pbs terbaru

Upload: rasyidi7

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    1/16

    PENGALAMAN BERASASKAN

    SEKOLAH

    (PBS)

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    2/16

    ISI KANDUNGAN

    Tajuk

    Kaedah Pengajaran Dan Penggunaan Bahan Sumber Kemahiran Cara Guru Menerang, Menyoal, Dan

    Menggunakan Papan Tulis

    Pelaksanaan Kaedah, Sumber Dan Kawalan Kelas Membuat Penerapan Nilai Dan Penggabungjalinan

    Serta Penilaian P&P

    Kaedah Menggunakan Bahan Sumber Serta CaraGuru Mengawal Kelas Sewaktu Amali

    Kemahiran Guru Menerang, Membuat penilaian danPenutup

    Kemahiran Amali Pafa Kaedah Pengajaran Talaqqi Musyafahah Untuk

    Program Khatam Al-Quran

    Aktiviti P&P Aktiviti Pemulihan Jawi / AktivitiPemulihan Dan Pengayaan Jawi

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    3/16

    PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH

    TAJUK 1

    1. Matapelajaran/ bidang : Pendidikan Islam (Akidah)

    2. Tarikh : 05 April 2012

    3. Masa : 3.354.35 Petang

    4. Kelas : 3 Amanah

    5. Tajuk : Beriman Kepada Hari Akhirat

    6. Laporan : Kaedah Pengajaran Dan Penggunaan Bahan Sumber

    7. Kaedah mengajar :

    Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, jelas menunjukkan penggunaan Bahan Bantu

    Mengajar (BBM) dalam proses P&P adalah tinggi. Ini adalah penting kerana dengan

    penggunaan BBM terutamanya guru pelatih dapat menyampaikan pengajarannya dengan

    mudah dan menarik perhatian pelajar. Dengan ini secara tidak langsung, akan menjadikanmurid lebih minat serta menumpukan perhatian (Omaruddin Ashaari, 1999).

    Guru tersebut banyak menggunakan alat bantu mengajar (ABM) berbentuk kad imbasan

    gambar. Penggunaan kad imbasan mampu menarik minat murid memahami tajuk yang

    dipelajari. Selain itu, ia mampu menguatkan ingatan murid dengan gambar-gambar yang

    menarik yang berwarna-warni. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan murid amat

    bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan BBM yang sesuai dengan

    peringkat umur. Murid juga dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti berbentuk berpusat atau

    berkumpulan bagi memastikan setiap murid terlibat dan dapat menyumbangkan idea.

    8. Refleksi

    Kelebihan yang dilihat, guru bijak menggunakan ABM yang mampu menarik minat murid

    berkaitan tajuk yang dipelajari. Guru juga sentiasa menggunakan pergerakan dan eye

    contact dengan pelajar bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan kesemuanya dapat

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    4/16

    menguasai pelajar. Guru juga sentiasa melayangkan soalan-soalan bagi memastikan pelajar

    sentiasa focus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PnP. Namun, jumlah murid yang

    ramai menyebabkan sesi PnP sedikit terganggu apabila murid mengambil peluang berbual-

    bual dengan rakan dan menjalan aktiviti lain tanpa pengetahuan guru. Intonasi suara guru

    yang lembut juga mengakibatkan murid mudah bosan walaupun penggunaan ABM yang

    pelbagai.

    Kesimpulannnya guru perlu menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi menarik minat

    murid yang mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Guru juga perlu menggunakan intonasi

    suara yang lantang serta tegas. Ia memastikan murid dapat menerima input serta maklumat

    dengan jelas dan memahami pelajaran.

    TAJUK 2

    1. Matapelajaran/ bidang : Pendidikan Islam (Sirah)

    2. Tarikh : 05 April 2012

    3. Masa : 3.354.35 Petang

    4. Kelas : 3 Rajin

    5. Tajuk : Pekerjaan Nabi Semasa Kecil

    6. Laporan : Pelaksanaan kaedah, sumber dan kawalan kelas

    7. Kaedah mengajar :

    Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah

    penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan

    dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam

    makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar

    pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan

    teknik. Dari apa yang dilihat, guru menggunakan pendekatan nyanyian. Kaedah ini mampu

    menarik minat murid dan menajamkan minda murid. Ini kerana murid-murid lebih berminat

    dengan sesi pengajaran dan pelajaran yang yang pelbagai dan menarik. Ia juga membuatkan

    murid lebih bersemangat dan bertenaga untuk menyanyi lagu-lagu baru dengan perbagai

    pergerakan.

