panduan ibadah pesakit

Upload: -

Post on 08-Apr-2018

320 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    1/28

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    2/28

    KHIM

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    3/28

    Rabiul Akhir 1430 / April 2009

    Panduan Ibadah Pesakit

    Konsortium Hospital Islam Malaysia

    i

    Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    4/28

    KHIM

    Konsortium Hospital Islam Malaysia (KHIM)ditubuhkan pada tahun 2005. Matlamat Penubuhannya

    adalah untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama di

    kalangan ahli-ahlinya dalam bidang perkhidmatan penjagaan

    kesihatan, etika amalan perubatan dan pentadbiran hospital

    yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. KHIM juga

    mempunyai hubungan dan jaringan yang luas dengan

    hospital Islam di seluruh dunia.

    Objektif KHIM:

    1. Menjalin kerjasama di kalangan hospital-hospital Islam,

    mengukuhkan kedudukan yang kompetitif dalam industri

    penjagaan kesihatan, meningkatkan kecekapan operasi,

    meningkatkan kualiti serta pertukaran maklumat dalam

    bidang perubatan, pentadbiran dan teknikal.

    2. Mengelolakan dan menggerakkan sumber profesional dan

    ekonomi untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan

    penyelidikan, latihan dan bantuan perubatan berkualiti.

    3.Memenuhi kriteria institusi perubatan Islam khasnya

    penjagaan mutu dan etika perubatan serta pengaplikasian

    prinsip Islam dalam bidang perubatan.

    4. Menjaga kebajikan pengamal perubatan beragama Islam

    di institusi perubatan Islam.

    5. Mendedahkan warga kerja hospital Islam kepada ilmu

    untuk mempertingkat kefahaman dan amalan Islam di

    kalangan mereka.

    Panduan Ibadah Pesakit ii

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    5/28

    Isi Kandungan

    Perkara M/S

    Ucapan Aluan Pengerusi KHIM 1

    Pendahuluan 2

    Pakaian Untuk solat 3

    Wuduk 4

    Tayammum 7

    Qiblat 9

    Solat 9

    Solat Jama 13

    Wiladah dan Nifas 15

    Puasa 16

    Rujukan 18

    iiiPanduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    6/28

    Kata Pengantar Pengerusi KHIM

    Segala pujian kepada Allah S.W.T kerana memberi

    kesempatan kepada kita untuk bersama meningkatkan

    syiar Islam dalam memperkasakan dakwah bil hal.

    KHIM sebagai satu gabungan hospital yang berpaksikan

    tauhid dan berkonsepkan bantu membantu atas dasar

    kebaikan, komited untuk bersama mendidik masyarakat

    muslim tentang kepentingan ibadah terutamanya solat semasa

    dalam keadaan sakit. Kefahaman dan pengetahuan pesakit

    muslim masakini perlu dipertingkatkan lagi, terutama pada

    mereka yang dirawat di hospital kerajaan dan hospital swasta

    yang tidak memberi penekanan kepada aspek kerohaniaan.

    Buku panduan ini bertujuan membantu pesakit dalam usaha

    melaksanakan ibadah solat. Mungkin ada sedikit perbezaan, tetapi

    pada dasarnya kami yakin inilah satu pendekatan yang sesuai dan tidak

    membebankan pesakit dalam melaksanakan ibadah yang penting ini.

    Mudah-mudahan pesakit ataupun keluarga mereka sentiasa

    peka dan mengambil berat tentang kepentingan menunaikansolat walaupun semasa mendapat ujian dari Allah S.W.T.

    Saya berharap semua ahli KHIM akan menjadikan buku

    ini sebagai panduan yang asasi sebagai usaha untuk meningkatkan

    lagi pengisian Islami dalam pengurusan hospital, insyaAllah

    semoga usaha ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

    Dr. Ishak Masud

    Pengerusi KHIM

    17 Rabiul Akhir 1430 / 13 April 2009

    1Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    7/28

    Pendahuluan

    Maksud Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nisa ayat ke 103:

    Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan

    kepada orang-orang beriman dan ianya telah ditentukan juga

    waktu-waktunya

    Risalah kecil ini disediakan sebagai panduan kepada pesakit,waris pesakit, kenalan dan seluruh umat Islam. Semoga dengan

    terhasilnya risalah kecil ini dapat membantu memberi kefahaman

    kepada semua tentang ibadah ketika sakit.

