bahagian perkhidmatan farmasi jabatan kesihatan...

16
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA

Page 2: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

DARI MEJA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (FARMASI)

TN. HJ. SHA’ARI BIN ABD RAHMAN

AHLI-AHLI SIDANG REDAKSI

Yee Chiou Yann

Nur Amaleena Azlee

Norhafizah Ab Rahim

Chia Wei Ling

Tan Hui Yng

Siaw Jia Yi

Disclaimer: While all care is taken to ensure that the information presented in this bulletin is accurate, the board of editors and authors of this bulletin disclaim all responsibilities

for any liability, loss or harm incurred as a result of misinterpretation or inaccuracies within the bulletin. The content of the bulletin is provided for general informational purposes

only and is not intended as, nor should it be considered substitute for professional medical advice.

DARI PENA KETUA EDITOR

PN. SITI ASMAH BINTI BASIMIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada sidang pengarang atas berkat usaha dalam penerbitan Tinta

Farmasi yang merupakan hasil kerjasama dan komitmen jitu warga farmasi Negeri Johor. Dalam Tinta Farmasi ini

tercatatnya segala coretan aktiviti dan pencapaian warga farmasi Negeri Johor sepanjang Januari—Jun 2019 dan

merupakan cerminan aspirasi warga farmasi Negeri Johor dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

masyarakat. Saya amat berbangga dengan komitmen dan kerjasama padu yang diberikan serta kejayaan yang dicapai

hasil daripada titik peluh dan lontaran idea yang bernas daripada semua warga farmasi yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung.

Akhir kata, saya mendoakan semoga semua warga farmasi Negeri Johor akan terus cemerlang dan Tinta Farmasi terus

manjadi wadah ilmu yang bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, Tinta Farmasi Negeri Johor Volume 9 2019 berjaya diterbitkan. Tinta Farmasi ini

merupakan gambaran kecemerlangan warga Farmasi Negeri Johor dalam pelbagai sudut pada Januari—Jun 2019.

Saya selaku Ketua Editor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat kami iaitu Tn. Hj. Sha’ari bin

Abd Rahman atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam penerbitan Tinta Farmasi Johor.

Tahniah kepada ahli-ahli Sidang Redaksi yang bertungkus lumus menerbitkan Tinta Farmasi ini. Tidak lupa juga semua

warga Farmasi Negeri Johor yang telah memberi kerjasama dalam penyumbangan segala maklumat untuk dimuatkan

di dalam Tinta Farmasi ini.

Akhir kata, saya mewakili Sidang Redaksi memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan

buletin ini.

Semoga dengan penghasilan Tinta Farmasi ini, semua kenangan dan memori indah warga farmasi Negeri Johor dapat

dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang. Selamat membaca dan sekian, terima kasih.

Page 3: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Tajuk Muka surat

1. Personaliti Tinta —

Pn. Fajaratunur Binti A. Sani 4

2. Kursus Anjuran Bahagian Perkhidmatan

Farmasi Johor (Januari — Jun 2019) 5

3. Persidangan Farmasi Johor 2019 6 — 7

4.

Johan Kategori Inovasi Persidangan Farmasi

Johor 2019

(D-SMART — Hospital Sultan Ismail)

8 — 9

5.

Johan Kategori KIK Persidangan Farmasi

Johor 2019

(METHA Safe Box — PKD Pontian)

10 — 11

6. Projek KIK Pejabat Kesihatan Daerah Johor

Bahru (FAST-MEDS) 12 — 13

7. Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC) Tahun 2018 14

8. Creative Corner 15

ISI KANDUNGAN

Page 4: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

PERSONALITI TINTA

KELAYAKAN AKADEMIK:

1991-1995 : B.Pharm(Hons) Universiti Sains

Malaysia , Penang

2002-2004 : M(Sc) Public Health Sciences

Universiti Kebangsaan Malaysia

SEJARAH TEMPAT BERTUGAS:

1995-1996 : Pegawai Farmasi Pelatih di

Hospital Muar

1996-1999 : Hospital Segamat

1999-2001 : Hospital Mersing

2001-2002 : Hospital Kota Tinggi

2002-2004 : Hospital Sultan Ismail

2004-2006 : Cawangan Penguatkuasa

KLIA

2006-2009 : Hospital Kluang

2009-2015 : Pejabat Kesihatan Daerah

Muar

2015-2016 : Pegawai Farmasi

Simpanan Latihan, Bahagian Latihan

Pengurusan KKM, Putrajaya

2016-2017 : Bahagian Perkhidmatan

Farmasi, KKM

2017-Kini : Pegawai Farmasi

Kesihatan Daerah di Pejabat

Kesihatan Daerah Johor Bahru

PUAN FAJARATUNUR BINTI A. SANI

PEGAWAI FARMASI KESIHATAN DAERAH UF54

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 28 OKTOBER 1971

TEMPAT LAHIR: MERSING, JOHOR

PENGLIBATAN DALAM PENYELIDIKAN:

1. Persidangan Penyelidikan & Pembangunan

Farmasi 2002 (Pembentang Oral)

2. Ahli Jawatankuasa Kualiti Farmasi Negeri

Johor (2007-2008)

3. Ahli Jawatankuasa Quality Assurance (QA)

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKNJ

(2008)

4. Johor Scientific Meeting 2009 : Terbitan

Abstrak Persembahan QA Lisan

5. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi

KKM 2009,2011 – Pengerusi JK Pengadilan

6. 13th Scientific Meeting of the National

Institutes of Health dan 4th National

Conference for Clinical Research (NCCR

2010)

7. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi

KKM 2013 – Ahli Jawatankuasa JK

Pengadilan

8. 4th International Conference On

Pharmaceuticals, Neutraceuticals and

Cosmetic Science (IPNaCS), Melaka 2015

9. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi

KKM 2017 (6 – 8 Ogos 2017) – AJK Saintifik &

Persembahan

10. Abstract Judging (19 abstrak kategori Oral &

Poster) untuk Persidangan R&D Farmasi

Kebangsaan ke-10 Tahun 2018

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 4

Page 5: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Nama Kursus Tarikh

Kursus Motivational Interviewing For Pharmacists 2019 18 – 19 Mac 2019

Kursus Komunikasi Berkesan Bagi Anggota Farmasi Tahun 2019 15 – 16 April 2019

Kursus Pengukuhan Duta Kenali Ubat Anda Negeri Johor 2019 14 April 2019

Bengkel Budget Impact Analysis (BIA) Negeri Johor Tahun 2019 22 April 2019

Bengkel Metodologi Penyelidikan Bagi Pegawai Farmasi

Negeri Johor Tahun 2019 21 – 22 April 2019

Bengkel Quality Assurance (QA) Bahagian Perkhidmatan

Farmasi Negeri Johor Tahun 2019 24 – 25 April 2019

Bengkel Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Siri I & II Tahun

2019 23 - 24 April 2019

Kursus Farmakoterapi: Updates On Cardiovascular And

Pulmonary Medicines 26 Jun 2019

KURSUS ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JOHOR

(JANUARI - JUN 2019)

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 5

Page 6: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan

Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama

Malaysian Pharmaceutical Society (MPS)

telah menganjurkan Persidangan Farmasi

Johor 2019 yang bertemakan “Enhancing

P h a r m a c y S e r v i c e s T h r o u g h

Collaboration, Digitalization and

Innovation” di Fraser Place, Puteri

Harbour Johor Bahru pada 6 dan 7 April

2019 yang lalu.

5 kategori pertandingan telah diadakan

semasa Persidangan Farmasi Johor iaitu

pertandingan Kajian Penyelidikan (R&D)

kategori poster dan lisan, pertandingan

KIK, QA lisan dan Inovasi yang melibatkan

jabatan farmasi dari fasiliti-fasiliti di

seluruh negeri Johor. Melalui

pertandingan ini, warga farmasi

berpeluang untuk berinteraksi dan

berkongsi maklumat berkaitan usaha-

usaha yang telah dijalankan ke arah

peningkatan kualiti perkhidmatan melalui

budaya inovasi dan kreativiti di tempat

kerja. Selain itu, pelbagai tajuk ceramah

yang berinformasi turut disampaikan

semasa persidangan tersebut untuk

memberikan maklumat terkini tentang isu

-isu kesihatan semasa kepada para

peserta.

