pdp berkesan

Click here to load reader

Upload: corrine-chan

Post on 02-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PdP berkesan

TRANSCRIPT

  • OUM 69

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    PENGENALANUntuk mengajar dengan berkesan, guru perlu berpengetahuan dan kemahiran tentangbidangnya, iaitu berkemahiran merancang dan menyampaikan isi pelajaran yang telahdirancang. Topik ini akan membincangkan tentang ciri-ciri guru yang berkesan, prinsip-prinsippengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan perancangan pengajaran, dan cara menyediakanpersediaan pengajaran.

    OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghuraikan ciri guru yang berkesan;

    2. menghuraikan prinsip pembelajaran dan pengajaran;

    3. menyediakan rancangan pengajaran;

    4. menghurai dan menyediakan persediaan mengajar; dan

    5. menghuraikan kemahiran-kemahiran penyampaian.

  • 70 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    Daripada ciri yang anda senaraikan, guru tersebut mungkin guru kegemaran anda, danmungkin juga tidak. Ada antara guru tersebut yang mengenali anda sebagai seorang individudan mengetahui apa yang anda harapkan. Ada juga yang hanya anda kenali berdasarkanmata pelajaran yang diajar sahaja. Sesetengah guru menyebabkan anda meminati apa yangdiajar. Mungkin ada yang membuatkan anda mempersoalkan Bagaimanakah orang ini memilihprofesion perguruan sebagai kerjayanya?.

    Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsungmempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan,serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubahtingkah laku anda.

    Cuba anda renung sejenak dan fikirkan tentang guru yang pernah mengajaranda semasa anda bersekolah. Apakah yang anda rasa yang palingmempengaruhi diri anda sebagai pelajar?

    PETA MINDA TOPIK

    5.1 GURU YANG BERKESAN

    Perancangan Pengajaran

    Sukatan Pelajaran

    Ciri-ciri Guru yang Berkesan

    Komponen Persediaan Mengajar - Persediaan

    Komponen Persediaan Mengajar - Penyampaian

    Komponen Persediaan Mengajar - Penutup

    TOPIK 5:PENGAJARAN

    YANG BERKESAN

    Guru yang Berkesan

    Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

    Pelaksanaan Kurikulum

    Kurikulum Sekolah

    Persediaan Mengajar

  • OUM 71

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan. Adakahkeberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar?Apa pendapat anda tentang pandangan ini?

    5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan

    Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspekkeberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lain-lain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:

    (a) Kecekapan BidangSeseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentangbidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuhyakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelasdengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang danmengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajaridi pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yangberkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliaukurang mahir.

    (b) Kepelbagaian Kaedah MengajarPembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuaidengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripadakaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagaikaedah mengajar.

    (c) Penglibatan Pelajar dalam PengajaranGuru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalampengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guruyang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

    (d) EnthusiasmGuru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam perkarayang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajarmelalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendakdiajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasamengajar.

    (e) Susunan dan KejelasanGuru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran danaktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikanmengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnyamenyumbang kepada pencapaian pelajar.

    Pada pendapat anda, apakah lagi ciri-ciri guru yang berkesan yang dapatmembantu proses pengajaran dan pembelajaran? Cuba senaraikan ciri-ciritersebut.

  • 72 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    5.2 PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Untuk membantu guru mengajar dengan berkesan, guru dibekalkan dengan prinsip-prinsippengajaran dan pembelajaran yang memberi panduan kepada mereka untuk menjalankanpengajaran dengan berkesan. Prinsip-prinsip itu ialah:

    (a) Pembelajaran pelajar meningkat jika pengajaran dan pembelajaran bermula daripadatahap pengetahuan sedia ada pelajar.

    (b) Pengajaran dan pembelajaran meningkat jika pelajar dimotivasi untuk belajar.

    (c) Pengajaran yang tersusun dan jelas akan meningkatkan proses pembelajaran pelajar.

    (d) Pengajaran yang melibatkan pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar dalam apayang dipelajari.

    (e) Peningkatan pembelajaran di kalangan pelajar yang mengetahui kemajuan pembelajaranmereka adalah lebih daripada pelajar yang tidak diberi maklum balas tentang kemajuanpembelajaran mereka.

    (f) Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yangmengambil kira perbezaan individu.

    (g) Pembelajaran yang jelas matlamatnya akan meningkatkan proses pembelajaran.

