sistem pengurusan rekod dokumen sekolah melalui web

16
Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 33 ISSN 2289-9375 Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web Berasaskan Teori Aktiviti Nur Sakinah Mohd Isa [email protected] Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, UTM Skudai, Malaysia Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said [email protected] Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif, UTM Skudai, Malaysia Abstrak Sistem pengurusan dokumen yang sistematik diperlukan oleh kebanyakan organisasi dalam pengurusan dokumen fizikal. Antara organisasi yang terlibat adalah institusi pendidikan seperti sekolah yang berdepan dengan lambakan dokumen rasmi seperti surat masuk dan keluar. Justeru, satu kajian berkenaan sistem pengurusan rekod dokumen sekolah (SPeRD) melalui web dijalankan dengan beberapa objektif bermula dengan mengenalpasti keperluan sistem, reka bentuk dan pembangunan sistem seterusnya penilaian sistem.Teori Aktivitidigunakan sebagai kerangka analitikal asas dalam keseluruhan kajian kerana mengandungi enam komponen yang bertepatan dengan konteks kajian iaitu aktiviti manusia di dalam SPeRD. Dengan penekanan enam komponen tersebut, Eight Steps Model (ESM) yang menyediakan lapan persoalan dijadikan sebagai instrumen temu bual bagi mengenalpasti keperluan sistem sebelum dibangunkan. Setelah SPeRD dibangunkan, penilaian secara kualitatif dengan kaedah temu bual dijalankan bersama pentadbir, guru dan staf serta penambahan data kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik QUIS. Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah di Johorini mendedahkan hasil dapatan dengan respons yang positif daripada pengguna namun beberapa isu telah ditemukan apabila dapatan tersebut dianalisis. Kesimpulannya, dengan pendekatan AT, SPeRD dapat dibangunkan dan diakui praktikal sertamampu membantu pengurusan dokumen di sekolah. Kata Kunci: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen; Teori Aktiviti; Activity Triangle Model 1.0 Pengenalan Pendekatan teknologi yang diaplikasikan dalam sebahagian besar pengurusan organisasi sudah cukup memberi gambaran kemajuan organisasi tersebut. Melalui sistem pengurusan berkomputer yang digunakan mampu menggantikan peranan manusia bagi mengekstrak maklumat dan membuat keputusan (Rizal, Jusoff, & Christon, 2011), menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat sekaligus meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi (Ding, Levin, Stephan, & Winkler, 2010; Ismail, 2007).Sedang negara menuju ke arah Wawasan 2020, penggunaan kertas dalam sebahagian besar pengurusan organisasi masih menjadi satu kemestian terutamanya apabila melibatkan dokumen rasmi. Dokumen yang wujud perlu direkodkan dan disimpan dengan selamat sebagai rujukan pada masa akan datang ini kerana “jika maklumat tidak direkodkan dan didokumentasi, perkara tersebut dianggap tidak pernah berlaku” (Stier, 2014). Stier menegaskan penyataan tersebut dalam kajiannya mengenai prosedur, bahan, suhu makanan, peralatan yang perlu dilaporkan, didokumentasi dan disimpan sebagai bukti jika berlaku

Upload: letruc

Post on 15-Jan-2017

256 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 33

ISSN 2289-9375

Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web Berasaskan Teori

Aktiviti

Nur Sakinah Mohd Isa

[email protected]

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

UTM Skudai, Malaysia

Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said

[email protected]

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

UTM Skudai, Malaysia

Abstrak Sistem pengurusan dokumen yang sistematik diperlukan oleh kebanyakan organisasi dalam pengurusan dokumen fizikal. Antara organisasi yang terlibat adalah institusi pendidikan seperti sekolah yang berdepan dengan lambakan dokumen rasmi seperti surat masuk dan keluar. Justeru, satu kajian berkenaan sistem pengurusan rekod dokumen sekolah (SPeRD) melalui web dijalankan dengan beberapa objektif bermula dengan mengenalpasti keperluan sistem, reka bentuk dan pembangunan sistem seterusnya penilaian sistem.Teori Aktivitidigunakan sebagai kerangka analitikal asas dalam keseluruhan kajian kerana mengandungi enam komponen yang bertepatan dengan konteks kajian iaitu aktiviti manusia di dalam SPeRD. Dengan penekanan enam komponen tersebut, Eight Steps Model (ESM) yang menyediakan lapan persoalan dijadikan sebagai instrumen temu bual bagi mengenalpasti keperluan sistem sebelum dibangunkan. Setelah SPeRD dibangunkan, penilaian secara kualitatif dengan kaedah temu bual dijalankan bersama pentadbir, guru dan staf serta penambahan data kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik QUIS. Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah di Johorini mendedahkan hasil dapatan dengan respons yang positif daripada pengguna namun beberapa isu telah ditemukan apabila dapatan tersebut dianalisis. Kesimpulannya, dengan pendekatan AT, SPeRD dapat dibangunkan dan diakui praktikal sertamampu membantu pengurusan dokumen di sekolah.

Kata Kunci: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen; Teori Aktiviti; Activity Triangle Model

1.0 Pengenalan Pendekatan teknologi yang diaplikasikan dalam sebahagian besar pengurusan

organisasi sudah cukup memberi gambaran kemajuan organisasi tersebut. Melalui sistem pengurusan berkomputer yang digunakan mampu menggantikan peranan manusia bagi mengekstrak maklumat dan membuat keputusan (Rizal, Jusoff, & Christon, 2011), menyelesaikan masalah dalam tempoh yang singkat sekaligus meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi (Ding, Levin, Stephan, & Winkler, 2010; Ismail, 2007).Sedang negara menuju ke arah Wawasan 2020, penggunaan kertas dalam sebahagian besar pengurusan organisasi masih menjadi satu kemestian terutamanya apabila melibatkan dokumen rasmi. Dokumen yang wujud perlu direkodkan dan disimpan dengan selamat sebagai rujukan pada masa akan datang ini kerana “jika maklumat tidak direkodkan dan didokumentasi, perkara tersebut dianggap tidak pernah berlaku” (Stier, 2014). Stier menegaskan penyataan tersebut dalam kajiannya mengenai prosedur, bahan, suhu makanan, peralatan yang perlu dilaporkan, didokumentasi dan disimpan sebagai bukti jika berlaku

Page 2: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 34

ISSN 2289-9375

sebarang permasalahan dalam kes keselamatan makanan kelak. Kepentingan dokumen juga dipandang serius dalam bidang perubatan yang menyimpan pelbagai maklumat tentang penyakit dan pesakit sama ada dalam bentuk teks, rajah, data numerik sehingga memaksa sekumpulan pengkaji (Ferranti, Musser, Kawamoto, & Hammond, 2006) menjalankan kajian perbandingan strategi pengurusan data sedia ada.

