nota asas exam penguasa kastam w41
Post on 06-Nov-2015
58 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Nota Asas Exam Penguasa Kastam W41TRANSCRIPT
NOTA ASAS
PEPERIKSAAN ONLINE SPA
PENGUASA KASTAM GRED W41
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 2
Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam W41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan dan ianya adalah rujukan umum dan Infokerjaya Resources tiada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Infokerjaya Resources, SEPTEMBER 2014
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 3
Pengenalan
.
;
.
RUJUKAN PANTAS
Nota Ringkas ini adalah
himpunan tajuk-tajuk penting
berkaitan tugas, skop Penolong
Penguasa Kastam
Nota 1 : Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan
Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :
1. Ibu Pejabat 2. Negeri 3. Stesen
Ibu Pejabat
Bahagian Penguatkuasaan di Ibu Pejabat diketuai oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) berjawatan JUSA B.
Beliau bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan).
Beliau dibantu oleh dua orang Ketuan Cawangan berjawatan Gred JUSA C dan 3 Pegawai berjawatan Gred W54
Negeri
Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh : o Timbalan Pengarah Kastam berjawatan Gred W54 (bagi negeri yang diketuai oleh
Pengarah berjawatan JUSA C) o Penolong Kanan Pengarah Kastam Gred W52 atau W48 (bagi negeri yang diketuai
oleh Pengarah berjawatan Gred W54).
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 4
o Penolong Pengarah Kastam Gred W44 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W52)
Stesen
Bahagian Penguatkuasaan diketuai sama ada : o Penolong Pengarah Kastam Gred W44 atau o Penguasa Kastam Gred W41, bergantung kepada negeri di mana stesen itu terletak.
Nota 2 : 8 Fungsi Bahagian Penguatkuasaan
1. Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.
2. Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke aras premis yang disyaki.
3. Menjalan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan sama ada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
4. Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan mematahkan saluran penghantaran sindikit, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penngelidahan, operasi dan perang saraf.
5. Membuka Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan sama ada melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun.
6. Menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen. 7. Mengadakan kempen anti penyeludupan sebagai mekasnisma memberi kesedaran kepada
orang awam mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan di dalam dan luar negara.
8. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan hak harta intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of Mass Destruction (WMD).
Nota 3 : 5 Tugasan Utama Bahagian Penguatkuasaan
Terdapat 5 tugasan utam bagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam.
1. Pencegahan dan Rampasan
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 5
2. Siasatan 3. Pendakwaan 4. Narkotik 5. Risikan
Pencegahan dan Rampasan
Menjalankan tugas-tugas pencegahan penyeludupan di darat dan laut.
Pengurusan barang-barang rampasan dan lucut hak.
Siasatan
Membuat siasatan ke atas kes-kes
Memantau perkembangan kertas siasatan yang berprofil tinggi.
Pemantauan ke atas kertas siasatan.
Mengkaji kekuatan dan kelemahan kertas siasatan.
Melaksanakan penyelesaian kes-kes berasaskan keputusan melalui perbincangan meja bulat.
Melaksanakan siasatan secara bersepadu ke atas kes-kes penting bagi tujuan mempercepatkan penyelesaian tempoh siasatan.
Pendakwaan
Mengkaji kelemahan dan kekuatan siasatan.
Menjalankan pendakwaan
Mengkaji dan mencadangkan pindaan ke atas undang-undang tadbiran Jabatan.
Mengkaji keputusan penghakiman untuk dijadikan tanda aras
Melakukan kajian kes-kes
Narkotik
Merancang pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah Negara dalam bidang penguasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah Jabatan.
Melaksanakan aktiviti pengesanan/penguatkuasaan di semua pintu masuk negara melalui darat, laut dan udara.
Merancang aktiviti risikan dadah melalui kaedah risikan strategik dan operational ke atas individu / sindiket yang terlibat.
Memberi arahan dan nasihat berkenaan hal Penguatkuasaan dan penyiasatan kes dadah kepada negeri.
Menyediakan bekalan / peralatan yang mencukupi dan anjing pengesan dadah yang terlatih bagi menjalankan aktiviti pengesanan dengan berkesan.
Mengeluarkan surat pekeliling, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes yang berkaitan dengan dadah.
Risikan
Menyelaras aktiviti di antara negeri /stesen dengan Ibu Pejabat.
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 6
Meneliti dan mengkaji laporan perisikan dan profil yang dihantar oleh negeri / stesen untuk diambil tindakan susulan.
Membuat kajian dan analisis khas ke atas aktiviti penyeludupan bagi tujuan merancang dan menyusun strategi Penguatkuasaan.
Mengkaji dan menganalisis maklumat / aduan mengenai penyeludupan dan penyelewengan yang diterima dan dikumpul dari pelbagai sumber dan seterusnya menyusun strategi dan mengeluarkan arahan untuk tindakan selanjutnya.
Mengeluarkan dan mengedar surat-surat pekeliling Penguatkuasaan, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes.
Mengujud dan meningkatkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain dalam dan luar negeri.
Merancang dan mengeluarkan perintah / arahan operasi untuk dilaksanakan oleh negeri bagi menangani penyeludupan dan penyelewengan secara berkala mengikut kesesuaian / keperluan dan seterusnya menyediakan laporan hasil pelaksanaan sesuatu operasi itu.
Memberi bantuan siasatan kepada negeri / stesen dan juga agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam dan luar negara.
Nota 4 : Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat
1. Semua aduan awam dan maklumat yang lengkap yang diterima dari orang awam hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
2. Menjalankan siasatan yang lengkap dan kemaskini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kes diperolehi bagi membolehkan keputusan dibuat.
3. Membuat pembayaran hadiah kepada ampoma dalam tempoh 7 hari dari tarikh cek pembayaran diterima daripada Cawangan Kewangan.
4. Mengeluarkan keputusan semua kes rayuan dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan diperolehi
5. Memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak dalam temph 2 minggu dari tarikh keputusan maktamad dibuat.
6. Melaksanakan pelupusan barang-barang lucuthak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diperolehi.
Nota 5 : Struktur Organisasi Jabatan Kastam
Struktur organisasi jabatan kastam terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti berikut :
Bahagian Penguatkuasaan
Bahagian Pengurusan Pematuhan
Bahagian Kastam
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Bahagian Perkhidmatan Teknik
Bahagian KPSM (Khidmat Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Perancangan Korporat
Bahagian Perundangan
AKMAL
Penguasa Kastam W41 Sesi 6 SEPTEMBER 2014
Rujukan ini TIDAK VALID & Lapuk untuk sesi selepas 6 September 2014
http://jawatankerajaan.com.my/ 7
Nota 6 : Fungsi Bahagian Pengurusan Pematuhan
1. Menjalankan auditan ke atas pelesen / pengimport dengan sistematik, cekap dan berkesan. 2. Memastikan hasil dipungut dengan betul dan tepat bagi mengelak kehilangan hasil. 3. Memantau dan menyelaras aktiviti auditan di negeri-negeri dan menilai keberkesanan
program auditan. 4. Mengkaji dan menilai perlaksanaan prosedur auditan ke atas pelesen bagi tujuan
penambahbaikan. 5. Membuat analisa ke atas hasil Auditan bagi mengenalpasti punca ketidakpatuhan syarikat ke