pdb sambut hari puja usia dpmm

15
PDB Sambut Hari Puja Usia DPMM Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Sempena Hari Polis Ke-93 Taklimat Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Bersama Penghulu dan Ketua Kampung JANUARI - APRIL 2014 NEWSLETTER, KELUARAN 41 KEAMANAN

Upload: lamdung

Post on 30-Dec-2016

329 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: pdb sambut hari puja usia dpmm

PDB Sambut Hari Puja Usia DPMMMembudayakan Profesionalisme dan Integriti Sempena Hari Polis Ke-93

Taklimat Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Bersama Penghulu dan Ketua Kampung

Januari - april 2014newsletter, Keluaran 41

K E A M A N A N

Page 2: pdb sambut hari puja usia dpmm

BERITA UTAMA4-5 PDB Sambut Hari Puja Usia

DPMM

6-7 Membudayakan Profesionalisme

dan Integriti Sempena Hari Polis

Ke-93

12-13 Taklimat Pemangku Timbalan

Pesuruhjaya Polis Bersama

Penghulu Mukim dan

Ketua Kampung

LATIHAN14-15 Program Latihan Wawasan Bersatu

16-17 Brunei Tangga Kedua Destinasi

Penyeludupan Manusia

KENAIKAN PANGKAT18-19 28 Pegawai PDB Dinaikkan

Pangkat dan Penetapan Pangkat

PENANDATANGANI KONTRAK20-21 PDB dan TelBru

Tandatangani Kontrak

Kerjasama

PELANCARAN22 Pelancaran Poster

Sempena Hari Polis Ke-93

TAMAT LATIHAN23 16 Pelatih Polis Tambahan

Tamat Latihan

UGAMA24 PDB Adakan Tahlil

Di Kubah Makam Diraja

25 PDB Adakan Doa Kesyukuran

Hari Puja Usia DPMM Ke-40

KEBAJIKAN26 Malam Penghargaan

Olahraga Ke-29 dan

Meraikan Pesara PDB

SUKAN27 PDB Anjurkan Kejohanan

Olahraga Ke-29

28 Cawangan ‘B’ Juara

Keseluruhan Rentas Desa PDB

KA

ND

UN

GA

N

PDB Sambut Hari Puja Usia DPMMMembudayakan Profesionalisme dan Integriti Sempena Hari Polis Ke-93

Taklimat Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Bersama Penghulu dan Ketua Kampung

Januari - april 2014newsletter, Keluaran 41

K E A M A N A N

6-74-5 22

Page 3: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI4 5

BERITA UTAMA

PDB SamButHari Puja uSia DPmm

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Timbalan Inspektor Jeneral Polis dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-40 Tahun, berlangsung pada Selasa, 18 Februari 2014, di Mess Pegawai Polis, Gadong.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Tenaga di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Omar dan Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor. Kemudian, DYTM dan YTM berkenan bagi sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berserta isteri dan dikuti dengan menandatangani lembaran keberangkatan.

Bagi menyerikan lagi majlis berkenaan, persembahan koir disembahkan oleh pegawai-pegawai lelaki dan wanita PDB yang diiringi oleh Pancaragam PDB dengan menyanyikan lagu 'Selamat Puja Usia'.

Kemuncak majlis, DYTM berkenan memotong kek Hari Puja Usia DYTM Ke-40 Tahun dan disusuli dengan penyampaian pesambah ke hadapan majlis DYTM yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis bagi mewakili para pegawai-pegawai PDB bagi melambangkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan DYTM.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dan YTM berkenan beramah mesra dan seterusnya menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai PDB.

DYTM diputerakan pada 17 Februari 1974, dan telah diperkenankan dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis pada 5 Mei 2005.

Hadir di majlis itu, Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM serta para pegawai kanan PDB.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan memotong kek puja usia ke-40 tahun dengan disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor serta Datin Rosminah binti Haji Abd. Hamid.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menerima pesambah dari Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik menerima junjung ziarah daripada para pegawai PDB.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 4: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI6 7

memBuDayakan ProfeSionaliSme Danintegriti SemPena Hari PoliS ke-93

BERITA UTAMA

Membudayakan profesionalisme dan Integriti pasukan adalah jangkaan masyarakat terhadap setiap lapisan warga pasukan polis di mana pun mereka bertugas.

Dalam membudayakan semangat kerja yang bersandarkan sifat profesionalisme lagi berintegriti, setiap pegawai dan anggota hendaklah mempunyai ciri-ciri bertanggungjawab, pemudlian dan prihatin serta mengamalkan sifat jujur, adil dan saksama, jelas Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor semasa berucap di Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-93 yang berlangsung pada Rabu, 15 Januari, 2014 bertempat di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis Gadong.

Pesuruhjaya Polis turut menegaskan agar pengarah-pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai menguasa balai supaya akan sentiasa memeduli kebajikan semua anggota dibawah jagaan masing-masing dan mendengar apa jua keluhan, aduan ataupun masalah-masalah khususnya berhubung dengan tugas-tugas harian dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

Katanya, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai menguasa balai hendaklah sentiasa bersikap profesional dan berintegriti serta mengambil jalan yang terbaik tanpa memandang perhubungan keluarga, pangkat atau rakan karib.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor sedang memberi ucapan di Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-93 bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Dengan adanya sikap sedemikian, pegawai-pegawai dan ahli-ahli dibawah jagaan masing-masing akan lebih selesa dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian mereka dengan sempurna dan teratur. Dengannya, prestasi pasukan akan dapat dipertingkatkan sesuai dengan kehendak masyarakat yang mengharapkan sebuah pasukan polis yang berwibawa dan boleh diharapkan dalam menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

Dato Seri Pahlawan Bahrin juga percaya bahawa setiap warga Pasukan Polis Diraja Brunei yang dilantik adalah tergolong daripada mereka-mereka yang membudayakan profesionalisme dan integriti pasukan. Dari itu, setiap lapisan masyarakat polis daripada pegawai-pegawai kanan sehinggalah polis-polis tambahan di peringkat bawahan haruslah memahami bahawa tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendukung semangat profesionalisme dan integriti pasukan akan sentiasa dicabar.

Oleh itu, setiap anggota hendaklah sentiasa menjaga disiplin, beringat dan memberi teguran kepada mereka-mereka yang lupa supaya budaya profesionalisme dan integriti akan terus menjadi pedoman setiap warga pasukan, jelas beliau lagi.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepujian kepada mereka yang telah memberikan kerjasama padu kepada pihak polis antara yang menerima sijil-sijil berkenaan ialah dari jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Biro Kawalan Narkotik dan orang awam.

Sijil-sijil diberikan adalah untuk menghargai mereka yang telah berjasa dalam sama-sama menjaga keamanan negara serta sama-sama memastikan keselamatan di Negara Brunei Darussalam sentiasa terjamin selamat dan tenteram.