    (h) Sesuatu pembelajaran itu bermakna apabila perkara yang dipelajari diingat dan dapatdiaplikasikan dalam situasi baru.

    (i) Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar.

    5.3 KURIKULUM SEKOLAH

    Kurikulum yang digunakan di sekolah menengah ialah Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM). KBSM dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1988di Tingkatan 1 dan kelas peralihan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Pada tahun 1989, semua mata pelajaran KBSM telahdilaksanakan sepenuhnya di Tingkatan 1.

    Pada tahun 1993, pelaksanaannya adalah daripada kelas peralihan sehingga Tingkatan Lima.KBSM digubal dengan tujuan untuk mencapai hasrat dan matlamat Falsafah PendidikanNegara, di samping meningkatkan mutu pendidikan di sekolah menengah. Selain itu,penggubalan kurikulum ini juga telah mengambil kira keperluan masa kini dan akan datang.

    Untuk melihat prinsip pembelajaran dan contoh-contohnya, sila layarilaman web http://www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html

    Untuk maklumat terkini tentang bagaimana manusia belajar, layari bukuatas talian berikut oleh Bransford, J., Brown, A., & Cockin, R. (1999)berjudul (How people learn: Brain, mind, experince, and school) [online]di http://stills.nap.edu/html/howpeople/ [2002, October 4]

  • OUM 73

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    Matlamat KBSM ialah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkaninsan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. KBSM telah digubal berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu:

    menghubungkan pendidikan rendah dengan menengah;

    memberikan pendidikan umum untuk semua;

    menggunakan disiplin yang ada;

    mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani;

    menekankan nilai-nilai murni;

    menekankan penggunaan Bahasa Malaysia; dan

    mengamalkan pendidikan seumur hidup.

    Pelaksanaan KBSM dilakukan dalam dua peringkat, iaitu peringkat menengah rendah danperingkat menengah atas. Di peringkat menengah rendah, mata pelajaran dikategorikansebagai mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras digubalsesuai dengan prinsip KBSM yang disebutkan di atas, iaitu memberi pendidikan umum kepadasemua. Di peringkat menengah atas pula, semua mata pelajaran peringkat menengah rendahditeruskan, kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi dan Pendidikan Seni. Disamping itu, mata pelajaran elektif diwujudkan untuk mengembangkan minat dan bakatpelajar.

    5.4 PELAKSANAAN KURIKULUM

    Setelah mengetahui tentang kurikulum, sekarang kita akan membincangkan bagaimanahendak melaksanakan kurikulum tersebut. Setiap seorang daripada anda mempunyai bidangpengkhususan yang menentukan mata pelajaran yang akan anda ajar di sekolah. Setiapmata pelajaran mempunyai sukatan pelajaran masing-masing.

    5.4.1 Sukatan Pelajaran

    Sukatan pelajaran adalah satu dokumen bertulis untuk sesuatu mata pelajaran. Ia disediakanoleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam sukatanpelajaran, terkandung rasional dan matlamat, objektif mata pelajaran, organisasi sukatan,kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh oleh pelajar, peruntukan waktu, cadanganaktiviti pembelajaran dan nilai murni.

    Sukatan pelajaran merupakan garis panduan kepada guru untuk mengajar sesuatu pelajaran.Guru perlu bijak menggunakan sukatan pelajaran supaya pelajar dapat pengetahuan dankemahiran yang dinyatakan dalam sukatan tersebut. Isi pelajaran dalam sukatan perlu

    Latihan 5.1

    Mengapakah penting untuk mengintegrasikan unsur-unsur intelek,rohani, emosi dan jasmani dalam pembentukan kurikulum sekolah?

  • 74 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    dihabiskan dalam masa satu tahun sesi pembelajaran pelajar. Untuk membolehkan gurumengajar isi kandungan dalam sesuatu sukatan pelajaran, guru perlu menganalisis sukatanpelajaran berkenaan.

