pbs 1 di sekolah kebangsaan pueh

6
PBS 1 di Sekolah Kebangsaan Pueh, Sematan tahun 2012 PENGHARGAAN Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya. Sepanjang tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah pilihan saya, saya telah menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik. Sekolah pilihan saya untuk melaksanakan PBS 1 ini ialah Sekolah Kebangsaan Pueh. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Puan Kartini Binti Khalid kerana telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan juga sokongan sebelum dan juga selepas menjalani program ini. Tanpa sokongan yang membangun daripada beliau, saya mungkin tidak akan dapat menjalani program ini dengan baik dan lancar. Panduan untuk menghasilkan laporan ini juga telah beliau sediakan dan taklimatkan kepada kami. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan laporan ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tanpa bantuan dan dorongan kedua ibu bapa saya, saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Pueh, Lundu, Sarawak kerana memberi

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 11-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bebas

TRANSCRIPT

PBS 1 di Sekolah Kebangsaan Pueh, Sematan tahun2012PENGHARGAANUcapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya. Sepanjang tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah pilihan saya, saya telah menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik. Sekolah pilihan saya untuk melaksanakan PBS 1 ini ialah Sekolah Kebangsaan Pueh. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Puan Kartini Binti Khalid kerana telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan juga sokongan sebelum dan juga selepas menjalani program ini. Tanpa sokongan yang membangun daripada beliau, saya mungkin tidak akan dapat menjalani program ini dengan baik dan lancar. Panduan untuk menghasilkan laporan ini juga telah beliau sediakan dan taklimatkan kepada kami.Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan laporan ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tanpa bantuan dan dorongan kedua ibu bapa saya, saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Pueh, Lundu, Sarawak kerana memberi kerjasama penuh dan bantuan sepanjang saya menjalani PBS di sana. Tanpa kerjasama pihak sekolah, saya tidak mungkin dapat mengumpul maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini.1.PENYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI2.1 Pernyataan Sebelum PBSPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang telah diperkenalkan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Fokus utama program Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dan peranan guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memberikan pendedahan awal pembelajaran murid di sekolah, membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan akhir sekali, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu yang bermula pada 5 Mac 2012 sehingga 9 Mac 2012. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama untuk diri saya sebagai guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012. Untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS) ini, saya boleh memilih mana-mana sekolah rendah yang ingin saya hadiri untuk menjalani program ini dan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Pueh yang beralamat di Sekolah Kebangsaan Pueh D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu, 94500 Lundu, Sarawak. Saya telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk saya menjalani PBS kerana sekolah ini bertempat bersekitaran kampung halaman saya sendiri dan jaraknya hanyalah satu kilometer dari rumah saya. Sepanjang menjalani PBS ini, saya tidak keseorangan sebagai guru pelatih kerana terdapat juga 2 orang guru pelatih dari IPGM lain menjalaninya bersama-sama saya.Sebelum kami menjalani PBS, kami telah diberikan taklimat sebanyak dua kali iaitu semasa orientasi PISMP Semester 1 dan juga semasa taklimat khas PBS yang disampaikan oleh pensyarah unit Praktikum. Pro Forma Kursus serta garis panduan PBS turut diedarkan kepada kami. Hasil daripada taklimat dan bahan-bahan yang telah kami perolehi, saya sedikit sebanyak kami telahpun memahami objektif-objektif PBS ini dijalankan dan juga memahami arahan serta panduan yang akan kami turuti semasa menjalani PBS di sekolah pilihan saya. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak dan beberapa tugasan PBS. Sebelum menjalani PBS ini, saya telah merujuk beberapa bahan-bahan bercetak dan juga internet yang berkaitan dengan PBS, pengurusan dan organisasi sekolah serta kandungan kurikulum dan juga kokurikulum di sekolah. Pembacaan dan pemahaman awal ini adalah penting agar saya tidak terburu-buru dan bingung ketika menjalani PBS di sekolah nanti. Berpandukan senarai semak tugasan yang telahpun diedarkan, saya telah menggariskan pekara-pekara yang penting untuk saya cari dan perolehi semasa menjalani PBS nanti. Saya telahpun menyusun beberapa strategi pelaksanaan pada setiap hari agar proses pencarian maklumat berkaitan nanti akan saya perolehi dengan lancar dan berkesan. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan dan juga beberapa pensyarah tentang pekara-pekara yang saya kurang jelas dan kurang fahami. Sehari sebelum menjalani PBS itu, saya berasa amat resah kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menjalani program ini sebagai seorang bakal guru. Namun, selepas itu saya berjaya meyakinkan diri saya untuk menjalaninya kerana saya merasakan bahawa saya cukup bersedia untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan.2.2 Laporan Pelaksanaan AktivitiSebelum saya mejalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS) di Sekolah Kebangsaan Pueh, saya telah merancang beberapa tindakan yang akan dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan PBS ini dengan lancar dan berkesan. Pelan tindakan yang telahpun saya rancang sebelum saya menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Pueh bermula 5 Mac 2012 sehingga 9 Mac 2012 adalah seperti berikut:BILTARIKHTINDAKAN

15 Mac 2012Melaporkan diri kepada Guru BesarMeninjau dan mengambil gambar persekitaran sekolahMemerhati dan mendokumentasikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjahBerinteraksi dengan guru-guru dan staf sokongan

26 Mac 2012Meninjau dan mengenal pasti kewujudan prasarana sekolahMendapatkan maklumat umum berkenaan dengan sekolahMemerhati tingkah laku murid dan menemu duga murid tertentu dalam mengenalpasti amalan murni dalam kalangan murid

37 Mac 2012Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai sekolahMendapatkan bahan-bahan kurikulum seperti sukatan pelajaran, buku rekod pengajaran dan sumber pengajaran dan pembelajaranMendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan Kokurikulum di sekolahMendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi sekolah seperti Pelan sekolah dan carta organisasi

48 Mac 2012Memastikan kewujudan prasarana sekolah seperti kemudahan sekolah, mural sekolah, kata-kata hikmah, rukun negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, paparan nilai-nilai murni dan Bilik DarjahMenemu duga Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KokurikulumMenemu duga setiap Ketua Panitia dan juga guru yang mengendalikan bahan kurikulumMenemu duga guru pra sekolah dan staf sokongan sekolah

59 Mac 2012Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang diperolehiMendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-guru dan staf sokonganMendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian daripada Guru BesarMemulangkan bahan-bahan yang dipinjamMemberikan penghargaan kepada semua pihak dan warga sekolah