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 6

Page 7: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN INISIATIF KUALITI (R&D, QA, KIK & INOVASI)

Kategori Pencapaian Pemenang Tajuk

R&D

(Poster)

Pertama Hospital Enche’ Besar

Hajjah Khalsom

Patient’s perception on the features of interest and barriers of

Smartphone Medication Adherence application

Kedua

Hospital Temenggong

Seri Maharaja Tun

Ibrahim

Prescribing Trend Of Antihypertensive Agents In Medical Ward

Of Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim And

Adherence To Standard Treatment Guidelines

Ketiga Hospital Sultanah

Aminah

The Incidence of Acute Kidney Injury (AKI) In ICU Patients

Treated With Piperacillin/Tazobactam And Meropenem - An

Observational Study

R&D

(Lisan)

Pertama Hospital Enche’ Besar

Hajjah Khalsom

Evaluation of Patient Awareness and Practice to Adverse Drug

Reaction Reporting in a Malaysian Tertiary Care Hospital

Kedua Hospital Tuanku

Fauziah, Perlis

Exploring the Healthcare Professionals’ Experience of

Interdisciplinary Collaboration in Medical Department,

Hospital Tuanku Fauziah, Malaysia

Ketiga Hospital Mersing

A Randomized Control Trial Study on the Use of Multimedia

during Insulin Counselling in Patients with Type 2 Diabetes

Mellitus

R&D

People’s

Choice

Award

Hospital Sultan Ismail

Impact of Antimicrobial Stewardship on Management of

Pseudomonas sp (Beta lactamase inducer) Infection in

Orthopedic Patients

QA

(Lisan)

Pertama PKD Pontian Mengurangkan Peratusan Kos Pembaziran Daripada Ubat

Yang Dipulangkan Ke Farmasi Klinik Kesihatan Pontian

Kedua PKD Kluang

Re-engineering of SPUB System (Value-Added Service) at

Outpatient Pharmacy, Klinik Kesihatan Simpang Renggam due

to Unstandardized Workflow

Ketiga

Bahagian

Perkhidmatan Farmasi

Johor

Meningkatkan Kawalan Iklan Ubat/ Perkhidmatan Kesihatan

Di Media Baru

KIK

Pertama PKD Pontian METHA SAFE BOX

Kedua PKD Johor Bahru FAST-MEDS

Ketiga PKD Johor Bahru Perkhidmatan Kad VIP

Inovasi

Pertama Hospital Sultan Ismail D-SMART

Kedua Hospital Sultanah Nora

Ismail ECO BOX

Ketiga PKD Mersing SMART DISPLAY CART (SmaDiC)

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 7

Page 8: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

PENGENALAN INOVASI

D-SMART merupakan satu inovasi teknologi dalam format application (app) yang akan

menunjukkan formula penyediaan drip tanpa pengiraan secara manual. App ini boleh dimuat

turun ke dalam Android smartphone secara percuma dan boleh digunakan tanpa talian internet.

Pengguna hanya perlu memasukkan kepekatan Sodium Chloride (NaCl) atau/dan

Dextrose (D), serta jumlah isipadu yang dikehendaki. Kemudian, senarai botol drip yang boleh

digunakan, isipadu NaCl 20% dan D50% yang perlu ditambah akan ditunjukkan dengan serta-

merta secara automatik.

SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Sebelum inovasi ini, tiada panduan penyediaan drip yang boleh dirujuk. Pengiraan

secara manual adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Staf yang menerima pertanyaan

mengenai penyediaan drip perlu membuat pengiraan manual. Tidak semua staf mempunyai

kepakaran dalam bidang ini. Setiap orang mempunyai cara pengiraan sendiri, oleh itu jawapan

yang berbeza-beza akan diperolehi.