Kepentingan sistem pengurusan rekod dokumen juga tidak diabaikan oleh institusi pendidikan iaitu organisasi sekolah. Rekod dokumen sekolah adalah sangat penting sebagai rujukan dan bahan bukti yang perlu diekstrak dan diperlukan oleh warga sekolah di masa akan datang dan perlu disimpan dengan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Akta Arkib Negara 2003 dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1997 iaitu mengenai Pemeliharaan Rekod-rekod Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan Bab 5. Berdasarkan Arahan Perkhidmatan (Bab 4 : Fail Memfail) (Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997, 1997), ciri-ciri sistem pemfailan yang baik adalah bersistematik, mudah dirujuk, mudah diperolehi dan selamat.Namun, lambakan rekod dokumen yang bertambah dari hari ke sehari boleh memberikan kesulitan. Tambahan lagi, menguruskan pelbagai fail dan rekod dokumen dilihat cukup mencabar lebih-lebih lagi apabila perlu mengekstrak atau mendapatkannya semula daripada lambakan fail dan rekod dokumen yang disimpan di pelbagai tempat simpanan. Tanpa penggunaan sistem pengurusan yang efektif, adalah tidak mustahil berlakunya risiko kecuaian manusia seperti kesilapan menyimpan dokumen dan berlaku kehilangan dokumen (Heckman, 2008). Selain itu, tempat penyimpanan yang terhad memaksa fail dan dokumen disimpan di pelbagai kabinet dan bilik dan lebih menyukarkan apabila pegawai atau staf yang bertanggungjawab dalam pengurusan dokumen berpindah ke jabatan lain secara drastik (Rizal et al., 2011).

Walaubagaimanapun, pembangunan SPeRD melalui web ini memerlukan ketelitian dan kesesuaian berdasarkan kehendak pengguna (Molnár & Benczúr, 2013). Menurut Engeström (2001) setiap sistem pengurusan pasti bersandarkan pada suatu aktiviti dan proses yang memerlukan interaksi dan alat bagi mencapai matlamat tugasan.Justeru, Teori Aktiviti (Activity Theory(AT)) yang dipelopori oleh Vygotsky (1978) dilihat bertepatan dalam merealisasikan pembangunan SPeRD kerana teori ini menekankan kepada aktiviti manusia dengan tujuan mentransformasikan kepada sesuatu yang dikehendaki (Kuutti, 1996). Carroll (1997) pula meletakkan AT sebagai satu pendekatan yang berpotensi dalam Human Computer Interaction (HCI) dengan kajiannya bahawa AT mampu membuka hubungan manusia dalam sosial dan persekitaran teknologi agar lebih dinamik dalam menyelesaikan masalah berbanding ciri-ciri yang statik.

2.0 Sorotan Kajian

Teori Aktiviti (Activity Theory (AT)) merupakan satu paradigm psikologi utama dalam kajian aktiviti manusia. AT pada asalnya ditemukan oleh seorang cendekiawan Rusia bernama Lev Vygotsky pada tahun 1978 yang memperkenalkan idea tentang interaksi manusia dengan persekitaran bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya dibantu oleh penggunaan peralatan dan petanda. Idea ini diperjelaskan dalam bentuk Model Pengantara atau dikenali sebagai Mediational Model seperti dalam Rajah 1 yang menunjukkan interaksi manusia dengan persekitaran (Mwanza, 2001).

Rajah 1Mediational Model(Vygotsky, 1978)

Mediator (Pengantara)/ Tools(Alat)

Subject (Subjek) Object(Objek)

Page 3: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 35

ISSN 2289-9375

Model ini menekankan idea bahawa hubungan antara subjek dan objek tidak berlaku secara langsung tetapi melalui satu ‘pengantara’ atau ‘alat’. Leont’ev (1978) terus mengiktiraf teori yang diperkenalkan oleh Vygotsky dan memperkembangkan lagi idea tentang keperluan sosial dan budaya dalam aktiviti manusia.

2.1 Activity Triangle Model oleh Engestrӧm

Dengan berinspirasikan idea asal Vygotsky, Engestrӧm (1987) memperkembangkan lagi Mediational Model untuk digabungkan bersama-sama idea Leont’ev tentang keperluan aspek sosial dan budaya dalam aktiviti manusia. Lantaran itu, satu model aktiviti manusia yang dikenali sebagai Activity Triangle Model (ATM) terhasil daripada hubungan kolaboratif dalam aktiviti manusia seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2 Activity Triangle Model(Engeström, 1987)

Model ini menggabungkan komponen utama iaitu Subjek, Objek dan Komuniti serta komponen pengantara dalam aktiviti manusia yang terdiri daripada Alat, Peraturan dan Pembahagian Tugas. Jadual 1 menunjukkan penerangan setiap komponen secara ringkas.

Jadual 1 Penerangan Komponen Activity Triangle Model

Objek Komponen Objek merujuk kepada sifat manusia yang bertujuan dan

bermotivasi dalam sesuatu aktiviti itu dan membenarkan manusia itu

mengawal tingkah lakunya sendiri. Secara tidak langsung, komponen ini

menjurus kepada objektif aktiviti itu dilakukan.

Subjek Komponen Subjek pula adalah sifat sosial dalam aktiviti manusia melalui

kolaborasi agar objektif aktiviti tercapai. Hubungan Subjek dan Objek berlaku

melalui pengantara iaitu Alat.

Alat Komponen Alat merupakan satu aspek pengantara dalam aktiviti manusia

menerusi penggunaan sesuatu bahan secara fizikal dan konseptual. Alat secara

fizikal digunakan bagi memanipulasi Objek manakala Alat secara konseptual

digunakan bagi mempengaruhi tingkah laku dan hubungan antara Objek dan

Subjek.

Komuniti Komponen Komuniti pula adalah persekitaran dari segi konteks budaya dan

sosial di mana Subjek bertindak dalam persekitaran aktiviti tersebut.

Peraturan Komponen Peraturan menekankan tentang fakta bahawa dalam satu Komuniti

pasti terdapat peraturan dan kawalan yang memberi kesan dan membawa

makna ke atas aktiviti yang dijalankan. Peraturan ini boleh bersifat eksplisit

atau implisit.

