan yang kukuh dalam perbincangan.

Bersoal jawab tentang filem slaid yang ditonton.Contoh: Gambar orang tua di rumah kebajikan. (Mengapa ramai orang tua menjadi penghuni di rumah kebajikan?)

Murid menjelaskan hujah mengapa perlu memberi kad ucapan pada ‘Hari Ibu’. Contoh: Kata-kata dalam kad ucapan Hari Ibu dapat menggambarkan perasaan kasih sayang anak terhadap ibunya.

Page 50: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

44

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk

yang relevan secara bertatasusila 4.3 Mengemukakan hujah untuk

menyokong atau menentang pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.

Aras 1

i. Menyatakan pendapat yang positif tentang sesuatu perkara dalam perbincangan.

Memberi pendapat tentang peraturan sekolah.Contoh: Potongan dan fesyen rambut. Nota: Guru merasionalkan peraturan

sekolah dengan menggunakan borang lembaran pengurusan grafik.

Aras 2

i. Menyatakan teguran yang positif tentang sesuatu perkara dalam perbincangan.

Melakonkan situasi seorang pengawas menegur secara sopan seorang murid yang tidak berpakaian kemas.Contoh: Peraturan sekolah mewajibkan anda memakai lencana sekolah padasepanjang waktu persekolahan.

Page 51: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

45

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menyatakan kritikan terhadap sesuatu idea secara bersopan dalam perbincangan.

Membincangkan tindakan disiplin murid.Contoh:Guru A: Merotan boleh mendisiplinkan

murid.Guru B : Saya setuju dengan pandangan

tersebut; Walau bagaimanapun, saya berpendapat tindakan yang lebih baik mungkin dengan memberi nasihat dan khidmat kaunseling.

Page 52: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

46

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk

yang relevan secara bertatasusila 4.4 Menyatakan pilihan untuk

menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

Aras 1

i. Membuat pertimbangan yang wajar untuk menerima atau menolak pandangan untuk mendapatkan persetujuan.

Berbincang untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu aktiviti. Contoh:Setelah membuat pertimbangan yang wajar, kami bersetuju memilih hutan rekreasi Ulu Bendol sebagai tapak perkhemahan unit beruniform pada tahun ini.

Aras 2

i. Menyatakan alasan yang kukuh secara sopan sama ada menerima atau menolak hujah untuk mendapatkan persetujuan.

Berbincang dengan mengambil kira semua faktor untuk menentukan keputusan mengadakan suatu aktiviti dan membentangkan hasil perbincangan tersebut.Contoh:Kami mencadangkan perkhemahan pada tahun ini perlu diadakan kerana aktiviti yang terdapat dalam program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan antara ahli-ahli persatuan.

Page 53: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

47

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mengemukakan bukti yang kukuh secara sopan sama ada menerima atau menolak pandangan untuk mendapatkan persetujuan.

Memberikan sebab sebagai bukti yang kukuh sama ada menerima atau menolak pandangan untuk mengadakan perkhemahan.Contoh:Hasil perkhemahan yang telah diadakan pada tahun lepas, para pelajar yang mengikuti program tersebut telah memperlihatkan jati diri yang tinggi.

Page 54: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

48

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid memahami ayat dan teks fiksyen dan teks berunsur

ilmu dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan

keefisienan membaca. Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah i) membaca kuat, ii) membaca dan

memahami maklumat, dan iii) membaca, menaakul dan menghayati teks.

Page 55: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

49

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran

sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan

ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Membaca lirik lagu sekolah atau lagu patriotik dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Contoh: Lirik lagu patriotik - “Keranamu Malaysia”

Aras 2

i. Membaca ayat majmuk dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul.

Membaca petikan prosa dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Contoh:Rencana tentang tokoh atau negarawan.

Aras 3

i. Membaca petikan dengan sebutan, intonasi dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik.

Membaca cerita rakyat atau cerita pendek dengan sebutan, intonasi, dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik. Contoh:Petikan cerita rakyat

“Bawang Putih Bawang Merah.”

Page 56: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

50

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran

sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.2 Membaca kuat teks prosa dan

puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca teks dan menyebut kosa kata dengan jelas dan lancar.

ii. Membaca puisi dengan jelas dan lancar.

Membaca pantas keseluruhan petikan dan menyebut kosa kata yang sukar dengan jelas dan lancar.