    5.4.2 Perancangan Pengajaran

    Mengapakah guru perlu menyediakan rancangan pengajaran? Sebab-sebabnya adalah sepertidi bawah:

    membolehkan guru menyusun isi pelajaran dengan teratur dengan turutan yang sesuaisupaya pembelajaran berlangsung dengan berkesan;

    membantu guru menganggarkan masa yang diperlukan untuk setiap tajuk;

    membolehkan guru membuat perancangan awal untuk menyediakan media pengajaran;

    memastikan guru mempunyai rekod tentang perkara yang telah diajar. Rekod ini bolehdigunakan untuk tujuan peperiksaan atau disemak oleh pentadbir jika perlu;

    membantu guru untuk mendapatkan gambaran yang luas tentang keseluruhan matapelajaran yang akan diajar supaya dapat melihat kesinambungan antara tajuk; dan

    membantu guru mengajar dengan sistematik dan yakin.

    Rancangan pengajaran tahunan disediakan untuk tempoh satu tahun dan ada yang disediakanmengikut semester; bergantung kepada peraturan sekolah. Terdapat sesetengah matapelajaran di mana rancangan pelajaran tahunan disediakan oleh guru panitia mata pelajarandan diselaraskan di peringkat daerah. Bagaimanapun, adakalanya guru terpaksa menyediakansendiri semua rancangan pengajaran. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang guru perlu ikutiuntuk menyediakan rancangan pengajaran?

    Tulis tarikh semester bermula dan berakhir dan tentukan bilangan minggu dalam satusemester.

    Melalui jawatankuasa sekolah, tentukan hari-hari mata pelajaran tersebut diajar dan berapakali seminggu. Tulis minggu, hari dan hari bulan tiap-tiap minggu.

    Tentukan berapa kali waktu mengajar dalam setahun. Dalam satu tahun ada 2 semesterdan tiap-tiap semester terdapat 19 minggu. Katakan tiap-tiap minggu terdapat 2 hariwaktu mengajar mata pelajaran tersebut. Oleh itu, waktu mengajar setahun adalah 2 19 2 = 76 waktu mengajar setahun.

    Tentukan waktu mengajar bersih setelah ditolak hari-hari cuti yang jatuh pada harimengajar mata pelajaran tersebut, ujian bulanan, peperiksaan dan lain-lain. Katakanjumlah hari yang guru tidak boleh mengajar kerana gangguan yang disebutkan di atasialah 10 hari. Oleh itu jumlah sebenar waktu mengajar untuk mata pelajaran tersebutialah 76 10 = 66 hari.

    Bahagikan isi pelajaran kepada 66 tajuk kecil. Perlu diambil kira bahawa tiap-tiap satutajuk kecil itu boleh diajar dengan anggaran dua pertiga dari masa pengajaran

    Sediakan rancangan pengajaran mengikut format yang telah ditetapkan oleh sekolah.

    Terdapat pelbagai format rancangan pengajaran yang digunakan di sekolah. Umumnya, formattersebut mengandungi perkara-perkara seperti dalam Rajah 5.1.

  • OUM 75

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    Rajah 5.1: Format rancangan pengajaran

    Rajah 5.2: Rancangan pengajaran

    Setelah guru menyediakan rancangan pengajaran guru perlu menyediakan persediaanmengajar. Keseluruhan perancangan pengajaran boleh digambarkan seperti dalamRajah 5.2.

    Kurikulum

    Sukatan M/PFizik

    Sukatan M/PLukisan

    Kejuruteraan

    Sukatan M/PKimia

    Sukatan M/PMatematik

    Sukatan M/PBiologi

    RancanganPengajaran

    Persediaan Mengajar Topik 1

    Persediaan Mengajar Topik 2

    Persediaan Mengajar Topik 3

    Persediaan Mengajar Topik 4

    Semester Minggu Tajuk NilaiKemahiran Catatan

  • 76 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    5.5 PERSEDIAAN MENGAJAR

    Sebagai seorang guru, cuba anda fikirkan tentang kepentingan persediaanmengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satuwaktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai,isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan pencapaian matlamat. Persediaanmengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakansemasa berhadapan dengan kelas.

    Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Sebab-sebabnya adalah sepertiberikut:

    Persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru. Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum

    mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan keputusandapat dibuat untuk mengatasinya. Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasimasalah yang berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar.

    Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam pengajaran. Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan dalam persediaan

    mengajar. Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan. Memastikan langkah disusun mengikut urutan. Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

    Walaupun terdapat pelbagai format persediaan mengajar, terdapat persamaan dari segikomponen yang terdapat dalam satu persediaan mengajar. Komponen persediaan mengajarboleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan, penyampaian dan penutup.Penerangan tentang komponen ini akan dibuat secara lebih terperinci selepas ini. Sekarang,sila lihat cadangan format persediaan mengajar seperti dalam Rajah 5.3.

