pbt di malaysia

33
PENGENALAN Di Malaysia, sistem perbandaan yang pesat telah mengundang peripentinganya sistem tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan yang efisien dan saling menguntungkan semua pihak. Dengan sistem kerajaan di Malaysia berupa sistem federalisme yang mengandungi tiga peringkatpentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, perkhidmatan yang diharapkan oleh komuniti bandar kini semakin canggih dan mencapai kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada semua lapisan penduduk. Untuk itu, setiap peringkat pentadbiran kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab dalam hal berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan dan pendidikan. Sementara itu di peringkat tempatan, iaitu paling dengan dengan komuniti, Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah atau kawasan. PBT adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang. Tugas utama PBT adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal 1 Chuid Samsu 193119

Upload: aziem-helmi

Post on 24-Oct-2015

141 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBT DI MALAYSIA

PENGENALAN

Di Malaysia, sistem perbandaan yang pesat telah mengundang peripentinganya

sistem tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan yang efisien dan saling

menguntungkan semua pihak. Dengan sistem kerajaan di Malaysia berupa

sistem federalisme yang mengandungi tiga peringkatpentadbiran iaitu Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, perkhidmatan yang

diharapkan oleh komuniti bandar kini semakin canggih dan mencapai kualiti

yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada semua lapisan penduduk.

Untuk itu, setiap peringkat pentadbiran kerajaan mempunyai tanggungjawab

dan bidang kuasa masing-masing. Kerajaan Persekutuan misalnya

bertanggungjawab dalam hal berkenaan dengan keselamatan negara, dasar

luar negeri, cukai pendapatan dan pendidikan. Sementara itu di peringkat

tempatan, iaitu paling dengan dengan komuniti, Kerajaan Tempatan atau Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu badan yang bertanggungjawab

dalam mengurus tadbir sesebuah daerah atau kawasan.

PBT adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya

terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang.

Tugas utama PBT adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian

masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal

perancangan dengan baik dan memberi perkhidmatan dengan tulus dan adil.

Peranan pihak berkuasa tempatan yang terdiri sama ada majlis perbandaran,

dewan bandaraya dan majlis daerah memainkan peranan yang penting dalam

mempastikan segala perancangan bandaraya dan perkhidmatan yang diberikan

kepada komuniti. Malahan, kepekaan terhadap komentar dan komplain komuniti

adalah sangat penting untuk diteliti dan diberikan perhatian yang wajar.

Sistem perbandaran yang pesat telah menyebabkan pergurusan perkhidmatan yang

efisen dan urus tadbir sektor kerajaan di Malaysia menjadi perhatian.  Tidak dinafikan

bahawa pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan di peringkat paling 1

Chuid Samsu 193119

Page 2: PBT DI MALAYSIA

rendah di dalam sistem kerajaan di Malaysia.   Oleh itu Kerajaan tempatan juga tidak

dapat dikecualikan daripada dilanda lambakkan harapan masyarakat yang mahukan satu

sistem pentadbiran yang berjaya membawa komuniti  penduduk ke arah perspektif yang

maju dan berdaya saing.

Kerajaan Tempatan atau pun juga dipanggil Pihak berkuasa Tempatan adalah merupakan

badan yang bertangungjawab  dalam mengurus tadbir sesebuah daerah ataupun

kawasan. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan melalui

perundangan Perlembagaan  Persekutuan  Malaysia. Badan ini menjalankan urus

tadbirnya berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan didalam undang-undang.  Tugas

utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan

kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana, mengawal

perancangan dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang tulus dan adil.

KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah

dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan

cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh

menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang

berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.

Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagaiµpenasiha yang

berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawabmembuat keputusan,

membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untukmenyempurnakan sesuatu tugas.

Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagaiketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam

hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan

pentadbiran. Majlis bergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa

kewangan,perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar, Pihak

BerkuasaTempatan boleh dengan kuasanya melantik kumpulan pentadbir dibawah

kendaliannya bagi mengurus dan menjalankan peranan yang telah diperuntukkan

kepadanyanya.

2Chuid Samsu 193119

Page 3: PBT DI MALAYSIA

Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar

bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan

perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah Sistem kerajaan tempatan yang

diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang memerintah Tanah

Melayu selama lebih dua (2) kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31

Ogos 1957. Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya

adalah bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Malah dalam kaji selidik yang

lebih mendalam telah mendapati bahawa kebanyakan undang-undang dan

peraturan yang wujud ketika itu menyamai undang-undang Inggeris. Tetapi,

dalam peredaran masa, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-budaya

tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.

Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah

ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1801. Majlis ini diberi peranan

merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Hal ini seterusnya

membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-majlis

tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu

yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan

penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak

British telah memperkenalkan pelbagai perundangan. Sebagai contoh, Ordinan

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis

tempatan untuk menganjurkan pilihan raya. Selain itu, Ordinan Kerajaan

Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada penduduk-penduduk setempat

membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu. Pada penghujung era

penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah Melayu.

Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa ke atas kerajaan

tempatan diletakkan ke dalam senarai negeri.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir

kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah

Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan.

Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan 3

Chuid Samsu 193119

Page 4: PBT DI MALAYSIA

penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara

bagi Kerajaan Tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang

menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-

wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding

dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan,

pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus

memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan

tempatan.

PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-

tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri.

Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-

lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi

bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan

kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga

kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan

dan tugas-tugas berikut:

Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan

bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem

pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan

awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam

sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan. Peranan ini lebih menurut

budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam

pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan

4Chuid Samsu 193119

Page 5: PBT DI MALAYSIA

kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan.

Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan

melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan

negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan

bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan.

Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian

Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas

menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung

kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai

tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran

mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua. Di Sabah dan

Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau

Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan

kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas

nasihat kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun,

Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah

mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan

yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. Tidak semua Pegawai

daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau

merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh

daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan

sesebuah kerajaan tempatan.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia).

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PBT

5Chuid Samsu 193119

Page 6: PBT DI MALAYSIA

Konsep kerajaan tempatan meliputi bidang yang agak luas. Seseorang itu akan

memerlukan perkhidmatan kerajaan tempatan sepanjang hayatnya. Pada

umumnya unit-unit kerajaan tempatan tersebut dipertanggungjawabkan dengan

tugas mengawas kesihatan awam, mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja

kejuruteraan seperti pembaikan jalan dan longkang. Penyusunan semula

kerajaan tempatan di Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk

memperkasakan struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di

negara ini.

Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat

utama dalam proses menjadi bandaraya dunia menjelang 2020. Ini bemakna

semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan seharusnya

mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kondusif. Tegasnya,

peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan pertambahan yang

memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak

berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja menjadi ‘fasilitator’ kepada

pembangunan bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan

penduduknya.

Di negara-negara maju, komuniti bukan sahaja dianggap sebagai client tetapi

rakan kongsi dalam rancangan koloborasi untuk mencapai satu persekitaran

kehidupan bandar yang selesa dan mesra komuniti. Program yang diadakan

mendapat respons dan kerjasama daripada penduduk yang rata-rata juga

pelbagai ras dan negara. Sehubungan itu, respons tentang perkhidmatan yang

disediakan di kawasan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan wajar dipetakan.

Ini merupakan asas perancangan berasaskan komuniti kerana responden

perkhidmatan yang diberikan di satu pihak telah menunjukkan bagaimana pihak

pembekal perkhidmatan yang ada dalam bandar memberikan perkhidmatan

mereka.

Keefisienan perkhidmatan bagi sesebuah bandar sememangnya menjadi fokus

banyak pihak dalam mempastikan sesebuah bandar atau bandaraya itu berdaya 6

Chuid Samsu 193119

Page 7: PBT DI MALAYSIA

saing dan lestari dalam jangka masa yang panjang. Keefisienan atau kecekapan

merupakan satu konsep yang amat luas, tidak mutlak dan ia sering dikaitkan

dengan kriteria lain bagi menunjukkan sesebuah keefisienan dalam pelbagai

bidang ilmu dan pembangunan sama ada bandar, wilayah atau negara.

Keefisienan seringkali digunakan oleh ahli ekonomi, jurutera, organisasi, ahli

teori, konsultan, ahli politik dan pengurus bagi menilai dan meningkatkan

keefisienan (Schipper, 1992). Ini termasuk pengkajian keefisienan dalam sektor

pengangkutan (Levinson, 2003), pendidikan (Palmer & Togerson, 1999),

pengangkutan kargo (Harrera & Pang, 2005) dan perkhidmatan bandar (Dong et

al., 2008) (dlm. Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad).

Sungguhpun terdapat kepelbagaian pendekatan untuk meneliti dan

menggunapakai keefisienan, pihak berkuasa tempatan tidak terkecuali daripada

berkaitlangsung dengan keefisienan perkhidmatan bandar. Perkhidmatan

bandar juga luas dari segi liputan dan bidang tadbir urusnya. Bagi sesebuah

bandaraya, pihak berkuasa tentunya secara relatif mempunyai banyak bidang

tugas untuk digalas dan diberikan perkhidmatan. Secara umunya, pihak

berkuasa Tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan

dan aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukan dalam

undang-undang.

Dalam proses pembentukan keefisienan bandaraya di negara ini, kecekapan

boleh direalisasikan dalam konteks organisasi ekonomi, premis dan sektor

tertentu. Proses membentuk sebuah indeks keefisienan juga memerlukan

inisiatif yang bukan sahaja bergantung kepada pelaksana atau pemaju, namun

usaha untuk mendapat maklum balas daripada penduduk atau orang awam

adalah penting agar proses ini juga mendapat maklum balas daripada bakal

pengguna atau end users.

Tugas dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang utama dalah membuat perancangan

dan penyebaran maklumat berkenaan perancangan di dalam kawasan tadbirnya.  Pihak

Berkuasa Tempatan juga wajib menjalankan sebarangan tugas jika diarahkan oleh Pihak 7

Chuid Samsu 193119

Page 8: PBT DI MALAYSIA

Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancangan Negeri(JPN) kerana walaupun diberi

kuasa yang penuh menentukan keputusan perancangan pembangunan kawasan tetapi

Pihak Berkuasa Negeri lebih Berkuasa dalam menentukan corak pembangunan tanah di

dalam Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan juga  berkuasa mengatur, mengawal dan

merancang pemajuan dan pengunaan semula tanah dan bangunan di dalam kawasannya

sebagaimana ianya kuasa yang diberikan kepadanya melalui perundangan yang telah

dibuat dan terlibat dengannya.  Seterusnya ianya juga boleh mengusahakan, membantu

dan mengalakkan pemugutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan buletin dan

monograf dan lain-lain siaran  yang berhubung dangan perancangan bandar dan desa. 

