panduan pengurusan perkhidmatan farmasi ketika bencana...

30
PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIR 2015 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI NEGERI JOHOR

Upload: trinhnga

Post on 01-Apr-2019

252 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

PANDUAN

PENGURUSAN

PERKHIDMATAN

FARMASI KETIKA

BENCANA BANJIR

2015

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

NEGERI JOHOR

Page 2: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Kata- Kata Aluan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Banjir besar dalam sejarah yang melanda negeri Johor pada penghujung tahun 2006

dan awal tahun 2007 memberikan banyak pengajaran kepada semua untuk bersedia

terhadap sebarang bencana yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Pada

tahun ini, jabatan metereologi telah meramalkan bahawa cuaca akan bertambah

buruk dan banjir akan lebih teruk. Seperti tahun- tahun yang lalu, antara kawasan

yang perlu diambil kira berkemungkinan besar berlaku banjir termasuklah daerah

Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat.

Justeru, semua fasiliti perlu berwaspada dan sentiasa alert anggota- anggota yang

perlu bertugas dalam waktu yang kritikal tersebut bagi memastikan kesinambungan

bekalan ubat- ubatan dan bukan ubat. Selepas berlaku banjir, laporan kerosakan

ubat, produk, peralatan, keadaan farmasi dan sebagainya perlulah disediakan. Satu

format yang seragam perlu digunakan untuk penyediaan laporan tersebut.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Bencana, Bahagian

Perkhidmatan Farmasi Johor kerana berjaya menghasilkan Buku Panduan

Pengurusan Perkhidmatan Farmasi Ketika Banjir. Saya berharap agar buku ini boleh

membantu anggota farmasi untuk bertindak secara teratur dan seragam dalam

mengendalikan banjir di seluruh negeri Johor sekiranya ia berlaku.

Sekian, terima kasih.

ROSIDAH BINTI MD DIN

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor

Page 3: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Kata- kata Aluan

Ketua Penolong Pengarah Kanan

(Amalan & Perkembangan Farmasi)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Bersiap sedia setiap masa dan sediakan payung sebelum hujan. Itulah harapan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam menangani sesuatu bencana yang mungkin

berlaku.

Pengendalian sesuatu bencana memerlukan tindakan yang cekap dan pengurusan

yang komprehensif bagi penyelesaian masalah dan seterusnya mengelakkan dari

berlakunya sebarang komplikasi.

Saya berharap Buku Panduan Pengurusan Perkhidamtan Farmasi Ketika Banjir ini

boleh menjadi rujukan kepada anggota farmasi untuk membuat tindakan yang

sewajarnya ketika banjir.

Sekian, terima kasih.

ALI BIN ISMAIL

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi) Johor

Page 4: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

PENGHARGAAN Rosidah Binti Md Din Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Ali Bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan U54 Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi Haliza Bte Ab. Jalal Pegawai Farmasi U54 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Siti Mastura Binti Admon Ketua Pegawai Farmasi U48 Hospital Mersing Low Ciu Chan Pegawai Farmasi U48 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Foo Pei Chin Pegawai Farmasi U48 Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Johor Bahru Nor Arianti Binti Salim Pegawai Farmasi U44 Klinik Kesihatan Batu Pahat Mohamad Yazid Mohamad Noh Pegawai Farmasi U44 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Tan Yew Jin Pegawai Farmasi U41 Hospital Segamat Lim Pey Ling Pegawai Farmasi U41 Klinik Kesihatan Pagoh, Muar Ahmad Nazri Bin Osman Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP) Klinik Kesihatan Jemaluang, Mersing Norliza Binti Uwai Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP) Klinik Kesihatan Segamat Siaw Jia Yi Penolong Pengarah Kanan U44 Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi

Page 5: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang 1.2 Objektif Buku Panduan

2.0 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Banjir 2 Peringkat Negeri 3.0 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Banjir 2 Banjir Peringkat Daerah 4.0Senarai Tugas (Peringkat Daerah) 4.1 Pengerusi 3 4.2 Pegawai Perantara 3 4.3 Ketua Zon 4 4.4 Petugas Di Pusat Pemindahan 5 5.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Ketua Pegawai Farmasi 6 Dan Ketua Unit Stor (Hospital) 6.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Pegawai Farmasi (Kesihatan) 7 - 8 7.0 Senarai Ubat Banjir 9 8.0 Senarai Peralatan Bukan Perubatan 9 9.0 Pengurusan Bekalan Ubat/ Bukan Ubat Ketika Krisis/ Bencana 9.1 Pengurusan Rekod Ubat Pesakit 10 9.2 Pembungkusan, Penyimpanan, Perlabelan Dan Pengagihan 11 Bekalan Ubat Ke Pusat Bencana 9.3 Pengurusan Fasiliti Terjejas Banjir 12 9.4 Pengurusan Item Rangkaian Sejuk 13 10.0 Kes- kes Khas 10.1 Pengurusan Pesakit Methadone 14-16 11.0 Aktiviti- Aktiviti Farmasi Di Pusat Pemindahan Banjir 16 Appendix Lampiran 1- Borang Pesanan Dan Pengeluaran Stok (KW.PS-10) 18 Lampiran 2- Borang Permohonan Stok (KW.PS-11) 19 Lampiran 3- Laporan Anggota Farmasi Yang Terlibat Banjir 20 Lampiran 4- Laporan Penggunaan Ubat Dan Peralatan Semasa Banjir 21 Lampiran 5- Laporan Kerosakan Ubat Dan Peralatan/Aset Semasa Banjir 22 Lampiran 6- Laporan Penyeliaan Harian Bencana Banjir 23 Lampiran 7- Borang Aduan Mangsa Banjir Berkaitan Ubat 24 Lampiran 8- Senarai Semak Keperluan Dari Unit Farmasi Untuk Pelan 25 Tindakan Menghadapi Banjir