Pada Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-93 hari ini telah disertai 15 kontinjen mengandungi seramai 1,000 anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dengan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong selaku Pegawai Pemerintah Perbarisan Hari Polis Ke-93, 2014 Penguasa Polis (Superintendent) Hussaini bin Haji Matzain.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menaiki kenderaan khas bagi memeriksa kontinjen-kontinjen pasukan yang terlibat dalam Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-93 Tahun.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menyampaikan sijil kepujian kepada salah seorang pegawai PDB yang menerima di majlis tersebut.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 5: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI8 9

TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

tekS ucaPan PeSuruHjaya PoliS

SemPena Hari PoliS ke-93

Bismillahir Rahmannir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil MursaleenSayyidinaa Muhammadin, Wa’alaa ‘Alihie Wasahbihee Ajma’een.

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, Kerabat-Kerabat Baginda, para-para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Yang Mulia, ACP Haji Mohd Don bin Haji Harith, Pengarah Jabatan Perisikan Jenayah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Hari Polis Ke-93 bagi Tahun 2014.

Yang Mulia, Pemangku DCP Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Yang Berhormat, Yang Dimuliakan dan Yang Mulia Mantan-Mantan Pesuruhjaya Polis.

Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai dan Ahli-Ahli Pangkat Rendah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei serta jemputan yang Peramba/ Kaola/ Saya hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita bersyukur kehadrat Allah Subahanahu Wata’ala di atas limpah rahmat dan inayah-Nya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Polis Ke-93 Tahun. Di kesempatan ini, Peramba/ Kaola/ Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-93 sempena Tahun Baru Masehi 2014 kepada semua warga Pasukan Polis Diraja Brunei yang hadir pada pagi ini dan juga yang sedang bertugas diseluruh pelusuk negara pada ketika ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sepanjang Tahun Masehi 2013, kita telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan jayanya. Kita bersyukur bahawa Persidangan dan Mesyuarat ASEAN telah berjalan dengan lancar dalam suasana aman dan selamat. Peramba/ Kaola/ Saya percaya, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa komitmen dan pengorbanan yang tinggi khususnya dari segi masa, buah fikiran dan tenaga bagi setiap warga polis yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Di kesempatan ini juga, Peramba/ Kaola/ Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas perpaduan kerjasama Agensi-Agensi Keselamatan, Agensi-Agensi Kerajaan, Agensi-Agensi Bukan Kerajaan dan orang-orang awam yang telah menyumbang kepada keamanan dan keselamatan sepanjang Persidangan dan Mesyuarat ASEAN Tahun lepas.

Menyentuh laporan jenayah sepanjang tahun 2013, sebanyak 3,546 kes jenayah Harta Benda telah dilaporkan berbanding dengan 3,152 kes yang dilaporkan pada tahun 2012.

Peningkatan kes jenayah Harta Benda terutama sekali kes-kes curi dan curi kenderaan adalah penyumbang utama peningkatan kes-kes kesalahan terhadap harta benda yang diterima oleh pihak polis. Berhubung kes-kes curi, kehilangan telefon bimbit (mobile phone) dan peralatan elektronik seperti komputer riba adalah merupakan barangan sasaran utama penjenayah. Dari itu, adalah mustahak bagi orang awam supaya akan sentiasa berwaspada daripada menjadi mangsa jenayah ‘opportunistic’ ini. Insya Allah dengan menyimpan harta benda di tempat yang selamat dan menggunakan aplikasi-aplikasi pengesan peralatan elektronik yang berkesan, kes-kes curi besar kemungkinan akan berkurangan. Pada masa yang sama, Peramba/ Kaola/ Saya ingin menyeru kepada orang ramai supaya akan terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan sikap pemedulian sesama jiran dalam memastikan keadaan sekeliling aman dan tenteram. Hanya dengan perpaduan dan silatulrahim yang erat diantara jiran-tetangga, sebarang aktiviti jenayah dan apa jua kegiatan yang negatif akan dapat dicegah dengan lebih berkesan.

Berhubung dengan kes-kes kemalangan jalan raya sebanyak 32 kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2013. Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4 orang mangsa berbanding sepanjang tahun 2012. Hasil siasatan menunjukkan bahawa penyebab utama adalah pemandu-pemandu gagal mematuhi had-had laju dan tidak mengikut peraturan-peraturan lalulintas. Dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, Pasukan

Polis Diraja Brunei akan terus meningkatkan operasi-operasi kawalan had laju dan sekatan jalan raya. Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei juga akan terus mendokong usaha Majlis Keselamatan Jalan Raya dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan pengguna jalan raya bagi memastikan jalan raya di Negara Brunei Darussalam adalah ditahap yang selamat dan selesa. Di kesempatan ini adalah diharapkan pengguna-pengguna jalan raya akan sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya. Agar secara kebersamaan ini akan dapat menurunkan kadar kemalangan dimasa akan datang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Baru-baru ini, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menandatangani perjanjian untuk meningkatkan keupayaan sistem perhubungan yang akan meningkatkan ‘inter-operability’ pasukan dalam usaha kita meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan adanya Sistem Komunikasi Digital Kebangsaan (NDCS) yang baru ini nanti, Peramba/ Kaola/ Saya yakin bahawa ‘Response Time’ kita akan bertambah baik disamping meningkatkan keupayaan untuk mencegah jenayah dengan adanya integrasi CCTV dan penghantaran ‘First Responder’ yang akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian. Selain daripada itu, Peramba/ Kaola/ Saya juga berharap agar Sistem Komunikasi Digital Kebangsaan ini nanti akan mampu meningkatkan perhubungan dan integrasi bersama Agensi-Agensi Kecemasan ‘In Real Time’ dalam usaha kita menghadapi sebarang kejadian yang perlu ditangani bersama.

Di masa yang sama, Pasukan Polis Diraja Brunei akan terus berusaha untuk meningkatkan keberadaan Polis (Police Visibility) di tempat-tempat strategik dan yang kerap berlakunya kejadian jenayah. Rondaan-rondaan di tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai ‘hot spot’ akan dipertingkatkan dengan melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dan dibantu oleh unit-unit khas di dalam Pasukan Polis Diraja Brunei. Dari itu, adalah mustahak bagi orang ramai akan terus memberi bantuan dan sokongan untuk sama-sama merealisasikan hasrat Pasukan Polis Diraja Brunei untuk mengwujudkan persekitaran yang aman dan selamat khususnya di kawasan kediaman mereka dan Negara Brunei Darussalam amnya.

Dalam hubungan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei akan terus berusaha meningkatkan pembabitan orang awam dalam ‘Community Partnership’. Kita akan meneliti kembali sistem kejiranan kampung yang sedia ada dengan membuat susulan untuk memberi lebih ruang kepada Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Penguasa-Penguasa Balai Polis untuk mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk meningkatkan hubungan silaturahim bersama penduduk-penduduk kampung dan penduduk-penduduk setempat.

