bab 2.bertutur

15
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan 1 Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh: menghuraikan definisi dan konsep masalah pertuturan menjelaskan unsur-unsur pertuturan menerangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah gagap menjelaskan punca masalah gagap mensenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah gagap Ringkasan Bab 2.1 Mukadimah 2.2 Apakah bermasalah pertuturan dan komunikasi? 2.3 Unsur-unsur pertuturan 2.4 Gagap 2.5 Punca masalah gagap 2.6 Panduan mengurangkan masalah gagap 2.7 Kajian Kes: Anak Lewat Cakap Ringkasan Rujukan Bab 1: Pengenalan Bab 2: Bermasalah Pertuturan Bab 3: Bermasalah Membaca Bab 4: Bermasalah Matematik Bab 5: Bermasalah Menulis Bab 6: Bermasalah Memberi Tumpuan Bab 7: Bermasalah Interaksi Bab 8: Bermasalah Kemahiran Motor Bab 9: Bermasalah Fungsi Eksekutif

Upload: slphey

Post on 14-Nov-2015

175 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    1

    Bab 2:

    Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

    menghuraikan definisi dan konsep masalah pertuturan

    menjelaskan unsur-unsur pertuturan

    menerangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah gagap

    menjelaskan punca masalah gagap

    mensenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah gagap

    Ringkasan Bab

    2.1 Mukadimah

    2.2 Apakah bermasalah pertuturan dan komunikasi?

    2.3 Unsur-unsur pertuturan

    2.4 Gagap

    2.5 Punca masalah gagap

    2.6 Panduan mengurangkan masalah gagap

    2.7 Kajian Kes: Anak Lewat Cakap

    Ringkasan

    Rujukan

    Bab 1: Pengenalan Bab 2: Bermasalah Pertuturan Bab 3: Bermasalah Membaca Bab 4: Bermasalah Matematik Bab 5: Bermasalah Menulis Bab 6: Bermasalah Memberi Tumpuan Bab 7: Bermasalah Interaksi Bab 8: Bermasalah Kemahiran Motor Bab 9: Bermasalah Fungsi Eksekutif

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    2

    Bab ini akan membincangkan tentang kanak-kanak bermasalah komunikasi yang

    meliputi masalah pertuturan dan masalah bahasa, perkembangan pertuturan dan

    bahasa kanak-kanak, masalah pertuturan, masalah bahasa, kelewatan bertutur,

    keperluan pendidikan, dan khidmat sokongan untuk kanak-kanak masalah

    komunikasi.

    Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan

    koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan

    simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan

    untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

    Secara umumnya manusia berkomunikasi di antara satu sama lain melalui pertuturan.

    Manusia perlu berkomunikasi untuk menyatakan fikiran dan berhubung di antara satu

    sama lain dalam menjalani aktiviti-aktiviti kehidupan. Bayangkan apabila seseorang

    itu tidak dapat berkomunikasi dengan ibu bapa, ahli keluarga, dan rakan sebaya akibat

    daripada masalah pertuturan yang dihadapinya. Mereka mungkin mempunyai idea

    atau perkara yang hendak disampaikan tetapi tidak dapat menyampaikannya kerana

    masalah pertuturan yang dihadapi seperti gagap, sengau dan sebutan tidak jelas.

    Masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk dan tahap

    yang berbeza-beza. Masalah pertuturan (speech disorders) mempengaruhi cara kanak-

    kanak bercakap, memahami, menganalsis dan memproses maklumat (Gargiulo, 2003).

    Kanak-kanak yang bermasalah pertuturan lazimnya mendapati sukar mengikuti

    pelajaran dan elak hadir sekolah. Menurut Friend (2005), masa yang paling kritikal

    dalam perkembangan pertuturan adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah

    memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal. Lihat

    Jadual 2.1 yang menyenaraikan petunjuk-petunjuk penting perkembangan pertuturan

    kanak-kanak normal. Berdasarkan ini guru akan dapat mengetahui kelainan yang

    dimiliki oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan.

    Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini

    dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan

    bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah:

    jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama

    jika pertuturannya sukar difahami

    apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain

    2.1 Mukadimah

    2.2 Apakah Bermasalah Pertuturan?

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    3

    Rajah 2.1 Tahap Penguasaan Pertuturan Kanak-Kanak

    Perkembangan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangqan intelek,

    umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai

    pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataan-

    perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka. Masalah

    perkembangan pertuturan kanak-kanak boleh diketahui dengan membuat

    Umur

    Kebolehan Bertutur

    1 Mengenal nama dan boleh menyebut mama dan papa

    Faham arahan mudah

    1-2 Faham perkataan tidak. Guna sepuluh hingga 20 perkataan, Boleh menggabungkan dua perkataan Mak makan Meniru bunyi binatang seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan

    2-3 Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa negatif -tak mau Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau menangis Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan besar

    3-4 Sudah Boleh Bercerita Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan Memahami makna kelmarin, makan tengah hari Mula menurut arahan/perminatan Letak kasut di luar

    4-5 Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat Boleh bercakap angan-angan - saya harap . Banyak menyoal, termasuk Mengapa..?