Selepas inovasi ini, pengguna boleh mendapatkan formula penyediaan drip dalam masa

yang singkat tanpa pengiraan secara manual. Dengan menggunakan app ini, jawapan yang

diperolehi adalah tepat dan selaras.

KRITERIA PENILAIAN

D-SMART merupakan satu ciptaan baru yang masih di dalam proses pendaftaran MyIPO.

App ini menggunakan susun atur yang jelas serta kombinasi warna yang sesuai. Ini memudahkan

pengguna untuk melihat dan mentafsirkan jawapan yang diperolehi.

Selepas inovasi ini diperkenalkan, purata masa yang digunakan untuk menyelesaikan

pengiraan telah dikurangkan sebanyak 88-92%. Ini dapat meningkatkan tahap produktiviti

kerana anggota farmasi mempunyai lebih banyak masa untuk menyelesaikan kerja-kerja lain.

Terdapat 95% responden berpuas hati dengan D-SMART.

D-SMART berjaya mengurangkan jumlah perbelanjaan drip bulanan di wad NICU kerana

pengguna boleh memilih gabungan drip yang paling sesuai daripada senarai drip yang

dipaparkan. Jumlah penggunaan drip, NaCl 20% dan D50% dapat dijimatkan dan seterusnya

mengurangkan kos perbelanjaan secara keseluruhan.

Penggunaan D-SMART boleh disebarkan ke fasiliti KKM yang lain dan boleh digunakan

oleh semua pekerja dalam bidang kesihatan.

INOVASI D-SMART HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 8

Page 9: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

CARA PENGGUNAAN D-SMART

Pengguna hanya perlu memasukkan:

Nilai Kepekatan Sodium Chloride (NaCl) yang dikehendaki

Nilai Kepekatan Dextrose (D) yang dikehendaki

Jumlah isipadu yang dikehendaki

Formula penyediaan cecair intravena akan ditunjukkan dengan serta- merta secara

automatik termasuk:

Senarai botol drip yang boleh digunakan

Isipadu NaCl 20% untuk ditambah

Isipadu D50% untuk ditambah

Kepekatan Osmotik larutan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: [email protected]

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 9

Page 10: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

METHA SAFE BOX

FARAHATIN U, M.REDZUAN MR, s. Eliana s, ZULKIFLI K, Norafiqahassyirah MA

Fokus utama projek ini adalah untuk menyediakan tempat penyimpanan ubat sirap methadone yang

betul dan selamat kepada klien methadone DBB serta mengikut indikator QAP 1 iaitu peratusan

preskripsi diisi salah dan ditemui sebelum proses pendispensan yang ditetapkan sasarannya adalah

0 peratus. Impak yang dijangkakan adalah peningkatan keselamatan sirap DBB di rumah dan juga

pengurangan risiko penyalahgunaan dan kecurian DBB. Ini seiring dengan matlamat dan objektif

Malaysian Patient Safety Goal untuk memastikan keselamatan pesakit terjamin.

RASIONAL PROJEK

Pejabat Kesihatan Daerah Pontian mempunyai 8 Klinik Kesihatan yang menawarkan perkhidmatan

rawatan methadone. Salah satu kelebihan dalam rawatan methadone adalah dos bawa balik (DBB)

sirap methadone ke rumah oleh klien methadone yang telah memenuhi syarat kriteria untuk

membawa pulang sirap methadone. Sirap methadone merupakan ubat psikotropik yang membantu

mengawal ketagihan opiat dan perlu disimpan dengan baik.

Didapati sirap methadone adalah merupakan sediaan yang serupa dengan sediaan ubat sirap kanak-

kanak, justeru risiko untuk tersalah minum adalah sangat tinggi. Tambahan pula, tempat

penyimpanan sirap methadone yang tidak sesuai mendedahkan klien methadone kepada risiko salah

minum. Selain itu, penyalahgunaan dan salah laku seperti menjual atau kecurian sirap methadone

semakin meningkat. MSB bertujuan untuk menyimpan DBB methadone untuk 3 hari sahaja dengan

baik di rumah klien methadone bagi meningkatkan mutu dan kualiti program Harm Reduction

methadone.