Page 6: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Sejak dahulu lagi Kementerian Kesihatan telah memainkan peranan utama bersama agensi- agensi lain yang berkaitan dalam menghadapi dan menangani masalah kesihatan awam semasa banjir yang biasanya berlaku di penghujung/ awal tahun. Kementerian Kesihatan telah menghadapi keadaan serupa pada tahun- tahun sebelum ini dan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengamalkan langkah- langkah seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan bagi Menghadapi dan Memberikan Khidmat Bantuan Semasa Bencana Alam (Banjir).

Arahan dikeluarkan kepada semua Jabatan/ Unit farmasi di semua PTJ untuk mendapatkan maklumbalas dan persediaan menghadapi bencana alam khususnya banjir. 1.2 Objektif Buku Panduan Memastikan perkhidmatan farmasi dapat berjalan lancar dan sempurna di

semua peringkat operasi yang meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas krisis atau bencana

Megekalkan operasi dan fungsi fasiliti kesihatan sebaik mungkin Mengekalkan kualiti penjagaan kesihatan pesakit Sebagai panduan kepada anggota farmasi untuk bertindak dan

mengendalikan situasi semasa banjir

Page 7: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

2

2.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN BANJIR PERINGKAT NEGERI

3.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN BANJIR PERINGKAT DAERAH Pengerusi

Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah

Ketua Zon

Ketua Zon

Ketua Zon

Pegawai Perantara

Pengerusi Rosidah Binti Md Din

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

Pegawai Perantara Ali Bin Ismail

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi)

Ketua Pegawai Farmasi Pegawai Farmasi Kesihatan

Page 8: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

3

4.0 SENARAI TUGAS (PERINGKAT DAERAH) 4.1 Pengerusi Memastikan semua peralatan Farmasi/ubat-ubatan dipindahkan atau

ditempatkan di kawasan selamat dan mudah diperolehi apabila diperlukan Memastikan bekalan ubat-ubatan/peralatan dan lain-lain keperluan

mencukupi bagi kegunaan kecemasan Memastikan kecukupan kenderaan/kakitangan bagi memindahkan peralatan/

ubat-ubatan sekiranya keadaan memerlukannya Memastikan penyimpanan bekalan perubatan untuk keperluan semasa

mencukupi berdasarkan kepada pengalaman yang lalu Menyediakan laporan kepada pusat gerakan banjir kesihatan daerah

Memaklumkan dan mengedarkan arahan-arahan dari Pegawai Kesihatan

Daerah berkaitan bencana banjir kepada Pegawai Farmasi dan anggota- anggota lain serta berwaspada dengan kejadian penyakit berjangkit dari masa ke semasa

Mengumpul dan menghantar laporan penggunaan ubat dan peralatan

semasa banjir (Lampiran 4), laporan kerosakan ubat dan peralatan semasa banjir (Lampiran 5) kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi 3 hari selepas banjir berlaku

Pengerusi mestilah boleh dihubungi 24 jam untuk bekalan perubatan dan

peralatan. Semua permintaan mestilah disalurkan melalui Bilik Gerakan Banjir Kesihatan Daerah

4.2 Pegawai Perantara Menyalurkan maklumat dan aktiviti yang perlu dilaksanakan kepada semua

ketua zon Menerima laporan dan permasalahan daripada semua ketua zon

Memantau keperluan pusat- pusat pemindahan banjir di daerah yang terlibat

Mengisi borang laporan penyeliaan harian bencana banjir (Lampiran 6) dan

menghantarkannya ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi setiap hari

Page 9: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

4

4.3 Ketua Zon Persediaan Sebelum Banjir Memantau dan memastikan keperluan fizikal, sumber manusia, bekalan

ubatan, vaksin dan lain-lain keperluan mencukup Memastikan semua bekalan ubat, vaksin dan consumables dalam simpanan

terpelihara dari kerosakan bencana banjir Memastikan anggota bertugas Jabatan Farmasi memahami dan mematuhi

arahan banjir Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Banjir peringkat pejabat kesihatan

daerah Melakukan tindakan seperti dalam senarai semak dalam Lampiran 8

Persediaan Semasa Banjir Memantau bekalan ubatan, konsumabel/domestik dan lain-lain berkaitan

Menguruskan perolehan bekalan yang diperlukan bagi memastikan

kelancaran perkhidmatan (Lampiran 1) Memantau perlaksanaan Pelan Tindakan Bencana Banjir dipatuhi oleh

anggota Memastikan arahan daripada Pegawai Kesihatan Daerah dipatuhi dari masa

ke semasa Menyediakan pasukan farmasi untuk membantu Pasukan Perubatan apabila

diperlukan Memantau pematuhan universal precaution oleh anggota farmasi

Hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Banjir peringkat daerah

Mengenalpasti kakitangan yang tidak dapat hadir bertugas kerana halangan

banjir dengan mengisi borang laporan anggota yang terlibat banjir (Lampiran 3)

