panduan temuduga penguasa kastam w41

4
7 Tips Temuduga Penguasa Kastam W41 1 OLEH : IlmuNiaga.com 1) MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL Anda perlu tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan anda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yang berpengetahuan. Anda perlu tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjana pendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerja di pejabat dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakal majikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buat kajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang. 2) MEMBUAT LATIHAN TEMUDUGA Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabila berkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi? Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yang berkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya. Bagaimana untuk membuat soalan? Mudah sahaja. Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepada calon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali. Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti di dalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini. Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda. Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuh keyakinan.

Upload: soalanpeperiksaan

Post on 14-Jun-2015

189 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41. Ia merupakan Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41 yang lengkap untuk dijadikan rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

7 Tips Temuduga Penguasa Kastam W41

1

OLEH : IlmuNiaga.com

1) MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL Anda perlu tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan anda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yang berpengetahuan. Anda perlu tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjana pendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerja di pejabat dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakal majikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buat kajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang. 2) MEMBUAT LATIHAN TEMUDUGA Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabila berkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi? Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yang berkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya. Bagaimana untuk membuat soalan? Mudah sahaja. Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepada calon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali. Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti di dalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini. Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda. Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuh keyakinan.

Page 2: Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

7 Tips Temuduga Penguasa Kastam W41

2

Anda juga perlu berlatih dalam berbahasa Inggeris. Tidak kira anda memohon jawatan di sektor swasta atau awam. Pastikan bahasa anda mudah difahami. 3) MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI Imej juga amat penting bagi menilai diri anda sebagai bakal pekerja. Pandangan pertama penemuduga bakal memberikan keputusan tidak rasmi tentang diri anda. Penemuduga akan melihat cara anda berpakaian yang mana ianya sesuai atau tidak anda memegang jawatan yang ditawarkan. PENTING! Jangan sesekali berpakaian yang tidak sesuai seperti t-shirt, jeans, skirt pendek yang menjolok mata, pakaian yang berwarna terang, berkasut sukan dan berselipar. Anda disarankan berpakaian sopan, berwarna lembut, bersih, berbau segar dan bergosok. Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher dan stokin jangan dilupa. 4) MENJAGA PENAMPILAN Seorang calon itu hendaklah berterampilan unggul, wajah hendaklah ceria, bersemangat dan bertenaga ketika menghadiri temuduga. Walaupun anda tidak cukup tidur atau anda demam selesema, anda hendaklah sentiasa kelihatan segak dan bertenaga. Cuba sedaya upaya agar anda tidak kelihatan lemah. Sekiranya anda kelihatan lemah peratusan untuk anda lulus temuduga amat rendah sekali.

Page 3: Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

7 Tips Temuduga Penguasa Kastam W41

3

5) BERFIKIRAN POSITIF Sekiranya fikiran anda penuh dengan unsur negatif, tiada sesiapa pun akan dapat membaca bakat dan potensi yang anda miliki. Sekiranya imej dan penampilan anda nampak segak dan menawan tetapi anda penuh dengan fikiran negatif, anda pasti akan gagal. Apa yang boleh anda buat sekiranya anda berfikiran negatif ialah

1. Berlatih menjawab soalan yang anda jangkakan akan disoal. Berlatih sehingga anda berasa yakin semula.

2. Baca resume anda agar dapat dapat menyemak pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.

3. Tarik nafas panjang-panjang beberapa kali.

4. Membaca doa memohon agar ditenangkan hati dan fikiran. 6) DATANG AWAL Sekiranya anda lambat datang untuk ke temuduga, anda sudah pasti digambarkan oleh bakal majikan anda sebagai orang yang tidak menepati masa. Penemuduga akan berfikir anda pasti akan melakukan perkara yang sama sekiranya anda terpilih. Oleh yang demikian, pastikan anda datang tepat atau awal dari masa yang ditetapkan. Lambat datang akan mendorong kesan negatif kepada imej anda. Anda semestinya akan kelihatan gopoh, cemas, berpeluh dan busuk (ketiak basah). Sekiranya anda datang awal, anda mempunyai masa untuk menenangkan hati dan kelihatan segar serta berkeyakinan. NOTA TAMBAHAN Namun sekiranya anda mengalami kecemasan seperti kemalangan anda disarankan menghubungi bakal majikan dan berterus terang bahawa anda menghadapi kemalangan.

Page 4: Panduan Temuduga Penguasa Kastam W41

7 Tips Temuduga Penguasa Kastam W41

4

Anda hendaklah memohon maaf kerana tidak dapat hadir untuk temuduga dan memohon agar anda diberikan peluang untuk ditemuduga pada hari yang lain. Sekiranya, tidak dapat maka jangan sesekali sesalkan diri anda kerana malang tidak berbau dan mungkin ianya bukan rezeki anda di sana. 7) JANGAN NAMPAK TERLALU GEMENTAR Sekiranya anda kelihatan gementar anda akan dianggap sebagai seorang yang tidak boleh bertahan dengan tekanan. Sekiranya jawatan yang anda mohon itu memerlukan anda menghadapi tekanan dan anda gementar ketika temuduga, konfem anda telah menghadapi kegagalan. Anda harus tahu bahawa sikap gementar itu harus tidak ada di dalam diri seorang pekerja kerana dunia kerjaya pada zaman sekarang memerlukan daya saing dan cabaran yang tinggi. Serlahkan keyakinan diri anda agar anda dilihat bakal majikan anda sebagai seorang yang dapat membuat kerja dan mengharungi tekanan dengan tenang.

PERHATIAN!

Untuk Rujukan Temuduga Penguasa Kastam W41 Yang Penuh

Yang Akan Membantu Anda Lulus Klik Sini>>>>http://goo.gl/gMT7sO