Membaca puisi dengan jelas dan lancar. Contoh: pantun, sajak

Aras 2

i. Membaca teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul.

ii. Membaca puisi dengan sebutan yang jelas dan lancar.

Murid membaca kuat teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut.

Murid membaca kuat sajak dengan sebutan yang jelas dan lancar. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut.

Page 57: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

51

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

ii. Membaca teks dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

iii. Membaca puisi dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

Murid membaca petikan berita dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

Murid mempersembahkan bacaan puisi di dalam kelas. Contoh: Mendeklamasikan sajak.

Page 58: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

52

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Membaca pantas secara

luncuran dan imbasan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti idea dalam teks daripada pembacaan secara luncuran.

Membaca secara luncuran (skimming) untuk mendapatkan idea yang terdapat dalam teks.Nota:proses luncuran (skimming)- arahan guru mendapatkan idea utama - murid mencari kata kunci - membaca perenggan pertama dan perenggan akhir - membaca ayat topik dalam setiap perenggan

Page 59: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

53

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Membaca dan memilih isi dalam teks daripada pembacaan secara imbasan.

Membaca secara imbasan (scanning) untuk mendapatkan isi-isi yang terdapat dalam teks.Nota:proses imbasan (scanning)- guru menentukan maklumat yang perlu

dicari dalam masa yang ditetapkan - murid menandakan maklumat yang

berkaitan- murid membaca semua maklumat

yang dikenal pasti Aras 3

i. Membaca dan mengkategorikan isi penting dalam teks daripada pembacaan secara luncuran.

Membaca pantas secara luncuran dan mengkategorikan isi penting yang terdapat dalam teks. (petikan sains) Contoh: Mengkategorikan binatang mengikut jenis.

Page 60: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

54

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.2 Membaca dan mengenal pasti

isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti idea keseluruhan sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

Membaca secara senyap untuk mendapatkan idea utama keseluruhan teks.

Aras 2

i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

Mencatat isi-isi penting dalam bentuk peta minda berdasarkan teks yang dibaca. Contoh: Penyakit berjangkit: - Punca penyakit - Jenis penyakit - Langkah pencegahan - Rawatan

Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

Membaca senyap dan mengenal pasti isi-isi penting dalam teks. Contoh: Menggariskan isi-isi penting dan isi sampingan. Nota:

Aktiviti dijalankan dengan bimbingan dan penjelasan guru.

Page 61: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

55

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.3 Membaca dan merujuk

pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1

i. Membaca dan merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan fakta.

Merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan maklumat. Contoh:Merujuk ensiklopedia untuk mendapatkan fakta berdasarkan sesuatu tajuk.

Aras 2

i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan bukti bagi fakta yang diperoleh.

Merujuk media elektronik untuk mendapatkan bukti bagi mengukuhkan fakta. Contoh:Menonton (rancangan ilmiah) rakaman video atau cakera padat bersesuaian dengan tajuk yang dikaji.

Aras 3

i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk menyaring maklumat yang diperoleh.

Mendapatkan maklumat melalui enjin pencarian laman web. Nota:Memilih fakta dan bukti yang relevan dengan tajuk yang dikaji.

Page 62: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

56

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.4 Membaca dan membuat

ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan.

Aras 1

i. Menyatakan maklumat yang relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

Membaca sebuah cerita yang tidak lengkap dan meramalkan kesudahan cerita tersebut.

Aras 2

i. Mengenal pasti maklumat yang relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

Membaca petikan tentang sesuatu tajuk atau isu dan buat ramalan tentang perkara tersebut.Contoh:Sekolah dalam taman

- udara segar dan tenang- cantik dan kawasan bersih - banyak pokok hiasan buah-buahan dan

haiwan kecil Aras 3

i. Menganalisis maklumat daripada bahan yang dibaca untuk mendapat kewajaran ramalan.

Membaca dan menganalisis isi penting sesuatu tajuk dalam petikan dan meramalkan kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan.Contoh:Sistem pengangkutan pada tahun 2020.

Page 63: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

57

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.5 Membaca dan mengenal pasti

pelbagai genre penulisan.Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti bentuk dan gaya bahasa dalam sesuatu genre.

Membaca dan membandingkan puisi dari segi bentuk dan gaya bahasa. Contoh:Membandingkan bentuk sajak dengan pantun.

