pe berita rkim - · pdf filejururawat pemulihan melatih pesakit dalam sesi terapi...

Download PE BERITA RKIM -   · PDF fileJururawat pemulihan melatih pesakit dalam sesi terapi pertuturan. Pesakit strok menjalani sesi fisioterapi bersama jururawat pemulihan.   t.m y 3

If you can't read please download the document

Upload: nguyencong

Post on 06-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • Wadah Informasi Dakwah PERKIMBERITA

    -15

    MDN Tubuh Jawatankuasa Atasi

    Stigma Komuniti Cina Muslim

    Dalam Masyarakat

    -18

    NGO Islam Bergabung Tubuh

    Jawatankuasa Khas Akta 355

    -29

    Edisi Kedua 2016

    Untuk Ahli SahajaPercuma

    j BNjI

    -2

    PERKIM Boleh Membantu Kerajaan

    Bendung Masalah Sosial- Hasidah

  • PENGARANG:Firdaus Lokman Tah

    PENOLONG PENGARANG:Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

    PENERBIT:Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ting. 4 & 6, Bangunan PERKIM, 150, Jln. Ipoh, 51000 Kuala Lumpur. : 03-4042 6224 / 03-4041 2482

    : 03-4042 7403: [email protected]

    http// : www.perkim.net.my

    PENCETAK:

    Daimr Enterprise. : 019-333 8800 : [email protected]

    KETUA PENGARANG:

    Hj. Mohd Zuber Zain

    PENAFIANRisalah BERITA PERKIM diterbitkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ia mengandungi artikel berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia Islam. Ia diterbitkan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu yang melibatkan umat Islam merentasi kepelbagaian geografi dan budaya. BERITA PERKIM juga mengandungi berita yang meliputi aktiviti dalam bidang dakwah, sosial, ekonomi dan politik. BERITA PERKIM mengalu-alukan artikel berkaitan oleh pengarang yang ingin menerbitkan karya mereka. Sebarang artikel atau komen boleh dialamatkan kepada: Pengarang, BERITA PERKIM, di alamat seperti di atas. Pengarang juga berhak untuk menyunting apa-apa sumbangan tanpa notis terlebih dahulu dan tidak akan dikembalikan. Pandangan yang dinyatakan dalam BERITA PERKIM tidak semestinya mencerminkan pandangan PERKIM, Pengarang atau Risalah tersebut.

    Kandunganwww.perkim

    .net.my

    1Berita PERKIM

    SCORE PERKIM: Santuni Komuniti Strok

    Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-55

    Anugerah PERKIM Kepada Tokoh dan Kakitangan

    PERKIM Sambut Korban Bersama Muhajirin Rohingya

    Wanita PERKIM Dekati Gelandangan

    MDN Tubuh Jawatankuasa Atasi Stigma Komuniti Cina Muslim Dalam Masyarakat

    Saudara Baru Perkukuh Ilmu Fardhu Ain

    NGO Islam Bergabung Tubuh Jawatankuasa Khas Akta 355

    Dakwah Remaja Secara Santai

    Mantapkan Akidah Mualaf India

    Menziarahi Srikandi Negara

    PERKIM Selangor & MAIS Anjur Program Syura Pendakwah Saudara Muslim Cina

    PERKIM Selangor Terima Sumbangan RM500,000

    PERKIM Boleh Membantu Kerajaan Bendung Masalah Sosial: Hasidah

    SCORE

    Kaji pendekatan Islam Bagi Perangi Ekstremis Agama - Dr Mahathir

    Selalu Mimpi Pintu Syurga, Pemuda Cina Nekad Masuk Islam

    Jesse Lim Akhirnya Mengaku Sudah 18 Tahun Peluk Islam

    Wakaf Selangor Muamalat Sumbang Dana Wakaf RM6.4 Juta Dalam Pendidikan, Kesihatan

    Tahniah ! Hj. Abdul Rahim Lim Abdullah

    Raja Perlis Mahu Umat Islam Perbaiki Diri

    2 4

    812

    141517

    181920

    2122

    2829

    30

    30

    313233

    3435

  • Menzahirkan keprihatinan terhadap golongan pesakit merupakan tanggungjawab sosial setiap ahli masyarakat. Usaha kebajikan tersebut merupakan amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam.

    Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Komuniti Strok (SCORE) PERKIM bertempat di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Ianya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Universiti Malaya (UM) Cares dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    SCORE memberi perkhidmatan pemulihan khusus kepada pesakit strok serta pesakit yang baru keluar daripada hospital dan memerlukan khidmat terapi dan sosial susulan. Selain itu SCORE menawarkan juga perkhidmatan terapi untuk semua peringkat umur, kaum dan agama melalui penjadualan yang fleksibel serta kemudahan peralatan moden.

