rubrik penskoran sejarah terkini spm 2016

5
RUBRIK PENSKORAN SEJARAH SPM Penandaan rubrik penskoran dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016 APAKAH MAKSUD RUBRIK PENSKORAN? Pelajar perlu jawab secara RUBRIK iaitu, (Jawapan lebih / Ayat berlapis) Contoh : - Fakta + Huraian + Contoh (idea lain) - Fakta + Huraian + Kesan - Fakta + Huraian + Faedah Banyak digunakan dalam soalan bentuk KBAT CONTOH SOALAN 1 : a) Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan Tamadun' sebagai alasan mereka untuk menguasai Negara lain. Beri komen terhadap pernyataan tersebut. (3 Markah) Penskoran: KOMEN - Fakta (F) = Berkaitan dengan maksud tersurat dan tersirat slogan (1m) KOMEN - Huraian (H) = Komen disertakan dengan huraian yang sesuai (2m) KOMEN - Kesan (K ) = Komen di hurai dan disertakan dengan contoh yang sesuai (3m) CONTOH AYAT : (Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 7) (Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan Tamadun' sebagai alasan mereka untuk menguasai negara lain kerana mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun). (Hal ini kerana, mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin masyarakat Asia Tenggara menjadi masyarakat bertamadun.) (Namun demikian, sumber ekonomi masyarakat Asia Tenggara dibolot oleh orang Barat. ) JAWAPAN PAKEJ UNTUK MENDAPATKAN MARKAH PENUH = 3 MARKAH F+H+C atau F+H+K atau F+H+F Kepala Ayat Penanda Wacana BEFORE AFTER

Upload: harjagdeeskaur

Post on 14-Apr-2017

341 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016

RUBRIK PENSKORAN SEJARAH SPM

Penandaan rubrik penskoran dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016

APAKAH MAKSUD RUBRIK PENSKORAN?

Pelajar perlu jawab secara RUBRIK iaitu, (Jawapan lebih / Ayat berlapis)

Contoh :

- Fakta + Huraian + Contoh (idea lain)

- Fakta + Huraian + Kesan

- Fakta + Huraian + Faedah

Banyak digunakan dalam soalan bentuk KBAT

CONTOH SOALAN 1 :

a) Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan

Tamadun' sebagai alasan mereka untuk menguasai Negara lain.

Beri komen terhadap pernyataan tersebut. (3 Markah)

Penskoran:

KOMEN - Fakta (F) = Berkaitan dengan maksud tersurat dan tersirat slogan (1m)

KOMEN - Huraian (H) = Komen disertakan dengan huraian yang sesuai (2m)

KOMEN - Kesan (K ) = Komen di hurai dan disertakan dengan contoh yang sesuai (3m)

CONTOH AYAT : (Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 7)

(Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan Tamadun'

sebagai alasan mereka untuk menguasai negara lain kerana mereka mendakwa bahawa mereka

lebih maju dan bertamadun). (Hal ini kerana, mereka berasa bertanggungjawab untuk

memimpin masyarakat Asia Tenggara menjadi masyarakat bertamadun.)

(Namun demikian, sumber ekonomi masyarakat Asia Tenggara dibolot oleh orang Barat. )

JAWAPAN PAKEJ UNTUK

MENDAPATKAN

MARKAH PENUH = 3 MARKAH

F+H+C atau F+H+K atau F+H+F

Kepala Ayat

Penanda Wacana

BEFORE AFTER

Page 2: Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016

CONTOH SOALAN 2 : (Pecahan Soalan Esei)

JAWAPAN RUBRIK (Ayat Berlapis)

2. Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan. Buktikan.

(6 Markah)

CONTOH JAWAPAN LAMA/ BIASA - (Sebelum Rubrik Penskoran)

Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan maritim

Kerajaan Agraria membekalkan bahan mentah kepada kerajaan maritim

Kerajaan Agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan maritim

Kerajaan Agraria menyediakan kenderaan raja kepada kerajaan maritim

Kerajaan Maritim membekalkan barangan mewah kepada kerajaan Agraria

Kerajaan Maritim mendapatkan tenaga kerja daripada kerajaan Agraria

[Jika hanya nyatakan isi/ fakta sahaja dan tidak ada huraian & contoh, (walaupun

ada 6 isi / fakta, calon hanya mendapat 1-2 markah sahaja. ]

CONTOH JAWAPAN BENTUK BARU/ RUBRIK PENSKORAN

Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan kerana Kerajaan Agraria

menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan Maritim kerana Kerajaan Agraria

mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber makanan utama

seperti Padi / Padi Huma yang menghasilkan beras

Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim. di mana

barang tersebut datang dari luar seperti China dan India. Contohnya Tekstil, gelas, manik.