Dikesempatan ini, Peramba/ Kaola/ Saya juga ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada orang-orang awam yang telah banyak memberi maklumat sehingga tertangkapnya pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

“Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan” adala expektasi masyarakat terhadap setiap lapisan warga pasukan di mana pun mereka bertugas. Dalam kita membudayakan semangat kerja yang bersandarkan sifat profesionalisme lagi berintegriti setiap pegawai dan anggota hendaklah mempunyai ciri-ciri bertanggungjawab, pemedulian dan prihatin serta mengamalkan sifat jujur, adil dan saksama.

Sukacita diingatkan kepada Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Menguasa Balai supaya akan sentiasa memeduli kebajikan semua anggota-anggota di bawah jagaan masing-masing dan mendengar apa jua keluhan, aduan ataupun masalah-masalah khususnya berhubung

dengan tugas-tugas harian, dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Menguasa Balai hendaklah sentiasa bersikap professional dan berintegriti serta mengambil jalan yang yang terbaik tanpa memandang perhubungan keluarga, pangkat dan rakan karib.

Insya Allah dengan adanya sikap sedemikian, pegawai-pegawai dan ahli-ahli di bawah jagaan masing-masing akan lebih selesa dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian mereka dengan sempurna dan teratur. Dengannya, Insya Allah prestasi Pasukan akan dapat dipertingkatkan sesuai dengan kehendak masyarakat yang mengharapkan sebuah Pasukan Polis yang berwibawa dan boleh diharapkan dalam menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

Peramba/ Kaola/ Saya percaya setiap warga Pasukan Polis Diraja Brunei yang dilantik adalah tergolong daripada mereka-mereka yang membudayakan profesionalisme dan integriti pasukan. Dari itu, setiap lapisan masyarakat polis daripada pegawai-pegawai kanan sehinggalah polis-polis tambahan di peringkat bawahan haruslah memahami bahawa tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendokong semangat profesionalisme dan integriti pasukan akan sentiasa dicabar. Dari itu, kita hendak sentiasa menjaga disiplin, beringat dan memberi teguran kepada mereka-mereka yang lupa supaya budaya profesionalisme dan integriti akan terus menjadi pedoman setiap warga pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan pada pagi ini, Peramba/ Kaola/ Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Pengerusi Majlis Sambutan Hari Polis Ke-93 Tahun dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang terlibat sama dalam menjayakan Sambutan Hari Polis pada tahun ini. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada Pegawai Pemerintah Perbarisan serta semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian pada perbarisan pagi ini kerana memperlihatkan mutu perbarisan yang cekap dengan penuh bersemangat.

Di samping itu, Peramba/ Kaola/ Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Mantan-Mantan Pesuruhjaya Polis dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis turut sama meraikan Hari Polis pada tahun ini. Sokongan padu ini sekali lagi menunjukkan bahawa jiwa dan raga p olis akan terus mengalir dihati bekas-bekas Polis yang telah lama dan akan terus berbakti kepada negara. Peramba/ Kaola/ Saya mendoakan semoga semua yang hadir pada pagi ini, dan juga keseluruhan anggota pasukan akan sentiasa diberikan kesihatan yang berterusan dan kebahagian bersama keluarga tersayang, Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor sedang memberi ucapan di Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke-93.

Page 6: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI10 11

PERSONALITI

Media Polis ‘KEAMANAN’ bagi keluaran 41, 2014 telah memilih salah seorang pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei iaitu Timbalan Pengarah Jabatan

Logistik, Senior Superintendent ( Penguasa Kanan ) Pengiran Mohd. Jefri bin Pengiran Haji Abd. Hamid.

Penguasa Kanan Pengiran Mohd. Jefri bin Pengiran Haji Abd. Hamid (48 tahun) berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Brunei pada 01 Julai 1995 dengan mempunyai pendidikan M.Sc in Global Security & Policing, University of Leicerster, United Kingdom dan B. Eng in Electronic & Communication, University of North London, United Kingdom.

Sejak mula berkhidmat, beliau berpangkat P/ASP (Penolong Penguasa Polis Percubaan) pada 1995 hingga 1998. Kemudian ditetapkan pangkat Penolong Penguasa Polis pada 1998 hingga 2001. Kenaikan pangkat Ag.DSP (Pemangku Timbalan Penguasa Polis) pada 2001 dan ditetapkan pangkat Timbalan Penguasa Polis pada 2001 hingga 2008).

Kenaikan pangkat beliau seterusnya pada 2008 menjadi Ag.Superintendent (Pemangku Penguasa Polis) dan ditetapkan pangkat pada

2008 hingga 2012 menjadi Penguasa Polis. Selepas itu dinaikkan pangkat pada 2012 hingga sekarang menjadi Senior Superintendent ( Penguasa Kanan Polis).

Sementara itu Penguasa Kanan Pengiran Mohd. Jefri mula bertugas selepas dari Pusat Latihan Polis ke Jabatan Logistik pada 1996 hingga 1998. Seterusnya beliau ditukarkan ke Daerah Polis Brunei dan Muara menjadi DTO Brunei ‘Pegawai Penyiasat Trafik Brunei’ pada 1998 hingga 1999. Lepas itu pindahkan ke Jabatan Logistik sebagai Ketua Perhubungan pada 1999 hingga 2006.

Kemudian pada 2006 hingga 2008, beliau dipindahkan ke Daerah Polis Berakas sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Berakas. Lepas itu dipindahkan ke Jabatan Urusetia Pesuruhjaya Polis sebagai Ketua Urusetia Pesuruhjaya Polis pada 2008 hingga 2010. Seterusnya kembali ke Jabatan Logistik sebagai Ketua Unit Teknologi Maklumat pada 2011.

Pada 2011 hingga 2012, beliau ditukar tempat bertugas ke Jabatan Logisitik sebagai Pemangku Pengarah Jabatan Logistik dan pada 2012 hingga sekarang beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah

Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor selaku tetamu kehormat hadir di Majlis Ceramah Perancangaan Kewangan yang dianjurkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli-ahli pangkat rendah PDB di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong.

Pemangku PengaraH

jaBatan logiStik,Senior SuPerintenDent

Pg. moHD. jefri Bin Pg. Haji aBD. HamiD

Jabatan Logistik.