Aras 2

i. Membaca dan mengenal pasti laras bahasa yang terdapat dalam pelbagai genre.

Mendeklamasikan dan meneliti dua sajak yang mempunyai laras bahasa yang berbeza. Contoh:Sajak laras sains dan sajak laras sastera.

Aras 3

i. Membaca dan membezakan ciri yang terdapat dalam pelbagai genre.

Menerangkan ciri-ciri pelbagai genre dan membandingkan antara satu sama lain. Contoh:Membandingkan ciri pantun dengan sajak.

Page 64: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

58

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 7.0 Membaca, menaakul, dan

menghayati kandungan teks yang dibaca7.1 Menerangkan maksud

kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 1

i. Membaca dan menerangkan maksud tersurat teks yang dibaca.

Membaca petikan secara senyap dan menerangkan maksud tersurat cerita. Contoh:Cerita ‘Tikus dengan Gajah;

bagaimana seekor tikus dapat mengalahkan seekor gajah.

Aras 2

i. Membaca dan membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat tersurat.

Murid membuat beberapa andaian maksud tersirat berdasarkan petikan yang dibaca.

Contoh: Tersurat : Seekor tikus dapat mengalahkan seekor gajah. Tersirat : Makhluk yang kecil boleh mengalahkan makhluk yang

besar.

Aras 3

i. Membaca dan menerangkan maksud tersirat berdasarkan maklumat tersurat dengan tepat.

Menerangkan maksud tersirat berdasarkan maklumat tersurat. Contoh:

Kekuatan akal dapat mengatasi kekuatan fizikal.

Page 65: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

59

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 7.0 Membaca, menaakul, dan

menghayati kandungan teks yang dibaca7.2 Membaca dan menghargai

gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.

Aras 1

i. Membaca dan meneliti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks.

Mengenal pasti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks. Contoh: i) Percutian yang membawa keriangan

yang memukau. ( gaya bahasa sastera) ii) Percutian yang menggembirakan. ( gaya bahasa bukan sastera)

Aras 2

i. Membaca dan meneliti penggunaan ayat dalam teks.

Membaca petikan cerpen untuk mengenal pasti penggunaan ayat dan menerangkan maksud ayat dalam petikan. Contoh: i. Pokok melambai-lambai menyambut kepulangannya. (gaya bahasa sastera) ii. Angin bertiup semasa dia pulang. ( gaya bahasa bukan sastera)

Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti simpulan bahasa, perumpamaan dan bidalan.

Menyatakan peribahasa yang terdapat dalam teks. Contoh: Lirik lagu ‘Ayam’

Page 66: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

60

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca7.3 Menghayati pelbagai bahan

sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Aras 1

i. Membaca dan menyatakan isi sesuatu teks yang dibaca daripada pelbagai bahan untuk meningkatkan minat membaca.

Membaca senyap untuk mengetahui isi penting dan membuat catatan serta membentangkan hasil catatan.

Aras 2

i. Membaca dan menyatakan ringkasan atau sinopsis teks yang dibaca daripada pelbagai bahan.

Menyusun isi penting mengikut kronologi atau keutamaan berdasarkan petikan yang dibaca.

Page 67: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

61

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti perkara menarik dalam teks untuk meningkatkan minat membaca

ii. Membaca dan mengenal pasti isi daripada bacaan ekstensif.

Membaca teks untuk mengetahui watak utama, peristiwa menarik dan unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

Bercerita berdasarkan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.

Page 68: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

62

KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan

fiksyen serta bahan berkaitan sesuatu bidang ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis,

tanda baca, dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik digalakkan. Hasil pembelajaran bagi

kemahiran menulis ialah

i) menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, ii) mencatat dan menyusun maklumat, iii) menghasilkan

penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan iv) membuat ulasan.

Page 69: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

63

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat

dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis

perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 1

i. Membina ayat tunggal dengan memilih kata atau diksi yang betul.

Membina ayat-ayat tunggal dengan menggunakan kata atau diksi berdasarkan gambar.Contoh: Gambar kemalangan jalan raya.

Aras 2

i. Membina ayat tunggal dengan memilih istilah dan ungkapan yang betul.

Membaca petikan dan mengenal pasti istilah dan ungkapan pelbagai laras (laras matematik).Contoh:Istilah - bersamaan, digit

Ayat – Satu juta bersamaan dengan tujuh digit.