[ Jawapan ini melayakkan calon mendapat markah penuh 6 markah (walaupun hanya 2 isi /

fakta sahaja yang ditulis, tetapi lengkap dengan Fakta + Huraian + Contoh ]

Butiran Markah

Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang jelas

Bukti / ulasan yang relevan

Contoh yang sangat sesuai

5 - 6 CEMERLANG

Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang

kurang jelas

Bukti / ulasan yang kurang relevan

Contoh yang kurang sesuai

3 - 4 MEMUASKAN

Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang terhad

Bukti / ulasan yang tidak relevan

Contoh yang tidak sesuai / tiada contoh

1 - 2 LEMAH

Page 3: Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016

Penskoran: (Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 83)

BUKTI - Fakta (F) = Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kpd kerajaan Maritim

HURAIAN- (H) = Kerajaan Agraria mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat

menghasilkan sumber makanan utama

CONTOH - Idea lain (C ) = Padi / Padi Huma

Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan kerana

(Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan Maritim ) Hal ini kerana

(Kerajaan Agraria mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber

makanan utama ) seperti( Padi / Padi Huma yang menghasilkan beras.)

BUKTI - Fakta (F) = Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim

HURAIAN- (H) = Barang tersebut datang dari luar seperti China dan India

CONTOH - Idea lain (C ) = Tekstil / gelas / manik

(Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim.) (Barangan

tersebut datang dari luar seperti China dan India.) (contohnya Tekstil, gelas dan manik. .)

Penskoran penuh:

Bukti berkaitan dengan pernyataan sahaja

Bukti disertakan dengan huraian yang sesuai

Bukti disertakan huraian dan contoh

/ idea baru yang sesuai

TASIK TONLE SAP DI KEMBOJA

http://khai79.blogspot.my/

Penanda Wacana

Kepala Ayat

Page 4: Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016

RUMUSAN:

- Pengskoran Rubrik memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk PAKEJ iaitu :

FAKTA + HURAIAN + CONTOH (Kesan, Faedah atau idea baru)

PESAN CIKGU……

Item KBAT adalah markah BONUS anda………

1.Markah kbat tidak bergantung kpd berapa isi jawapan diberi. Yang

penting pelajar boleh beri fakta + huraian + contoh.

BERANI dan JANGAN TAKUT mengeluarkan apa sahaja idea yang

logik/ munasabah walaupun anda berasakan idea itu tidak HEBAT

atau MENARIK.

Kaitkan jawapan anda dengan kehidupan seharian , mata pelajaran

lain yang berkaitan, peristiwa semasa@isu-isu semasa , berita terkini

dan persekitaran anda.

Cubalah belajar berfikir di LUAR KOTAK @ KRITIS & KREATIF!!

Page 5: Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016

TEKNIK NO. 1 :

Pilih Soalan/ Fokus kepada soalan : (SOALAN MUDAH)

- KBAT & KBKK

- PENGERTIAN / MAKSUD

- YA atau TIDAK

TEKNIK NO. 2 :

Cara menulis jawapan trend terkini : (JAWAPAN PAKEJ F+ H+C)

Mulakan ayat Kepala Ayat (Ambil sebahagian ayat soalan/ sama spt menjawab kefahaman)

Fakta Isi…

Huraikan Hal ini kerana…..

Contoh Contohnya……

Mulakan Kepala Ayat (Imperialis Barat……)

Fakta Ekonomi

Huraikan Hal ini kerana…Bahan mentah

Contoh Contohnya…… Bijih Timah

TEKNIK NO. 3 :

Mahir Ayat KBAT + AYAT PENYAMBUT ( Mudah untuk huraikan fakta)

Contoh soalan :

Pada pendapat anda mengapakah Imperialis Barat berminat

menjadikan Asia Tenggara sebagai Tanah Jajahan?

Contoh menjawab Pakej - F+ H+C

Imperialis Barat berminat menjajah Asia

Tenggara kerana(F) ekonomi Asia Tengggara

maju. (H)Hal ini kerana,terdapat banyak bahan

mentah. Contohnya, hasil perlombongan bijih

timah (C)

- Politik = Stabil

- Ekonomi = Maju

- Pemerintahan = sistematik

- Masyarakat = harmoni/ bersatu

- Perpaduan = kaum/ Masyarakat

- Raja = Berdaulat/ disanjung

- Undang- undang = keadilan

- Kemahiran = ICT/ Ilmu Pengetahuan

- Berfikiran = Terbuka/ Kreatif/ Inovatif

- Teknologi = moden/ Sains/ ICT

- Pasaran = Tempatan/ Negara/

Global/ Antarabangsa/ Serantau

- Perpaduan = berbilang kaum

- Bersemangat = Waja/ Kental/ Tinggi

- Era = Globalisasi/ Moden/ ICT