Pihak Berkuasa Tempatan ini telah diberikan kuasa oleh perundangan untuk memastikan

kawasan pentadbirannya berasa dalam keadaan yang selamat dan merancang sesuatu

pembangunan dalam keadaaan yang sesuai dengan sosio budaya masyarakat. Ini

menunjukkan, Pihak Berkuasa Tempatan adalah bertangungjawab bagi merancang dan

membangunkan kawasanya dalam konteks pembangunan nasional. Adalah menjadi

kewajipan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan kehidupan masyarakatnya berasa

pada tahap yang terbaik dan optimum.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan secara umumnya adalah memastikan kesejahteraan

dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksanakan,

mengawal perancangan degan baik dan memberikan perkhidmatan dengan tulus dan adil.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan amat penting dalam memastikan segala perancangan

perbandaran dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti itu diterima. Masyarakat

kini jugan semakin peka dan mangambil berat ke atas persekitaran mereka dan mereka

telah mula menjadi rakan kepada Pihak BerkuasaTempatan untuk menyumbang sesuatu

kepada perancangan tempatan bagi mewujudkan persekitaran perbandaran yang lebih

terancangan dan tersusun serta selesa dan mesra penduduk.  

Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam system perancangan

kerana fungsinya sebagai mengawal pembangunan dan mengimplementasikan polisi-

polisi perancangan daripada peringkat negara ke peringkat tempatan. Ianya juga

melibatkan pertimbangan dan keputusan di dalam kawalan pembangunan di peringkat 8

Chuid Samsu 193119

Page 9: PBT DI MALAYSIA

tempatan yang melibatkan organisasi, prosedur dan pelaksanaa. Tujuan utama Pihak

Berkuasa Tempatan mengenakan kawalan pembangunan terhadap sektor hartanah

adalah memastikan pembangunanyang akan dimajukan mamatuhi garis panduan yang

telah ditetapkan.

Perubahan infrastruktur dan guna tanah adalah ketara dan memerlukankawalan untuk

memastikan proses perbandaran dapat berjalan dengan lincin dan tidak mendatangkan

masalah dalam jangka masa panjang. Fungsi kawalan dalam  konteks pembangunan

amat penting kerana kemusnahan alam sekitar, bencana alam dalam tanggungjawab

sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Sesebuah pembangunan yang ingin dibangunkan

perlu mendapat kebenaran merancangan terlebih dahulu ataupun kebenaran yang bertulis

daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa

sepenuhnya di dalam mengatur, mengawal dan merancang pembangunan dan

pengunaan tanah di dalam kawasan tadbirnya. 

Ini menunjukan begitu pentingnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam

perancangan setempat dan ini adalah perlu bagi mewujudkan satu mekanisma kawalan

terhadap pembangunan supaya teratur dan tidak menyebabkan masalah

pencemaran,kesesakan lalulintas dan tambahan infrastuktur yang tidak diingini kepada

masyarakat setempat, juga bagi memastikan pembangunan tersebut sesuai dan berada di

tahap yang baik untuk didiami.

Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai koordinasi yang baik di antara jabatan-

jabatan yang terlibat di dalam memberikan kelulusan keatas sesuatu kebenaran

merancang yang dipohon.  Pihak Berkuasa Tempatan harus berkerja secara berpasukan

dengan mengenalpasti peluang-peluang perancangan di dalam kawasan tersebut dan

harus selalu berbincang dan menyelesaikan segera sebarang permasalah yang timbul di

dalam kawasan tadbirnya.  Ditegaskan disini Pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh dan

sewajarnya membuat keputusan sehingga mencapat ulasan-ulasan teknikal seperti

dariada Bahagian Perundangan Tanah Negeri apabila berkaitan ubah syarat tanah

walaupun ianya selalunyamenyebabkan kelewatan kelulusan kebenaran merancang

dibuat. Ini merupakan syarat mandatori supaya pembangunan yang direncanakan itu 9

Chuid Samsu 193119

Page 10: PBT DI MALAYSIA

selari dengan perundangan yang lebih tinggi daripada kuasa yang ada di dalam Pihak

Berkuasa Tempatan.

Campurtangan politik dan pihak berkepentingan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan juga

menyumbang kepada keadaan ini berlaku.  PihakBerkuasa Tempatan harus mengelakan

dengan jelas jika terdapat unsur-unsur politik kerana ianya akan mencacatkan prosedur

dan penilaian terhadap pembangunan yang dicadangkan itu akan berat sebelah dan tidak

adil.  Ini boleh ditunjukkan dengan keadaan ahli politik secara individu cuba mempengaruhi

keputusan-keputusan perancangan bagi faedah untuk diri dan kawasan undian mereka.

Terdapat keputusan-keputusan perancangan akan dipengaruhi oleh arahan dasar-dasar

yang jelas diberikan oleh kepimpinan parti politik.  Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

juga lebih terikat dan akan dipengaruhi keputusannya dengan pelantikan pegawai-pegawai

tertinggi perancangan di peringkat nasional di kalangan ahli-ahli politik ataupun ahli-

ahlimajlis di Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah berdasarkan lantikan politik. Secara

teorinya boleh dikatakan bahawa ahli politik bertangungjawab dalam membentuk dasar

dan peranannya adalah untuk menterjemahkan dasar ini  kepada program ataupun

projek-projek khusus.

Ahli majlis yang kadang kala merupakan pembuat keputusan melalui Pihak Berkuasa

Tempatan merupakan orang yang penting di dalam memberikan kebenaran merancangan

di dalam perancangan tempatan.  Ahli Majlis yang kadang-kala tidak mempunyai latar

belakang di dalam perancangan, terutamanya apabila ianya melibatkan idea perancangan

yang mana oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain bersama justifikasi pembangunan,

namun akhirnya kebenaran diberikan oleh mereka yang tidak memahami tujuan

perancangan itu.  Di samping itu terdapat juga beberapa amalan dalam membuat

keputusan perancangan yang diputuskan melalui dasar dan perundingan yang tidak jelas

oleh pihak pembuat keputusan.  Pihak Berkuasa Tempatan juga harus sedar akan

kemungkinan bahawa tidak semua kawasan pembangunan menghadapi keadaaan dan

masalah yang sama begitu juga dengan pengunaan dasar yang tidak jelas dan

kelemahan koordinasi bagi membuat perundingan yang berkesan.  Oleh itu adalah

penting bagi pembuat keputusan perancangan yang mahir dengan merujuk kepada pelan-

pelan pembangunan yang digunapakai.

