bm ilmiah amirul cara penulisan

21
1 Isi Kandungan Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan 2-3 2.0 Golongan yang mengalami masalah kewangan 4 3.0 Punca-punca masalah kewangan 3.1 Tiada simpanan kecemasan 5 3.2 Tidak dapat membezakan antara keinnginan 5-6 3.3 Tidak mengetahui aliran wang keluar 6-7 3.4 Citarasa melebihi kemampuan 7-8 3.5 Sukar menolak tawaran 8 4.0 Cara cara penyelesaian masalah kewangan 4.1 Catatkan perbelanjaan harian 9 4.2 Menentukan matlamat kewangan 9 4.3 Mengawasi tabiat berbelanja 10

Upload: amirul-ilham

Post on 29-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Isi KandunganPerkara Muka Surat1.0 Pengenalan 2-32.0 Golongan yang mengalami masalah kewangan 43.0 Punca-punca masalah kewangan3.1 Tiada simpanan kecemasan 53.2 Tidak dapat membezakan antara keinnginan 5-63.3 Tidak mengetahui aliran wang keluar 6-73.4 Citarasa melebihi kemampuan 7-83.5 Sukar menolak tawaran 84.0 Cara cara penyelesaian masalah kewangan4.1 Catatkan perbelanjaan harian 94.2 Menentukan matlamat kewangan 94.3 Mengawasi tabiat berbelanja 104.4 Menulis Rancangan Atau Kawalan Perbelanjaan 104.5 Menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja 115.0 Kesan masalah kewangan terhadap pelajar5.1 Tekanan perasaan 125.2 Membuat pinjaman dari pemberi pinjaman tanpa lesen 125.3 Kesan terhadap akedemik pelajar 125.4 Pelajar akan murung 136.0 Kesimpulan 14Rujukan 15Lampiran (Jika ada)Masalah kewangan pelajar UPSI1.0 PengenalanWang penting untuk membantu individu memenuhi keperluan asas dan mencapai keinginannya. Wang berperanan membolehkan individu atau keluarga memenuhi sebahagian besar matlamat atau impian hidup dan secara tidak langsung boleh membantu memantapkan kedudukan ekonomi sesebuah keluarga. Wang mempunyai makna tertentu kepada setiap individu dan keluarga dan sumber kewangan adalah terhad. Masalah kewangan wujud apabila keinginan sentiasa mempengaruhi keputusan perbelanjaan. Kemahiran pengurusan kewangan penting dan diperlukan dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk mencapai matlamat hidup. Kajian Harris Scholastic (1993) mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak menerima asas pendidikan kewangan personel yang baik dan kurang berpengetahuan dalam pengurusan kewangan sendiri. Tahap pendidikan, klasifiklasi penPTPTNan, etnik, pengalaman bekerja dan umur berkaitan dengan tahap pengetahuan kewangan responden (Chen dan Volpe, 1998). Secara umummya, tahap pengetahuan dapat mempengaruhi pendapat dan keputusan seseorang berkaitan urusan kewangan. Masalah kewangan adalah perkara yang tidak dapat dielakan. Namun begitu ia dapat diatasi oleh individu dengan pelbagai cara sama ada dengan mencari perkerjaan mahun alternetif lain yang perlu diusahakan oleh seseorang bagi mngantasi masalah kewangan. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris pelajarnya juga mengalami masalah yang sama. Ia menyebab berlaku perubahan tinglaku pelajar . namun begitu ia dapat dikesan oleh kita sama ada secara lansung atau tidak lansung. pengurusan kewangan amat penting bagi pembentukan kehidupan setiap individu, pembangunan masyarakat malah sehingga kepada pembinaan negara maju dan berjaya. Bagi setiap individu, keperluan kepada kewangan amat kritikal sehinggakan urusan harian menjadi keutamaan sepanjang masa demi memenuhi keperluan tersebut. Kelangsungan kehidupan semasa dan masa hadapan merupakan elemen yang diambil kira sebagai kepentingan untuk menguruskan kewangan secara terperinci dan teliti. Hakikat ini diterjemahkan pula kepada kelangsungan interaksi sosial di antara anggota masyarakat, yang mana melalui pengurusan kewangan yang sistematik, dapat menggalakkan kehidupan yang harmoni serta mewujudkan sistem ekonomi yang stabil di dalam sesebuah komuniti sosial di dalam negara kita.2.0 Golongan yang sering mengalami masalah kewangan Golongan mahasiswa adalah kolompok yang penting dalam masyarakat kita kerana golongan ini merupa akan mendokong kempimpinan Negara kita pada masa depan. Oleh itu , tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa ini perlu lebih bijak dalam mengatsai pelbagai masalah. Masalah yang menghantui Mahasiswa IPTA ini ialah masalah yang berkaitan dengan kewangan. Akhir-akhir ini kita banyak mendengar mahasiswa yang terjebak dengan anas