Alat (Tools)

Objek

(Object)

Pembahagian

Tugasan

(Division of Labour)

Komuniti

(Community)

Peraturan

(Rules)

Subjek

(Subjects) Hasil

(Outcomes)

Transformasi

Proses

Page 4: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 36

ISSN 2289-9375

Pembahagian

Tugasan

Komponen Pengagihan Tugas pula merujuk kepada ketetapan tanggungjawab

dan peranan dalam tugas yang dibawa oleh Subjek semasa menjalankan

aktiviti dalam Komuniti.

Keenam-enam komponen ini saling berkait dan ditransformasikan bagi

mendapatkan satu hasil. Mwanza (2001) berpendapat walaupun idea yang

dipersembahkan dalam kerangka model ini kelihatan cukup jelas dalam memberi

panduan merekabentuk sistem berkomputer namun tidak mudah untuk

mentransformasikan idea teoritikal ini kepada satu idea yang praktikal. Justeru, satu

justifikasi yang jelas diperlukan dalam mengaplikasikan konsep teoritikal ini.

2.2 Eight-Step-Model (ESM) oleh Mwanza

Mwanza (2001) memulakan kajiannya dengan menginterpretasi komponen-

komponen di dalam ATM yang diperkenalkan oleh Engestrӧm (1987) ke dalam satu

bentuk situasi yang boleh dikaji dan praktikal. ESM yang dibina berdasarkan

komponen-komponen di dalam ATM kemudiannya diinterpretasi ke dalam bentuk

soalan-soalan terbuka seperti dalam Rajah 3. Dengan menggunakan ESM sekaligus

menjawab persoalan tersebut, pengkaji boleh mendapatkan gambaran dan maklumat

asas tentang keseluruhan aktiviti dalam situasi yang ingin dikaji (Mwanza, 2001).

The Eight-Step-Model Identify the / Kenalpasti :

1. Activity of interest / Aktiviti yang difokus

- What sort of activity am I interested in? / Apakah aktiviti yang saya fokuskan?

2. Object or Objective of activity / Objek atau Objektif aktiviti

- Why is this activity taking place?/ Mengapa aktiviti ini berlaku?

3. Subjects in this activity / Subjek dalam aktiviti ini

- Who is involved in carrying out this activity? / Siapakah yang terlibat dalam

melaksanakan aktiviti ini?

4. Tools mediating the activity / Alat dalam aktiviti

- By what means are the subjects carrying out this activity? / Dengan cara apakah subjek

melaksanakan tugas?

5. Rules and regulations mediating the activity / Peraturan dan kawalan dalam aktiviti

- Are there any cultural norms, rules or regulations governing the performance of this

activity? / Adakah sebarang norma budaya, peraturan dan kawalan yang mengawal

aktiviti ini?

6. Division of labour mediating the activity / Pembahagian tugas dalam aktiviti

- Who is responsible for what, when carrying out this activity and how are the roles

organized? / Siapakah yang bertanggungjawab menentukan apa dan bila pelaksanaan

aktiviti ini dan bagaimanakah peranan itu diatur?

7. Community in which activity is conducted / Komuniti aktiviti itu dilaksana

- What is the environment in which this activity is carried out?/ Apakah bentuk

persekitaran aktiviti ini dilaksanakan?

8. What is the desired Outcome from carrying out this activity?/ Apakah hasil yang

diharapkan apabila melaksanakan aktiviti ini?

Page 5: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 37

ISSN 2289-9375

Rajah 4Eight Step Model (Mwanza (2001)

2.3 AT Sebagai Kerangka Pembangunan Sistem Berkomputer Shariq (1998) menggunakan kerangka aktiviti dalam AT yang melibatkan

peralatan (komputer dan rangkaian maklumat), komuniti, pengagihan tugas, peraturan, subjek dan objek untuk membangunkan dan mengaplikasikan artifak pengetahuan yang tepat dalam kajian knowledge management system. Artifak (seperti hamparan elektronik, pemprosesan perkataan dan perisian suntingan grafik) tersebut memainkan peranan penting dalam menggalakkan kebolehan dan keupayaan manusia menerima dan bertindak cemerlang dalam persekitaran yang berubah. Selain itu, AT juga mampu merekabentuk permainan komputer dan mengimplemenkan kaedah pengajaran yang tepat merujuk kepada tabiat dan interaksi pelajar semasa bermain permainan komputer (Lazarou, 2011). Permainan komputer yang berjaya dibangunkan adalah hasil daripada analisis pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains menggunakan AT.Daripada dapatan kajian-kajian lepas ini dapat disimpulkan bahawa pendekatan AT adalah berkesan sebagai kerangka analitik dalam kajian HCI terutamanya bagi menganalisis dan membina struktur sesebuah sistem yang bertepatan dengan aktiviti manusia serta berkait dengan persekitaran dan alatan.

3.0 Objektif Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti keperluan yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Rekod Dokumen (SPeRD) dengan menggunakan pendekatan Teori Aktiviti

ii. Membangunkan SPeRD berdasarkan keperluan yang telah dikenalpasti iii. Menilai tahap kepuasan pengguna terhadap SPeRD iv. Menilai perbandingan fungsi SPeRD secara keseluruhan dengan sistem yang

digunakan sebelum ini

4.0 Metodologi Berdasarkan objektif kajian yang disenaraikan, kajian ini bersifat kualitatif tetapi

menggunakan juga data kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual sebagai asas dalam menganalisis keperluan dan menilai serta menggunakan data numerik melalui soal selidik dalam penilaian bersama Sistem Pengurusan Rekod Dokumen (SPeRD) bagi mencapai objektif-objektif kajian.

Objektif kajian pertama adalah mengenalpasti keperluan yang perlu ada dalam SPeRD berdasarkan Teori Aktiviti. Justeru, bagi mengenalpasti keperluan SPeRD ini maka pengkaji perlu mendapatkan maklumat keperluan SPeRD daripada sumber yang tepat (pengguna) serta menganalisis maklumat yang diperolehi dengan kondisi atau syarat yang diperlukan iaitu berdasarkan Teori Aktiviti. Proses ini merupakan nadi kajian dan sangat perlu dititikberatkan kerana langkah menganalisis memerlukan penelitian yang paling utama bagi memastikan objektif kajian tercapai (Ozdilek & Robeck, 2009). Atas kepentingan analisis keperluan sistem, maka beberapa sesi temubual dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang tidak mungkin diperolehi daripada data numerika (Yan Piaw, 2011).Temubual dijalankan bersama enam orang peserta yang terdiri daripada seorang pentadbir sekolah, seorang guru dan seorang staf sokongan daripada dua buah sekolah di daerah Pasir Gudang Johor yang bertanggungjawab dalam pengurusan rekod dokumen di sekolah. Temubual yang dijalankan bersama enam peserta yang berlatarbelakangkan jawatan yang berbeza adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat yang menyeluruh daripada pelbagai sudut.Temubual ini lebih menumpukan kepada perolehan maklumat tentang keseluruhan aktiviti pengurusan rekod dokumen sekolah. Bagi mengumpul data keperluan sistem, lapan langkah berdasarkan ESM (Rajah 3) digunakan dan diubahsuai dalam sesi temubual.Hasil temubual tersebut diterjemahkan seperti pada Rajah4.