    Kita akan bincangkan dengan terperinci komponen-komponen dalam satu persediaanmengajar.

    5.5.1 Komponen Persediaan Mengajar - Persediaan

    (a) Maklumat AmMaklumat am terdiri daripada butir-butir tentang tarikh, masa, tingkatan, bilangan pelajar,mata pelajaran dan tajuk pengajaran. Maklumat ini perlu untuk guru mengetahui siapapelajar mereka, perkara yang akan disampaikan supaya guru dapat merancang strategidan media pengajaran yang akan digunakan.

  • OUM 77

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    Rajah 5.3: Format persediaan mengajar

    Tarikh: .......................................................................................................

    Masa: ........................................................................................................

    Tingkatan: ..................................................................................................

    Bilangan Pelajar: .........................................................................................

    Mata Pelajaran: ..........................................................................................

    Tajuk Pengajaran: .......................................................................................

    Pengengetahuan Sedia Ada:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Objektif Pengajaran:........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Isi Pelajaran:........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Nilai-nilai Murni: .........................................................................................................................................................................................................

    Alat Bantu Mengajar:........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Bahan Rujukan:........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Langkah Keselamatan:........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

  • 78 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    Rajah 5.3: Format persediaan mengajar

    Induksi Set:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Langkah Penyampaian:

    Kesimpulan:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Penilaian:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Tugasan:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Ulasan Diri:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Ulasan Penyelia: (Jika diselia)..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Langkah Isi Pelajaran (Tulis isi pelajaran yangakan disampaikan)

    Kaedah Penyampaian(Tulis strategi, kaedah,

    aktiviti, penggunaanmedia)

    1 minit

    2 minit

    3 minit

    4 minit

    5 minit

  • OUM 79

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    (b) Pengetahuan Sedia AdaPengetahuan sedia ada ialah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar berkaitandengan tajuk yang akan dipelajari. Pengetahuan ini mungkin diperoleh melaluipembelajaran sebelum, pengalaman terus, pemerhatian atau pembacaan pelajar. Guruperlu mengetahui pengetahuan yang sedia ada pada pelajar supaya:

    dapat menentukan peringkat permulaan sesuatu pengajaran;

    dapat menyediakan media pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai denganpelajar;

    dapat menjangka hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pengajarannya; dan

    pelajar lebih mudah memahami pengajaran.

    (c) Objektif PengajaranObjektif pengajaran ialah satu pernyataan yang menentukan apa yang pelajar akanpelajari, dan bagaimana guru yang mengajar boleh mengetahui sama ada objektif sudahtercapai atau tidak. Objektif yang ditulis adalah objektif umum dan objektif khusus.Kepentingan objektif ialah:

    untuk menentukan tujuan pengajaran;

    sebagai panduan untuk penilaian pengajaran;

    sebagai garis panduan bagaimana hendak mengajar;

    untuk menentukan skop pengajaran; dan

    untuk pelajar mengetahui apa yang akan mereka pelajari.

    Penerangan tentang objektif dijelaskan dengan terperinci dalam Topik 6 modul ini.

    (d) Isi PelajaranIsi pelajaran merujuk sama ada kepada konsep, prinsip, teori atau kemahiran yang akandisampaikan kepada pelajar. Isi pelajaran diperoleh daripada sukatan pelajaran. Sepertiyang telah diterangkan di atas, sukatan pelajaran dianalisis untuk menyediakan rancanganpelajaran. Rancangan pelajaran pula dibahagikan mengikut minggu dalam setahun. Olehitu, guru perlu melihat minggu yang berkenaan dan memilih tajuk pengajaran untuk hariyang mereka akan mengajar.

    Kemudian, guru perlu menganalisis tajuk pengajaran bersama-sama dengan huraiansukatan, buku teks dan sumber pengajaran untuk menyusun langkah pengajaran mengikutsusunan yang logik dan boleh difahami pelajar. Guru juga perlu memikirkan semua faktor,iaitu masa, pengetahuan sedia ada pelajar, aktiviti, kaedah dan media pengajaran yangakan digunakan.

    (e) Nilai MurniBersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara, KBSM digubal untuk melahirkan insanyang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk mencapai hasrat ini,16 nilai murni disenaraikan dalam KBSM untuk diterapkan melalui pengajaran danpembelajaran.