Nota:Merujuk kamus untuk mendapatkan maksudistilah dan membina ayat tunggal daripadaistilah dan ungkapan tersebut.

Page 70: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

64

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan simpulan bahasa, perumpamaan, dan bidalan.

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan peribahasa. Contoh:Berkaki ayam – Dia berkaki ayam ketika bermain bola di padang.

Page 71: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

65

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat

dan wacana dalam penulisan 8.2 Membina dan menulis ayat

tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1

i. Membina ayat dengan mencantumkan dua ayat tunggal dengan kata hubung.

Membina dua ayat tunggal dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

Aras 2

i. Membina ayat dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dengan kata hubung.

Membina dua atau lebih ayat tunggal dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

Aras 3

i. Membina satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil.

Membina satu ayat induk dan beberapa ayat kecil dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

Page 72: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

66

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat

dan wacana dalam penulisan 8.3 Membina dan menulis ayat

topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1

i. Menyatakan isi utama dan membina ayat gramatis.

ii. Menghuraikan isi utama menjadi ayat gramatis.

Murid menyatakan isi utama dalam bentuk peta minda dan membina ayat gramatis berdasarkan isi utama tersebut. Contoh :Tajuk : Faedah membaca Isi utama : Menambah ilmu pengetahuan Ayat gramatis : Membaca buku dapat

menambah ilmu pengetahuan.

Menghuraikan isi utama menjadi ayat gramatis.Contoh:Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan kerana banyak maklumat boleh diperoleh.

Page 73: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

67

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Menyatakan isi sampingan

ii. Menghuraikan isi sampingan menjadi ayat yang gramatis

Aras 3

i. Menyatakan isi utama dan isi sampingan menjadi ayat yang koheren.

Menyatakan isi sampingan berdasarkan isi utama yang telah dikenal pasti. Contoh:Isi sampingan : Mengetahui pelbagai ilmu. Ayat gramatis : Kita boleh mengetahui

pelbagai ilmu

Murid menghurai isi sampingan menjadi ayat gramatis. Contoh:Menghurai isi : Kita boleh mengetahui

pelbagai ilmu seperti ilmu geografi dan sains.

Murid menggabungkan isi utama dan isi sampingan dengan menggunakan penanda wacana oleh itu dalam bentuk ayat yang koheren untuk menghasilkan perenggan. Contoh:Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan kerana banyak maklumat boleh diperoleh. Oleh itu kita boleh mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu geografi dan sains.

Page 74: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

68

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat

dan wacana dalam penulisan 8.4 Mengenal pasti penanda

wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan.

Aras 1

i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang terdapat dalam teks.

Aras 2

i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat menjadi perenggan.

Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai .

Aras 3

i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat untuk menghasilkan sebuah karangan.

Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghasilkan laporan.

Page 75: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

69

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat

dan wacana dalam penulisan 8.5 Membina wacana yang

sempurna bagi keseluruhan karangan.

Aras 1

i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan pengenalan.

Membina ayat berdasarkan isi yang telah ditetapkan bagi menghasilkan perenggan pengenalan dengan menggunakan kata hubung ‘dan’. Contoh: ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Maksud: Melentur buluh biarlah dari rebung

bermaksud membentuk sahsiah dan perlakuan seseorang bermula dari peringkat kanak-kanak.

Aras 2

i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan isi.

Membina ayat majmuk berdasarkan isi dan contoh yang sesuai bagi menghasilkan perenggan isi. Contoh:Isi : Membimbing anak sejak dari kecil boleh

membawa kejayaan. Huraian : Pak Sidek telah berusaha melatih anak-anaknya Misbun, Razif, Jailani dan Rashid bermain badminton sejak dari kecil. Mereka telah berjaya dalam sukan badminton di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Page 76: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

70

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan penutup.

Membina ayat berdasarkan isi kesimpulan bagi menghasilkan perenggan penutup. Contoh:

Kesimpulannya usaha yang bersungguh sungguh dan berterusan dari peringkat awal kanak-kanak boleh menghasilkan kejayaan.

Page 77: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

71

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 9.0 Mencatat dan menyusun

maklumat9.1 Mengimlak (mengambil

rencana) berdasarkan teks yang dibacakan atau diperdengarkan.

Aras 1

i. Mengimlak beberapa baris ayat dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.