    Firman Allah S.W.T.:

    Dan sesekali Allah tidak mahu menyusahkan kamu(Al-Maidah:6),(Al-Hajj: 78)

    Daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W bersabda :

    Sesungguhnya Islam itu mudah dan tidak membebankan atau

    memberatkan melainkan orang-orang Islam itu sendiri yang

    memberat dan membebankan diri mereka, maka dampingilah ia,dekatilah ia (Islam) dan sampaikan khabar gembira serta dirikan-

    lah solat pada waktu-waktu yang ditetapkan(Bukhari , Iman, 38).

    2Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    8/28

    Pakaian untuk menunaikan solat

    Lelaki : Apa juga pakaian yang cukup syarat menutup aurat (daripusat hingga ke lutut).

    Perempuan : Apa juga pakaian yang menutup aurat dan menepati

    syarat sah solat (semua anggota badan kecuali muka dan tapak

    tangan), maka ianya boleh digunakan terus untuk menunaikan

    solat walaupun tanpa telekung.

    Pakaian seseorang dikira suci selagi tiada salah satu bukti

    jelas (warna atau bau atau rasa) najis terlekat pada pakaian

    mereka.

    Pesakit yang menggunakan beg kolostomi

    Bagi Pesakit yang menggunakan beg najis(kolostomi) cukup sekadar memastikan

    sekitar anggota yang terlibat dalam keadaan

    bersih dan tidak bocor. Kemudian bolehlah

    mengambil wuduk atau tayammum seperti

    yang ditunjukkan pada m/s 4-8.

    Pesakit yang berhadas

    Bagi pesakit-pesakit yang berada dalam keadaan junub (hadas

    besar) wajib bagi mereka meratakan air pada seluruh anggota

    badan. Jika ada antara anggota badan yang berbalut maka air

    diratakan pada anggota yang tidak berbalut kemudian menyapu

    air di atas balutan yang terdapat pada anggota tertentu (jika

    tidak mudarat). Atau jika tidak mampu kerana dibimbangi akan

    memudaratkan anggota-anggota tertentu/kesihatan maka wajib

    bagi pesakit untuk tayammum atau ditayammumkan oleh waris

    (keluarga / mahram orang yang haram dikahwini) atau orang lain.

    3Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    9/28

    Wuduk:

    1. Pesakit yang tiada halangan berwuduk

    Bagi pesakit yang tidak menerima sebarang halangan untuk

    berwuduk maka wajib baginya berwuduk seperti

    biasa untuk membolehkan dirinya menunaikan solat.

    Cara-cara / rukun berwuduk:

    1) Niat - (Contoh: Sahaja aku berwuduk kerana Allah S.W.T).

    2) Menyapu dan meratakan air ke muka.

    3) Meratakan air ke 2 tangan hingga ke siku (didahului dengan

    tangan kanan).

    4) Menyapu (sebahagian) kepala.

    5) Membasuh 2 kaki hingga ke buku lali (didahului dengan kaki

    kanan).6) Tertib (melaksanakan rukun mengikut aturannya).

    2. Pesakit yang tidak mampu berwuduk sendiri

    Pesakit yang tidak mampu untuk berwuduk sendiri perlulah

    mendapatkan bantuan waris (keluarga/mahram mereka yang

    haram dikahwini) untuk membantu mewudukkan dirinya ataumendapatkan bantuan orang lain termasuk kakitangan hospital.

    Bagi pembantu yang bukan mahram perlulah menggunakan

    sarung tangan ketika membantu mewudukkan pesakit tersebut.

    botol semburan (spray) boleh digunakan untuk

    memudahkan bantuan wuduk.

    4Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    10/28

    Cara dan Kaedah:

    2.1. Sapukan muka pesakit dengan tangan yang

    telah dibasahkan. Ratakan air ke semua

    bahagian muka yang wajib. (dari ubun

    rambut sehingga ke dagu dan dari

    permulaan telinga kanan ke telinga kiri)

    2.2. Semburkan air ke tangan pesakit

    kemudian ratakan air hingga ke siku.

    (kanan dan kiri)

    2.3. Sembur dan sapukan air ke bahagian

    kepala pesakit.