    5-6 Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan Memahami hubungan ruang seperti atas dan belakang Tahu alamat sendiri Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil besar Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan Menggunakan berbagai jenis ayat

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    4

    perbandingan dengan perkembangan kanak-kanak normal.

    Masalah pertuturan merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan,

    dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam penyampaian dan penggunaan

    simbol-simbol lisan. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan

    memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan

    melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal

    bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran (Bernstein & Tiegerman,

    1993).

    Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi

    bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak

    dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai

    dengan peringkat umur. Masalah pertuturan dikaitkan dengan: Lihat Rajah 2.1.

    Suara

    Bunyi

    Artikulasi,

    Kelancaran.

    Rajah 2.2 Unsur-Unsur Pertuturan

    Suara Bunyi

    Artikulasi

    Kelancaran

    2.3 Unsur-Unsur Pertuturan

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    5

    1) Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu:

    pitch yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara,

    kekuatan, atau kenyaringan suara, dan

    kualiti suara.

    Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak

    normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara

    berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang

    menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan

    berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

    Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar

    melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan

    ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu kanak-kanak

    sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan

    bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng . Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan

    kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

    2) Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya

    dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara

    yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.

    3) Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir,

    lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan

    bunyi-bunyi bahasa. Masalah artikulasi atau

    gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi

    pertuturan yang abnormal, sehinga menyebabkan

    percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan

    yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada

    perkara-perkara berikut:

    Penggantian bunyi tetrjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan dan dalam bahasa Inggeris wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

    Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa

    Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonsn s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah,

    atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    6

    Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

    APAKAH PUNCA MASALAH ARTIKULASI?

    Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan

    gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing

    lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak,

    kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap

    sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran (Compton, 1993).

    Fizikal: Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu

    pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

    Kelumpuhan Otak: Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan

    pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima

    atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

    Asuhan: Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak

    lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga

    menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut

    perkataan dengan betul.

    Persekitaran: Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap,

    menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak

    yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model..

    4) Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat

    yang boleh mengganggu komunikasi. Gangguan kelancaran melibatkan aliran

    pertruturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang.

    a) Apakah masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak? b) Bincangkan empat faktor yang berkaitan dengan masalah

    pertuturan. c) Apakah punca bermasalah pertuturan?

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    7

    Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang

    dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat,

    dan diikuti ketegangan otot tekak (Guitar, 2005). Keadaan ini terjadi akibat gangguan

    pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak

    sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara peruturan normal dan gagap

    mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

    Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

    Gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan

    persekitaran,

    Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

    Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

    Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage)

    yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-

    kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul

    Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari

    segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di

    antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut:

    Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang

    menyebut perkataan dan

    pemanjangan bunyi perkataan.

    Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang

    sama.

    Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

    Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan mata,

    mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa

    bertutur.

    Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya

    persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih

    bahasa, tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang

    dewasa sebagai model

    2.4 Gagap

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    8

    Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang

    dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan

    mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat,

    misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami

    masalah menyebut perkataan dengan betul.

    Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan

    pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan

    seperti berikut:

    Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap,

    otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini

    menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.

    Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta

    hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.

    Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan.

    Trauma atau kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan

    menghidap sesuatu penyakit.

    Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

    Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

    Terdapat bukti-bukti yang menerangakan bahawa, seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan

    kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

    2.5 Punca Masalah Gagap

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    9

    Morley (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu

    gagap mengatasi masalah mereka

    Menyesuaikan Diri dengan Gagap Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada pengalaman-

    pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap.

    Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya

    mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-

    masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima

    hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi

    Terapi Mengurangkan Ketegangan (Relaxation Therapy) Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan

    mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan kelesaan dan

    ketenangan mental yang akan mneningkatkan kecekapan dan keayakinan

    untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.