Pengurusan Selepas Banjir Menyediakan laporan kerosakan ubat dan peralatan semasa banjir

(Lampiran 5) Rekod dan dokumentasi

Page 10: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

5

4.4 Petugas Di Pusat Pemindahan

Berhubung dan melapor diri dengan pihak pengurusan Pusat Pemindahan

Banjir

Menerangkan perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pegawai farmasi

Menerima dan merekod aduan daripada pesakit tentang kehilangan/

kerosakan ubat ke dalam borang aduan mangsa banjir (Lampiran 7)

Membuat tindakan terhadap aduan dalam tempoh 24 jam. Contohnya

pengecaman ubat-ubatan dengan menunjukkan fail identifikasi ubat (Sila

gunakan Fail identifikasi ubat yang disediakan oleh Jawatankuasa Kenali

Ubat Anda)

Merujuk pesakit kepada pegawai perubatan bertugas untuk direview dan

dipreskrib ubat yang bersesuaian

Menyelesaikan sebarang masalah ubat-ubatan di kalangan pesakit & petugas

Menyediakan stok ubat-ubatan bagi penyakit akut yang dipreskrib oleh doktor

bertugas menggunakan borang KEW.PS 11 (Lampiran 2)

Mendapatkan bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik mengikut keperluan

Mendapatkan bekalan bukan ubat/ consumable

Mendispen ubat kepada pesakit

Memberi kaunseling kepada pesakit & direkodkan

Merekod penggunaan ubat dan peralatan di pusat pemindahan banjir

(Lampiran 4)

Meninggalkan no.telefon pegawai farmasi yang boleh dihubungi jika ada

masalah berkaitan ubat-ubatan

Page 11: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

6

5.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Ketua Pegawai Farmasi dan Ketua Unit Stor (Hospital)

Hospital Nama Pegawai No. Telefon

Hospital Sultanah Aminah

Dr Siti Norlina Bt Md Said 013-3216856

Pn. Liew Bih Chung (Ketua Unit Stor)

012-3258920

Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Pn. Kamaliah Md. Saman 019-6557866

Pn. Zaitun Mohd. Saman (Ketua Unit Stor)

017-3780127

Hospital Sultanah Nora Ismail

En. Zaini Bin Tahir 013-7335121

Pn. Norhanizah Bt Hashim (Ketua Unit Stor)

013-6738446

Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom

Pn. Hamidah Bt Arsal 012-7141519

Pn. Nuur Ramizah Bt Ahmad Dailami (Ketua Unit Stor)

013-7851838

Hospital Segamat Pn. Siti Asmah Bt. Basimin 012-7912233

Pn. Nur Shazrina Bt. Ahmad (Ketua Unit Stor)

017-3241799

Hospital Pontian Cik Ng See Leau (KPF & Ketua Unit Stor)

019-7527733

Hospital Kota Tinggi Pn. Norazlin Binti Abdul Kadir 019-3786133

Pn. Gan Hui Chin (Ketua Unit Stor)

012-7690511

Hospital Mersing Pn. Siti Mastura Binti Admon 019-8885244

Pn. Zainab Binti Abd Rahman (Ketua Unit Stor)

017-7140193

Hospital Tangkak Cik Nazariza Bt Munjiyat@Esa 012-7506672

Pn. Tan Yueh Teng (Ketua Unit Stor)

012-7453440

Hospital Kulai Pn. Ruzita Katap 016-7367754

Pn. Farah Nadwa Md Yassin (Ketua Unit Stor)

016-7703114

Hospital Permai Pn. Noor Ratna Bt Naharuddin 019-9528383

Pn. Baa Fazlini Binti Haron (Ketua Unit Stor)

013-7893109

Hospital Sultan Ismail Pn. Hjh Rohayah Binti Abd Ghani 019-7504832

Cik Hairunniza Binti Mohd Yusoff (Ketua Unit Stor)

012-7967108

Page 12: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

7

6.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Pegawai Farmasi (Kesihatan)

Daerah Pengerusi Pegawai Perantara Ketua Zon

Johor Bahru

Pn. Siti Fatimah Bt Abu Bakar Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7215182

