pbs pam - amirul afiq bin abdullah

Download PBS PAM - Amirul Afiq Bin Abdullah

Post on 11-Oct-2015

35 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

940519-12-5097

SINOPSIS

Kajian yang bertajuk Kegiatan Ekonomi Rumpai Laut syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd di Semporna, Sabah ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penanaman rumpai laut antara spesies rumpai laut. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak berhampiran dengan lokasi kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden, Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian dan Bahagian C pilihan cadangan. Pada bahagian B, Terdapat empat tema persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu, tahap kepuasan terhadap barangan yang disediakan oleh Syarikat OMNI-GEL, cara layanan staf atau pekerja terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan geografi lokasi syarikat dan tempat pemprosesan, dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih. Data yang diperoleh dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk statistik. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden berpuas hati tentang pengusaha Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd di Semporna tentang penggunaan barangan rumpai laut. Akhir sekali, beberapa cadangan untuk meningkatkan populariti pengusaha rumpai laut turut dikemukakan agar dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan barangan rumpai laut oleh pengusaha yang terlibat.

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1Sinopsis1

2Kandungan2

3Penghargaan3

4Pengenalan4 - 5

5Objektif kajian6

6Lokasi kajian7 8

7Kaedah kajian9 13

8Dapatan kajian14 - 34

9Rumusan35 36

10Rujukan37

11Lampiran38 - 41

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat- sahabat baginda. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya kerja kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Jutaan apresiasi buat Cikgu Rosefah binti Awang, selaku Guru Pengajian Am ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada bonda yang tercinta, Indah binti Maharaja Lambai di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak putus-putus buat saya. Bondalah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang. Ucapan apresiasi juga diberikan khas buat para guru Pengajian Am yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di SMK Datuk Panglima Abdullah serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat Pra-Universiti, terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan atas segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

PENGENALAN

Menurut Alfred Marshall (1890), ekonomi adalah satu pengkajian yang melibatkan kegiatan perniagaan yang dijalankan di dalam kehidupan yang biasa. Manakala menurut Lionel Robbins (1932) pula, ekonomi didefinisikan sebagai Sains Pengkajian terhadap sifat kelakuan manusia yang berhubung-kait pada suatu keperluan dengan sumber keperluan untuk tujuan yang berbeza. Paul A. Samuelson (1948) juga menjelaskan bahawa ekonomi adalah bagaimana seseorang manusia menggunakan daya sumber dan langkah untuk menghasilkan komoditi dan mengedarkannya untuk kegunaan yang berbeza.

Perniagaan rumpai laut di Daerah Semporna telah membawa kepada satu fenomena yang mendorong para usahawan tempatan untuk bergiat aktif dalam kegiatan perniagaan rumpai laut. Hal ini kerana perniagaan yang melibatkan penjualan rumpai laut memberikan keuntungan yang maksimum ekoran permintaan yang tinggi dalam pasaran sama ada domestik mahupun antarabangsa. Faktor yang demikian mendorong kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan hasil rumpai laut ke peringkat yang lebih tinggi. Syarikat OMNI-GEL Sdn Bhd merupakan syarikat pembekal dan pemprosesan rumpai laut tempatan yang mendominasi dan memonopoli produk primer rumpai laut ini di Semporna. Kawasan pemprosesan sumber primer yang banyak dijalankan oleh syarikat ini ialah di Pulau Sebangkat dan Pulau Bum-Bum, Semporna. Namun begitu, kajian ini lebih tertumpu di kawasan Pulau Bum-Bum.

Menurut ensiklopedia bebas, Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Ia terdiri dari beberapa kelompok alga daripada pelbagai selular, iaitu alga merah, alga hijau, dan alga perang. Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam tumbuhan. Para ahli psikologi lebih gemar menggunakan terma "alga marin" daripada "rumpai laut". Oleh itu, Kajian ini merangkumi tentang aspek kegunaan rumpai laut dan jelas memberi manfaat dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti inovasi produk daripada rumpai laut seperti alat penjagaan kesihatan dan makanan berkhasiat. Hal ini kerana rumpai laut yang mengandungi banyak khasiat membolehkan ianya mampu dikomersialkan ke pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, saya dapat;1. Mengkaji persepsi mengenai tahap kepuasan pelanggan, cara layanan staf dan pekerja terhadap pelanggan, keadaan geografi syarikat dan tempat pemprosesannya, dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih oleh pelanggan.

2. Mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan populariti Syarikat ini untuk terus berkembang.

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan ditempat pemprosesan rumpai laut Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. iaitu di Pulau Bum-Bum, Semporna. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 30 km dari PekanSemporna (arah utara)dan memakan masa dalam anggaran 40 minit untuk sampai ke destinasi dengan menaiki bot dan kenderaan van.Pulau Bum-Bumjuga agak sukar untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan lautan dan daratan yang terhad. Hal ini demikian kerana,Pulau Bum Bum terletak di sebuah pulau yang terpencil. Dianggarkan populasinya adalah dalam kitaran 3000 orang tempatan yang bertempat di Pulau Bum-Bum. Manakala kedudukan kawasan Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. ini terletak kira-kira 10 km dari Pekan Semporna (arah selatan).

Sejarah Pulau Bum-BumPulau Bum-Bum mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau ini terletak berdekatan dengankawasan yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti marin dan pertanian akuakultur. Kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk masyarakatnya di sekeliling. Sebagai contoh, adanya pusat pendidikan seperti,SMK Berpusat Bum-Bum Terdapat juga beberapa jenis sekolah rendah di sekitar Pulau Bum-Bum. Antaranya ialah, SK Terusan Tengah, SK Balimbang, SK Bum-Bum dan sebagainya. Pusat pendidikan ini dapat membantu para pelajar menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.

Pekerjaan utama penduduk di kawasaniniadalah lebih tertumpu dalam sektor perikanan pinggir pantai, iaitu kegiatan menangkap ikan yang berorientasikan pengeluaran dalam skala yang sedikit. Menggunakan kaedah teknologi tradisonal untuk menangkap hasil laut seperti, pukat tunda, tangkul, pukat tarik, jala, pompang, bubu, pancing, kelong dan bot berenjin kecil. KampungGusung Melantaadalah kampung yang berdekatan mempunyai tanah subur iaitu tanah pamah yang rata dan ini menggalakkan sebahagian penduduk untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Mereka juga mengusahakan tanaman akuakultur rumpai laut dan bergiat aktif dalam aktiviti ini. Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai nelayan di Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd.

KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah dan prosedur tertentu yang perlu dilakukan secara saintifik dan teratur untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Antara aspek-aspek yang digunakan dalam kaedah kajian ini ialah seperti berikut;

a) Perspektif Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji mengedarkan 30 borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang paling sesuai untuk menilai persepsi dan tahap kepuasan pelanggan terhadap barangan serta layanan yang diberikan oleh pengusaha. Maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif, iaitu kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka, dan skor. Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian khusus, pemerhatian ikut-serta, temu bual, lawatan ke tapak kajian dan sebagainya dengan mengambil kira batasan masa, tenaga, dan kewangan.

b) Skop Kajian

Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada kegiatan ekonomi rumpai laut daripada pengusaha industri rumpai laut di pekan Semporna iaitu Syarikat OMNI-GEL Sdn. Bhd. mengikut empat tema persoalan kajian iaitu sejauh mana tahap kepuasan terhadap perkhidmatan yang disediakan, cara layanan staf terhadap pelanggan atau pengguna, keadaan kedudukan lokasi syarikat dan ciri-ciri syarikat tersebut dipilih.

Rajah 1. Menunjukkan Carta Alir Proses Kajian

c) Instrumen Kajian

Bagi kaedah ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang sesuai dan merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Pengkaji mengedarkan 30 borang soal selidik kepada responden yang berstatus pekerja, pelanggan atau pengguna dan orang awam. Borang soal selidik yang disediakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pada Bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat dan demografi responden. Pa