10Chuid Samsu 193119

Page 11: PBT DI MALAYSIA

Pembangunan bandar yang sempurna adalah didorang oleh sejauh mana Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan itu berfungsi dengan baik. Jika di teliti kepada corak

pembangunan bandar negara hari ini, langkah kawalan kearah penerusan pembangunan

Bandar itu sendiri tidak wujud, kononnya kita masih lagi berada dalam ketogori negara

membangun yang perlu menyediakan banyak kemudahan untuk pertumbuhan sosial dan

ekonomi.Tangapan ini sama sekali salah dan inya perlu diperbetulkan.  Ini harus

dibuktikan dengan kesunguhan semua pihak perancangan yang terlibat secara langsung

ataupun secara tidak langsung.  

Setiap bahagian yang terlibat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan haruslah mempunyai

insiatif yang lebih efisen dan sentiasa mencari pembaharuan yang boleh membawa Pihak

BerkuasaTempatan sebagai meditiator perancangan di dalam kawasan tersebut.   Oleh

itu Pihak Berkuasa Tempatan perlu lebih bersedia dan fleksibel di dalam merencanakan

perancangan pembangunan di dalam kawasan.  Perbagai langkah harus dilaksanakan

oleh pihak Berkuasa Tempatan seperti memperbaiki mutu penguatkusaan dengan

mengadakan program tahun kumpulan kerja pada waktu malam dan sebagainya.

Akan tetap jika penguatkuasaan yang efektif dijalankan haruslah disertai dengan pelan

induk yang baik dan strategi pengurusan yang berkesan bagi jangka masa yang

panjang. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai pelan perancangan jangka

panjang yang bersifat intergratif bagi membolehkan ianya bertindak sebagai pihak

perancang tempatan yang baik.  Bahagian perancangan di dalam Pihak Berkuasa

Tempatan juga harus menjadi pelaksana kepada matlamat perancangan yang telah

dipersetujui.  Fungsi Bahagian ini harus tidak terlampau terhad bagi meningkatkan

keberkesanannya.  Kekurangan tenaga pakar di dalam bahagian ini juga harus diteliti dan

dibuat penambahan pembangunan sumber manusia supaya bahagian yang penting ini

dapat melaksanakan dan mencapai matlamatnya yang sebenar.

Kesedaran tentang wujudnya kekurangan Pihak Berkusa Tempatan sebagai sebagai

pihak perancang tempatan yang baik harus disusuli dengan perancangan pelaksanaan

bagi mengatasi kelemahan ini supaya masayarakat persekitaran tidak menjadi mangsa

kepada perancangan yang tidak teratur didalam kawasan pembangunan.  Oleh itu pihak 11

Chuid Samsu 193119

Page 12: PBT DI MALAYSIA

Berkuasa Tempatan harus secara langsung atau tidak langsung menjadi badan yang kuat

dan tidak dipengaruhi dalam membuat sebarang keputusan di dalam proses perancangan

supaya ianya sesuai dengan keadaan semasa dan relevan dengan keperluan masa kini

dan akan datang. 

CABARAN DIHADAPI PBT

Pembangunan sesuatu kawasan memerlukan perancangan yang rapi,

keperluan sesuatu kawasan untuk ditadbir dan dimajukan hanyalah dalam ruang

lingkup kawasan yang dikhaskan sahaja. Maka, wujudlah kerajaan tempatan

yang diberi tugas untuk memajukan sesebuah kawasan mengikut garis panduan

yang telah digariskan. 

PBT di Malaysia merupakan satu agensi yang paling penting kerana struktur

pentadbiran dalam kerajaan Malaysia meletakkan PBT sebagai kerajaan yang

ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Umum mengetahui

bahawa PBT adalah agensi yang paling hampir dengan penduduk setempat

kerana keadaan  aktiviti penduduk seharian  banyak yang melibatkan PBT

seperti pelesenan, percukaian, kemudahan awam dan sebagainya. Oleh itu,

PBT tidak pernah terlepas dari permasalahan dan sentiasa menjadi perhatian

khasnya oleh penduduk tempatan. Dari dahulu sehingga kini PBT sering sahaja

menjadi medan kritikan dan PBT berdepan dengan masalah. Dalam menuju era

Negara maju 2020 selaras dengan wawasan kerajaan, PBT juga harus seiring

dalam meneroka pembangunan untuk kemajuan sesuatu kawasan.Kini, PBT

telah berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya dalam aspek politik,

ekonomi,  sosial,  teknologi dan alam sekitar.  PBT kini perlu  matang dan

dewasa dalam menghadapi masalah dan cabaran yang kian hebat dek tekanan

semasa dan pelbagai krisis yang sedang memuncak kini.

i) MASALAH POLITIK

(PBT) kini kian di hujani dengan cabaran dan masalah. masalah pertama yang

dihadapi oleh PBT  kini adalah masalah politik (campur tangan ahli politik).

Merujuk kepada asas pelantikan ahli majlis adalah berdasarkan lantikan oleh 12

Chuid Samsu 193119

Page 13: PBT DI MALAYSIA

kerajaan negeri akan tetapi kini kebanyakan kerajan negeri lebih gemar melantik

ahli majlis daripada anggota  parti mereka. Perkara ini jelas telah membawa

pelbagai masalah bahkan telah menyusahkan penduduk dikawasan tersebut.