    Nilai-nilai tersebut ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasihsayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran, kebersihan, rasional, kerajinan,kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Semasa menulispersediaan mengajar, guru boleh memilih nilai yang hendak ditekankan dalam pengajarandan pembelajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran.

  • 80 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    (a) Induksi SetInduksi set adalah untuk mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar kepada apa yanghendak diajar dan seterusnya kepada objektif pengajaran. Ini adalah bertujuan untukmenimbulkan minat pelajar, menimbulkan rasa ingin tahu, mengaitkan pelajaran yanglepas, menyediakan struktur sesuatu pelajaran dan menggalakkan penglibatan pelajar.Induksi set perlu menarik dan disampaikan hanya dalam masa 3 hingga 5 minit.

    Sebagai seorang guru, apakah yang boleh anda lakukan untuk menarikperhatian pelajar sebelum memulakan sesuatu pelajaran?

    (f) Sumber PembelajaranSumber pembelajaran merujuk kepada media pengajaran dan bahan rujukan yangdigunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan. Contoh mediapengajaran ialah papan gulung, carta, peta, model, slaid projektor, overhead projektor,Liquid Crystal Display (LCD), talian terus, televisyen dan radio.

    Sumber rujukan pula terdiri daripada buku teks, buku rujukan, risalah dan buletin. Sumberrujukan perlu untuk memastikan maklumat yang diajar sentiasa kemas kini danseterusnya membantu meluaskan pengetahuan dan kemahiran guru dalam tajuk yangdiajar. Sumber rujukan seelok-eloknya ditulis lengkap seperti menulis bibliografi.

    Contoh:1. Md. Rahim Sahar. (1995) Fizik gelombang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.2. Proses fotosintesis .(tiada tarikh). Didapati pada 7 Februari 2002 daripada http://

    www.e-smartschool.com/pnu/005PNU00500001.asp

    Guru boleh melayari laman web berikut untuk melihat panduan menulis rujukanuntuk buku, risalah dan bahan elektronik.http://www.apastyle.org/elecsource.htmlhttp://www.vanguard.edu/faculty/ddegelman/index.cfm?doc_id=796

    (g) Langkah KeselamatanLangkah keselamatan perlu, terutamanya dalam kelas amali. Kelas amali banyakmelibatkan alat-alat dan bahan-bahan. Selain itu, pergerakan pelajar lebih banyak dalampengajaran amali daripada teori. Oleh itu, guru perlu mengingatkan pelajar tentanglangkah-langkah keselamatan, terutamanya dalam penggunaan alat-alat dan bahan-bahan semasa kelas amali.

    Dalam kelas amali juga, guru boleh menekankan nilai murni dan boleh memerhatikanpencapaian pembelajaran untuk domain afektif. Antara perkara yang perlu diingat ialah arahantentang cara berpakaian; sebagai contoh, pelajar perlu memakai apron atau goggle semasakelas amali. Pelajar juga perlu diingatkan tentang kelakuan mereka, sebagai contoh, janganberlari di dalam makmal serta berhati-hati dalam pengendalian peralatan yang merbahaya.

    5.5.2 Komponen Persediaan Mengajar - Penyampaian

  • OUM 81

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    Ada beberapa cara untuk mendapatkan perhatian pelajar:

    menceritakan cerita yang berkaitan;

    membentangkan maklumat latar belakang;

    mengemukakan soalan yang mencabar;

    melakukan sesuatu yang menghairankan;

    menunjukkan model atau spesimen dan menyoal;

    menggunakan kajian kes; dan

    menggunakan lakonan pendek.

    (b) PerkembanganPeringkat ini adalah peringkat guru menyampaikan isi pelajaran. Guru akan menggunakankemahiran mengajar seperti kemahiran peneguhan, penggunaan papan hitam, kemahiranmenyoal, kemahiran penggunaan komunikasi tanpa bahasa, penggunaan bahasa dansuara, kemahiran menerangkan dengan contoh dan lain-lain lagi.

    Langkah-langkah penyampaian merupakan bahagian yang penting dalam pengajaran. Cubarujuk semula Rajah 5.3, dalam ruang kaedah penyampaian. Dalam ruang ini guru perlumenulis strategi, kaedah dan aktiviti yang akan dijalankan. Guru juga perlu mencatatkantentang penggunaan media pengajaran dan penerapan nilai murni dan soalan utama yangakan disoal semasa pengajaran.