En. Liew Ming Fui (KK Mahmoodiah) 012-7354522

Pn. Aizan Bt Rashid (KK Mahmoodiah) 013-3013761

Pn. Foo Pei Chin (KK Sultan Ismail) 012-7153715

Pn. Raja Norrima Bt Raja Arrif (KK Kempas) 012-2987492

Kulai Pn. Perianaigee A/P Muniandy Pegawai Farmasi Kesihatan 016-5903400

Pn. Nur Athirah Bt Abdul Aziz (KK Kulai) 019-7134496

Pn. Nurul Huda Binti Mesbah (KK Kulai Besar) 013-2685842

Pn. Siti Rohaidah Bt Mustapa (KK Kulai) 017-4878627

Muar Pn. Noor Azwin Binti Bukhori Pegawai Farmasi Kesihatan 013-6822070

Cik Lau Siau Wee (KK Pagoh) 017-6298045

Pn. Norain Binti Md Puat (KK Bukit Pasir) 019-2647006

Pn. Syafiqahnurain Binti Ramlee (KK Parit Jawa) 017-7107585

Pn. Syarifah Mariam Adlina Syed Mohd Gawi (KK Maharani) 012-2042695

Cik Cher Pei Pei (KK Bakri) 016-6765058

Ledang Pn. Rahmah Binti Ahmad Pegawai Farmasi Kesihatan 012-5709465

En. Lee Kok Pun (KK Payamas) 012-5122766

Cik Tey Sin Wei (KK Payamas) 016-6796984

Pn. Nurul Munasharah Bt Mohd Nor Rashid (KK Bukit Gambir) 019-7285139

Batu Pahat

Pn. Siti Hanidah Bt Maksom Pegawai Farmasi Kesihatan 017-6456430

Pn. Nor Arianti Bt Salim (KK Batu Pahat) 012-3891345

Pn. Nek Nur Ashikin Binti Nek Zahiruddin (KK Batu Pahat) 012-6070458

Pn. Fatimah Binti Abdullah (KK Ayer Hitam) 013-6192304

Page 13: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

8

Pn. Siti Rozana Binti Mohd. Saidi (KK Parit Raja) 016-7004405

Kluang Pn. Hjh Roslina Ab Rahman Pegawai Farmasi Kesihatan 017-7394085

En. Mohd Faizal Mat Sahat (KK Kluang) 012-2845217

En. Mohd Faroqshah Bin Pariyonok (KK Renggam) 013-2720972

En. Mohd Hafiz Mohd Saif (KK Mengkibol) 019-3720038

Cik Hoo Huei Yan (KK Kahang Timur) 017-7773809

Segamat Pn. Mazni Binti Sareh Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7706251

Pn. Siti Khairani Binti Rahim (KK Segamat) 019-7527852

Pn. Siti Khairani Binti Rahim (KK Segamat) 019-7527852

Pn. Nor Azlina Binti Mohd Tahir (KK Bandar IOI) 012-5864727

Pontian En. Mohd Arif Saliman Pegawai Farmasi Kesihatan 012-7492690

Pn. Farahatun Bt Unir (KK Pontian) 012-9165469

Pn. Zarina Bt Raus (KK Pontian) 012-7628550

Cik Ng Hui Hoon (KK Pekan Nanas) 012-7178390

Cik Marziana Bt Daim (KK Ayer Baloi) 017-7966864

Kota Tinggi

Pn. Ros Azima Bt Maasah Pegawai Farmasi Kesihatan 016-7781562

En. Arif Azizi Bin Md Talib (KK Bandar Tenggara) 017-7209447

Cik Nurul Huda Yasim (KK Bandar Tenggara) 013-6285710

Pn. Asmah Bt Ahmad (KK Bandar Mas) 019-7284022

Cik Nabilla Husna Bt Azman (KK Waha) 019-7626476

Mersing Pn. Azlina Binti Sarmin Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7705694

En. Ahmad Nazri Bin Osman (KK Jemaluang) 019-7340788

Pn. Marti Ayu Latifah binti Zakaria (KK Mersing Kanan) 017-7397389

Cik Eyo Pei Fong (KK Endau) 012-7473150

En. Mohd Azmer Bin Lias (KK Tenggaroh 2) 013-6216752

Page 14: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

9

7.0 Senarai Ubat Banjir

Tab. Paracetamol 500mg

Syrup Paracetamol 120mg/5mL

Tab. Chlorpheniramine 4mg

Syr. Chlorpheniramine 4mg/5mL

Cap. Mefenamic Acid 250mg

Syr. Diphenhydramine (Adult)

Syr. Diphenhydramine (Paediatric)

Acriflavine Lotion

Methyl Salicylate Ointment 15g

Neomycin Cream 15g

Chloramphenicol Eye Ointment

Benzyl Benzoate Emulsion

Potassium Permanganate Solution

Calamine Lotion

Vitamin B complex

Oral Aid/ Glycerin gel

MDI Salbutamol

MDI Budesonide

Tab. Diphenoxylate & Atropine Sulphate

Tab. Hyoscine 10mg

Tab. Magnesium Trisilicate

Oral Rehydration Salt

Cap. Cloxacillin 250mg

Normal saline solution (for dressing)

8.0 SENARAI PERALATAN BUKAN PERUBATAN

Pen and Insulin Needle

Gloves

Mask

Nota: 1. Senarai ubat- ubatan kecemasan dan peralatan bukan perubatan di atas adalah sebagai rujukan. Sila menyimpan stok mengikut keperluan fasiliti/ daerah masing- masing. 2. Jikalau ubat yang diperlukan tidak mencukupi atau tiada dalam senarai di atas, fasiliti kesihatan perlu mendapatkan bekalan ubat tersebut daripada hospital.

Page 15: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

10

9.0 PENGURUSAN BEKALAN UBAT/ BUKAN UBAT KETIKA KRISIS/ BENCANA

9.1 PENGURUSAN REKOD UBAT PESAKIT

Polisi

Rekod ubatan pesakit kronik perlu dikemaskini dalam bentuk yang mudah dibawa oleh pesakit

Rekod ubatan perlu disediakan dalam dua salinan untuk simpanan pesakit

dan simpanan jabatan farmasi

Sekiranya rekod ubatan tiada, anggota farmasi perlu membantu pegawai perubatan untuk mengenalpasti ubatan pesakit berdasarkan ubatan yang dibawa atau album ubat Prosedur

Sebelum Bencana

1 Pastikan rekod ubatan pesakit dikemaskini dan salinan dalam bentuk yang mudah dibawa (contoh: kad bersaiz i/c) untuk simpanan pesakit dibuat.