TRANSCRIPT

1

Isi KandunganPerkara

Muka Surat

1.0 Pengenalan

2-32.0 Golongan yang mengalami masalah kewangan 43.0 Punca-punca masalah kewangan3.1 Tiada simpanan kecemasan

5

3.2 Tidak dapat membezakan antara keinnginan 5-63.3 Tidak mengetahui aliran wang keluar

6-73.4 Citarasa melebihi kemampuan

7-83.5 Sukar menolak tawaran

84.0 Cara cara penyelesaian masalah kewangan4.1Catatkan perbelanjaan harian

94.2Menentukan matlamat kewangan 94.3Mengawasi tabiat berbelanja

104.4Menulis Rancangan Atau Kawalan Perbelanjaan 104.5 Menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja 115.0 Kesan masalah kewangan terhadap pelajar5.1 Tekanan perasaan

125.2 Membuat pinjaman dari pemberi pinjaman tanpa lesen125.3 Kesan terhadap akedemik pelajar

125.4 Pelajar akan murung

136.0 Kesimpulan

14Rujukan

15Lampiran (Jika ada)

Masalah kewangan pelajar UPSI1.0PengenalanWang penting untuk membantu individu memenuhi keperluan asas dan mencapai keinginannya. Wang berperanan membolehkan individu atau keluarga memenuhi sebahagian besar matlamat atau impian hidup dan secara tidak langsung boleh membantu memantapkan kedudukan ekonomi sesebuah keluarga. Wang mempunyai makna tertentu kepada setiap individu dan keluarga dan sumber kewangan adalah terhad. Masalah kewangan wujud apabila keinginan sentiasa mempengaruhi keputusan perbelanjaan. Kemahiran pengurusan kewangan penting dan diperlukan dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk mencapai matlamat hidup. Kajian Harris Scholastic (1993) mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak menerima asas pendidikan kewangan personel yang baik dan kurang berpengetahuan dalam pengurusan kewangan sendiri. Tahap pendidikan, klasifiklasi penPTPTNan, etnik, pengalaman bekerja dan umur berkaitan dengan tahap pengetahuan kewangan responden (Chen dan Volpe, 1998). Secara umummya, tahap pengetahuan dapat mempengaruhi pendapat dan keputusan seseorang berkaitan urusan kewangan. Masalah kewangan adalah perkara yang tidak dapat dielakan. Namun begitu ia dapat diatasi oleh individu dengan pelbagai cara sama ada dengan mencari perkerjaan mahun alternetif lain yang perlu diusahakan oleh seseorang bagi mngantasi masalah kewangan. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris pelajarnya juga mengalami masalah yang sama. Ia menyebab berlaku perubahan tinglaku pelajar . namun begitu ia dapat dikesan oleh kita sama ada secara lansung atau tidak lansung. pengurusan kewangan amat penting bagi pembentukan kehidupan setiap individu, pembangunan masyarakat malah sehingga kepada pembinaan negara maju dan berjaya. Bagi setiap individu, keperluan kepada kewangan amat kritikal sehinggakan urusan harian menjadi keutamaan sepanjang masa demi memenuhi keperluan tersebut. Kelangsungan kehidupan semasa dan masa hadapan merupakan elemen yang diambil kira sebagai kepentingan untuk menguruskan kewangan secara terperinci dan teliti. Hakikat ini diterjemahkan pula kepada kelangsungan interaksi sosial di antara anggota masyarakat, yang mana melalui pengurusan kewangan yang sistematik, dapat menggalakkan kehidupan yang harmoni serta mewujudkan sistem ekonomi yang stabil di dalam sesebuah komuniti sosial di dalam negara kita.2.0Golongan yang sering mengalami masalah kewangan Golongan mahasiswa adalah kolompok yang penting dalam masyarakat kita kerana golongan ini merupa akan mendokong kempimpinan Negara kita pada masa depan. Oleh itu , tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa ini perlu lebih bijak dalam mengatsai pelbagai masalah. Masalah yang menghantui Mahasiswa IPTA ini ialah masalah yang berkaitan dengan kewangan. Akhir-akhir ini kita banyak mendengar mahasiswa yang terjebak dengan anasir-anasir tidak bermoral semata-mata untuk mendapatkan wang menampung penPTPTNan mereka, itulah yang kerap kita dengar apabila seseorang mahasiswa ditangkap kerana membuat kerja tak bermoral dengan alasan masalah kewangan dan boleh dikatakan hampir 100% Mahasiswa yang ditangkap kerana membuat kerja tidak bermoral akan memberi alasan masalah kewangan.3.0Punca-punca masalah kewanganMasalah kewangan , menpunyai beberapa punca-punca. Antara punca tersebut ialah:

3.1 Tiada simpanan kecemasanSimpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan pelajar. Ini kerana, pelajar tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin pelajar ataupun ahli keluarga pelajar akan ditimpa penyakit atau kemalangan.

Namun, sekiranya pelajar mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk pelajar memikirkan tindakan terbaik yang pelajar perlu lakukan.

3.2Tidak dapat membezakan antara keinnginan dan keperluan Ini juga satu punca utama yang menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan ramai pelajar menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Pelajar perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.

Keperluan ialah sebarang benda yang pelajar betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan pelajar tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya pelajar masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu pelajar untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah biar papa asal bergaya tidak seharusnya digunapakai.

3.3Tidak mengetahui aliran wang keluarSebaiknya, pelajar perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah pelajar belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan pelajar melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.

Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Pelajar boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti HomeBudget, Piggie dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu pelajar mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, pelajar boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.

Jika pelajar tidak menggunakan telefon pintar, pelajar boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan pelajar. Percayalah, pelajar akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.

3.4Citarasa melebihi kemampuan Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan pelajar. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya.-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.

Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika pelajar tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petpelajar kemampuan pelajar mengikut citarasa. Jika sebaliknya, pelajar harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup pelajar tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?

Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.

3.5Sukar menolak tawaranMungkin pelajar bukan seorang yang boros, tetapi pelajar merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Pelajar perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, pelajar perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan pelajar kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.

4.0Cara cara penyelesaian masalah kewangan4.1Catatkan perbelanjaan harianAmbil sedikit masa sekurang-kurangnya 15minit untuk mencatatkan segala perbelanjaan yang pelajar telah buat. Lakukannya pada setiap hari. Pada akhirnya pelajar akan dapat melihat ke mana wang pelajar dialirkan semasa pelajar menghadapi kekurangan wang pada pertengahan bulan. Seterusnya apabila pelajar sudah mempunyai rekod perbelanjaan harian untuk PTPTN atau pendapatan pada bulan seterusnya, pelajar boleh merancang perbelanjaan agar tidak terputus wang di pertengahan bulan.4.2Menentukan matlamat kewanganKita harus tahu akan matlamat kewangan kita. Ke mana ia hendak digunakan?hasil dari pinjaman PTPTN harus diguna dengan bijak oleh pelajar agar ia akan diguna sebaiknya tanpa sebarang pembaziran. Pelajar boeh mengunaka ia untuk perkara berfaedah atau pun terus menabung wang tersebut. Dengan wang sedia ada, pelajar rancang belanjawan pelajar sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih. 4.3Mengawasi tabiat berbelanja.Jika kita rasa kita gagal untuk menyimpan duit, jadi inilah masanya untuk mengawasi perbelanjaan semasa kita. Kita perlu menyemak semula kemanakah wang kita telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ia cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-sama? Jika lebih kepada kehendak semata-mata, kita haruslah segera mengubah tabiat tersebut.