    Dalam ruang isi pelajaran pula, guru mencatatkan isi penting yang akan disampaikan.Isi ditulis dengan jelas dan dibahagikan kepada beberapa langkah dan setiap langkahdiperuntukan masa yang sesuai. Apabila menyusun langkah-langkah penyampaian, guruperlu menyusunnya mengikut:

    langkah ke satu langkah; daripada yang mudah kepada yang kompleks;

    susunan yang logik; dan

    tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

    Semasa penyampaian, ada beberapa kemahiran yang perlu guru ketahui, iaitu:

    (i) Kemahiran PeneguhanKemahiran peneguhan adalah teknik mengajar yang digunakan bila guru hendakmenunjukkan pengukuhan kepada tingkah laku yang positif. Contohnya, apabilapelajar memberikan jawapan yang betul, guru akan mengatakan bagus atausenyum kepada pelajar berkenaan. Peneguhan akan meningkatkan motivasi danminat pelajar untuk belajar. Peneguhan juga boleh meningkatkan konsep kendiripelajar dan seterusnya menambahkan keyakinan mereka. Panduan memberipengukuhan:

    beri pengukuhan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif;

    padankan pengukuhan dengan umur pelajar;

    elakkan pengukuhan negatif; dan

    berikan pengukuhan dengan jujur supaya murid berasa bangga.

    Jenis-jenis peneguhan ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

  • 82 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    (ii) Kemahiran Menerangkan Ilustrasi dan Menggunakan Contoh-contohGuru selalu bertanya kepada diri mereka Bagaimanakah saya boleh menerangkanfakta ini dengan jelas dan tepat? Kebolehan menerangkan dengan logik dan jelasmerupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan pengajaran yang berkesan.

    Guru hendaklah menyatakan dengan jelas kepada pelajar perkara yang hendakdiajar supaya pelajar memberi perhatian, sebagai contoh, Hari ini kita akanmempelajari tentang bagaimana pokok membuat makanan. Semasa penerangan,guru perlu ambil perhatian tentang:

    Suara suara perlu ada intonasi yang berbeza.

    Penggunaan papan hitam tulis fakta utama, tulisan jelas, dan susunanteratur.

    Bahasa guna bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Elak menyebutkenyataan yang tiada kaitan kerana ini akan mengganggu perhatian pelajar.

    Urutan idea diterangkan mengikut urutan. Guna contoh-contoh contoh-contoh boleh memudahkan pelajar memahami

    perkara abstrak. Penggunaan contoh yang berkesan termasuklah:

    mulakan dengan contoh yang mudah kepada yang kompleks;

    mulakan dengan contoh yang berkaitan dengan pengetahuan sedia adapelajar;

    kaitkan contoh kepada prinsip yang sedang diajar; dan

    minta pelajar memberi contoh yang boleh menerangkan prinsip tersebut(untuk melihat pencapaian objektif).

    Penglibatan Pelajar guna jawapan pelajar untuk membentuk pemahamankonsep.

    Penyataan Penutup setelah membuat penerangan, guru mesti membuatkesimpulan daripada fakta utama.

    Rajah 5.4: Jenis-jenis peneguhan dan contoh contohnya

    PENEGUHAN

    Positif

    Verbal baik, betul,mengulang

    jawapanpelajar, menulis jawapan pelajar

    di papan

    Isyarat senyum,mengangkat ibu jari,

    angguk kepala

    Verbal salah, tidak,bukan dan lain-lain

    Isyarat mukamarah, geleng

    kepala, mengetukmeja, danlain-lain

    Negatif

  • OUM 83

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    (iii) Kemahiran Menggunakan Papan HitamPapan hitam digunakan dengan meluas semasa pengajaran. Guru perlu mempunyaikemahiran menggunakannya kerana ia boleh mempengaruhi pengajaran danpembelajaran. Panduan menggunakan papan hitam adalah seperti berikut:

    pastikan kapur, pemadam dan pembaris (jika perlu) ada dalam kelas; pastikan cahaya tidak menyilaukan papan hitam; pastikan papan hitam bersih; padamkan semua tulisan yang tidak berkaitan; rancang awal susunan yang akan ditulis di papan hitam; sediakan lebih awal illustrasi yang kompleks; tulis fakta penting sahaja; guna kapur berwarna untuk memberi penekanan; berdiri di sebelah papan hitam supaya tidak mengganggu pandangan pelajar;

    dan guna penunjuk untuk menerangkan sesuatu di atas papan hitam.