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    5/16

    Sumber yang digunakan adalah berbentuk audio (radio) dalam sesi nyanyian. Dengan

    penggunaan sumber selain dari bahan yang terdapat dalam bilik darjah, ia mampu menarik

    minat murit dengan pendekatan yang berbeza. Bilik darjah merupakan tempat murid

    menghabiskan sebahagian masa persekolahannya. Suasana bilik darjah sangat menentukan

    keberkesanan PnP. Suasana bilik.darjah mungkin menjadi kawan atau lawan dalam

    pembelajaran (Marland, 1975). Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan

    guru-murid, murid-murid dan keseronokan berkerjasama.

    8. Refleksi

    Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan,

    pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan

    yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh

    murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan

    mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan

    mereka.

    Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru bijak menggunakan kaedah teknologi dalam

    menarik minat murid dan mempelbagaikan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

    Kepentingan sumber antaranya:

    a. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.

    b. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaranPengajian Sosial.

    c. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.

    d. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalampengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

    e. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian Sosial.

    f. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran danpembelajaran Pengajian

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    6/16

    TAJUK 3

    1. Mata Pelajaran : Pendidikan Islam2. Tarikh : 1 Mei 20123. Masa : 8.30-9.30 pagi4. Kelas : 3 jujur5. Tajuk : Bersuci daripda najis6. Laporan :Kemahiran Cara Guru Menerang, Menyoal, Dan

    Menggunakan Papan Tulis

    7. Kaedah mengajar :

    Kemahiran menerangkan dengan contoh ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

    Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya

    bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya. Kemahiran yang digunakan di

    peringkat perkembangan samada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan

    pelajaran murid.

    Dalam kemahiran ini, guru tersebut menerangkan pengertian najis dengan memberi beberapacontoh najis. Guru tersebut menerangkan sambil mendemostrasikan cara-cara menyucikan

    najis dengan betul. Guru juga menguatkan kenyataannya dengan ilutrasi bergambar.

    Guru menerangkan tajuk dengan nada suara yang kuat, jelas dan tegas agar murid-murid

    dapat memahami kaedah menyucikan najis dengan lebih serius kerana sekiranya murid-murid

    tidak jelas akan tajuk ini, maka wudhuk dan juga solatnya juga tidak sempurna kerana najis

    merupakan kekotoran yang perlu di cuci dengan kaedah-kaedah yang betul.

    Di akhir pengajaran, guru membuka soalan kepada murid-murid supaya bertanya sekiranya

    mereka tidak faham. Sekiranya tiada tindak balas daripada murid-murid, guru tersebut

    menyoal murid-murid dan membantu murid-murid yang tidak dapat menjawab agar ada sesi

    pembelajaran dua hala.

    Pengguanaan papan tulis dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat penting kerana

    murid dapat melihat dengan jelas apa yang ingin di sampaikan oleh guru mereka. Tulisan

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    7/16

    guru juga memainkan peranan penting kerana murid melihat segala pergerakkan kita

    termasuk sebelum kita menulis, semasa menulis dan selepas menulis. Tulisan guru perlu

    besar dan jelas kerana kebanyakkan kelas mempunyai bilangan murid yang ramai.

    8. Refleksi:

    Bedasarkan pemerhatian saya, objektif sebenar penggunaan kemahiran menerang dan

    menyoal ialah:

    1) Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.2) Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran denagn jelas.3) Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan kaedah, masalah dan

    sebagainya.

    4) Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinanberlakunya peristiwa tertentu.

    Menurut pemerhatian saya, penggunaan papan tulis amat penting dalam sesi pembelajaran.

    Ini kerana, eyes contact murid tertumpu kepada guru. menggunaannya mudah kerana ia

    sentiasa berada dalam bilik darjah.

    Antara kelebihan menggunakan papan tulis ialah:

    1) Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit2) Sesuai dengan berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek3) Mudah disediakan4) Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah

    tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut5) Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti

    aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar dan sebagainya.

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    8/16

    TAJUK 4

    1.Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

    2.Tarikh : 2 Mei 2012

    3.Masa : 9.30-10.30 pagi

    4.Kelas : 3 Rajin

    5.Tajuk : Adab Bercakap Dengan Rakan

    6.Laporan :Membuat Penerapan Nilai Dan Penggabungjalinan Serta

    Penilaian P&P

    7.Kaedah mengajar:

    Guru tersebut sangat menitikberatkan penggabungjalinan dalam sesuatu tajuk yang ingin

    disampaikan dalam sesebuah kelas. Dalam tajuk ini, guru tersebut menggabungjalinankan

    tajuk adab bercakap dengan rakan dengan pelajaran sirah. Tajuk yang sesuai untuk

    digabungjalinkan dengan tajuk adab bercakap dengan rakan ialah sifat baik hati

    Rasulullah terhadap umatnya.