Menulis beberapa ayat daripada teks yang diperdengarkan.Nota: Langkah pelaksanaan imlak

i. Murid mendengar sahaja. ii. Mendengar dan menulis. iii. Mendengar dan menyemak.

Aras 2

i. Mengimlak perenggan dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.

Menulis satu perenggan dengan menggunakan tanda baca yang betul daripada teks yang diperdengarkan.

Aras 3

i. Mengimlak petikan dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.

Menulis keseluruhan petikan dengan menggunakan tanda baca yang betul daripada teks yang diperdengarkan.

Page 78: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

72

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 9.0 Mencatat dan menyusun

maklumat9.2 Mengenal pasti maklumat dan

mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 1

i. Mencatat isi penting berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca.

Mencatat isi penting berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca secara imbasan. Contoh:Tajuk – Sistem Pengangkutan.

Aras 2

i. Mengklasifikasikan dan mencatatkan isi penting berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca.

Mengklasifikasikan dan mencatat isi penting berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca. Contoh: Mengklasifikasikan jenis-jenis pengangkutan.

Aras 3

i. Menyusun dan mencatat isi penting mengikut keutamaan berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca.

Menyusun dan mencatat isi penting mengikut keutamaan berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Page 79: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

73

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 9.0 Mencatat dan menyusun

maklumat9.3 Menyusun maklumat daripada

nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara tersusun dan kohesi.

Aras 1

i. Melakar maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, didengar dan ditonton.

Melakarkan maklumat dalam bentuk organisasi grafik daripada bahan yang dibaca.Contoh: Carta aliran atau peta minda.

Aras 2

i. Mengklasifikasikan maklumat yang dikemukakan mengikut susunan yang wajar.

Mengenal pasti dan mengklasifikasikan maklumat yang diperoleh mengikut susunan.Contoh: Buah-buahan tempatan; - bermusim - tidak bermusim

Aras 3

i. Merekod maklumat dalam bentuk pengurusan grafik yang sesuai.

Merekod maklumat yang diperoleh dalam pelbagai bentuk grafik. Contoh: Carta aliran

Page 80: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

74

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 10.0 Mencatat dan menyusun

maklumat10.1 Menghasilkan pelbagai genre

( prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 1

i. Menghasilkan penulisan bentuk cerita dan surat kiriman.

ii. Menghasilkan pantun dua kerat.

Menghasilkan penulisan bentuk naratif dan surat kiriman. Nota: i. Penulisan naratif

- Penulisan cerita - Perkembangan cerita - Klimaks- Peleraian

ii. Surat kiriman - Alamat pengirim/penerima - Tarikh- Perkara- Tandatangan

Menghasilkan pantun dua kerat. Nota: i. Pembayang maksud ii. Maksud iii. Rima akhir a, a iv. Suku kata 8-12 v. Bilangan baris -2

Page 81: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

75

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Menghasilkan penulisan bentuk berita dan pengumuman.

ii. Menghasilkan pantun empat kerat.

Murid menghasilkan penulisan bentuk berita dan pengumuman. Nota: i. Berita

- Tajuk- Tempat- Hari- Peristiwa- Bahasa yang ringkas

ii. Pengumuman - Tajuk- Tempat- Tarikh/Hari- Peristiwa

Murid menghasilkan pantun empat kerat. Nota: i. Pembayang maksud ii. Maksud iii. Rima akhir, a,b a, b iv. Suku kata 8-12 v. Bilangan baris - 4

Page 82: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

76

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

i. Menghasilkan penulisan bentuk ucapan dan temu ramah.

ii. Menghasilkan sajak.

Murid menghasilkan penulisan bentuk ucapan dan temu ramah. Nota: i. Ucapan

- Kata alu-aluan - Panggilan hormat - Penutup

ii. Temu ramah - Pengenalan- Penemu ramah - Yang ditemu ramah - Soalan terbuka - Ucapan penghargaan

Murid menghasilkan sajak. Nota: i. Bebas ii. Bertema iii. Berangkap

Page 83: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

77

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif

dan bukan kreatif 10.2 Membuat ringkasan atau

sinopsis daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 1

i. Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca.

Membuat nota ringkas tentang sesuatu tajuk tugasan dengan merujuk pelbagai bahan bacaan. Contoh:Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Aras 2

i. Menyusun isi yang dikenal pasti daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca.