4.4Menulis rancangan atau kawalan perbelanjaanRamai yang telah tahu tentang konsep ini, tetapi ramai juga di antara kita yang malas mahu mengamalkannya. Kita haruslah mengubah sikap tersebut bagi merancang perjalanan perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran. Apabila kita menerima duit PTPTN a, kita perlulah mencatat atau menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi, apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan, sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita yang dibelanjakan dan digunakan sekaligus dapat mengelakkan pembaziran.4.5Menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja.Konsep perbelanjaan yang betul adalah seperti berikut:Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan; dan bukannya

Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan Maksudnya, setiap kali memperolehi gaji bulanan, sepatutnya yang di umatakan ialah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan, Jangan sesekali membayar hutang dan berbelanja terlebih dahulu tanpa melakukan melakukan sebarang simpanan kerana konsep itu adalah salah.5.0 Kesan masalah kewangan terhadap pelajar5.1 Tekanan perasaanMasalah kewangan boleh menyebabkan individu yang Terlibat dengan masalah kewangan akan sentiasa berasa runsing. .perkara ini disebabkan seseorang itu sering tiada wang dan akhirnya boleh membawa kepada gejala sosial yang tidak sihat seperti peras ugut, merompak dan lebih serius lagi cenderung untuk membunuh diri.5.2 Membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman tanpa lessen

Pelajar akan terpengaruh dengan iklan peminjan wang tanpa lesen yang akan membuat pelajar akan mempunyai masalah kelak. Ia juga member tekanan terhadaap pelajar ia . ini kerana pelajar terpengruh terhadap iklan kerana pelajar tiada wang untuk berbelanja 5.3 Kesan terhadap akedemik pelajar

Pelajar akan menjadi lemah dalam pelajaran kerana kekurangan wang . ini kerana pelajar tidak mempunyai wang untuk membeli buku rujukan. Selain itu akedemik pelajar akan merosot dan menjadikan pelajar murung.5.4 Pelajar akan murungPelajar akan menjadi murung dan menyendiri tanpa bergaul dengan pelajar lain. ini kerana pelajar tidak menpunyai wang yang cukup hanya sekadar makan makanan ringan didalam bilik bertujuan bajet.6.0KesimpulanMengurus kewangan dengan teknik yang betul dapat membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh semua masyarakat.Masalah jika tidak diatasi ibarat duri dalam daging yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk kepada orang ramai yang terlibat dengan situasi tersebut.Setelah mengetahui teknik yang betul, secara tidak langsung dapat membantu orang ramai berjimat-cermat di samping menyimpan wang untuk kegunaan pada masa kecemasan.Kepada para pelajar, anda sepatutnya sudah merancang bagaimana anda harus membelanjakan wang PTPTN yang diberikan dengan berfaedah. Sekiranya anda mengamalkan sikap berhemah dalam berbelanja, semestinya anda boleh menyimpin sebahagian kecil daripada wang PTPTN tersebut untuk digunakan pada masa hadapan.RujukanGeorge S. Clason.( 2010). The Richers Man Babylon. Bajet Wang 7Majalah Pa & Ma.( Julai 2010). Karangkraf .ms 34Siti Faaizah Ismail.( 2007). Didik Anas Urus Wang. ms 50Suratkhabar Transisi. 30 Julai - 12 Ogos 2010. ms 20Takiyah Norida. 2010. Perakaunan Kewangan Jilid 1. ms 37