Pelantikan ahli majlis sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri

tetapi yang menjadi persoalannya apabila kerajaan negeri cenderung melantik

mereka yang mewakili parti masing-masing timbul permasalahan samada

mereka yang dilantik itu mewakili parti ataupun mewakili  penduduk tempatan di

situ.

Hal ini jelas apabila ahli majlis yang dilantik mewakili parti ianya dikira

bertentangan dengan syarat lantikan kerana pelantikan ahli majlis adalah untuk

mewakili penduduk seterusnya menyuarakan masalah penduduk kepada pucuk

pimpinan dan bukannya menjadikan PBT sebagai agenda politik masing-

masing. Setiap PBT mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada kalangan

pemimpin masyarakat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Ahli majlis adalah

mewakili masyarakat setempat dan berperanan sebagai  “bersama dalam

pembentukan dasar sesebuah PBT” sungguhpun dalam akta kerajaan tempatan

(akta171), telah dinyatakan bahawa ahli majlis yang dilantik adalah terdiri

daripada mereka yang mewakili orang Melayu, orang India dan orang Tionghua

tetapi realiti pada hari ini ialah ahli majlis yang dilantik sekarang ini adalah

mereka yang terlibat dalam politik secara langsung dan dalam kalangan NGO

seperti dewan perniagaan dan sebagainya. Hari ini tidak dinafikan NGO ini pun

sebenarnya orang yang terlibat dalam politik maka tidak hairanlah jika dulu BN

memerintah maka kalangan ahli majlis yang dilantik dari UMNO, MCA dan MIC

manakala bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pula

rata-rata ahli majlis terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. Maka, dasar sesebuah

PBT sebenarnya sentiasa tertakluk kepada suasana politik semasa dan hal ini

tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah fakta suasana pbt

pada hari ini.

Maka jelaslah bahawa PBT kini mempunyai cabaran yang sangat besar kerana

campur tangan politik. Ahli majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran 13

Chuid Samsu 193119

Page 14: PBT DI MALAYSIA

yang terdiri daripada parti politik ada segelintir daripada mereka tidak mampu

mampu bersikap efisien dan adil terhadap penduduk yang diwakilinya. Sebelum

1970 ahli majlis dipilih oleh pengundi maka ini memberi pilihan kepada

pembayar cukai memilih sendiri wakil yang layak oleh mereka untuk

menguruskan perbandaran mereka. Justeru, sudah tiba masanya  sIstem

pelantikan ahli majlis perlu dirombak dan dibaiki system pelantikannya agar

lebih telus dan cekap selaras dengan kehendak masyarakat setempat.

ii) ASPEK EKONOMI

Cabaran ini menjadi satu masalah dan cabaran yang amat kronik jika dilihat dari

aspek keadan ekonomi global yang menghadapi krisis. Keadaan dunia yang

mula menghadapi krsis ekonomi yang kian menguncup telah dirasai oleh

Malaysia. Pembuangan pekerjaan yang saban hari kian meningkat ditambah

banyak kilang-kilang telah mula memperlahankan operasi, hal-hal ini

sebenarnya memberi kesan kepada PBT. Ramai penganalisis ekonomi

menyatakan bahawa krisis kali ini akan lebih teruk daripada krisis yang dialami

semasa tahun 1997 kerana krisis ekonomi kali ini mengambil masa yang agak

perlahan untuk dirasai dan pastinya ramai yang akan merasainya dalam jangka

masa yang agak panjang.

“Krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menyedarkan mengenai pentingnya

pengukuhan daya tahan dalam persekitaran dunia yang semakin bersepadu di

mana aliran modal, perdagangan dan maklumat melangkaui sempadan negara.

Peristiwa yang berlaku di sesebuah negara boleh memberi implikasi yang ketara

kepada negara lain melalui rangkaian yang kompleks dan silang-menyilang

serta kesan tertangguh. Malaysia terdedah kepada kesan luaran ini kerana

ekonominya berkait rapat dengan negara lain di dunia. Memandangkan

Malaysia tidak mungkin terhindar sepenuhnya daripada kejutan luar, Malaysia

perlu memperkukuhkan daya tahan ekonomi, kewangan dan sosial agar mampu

menghadapi pergolakan dan risiko yang muncul tanpa tergelincir daripada

matlamat pembangunan” (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3).

14Chuid Samsu 193119

Page 15: PBT DI MALAYSIA

PBT mempunyai peranan dan tanggungjawab yang agak berat dalam

menghadapi krisis ekonomi kerana kemungkinan ramai penduduk setempat di

sesuatu PBT tidak mempunyai pekerjaan dan inilah masanya untuk PBT

mempelbagaikan cabang ekonomi di kawasan itu. PBT yang diperbadankan

dibawah akta kerajaan tempatan dari segi kekuasaanya mempunyai kuasa

autonomi dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan kewangannya. PBT

mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya dari segi hasil

cukai pinti, hasil bukan cukai dan lain-lain hasil.

Merujuk kepada keadaan ekonomi semasa kini memang sesuailah PBT

menjana ekonomi apabila YDP  memainkan peranan yang amat besar dalam

meneroka hasi-hasil baru. PBT kini menghadapi cabaran yang amat hebat

dengan masalah urbanisasi yang kian pesat dengan pertambahan penduduk di

sesebuah PBT. Hal ini adalah cabaran dalam keadaan ekonomi dunia yang

tidak menentu. Perkara ini tidak mustahil boleh merencatkan pelan

pembangunan PBT,  sudah sampai masanya untuk PBT bukan hanya

menumpukan kepada kebersihan dan kutipan sampah sahaja  tetapi

berperanan dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawasan PBT

dalam usaha menambah pendapatan untuk tidak terus bergantung kepada

kerajaan negeri persekutuan dan kerajaan.

iii) PROSES URBANISASI YANG PESAT

Isu pembandaran sering kali dikaitkan dengan factor penghijrahan penduduk

dari desa ke Bandar dan jarang sekali dianggap sebagai satu proses

memperbandarkan masyarakat desa (Yahaya Ibarahim, 1995). Dengan kadar

pertumbuhan penduduk Bandar yang sedemikian akan member kesan positif

dan juga negative terhadap persekitaran ekonomi desa dan Bandar. Tumpuan

penduduk ke Bandar seringkali dikaitkan dengan peluang pekerjaan dan

persekitaran Bandar yang mengagumkan.