    Guru tersebut juga membuat penilaian terhadap murid-muridnya semasa proses P&P. Ini

    dianggap penting kerana seseorang guru perlu menilai serta memerhatikan muridnya agar

    mereka memahami apa yang dipelajari. Teknik yang digunakan oleh guru tersebut ialah

    berbentuk pemerhatian,dan latih tubi. Ini dapat melihat kemampuan murid-murid menguasi

    pelajaran dan penilaian ini penting untuk meningkatkan mutu P&P di masa akan datang.

    8. Refleksi:

    Menurut pemahaman saya, penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran

    yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang

    mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat

    untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuhkan dan bahan pengajaran saling

    melengkapi. Dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

    Tujuan strategi penggabungjalinan adalah seperti berikut :

    1) Kemahiran dapat dikuasi secara serentak2) Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    9/16

    3) Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semulajadi4) Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai murid

    Prinsip-prinsip penggabungjalinan

    1) Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan ojektif yang hendak dicapai2) Seseorang guru itu mesti mengetahui apa dan berapa kemahiran yang ingin

    digabungjalinkan

    3) Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik bedasarkankebolehan dan pencapaian murid-murid

    Pada pemerhatian saya, penyerapan nilai merupakan satu proses penyebatian dan

    menyatupadukan pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi

    sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan Islam, unsure ilmu, nilai

    dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa

    depan boleh diserapkan.

    Tujuan penyerapan nilai adalah seperti berikut:

    1) Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturanmelalui aktiviti yang dijalankan.

    2) Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan.3) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati.4) Memupuk corak pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif.5) Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk

    perkembangan diri

    6) Menguasi dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakansebaya dan masyarakat.

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    10/16

    TAJUK 5

    Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Taharah)

    Tarikh : 5 Mei 2012

    Masa : 10.30-11.30 pagi

    Kelas : 3 Yakin

    Tajuk : Mandi Wajib

    Laporan : Kaedah Menggunakan Bahan Sumber Serta Cara Guru

    Mengawal Kelas Sewaktu Amali

    Kaedah mengajar :

    Pada pemerhatian yang dijalankan, guru menggunakan bahan sumber berkaitan taharah

    dengan bijak dan menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian dengan sesi PnP.

    Guru tersebut menggunakan bahan elektronik dan juga bukan elektronik antaranya, guru

    menggunakan paparan slide show pada permulaan set induksi. Kemudian guru

    menggunakan kad imbasan bagi mengenalkan murid dengan topik taharah yang dipelajari.

    Pada langkah ke-3 pembelajaran, guru menggunakan pula teknik mainan yang sangat

    menarik perhatian pelajar dan sebagai pengukuhan yang membolehkan murid mudah

    menginagtinya.

    Guru juga menggunakan bahan sumber dengan baik. Guru menjalankan sesi pengajaran dan

    pembelajaran dengan melibatkan hampir kesemua pelajar. Contohnya, guru meminta murid

    menyebut serta menjawab soalan secara kelas, kumpulan serta individu. Dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran, guru mempelbagaikan bahan sumber agar murid tidak bosan

    dan mampu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran hingga akhir. Dalam kawalan kelas

    pula, guru mengawal kelas dengan baik. Murid sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

    Refleksi :

    Secara keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

    Namun, bahan sumber yang digunakan oleh guru terlalu kecil dan membataskan

    pemandangan pelajar yang duduk dikawasan belakang. Selain itu, guru juga terlalu

    mempelbagaikan bahan sumber sehingga murid menjadi bosan dan p&p sedikit terganggu

    dengan aktiviti yang terlalu banyak. Oleh itu, sebagai penambahbaikan, guru perlu

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    11/16

    merancang p&p dengan lebih teratur dan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan topik

    yang dipelajari.

    TAJUK 6

    1. Matapelajaran/ bidang : Pendidikan Islam (Akidah)

    2. Tarikh : 05 April 2012

    3. Masa : 3.354.35 Petang

    4. Kelas : 3 Amanah

    5. Tajuk : Niat Solat Lima Waktu

    6. Laporan :Kemahiran Guru Menerang, Membuat Penilaian, Dan

    Penutup.