    2.4. Semburkan air ke kaki pesakit dan

    ratakan sehingga ke buku lali.

    (kanan dan kiri)

    5Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    11/28

    3. Cara berwuduk bagi mereka yang ada balutan pada anggota

    wuduknya:

    Ada banyak pendapat dalam perkara ini dan kami mengambil

    pendapat yang disebut oleh Dr. Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya

    Al-Mufassal Fil Ahkam Al-Marah. Pesakit dibolehkan hanya

    menyapu atas balutan untuk melengkapi wuduknya. Dan mereka

    juga tidak wajib untuk berwuduk dahulu sebelum memakai balutan

    terbabit.

    A. Contoh pesakit yang dibalut pada mana-mana bahagian anggota

    wuduk:

    Kaedah berwuduk bagi mereka yang berbalut pada mana-mana

    anggota wuduknya adalah seperti berikut:

    Dibasuh pada bahagian yang terdedah dan disapukan air (sekadar

    sapuan) pada bahagian yang berbalut jika tidak mudarat danmenyulitkan.

    *Jika boleh memudaratkan atau menyulitkan pesakit sekiranya

    disapu air ke atas balutan maka pesakit tidak perlu menyapu di atas

    balutan, cukup sekadar berwuduk pada tempat yang tidak berbalut.

    6Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    12/28

    Tayammum

    kemudian jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau

    berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah

    - debu yang suci -, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan

    kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun(An-Nisa: 43).

    1. Bagi pesakit-pesakit yang tidak boleh berwuduk, maka

    diharuskan mereka untuk bertayammum.

    2. Untuk memudahkan pesakit, pihak hospital disarankan untuk

    menyediakan debu tayammum yang membolehkan mana-mana

    pesakit yang memerlukannya untuk bertayammum.

    7Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    13/28

    3. Cara dan kaedah tayammum:

    3.1. Tepuk debu beserta niat dan lagakan

    kedua tangan untuk menipiskan debu.

    *Contoh niat :

    (Sahaja aku bertayammum untuk

    bersuci dari hadas kecil / hadas besarkerana Allah S.W.T).

    3.2. Sapukan debu ke muka.

    3.3. Tepuk debu sebagaimana cara (1)

    kemudian sapukan debu tersebut

    ke tangan sehingga ke siku

    (kanan dan kiri).

    8Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    14/28

    Qiblat1.Wajib bagi setiap muslim yang ingin menunaikan solat memastikan

    mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk menghadap qiblat.

    2. Sekiranya setelah diusahakan, tetap tidak mampu menghadap

    qiblat di bolehkan mereka menunaikan solat di atas katil tanpa

    menghadap qiblat(kerana keuzuran).

    Solat

    Imran b. Hushin pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

    Aku mempunyai penyakit buasir, bagaimanakah cara aku

    menunaikan solat? Sabda Rasullullah S.A.W: Hendaklah kamu

    solat berdiri, jika tidak mampu duduklah dan jika tidak mampu juga

    mengiringlah.(Bukhari: 1117)

    1. Cara dan kaedah menunaikan solat bagi mereka yang tidak

    berupaya untuk berdiri dan bergerak adalah seperti berikut :

    Solat boleh dilakukan dalam keadaan duduk (dengan cara yang

    paling selesa bagi pesakit).

    Kebiasaannya pesakit menunaikan solat dengan duduk di atas

    tempat yang rata atau kerusi.

    A. Contoh bagi pesakit yang menunaikan solat secara duduk di

    atas kerusi (Pergerakan yang ditunjukkan adalah pergerakan utamasahaja):

    9Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    15/28

    Takbiratul Ihram.

    Ruku: Badan dibongkok/ ditundukkan

    sedikit.

    Sujud: Badan dibongkokkan lebih

    rendah daripada ruku.

    10Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    16/28

    B. Contoh bagi pesakit yang menunaikan solat secara duduk di atas

    lantai atau tempat yang rata:

    Qiam dan Takbiratul Ihram.

    Ruku: Badan dibongkok / ditundukkan

    sedikit.

    Sujud: Seperti biasa atau jika tidak

    mampu cukup hanya dibongkokkan

    badan lebih rendah daripada ruku.