Sepanjang beliau bertugas dengan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang ada, beberapa kursus dan seminar beliau menghadirinya seperti :

1. 7th ASEANAPOL Database Technical Committe Meeting, Brunei - 1997;2. Stress Management, IPA, Brunei – 1998;3. Acceptance Test of HF Radio, Western Australia – 2001;4. Anti-Terrorism Assistance Training Programme, Brunei Vital Installation Security, Georgia, USA – 1999;5. Seminar Kepimpinan dan Forum Belia 1999, SEAMEO VOCTECH, Brunei – 1999;6. Management Training Course: Effective Police Planning, PHQ – 2000;7. Kursus The Olympic Solidarity Sports Administration Program – 2000;8. Security Asia 2001/ Fire, Safety & Rescue 2001, Singapore 2001;9. Working Visit – Rapid Scan X-Ray Machine, Singapore 2001;10. Live Demonstration on Emergency Response System, Hong Kong 2002;11. Factory Inspection & Tour, Singapore 2002;12. The Supply, Delivery, Testing, Commissioning & Training of Radar Speed Measuring Equipment for RBPF, Germany – 2003;13. International on Public Technology Summit, Singapore – 2003;14. Safety & Security Asia 2003, Singapore – 2003;15. The Supply, Delivery, Testing, Commissioning & Training of Repeater for the RBPF, Sydney, Australia – 2003;16. The Supply, Delivery, Testing, Commissioning & Training of HF Manpack & Base Station Radio, Indonesia – 2004;17. A) Bengkel Kaunseling, b) Kursus Penilaian Prestasi, Pusat Pembelanjaran Berterusan Polis, di Polis Kawalan Diraja, Beribi – 2004;18. Factory Acceptance Test (FAT)Taintenance Training for Supply, Delivery, Testing, Commissioning & Training of Hand Held Thermal Imaging Equipment for Marine Police Patrol Boat of RBPF, Singapore – 2004;19. Working Visit to Dubai, Bahrain, Finland, Hong Kong, Korea and Singapore – 2004;20. Working Visit to Jakarta 911 Control Centre (POLRI), Indonesia – 2004;21. Course on Infrared Thermal Imaging Thermal-Eye 250D Miltrade Technologies PTE LTD, Singapore – 2004;22. Kursus Komputer Microsoft Powerpoint – 2005;23. Working Visit for Testing of Handheld Thermal Imager & Night Vision Binoculars, Singapore – 2005;24. To Supply, Install, Testing, Commissioning & Training of RBPF Command Vehicle Equipment & Accessories Maintenance Training, Singapore – 2006;25. Bengkel Kumpulan Kerja Cemerlang Bagi Fasilitator, IPA – 2007;26. Maritime Domain Awareness (MDA) Informational Seminar, Empire Hotel, Brunei – 2008;27. Meeting of ASEAN Senior Police Officer

(ASEANAPOL), Hanoi, Vietnam – 2009;28. 79th Annual Meeting of INTERPOL, Doha, Qatar – 2010;29. 5th INTERPOL-ASEANAPOL Database System Integration Working Group Meeting cum Full Electronic ASEANAPOL Database System (E-ADS), Pattaya, Thailand – 2010;30. 2rd Working Group Meeting of Tripartite Police Forces on Standard Operational Procedure, KL, Malaysia – 2010;31. 6th INTERPOL-ASEANAPOL Database System Integration Working Group Meeting, Phuket, Thailand – 2011;32. 25th ASEANAPOL database System Technical Committee Meeting, Vientiane, Lao PDR – 2011;33. 26th ASEANAPOL Database System Technical Committee Meeting, Manila, Philippines – 2011;34. i) The Art Project Management & Project Leadership Workshop The Empire Hotel, Brunei 2011, ii) Mastering the Art of Project Management Workshop Radisson Hotel, Brunei – 2011;35. Communicasia 2012 – The 23rd International Communication and Information Technology Exhibition and Conference Republic Singapore – 2012;36. Project Management Professional (PMP) for Project Manageers IPA, Brunei – 2013;37. Modernisation of Brunei International Airport Terminal Factory Acceptance Test For Baggage Handling System (BHS) And Hold Baggage Screening (HBS) System Amsterdem, Netherlands dan Frankfurt, Germany serta Singapore – 2013;38. Communic Asia 2013 – The International Communication and Information Technology Exhibition and Conference Republic Singapore – 2013; dan39. Resolving Conflicts Within the Organisation Course Civil Service Institute Brunei – 2013.

Pingat yang diperolehi oleh beliau ialah :

1) Pingat Perkhidmatan Polis setelah berkhidmat satu tahun pada 1997;2) Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) pada 2007;3) Pingat Kerja Lama Polis (P.K.L.P) pada 2009;4) Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B)

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 7: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI12 13

BERITA UTAMA

taklimat Pemangku timBalan PeSuruHjaya PoliS

BerSama PengHulu mukim Dan ketua kamPung

Dalam Sesi Pertama Perjumpaan dan Taklimat Bersama Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis telah dihadiri seramai 89 penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Brunei dan

Muara dalam sesi taklimat mengenai tujuan penubuhan Pengawasan Kejiranan Kampung (PKK) serta peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan selaku teras kepimpinan akar umbi.

Taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Mohd. Shah Al-Islam yang berlangsung pada Isnin, 20 Januari 2014, bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong.

Menurut Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, PKK adalah satu pertubuhan sukarelawan yang dianggotai oleh anak-anak buah kampung, satu pendekatan melibatkan orang ramai dalam sama-sama mencegah dan membanteras jenayah di kampung mereka.

Katanya, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara orang awam dengan Pasukan Polis Diraja Brunei yang dilihat sebagai rakan dalam sama-sama memelihara keamanan dan keselamatan.

Di samping itu, perjumpaan juga memberi peluang kepada penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung menyuarakan tentang permasalahan yang berhubung kait dengan jenayah dan isu-isu atau gejala-gejala sosial yang sedang dihadapi oleh anak-anak buah kampung di bawah pentadbiran dan jagaan masing-masing, jelasnya.

Antara yang hadir dalam sesi taklimat itu ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji A.

Ahmad bin Husain, yang juga Penghulu Mukim Berakas 'A' dan Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Mohd. Daud bin Karim, Ketua Kampung Belimbing.

Turut memberikan penjelasan mengenai persoalan yang dikemukakan oleh penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung ialah Ketua Pejabat Urusetia Pesuruhjaya Polis, Penguasa Polis Sharazuddin bin Haji Masri dan Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Penguasa Pengiran Haji Muhammad bin Haji Metali.

Di destinasi kedua perjumpaan dan taklimat kepada 15 penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Temburong bersama Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis pada, Rabu, 29 Januari 2014, di Pejabat Daerah Temburong.

Perjumpaan itu merupakan usaha Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) untuk menekankan tentang kepentingan sikap pemedulian dan rasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam sama-sama mengekalkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan hidup di Negara Brunei Darussalam ini.

Beliau menerangkan tentang kepentingan PKK selaku pertubuhan sukarelawan yang dianggotai oleh anak-anak buah kampung di mana ianya bukan sahaja satu pendekatan yang melibatkan orang ramai sama-sama mencegah dan membanteras jenayah di kampung mereka masing-masing tetapi juga boleh mengeratkan lagi hubungan kerjasama orang awam dengan PDB.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis menjelaskan tentang peri mustahaknya tanggungjawab orang ramai dalam sama-sama menjaga keamanan dan keselamatan serta mencegah jenayah dengan memberi kerjasama kepada PDB dengan memberi atau menyalurkan maklumat kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.