Page 6: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 38

ISSN 2289-9375

Daripada maklumat yang diperolehi dalam proses analisis menggunakan pendekatan ESM, SPeRD direka bentuk bagi mendapatkan idea awal tentang aktiviti keseluruhan sistem sebelum operasi pembangunan dijalankan. Reka bentuk yang dirancang perlu memuatkan segala kelengkapan sebagaimana yang diperlukan dalam dapatan analisis (Welty, 2007) termasuklah reka bentuk informasi yang perlu dimuatkan, carta alir dan reka bentuk antaramuka. Berdasarkan Rajah 4, komponen Objektif adalah bagi memastikan rekod dokumen tersebut dapat dirujuk, disemak semula dan dijadikan bahan bukti. Justeru, aktiviti yang perlu dimuatkan dalam SPeRD adalah seperti pada komponen Pembahagian Tugasiaitu merekod dokumen (termasuk mengesahkan dokumen), mencari dokumen dan memuat turun senarai dokumen.Setelah SPeRD dibangunkan dan dimuat naik ke dalam web hosting, operasi pengujian dan penilaian SPeRD dijalankan bagi mencapai objektif kajian seterusnya. Pengujian dijalankan bersama pakar sistem dan peserta dalam kajian rintis, manakala penilaian akan dijalankan olehsampel kajian sebenar.

5.0 Hasil Dapatan

Topik ini menerangkan tentang hasil reka bentuk SPeRD yang telah dibangunkan serta dapatan penilaian dan analisis dapatan yang diperolehi daripada soal selidik dan temubual.

Rajah 5 Sistem Aktiviti bagi Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah yang

dimodifikasi daripada Sistem Aktiviti Kajian Mwanza dan Engeström(2003)

Alat (Tools)

Surat Pekeliling

Arkib Malaysia

Sistem Pengurusan

Sekolah Kualiti

(SPSK)

Buku Daftar

Pengguna (Subject)

Staf

Pentadbir

Guru-guru

Peraturan dan

Kawalan Dokumen

(Rules &

Regulations)

Dokumen

direkodkan

berdasarkan

nombor daftar fail

selepas diterima

dan dihasilkan

Dokumen perlu

diminitkan dan

disahkan oleh

pentadbir sahaja

Dokumen perlu

dipastikan

disimpan ke dalam

fail dengan

nombor daftar

yang tepat

Komuniti

(Community)

Sekolah

Komuniti

pejabat

Pembahagian Tugas

Pengurusan Dokumen

(Division of Labour)

Staf

- Terima dokumen

- Rekod dokumen

- Pengeluaran dokumen

Pentadbir

- Meminitkan dan

mengesahkan dokumen

- Semakan dokumen

Guru-guru

- Tindakan lanjut ke atas

dokumen

- Mendapatkan rujukan

Objektif (Object-ive)

Membuat rujukan

Semakan semula

Sebagai bahan

bukti

Hasil Dapatan yang

Dikehendaki (Desired

Outcomes)

Menyemak jika berlaku

keciciran dokumen

Membantu memudahkan

pencarian semula

dokumen

Sebagai bahan bukti

Supaya dapat dijadikan

tempat rujukan

Dapat mengetahui

bilangan dokumen

Meningkatkan

kompetensi pengurusan

dokumen

Page 7: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 39

ISSN 2289-9375

5.1 Hasil Reka Bentuk SPeRD SPeRD yang siap dibangunkan dimuat naik ke dalam talian bagi memudahkan

proses penilaian dijalankan.Beberapa antara muka skrin SPeRD akan dibincangkan.

Rajah 6 Laman Utama SPeRD Sebelum Log Masuk

Rajah 5 menunjukkan laman utama sistem yang menyediakan fungsi log masuk

pengguna. Penerangan setiap menu turut disediakan bagi memberikan idea awal

kepada pengunjung laman web tentang fungsi yang terdapat dalam SPeRD. Sebanyak

empat atau lima pilihan menu disediakan selepas pengguna log masuk. Pilihan menu

adalah seperti Jadual 6.

Jadual 2 Pilihan Menu

Jawatan Pentadbir Staf Guru

Pilihan

Menu

Utama Utama Utama

Rekod Rekod -

Carian dan Kemaskini

(ada pengesahan rekod)

Carian dan Kemaskini

(tiada pengesahan rekod)

Carian dan Papar (tiada

fungsi kemaskini rekod)

Muat Turun Muat Turun Muat Turun

Bantuan Bantuan Bantuan

Laman ‘Rekod’ menyediakan ruang kosong bagi merekod surat masuk atau

keluar yang perlu diisi oleh pentadbir atau staf. Pentadbir atau staf perlu memastikan

maklumat dokumen diisi lengkap, jika tidak satu pemberitahuan akan terpapar apabila

didapati terdapat ruang yang masih tidak diisi.Bagi menjalankan pencarian dokumen

yang telah direkodkan, fungsi laman ‘Carian dan Kemaskini’ dimuatkan. Dengan

memasukkan sebarang kata kunci yang berkenaan (Rajah 6), jumlah dan senarai surat

yang berkaitan dengan kata kunci akan dipaparkan (Rajah 7). Seterusnya, maklumat

dokumen boleh diubah atau ditambah jika perlu dan disahkan oleh pentadbir dengan

klik pada tajuk surat daripada senarai surat tadi (Rajah 7).

Page 8: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 40

ISSN 2289-9375

Rajah 6 Kemudahan Carian Dokumen

Rajah 7Maklum Balas Carian Dokumen

Laman ‘Muat Turun’(Rajah 8) pula menyediakan kemudahan memuat turun

senarai dokumen berdasarkan kata kunci yang dimasukkan dan dimuat turun ke dalam

bentuk hamparan lejar (spreadsheet) dengan format .csv(Rajah 9).Fungsi ini juga

secara tidak langsung dapat menghasilkan kertas minit yang mengandungi senarai

dokumen yang berkaitan dengan fail yang dicari.