    * Pergerakan lain adalah seperti biasa sehingga salam (memberi

    salam dalam keadaan duduk seperti permulaan solat).

    11Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    17/28

    C. Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri atau duduk, pesakit boleh

    menunaikan solat dalam keadaan mengiring atau berbaring.

    Cara dan kaedah:

    Jika mengiring : Dada menghadap ke qiblat. Bahagian sisi kiri

    badan di atas, ketika ruku hendaklah pesakit menundukkan

    kepalanya sedikit (sekadar yang termampu), ketika sujud pula

    hendak lah ditundukkan kepalanya lebih sedikit dari kadar ketika

    ruku(jika mampu).

    Jika berbaring : Kebiasaan pesakit yang solat berbaring adalah

    pesakit yang tidak mampu untuk bergerak. Maka diharuskan

    kepadanya untuk solat menggunakan isyarat mata. Kaki menghadap

    ke qiblat. Kadar ruku (mata ditutup separuh) dan sujud (mata

    ditutup terus) mestilah berbeza sedikit berbanding ketika qiam.

    12Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    18/28

    Solat Jama

    Denisi: Menghimpunkan 2 solat dalam satu waktu.

    Contohnya solat Asar dilakukan (dihimpunkan) bersama waktu

    Zohor atas sebab-sebab tertentu yang diizinkansyara.

    SolatJamaini hanya dikhaskan untuk solat Zohor dan Asar dan

    juga untuk Maghrib dan Isya. Asar tidak boleh dijamadengan

    Maghrib dan begitu juga sebaliknya.

    Jamadalam hal ini terbahagi kepada 2:

    1. Jama Taqdim : Diawalkan (menghimpunkan) solat

    yang terkemudian ke dalam waktu solat yang sebelumnya.

    Contohnya: solat Asar dilakukan dalam (bersama) waktu

    Zohor. Atau solat Isya dihimpunkan bersama solat Maghrib.

    Contoh niat Jama Taqdim :

    : Sahaja aku menunaikan fardhu Zohor 4 rakaatbersama

    fardhu Asarjama taqdim kerana Allah S.W.T.

    : Sahaja aku menunaikan fardhu Asar 4 rakaatke dalam

    fardhu Zohorjama taqdim kerana Allah S.W.T.

    2. Jama Taakhir: Dilewatkan (menghimpunkan) solatyang terdahulu kepada solat yang kemudian. Contohnya:

    Menghimpunkan solat Zohor ke dalam waktu solat Asar.

    Atau Menghimpunkan (menangguhkan) solat Maghrib

    kepada waktu solat Isya.

    Contoh niat Jama Taakhir :

    : Sahaja aku menunaikan fardhu Zohor 4 rakaatke

    dalam fardhu Asarjama taakhirkerana Allah S.W.T.

    : Sahaja aku menunaikan fardhu Asar4 rakaatbersama

    fardhu Zohorjama taakhirkerana Allah S.W.T.

    13Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    19/28

    Kaedah: Setiap solat yang dilakukan secara jama mestilah

    dilakukan dengan jumlah rakaatyang asal iaitu 4 rakaatbagi solat

    Zohor, 4 rakaatbagi solat Asar. Dan 3 rakaatbagi solat Maghribdan 4 rakaatbagi solat Isya.

    Perhatian: Solat Subuh tidak boleh dijama dengan mana-mana

    solat sama ada yang sebelumnya atau selepasnya.

    Perlu dijelaskan di sini, sebab-sebab yang membolehkan seseorang

    itu melakukan solatjamaadalah lebih luas berbandingjama qasar

    (jamakerana musar) yang biasa dilakukan dan difahami.

    Antara keadaan yang dibolehkan untuk melakukanjamaialah:

    1.Penyakit yang menyukarkan pesakit menjaga waktu solatnya.

    2. Pesakit yang akan menjalani apa-apa prosedur perubatan yang

    kritikal seperti pembedahan, dan dijangka prosedur tersebut akan

    memakan masa sehingga luput salah satu waktu solatnya samada

    Zohor atau Asar ataupun solat Maghrib atau Isya.

    3. Termasuk juga dalam kategori ini ialah kakitangan perubatan

    seperti doktor, jururawat dan petugas-petugas yang terlibat dalam

    apa-apa prosedur perubatan atau pembedahan yang melibatkan

    luput mana-mana waktu solat mereka.