2 Maklumat yang perlu ada di dalam rekod ubatan adalah:

Nama Pesakit

No. Kad pengenalan pesakit

Diagnosis

Senarai ubat beserta regimen dos

Nama fasiliti yang mengeluarkan rekod ubatan tersebut

3 Maklumkan pesakit supaya membawa ubat dan salinan rekod ubatan ke pusat pemindahan sewaktu bencana sekiranya terlibat. Makluman dibuat melalui edaran pamphlet, memo di papan kenyataan farmasi, hebahan media atau secara lisan.

Semasa Bencana

1 Rujuk rekod ubatan pesakit untuk mendapatkan senarai terkini ubatan pesakit beserta regimen dos sebelum rawatan diberikan.

2 Pastikan preskripsi dikembalikan untuk simpanan jabatan farmasi sekiranya pesakit dipreskrib dengan ubat oleh pegawai perubatan yang bertugas.

3 Rekod maklumat penggunaan ubat berdasarkan kad rawatan pesakit bagi kes-kes di mana preskripsi tidak dapat dikeluarkan.

4 Maklumat penggunaan ubat yang perlu direkod adalah: a. Jumlah pesakit/preskripsi b. Jumlah item

Selepas Bencana

1 Kumpulkan statistik penggunaan ubat dan jumlah pesakit sewaktu bencana untuk analisa dan penyediaan laporan.

Page 16: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

11

9.2 PEMBUNGKUSAN, PENYIMPANAN, PERLABELAN DAN PENGAGIHAN

BEKALAN UBAT KE PUSAT BENCANA

Polisi

Pastikan senarai standard ubat disediakan oleh setiap fasiliti

Pembungkusan ubat perlu dibuat dalam bungkusan yang sesuai mengikut jenis dan kuantiti yang sedia untuk didispen (ready to dispense pack)

Setiap bungkusan ubat untuk pengagihan ke pusat bencana perlu dilabel

dengan maklumat berikut:

i. Nama ubat dan kekuatan ii.Kuantiti

Rekod setiap pengagihan bekalan ubat ke pusat bencana

Penyimpanan ubat perlu mengikut kategori ubat untuk mengelakkan

kesilapan pengubatan dan memastikan kandungan ubat tidak rosak atau tercemar

Tatacara pengurusan item rangkaian sejuk perlu dipatuhi bagi ubat-ubatan

yang berkaitan Prosedur

Sebelum Bencana

1 Sediakan ubat dalam bentuk yang sedia didispen (ready to dispense pack) berdasarkan senarai standard ubat kit bencana.

2 Pastikan setiap ubat dalam bentuk yang sedia didispen dimasukkan ke dalam bekas/bungkusan yang dilabel dengan nama ubat, kekuatan ubat dan kuantiti.

3 Pastikan semua ubat disimpan di dalam bekas yang bersesuaian (kit bencana) beserta dengan senarai ubat yang berkenaan supaya mudah dibawa.

4 Label setiap set kit bencana dengan nama fasiliti dan nombor siri kit.

5 Jumlah set yang perlu disediakan adalah berdasarkan bilangan pusat pemindahan yang dijangkakan.

Semasa Bencana

1 Bekalkan set ubatan berdasarkan permintaan oleh pusat gerakan bencana.

2 Rekod pergerakan kit bencana mengikut format seperti di lampiran.

3 Pasukan perubatan di pusat bencana statik (static team) perlu menyemak kit bencana farmasi sebelum syif berakhir. Sebarang penambahan ubat dan alat perubatan perlu dimaklumkan kepada pasukan perubatan yang akan mengambil alih tugas.

4 Bagi pasukan bergerak bencana (mobile team), pesanan ubat dan alat perubatan tambahan perlu disertakan dengan borang KEW.PS-11 dan kit bencana farmasi yang disediakan. Permohonan penambahan stok perlu dihantar sekurang-kurangnya 2 jam sebelum pasukan bergerak ke pusat

Page 17: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

12

pemindahan mangsa bencana.

5 Pesanan melalui telefon hanya untuk kes-kes kritikal/kecemasan dan perlu disusuli dengan borang pesanan KEW.PS-11.

6 Anggota farmasi perlu menyemak dan melengkapkan semula kit yang dipulangkan ke fasiliti mengikut senarai dan kuantiti yang ditetapkan.

7 Anggota farmasi yang bertugas bersama pasukan perubatan adalah bertanggungjawab untuk menyelia kit bencana yang dibekalkan.

Selepas Bencana

1 Pasukan perubatan di pusat pemindahan bencana perlu memulangkan kit bencana farmasi selepas pusat pemindahan ditutup ke fasiliti kesihatan yang berdekatan.

2 Anggota farmasi yang menerima kit bencana farmasi perlu memulangkan kit tersebut ke fasiliti kesihatan yang membekal.

3 Anggota farmasi perlu memeriksa stok ubat dan alat perubatan yang dipulangkan dan mengasingkan mengikut jenis dan keadaan fizikal.