    7. Kaedah mengajar :

    Bedasarkan pemerhatian saya, seseorang guru perlu ada kemahiran dalam menerangkan

    sesuatu topik pembelajaran supaya murid dapat memahami sesuatu pelajaran. Penerangan

    guru juga hendaklah menarik, serta mengekalkan perhatian murid-murid sehingga habis sesi

    pembelajaran. Guru menggunakan kaedah menerang yang tidak terlalu lama kerana guru

    mengetahui bahawa murid akan berasa bosan jika mereka disuruh duduk dan mendengar

    penerangan guru dalam tempoh yang lama.

    8. Refleksi

    Penerangan yang baik adalah penerangan yang menggunakan perkataan berdasarkan

    kebolehan dan pengalaman murid lepas supaya mereda dapat mengikutnya dengan mudah

    dan bermakna. Selepas aktiviti penerangan, guru hendaklah menggalakkan murid bertanya

    perkara-perkara yang tidak faham berkenaan dengan tajuk pembelajaran. Untuk menentukan

    bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama

    juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik

    akan meninggaalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.

    Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran

    penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan

    pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar. Oleh

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    12/16

    itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan

    konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting

    atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh

    menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Membuat rumusan atau kesimpulan

    tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau

    papan gulung. Selain itu, memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja

    kepada pelajar-pelajar dan memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar. Dan yang

    terakhir guru perlulah menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari

    supaya guru mengetahui samada pengajaran dan pembelajaran sesebuah kelas berjaya atau

    tidak.

    TAJUK 7

    1. Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

    2. Tarikh : 6 Mei 2012

    3. Masa : 8.30-9.30 pagi

    4. Kelas : 3 Usaha5. Tajuk :

    6. Laporan : Kemahiran Amali Pafa

    7. Kaedah mengajar :

    Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) merupakan satu kaedah yang diketengahkan bagi

    mengesan kemampuan pelajar dalam membudayakan amalan fardhu ain. Akan tetapi sejauh

    mana kaedah penilaian ini mampu mengukur hakikat sebenar pencapaian pelajar. PAFA

    bertujuan mencapai:

    i. Boleh mengucap dua kalimah syahadah dengna betulserta memahaminyaii. Mengingati dan memahami rukun islam dan rukun iman

    iii. Mengetahui dan mengamalkan bersuci dari beristinjak dan sebagainya.iv. Boleh mendirikan solat fardu dan sebagainya.

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    13/16

    Dalam penilaian PAFA, guru j-QAF dan pendidikan islam terlibat secara langsung dalam

    melaksanakan penilaian ini terhadap kesemua pelajar yang beragama islam. Tempoh

    penilaian bermula dari hari pertama penggal pertama hingga akhir tahun. Ianya akan direkod

    oleh guru. Setiap murid mempunyai rekod tersendiri dan penilaian PAFA dijalankan secara

    individu mengikut tahap kefahaman murid-murid. Mereka perlu mengbaca dan mengingati

    rsetiap tajuk berkaitan pendidikan islam ketika dalam sesi P&P. Soalan pelajar dari darjah 1

    dan 6 pula berbeza-beza mengikut tahap tahun masing-masing.

    8.Refleksi :

    Secara kesimpulannya, PAFA banyak membantu murid dalam mengukuh, mengingat,

    mengetahui serta mengamalkan ajaran islam yang dituntut dengan bantuan dari guru. Ianya

    juga membantu murid untuk lebih mendalami islam dan dapat mendidik akhlak murid yang

    soleh dan solehah. Namun, proses penilaian PAFA yang terikat ketika sesi P&P dengan

    kuantiti murid yang ramai mengakibatkan ada segelintir murid yang tidak dapat

    menghabiskan bacaannya dan guru tidak dapat menilai murid.

    TAJUK 8

    1. Matapelajaran/ bidang : Pendidikan Islam (Al-Quran)

    2. Tarikh : 05 April 2012

    3. Masa : 3.354.35 Petang

    4. Kelas : 3 Amanah

    5. Tajuk : Iqra 3

    6. Laporan :Kaedah Pengajaran Talaqqi Musyafahah Untuk Program

    Khatam Al-Quran

    7. Kaedah mengajar :

    Bedasarkan pemerhatian saya, guru ini adakalanya menggunakan kaedah talaqqi musyafahah

    bagi mencapai objektif yang ingin di capai. Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan

    secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari segi istilah ia bermaksud pertemuan antara

    guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan

    guru.

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    14/16

    Musyafahah dari segi bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada

    pergerakkan dua bibir. Manakala dari segi istilah ia bermaksud murid menerima pengajaran

    secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.