Rajah 8 Laman ‘Muat Turun’

Page 9: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 41

ISSN 2289-9375

Rajah 97 Senarai Dokumen Dalam Bentuk Hamparan Lejar

Berdasarkan Sistem Aktiviti (Rajah 4), SPeRD yang mengandungi tiga modul

pengguna beserta fungsi-fungsi setiap halaman berjaya dihasilkan dengan memenuhi

setiap komponen AT iaitu ‘subjek’, ‘objek’, ‘alat’, ‘pembahagian tugas’, ‘peraturan

dan kawalan’ dan ‘komuniti’.

5.2 Analisis Soal Selidik

Dengan skala maksimum 9.00 mewakili respons paling positif, berikut adalah penilaian pengguna terhadap SPeRD dalam nilai min dan median bagi setiap item(Jadual 7 hingga 10).Jadual berikut turut memaparkan nilai min dan median keseluruhan yang dikira berdasarkan jawatan dan juga nilai min dan median keseluruhan responden kajian.

Jadual 3 Analisis Reaksi Keseluruhan Sistem

Bil Item Min Median

2 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (memuaskan) 7.19 7.00

4 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (mudah) 7.19 7.00

3 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (memberangsangkan) 7.00 7.00

1 Reaksi keseluruhan terhadap sistem (menyeronokkan) 6.91 7.00

Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.25 8.25

Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.00 7.00

Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 7.00 7.00

Keseluruhan Dimensi 7.06 7.00

Jadual 4 Analisis Skrin Sistem

Bil Item Min Median

2 Butang yang disediakan dalam mengendalikan operasi sistem (sangat

membantu)

7.32 7.50

3 Susunatur maklumat dalam sistem (sangat jelas) 7.23 7.50

1 Kebolehbacaan huruf pada skrin sistem (mudah) 7.23 7.00

4 Susunatur setiap skrin (sangat jelas) 7.14 7.00

Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.00 8.00

Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.21 7.25

Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.63 6.63

Keseluruhan Dimensi 7.23 7.25

Jadual 5 Analisis Keupayaan Sistem

Bil Item Min Median

11 Sistem direka bentuk untuk semua jenis jawatan (sentiasa) 7.82 8.00

1 Kelajuan sistem (cepat) 7.73 8.00

14 Bantuan mengendalikan sistem (jarang diperlukan) 7.64 7.50

Page 10: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 42

ISSN 2289-9375

10 Keupayaan mengubah maklumat yang telah dimasukkan (mudah) 7.59 8.00

3 Masa yang diambil bagi setiap paparan skrin (cepat) 7.50 8.00

4 Kebolehpercayaan pada sistem (boleh dipercayai) 7.50 8.00

13 Arahan bagi setiap operasi (jelas) 7.50 7.50

12 Pemahaman menggunakan sistem (jelas) 7.45 8.00

9 Keupayaan ‘undo’ operasi (mudah) 7.45 8.00

2 Masa tindak balas sistem beroperasi (cepat) 7.41 8.00

8 Membuat pembetulan (mudah) 7.36 8.00

7 Sistem tidak membenarkan berlaku pertindihan data (sentiasa) 7.24 8.00

6 Sistem memberi amaran apabila pengguna melakukan kesilapan

memasukkan input (sentiasa)

7.14 8.00

5 Ralat operasi sistem berlaku (jarang) 6.82 7.00

Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.36 8.36

Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.54 7.54

Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.11 6.11

Keseluruhan Dimensi 7.45 7.50

Jadual 6 Analisis Prestasi Sistem

Bil Item Min Median

1 Sistem ini memudahkan pengurusan merekod dokumen 8.05 8.00

3 Sistem ini memudahkan pengurusan mencari dokumen 7.86 8.00

4 Sistem ini menghasilkan maklumat yang betul dan tepat pada setiap proses

carian

7.77 8.00

2 Saya dapat merekod maklumat dokumen tanpa masalah 7.75 8.00

11 Saya boleh memuat turun senarai dokumen yang diicari tanpa masalah 7.68 8.00

9 Saya dapat memuat turun lampiran dokumen yang dicari tanpa masalah 7.64 8.00

6 Saya dapat memaparkan maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 7.59 8.00

5 Saya dapat mengemaskini maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 7.50 8.00

10 Saya dapat memadam maklumat dokumen tanpa masalah 7.00 7.00

8 Saya dapat memuat naik lampiran dokumen yang dicari tanpa masalah 6.75 6.50

7 Saya dapat mengesahkan maklumat dokumen yang dicari tanpa masalah 6.00 6.00

Keseluruhan Dimensi (Staf) 8.45 8.45

Keseluruhan Dimensi (Guru) 7.85 8.00

Keseluruhan Dimensi (Pentadbir) 6.18 6.18

Bagi dimensi ‘Prestasi Sistem’, beberapa item tidak dijawab oleh responden

kerana tidak mempunyai kaitan dengan item yang disoal. Sebagai contoh, item yang

tidak dijawab oleh responden guru adalah item 2, 5, 7, 8, 10 kerana guru tidak

menjalankan tugas merekod, mengemaskini, memadam, mengesahkan dan

memuatnaik lampiran manakala bagi staf, item yang tidak dijawab adalah item 7

sahaja. Berbeza dengan pentadbir, keseluruhan item perlu dijawab kerana bersangkut

paut dengan fungsi yang terdapat dalam modul pentadbir SPeRD. Justeru, min

keseluruhan dimensi hanya dikira berdasarkan jawatan secara berasingan keranakiraan

min keseluruhan dimensi boleh dipengaruhi oleh item yang tidak dijawab. Nilai min

bagi setiap dimensi digambarkan dalam bentuk graf (Rajah 10).

Page 11: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 43

ISSN 2289-9375

Rajah 10 Graf Perbandingan Nilai Min Berdasarkan Dimensi Soal Selidik

Jadual 11 dan 12 pula menunjukkan hasil dapatan soalan terbuka dalam unit

peratus. Peratus tertinggi merujuk kepada jumlah respons yang paling banyak diberi

oleh responden daripada jumlah keseluruhan respons (N).