Proses urbanisasi ini membawa cabaran yang besar kepada PBT kerana proses

urbanisasi ini membawa kepada penghijaharan pekerja dari kawasan 15

Chuid Samsu 193119

Page 16: PBT DI MALAYSIA

pedalaman ke kawasan bandar, kepadatan penduduk di kawasan Bandar

menyebabkan juga akan menyebabkan keperluan untuk pembinaan

petempatan baru. Walaubagaimanapun, pekerja yang berhijrah ke kawasan

bandar kebanyakanya menetap di kawasan perumahan setinggan. Ini yang

membawa masalah kepada masyarakat dan PBT di kawasan itu. Ini kerana

kawasan setinggan yang membawa masalah sosial seperti jenayah ragut,

mencuri dan rogol.

Selain itu, kemudahan kualiti air, elektrik dan kesihatan di kawasan setinggan

juga tidak sistematik kerana kualiti yang rendah dan ini juga membawa masalah

kepada PBT dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Begitu juga dengan masalah migrasi pekerja asing tanpa izin mahupun pekerja

asing yang berdaftar dengan kerajaan. Kewujudan kumpulan pekerja asing ini

juga menyebabkan masalah sosial berlaku antaranya adalah jenayah pecah

rumah dan rompakan sering berlaku yang melibatkan pekerja warga asing.

Justeru itu, dalam menangani gejala sosial dan jenayah seperti kebanjiran

warga negara asing ini, kutu rayau, peminta sedekah, mat rempit, pelacuran dan

penagihan dadah.  Sebagai PBT yang bertanggungjawab maka haruslah

memantau keadaan tersebut serta bekerjasama dengan pihak polis dan pihak

berkuasa yang lain di kawasan Bandar tersebut.

Proses urbanisasi juga merupakan faktor kepada kejadian banjir kilat yang

berlaku kerana proses perbandaran di kawasan Bandar ini yang tidak mengikut

spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan seperti pembinaan sistem perparitan

yang tidak sempurna dan penggunaan tanah secara besar-besaran tanpa

kawalan. Ini semua merupakan cabaran utama kepada PBT dalam mencari

jalan penyelesaian isu.

Pada peringkat awal urbanisasi kawasan metropolitan dan Bandar besar yang

lain menjadi lokasi pilihan aktiviti pembuatan. Di lokasi-lokasi inilah terdapatnya

pelbagai manfaat ekonomi aglomerasi. Bandar raya umpama sesebuah Negara

yang melalui proses pertumbuhan pesat lazimnya berupaya menawarkan asa 16

Chuid Samsu 193119

Page 17: PBT DI MALAYSIA

ekonomi yang luas dan pelbagai, sesuai dengan tuntutan perkhidmatan moden

dan industry inovatif yang lain. Dari segi teorinya, apabila proses perindustrian

berlalu, dan kawasan metropolitan mula memperlihatkan masalah-masalah

yang berkaitan dengan penumpuan yang melampau aktiviti ekonomi dan

kependudukan, aktiviti pembuatan mula berpindah keluar dari kawasan

metropolitan (Prof. Morshidi Sirat, 2002).

iv) PENYERTAAN MASYARAKAT

Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat

antarabangsa, perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan

merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar, program dan

projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan

yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah

penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan

pembinaan bangsa. Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di

dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya perpaduan bangsa

Malaysia terpelihara (Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3).

Isu dan cabaran PBT dalam aspek sosial juga amat penting jika melihat peranan

PBT pada masa sekarang kerana aspek sosial seperti kualiti hidup, isu

perumahan, kemiskinan, gejala sosial, jenayah, masalah perbandaran,

kebanjiran pekerja asing dan sebagainya amat mencabar dan keadaan ini

merupakan kesan langsung daripada keadaan globalisasi yang memberi kesan

kepada sektor ekonomi serta kehidupan sosial masyarakat kini.

Dalam hal ini, PBT haruslah berupaya menyelesaikan masalah ini secara

berkesan untuk kesejahteraan rakyat. Isu berkenaan dengan penurunan kualiti

hidup masyarakat di dalam bandar merupakan antara isu utama kesan daripada

pembangunan bandar yang tidak diuruskan dengan baik. Untuk menjadi sebuah

bandar yang maju dan mampan ciri-ciri yang perlu di titikberatkan adalah kualiti

infrastrukur sokongan dan kualiti hidup yang tinggi yang dihasilkan melalui

penyediaan perumahan, pendidikan, rekreasi dan kemudahan kesihatan yang 17

Chuid Samsu 193119

Page 18: PBT DI MALAYSIA

mencukupi. Dari aspek penyediaan perumahan, isu utama adalah kekurangan

penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Walaupun

kemudahan perumahan telah disediakan melebihi dari keperluan sebenar,

bekalan perumahan untuk golongan miskin di bandar  tidak mencukupi kerana

harga rumah adalah diluar kemampuan mereka.

v) GOOD GOVERNANCE

PBT seperti yang dimaksudkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

iaitu Majlis Bandaraya, Governans bukanlah suatu konsep yang baru.