    Latihan-latihan yang Membantu ke Arah Mengawal Petunjuk-petunjuk Gagap Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman

    pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal

    kegagapan ketika ianya terjadi

    o Perbincangan, Cadangan, dan Tugasan Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang

    berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan

    berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi

    bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan

    menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan

    cadangan-cadangan yang diberi.

    o Terapi Kumpulan Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia akan

    bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama

    dan berkongsi pengalaman masing-masing

    2.6 Panduan Mengurangkan Masalah Gagap

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    10

    Kelewatan bertutur adalah kekurangan dalam keupayaan bertutur yang berlaku dalam

    kadar yang lambat dari normal iaitu pertuturan yang tidak sesuai dengan peringkat

    umur. Kanak-kanak yang lewat bertutur akan bertutur seperti kanak-kanak yang jauh

    lebih muda daripadanya. Mereka kerap dianggap sebagai keanak-anakan dan sukar

    bergaul dengan rakan sebaya. Kelewatan bertutur juga sering dikaitkan dengan

    ketidakupayaan lain seperti masalah pendengaran, terencat akal, gangguan emosi, dan

    kerosakan otak. Kelewatan bertutur bertutur disebabkan oleh beberapa faktor

    berikut: (Reed, (1994).

    Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

    Kecerdasan (IQ) yang rendah menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya belajar bercakap dengan rakan-rakan sebaya di samping mempunyai

    perbendaharaan kata yang rendah

    Sikap ibu bapa yang suka anak mereka bercakap keanak-anakan kerana dianggap seronok dan jenaka.

    Peluang bertutur yang terhad di rumah. Ibu bapa gagal merangsang anak untuk bertutur dan kurang motivasi

    Ibu bapa memikirkan anak mereka akan dapat bercakap secara semula jadi

    apabila sampai masanya dan tidak perlu diberi galakan atau motivasi.

    Masalah pertuturan memberi kesan yang besar ke atas perkembangan dan

    penyesuaian sosial serta pembentukan peribadi kanak-kanak. Kekecewaan yang

    mereka hadapi menyebabkan mereka menyisihkan diri dari rakan sebaya, kurang

    keyakinan, dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Kanak-kanak bermasalah

    pertuturan boleh dibantu melalui intervensi terapi pertuturan, psikoanalisis, dan

    latihan-latihan khas untuk mengatasi masalah pertuturan.

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan gagap dalam kalangan kanak-kanak?

    b) Nyatakan ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh kanak-kanak yang gagap.

    c) Bincangkan punca masalah gagap. d) Jelaskan tindakan yang boleh diambnil oleh guru dan ibu

    bapa untuk mengurangkan masalah gagap dalam kalangan kanak-kanak.

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    11

    2.7 Kajian Kes: ANAK LEWAT CAKAP

    Sumber: BERITA HARIAN 3 Mac. 2012 Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof.

    SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap. Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap. Namun, adakah tanggapan ini benar? Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertututan-bahasa. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuknya kepada terapis itu kerana lambat bercakap boleh menjadi petanda kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu. - Dr Basyariatul Fathi Osman, Terapis Pertuturan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos. Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan. Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti main masak-masak atau main pondok-pondok itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan, katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar. Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau pencuri-polis. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi vroom enjin kereta atau perkataan lari dan tangkap dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    12

    Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik, katanya. Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan? Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi petanda kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu, katanya. Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap. Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelat kerana ini adalah proses normal. Pelat atau proses-proses fonologi ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi pelat ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa. Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau baby talk seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi. Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    13

    Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa. Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap. Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas. Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum, katanya. Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme. Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    14

    Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara.

    Masalah pertuturan dikaitkan dengan Suara, Bunyi, Artikulasi dan Kelancaran.

    Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap.

    Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

    Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara.

    Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.

    Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat

    pertuturan.

    Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap

    pertuturan mereka yang gagap.

    Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak

    \

  • Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan

    15

    Bernstein, D. K. & Tiegerman, E. (1993). Language and Communication Disorders in

    Children. (3rd

    Ed.) New York: Merrill

    Compton DG (1993). Stammering : its nature, history, causes and cures. Hodder &

    Stoughton.

    Friend, M. (2005). Exceptional Children.: Wiley: Boston.

    Gargiulo, R.M., (2003). Special Education in Contemporary Society: An Introduction

    to Exceptionality. United States: Wadsworth Thomson Learning.

    Guitar, Barry (2005). Stuttering: An Integrated Approach to Its Nature and

    Treatment. San Diego: Lippincott Williams & Wilkins

    Mercer, C.D. & Mercer, A.R. (2001) Teaching Students with Learning Problems, (6th

    Ed.) Columbus, Ohio: Merrill.

    Morley, M.E. (1972). The Development and Dsorders of Speech in Childhood.

    London. Churchill Livingstone.

    Turkington, C. & Harris, J.R. (2003). Understanding Learning Difficulties: The

    Source Book for Causes, Disorders, and Treatments. New York: Checkmark

    Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language Disorders. New

    York: Macmillan College Publishing Company