4 Ubat-ubat yang telah rosak atau tidak terdapat dalam Formulari Ubat KKM perlu dilupuskan berdasarkan prosedur pelupusan sedia ada.

9.3 PENGURUSAN FASILITI TERJEJAS BANJIR

Prosedur

Sebelum Banjir

1 Mengenalpasti fasiliti yang berisiko terjejas banjir.

2 Menentukan kawasan pemindahan stok ubat jika berkaitan.

3 Mengenalpasti anggota yang akan bertugas untuk fasiliti yang terjejas banjir.

4 Memastikan stok ubat dalam simpanan mencukupi > 1 bulan.

Semasa Banjir

1 Memastikan semua peralatan sensitif, dokumen/ rekod, stok ubat dipindahkan

ke tempat yang lebih tinggi.

2 Mengenalpasti anggota yang tidak dapat hadir bertugas mendapatkan

pengganti jika memerlukan.

3 Memaklumkan kejadian banjir kepada pegawai farmasi kesihatan.

4 Memaklumkan dan memindahkan pesakit ke tempat yang selamat.

Selepas Banjir

1 Mengenalpasti kerosakan ubat dan peralatan dan mengemukakan laporan

kepada pegawai farmasi kesihatan.

2 Membersihkan persekitaran farmasi yang terjejas banjir.

Page 18: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

13

9.4 PENGURUSAN ITEM RANGKAIAN SEJUK

Polisi

Stok yang bersesuaian dan mencukupi perlu disimpan bagi menghadapi

bencana (Contoh: Ubat mata, insulin dan lain- lain)

Pengendalian ubat peti sejuk perlu mematuhi pengurusan item rangkaian

sejuk

Prosedur

Sebelum Banjir

1 Pastikan stok ubat yang berkenaan disimpan dalam kuantiti yang mencukupi

mengikut keperluan setempat kawasan bencana.

2 Peralatan untuk pengurusan rangkaian sejuk (contoh: cold box, ice pack,

termometer dll.) bagi pembekalan ubat perlu tersedia.

3 Kenalpasti lokasi simpanan ubat yang strategik bagi mengelakkan kerosakan

ubat sekiranya berlaku bencana.

Semasa Banjir

1 Kenalpasti bilangan pesakit dan petugas bencana yang memerlukan ubat-

ubatan peti sejuk.

2 Ubat hanya dibekalkan apabila diperlukan oleh pasukan perubatan sewaktu

bencana.

3 Pemesanan dan pembekalan ubat perlu menggunakan borang Kew. PS. 11.

4 Baki ubat yang tidak habis digunakan perlu dipulangkan ke farmasi.

Selepas Banjir

1 Pasukan perubatan di pusat pemindahan bencana perlu memulangkan baki

ubat ke unit farmasi berdekatan.

2 Anggota farmasi yang menerima baki stok ubat perlu memulangkannya ke

klinik kesihatan yang membekal.

3 Anggota farmasi perlu memeriksa stok ubat yang dipulangkan.

4 Ubat yang telah rosak dilupuskan berdasarkan prosedur pelupusan sedia ada.

Page 19: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

14

10.0 KES- KES KHAS

10.1 PENGURUSAN PESAKIT METHADONE

Polisi

Semua garispanduan pendispensan methadone sedia ada seperti

garispanduan tertinggal dos, pembekalan dos bawa balik dan lain-lain

berkaitan perlu dipatuhi

Pendispensan/ administrasi hendaklah dilakukan oleh Pegawai Farmasi (PF)/

Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang diiktiraf

Pegawai Farmasi RTG methadone perlu menerima pesakit methadone walk

in jika berlaku bencana dan menghubungi Pegawai Farmasi fasiliti RTG

Methadone asal pesakit untuk pengesahan identiti pesakit, dos dan tempoh

bekalan

Semua pendispensan methadone hendaklah berdasarkan preskripsi yang

telah diprekrib oleh Pegawai Perubatan

Pemberian dos methadone yang selamat (20mg OD) adalah dicadangkan

atau lain-lain dos atas penilaian klinikal Pegawai Perubatan boleh diberikan

bagi kes- kes di mana maklumat rawatan pesakit tidak dapat disahkan.

Pemberian dos asal rawatan boleh diteruskan jika maklumat rawatan pesakit

dapat disahkan

Dos methadone dalam bentuk pre-prepared dibawa bersama oleh anggota

farmasi atau petugas yang diberi kuasa untuk didispen kepada pesakit

Pemberian DBB boleh diberikan sehingga tempoh maksima 1 DOT dan 6

DBB

PF/PPF hendaklah memberikan maklumat penyimpanan DBB methadone

semasa bencana

Pengesahan awal oleh PF berkaitan rawatan methadone pesakit perlu dibuat

(dos pesakit, tarikh dos akhir pesakit, pusat rawatan pesakit dll) sebelum

boleh meneruskan prosedur ini

Pemberian methadone kepada pesakit yang tidak berdaftar dengan fasiliti

RTG Methadone KKM yang terputus hubungan hanya boleh diberi secara

DOT sahaja dengan dos minimum selepas dirujuk kepada pegawai perubatan

Page 20: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

15

Prosedur

Sebelum Banjir

1 Pegawai Farmasi perlu mengenalpasti pesakit methadone yang mungkin

terlibat dengan bencana dan memaklumkan fasiliti RTG Methadone yang

berdekatan.