Governans bermaksud proses membuatkeputusan dan proses perlaksanaan

setiap keputusan iaitu sama ada keputusan tersebut dilaksanakan atau tidak.

Terdapat beberapa konteks governans yang sering digunakan iaitu governans

korporat, governans antarabangsa, governans kebangsaan dan governans

tempatan. Kerajaan merupakan satu faktor di dalam governans yang

bertanggungjawab merancang, membuat keputusan, melaksana dan mengawal

setiap pembangunan yang dijalankan supaya negara terus berdiri dengan teguh

dan aman sejahtera (http://www.unescap.org).

Menurut Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP)

governans mempunyai lapan elemen utama iaitu bertanggungjawab, telus,

timbal-balik, penyertaan yang adil dan saksama, efektif dan efisyen, mematuhi

perundangan, penglibatan semua pihak dan persetujuan umum. Setiap elemen

ini amat penting supaya korupsi dapat dikurangkan dan pandangan umum

pelbagai pihak seperti pemimpin dan masyarakat diambilkira di dalam proses

membuat keputusan demi masa depan bersama (http://www.unescap.org).

Keefisienan governans juga menjadi salah satu daripada tuntutan masyarakat

global. Dengan berpegang bahawa keefisienan bermula sejak di peringkat

perancangan, kemudiannya terpancar di peringkat pembangunan dan

penyediaan dan akhirnya di peringkat pengendalian perkhidmatan yang

melibatkan pelbagai stakeholders, keefisienan governans sebenarnya

melampau jangkauan prinsip good governance. 18

Chuid Samsu 193119

Page 19: PBT DI MALAYSIA

Di peringkat kerajaan tempatan umpamanya, governans yang efisien akan

membentuk mekanisme pengurusan bandar yang menggalakkan pertumbuhan

dan persekitaran hidup yang berkualiti. Penekanan kepada governans yang

efisien dapat dilihat dalam penelitian pembangunan bandar mahupun wilayah

bandaraya. Melalui program Effective City Development Strategies (CDS),

persoalan pembangunan bandar yang berhadapan dengan isu ketidakefisienan

cuba diatasi, terutama apabila tiada penyelarasan antara kawasan dan

stakeholder metropolitan. Melalui pendekatan ini, CDS mencadangkan lapan

prosedur iaitu iaitu:

i) Memulakan proses;ii) Membina parameter permulaan dan skop CDS; iii) Membina penilaian awal; iv) Formulasikan visi; v) Mengenalpasti kekuatan-kelemahan-peluang-kepercayaan (analisis

SWOT); vi) Menetapkan strategi bidasan vii) Membina kesedaran; dan viii) Memulakan perlaksanaan

(http://www.citiesalliance.org).

Satu lagi contoh empirikal kefisienan governans ialah pengalaman bandar San

Jose yang bertanggung jawab ke atas perkhidmatan kepada pelbagai lapisan

penduduk, pekerja dan pelawat di kawasan perkhidmatan seluas 175 batu

persegi (http://www.ci.san-jose.ca.us/planning). Sebagai bandar besar, San

Jose berhadapan dengan cabaran untuk memberi perkhidmatan berkualiti

kepada semua kejiranannya. Ini melibatkan perkhidmatan polis dan

perlindungan kebakaran, taman-taman dan rekreasi, perpustakaan, pelupusan

sisa, air minuman dan bekalanelektrik. Namun, wujud kekangan disebabkan dua

faktor utama iaitu dana pengurusan Bandar yang terhad dan komunitinya terdiri

daripada tenaga kerja yang tidak aktif.

vi) PEMBANGUNAN MAMPAN

Dalam perancangan pembangunan sesuatu kawasan seperti sebuah bandar

baru, rnaklumat lengkap mengenai semua aspek seperti jenis dan penggunaan

19Chuid Samsu 193119

Page 20: PBT DI MALAYSIA

tanah, kemudahan awam yang telah tersedia, sempadan tanah serta sifat

populasi tempatan perlu diselidiki terlebih dabulu. la perlu meliputi semua sektor

seperti ekonomi, perumahan, pengangkutan, kemudahan awam, rekreasi dan

alam persekitaran.

Maklumat ini penting dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi

menentukan kaedah penggunaan tanah serta mengurangkan kesan buruk

terhadap alam persekitaran. Pembangunan bandar banyak membawa kebaikan

kepada negara, dan tidak kurang juga ia membawa keburukan terutamanya jika

pembangunan tersebut tidak peka kepada alam persekitaran yang sensitif,

infrastruktur yang terhad, masalah sosial dan kualiti kehidupan di kawasan

tersebut.

Dalam Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang

tahun 2020, bukan hanya dalam aspek ekonomi, tetapi juga aspek sosial,

kestabilan politik, pentadbiran kerajaan, kualiti hidup, nilai-nilai sosial dan

kerohanian yang baik. Wawasan ini yang mengandungi Sembilan (9) cabaran

telah menggariskan bahawa segala sumber semulajadi tidak boleh dibazirkan,

tanah negara ini perlu senantiasa subur dan produktif, alam persekitaran

senantiasa bersih, air tidak tercemar, sumber hutan mampu untuk tumbuh

semula, dan mampu menampung keperluan Negara ini.

Keindahan bumi ini juga tidak boleh dikorbankan semata-mata kerana

kepentingan diri atau untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Oleh itu bagi

mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan maju seperti yang dicita-citakan

dalam Wawasan 2020 maka pembangunan yang dijalankan mestilah mesra

alam dan memenuhi keperluan masyarakat.