Jadual 7 Aspek Negatif Yang Terdapat Dalam Sistem

Aspek negatif yang terdapat dalam sistem

Item Peratus

1 Tulisan kecil 47.4%

2 Warna paparan kurang menarik 42.1%

3 Bermasalah jika talian internet tiada atau lambat 26.3%

4 Tiada pemberitahuan untuk penerima surat secara automatik 10.5%

5 Tiada logo 10.5%

6 Sistem tidak dapat berfungsi dengan baik jika rekod tidak dikemaskini 5.3%

7 Sistem tergendala tanpa bekalan elektrik 5.3%

8 Sistem tidak boleh digunakan jika komputer bermasalah 5.3%

9 Mungkin ada perisian tidak dapat menyokong sistem 5.3%

10 Tiada komunikasi dalam sistem 5.3%

11 Tidak menyokong banyak browser 5.3%

N = 32

Jadual 8 Aspek Positif Yang Terdapat Dalam Sistem

Aspek positif yang terdapat dalam sistem

Item Peratus

1 Sistematik dan memudahkan pengurusan dokumen 63.6%

2 Mudah mencari fail 40.9%

3 Cepat 18.2%

4 Mesra pengguna dan mudah digunakan 13.6%

5 Senang diakses 13.6%

6 Kurang penggunaan kertas 13.6%

7 Tepat 9.1%

8 Mudah membuat minit surat 9.1%

9 Tidak perlu berurusan dengan banyak pihak 9.1%

10 Dapat memuatturun dokumen dengan mudah 4.5%

11 Susun atur paparan skrin menarik 4.5%

12 Pengesahan mudah dibuat 4.5%

N = 45

5.3 Analisis TemuBual

Pengumpulan data melalui temu bual dianalisis dengan mengekodkan

penyataan-penyataan peserta kajian kepada beberapa sub-tema dan tema berdasarkan

transkrip penyataan peserta kajian. Hasil dapatan dirumuskan kepada dua tema utama

iaitu penilaian pengguna tentang SPeRD secara langsung iaitu ‘Penilaian Intrinsik

Page 12: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 44

ISSN 2289-9375

(PI)’ dan penilaian pengguna tentang aspek luaran yang mempengaruhi penggunaan

SPeRD iaitu ‘Penilaian ekstrinsik (PE)’.

Jadual 9Tema dan Sub-tema Dapatan Temu Bual Penilaian Pengguna

Kod Sub-tema Tema

PI1 Sesuai dengan abad 21

Penilaian Intrinsik (PI)

PI2 Inovasi dan berteknologi

PI3 Bagus digunakan

PI4 Mudah

PI5 Membantu

PI6 Masa pengurusan dikurangkan

PI7 Sistematik dan Praktikal

PI8 Sistem konsisten

PI9 Menepati prosedur

PI10 Tidak terbeban

PI11 Sesuai

PI12 Perlu penambahbaikan

PI13 Ringkas

PE1 Perlu ada tanggungjawab

Penilaian Ekstrinsik (PE)

PE2 Keperluan kursus penggunaan

PE3 Perlu kerjasama

PE4 Bermasalah tanpa talian internet

PE5 Perlu pendedahan ICT

PE6 Bersedia

PE7 Tingkatkan motivasi bekerja

6.0 Perbincangan Data yang dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif dalam kajian ini telah

memberikan makna yang menyeluruh terhadap penggunaan SPeRD kerana dapatan kualitatif

dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada dapatan kuantitatif (Garbarino &

Holland, 2009).

6.1 Perbincangan Dapatan Soal Selidik (Kuantitatif)

Berdasarkan Jadual 7 hingga 10 membuktikan penilaian pengguna terhadap

keseluruhan SPeRD adalah pada tahap positif dengan nilai min sekurang-kurangnya

6.00 bagi setiap item. Bagi dimensi ‘Reaksi Keseluruhan Terhadap Sistem’ mendapati

pengguna berpuas hati dan menunjukkan penerimaan terhadap SPeRD. SPeRD yang

diakui mudah ini mampu menarik pengguna, malah faktor ‘mudah’ juga menjadi isu

primer dalam konteks sebuah web (Aladwani, 2002). Justeru, tidak hairanlah

penyataan ‘mudah’ ini dinyatakan berulang kali dalam dimensi ‘soalan terbuka’ dan

juga dalam dapatan temu bual.Melalui dimensi ‘Skrin Sistem’ pula, analisis data

menunjukkan nilai min yang sangat tinggi. Butang navigasi yang disediakan dalam

SPeRD diakui sangat membantu pengguna dalam mengendalikan sistem, justeru risiko

‘sesat’ mungkin dapat dikurangkan semasa menggunakan sistem.Selain itu, semua

pengguna sangat berpuas hati dengan susun atur maklumat dan susun atur setiap skrin

di dalam sistem.Rata-rata pengguna terus memberikan nilaian skala yang tinggi dalam

dimensi ‘Keupayaan Sistem’ kerana min keseluruhan menunjukkan nilai yang tinggi.

SPeRD diakui mengambil tempoh paparan skrin yang pendek serta mempunyai sistem

yang laju. Item 5 daripada dimensi ‘Keupayaan Sistem’ ini mencatatkan nilai min

yang terendah walaupun pada tahap respons positif.Ini menunjukkan ralat operasi

sistem ada berlaku. Hal ini disebabkan aduan pengguna mengenai fungsi ‘Muat Turun’

yang disediakan oleh sistem tidak dapat digunakan pada Chromebook yang

Page 13: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 45

ISSN 2289-9375

digunapakai semasa proses penilaian dijalankan.Dimensi ‘Prestasi Sistem’ turut

menunjukkan respons yang positif daripada pengguna.

Secara keseluruhannya fungsi yang terdapat di dalam SPeRD tidak

memberikan masalah yang ketara berikutan dapatan nilai min setiap item berada pada

tahap yang tinggi kecuali item 8 “Saya dapat memuat naik lampiran dokumen yang

dicari tanpa masalah” dan item 7 “Saya dapat mengesahkan maklumat dokumen yang

dicari tanpa masalah” yang dinilai oleh pentadbir.Soalan terbuka yang disediakan

dalam soal selidik membuka ruang kepada pengguna mengemukakan pendapat dengan

bebas.Berdasarkan dapatan ‘Aspek negatif yang terdapat dalam sistem’, dua item yang

mendapat respons tertinggi adalah melibatkan paparan skrin sistem iaitu masalah

“Tulisan kecil” dan “Warna paparan kurang menarik”. Keutamaan paparan skrin atau

antaramuka ini bertepatan dengan kajian Sutcliffe (2013) yang mementingkan ‘rupa’

paparan bagi menarik pengguna terhadap sistem.Bagi ‘Aspek positif yang terdapat

dalam sistem’ pula, majoriti pengguna berpendapat bahawa SPeRD adalah sistematik

dan memudahkan pengurusan dokumen.Seterusnya, satu fungsi utama SPeRD telah

menjadi tarikan kepada ramai pengguna iaitu fungsi ‘Carian’ berdasarkan item

“Mudah mencari fail” yang dikemukakan dalam soalan terbuka. Berdasarkan dapatan

kedua-dua aspek, dapat disimpulkan bahawa lebih banyak aspek positif yang diakui

pengguna berbanding aspek negatif.

