panduan penskoran ujian bertutur 03_bm pt3

5
PANDUAN PENSKORAN UJIAN BERTUTUR 10-12 minit

Upload: myiee-yusoff

Post on 27-Dec-2015

2.605 views

Category:

Documents


393 download

DESCRIPTION

pt3 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penskoran Ujian Bertutur 03_BM PT3

PANDUAN

PENSKORAN

UJIAN BERTUTUR 10-12 minit

Page 2: Panduan Penskoran Ujian Bertutur 03_BM PT3

Panduan Penskoran

Penskoran diberikan berdasarkan empat konstruk, iaitu :

• Tatabahasa dan kosa kata • Sebutan, intonasi dan nada • Kefasihan • Bermakna

Peringkat Pencapaian

• Cemerlang 25-30 markah • Kepujian 20-24 markah • Baik 15-19 markah • Kurang Memuaskan 10-14 markah • Pencapaian tahap minimum 05-09 markah • Tidak Mencapai Tahap Minimum 00-04 markah

Page 3: Panduan Penskoran Ujian Bertutur 03_BM PT3

KRITERIA PENSKORAN UJIAN BERTUTUR

PERINGKAT

KONSTRUK KRITERIA /PENERANGAN

A

CEMERLANG (25-30)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.

Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan betul, sangat jelas dan tepat. Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

Kefasihan Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.

Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang.

B

KEPUJIAN (20-24)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.

Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan betul, jelas dan tepat. Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

Kefasihan Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.

Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

C

BAIK (15-19)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul.

Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat. Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

Kefasihan Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.

Bermakna Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

D

KURANG MEMUASKAN

(10-14)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah.

Sebutan, Intonasi dan Nada

Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat. Intonasi banyak yang salah.

Kefasihan Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.

Bermakna Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.

E

PENGUASAAN MINIMUM

(05-09)

Tatabahasa dan Kosa Kata

Keseluruhannya lemah. Keseluruhan persembahan calon menggambarkan ketidakcekapan berbahasa

Sebutan, Intonasi dan Nada Kefasihan Bermakna

BELUM

MENCAPAI TAHAP

MINIMUM F

(00-04)

Tatabahasa dan Kosa Kata

KESELURUHANYA SANGAT LEMAH / TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG RESPONS

Sebutan, Intonasi dan Nada Kefasihan

Bermakna

Page 4: Panduan Penskoran Ujian Bertutur 03_BM PT3

Glosari Ujian Lisan

Ungkapan atau istilah Maksud

Tatabahasa Peraturan bahasa

Kosa Kata Perbendaharaan kata Keseluruhan kata

Sebutan Cara melafazkan atau menyebut perkataan yang diterima sebagai yang betul atau yang wajar

Intonasi Turun naik atau tinggi rendah suara sewaktu bercakap

Nada Bunyi tinggi rendah suara yang membayangkan sesuatu perasaan atau sikap

Rentak dalam ucapan sajak dan lain-lain

Kefasihan Lancar dan mudah bercakap Pandai berkata-kata Pantas dan tidak tersekat-sekat

Gramatis Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang mengikut peraturan tatabahasa

Bermakna Pengucapan yang mengandungi erti atau bererti Pengucapan yang mencapai maksud atau kehendak

tugasan Bertatasusila – beradab, bersopan dan menyatakan

maksud dengan jelas

Page 5: Panduan Penskoran Ujian Bertutur 03_BM PT3

UJIAN BERTUTUR BORANG PROFIL INDIVIDU

NOMBOR CALON : 1 / 2 / 3 / 4 / 5

NAMA CALON : _______________________

NOMBOR K.P. / A.GILIRAN : _______________________

TAHUN : _______________________

Catatan: Borang ini digunakan secara pilihan sahaja.

NAMA PENTAKSIR (1 / 2) TANDATANGAN PENTAKSIR TARIKH CATATAN PENTAKSIR

(jika ada)

SKOR CALON

PERINGKAT PENCAPAIAN A

Cemerlang (25-30)

B Kepujian (20-24)

C Baik

(15-19)

D

Kurang Memuaskan

(10-14)

E Penguasaan Minimum

(05-09)

F Belum

Mencapai Tahap

Minimum (00-04)