    (iv) Kemahiran Variasi RangsanganVariasi rangsangan ialah tindakan guru yang dirancang untuk mendapatkan perhatianpelajar kepada pengajaran. Tumpuan pelajar adalah singkat, oleh itu guru perlumengubah kaedah, corak interaksi dan perhatian pelajar. Guru boleh memfokuskepada tiga aspek pengajaran iaitu:

    Stail pengajarannya pergerakan guru dari satu tempat ke satu tempat dalambilik darjah, suara dan hubungan mata.

    Media pengajaran yang digunakan menggunakan pelbagai mediapengajaran yang melibatkan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasadan hidu.

    Hubungan pelajar dengan guru interaksi antara guru dengan kumpulan,pelajar dengan pelajar, pelajar dengan objek dan lain-lain lagi.

    Cadangan untuk mendapatkan perhatian dan minat pelajar semasa pengajaranadalah seperti berikut: menggunakan pelbagai kaedah (kaedah-keadah dibincangkan dalam

    Topik 6); mengawal penggunaan masa dalam setiap fasa pengajaran. Guru perlu

    menukar kaedah pengajaran sebelum minat dan tumpuan pelajar menurun; memastikan setiap pelajar terlibat dalam pengajaran; membantu pelajar melihat cara mengaplikasi apa yang dipelajari; dan memberi kritikan yang membina kepada kerja pelajar.

    (v) Kemahiran MenyoalKemahiran menyoal merupakan kemahiran yang penting dalam proses pengajarandan pembelajaran. Ia digunakan dalam semua peringkat pengajaran. Peneranganyang terperinci tentang penyoalan terdapat dalam Topik 6 modul ini. Apakah panduandalam kemahiran menyoal? Lihat panduan berikut:

    pastikan ada masa menunggu lebih kurang 3-5 minit;

    memanggil nama pelajar, kemudian diikuti dengan soalan;

    mencungkil dengan membantu pelajar memikirkan dengan mendalam;

  • 84 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    mempelbagaikan soalan;

    memberi soalan mudah difahami;

    memberi peneguhan positif dan negatif;

    menyebarkan soalan kepada semua pelajar;

    mengarah semula soalan kepada pelajar lain; dan

    meminta penjelasan kepada jawapan yang kurang jelas.

    5.5.3 Komponen Persediaan Mengajar - Penutup

    (a) KesimpulanPengajaran tidak boleh diberhentikan secara mengejut apabila loceng sekolah berbunyi.Seperti juga induksi set, guru perlu menyediakan pelajar untuk permulaan pengajaran,begitu juga semasa di akhir pengajaran. Kesimpulan perlulah ringkas. Umumnya,kesimpulan pengajaran adalah untuk memperlihatkan hubungkait antara fakta yang telahpelajar pelajari dan aktiviti yang dilakukan supaya, apabila pelajar meninggalkan kelas,mereka merasakan mereka telah mempelajari sesuatu. Tujuan kesimpulan ialah:

    sebagai peneguhan supaya pelajar mengingati apa yang telah dipelajari;

    memberi fokus kepada pelajar;

    untuk menumpukan perhatian murid kepada penghujung siri pembelajaran; dan

    untuk menimbulkan rasa pencapaian dan penguasaan di kalangan pelajar.

    Kesimpulan boleh dilakukan dengan:

    mengulas perkara penting;

    menghubungkait antara fakta;

    mengaitkan pengajaran yang sebelum atau selepas;

    meminta maklum balas pelajar; dan

    mencadangkan bagaimana pembelajaran boleh diaplikasikan.

    (b) PenilaianPenilaian adalah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah tercapai atauuntuk mengetahui sama ada murid telah faham atau tidak. Penilaian hendaklahberdasarkan apa yang telah dipelajari. Penilaian boleh dibuat secara lisan atau bertulis.Guru perlu menulis soalan-soalan penilaian dalam persediaan mengajar. Kadang kala,guru juga membuat penilaian formatif di mana penilaian dilakukan di sepanjangpengajaran. Jika ini yang dilakukan, guru juga perlu menulis soalan atau sebagai alatpengukuran untuk mengukur pencapaian objektif pengajaran dalam ruang kaedahpenyampaian dalam persediaan mengajar dan dalam bahagian penilaian pula nyatakanpenilaian dibuat secara berterusan.