    Solat yang telah dijamatidak perlu diganti semula pada waktu lain.

    14Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    20/28

    Wiladah dan Nifas :

    1) Maksud wiladah dan nifas:

    Wiladah: Wiladah ialah darah yang keluar apabila seorang

    perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran janin

    sekalipun hanya berupa darah beku (alaqah) atau hanya berbentuk

    seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu

    mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran

    atau keguguran sebagaimana disebutkan. Mandi tersebut tidaksemestinya sejurus selepas melahirkan anak.

    Nifas : Nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan

    selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Maka dalam

    hal ini diwajibkan mandi kerana nifas. Tempoh kebiasaan nifas

    keluar adalah dalam tempoh 40 hari setelah seseorang perempuan

    melahirkan anak.

    2) Bagi perempuan yang hampir melahirkan anak, selagimana

    belum pecah ketumban maka wajib baginya menunaikan solat

    dengan cara yang sesuai dan tidak memudaratkan dirinya dan bayi

    yang akan dilahirkan. Rujuk m/s 9-12 .

    3) Bagi perempuan yang keguguran, selagimana janin tidakdikeluarkan daripada rahim maka wajib baginya menunaikan

    solat seperti biasa kerana dia belum berada dalam keadaan yang

    diharamkan solat (wiladah).

    4) Bagi mereka yang mengalami pendarahan ketika mengandung

    dan bayi dalam kandungan masih selamat mereka juga wajib

    menunaikan solat seperti biasa kerana darah yang keluar itu adalah

    darah yang dikategorikan sebagai darah penyakit bukan wiladah.

    15Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    21/28

    Puasa

    Ringkasan Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh IslamAntarabangsa di dalam persidangan yang ke-10 di Jeddah,

    Arab Saudi.

    Keputusan nombor 99\1\D10

    23 - 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun 3 Julai 1997M)

    1) Berikut adalah perkara-perkara yang tidak membatalkan

    puasa:

    1. Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci

    telinga, pemeriksaan tekak dengan syarat tidak memasukkan

    apa-apa cecair bersamanya.2. Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada dan

    lain-lain selagi ianya tidak ditelan.

    3. Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan

    dan pemeriksaan.

    4. Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan

    rawatan sepeti ureteroskop, radio-opaque.5. Memasukkan alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan,

    rawatan dan ubatan seperti suppositories, radio-opaque dan

    cecair pembersih usus.

    6. Rawatan pergigian. mencabut, menampal atau membersihkan

    gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.

    7. Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut

    tanpa menelan apa-apa.

    8. Suntikan ubat ke dalam darah (intravena) dan ke dalam kulit

    (subtaneous dan intra muscular).

    9. Pengambilan oksigen. Contohnya Inhaeler, nebulyzer.

    16Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    22/28

    10. Bius (General Anaesthetic).

    11. Ubat-ubatan yang meresap ke dalam badan melalui kulit

    contohnya krim.

    12. Memasukan tiub (catheter/contrast) untuk tujuan Angiogram

    13. Biospy hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair

    bersamanya.

    14. Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroscope

    dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair atau bahan ke

    dalam perut.15. Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke dalam saraf

    tunjang.

    16. Hemodialisis.

    17. Muntah yang tidak sengaja.

    Jika sesuai, setiap doktor Muslim harus menasihatkan pesakit untuk menangguhkan sebarang prosedur yang tidak

    memudharatkan penangguhannya, sehingga selepas waktu

    berbuka, (bentuk-bentuk rawatan yang disebut di atas).

    17Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    23/28

    Rujukan

    1) Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azim, Darul Hadith,Qaherah, 2003.

    2) As-Syaukani, Fathul Qadir Al-Jami Baina Ar-riwayah wa

    Ad-dirayah min Ilm At-Tafsir, Dar Kitab Al-Alamiyah,

    Beirut.

    3) Muhammad bin Idris As-Syae,Al-Umm, Dar Ibn Hazm,

    Beirut, 2005.

    4) Wahbah Az-Zuhaili, Mausuah Al-Quraniah Al-

    Muyassarah, Darul Fikr, Dimasyk, 1427H.