Menghasilkan buku skrap tentang sesuatu tajuk dengan mencatatkan dan menyusun isi daripada pelbagai bahan.

Aras 3

i. Menyatakan isi yang telah diringkaskan daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca.

Melaporkan isi yang telah diringkaskan tentang sesuatu tajuk daripada pelbagai bahan.

Page 84: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

78

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif

dan bukan kreatif 10.3 Mengedit dan memurnikan

hasil penulisan. Aras 1

i. Mengedit ejaan, tanda baca dan kosa kata hasil sesuatu penulisan.

Mengenal pasti dan membaiki kesalahan ejaan, tanda baca dan kosa kata dalam bahan penulisan. Nota: Pemilihan kosa kata yang sesuai

dan tepat dengan konteks dalam ayat.

Aras 2

i. Mengedit struktur ayat dan penanda wacana hasil sesuatu penulisan.

Mengenal pasti dan membaiki kesalahan struktur ayat dan penanda wacana dalam sesuatu petikan.

Aras 3

i. Mengedit dan memurnikan hasil sesuatu penulisan.

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Nota: Memurnikan

- susunan isi - pemilihan kosa kata - gaya bahasa - struktur bahasa - wacana

Page 85: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

79

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 11.0 Membuat ulasan tentang bahan

yang didengar, ditonton atau dibaca11.1 Mengemukakan aspek

pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera.

Aras 1

i. Menyatakan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera.

Membaca petikan rencana dan mencatatkan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam rencana tersebut. Contoh:Tajuk - Masalah ponteng sekolah di kalangan murid. Nilai - Menghargai masa

Aras 2

i. Menerangkan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera.

Memperjelaskan pengajaran dan nilai yang telah dikenal pasti dalam rencana tersebut.

Aras 3

i. Menyatakan pandangan tentang pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera.

Berbincang dalam kumpulan dan mengemukakan pendapat tentang pengajaran dan nilai yang terdapat dalam rencana tersebut.

Page 86: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

80

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 11.0 Membuat ulasan tentang bahan

yang didengar, ditonton atau dibaca11.2 Mengulas karya sastera yang

mudah secara umum daripada aspek sastera.

Aras 1

i. Menyatakan watak dan perwatakan yang terdapat dalam karya sastera.

Membaca petikan cerpen dan mencatatkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aras 2

i. Menjelaskan mesej, pengajaran, dan nilai yang terdapat dalam karya sastera.

Mendengar rakaman petikan sajak dan mencatat mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

Aras 3

i. Mengulas tema dan persoalan yang terdapat dalam karya sastera.

Berbincang dalam kumpulan untuk mengulas tema dan persoalan yang terdapat dalam sebuah cerpen.

Page 87: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

81

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 11.0 Membuat ulasan tentang bahan

yang didengar, ditonton atau dibaca11.3 Menyatakan pandangan

tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Aras 1

i. Menyatakan pendapat dengan jelas tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Menonton tayangan video tentang sesuatu cerita dan mencatatkan perkara yang menarik tentang cerita tersebut. Contoh:Filem animasi : Sang Monyet dengan Sang

Kancil.

Aras 2

i. Menyatakan pendapat dengan alasan yang kukuh tentang sesuatu perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Berbincang dalam kumpulan dan mencatatkan alasan tentang perkara yang menarik dalam cerita tersebut.

Aras 3

i. Mengemukakan pendapat secara kritis dan analitis tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Memberi pandangan secara kritis tentang karya yang ditonton. Contoh:Mengapa Sang Monyet makan cili walaupun ditegah oleh Sang Kancil?

Page 88: huraian sukatan pelajaran BM peralihan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

82

KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca11.4 Memberikan komen dan

pandangan tentang pandapat yang disampaikan oleh pihak lain.

Aras 1

i. Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang disampaikan oleh pihak lain.

Membaca ruangan pembaca dalam akhbar dan menyatakan pandangan tentang menyatakan pandangan tentang perkara tersebut.Contoh:Kemerosotan mutu sukan negara.

Aras 2

i. Menyatakan pendirian tentang sesuatu pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

Memberi reaksi dengan menulis surat kepada ruangan pembaca untuk mengemukakan pendirian berhubung dengan perkara tersebut.

Aras 3

i. Mengulas pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak.

Mengumpul pandangan pelbagai pihak berhubung perkara tersebut dan mengulas dengan mengemukakan idea yang bernas.