    Latihan 5.2

    Apakah kepentingan induksi set dalam penyampaian pelajaran?

  • OUM 85

    TOPIK 5 PENGAJARAN YANG BERKESAN

    (c) TugasanTugasan seelok-eloknya mempunyai nilai sebenar, dan menyumbang kepada kefahamandan pengalaman pelajar. Tugasan yang tidak bermakna ialah tugasan yang tiada kaitandengan kursus dan hasilnya kurang berfaedah kepada pelajar. Tugasan yang diberikanbiarlah munasabah kepada pelajar dan dapat dilihat kekuatan akademiknya.

    Ada beberapa panduan untuk memberi tugasan:

    Tugasan perlu dirancang awal supaya apabila diberikan kepada pelajar, pelajar akanmudah memahaminya.

    Tugasan mengandungi arahan khusus tentang bagaimana untuk melakukannya.Jangkaan masalah yang akan timbul semasa membuat tugasan perlu dibincangkan.

    Beri masa kepada pelajar menyalin tugasan dan jangan beri tugasan dalam keadaantertekan.

    Minat pelajar kepada tugasan yang diberikan. Sejauh mana pelajar akan melakukantugasan itu bergantung kepada minat mereka.

    Soal pelajar sama ada mereka faham atau tidak tugasan itu dan beri masa pelajarmenyoal guru.

    Beri masa pelajar memulakan tugasan dalam kelas supaya jika ada masalah atausalah faham boleh dibincangkan.

    (d) Ulasan DiriUlasan ialah untuk guru merenung kembali proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Ini dilakukan setelah guru selesai sesuatu pengajaran. Dalam ruangan ini, guru menuliskekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga bolehmenulis perkara baru yang dilaksanakan dan diteliti setakat mana kejayaannya. Gurujuga boleh menulis strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi kelemahantersebut.

    Dari semasa ke semasa, guru perlu meneliti semula apa yang ditulis di dalam ruanganulasan diri dan perhatikan sama ada kelemahan telah diperbaiki. Ulasan diri juga bolehdigunakan oleh guru untuk melihat perkembangan diri mereka setelah beberapa minggumengajar. Guru juga boleh mengetahui aspek yang guru telah dikuasai dan apa yangmasih perlu dipelajari.

    Sila layari laman web http://www.samgoldstein.com/homework/index.htmluntuk mengetahui lebih lanjut tentang tugasan dan peranannya dalampembelajaran.

  • 86 OUM

    PENGAJARAN YANG BERKESAN TOPIK 5

    RUMUSAN

    Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan bagaimana hendak menjadi seorang guru yangberkesan. Untuk menjadi guru yang berkesan, ciri-ciri guru berkesan perlu difahami terlebihdahulu, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian kaedahmengajar, penglibatan pelajar dalam pengajaran, enthusiasm serta susunan dan kejelasan.Selain itu, untuk berjaya sebagai seorang guru, seseorang itu perlulah memahami pinsippengajaran dan pembelajaran, kurikulum sekolah, perlaksanaan kurikulum (seperti huraiansukatan pelajaran dan perancangan pengajaran), persediaan mengajar (seperti komponenpersediaan mengajar, penyampaian dan penutup). Aspek-aspek ini penting bagi mencapaikecemerlangan dalam proses pengajaran.

    GLOSARI

    Set Induksi Set Induksi merupakan orientasi fikiran dan perhatian yangdiwujudkan oleh guru untuk mengaitkan elemen-elemen tertentusebelum pengajaran dimulakan. Ia digunakan untuk menimbulkanminat pelajar, menimbulkan rasa ingin tahu, mengaitkan pelajaranyang lepas, menyediakan struktur sesuatu pelajaran danmenggalakkan penglibatan pelajar.

    Sukatan pelajaran Sukatan pelajaran adalah satu dokumen bertulis untuk sesuatu matapelajaran. Ia disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia.

    UJIAN 1

    Bincangkan lima ciri-ciri guru berkesan yang yang berupaya meningkatkan mutu pengajarandan pembelajaran.

    UJIAN 2

    Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Menagapakah ia penting untukmengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam pembentukankurikulum sekolah?