2 Pastikan setiap pesakit RTG Methadone memiliki kad identifikasi pesakit untuk

memudahkan urusan rawatan sewaktu bencana.

Semasa Banjir

1 Klinik terima makluman pesakit methadone terlibat bencana.

2 Dapatkan maklumat pesakit yang terlibat (nama penuh, no kad pengenalan,

pusat rawatan, lokasi pesakit semasa bencana, no telefon pesakit semasa

bencana, nama dan no hubungan dengan individu ke2 semasa bencana

(digalakkan ahli keluarga)).

3 PF fasiliti yang dirujuk akan mendapatkan maklumat rawatan pesakit daripada

fasiliti asal pesakit yang terlibat (telefon etc).

4 Maklumat dan rekomendasi dos pesakit yang bersesuaian perlu dibincangkan

bersama pegawai perubatan.

5 Jika PP bersetuju, PP preskrib ubatan methadone pada preskripsi methadone

6 Sekiranya preskripsi methadone (carta pengubatan methadone) tidak dapat

diperolehi, preskripsi ubat pesakit luar boleh digunakan. PP perlu membuat

nota “mangsa bencana” di atas preskripsi.

7 PF buat pelan pembekalan dos methadone kepada pesakit.

8 Pemberian secara Direct Observed Therapy (DOT) atau Dos Bawa Balik

(DBB) adalah bergantung kepada arahan fasiliti RTG Methadone asal pesakit

atau hasil perbincangan bersama Pegawai Perubatan (maksima 1 DOT dan 6

DBB).

9 PF perlu menyediakan dos pre-prepared bagi tempoh yang bersesuaian

kepada pesakit yang telah dikenalpasti.

10 PF juga perlu merancang stok methadone bagi persediaan bagi kes-kes yang

tidak dikenalpasti.

11 PF kemaskini buku daftar preskripsi dan stok methadone.

12 PF/PPF akan ke lokasi pesakit untuk tujuan pendosan methadone.

13 Bagi pesakit telah dikenalpasti, PF/PPF doskan methadone kepada pesakit

secara DOT dan pemberian DBB.

14 PF/PPF memberi maklumat tentang penyimpanan DBB semasa bencana.

15 Bagi pesakit tidak dikenalpasti, PF/PPF perlu berbincang dengan PP dalam

pasukan bencana alam untuk kebenaran mendispens methadone. Pendosan

hanya akan dilakukan secara DOT sahaja pada hari tersebut menggunapakai

stok persediaan yang dibawa. Jika berlaku keraguan, dos selamat boleh

dibekalkan dahulu (20mg OD) atas kebenaran PP.

16 PF/PPF kemaskini maklumat pada preskripsi methadone.

17 PF/PPF maklumkan no klinik/ pegawai y/m kepada pesakit bagi memudahkan

komunikasi pertukaran lokasi semasa bencana jika perlu.

Page 21: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

16

18 PF akan membuat pengesahan rawatan pesakit yang belum dikenalpasti dan

siapakan dos methadone pesakit untuk pembekalan pada keesokan harinya.

Selepas Banjir

1 Pegawai Farmasi fasiliti RTG Methadone asal perlu mendapatkan pengesahan

daripada Pegawai Farmasi fasiliti RTG yang membekalkan methadone

semasa bencana. Carta Pengubatan Methadone perlu dikembalikan kepada

fasiliti RTG Methadone asal dan satu salinan disimpan di fasiliti yang

membekalkan methadone sewaktu bencana sebagai bukti pendispensan telah

dilakukan.

2 Semak baki bekalan DBB Methadone pesakit sebelum pembekalan berikutnya

dilakukan oleh fasiliti asal.

11.0 AKTIVITI- AKTIVITI FARMASI DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Mendispens ubat kepada pesakit dan melaksanakan kaunseling ubat- ubatan

Menyediakan fail identifikasi ubat untuk membantu pesakit mengecam ubat- ubatan yang hilang

Mengadakan pameran Kenali Ubat Anda di pusat pemindahan banjir

Menjalankan aktiviti mengisi masa kanak- kanak seperti aktiviti mewarna dan

permainan berkumpulan Membantu pasukan perubatan yang lain

Page 22: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

17

APPENDIX

Page 23: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

18

LAMPIRAN 1

KEW.PS-10 BORANG PESANAN DAN PENGELUARAN STOK

(Tatacara Pengurusan Stor 136) (Diisi dalam lima (5) salinan bagi satu jenis stok sahaja)

Daripada: Kepada:

Dilengkapkan Oleh Stor Pemesan Dilengkapkan Oleh Stor Pengeluar

No. Pemesanan: No. Pengeluaran:

Tarikh Bekalan Dikehendaki: BAHAGIAN BEKALAN KAWALAN DAN AKAUN BAHAGIAN SIMPANAN

No. Kod Perihal Stok Kuantiti Dipesan

Kad Kawalan Stok Kuantiti

Diluluskan

Harga (RM) Kuantiti Dikeluarkan

Catatan No. Kad Baki Sedia Ada Seunit Jumlah

Pegawai Pemesan

………………………….

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Tarikh:

Pegawai Penerima

………………………….