    Refleksi:

    Menurut pandangan saya, dengan menggunakan kaedah ini pembelajaran akan menjadi lebih

    berkesan kerana guru dapat membimbing dan memperbetulkan bacaan murid dengan jelas.

    Selain itu juga, tumpuan kepada murid adalah 95% lebih baik berbanding pengajaran dalam

    kelas kerana murid akan memberi sepenuh tumpuan dengan pelajaran.

    Kekuatan kaedah Talaqqi Musyafahah ialah murid dapat membaca dengan tepat dan betul

    dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru. Isi pembelajaran tidak diragui akan

    kesahihannya. Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan

    murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah serta meningkatkan keyakinan murid

    berhadapan dengan guru. Namun, apabila kaedah ini berjalan dalam P&P, ianya akan

    memberi kesan yang tidak baik kepada murid lain yang mana murid lain berpotensi untuk

    bermain dalam kelas, bising dan bergaduh kerana guru berpusat kepada seorang murid sahaja.

    Namun, kaedah ini amat berkesan jika guru ingin mengenalpasti secara amali tahap

    kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam bacaan Al Quran

    yang meliputi makhraj makhraj huruf, sifat sifat huruf dan lain lain hukum tajwid. Selain itu,

    pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.

    TAJUK 9

    Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (pemulihan jawi)

    Tarikh : 8 Mei 2012

    Masa :8.30-9.30 pagi

    Kelas : 3 Yakin

    Tajuk : Mengenal kata pinjaman bahasa Arab

    Laporan :Aktiviti P&P Aktiviti Pemulihan Jawi Dan Aktiviti Pemulihan

    Dan Pengayaan Jawi

    Kaedah mengajar :

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    15/16

    Dari pemerhatian yang dijalankan dalam kelas pemulihan jawi. Guru menggunakan kaedah

    yang lebih mudah. Guru tidak terlalu banyak melibatkan guru dengan permainan. Namun,

    guru lebih banyak menggunakan pendekatan bersepadu. Guru menggunakan kad imbasan

    huruf dan meminta murid menyebut secara kelas, kumpulan dan individu berulang-ulang kali.

    Guru juga melibatkan pelajar dengan meminta murid mencari, mencantum, menyebut huruf.

    Ianya membantu murid dalam mengingat, mengenal serta mengukuhkan lagi ingatan huruf

    mereka. Dalam pengukuhan pula, guru akan melibatkan semua murid dengan meminta setiap

    murid melakarkan huruf-huruf yang telah dipelajari diudara, diatas kertas dan dibelakang

    badan rakan.

    Bedasarkan pemerhatian saya juga, guru ini menggunakan 3 kaedah dalam pemulihan jawi.

    Antaranya ialah kaedah latih tubi. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta

    atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

    Teknik ini mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping mengingat fakta-fakta penting.

    Keyakinan diri murid akan bertambah tetapi perlu bimbingan secara langsung daripada guru.

    Selain itu, melahirkan sifat kepimpinan diri dan mengasah potensi murid-murid. Murid juga

    mampu melahirkan sikap berani kerana ianya menglibatkan penglibatan semua murid.

    Antara kaedah lain yang digunakan ialah kaedah imlak. Imlak bermaksud pembacaan

    dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang

    lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan

    kemahiran menulis secara tersusun. Menulis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama

    ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana. Dengan kaedah ini, murid dapat

    menggunakan kemahiran mendengar dengan baik dan melatih serta mengukuhkan ejaan.

    Dan kaedah yang terakhir biasa dilakukan oleh guru ini ialah kaedah pengayaan. Pengayaan

    adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang

    kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan

    kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

    Kaedah pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar

    untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya

  • 7/31/2019 Pbs Terbaru

    16/16

    aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa

    kemahiran asas tertentu.

    8.Refleksi:

    Bagi saya, kesemua kaedah yang digunakan oleh guru tersebut adalah sesuai dengan tahap

    murid namun bagi saya kaedah imlak tidak sesuai digunakan bagi murid-murid yang masih

    lemah. Ini kerana murid yang lemah tidak akan dapat mendengar dan tidak mampu menulis

    apa yang di sampaikan oleh guru. Ini akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak mahu

    mengikuti sesi pembelajaran lagi. Bagi mereka yang aktif dan bersemangat, mungkin sesuai

    kaedah ini kerana mereka mahukan kelainan dan mereka suka bersaing antara rakan-rakan

    dan ini bagus dalam meningkat kretiviti murid-murid.