pam empar (centrifugal pump)

13
Pam ( Pump ) Part 1 Definisi Ialah satu mesin yang telah direka untuk meningkat tekanan sesuatu bendalir Bendalir dikategorikan kepada 2 iaitu gas ( boleh dimampatkan ) dan cecair ( tidak boleh dimampatkan ) Ia digunakan dalam aplikasi seperti bekalan air domestik, fuel pump, lubrication oil pump, dan feed water pump. Kegunaan Pam Memindahkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Mengangkat bendalir secara tegak iaitu dari satu ketinggian kepada ketinggian yang berbeza Menyimpan tenaga keupayaan dalam bentuk tekanan untuk melakukan kerja. Meningkatkan kelajuan bendalir tersebut. Sejarah Pam

Upload: azil14

Post on 25-Jun-2015

2.599 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Pam Empar

TRANSCRIPT

Page 1: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Pam ( Pump ) Part 1

Definisi

♣ Ialah satu mesin yang telah direka untuk meningkat tekanan

sesuatu bendalir

♣ Bendalir dikategorikan kepada 2 iaitu gas ( boleh

dimampatkan ) dan cecair ( tidak boleh dimampatkan )

♣ Ia digunakan dalam aplikasi seperti bekalan air domestik, fuel pump, lubrication oil pump, dan feed water pump.

Kegunaan Pam

♣ Memindahkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain.

♣ Mengangkat bendalir secara tegak iaitu dari satu ketinggian

kepada ketinggian yang berbeza

♣ Menyimpan tenaga keupayaan dalam bentuk tekanan untuk

melakukan kerja.

♣ Meningkatkan kelajuan bendalir tersebut.

Sejarah Pam

♣ Pam yang tertua digunakan oleh manusia ialah plunger pump

( pam pelocok )

Page 2: Pam Empar (Centrifugal Pump)

♣ Digunakan oleh orang Rom dan Parsi untuk mengangkat air.

♣ Archimedes of Syracuse telah mencipta pam skru untuk

memindahkan air dari dasar buritan kapal.

♣ Semasa era pertengahan melombong, pam omboh telah

dicipta untuk menggerakkan waterwheel ( kincir air ) untuk

tujuan penggalian bijih.

♣ Idea seterusnya ialah untuk menghasilkan pam yang lebih

kuat apabila penggunaan stim secara meluas pada kurun ke 18

dan 19.

♣ Dengan penghasilan motor elektrik dan turbin stim pada

kurun ke 20, centrifugal pump ( pam empar ) digunakan secara

meluas.

♣ Pada masa kini industri sangat bergantung pada pam,

contohnya untuk memindahkan bendalir dari satu lokasi ke

lokasi yang lain sehingga menyeberangi negara lain

Page 3: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Pemilihan Pam Berdasarkan

♣ Jenis bendalir yang akan dipam ( panas, meruap, menghakis,

likat )

♣ Kos yang efektif untuk kerja yang dilakukan

♣ Kebolehan dan kapasiti pam berdasarkan jenis pam ( pam

anjakan positif, pam dinamik )

Page 4: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Klasifikasi Pam

1.0 Pam Anjakan Positif ( Positive Displacement )

♣ Pam jenis ini akan mengalami penambahan tenaga secara

berkala kepada bendalir

♣ Isi padu bendalir akan berkurangan sehingga tekanan bendalir

mencapai tekanan di keluaran sistem.

2.0 Pam Dinamik ( Dynamic )

♣ Pam jenis ini akan secara berterusan menambahkan tenaga

kepada bendalir dan meningkatkan halaju bendalir.

♣ Laluan bendalir di dalam pam akan menyebabkan

pengurangan halaju bendalir, maka tekanan bendalir meningkat

sehinggalah mencapai tekanan di keluaran sistem

Page 5: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Pam Dinamik

1.0 Pam Empar ( Centrifugal Pump )

1.1 Aliran Paksi ( Axial )

1.2 Aliran Jejari ( Radial )

1.3 Aliran Gabungan ( Axial + Radial )

Page 6: Pam Empar (Centrifugal Pump)

1.1 Pam Empar Aliran Paksi ( Axial )

♣ Bendalir mengalir keluar secara sepaksi dengan aci dan

impeller

♣ Digunakan apabila sistem memerlukan isi padu bendalir yang

banyak.

♣ Pam air yang membekalkan air untuk sistem penyejukan

kondenser ialah dari pam jenis ini.

1.2 Pam Empar Aliran Jejari ( Radial )

♣ Bendalir mengalir keluar secara jejarian dari aci impeller.

♣ Digunakan apabila sistem memerlukan tekanan yang tinggi

seperti main feed pump.

Page 7: Pam Empar (Centrifugal Pump)

1.3 Pam Empar Aliran Gabungan ( Axial + Radial )

♣ Kombinasi aliran bendalir secara paksi dan jejarian bertemu

dengan keadaan pam yang tertentu.

♣ Menggunakan kedua-dua prinsip untuk mengepam bendalir

dan digunakan apabila isi padu atau tekanan diperlukan.

Prinsip Operasi

♣ Bendalir akan mula masuk melalui inlet dan terus ke impeller

yang sedang berputar dengan laju.

Page 8: Pam Empar (Centrifugal Pump)

♣ Daya empar seterusnya akan memaksa bendalir ke tengah

pusat impeller.

♣ Seterusnya bendalir yang halaju tinggi akan ditolak keluar

dari tengah impeller mengenai casing

♣ Ia akan mengurangkan kelajuan bendalir disebabkan oleh

geseran.

♣ Tenaga kinetik tersebut bertukar kepada tekanan dan haba.

♣ Seterusnya bendalir yang telah mencapai tekanan keluaran

sistem akan keluar melalui output

♣ Ini kerana bendalir akan mengalir dari kawasan bertekanan

tinggi ke tekanan rendah

♣ Untuk menghasilkan tekanan yang lebih tinggi, multi stage

pump digunakan.

Page 9: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Komponen-Komponen

♣ Casing - Bahagian yang paling besar

♣ Impeller - Bendalir akan masuk dan ke sini dan diputarkan

oleh bilah

♣ Shaft - Bahagian yang memindahkan tenaga dari pemacu ke

impeller

♣ Bearings - Mengawal pergerakan shaft

♣ Coupling and Seal or Packing - Menyambungkan pemacu

dengan aci pam

Page 10: Pam Empar (Centrifugal Pump)

♣ Mechanical seal - Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian

statik dan bergerak. Satu diperbuat daripada Karbon dan satu

lagi dari keluli keras.

♣ Packing rings - Kedap yang fleksibel dimasukkan di antara

aci untuk elakkan kebocoran.

Page 11: Pam Empar (Centrifugal Pump)

Kelebihan

♣ Kosnya murah

♣ Binaan ringkas dan penyelenggaraan mudah dan murah.

♣ Memerlukan ruang yang kecil dan ringan berbanding pam

lain.

♣ Boleh mengendalikan bendalir kelikatan tinggi dan kotoran.

Kelemahan

♣ Tidak boleh hasilkan turus yang begitu tinggi ( tekanan )

Page 12: Pam Empar (Centrifugal Pump)

♣ Kecekapan rendah

♣ Kecekapan bergantung pada julat operasi