6.2 Perbincangan Dapatan Temu Bual (Kualitatif)

Penilaian menggunakan data kualitatif ini adalah sebagai jawapan kepada

perbandingan SPeRD dengan sistem sedia ada di sekolah. Dapatan data membuka satu

perbincangan tentang kelebihan dan kelemahan SPeRD yang diperolehi daripada tema

yang diperolehi iaitu ‘Penilaian Intrinsik’ (PI).Berpandukan Jadual 13di bawah tema

PI mendapati respons pengguna adalah sangat positif dan memberikan perbandingan

SPeRD sebagai sebuah sistem yang lebih sistematik, mudah, sesuai dengan abad ke-

21, tidak terbeban, membantu tugasan dan sebagainya. SPeRD dilihat sesuai

digunakan kerana pembahagian tugas yang tepat, prosedur piawai yang bertepatan

dengan sistem sedia ada serta merupakan sistem yang ringkas. Menurut Saltzer dan

Kaashoek (2009), sistem dikatakan ringkas jika proses atau prosedur adalah berulang

dan sama serta mudah difahami sesuai dengan kenyataan yang dikemukakan:

“Bagi pendapat saya dari segi pentadbir dan guru, kemungkinan mereka sesuai lah

sebab mereka telah banyak pendedahan dengan sistem online”

“Sistem sedia ada secara manual ni memang begitulah tugasnya. Jadi memang

sesuailah”

“Nampak lebih ringkas, terutamanya apabila semua guru hanya perlu tengok dan

tetapan tindakan siapa-siapa telah dinyatakan dalam sistem”

Selain itu, di bawah sub-tema ‘Mudah’, sistem dilihat mudah dan senang

kerana boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Proses pengurusan dokumen yang boleh

dilakukan di mana-mana sahaja turut dinyatakan oleh pengguna dalam temu bual :

“lebih sistematik. Di mana-mana pun kita boleh nampak, boleh buat, tak adalah nak

tengok buku tu mesti di atas meja kita.”

“Kami perlu merekod pada buku dan mengedar surat kepada guru tapi melalui ini,

kita cuma masuk ke dalam web dan cikgu boleh tengok bila-bila masa”

Namun, terdapat satu kelemahan dan cadangan yang dikemukakan oleh guru

iaitu perlu mewujudkan sistem notification (pemberitahuan) secara dalam talian agar

guru sentiasa bersiap sedia dan bertindak dengan segera terhadap dokumen.Di bawah

Page 14: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 46

ISSN 2289-9375

tema PE (Jadual 13), hasil dapatan lebih menjurus kepada keperluan eksternal dalam

meningkatkan kompetensi pengurusan dokumen melalui SPeRD. Pentadbir dan guru

yang ditemu bual berpendapat bahawa tanpa tanggungjawab dan integriti (PE1)

daripada setiap pihak yang terlibat maka pengurusan rekod dokumen akan tergendala

meskipun dibantu oleh satu sistem berteknologi.Seterusnya, keperluan lain

dikenalpasti apabila guru yang ditemu bual menyatakan bahawa sistem tidak dapat

beroperasi tanpa talian internet yang baik (PE4). Dapatan ini setara dengan dapatan

daripada soalan terbuka soal selidik (Jadual 11) yang menyatakan masalah talian

internet adalah di antara faktor yang akan menjejaskan kompetensi SPeRD.

6.3 Isu Percanggahan Dalam Hasil Dapatan

Jika diteliti min keseluruhan bagi setiap dimensi soal selidik, terdapat

perbezaan min keseluruhan yang seragam di antara staf dengan guru dan pentadbir.

Staf sentiasa menunjukkan min keseluruhan yang paling tinggi diikuti oleh guru dan

min keseluruhan pentadbir adalah rendah bagi setiap dimensi soalan.

Walaubagaimanapun, perbezaan min ini diperjelaskan secara tidak langsung dalam

temu bual yang dijalankan.Dapatan temu bual mendedahkan bahawa pentadbir dilihat

kurang yakin terhadap SPeRDdan mengiktiraf SPeRD sebagai sebuah sistem yang

sangat bagus hanya jika dapat mengatasi masalah-masalah kehilangan dokumen,

kelewatan tindakan dan masalah pengurusan masa berdasarkan dapatan temu bual

berikut:

“Kita juga harap apabila menggunakan sistem ni tiada lagi berlaku surat hilang,

surat lambat, masalah tak tahu, masalah lambat tulis, tak sempat nak rekod. Jika

dapat mengatasi masalah tu, saya rasa sistem ni bagus”

Berdasarkan min keseluruhan dimensi ‘Prestasi Sistem’ soal selidik, pentadbir

memberikan respons positif tetapi dengan nilai min lebih rendah berbanding guru dan

staf. Dapatan tersebut telah diperincikan dalam temu bual apabila pentadbir

menunjukkan sedikit keraguan terhadap tugasan yang ditetapkan dalam SPeRD kerana

pelaksanaan tugasan tersebut memerlukan tanggungjawab dan integriti terutamanya

daripada staf. Keraguan tersebut tergambar daripada penyataan berikut :

“…sama ada guna teknologi ke guna cara lama ke integriti kena ada sebab kalau

kita klik-klik pun tapi tidak dimasukkan maklumat, tetap tak ada rekod. Kalau tulis

salah pun tak guna juga. Jadi, mana-mana pun kena ada integriti sebab kita

manusia yang kena buat bukan sistem tu cuma ianya akan membantu dari segi

kepantasan. Jika tulis dan salin benda yang salah. Adakalanya juga tulis pun lambat

sampai dua tiga hari pun tak rekod.…”

7.0 Rumusan

Penggunaan AT dalam keseluruhan kajian inisecara tidak langsung mendorong

penerimaan warga sekolah terhadap SPeRD sebagai artifak teknologi dalam aktiviti

pengurusan rekod dokumen. Dengan prosedur piawai yang sama dengan kaedah sebelum ini,

SpeRD mampu mencapai objektif pengurusan dokumen sebagai pusat rujukan dan bahan

bukti yang dikehendaki. SpeRD turut diakui menjadi pemudah cara dalam menyemak

dokumen sekaligus meningkatkan kompetensi pengurusan rekod dokumen di sekolah.

