panduan sistem pengurusan sekolah

6
LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS 1. Capai aplikasi SPS melalui URL : https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp dan log masuk sebagai admin sekolah seperti Rajah 1 di bawah: Rajah 1 : Skrin log masuk dan kemasukan nama pengguna dan kata laluan. 2. Pergi ke Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid > Selenggara Maklumat Murid > dan pilih nama murid yang mahu di edit/betulkan seperti Rajah 2 di bawah. Rajah 2 : Memilih murid yang ingin diedit/diubah maklumat Tahun Persekolahan/Tingkatan Semasa

Upload: suriani-anwar

Post on 20-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

CARA TAMBAH MURID

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS

1. Capai aplikasi SPS melalui URL : https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

dan log masuk sebagai admin sekolah seperti Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 : Skrin log masuk dan kemasukan nama pengguna dan kata laluan.

2. Pergi ke Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid > Selenggara Maklumat Murid >

dan pilih nama murid yang mahu di edit/betulkan seperti Rajah 2 di bawah.

Rajah 2 : Memilih murid yang ingin diedit/diubah maklumat Tahun

Persekolahan/Tingkatan Semasa

Page 2: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

3. Klik pada tab Maklumat Murid untuk mula proses edit maklumat yang ingin

diubah (Rajah 3)

Rajah 3: Memilih Maklumat Murid untuk edit Tahun/Tingkatan Semasa

4. Sebagai contoh, seorang murid telah ditempatkan di tingkatan dan kelas yang

salah, Tingkatan 1 dan Kelas 1 Biru, sedangkan murid ini sepatutnya berada di

Tingkatan 2, Kelas 2 Merah dan mula memasuki sekolah di Tingkatan 1.

5. Bagi membetulkan maklumat, ubah Tahun/Tingkatan Semasa ke Tingkatan 2

dan Tahun/Tingkatan Kemasukan menjadi Tingkatan 1, seperti Rajah 4 berikut:

Rajah 4: membetulkan tahun/Tingkatan Semasa dan Tahun/Tingkatan

Kemasukan

Page 3: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

6. Sebelum menyimpan maklumat, pastikan juga segala maklumat bertanda

asterisk (*) telah diisi dan kemudian klik butang Simpan. Kejayaan proses disusuli

satu pop-up (Rajah 5) yang akan dipaparkan setelah rekod tersebut berjaya di

kemaskini. Klik Ok

Rajah 5: Pop-up Rekod Telah Berjaya Dikemas Kini

7 . Paparan maklumat murid yang telah dikemas kini akan terhasil. Sila semak

maklumat murid ini sekali lagi di ruangan Ringkasan Murid. Pastikan Tahun/Tingkatan

Semasa telah berubah.

Rajah 6: Paparan Ringkasan Murid

Merujuk kepada Rajah 6 di atas, didapati murid ini masih berada di kelas 1 Biru

(Tingkatan 1) . Oleh itu, murid ini perlu di tempatkan ke kelas yang betul menggunakan

fungsi Penempatan Murid Secara Manual

Page 4: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

MENEMPATKAN MURID SECARA MANUAL SETELAH DIUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN

(TAHUN/TINGKATAN SEMASA)

8. Pergi ke Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid >Klik menu Penempatan Murid

Secara Manual seperti Rajah 7 di bawah:

Rajah 7 : Menu Pengurusan Murid Penempatan Murid Secara Manual

9. Tandakan () pada murid yang mahu di ubah penempatan & klik butang

Pindah Murid seperti Rajah 8 di bawah.

Rajah 8 : Proses Pindah Murid Secara Manual

10. Masukkan maklumat Kelas yang baru serta Tarikh sepatutnya murid tersebut

mula belajar di kelas tersebut seperti Rajah 9 di bawah. Setelah selesai, klik butang

Pindah Murid

Page 5: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

Rajah 9: Memasukkan maklumat yang betul dalam Penempatan Murid Secara

Manual

11. Kejayaan memindahkan murid ini disusuli pop-up seperti Rajah 10. Seterusnya

kllik OK

Rajah 10: Pop-up kejayaan Murid Berjaya Dipindahkan

Page 6: Panduan Sistem Pengurusan Sekolah

12. Semak semula maklumat perpindahan kelas tersebut . Pastikan Tarikh Efektif &

Kelas yang ditempatkan adalah betul seperti Rajah 11 di bawah.

Rajah 11. Penempatan Murid Secara Manual – Penempatan yang betul berjaya

dilaksanakan

-Proses Selesai-

PERINGATAN :

Sekiranya kehadiran bagi murid ini pernah diambil di kelas lama, sila padamkan

kehadiran tersebut dan catat semula . Hanya Pentadbir Sistem boleh

memadam kedatangan/kehadiran yang telah disimpan.

Kehadiran Murid perlu mengikut tarikh efektif yang diberikan. Jika murid ini

berada di kelas 2 Biru bermula 9 Januari 2013, maka kehadiran bagi kelas 2 Biru

bermula tarikh tersebut perlu ada nama murid ini di dalam senarai kehadiran.

Jika kedua-dua kelas telah membuat kedatangan murid sebelum ini maka,

kehadiran tersebut perlu dipadam dan dicatat semula mengikut tarikh efektif

yang telah ditetapkan.