Turut hadir memberi penjelasan tentang persoalan yang telah dikemukakan oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung adalah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penguasa Polis Husaini bin Haji Matzin.

Di Daerah Belait merupakan destinasi ketiga dalam sesi perjumpaan dan taklimat Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis bersama 16 penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung sebagai platform membincangkan permasalahan berhubung kait dengan jenayah dan isu sosial yang dihadapi di kampung masing-masing.

Perjumpaan ini merupakan usaha PDB dalam menekankan kepentingan sikap pemedulian dan rasa bertanggungjawab ke atas keselamatan setempat bagi sama-sama mengekalkan keamanan dan kesejahteraan hidup kepada penghulu mukim dan ketua kampung selaku pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis dalam taklimatnya pada 5 Mac 2014 bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait menerangkan tentang kepentingan PKK selaku pertubuhan sukarelawan yang dianggotai oleh anak-anak buah kampung bukan sahaja sebagai

pendekatan yang melibatkan orang ramai dalam sama-sama mencegah dan membanteras jenayah di kampung masing-masing tetapi juga boleh mengeratkan lagi kerjasama orang awam dengan PDB.

Peranan penghulu dan ketua kampung sangat diharapkan dan sentiasa dihargai dalam memberi bantuan dan kerjasama ke arah menangani isu-isu sosial dan membanteras kegiatan jenayah.

Turut memberi penjelasan mengenai persoalan yang dikemukakan oleh penghulu dan ketua kampung ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Zainal Abidin bin Pengiran Haji Mohd. Yassin dan Ketua Urusetia Pesuruhjaya Polis, Penguasa Kanan Sharazuddin bin Haji Masri.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam bergambar ramai bersama penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Brunei dan Muara dan juga pegawai-pegawai kanan PDB bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam memberi taklimat bersama penghulu mukim dan ketua kampung bertempat Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan PDB.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam mengadakan taklimat bersama penghulu mukim dan ketua kampung di Daerah Temburong.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 8: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI14 15

LATIHAN

BertinDak Secara BerSePaDu

DiProgram latiHan WaWaSan BerSatu

KENAIKAN PANGKAT

Agensi-agensi penguat kuasa yang terlibat diseru memastikan bahawa mereka perlu mengetahui rangkaian pemerintahan (chain of

command) di jabatan masing-masing kerana menerusi rangkaian itu akan membawa kepada kawalan dan perintah yang teratur terutama dalam memastikan keselamatan serta kejayaan operasi.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam selaku teamu kehormat majlis menyeru semasa memberi ucapan di Perasmian Latihan Wawasan Bersatu (table top exercise) yang berlangsung pada Isnin, 17 Februari 2014 di Mes Pegawai Pasukan Polis

Diraja Brunei (PDB), Gadong.

Beliau juga menekankan supaya akan bertindak secara bersepadu dan bukan secara individualistik kerana ianya akan menjejaskan sebarang kejayaan dalam apa jua operasi.

Seramai 150 peserta dari 10 buah agensi yang menyertai program selama sehari tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan interoperability pelbagai prosedur di peringkat kebangsaan dan juga untuk memberi cadangan serta input strategik dalam pelan tindakan kecemasan dan membuat persiapan dalam sama-sama menjaga keselamatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei

Darussalam Ke-30 Tahun 2014.

Latihan itu juga dihasratkan untuk meningkatkan perintah, kawalan, komunikasi dan mekanisme penyelarasan dalam konteks awam tentera, penyelarasan yang lebih berkesan dalam menggerakkan sumber-sumber daripada kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan di bawah satu sistem arahan kecemasan serta untuk meningkatkan mekanisme bencana yang melibatkan pelbagai kumpulan pihak-pihak berkepentingan termasuk kerajaan, masyarakat dan sektor swasta.

Latihan itu membawa tema Memperkukuhkan Kerjasama dan Perkongsian Sebagai Tindak Balas Bencana Demi Kepentingan Bersama.

Selesai perasmian tersebut, tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyampaian Manual Rujukan Pelan Tindakan Kecemasan kepada 10 wakil agensi kecemasan berkenaan.

Antara agensi yang terlbiat terdiri daripada Pusat Pengurusan Bencana Antara agensi yang terlibat terdiri daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Perkhidmatan Perubatan; Jabatan Pembangunan Masyarakat; Jabatan Belia dan Sukan; Jabatan Penyelidikan Brunei; Jabatan Markas Angkatan Bersama; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Jabatan Penerangan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam memberi ucapan di Majlis Perasmian Latihan Wawasan Bersatu (Table-top Exercise) bertempat di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Gadong.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menyampaikan sijil kepada peserta dengan disaksikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan, Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Abd. Wahid bin Haji Yahya.

Page 9: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI16 17

TAKLIMAT JAWATANKUASA AdHoc

Brunei Tangga keDua DeStinaSi

PenyeluDuPan manuSia

Ke arah sama-sama membantu menangani isu penyeludupan manusia ke negara ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan

kerjasama beberapa agensi penguat kuasa dan kerajaan telah mengadakan satu taklimat menyenai Penyeludupan Manusia (Trafficking in Person – TIP) yang disampaikan kepada wakil-wakil daripada diplomat asing di negara Brunei Darussalam.

Taklimat yang diselenggarakan oleh Jawatankuasa AdHoc bagi Penyeludupan Manusia itu dikelolakan oleh PDB yang berlangsung pada Selasa, 28 Januari 2014 di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Gadong.

Jawatankuasa AdHoc yang terdiri daripada beberapa perwakilan daripada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Peguam Negara, PDB, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh yang mana PDB adalah sebagai agensi utamanya.

Taklimat merupakan satu platform bagi mengumpul dan mempertemukan wakil-wakil dari diplomatik asing di negara ini bersama Jawatankuasa AdHoc bagi Penyeludupan Manusia untuk sama-sama menangani isu tersebut dengan langkah yang selarasnya.

Di samping perkongsian perundangan Negara Brunei Darussalam mengenai penyeludupan manusia, perbezaan antara penyeludupan dan pemerdagangan manusia, maklumat mengenai Jawatankuasa AdHoc, tanda-tanda orang yang diseludup, serta bagaimana Kedutaan asing di Negara Brunei Darussalam boleh membantu mangsa yang diseludup.

Sementara itu, JAPEM juga mengongsikan maklumat mengenai rumah-rumah kebajikan, kemudahan, perkhidmatan dan program-program yang disediakan bagi mangsa-mangsa termasuk mangsa penyeludupan manusia.