Namun, penggunaan SPeRD yang direka bentuk sebagai ‘alat’ bantu dalam aktiviti manusia

tidak boleh berdiri sendiri. Secanggih manapun sesuatu sistem pengurusan yang digunakan,

faktor manusia itu sendiri iaitu integriti dan tanggungjawab merupakan satu ‘alat’ paling

penting dalam mencapai objektif aktiviti. Justeru, teknologi yang berpandukan nilai etika dan

integriti sahaja mampu menempah masa depan dunia yang stabil (Wilson, 2009).

Page 15: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 47

ISSN 2289-9375

Rujukan Aladwani, A. M. (2002). The development of two tools for measuring the easiness and usefulness of

transactional Web sites. European Journal of Information Systems, 11(3), 223-234.

Carroll, J. M. (1997). Human-computer interaction: psychology as a science of design. Annual review

of psychology, 48(1), 61-83.

Ding, W. W., Levin, S. G., Stephan, P. E., & Winkler, A. E. (2010). The impact of information

technology on academic scientists' productivity and collaboration patterns. Management

Science, 56(9), 1439-1461.

Engeström, Y. (1987). Learning by expanding: An activity-theoretical approach to developmental

research. Kosultit Oy, Helsinki.

Engeström, Y. (2001). Expansive learning at work: Toward an activity theoretical

reconceptualization. Journal of education and work, 14(1), 133-156.

Explorable.com. (2009, Sep 16, 2009). Convenience Sampling. Retrieved Dec 21, 2014, from

Explorable.com: https://explorable.com/convenience-sampling

Ferranti, J. M., Musser, R. C., Kawamoto, K., & Hammond, W. E. (2006). The Clinical Document

Architecture and the Continuity of Care Record: A Critical Analysis. Journal of the American

Medical Informatics Association, 13(3), 245-252. doi: http://dx.doi.org/10.1197/jamia.M1963

Garbarino, S., & Holland, J. (2009). Quantitative and qualitative methods in impact evaluation and

measuring results.

Ha, D. (2005). Towards a multimedia simulation for interprofessional learning: Using activity theory

to inform design. (MR16934 M.Sc.), Simon Fraser University (Canada), Ann Arbor.

Retrieved from https://vpn.utm.my/docview/305359703?accountid=41678 ProQuest

Dissertations & Theses Global database.

Hasan, H., & Meloche, J. (2013). Innovative ICT‐mediated activities for people, profit and planet.

European Journal of Innovation Management, 16(3), 335-354. doi: doi:10.1108/EJIM-08-

2011-0063

Heckman, J. (2008). Why Document Management: A White Paper.

http://www.worldox.com/files/whitepaper/DMWhitePaper.pdf

Ismail, N. A. (2007). The Impact Of Information Technology On Performance: The Mediating Role

Of Management Accounting Systems. Jurnal Teknologi, 27-44.

Koerber, A., & McMichael, L. (2008). Qualitative Sampling Methods: A Primer for Technical

Communicators. Journal of Business and Technical Communication, 22(4), 454-473. doi:

10.1177/1050651908320362

Kuutti, K. (1996). Activity theory as a potential framework for human-computer interaction research.

Context and consciousness: Activity theory and human-computer interaction, 17-44.

Lazarou, D. (2011). Using Cultural-Historical Activity Theory to design and evaluate an educational

game in science education. Journal of Computer Assisted Learning, 27(5), 424-439. doi:

10.1111/j.1365-2729.2011.00410.x

Mohamad Said, M. N. H., Tahir, L. M., Ali, M. F., Mohd Noor, N., Atan, N. A., & Abdullah, Z.

(2014). Using Activity Theory as Analytical Framework for Evaluating Contextual Online

Collaborative Learning. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 9(5),

54-59. doi: doi: http://dx.doi.org/10.3991/ijet.v9i5.3972

Molnár, B., & Benczúr, A. (2013). Issues of Modeling Web Information Systems Proposal for a

Document-centric Approach. Procedia Technology, 9(0), 340-350. doi:

http://dx.doi.org/10.1016/j.protcy.2013.12.038

Murphy, E., & Rodriguez-Manzanares, M. A. (2008). Using activity theory and its principle of

contradictions to guide research in educational technology. Australasian Journal of

Educational Technology, 24(4).

Mwanza, D. (2001). Where theory meets practice: A case for an Activity Theory based methodology

to guide computer system design. Paper presented at the Proceedings of INTERACT.

Mwanza, D. (2011). Activity-Oriented Design Method (AODM): Towards an Activity-Oriented

Design Method for HCI Research and Practice. Germany: LAP LAMBERT Academic

Publishing GmbH & Co. KG.

Page 16: Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016 48

ISSN 2289-9375

Mwanza, D., & Engeström, Y. (2003). Pedagogical adeptness in the design of e-learning

environments: experiences from the Lab@ Future Project. Paper presented at the World

Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education.

Nardi, B. A. (1996). Activity theory and human-computer interaction. Context and consciousness:

Activity theory and human–computer interaction, 436, 7-16.

Ozdilek, Z., & Robeck, E. (2009). Operational priorities of instructional designers analyzed within the

steps of the Addie instructional design model. Procedia - Social and Behavioral Sciences,

1(1), 2046-2050. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2009.01.359

Rizal, P. E. A. R. S., Jusoff, K., & Christon, E. (2011). Electronic Document Management System.

Shariq, S. Z. (1998). Sense making and artifacts: an exploration into the role of tools in knowledge

management. Journal of Knowledge Management, 2(2), 10-19. doi:

doi:10.1108/13673279810249341

Siyahhan, S., Barab, S. A., & Downton, M. P. (2010). Using activity theory to understand

intergenerational play: The case of Family Quest. International Journal of Computer-

Supported Collaborative Learning, 5(4), 415-432. doi: http://dx.doi.org/10.1007/s11412-010-

9097-1

Souza, R. (2011). Interaction Design and Activity Theory: Designing for Social Code Review.

(1491764 M.S.), University of Baltimore, Ann Arbor. Retrieved from

https://vpn.utm.my/docview/866305571?accountid=41678 ProQuest Dissertations & Theses

Global database.

Stier, R. F. (2014). Food Safety Assurance Systems: Documentation and Record Keeping. In Y.

Motarjemi (Ed.), Encyclopedia of Food Safety (pp. 268-275). Waltham: Academic Press.

. Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1997. (1997).

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes: Harvard

university press.

Welty, G. (2007). The ‘Design’Phase of the ADDIE Model. Journal of GXP Compliance, 11(4), 40-

52.

Yan Piaw, C. (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Authors:

Nur Sakinah Mohd Isa

[email protected]

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

UTM Skudai, Malaysia

Dr. Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said

[email protected]

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

UTM Skudai, Malaysia