panduan pentadbiran ujian lisan · pdf filept3 sebelum 31 oktober 2014 dengan ... bagi...

Click here to load reader

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    PANDUAN PENTADBIRAN

    UJIAN LISAN MENDENGAR PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

    LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2014

    BAHASA MELAYU

    BAHASA INGGERIS

  • 2

    KANDUNGAN

    HALAMAN

    1.0 DASAR PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR

    1.1 Instrumen Pentaksiran 4

    1.2 Personel 5

    1.3 Prosedur Keselamatan 7

    2.0 PENGENDALIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PANDUAN PENSKORAN

    10

    3.0 PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR 14

    4.0 PERATURAN AM UJIAN LISAN MENDENGAR 18

    5.0 PENGHANTARAN SKOR UJIAN LISAN MENDENGAR 23

    6.0 BORANG MARKAH UJIAN LISAN MENDENGAR 24

  • 3

    1.0

    DASAR PENTADBIRAN

    UJIAN LISAN - MENDENGAR

  • 4

    1.1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    Calon pekak dan bisu dikecualikan dari melaksanakan Ujian Lisan-Mendengar dan Ujian-Lisan Bertutur.

  • 5

    1.2 PERSONEL

    PERSONEL PENTADBIRAN

    Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk penyediaan instrumen pentaksiran dan pentadbiran PT3

  • 6

    PERSONEL PENTAKSIRAN

    Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk pemeriksaan, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor

  • 7

    1.3 PROSEDUR KESELAMATAN

    PERSONEL

    i. Semua Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang menguruskan pengendalian ujian bertulis, instrumen pentaksiran, panduan penskoran, skrip jawapan calon, skor calon hendaklah dilantik oleh Pengetua, JPN serta LP dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D).

    ii. Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh Pengetua

    sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PT3.

    AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Lampiran 88)

    Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran

    dan Personel Pentaksiran.

    Ditandatangani oleh Pengetua

  • 8

    PENGENDALIAN DOKUMEN

    TINDAKAN

    i. Menerima CD bagi calon biasa dan calon berkeperluan khas (CBK) yang mengandungi Rakaman Audio dan Instrumen Pentaksiran mengikut mata pelajaran daripada JPN.

    Memuat turun panduan penskoran mengikut mata pelajaran menggunakan komputer yang dikhaskan di premis sekolah/kerajaan serta menyimpannya dalam media storan..

    PKP

    ii. Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan

    penskoran serta menyimpan mengikut mata pelajaran

    di premis sekolah dengan kawalan keselamatan bagi mengelakkan

    sebarang insiden ketirisan maklumat.

    Semua instrumen PT3 adalah dokumen terperingkat TERHAD.

    Guru bertanggungjawab terhadap kerahsiaan instrumen PT3.

    GMP GLP SS

    iii. Melupuskan maklumat pada media storan dan mesin fotostat dengan serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran.

    GMP GLP SS

    iv. Menyediakan almari berkunci /bilik berkunci di premis sekolah.

    Menyimpan instrumen pentaksiran di dalam almari berkunci /bilik berkunci.

    Pengetua PKP SUP

    v. Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Pentaksir 30 minit sebelum Ujian Lisan-Mendengar berlangsung.

    Menyerahkan panduan penskoran kepada Pentaksir selepas tamat pentadbiran Ujian Lisan-Mendengar bagi setiap mata pelajaran

    Pengetua PKP

  • 9

    2.0

    INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    DAN PANDUAN PENSKORAN UJIAN LISAN - MENDENGAR

  • 10

    2.0 PENGENDALIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PANDUAN PENSKORAN

    TINDAKAN

    i. Menyediakan CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen pentaksiran dan menyerahkan kepada JPN.

    LP

    ii. Menerima CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen pentaksiran dan menyerahkan kepada sekolah.

    JPN

    iii. Menerima CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen pentaksiran dan menyerahkan kepada sekolah.

    PPD

    iv. Melantik Penolong Kanan Pentadbiran untuk menerima CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen pentaksiran daripada JPN/PPD.

    Melantik SUP untuk memuat turun panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar dari portal LP.

    Melantik guru mata pelajaran untuk memperbanyak CD yang

    mengandungi rakaman audio.

    Menyerahkan instrumen pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar kepada guru mata pelajaran yang dilantik untuk diperbanyak mengikut bilangan murid.

    Menyerahkan panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar kepada

    guru mata pelajaran yang dilantik untuk diperbanyak mengikut bilangan guru pentaksir.