Hadir pada taklimat tersebut ialah

wakil-wakil daripada diplomat asing negara anggota ASEAN ke Negara Brunei Darussalam termasuk Suruhanjaya Tinggi Australia, Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh, Kedutaan Republik Rakyat China, Suruhanjaya Tinggi India, Kedutaan Republik Islam Iran, Suruhanjaya Tinggi Pakistan dan Kedutaan Amerika Syarikat.

Poster-poster dan senarai semak (checklist) TIP mengenai pengenalan mangsa telah pun diedarkan kepada pihak-pihak berkuasa termasuk wakil-wakil daripada diplomat asing bagi meningkatkan kesedaran awam dan membantu diplomat asing dan mangsa yang berpotensi untuk mengenal pasti unsur-unsur penyeludupan manusia termasuk di mana untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

Negara Brunei Darussalam dilihat sebagai destinasi bagi mangsa penyeludpan manusia yang mana dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh jabatan bagi Penyeludupan Manusia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa negara kita adalah pada tangga kedua.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penguasa Polis (Superintendent) Jofri bin Haji Mohammad Basiuni @ Radin Jofri bin Radin Mas Basiuni selaku tetamu kehormat menghadiri satu taklimat mengenai Penyeludupan Manusia yang disampaikan kepada wakil-wakil daripada diplomat asing di negara Brunei Darussalam yang bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong

salah seorang anggota PDB menyerahkan poster dan senarai semak (checklist) TIP mengenai pengenalan mangsa kepada salah seorang penerima dari wakil diplomat asing di negara Brunei Darussalam yang bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Page 10: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI18 19

KENAIKAN PANGKAT

28 PegaWai PDB Dinaikkan Pangkat Dan PenetaPan Pangkat

Seramai 28 pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah dinaikkan pangkat atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hadir menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat dan juga selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor kepada para penerima yang berlangsung pada Rabu, 12 Februari 2014 di Mes Pegawai Polis, Gadong.

Di majlis kenaikan pangkat itu, seramai 14 pegawai telah dinaikkan pangkat dan 14 pegawai lagi ditetapkan dalam pangkat.

Kenaikan pangkat kepada Penolong Pesuruhjaya Polis diberikan kepada Penguasa Kanan Polis Azahari bin Haji Awang Besar dan Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Mohd. Roslin bin Pengiran Haji Bakar.

Manakala kenaikan pangkat ke Penguasa Kanan Polis diterima oleh empat pegawai iaitu Penguasa Polis Sharazuddin bin Haji Masri, Ketua , Penguasa Polis Dinah binti Amat Daud, Penguasa Polis Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali dan Penguasa Polis Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Seterusnya Penerima kenaikan pangkat ke Penguasa Polis pula diberikan kepada dua pegawai iaitu Timbalan Penguasa Polis Haji Muhammad Azrie bin Haji Talip dan Timbalan Penguasa Polis Haji Khairur Rijal bin Haji Abu Salim.

Kenaikan pangkat ke Pemangku Penguasa Polis diterima oleh Timbalan Penguasa Polis Ariffin bin Jafaruddin, Timbalan Penguasa Polis Mazalan bin Awang Yaakub dan Timbalan Penguasa Polis Hajah Dayang binti Haji Omar.

Penolong Penguasa Polis Hamydon bin Ibrahim, Penolong Penguasa Polis Handrie bin Amin dan Penolong Penguasa Polis Haji Mahran bin Haji Ahmad dinaikkan pangkat ke Pemangku Timbalan Penguasa Polis.

Sementara itu Pemangku Penguasa Polis Sulaiman bin Alidin, Pemangku Penguasa Polis Haji Mohd. Fiadzillah bin Haji Ismail, Pemangku Penguasa Polis Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Penguasa Polis Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd. Saifullah bin Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris telah ditetapkan pangkat sebagai Penguasa Polis.

Seterusnya Penetapan Timbalan Penguasa Polis ialah Pemangku Timbalan Penguasa Polis Zainuddin bin Haji Daud, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Mohd. Noorani bin Hussin, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Haji Azree bin Haji Abd. Manaf/Munap, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Zaila binti Haji Zaini, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Suhairi bin Haji Sukri, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Hajah Norputemah binti Haji Puteh, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Haji Abd. Aji bin Haji Apong dan Pemangku Timbalan Penguasa Polis Hajah Rosnie binti Haji Ali.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua unit dan formasi dan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai polis serta ahli keluarga kepada para penerima.

Sebelum acara dimulakan, bacaan Surah Al-Faatihah telah dibaca oleh Penolong Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Koperal 6472 Mohd. Yusri bin Haji Abu Bakar dan doa selamat juga dibacakan setelah selesai penyampaian kenaikan pangkat tersebut.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor memasang pangkat di bahu Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Mohd. Roslin bin Pengiran Haji Bakar ke Penolong Pesuruhjaya Polis bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menyampaikan surat penetapan pangkat kepada Pemangku Penguasa Polis Sulaiman bin Alidin di Majlis Kenaikan Pangkat Dan Penetapan Pangkat Bagi Pegawai-Pegawai PDB di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 11: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI20 21

MENANDATANGANI KONTRAK

PDB Dan telBru tanDatangani kontrak kerjaSama

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan kerjasama Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak ‘The Design, Supply, Delivery, Installation, Testing,

Training, Commissioning and Maintenance of the National Digital Communication System (NDCS) with Related Hardware and Software’ bagi PDB yang berlangsung pada Khamis, 19 Disember 2013 di Rizqun Hotel di Mall, Gadong.

Menandatangani kontrak tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, PDB, Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd. Irwan bin Haji Hambali sementara pihak TelBru diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TelBru, Yang Mulia David Michael Kay.

Kedua-dua penandatanganan tersebut disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang

Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Terdahulu sebelum itu, Pemangku Pengarah Logistik selaku Timbalan Pengarah Logistik, Yang Mullia Penguasa Kanan Polis Pengiran Mohd. Jefri bin Pengiran Haji Abd. Hamid selaku Pengerusi Majlis menjelaskan PDB telah memulakan program perancangan strategik sejak 2007 - 2016 bagi melaksanakan Teknologi Info-Komunikasi (ICT) yang komprehensif dan intensif dalam meningkatkan keupayaan semasa operasi di masa hadapan.

Beliau berkata, penandatanganan ini adalah hasil daripada inisiatif-inisiatif perancangan strategik yang mana inisiatif tersebut akan meningkatkan lagi proses perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dan mengharapkan ianya akan menyediakan serta memenuhi masyarakat dengan perkhidmatan yang lebih baik

“Dengan sistem yang dicadangkan akan menggantikan sistem tenaga kerja yang intensif/manual dengan teknologi

ICT berkenaan akan mewujudkan lagi satu kaedah yang cekap dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai di dalam keadaan kecemasan dan membolehkan mereka berada di tempat kejadian atau krisis berlaku,” ujar beliau.

Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati dengan pelaksanaan dan prosedur sistem perkhidmatan yang baru tersebut dalam meningkatkannya dan bukan untuk memburukkan lagi keadaan, jelas beliau lagi.