Dalam konsep pembangunan mampan juga ada menegaskan hubungan di

antara pembangunan berterusan dengan kepentingan penjagaan alam

persekitaran. Surunhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Sedunia (1987)

mendefinisikan pembangunan mampan sebagai "pembangunan yang 20

Chuid Samsu 193119

Page 21: PBT DI MALAYSIA

memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan

generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka" (Mohd Hasni bin Hi

Jaafar, 2001). Secara amnya ia bererti bahawa untuk memastikan imbangan di

antara pertumbuhan fizikal dan alam sekitar serta mempastikan pembangunan

berjalan secara berterusan dan lestari.

Pembangunan mampan amat penting dalam perancangan bandar agar segala

aspek berkenaan diambilkira dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh semua

pihak yang terlibat. Ini adalah untuk membantu dalam memenuhi sesuatu polisi

pembangunan, memberikan amaran mengenai masalah yang mungkin timbul,

memberikan status kemajuan sosial, mempertingkatkan tahap penglibatan

masyarakat setempat dalam satu-satu keputusan mengenai alam persekitaran

mereka, dan yang paling penting dapat menyepadukan pertimbangan alam

persekitaran ke dalam pembangunan setempat.

Perancangan dan pembangunan persekitaran yang selamat dapat diwujudkan

melalui pelaksanaan prinsip pembangunan mampan serta menfokuskan kepada

manusia “sustainable people centred development model”. Penekanan juga

harus diberikan kepada jalinan tiga hubungan manusia dengan pencipta,

manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga

jalinan ini harus ditetapkan melalui makanisme sistem perancangan sedia ada

serta konsep-konsep perancangan. Perancangan dan pembangunan

persekitaran yang selamat adalah tepat pada masanya dilaksanakan kerana

dari segi perancangan, cabaran yang dihadapi bukan hanya untuk menjamin

perkembangan ekonomi tetapi mencapai perpaduan dan kesejahteraan

berasaskan lunas keselamatan (Zainuddin Muhamad, 1999) (dlm. Jamaludin

Mustaffa, 2007).

KESIMPULAN 

Pembangunan merupakan salan satu aspek terpenting di dalam negara. Jesteru itu

adalah perlu bagi pihak yang berkepentingan yang mempunyaifungsi dan matlamat

terutamnya Pihak Berkuasa Tempatan supaya menyedari kepentingan pembangunan 21

Chuid Samsu 193119

Page 22: PBT DI MALAYSIA

setempat supaya ianya berjaya mengerak sesebuah pembangunan yang bestari dan

mampan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.  Masalah

pembangunan yang menjadi masalah kini hanya boleh diatasi sekiranya Pihak Berkuasa

Tempatan itu mengambil langkah-langkah untuk manguruskannya diambil melalui prinsip-

prinsip pembangunan yang teratur dan bersistematik serta berkesan.

Pembangunan yang lestari hanya dapat dicapai dengan perubahan dan peningkatan

perestasi pembangunan yang diuruskan dan bagaimana pembangunan itu dilihat akan

mambantu masyarakat setempat supaya menjadimasyarakat yang moden dan terbaik.

Diharapkan denga wujudnya peningkatantahap pengurusan pembangunan Pihak

Berkuasa Tempatan akan Berjaya menjadi unggul dan bijak merencanakan

pembangunan setempat untuk masyarakat dan pembangunan itu dapat diadaptasikan

dengan bersistematik dan efektif demi menjamin pembangunan yang terbaik dalam

negara.  

Secara keseluruhanya, dalam keadaan arus globalisasi pada masa kini, dilihat

cabaran PBT semakin mencabar terutama dalam aspek politik, ekonomi,

pengurusan alam sekitar, teknologi dan sosial. Dalam melaksanakan tugas

sebagai PBT di kawasanya, PBT di seluruh Negara bertanggungjawab dalam

melaksanakan segala peranannya kepada masyarakat untuk menjamin

keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. Jika dilihat peranan PBT dalam

pelaksanaan serta penguatkuasaannya adalah berbeza di antara sesebuah PBT

dengan PBT yang lain.  Ini adalah kerana masalah sumber kewangan, sumber

manusia dan perundangan. Begitu juga dengan keutamaan sesebuah PBT yang

berbeza kerana perlu memenuhi kehendak setempat, pertindihan bidang kuasa

dan kehendak politik dalam masyarakat. Tetapi, pelaksanaan tugasnya

bergantung kepada sumber yang sedia ada. Setiap masalah yang dikenal pasti

perlu diberi perhatian serius bagi memastikan semua peruntukan sedia ada

dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.

22Chuid Samsu 193119

Page 23: PBT DI MALAYSIA

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain, Malike Ibrahim, Mohamed Sukeri Khalid, Subri Hashim dan Zawiyah Mohd. Zain (2010). Siri Modul Kendiri PLK: Kerajaan Tempatan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad. Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif komuniti. Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). http://www.ukm.my/geografia/images/upload/6.2009-1-Hamzah-melayu-1.pdf

Jamaludin Mustaffa (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Ph.D. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).

Mohd Hasni bin Hi Jaafar, (2001). Kesihatan Persekitaran Dalam Perancangan BandarJurnal Kesihatan Masyarakat Jilid 7: 2001.

Profesor Morshidi Sirat, (2002). Proses Globalisasi dan Transformasi Bandaraya. Isu, Peluang dan Cabaran Bagi Kuala Lumpur. Syarahan Umum, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) (http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/335/BAB-00-MENINGKATKAN-KEUTUHAN)

Yahaya Ibarahim, (1995). Pembangunan dan Kejiranan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

http://www.citiesalliance.org

http://www.ci.san-jose.ca.us/planning

http://www.unescap.org

23Chuid Samsu 193119