PENGENALAN

SIGNIFIKASI PROJEK

Terdapat kes kematian kanak-kanak umur 7 tahun yang

melibatkan tersalah minum methadone yang dianggap ubat

demam ketika musim perayaan di Rompin, Pahang pada

tahun 2015. Terdapat beberapa kes tersalah minum sirap

methadone yang diberikan oleh ibu bapa kepada anaknya

yang berlaku di beberapa buah negeri seperti di Selangor,

Perak, Kelantan dan Pahang pada tahun 2012 hingga 2016.

Unit farmasi PKD Pontian juga menghadapi masalah ini di

mana didapati tempat penyimpanan DBB methadone pesakit

adalah tidak sesuai dan bercampur dengan sirap ubatan

lain. Ini mendedahkan ahli keluarga pesakit kepada risiko

tersalah minum. Terdapat juga klien yang melakukan

penyalahgunaan terhadap dos bawa balik seperti

mengumpul stok untuk dijual dan pemalsuan kecederaan

bagi menyimpan DBB methadone di rumah secara

berlebihan.

(MSB)

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 10

Page 11: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Penyediaan Inovasi dan Fungsi MSB

Impak Klinikal Positif

Meningkatkan keupayaan sosio ekonomi

pesakit

Mengurangkan penyalahgunaan dadah

opiat dan kesan sampingan

M e n i n g k a t k a n k e s e l a m a t a n

masyarakat dan mengurangkan kegiatan

jenayah

IMPAK PROJEK

Impak Luar Jangka Projek

Penyeragaman Projek

Kolaborasi bersama Agensi Anti

Dadah Kebangsaan (AADK)

Kolaborasi bersama Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM)

Keberhasilan Projek

Meningkatkan keselamatan penyimpanan methadone di rumah

Mengurangkan risiko, salah laku dan kecurian

Menjimatkan kos dan produk berkonsepkan “Go Green”

POTENSI PERKEMBANGAN PROJEK

8

6

2 23

21

0 0 00

2

4

6

8

10

Masalah perubatan akut

Penyakit hati akut

Depresi pernafasan

akut

Asma akut Kekejangan (spasm)

Kesan Sampingan Penggunaan Opiat dan Polisubstan

2017 2018 2019

0 0 0 0

18

13

3

0

11

9

15

221 1 1

0

5

10

15

20

Opioid Cannabis ATS Benzodiazepines

Bilangan Kes Positif Ujian Urin

2016 2017 2018

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 11

Selain pendaftaran Hak Cipta MSB yang telah dipohon, perluasan

inovasi turut dibentangkan semasa Hari Kualiti dan Inovasi Jabatan

Kesihatan Negeri Johor 2018. Pengarah Kesihatan Negeri Johor

menyambut baik MSB sebagai cara penyimpanan methadone di

rumah.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian melalui Bahagian

Perkhidmatan Farmasi, JKNJ telah mencadangkan agar MSB ini

diimplementasi di seluruh negeri Johor. Timbalan Pengarah

Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor telah meluluskan sokongan

perluasan penggunaan projek MSB ini di semua fasiliti farmasi negeri

Johor, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan

farmasi kepada pesakit khususnya.

Page 12: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI : PROJEK KIK FAST–MEDS

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU

Fast-Meds merupakan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan yang diperkenalkan di Unit

Farmasi, Klinik Kesihatan Sultan Ismail bagi mengurangkan purata masa menunggu pesakit

mendapatkan ubat susulan di kaunter farmasi. Ia juga menambahbaik proses kerja di kaunter yang

seterusnya dapat meningkatkan peratus preskripsi yang berjaya didispen dalam tempoh 30 minit

selaras dengan Piagam Pelanggan Teras KKM.