    Matlamat SCORE adalah untuk membantu pesakit mempraktik semula keupayaan yang telah hilang selepas mengalami strok. Turut melibatkan pakar perubatan pemulihan, jururawat pemulihan dan fisioterapi iaitu terapi cara kerja dan terapi pertuturan.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Universiti Malaya menerusi UM Cares di atas kesudian bersama-sama dalam satu projek PERKIM sebagai satu langkah memberi perkhidmatan di luar kampus.

    Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd. Muzammer Jamaluddin mewakili Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mohd. Amin Nordin

    SCORE PERKIM: Santuni Komuniti Strok

    Oleh: MOHD SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

    Abd. Aziz di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan maj l is dengan menyediakan kemudahan dan persiapan.

    SCORE merupakan premis sumbangan ihsan daripada DBKL dan projek terbaik bagi penduduk setempat. Menurut perspektif Islam, ganjaran pahala akan tetap diperoleh walaupun bentuk sumbangan sebesar zarah.

    Usaha membantu pesakit strok masih kurang mendapat perhatian dari agensi kebajikan. Oleh itu PERKIM mengambi l l angkah sewajarnya mempergiatkan aktiviti kebajikan melalui SCORE. Tiada siapa yang terselamat sekiranya menghidapi penyakit berkaitan dengan saraf (neuro) iaitu strok. Penglibatan PERKIM secara langsung melalui SCORE bertujuan untuk memulihkan pesakit sebanyak mungkin.

    Jelasnya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama berusaha supaya pusat pemulihan seperti SCORE diwujudkan malah telah diperkenal pada tahun 1980 lagi dengan nama Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM.

    Sejumlah 500 pesakit telah dirawat sejak penubuhannya pada tahun 1980 walaupun ruangan yang disediakan agak sempit. Pada ketika itu pusat

    Dr. Mohd. Yusof (berbaju hijau) merasmikan Pusat Pemulihan Komuniti Strok (SCORE) PERKIM baru-baru ini.

    www.perkim

    .net.my

    2Berita PERKIM

    Berita

  • tersebut berjaya dikunjungi oleh pelawat dari negara Kanada, Jepun, Australia, Brunei dan Sri Lanka.

    Biar pun jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan tidak mencecah 1,000 orang, namun telah memberi kesan serta mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh pesakit dan keluarganya.

    Perkim merupakan badan kebajikan yang tidak langsung berhasrat untuk menjadikan pusat tersebut sebagai medan perniagaan.

    "Bukan nak cari untung tetapi untuk membantu masyarakat," kata Dr. Mohd. Yusof ketika memetik kata-kata Pengasas PERKIM, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

    Melalui jalinan kerjasama yang erat bersama DBKL, PERKIM merancang untuk memiliki kompleks kesihatan sendiri yang diberi nama PERKIM Medicare dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dan diwujudkan sekurang-kurangnya di setiap negeri.

    Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung, Datuk Haji Hasbullah L. Isa; Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin; Pengarah Unit Perancangan, Penyelidikan dan Perlaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Timbalan Pengarah UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun, Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato' Ahmad Mustafa; Pengarah UM Cares, Prof Dr. Norzulaani Khalid dan Pakar Perubatan Pemulihan Pusat Pakar UM (UMSC), Prof Madya Dr. Lidya Abdul Latif.

    Dr. Mohd. Yusof bersalaman dengan pesakit strok ketika menjalani rawatan.

    Dr. Muhammad Rais (kiri) beramah mesra dengan salah seorang pesakit strok.

    Jururawat pemulihan melatih pesakit dalam sesi terapi pertuturan.

    Pesakit strok menjalani sesi fisioterapi bersama jururawat pemulihan.

    www.perkim

    .net.my

    3Berita PERKIM

  • Bagi menyelaras dan membincangkan agenda-agenda dan usul-usul mengenai hal ehwal dakwah, kebajikan, pendidikan dan kewangan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM kali ke-55 bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada 15 September 2016 baru-baru ini.

    Ianya dihadiri seramai 450 ahli mesyuarat terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dari PERKIM Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kelab PERKIM Universiti (KPU).

    Turut bersama, badan gabungan PERKIM seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

    Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-55

    Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

    Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan

    sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang

    Kami beri kepadanya," (As-Syura: 38)

    www.perkim

    .net.my

    4Berita PERKIM

    Berita

    Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata, walaupun kini masyarakat dunia menghadapi pelbagai cabaran dan ujian namun PERKIM sepanjang penggal ini iaitu dari tahun 2014 sehingga 2016 telah dilaksanakan dengan baik.

    Pertama, kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan dakwah, kebajikan dan pendidikan seperti yang dinyatakan di dalam prinsip-prinsip perlembagaan berjalan mengikut kemampuan kewangan. Malahan urus tadbir sentiasa dikawal selia selari dengan prinsip-prinsip pentadbiran yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

    Jelasnya, kedua, pengurusan aset secara profesional akan terus dipertingkatkan untuk mengelak kebergantungan sepenuhnya kepada kerajaan selain berusaha mencapai pengurusan organisasi yang teratur dan berdisiplin.

    "Ketiga, walaupun perkembangan keahlian agak perlahan, pengurusan akan mengatur l