    Menyediakan almari berkunci / bilik berkunci untuk menyimpan

    perkara berikut:

    - Instrumen pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar sehingga hari pelaksanaan pentaksiran.

    - Panduan Penskoran Ujian Lisan-Mendengar sehingga tamat

    pelaksanaan pentaksiran. Menyerahkan instrumen pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar kepada

    Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Pendidikan Khas untuk dibraille.

    Pengetua

    v. Menerima CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen pentaksiran daripada JPN/PPD dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran yang dilantik.

    Menyediakan jadual muat turun panduan penskoran dan

    memastikan guru mata pelajaran yang dilantik memuat turun panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar dari portal LP.

    PKP

  • 11

    TINDAKAN

    Memastikan guru mata pelajaran yang dilantik memperbanyakkan

    CD yang mengandungi Audio Rakaman dan panduan penskoran

    mengikut bilangan guru pentaksir.

    Memastikan guru mata pelajaran yang dilantik memperbanyak

    instrumen pentaksiran mengikut bilangan calon.

    Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran

    Ujian Lisan-Mendengar kepada Ketua Panitia seperti berikut:

    - Instrumen pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar pada hari

    pelaksanaan pentaksiran. - Panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar setelah tamat

    pelaksanaan pentaksiran.

    vi. Menyediakan jadual pelaksanaan pentaksiran.

    Menerima CD yang mengandungi rakaman audio Ujian Lisan-Mendengar dan instrumen pentaksiran daripada Penolong Kanan Pentadbiran.

    Menyerahkan CD yang mengandungi rakaman audio Ujian Lisan-

    Mendengar dan instrumen pentaksiran kepada guru mata pelajaran yang menjalankan pentaksiran mengikut jadual pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar.

    Memastikan guru mata pelajaran mematuhi jadual pelaksanaan

    pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar.

    Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran

    yang menjalankan pentaksiran selepas pentaksiran Ujian Lisan-

    Mendengar.

    KP

    vii. Menerima kata laluan untuk memuat turun panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar.

    Memastikan instrumen pentaksiran telah diperbanyakkan bagi calon

    biasa dan calon berkeperluan khas mengikut jadual yang ditetapkan.

    Menyimpan CD yang mengandungi rakaman audio dan instrumen

    pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar serta panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar dalam almari berkunci / bilik berkunci seperti berikut:

    - Instrumen pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar sehingga hari

    pelaksanaan pentaksiran. - Panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar sehingga tamat

    pelaksanaan pentaksiran.

    SUP

  • 12

    TINDAKAN

    viii. Menerima CD yang mengandungi rakaman audio Ujian Lisan-Mendengar dan instrumen pentaksiran daripada Pengetua.

    Memperbanyakkan instrumen pentaksiran mengikut bilangan calon

    bagi setiap mata pelajaran dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk disimpan.

    Memperbanyakkan panduan penskoran mengikut bilangan guru

    pentaksir bagi setiap mata pelajaran dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk disimpan.

    Menerima CD yang mengandungi rakaman audio Ujian Lisan-

    Mendengar daripada Ketua Panitia pada hari pelaksanaan pentaksiran.

    Menjalankan pentaksiran mengikut jadual yang ditetapkan oleh

    Lembaga Peperiksaan.

    Menerima panduan penskoran Ujian Lisan-Mendengar daripada Ketua Panitia setelah tamat pelaksanaan pentaksiran.

    GMP

  • 13

    3.0

    PENTADBIRAN

    UJIAN LISAN - MENDENGAR

  • 14

    3.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    TINDAKAN

    i. Menyediakan takwim dan jadual kerja PT3.

    Mengedarkan takwim dan jadual kerja PT3 kepada JPN dan memuat naik di portal LP.

    Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk

    memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    LP

    ii. Menerima takwim dan jadual kerja Ujian Lisan-Mendengar dan mengedarkan kepada PPD.

    Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN untuk memantau pelaksanaan Ujian Lisan-Mendengar bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    Menguruskan calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon

    bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    - Menyerahkan jadual Ujian Lisan-Mendengar kepada calon.

    - Menguruskan instrumen pentaksiran calon.

    - Melantik personel pentaksiran untuk memeriksa skrip jawapan

    calon.

    - Menghantar markah calon ke LP.

    - Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3 Menjaga keselamatan instrumen pentaksiran dan Panduan

    Penskoran.

    JPN

    iii. Menerima takwim dan jadual kerja Ujian Lisan-Mendengar daripada JPN dan menyerahkan ke sekolah.

    Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai PPD untuk memantau pelaksanaan Ujian L