Majlis kemudiannya diserikan dengan menyaksikan satu tayangan video mengenai sistem berkenaan dan juga alat-alat perhubungan yang dipamerkan di majlis tersebut.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Kerjasama Di Antara PDB dan TelBru.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menyaksikan peralatan perhubungan dengan diberi taklimat oleh pegawai Syarikat yang terlibat dalam pameran tersebut.

Pemangku Pengarah Jabatan Logistik selaku Timbalan Pengarah Jabatan Logistik, Yang Mulia Penguasa Kanan Polis Pengiran Mohd. Jefri bin Pengiran Haji Abd. Hamid memberi taklimat di Majlis Menandatangani Kontrak ‘The Design, Supply, Delivery, Installation, Testing, Training, Commissioning and Maintenance of the National Digital Communication System (NDCS) with Related Hardware and Software’ di Rizqun Hotel di Mall Gadong.

Page 12: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI22 23

PELANCARAN POSTER

Pelancaran PoSter

SemPena Hari PoliS ke-9316 PelatiH PoliS tamBaHan tamat latiHan

TAMAT LATIHAN

Setiap sebelum tahun baru bermula, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) akan meraikan sambutan Hari Polis yang sudah menjangkau 93 tahun bagi 2014 dan pelancaran poster

adalah salah satu acara bersempena dengan sambutan tersebut, yang berlangsung pada Isnin, 23 Disember 2013.

Pelancaran Poster sempena Sambutan Hari Polis tahun ini diadakan di Bilik Persidangan Putera Negara, Mes Pegawai Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

Juga hadir ialah pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua unit dan formasi, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai polis.

Sebelum acara bermula, bacaan Surah Al-Faatihah yang dibacakan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, Sarjan Mejar 1671 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.

Majlis diteruskan dengan penyerahan poster Sambutan Hari Polis Ke-93 bagi tahun 2014 oleh Pengarah Jabatan Perisikan Jenayah selaku Pengerusi Sambutan Hari Polis Ke-93, 2014, Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Mohamed Don bin Haji Harith kepada tetamu kehormat majlis.

Pengagihan poster kepada pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua unit dan formasi serta wakil daripada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis Kemuncak sambutan tahun ini adalah Acara Perbarisan Kawalan Kehormatan yang dijadualkan akan diadakan pada pertengahan bulan Januari 2014 di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Gadong yang bertemakan ‘Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan’.

Seramai 16 pelatih diraikan semasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut APO OPSO Lelaki Skuad 1/2013 yang berlangsung pada Isnin, 10 Februari 2014 di padang kawad Pusat Latihan Polis

Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pengarah Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Abdul Wahid bin Haji Yahya.

Dalam ucapan tetamu kehormat di upcara perbarisan tamat latihan tersebut menyeru para pelatih supaya sentiasa menanamkan semangat profesionalisme dan integriti pasukan tidak kira di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan yang mencabar kewibawaan.

Beliau percaya dengan ada semangat sedemikian para pelatih akan berjaya melaksanakan tugas serta tanggungjawab harian dengan sempurna dan teratur ke arah meningkatkan lagi mutu pasukan di mata masyarakat.

"Antara cara berkesan untuk mengenal sifat profesionalisme dan integriti dalam setiap pasukan adalah semasa anggota itu masih bergelar pelatih, bak pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', kualiti seseorang anggota itu amat tertakluk kepada pelatih dan bimbingan yang telah diberikan semasa kursus asas ini," jelasnya.

Dalam kesempatan ini, beliau menggesa warga pasukan untuk mengekalkan disiplin yang tinggi dan tidak terjerabak

dengan gejala sosial dan melanggar peraturan dan undang-undang negara seperti aktiviti jenayah.

Antara objektif dan matlamat utama Latihan Asas Rekrut diadakan ialah untuk menyediakan dan melengkapkan para pelatih dengan pendedahan dan pengetahuan tentang ilmu asas kepolisian yang meliputi mata-mata pelajaran pengetahuan Kanun Hukuman Jenayah, Kanun Peraturan Jenayah, Akta-Akta dan Peraturan Polis, Menembak dan Pengetahuan Am dalam dan luar pasukan.

Aturcara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelatih-pelatih terbaik oleh tetamu kehormat kepada Rekrut APO 6917 Muhammad Harul Hafis bin Zainal Abidin terpilih sebagai Rekrut Lelaki Terbaik dalam Semua Jurusan.

Manakala Rekrut APO 6921 Neck Welly Amera anak Siliman terpilih sebagai Rekrut Terbaik dalam Undang-Undang diikuti oleh Rekrut APO 6911 Deddy Ruhain anak Radin terbaik dalam Kawad dan Latihan Luar.

Juga hadir ialah Pemangku Komandan, Penguasa Polis Tang Yik Tung; Timbalan Komandan, Timbalan Penguasa Polis Mazlan bin Haji Yaakub, pegawai-pegawai polis serta para ibu bapa dan keluarga pelatih yang diraikan.

Seterusnya para pelatih mengadakan ikrar dan diikuti doa selamat yang dibacakan oleh Imam Surau Ibu

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Haji Mohd. Jammy bin Haji Mohd. Shah Al-Islam menyampaikan Poster Hari Polis Ke-93 tahun bagi 2014 kepada Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd. Irwan bin Haji Hambali yang berlangsung di Bilik Persidangan Putera Negara, Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Timbalan Pengarah Gerakan, Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Abdul Wahid bin Haji Yahya selaku tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada peserta yang menerima.

Page 13: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI24 25

UGAMA UGAMA

PDB aDakan Doa keSyukuran

Hari Puja uSia DPmm ke-40PDB aDakan taHlil

Di kuBaH makam Diraja

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ke-40 Tahun yang berlangsung pada Ahad, 16 Februari 2014 di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor.

Juga hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua unit dan formasi, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota pangkat rendah PDB.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Koperal 6472 Mohd. Yusri bin Haji Abu Bakar yang kemudiannya memgimamkan Sembahyang Sunat Hajat.

Majlis seterusnya dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Ratib Al-Attas serta Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh imam surau berkenaan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis telah diputerakan pada 17 Februari 1974 dan Duli Yang Teramat Mulia juga diperkenankan perlantikan menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis (Deputy Insepector General of Police) PDB pada 5 Mei 2005.

Sempena Sambutan Hari Polis Ke-93, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menyusun berbagai acara dengan

mengadakan Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, pada Khamis, 9 Januari 2014.

Hadir di majlis bertahlil ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor dan juga Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti bacaan Surah Yaa Siin, tahlil dan doa arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Sarjan Mejar

1671 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.