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Tarikh:

(Dilengkapkan setelah stok diterima)

Telah Diluluskan dan Direkodkan oleh:

………………………….

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Tarikh:

Dikeluarkan dan Direkod oleh:

………………………………….

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Tarikh:

Nota Salinan 1 - Disimpan oleh pemesan Salinan 2 - Bahagian Bekalan, Kawalan Dan Akaun Salinan 3 - Bahagian Simpanan Salinan 4 - Bahagian Bungkusan Dan Penghantaran Salinan 5 – Disimpan oleh pemesan setelah stok diterima

BAHAGIAN BUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN

Butir – Butir Bungkusan Butir-Butir Penghantaran Telah dibungkus dan dihantar oleh:

………………………………….

Nama:

Jawatan:

Jabatan:

Tarikh:

Page 24: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

19

LAMPIRAN 2

KEW.PS-11

No. Permohonan : …….........................………

BORANG PERMOHONAN STOK (Tatacara Pengurusan Stor 143)

(Untuk kegunaan di Stor Unit-diisi dalam 2 salinan)

Bil.

Permohonan Pegawai Pelulus

1.1 Catatan

Perihal Stok Kuantiti

Dipesan

Kuantiti

Diluluskan

Baki Kuantiti Dipesan

…………………………………. (Tandatangan Pemohon)

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Kelulusan:

Permohonan diluluskan/ tidak diluluskan*

…………………………………. (Tandatangan Pegawai Pelulus)

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

* sila potong yang berkenaan

Kemaskini Rekod:

Stok telah dikeluarkan dan direkod

di Kad Petak No ................

…………………………………. (Tandatangan Pegawai Stor)

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Perakuan Penerimaan:

Disahkan bahawa stok yang diluluskan telah diterima.

…………………………………. (Tandatangan Pemohon)

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Page 25: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

20

LAMPIRAN 3

LAPORAN ANGGOTA FARMASI YANG TERLIBAT BANJIR

HOSPITAL/ KLINIK KES

KESIHATAN:

BIL TARIKH

NAMA ANGGOTA JAWATAN ALAMAT RUMAH

MASALAH YANG DIHADAPI

ANGGARAN KERUGIAN (RM)

CATATAN

.gov.my

Hantar segera jika ada anggota terlibat banjir kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh:

Tarikh:

Page 26: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

21

LAMPIRAN 4

LAPORAN PENGGUNAAN UBAT DAN PERALATAN SEMASA BANJIR

HOSPITAL/ KLINIK KESIHATAN :

BIL TARIKH SENARAI UBAT KUANTITI

HARGA SEUNIT (RM)

JUMLAH HARGA (RM)

CATATAN

BIL TARIKH SENARAI PERALATAN KUANTITI HARGA

SEUNIT (RM) JUMLAH HARGA

(RM) CATATAN

Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected]

Laporan disediakan oleh: Tarikh:

Page 27: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

22

LAMPIRAN 5

LAPORAN KEROSAKAN UBAT DAN PERALATAN/ ASET SEMASA BANJIR

HOSPITAL/ KLINIK KESIHATAN :

BIL TARIKH SENARAI UBAT KUANTITI ANGGARAN

HARGA SEUNIT (RM)

ANGGARAN JUMLAH HARGA

(RM) CATATAN

BIL TARIKH SENARAI PERALATAN/ ASET JENAMA KUANTITI ANGGARAN

HARGA SEUNIT (RM)

ANGGARAN JUMLAH HARGA

(RM) CATATAN

Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:

Page 28: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

23

LAMPIRAN 6

LAPORAN PENYELIAN HARIAN BENCANA BANJIR

BIL TARIKH

DAN MASA

TEMPAT/ DAERAH

PERKARA (contoh spt. bilangan pusat pemindahan yang telah dibuka, aktiviti pasukan perubatan dll.)

PEGAWAI FARMASI TERLIBAT

BILANGAN MANGSA

CATATAN LELAKI PEREMPUAN

KANAK- KANAK

Hantar setiap hari sebelum pukul 12.00 tengahari kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:

Page 29: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

24

LAMPIRAN 7

BORANG ADUAN MANGSA BANJIR BERKAITAN UBAT

TARIKH BIL NAMA NO. K/P ALAMAT NO. TEL ADUAN TINDAKAN STATUS T/T PF T/T

PESAKIT

Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:

Page 30: PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN FARMASI KETIKA BENCANA BANJIRjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan2/[2015] [BPFJ] Panduan...Kata- Kata Aluan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

LAMPIRAN 8

SENARAI SEMAK KEPERLUAN DARI UNIT FARMASI UNTUK PELAN TINDAKAN MENGHADAPI BANJIR

1. Mengadakan stok item untuk keperluan banjir .

2. Contoh sampel ubat – ubatan (buat folder khas untuk katalog sampel ubat) 3. Menyediaan ubat-ubatan yang berkaitan siap dengan pelabelan 4. Menyediaan peralatan / consumable yang berkaitan. 5. Menyediakan item –item ‘First Aid Kit’ yang berkaitan 6. Penyerahan kepada Ketua Pasukan

Perubatan Bencana Banjir. 7. Pengesahan penyerahan 8. Membuat Laporan

**Perkara berikut perlu disediakan di kk masing-masing dan diserahkan pada pasukan perubatan klinik masing-masing jika berlaku bencana BANJIR.

25