    5) Sayyid Sabeq,Fiqh Sunnah, Takhrij Nasiruddin Albani,

    Dar Ilam Al-Arabi, Qaherah, 1999.

    6) Taqiyuddin Abu Bakar Ad-Dimasyk As-syae,Kifayatul

    Akhyar f Halli Ghayat Al-Ikhtisar, Tahkiq Kamil

    Muhammad Uwaidhah, Dar Al-Kutub Al-Alamiah, Beirut,

    2000.

    7) Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, Ali Syarabji,Fiqh

    Al-Manhaji Ala Mazhab Al-Imam As-Syafe, (Versi Muat

    Turun ).

    8) Abd. Karim Zaidan,Al-Mufassal Fil Ahkam Al-Marah.

    9) http://www.qhacademy.org.sa/qrarat/10-1.htm.

    18Panduan Ibadah Pesakit

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    24/28

    HOSPITAL DANAU KOTANo. 1 & 3, Jalan 6/23E,

    Taman Danau Kota,

    53300 Setapak,

    Kuala Lumpur.

    Tel: 03 4023 3629 / 4023 3630

    www.hospitaldanaukota.com

    PUSAT PERUBATAN KOHILAL

    No. 225 Jalan negara 2,

    Off Lorong Selangor, Taman Melawati,53100 Kuala Lumpur.

    Tel : 603-41068466 / 67 / 68

    Fax : 603-41068469

    Email : [email protected]

    [email protected]

    PUSAT RAWATAN MAHSURI SDN BHD.

    Jln Mahsuri 1C, Bandar Baru Darulaman,

    06000 Jitra, Kedah

    Tel: 04-916 2345 Fax: 04-916 3242

    HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    (HUSM)

    Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

    16150 Kubang Kerian,

    Kelantan Darul Naim

    Tel : 09-766 3000 Faks:

    www.kck.usm.my

    Ahli KHIM:

    AL-ISLAM SPECIALIST HOSPITALNo 85, Jalan Raja Abdullah,Kg. Baru,

    50300 Kuala Lumpur

    Tel : 03-26931007 Faks : 03-26954148

    www.al-islamhospital.com.my

    PUSAT RAWATAN ISLAM AZ-ZAHRAH

    (AZIM)

    No.34, Medan Pusat Bandar 1,

    Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,

    Selangor Darul Ehsan.Tel:03-8925 2525 / 9089 Fax: 03-8925 9525

    www.azzahrah.com.my

    HOSPITAL PUSRAWI SDN. BHD.

    Lot 149, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,

    Malaysia.

    Tel : 03-26875000 Fax :03-26875001

    www.pusrawi.com.my

    PUSAT PERUBATAN AR-RIDZUAN

    No. 9, Jln Seruan, Taman Chateau,

    30250 Ipoh, Perak

    Tel : 05-243 8311, 243 8312

    Faks : 05-243 8313

    INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN

    TERMAJU (IPPT)

    No 1-8, Pesiaran Seksyen 4/1,

    Bandar Putra Bertam, Kepala Batas,Pulau Pinang.

    Tel : 04-5622222 Faks : 04-5622468

    KHIM

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    25/28

    KHIM

    PANDUAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN MERAWAT

    PESAKIT

    DARI PERSPEKTIF ISLAM

    PANDUAN AMALAN PROFESIONAL MUSLIM

    MAQASID AL-SHARIAH / THE PURPOSE OF LAW

    To preserve Religion Memelihara Agama

    To preserve Life Memelihara JiwaTo preserve Wisdom Memelihara Akal

    To preserve

    Inheritance

    Memelihara

    Keturunan

    To preserve Wealth Memelihara Harta

    MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASAR KAEDAH-KAEDAH

    SYARAK -

    Principle of Motives Tujuan

    Principle of Certainty Yakin

    Principle of Injury Kecemasan

    Principle of hardship Keberatan

    Principle of custom Uruf/ Adat

    4 TAHAP YAKIN BERDASARKAN PANDANGAN IMAM

    SHATIBI

    Certainty Yakin

    Predominant

    conjecture

    Kurang pasti

    Conjecture Zan

    Doubt/Uncertainty Syak

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    26/28

    KHIM

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    27/28

    KHIM

  • 8/6/2019 Panduan Ibadah Pesakit

    28/28