Lebih 400 anggota polis terdiri daripada Pengarah-pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai Kanan Polis serta Ahli-ahli Pangkat Rendah dari keempat-empat daerah hadir pada majlis berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor hadir ke Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kubah Makam Diraja bersempena Sambutan Hari Polis Ke-93 tahun.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor selaku tetamu kehormat hadir ke Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ke-40 di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Anggota pangkat rendah PDB menghadiri ke majlis bertahlil sempena Sambutan Hari Polis Ke-93 tahun.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 14: pdb sambut hari puja usia dpmm

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI26 27

KEBAJIKAN SUKAN

malam PengHargaan olaHraga ke-29Dan meraikan PeSara PDB

PDB anjurkan kejoHanan

olaHraga ke-29

Majlis Malam Penghargaan Sukan Olahraga Pasukan Polis Diraja Brunei Ke-29 dan Malam Meraikan Persaraan Anggota Pangkat Rendah yang berlangsung pada Sabtu, 28 Disember

2013 di Dewan Serbaguan Pusat Latihan Polis Gadong.

Acara yang diadakan di sebelah malam tersebut dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor selaku tetamu kehormat majlis dan Datin yang juga selaku Yang Di-Pertua PEKERTI, Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid.

Dalam ucapan pada majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis antara lain menyeru agar lebih banyak lagi atlet-atlet dari PDB yang akan tampil ke hadapan untuk terus menyumbang kepada kejayaan negara dalam temasya sukan-sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Selain meraikan kejayaan atlet-atlet yang memecahkan rekod-rekod kebangsaan dan PDB, beliau juga turut mengucapkan tahniah dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh kesemua atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Olahraga PDB tersebut.

Di Ucapan yang sama juga bagi anggota yang bersara, beliau seterusnya turut menguji atas sumbangan

mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara serta seterusnya mengharapkan agar mereka akan terus membantu PDB dari segi risikan dan maklumat dalam sama-sama mengekalkan kesejahteraan negara.

“Pesara anggota pangkat rendah haruslah juga berbangga kerana selain menyumbang kepada kejayaan pasukan, mereka juga adalah pengemudi kepada kejayaan anak-anak mereka,”ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut, seramai 92 pesara anggota pangkat rendah menerima cenderahati kenangan sebagai penghargaan ke atas jasa bakti yang telah mereka curahkan kepada PDB dan juga negara.

Seterusnya majlis diikuti dengan penyampaian hadiah-hadiah pemenang di Sukan Olahraga Antara Cawangan PDB Ke-29 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Juara keseluruhan bagi kejohanan Sukan tersebut telah diraihkan oleh Cawangan ‘A’ PDB.

Kejohanan yang bermula sejak 26 hingga 28 Disember 2013 itu disertai oleh lebih 200 pegawai dan anggota PDB daripada lima cawangan iaitu Cawangan A, B, C, D dan E yang menyertai sebanyak 44 acara sukan yang dipertandingkan.

Seramai 268 Ahli Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) terlibat dalam Kejohanan Olahraga Antara Cawangan PDB Ke-29 yang berlangsung pada Sabtu, 28 Disember 2013, di Stadium Hassanal Bolkiah,

Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat di pembukaan kejohanan itu ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd Noor dan Datin yang juga selaku Yang Di-Pertua PEKERTI, Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid.

Aturcara kejohanan dimulakan dengan perbarisan lalu lima cawangan yang bertanding iaitu Cawangan A, B, C, D dan E, yang mana perbarisan lalu diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Haji Termizi bin Dr. Haji Md. Yusof.

Para peserta termasuk 50 atlet lelaki dan 13 atlet wanita menyertai kejohanan yang mempertandingkan sebanyak 138 butir pingat.

Pada tahun ini, sebanyak 44 acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara belapan dan padang terbuka, yang mana Kejohanan Olahraga tahun ini juga telah mengundang beberapa buah Jabatan Penguatkuasa

Undang-Undang untuk mengambil bahagian di dalam acara larian 4x100 dan 4x400 meter lelaki.

Tujuan utama kejohanan diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan keakraban di kalangan Penguatkuasa Undang-Undang di negara ini disamping memilih lebih banyak lagi atlet-atlet dari PDB yang tampil ke hadapan bagi terus menyumbang kepada kejayaan negara dalam temasya sukan-sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah cenderahati kepada salah seorang pesara PDB. Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor

selaku tetamu kehormat hadir menyempurnakan Majllis Pembukaan Kejohanan Olahraga Antara Cawangan PDB Ke-29 di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

‘KEAMANAN’ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Page 15: pdb sambut hari puja usia dpmm

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI28

SUKAN

caWangan ‘B’juara keSeluruHan rentaS DeSa PDB

Cawangan ‘B’ muncul Juara Keseluruhan di Kejohanan Rentas Desa antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB ) 2013 sementara cawangan ‘A’ dan ‘D’ masing-masing berada

di tempat kedua dan tempat ketiga dalam kejohanan tersebut yang berlangsung pada Sabtu, 21 Disember 2013 di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di kejohanan pagi tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor yang juga salah seorang pemenang tempat ketiga bagi Kategori Pegawai Lelaki Berpangkat Penguasa Polis (Superintendant) Ke Atas (larian 3.5 kilometer).

Sebanyak sembilan kategori larian dipertandingkan antaranya Kategori Pegawai Lelaki Berpangkat Penguasa Polis Ke Atas, Kategori Pegawai Lelaki Veteran 40-49 Tahun, Kategori Pegawai Lelaki 39 Tahun Ke Bawah, Kategori Pegawai Wanita Terbuka, Kategori Lelaki Veteran (pegawai dan anggota pangkat rendah) 50 Tahun Ke Atas.

Turut dipertandingkan dalam kejohanan tersebut ialah Kategori Anggota Pangkat Rendah Lelaki Veteran 40-49 Tahun, Kategori Anggota Pangkat Rendah Lelaki 39 Tahun Ke Bawah, Kategori Anggota Pangkat Rendah Wanita Veteran 35 Tahun Ke Atas, Kategori Anggota Pangkat Rendah Wanita 34 Tahun.

Bagi Kategori Larian 3.5 kilometer, 6 kilometer dan 10 kilometer ianya bermula dan berakhir di stadium berkenaan.

Kejohanan julung-julung kalinya diadakan bertujuan untuk menggalakkan anggota-anggota PDB untuk bersenam sekaligus menimbulkan kesedaran dalam memelihara kesihatan tubuh badan melalui bersenam.

Di samping untuk menimbulkan sikap mahu bersaing secara sihat dalam kalangan anggota pasukan serta menimbulkan jiwa berpasukan sekaligus mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi selaku pelapis di masa akan datang.

Dengan adanya kejohanan tersebut diharap ianya akan sentiasa berkembang dan meningkat khususnya di PDB dan juga di Negara Brunei Darussalam amnya.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor menyampaikan hadiah kepada ketua Cawangan ‘B’ yang muncul juara keseluruhan di Kejohanan Rentas Desa Antara Cawangan PDB di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.