pbs t2

11
4.0 PENTAKSIRAN PUSAT Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

Upload: limchinguan

Post on 06-Aug-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bab 4

TRANSCRIPT

Page 1: PBS T2

BAB 4

PENTAKSIRAN PUSAT

Page 2: PBS T2

4.0 PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan.

4.1 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT

a. PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS.

b. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik.

c. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.

61

Page 3: PBS T2

4.2 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2.

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Malaysia SK2 Bahasa Malaysia SJK3 Bahasa Inggeris SK4 Bahasa Inggeris SJK5 Bahasa Cina 6 Bahasa Cina SK 7 Bahasa Tamil8 Bahasa Tamil SK9 Matematik

10 Sains11 Reka Bentuk Dan Teknologi12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi13 Pendidikan Jasmani14 Pendidikan Kesihatan15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Seni Visual17 Pendidikan Islam18 Pendidikan Moral19 Bahasa Arab20 Bahasa Iban21 Bahasa Kadazandusun

Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR

62

Page 4: PBS T2

Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris3 Bahasa Arab4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban7 Bahasa Kadazandusun8 Matematik9 Sains

10 Pendidikan Islam11 Pendidikan Moral12 Sejarah13 Geografi14 Pendidikan Seni Visual15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM

4.3 PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT63

Page 5: PBS T2

PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 12 menunjukkan prinsip PP.

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

Format dan tugasan

disediakan oleh LP

Dilaksanakan di sekolah

Pelaporan ditentukan

oleh LP

Tugasan berbeza setiap tahun

Ditaksir oleh guru mata pelajaran

Penjaminan Kualiti dan standard

Tempoh pelaksanaan ditentukan

oleh LP

Penskoran berdasarkan tugasan yang

diberi

Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat

4.4 JENIS INSTRUMEN64

Page 6: PBS T2

Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ;

a. Tugasan bertulisTugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan.

b. Kerja amaliTugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk.

c. ProjekTugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan.

d. PemerhatianTugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

e. PersembahanTugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.

f. DemonstrasiTugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.

g. Kajian lapanganTugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau makmal untuk mendapatkan data dan maklumat.

h. Kajian kesTugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh.

i. Ujian bertulisTugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen ujian objektif atau subjektif.

j. Ujian lisanTugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.

k. KuizTugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.

65

Page 7: PBS T2

4.5 TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT

a. Skop Tugasan

Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.

b. Jenis Tugasan

Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)

JENIS TUGASAN

Tugasan Jangka Pendek(< 2 Minggu)

Tugasan Jangka Panjang(3 - 4 Minggu)

Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat

i. TJPk

TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu kurang daripada dua minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan.

Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

ii. TJPg

TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tiga hingga empat minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP.

Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.

c. Skor

66

Page 8: PBS T2

Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg.

Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan.

Penskoran Prestasi

i. Markah

Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan.

ii. Gred

Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.

Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP.

ISTILAH TAFSIRAN

Penskoran Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu.

Pelaporan Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif.

Pentaksiran semula Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya.

Autentik Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar.

Menentusahkan Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan.

Rubrik Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai.

Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP

4.6 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT

67

Page 9: PBS T2

Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

MERANCANG

Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan

MELAKSANA

Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP

MENSKOR

MULA

Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP.

Rajah 14 menunjukkan aktivit pelaksanaan PP.

Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP

a.

b.

c.

Merancang

Guru merancang aktiviti dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid.

Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid.

Melaksana

Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi.

Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran.

Menskor

Guru melaksnakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.

Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah.

Guru menerima arahan tugasan68

Page 10: PBS T2

dari LP

Penyelarasan tugasan

Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

Murid melaksanakan tugasan

Guru memberi skor hasil kerja murid

Guru merekod dan melapor penguasaan murid berdasarkan evidens

TAMAT

Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah

4.7 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT

69

Penskoran tidak menepati peraturan

penskoran

Penskoran menepatiperaturan penskoran

Penyelarasan Skor

Page 11: PBS T2

PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.

a. Pentadbir Sekolah

i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP.

ii. Merancang pelaksanaan PP.

iii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP.

iv. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP.

v. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.

b. Guru

i. Melaksanakan pentaksiran.

ii. Memberi skor.

iii. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.

c. Murid

i. Mengetahui dan memahami tugasan.

ii. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan.

iii. Menghasilkan evidens.

d. Ibu Bapa

i. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran.

ii. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

e. Pihak yang berkepentingan contoh PIBG

i. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

ii. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.

70