Daripada kajian latar belakang yang dilakukan untuk perbandingan bilangan preskripsi

yang diterima dari tahun 2015 hingga 2018, didapati terdapat peningkatan sehingga 10% dalam

bilangan preskripsi yang diterima setiap tahun, namun purata masa menunggu pesakit

dengan sasaran < 30 minit masih tidak tercapai. Hasil analisa juga mendapati bahawa masa

menunggu yang lama di kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail bermula sejak penggunaan

Pharmacy Information System (PhIS) untuk prescription recording (menaip semula ubat-ubatan

yang telah dipreskrib oleh doktor ke dalam sistem) pada bulan Mei tahun 2018. Selain itu, punca

masalah masa menunggu yang lama di kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail adalah

kaunter ekspres yang tidak digunakan secara optimum, masa pendaftaran perkhidmatan tambah

nilai yang lama, beban kerja yang tinggi dan perkhidmatan tambah nilai sedia ada yang tidak

dapat mengurangkan masa menunggu di klinik ini.

Sasaran Fast-Meds adalah untuk mengurangkan purata masa menunggu pesakit untuk

mendapatkan ubat di Farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail dari 27 minit (2017) kepada 19 minit

(2018). Dengan ini pesakit dapat menjimatkan masa menunggu sehingga 8 minit dengan

menggunakan Fast-Meds manakala purata masa menunggu paling lama dialami pesakit juga

dapat dikurangkan dari 92 minit kepada 62 minit. Sasaran masa menunggu dapat ditingkatkan

sebanyak 7.16% iaitu dari purata 83.81% pada tahun 2017 kepada 90.97% pada tahun 2018.

Piagam Pelanggan Teras KKM dan Objektif Kualiti Unit Farmasi MS ISO 9001: 2015 iaitu 95%

preskripsi didispen dalam

tempoh 30 minit telah tercapai

mulai bulan Julai hingga

Disember 2018. Selain itu,

peratus preskripsi susulan

yang didispen dengan

perkhidmatan tambah nilai

telah meningkat sehingga

37.46% pada bulan Ogos 2018

berbanding sebelum Fast-

Meds diperkenalkan iaitu

25.57% pada bulan Mac 2018.

SEBELUM SELEPAS

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 12

Page 13: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Sebanyak 7 minit dapat dikurangkan bagi masa pendaftaran baru perkhidmatan tambah

nilai manakala masa menunggu pesakit dengan preskripsi susulan tiga (3) ubat dan ke bawah

dapat dikurangkan sebanyak 17 minit. Pengurangan kesesakan kenderaan di Kiosk Farmasi Pandu

Lalu antara 12-15 pesakit dalam masa 1 jam pada waktu puncak telah dicapai dengan

peningkatan peratusan Perkhidmatan Fast-Meds di Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Melalui Fast-

Meds, terdapat penjimatan kos dokumentasi di mana satu borang digunakan untuk pendaftaran 15

pesakit dan penjimatan adalah sebanyak RM180.00 dalam masa setahun.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan di mana 100%

pesakit adalah berpuas hati dengan perkhidmatan Fast-Meds. Seramai 24 (68.57%) orang pesakit

yang sangat berpuas hati, 11 (31.43%) orang pesakit yang berpuas hati dan kebanyakan pesakit

mendapati penurunan purata masa menunggu sebanyak 90% dari 44 minit kepada 4 minit.

Secara keseluruhannya, Fast-Meds berjaya mengurangkan masa menunggu yang lama di

kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Pesakit mempunyai pelbagai pilihan untuk

mengambil ubat susulan dengan kaedah yang fleksibel di samping pesanan ringkas sebagai

peringatan untuk mengambil ubat (infoblast) bagi mengurangkan lambakan ubat yang tidak

dituntut.

PENDAFTARAN FAST-MEDS:

PEMILIHAN : PRESKRIPSI KRONIK ≤ 3 ITEM DAN

MEMERLUKAN BEKALAN SUSULAN

PRESKRIPSI DIMASUKKAN DALAM SISTEM PHIS

PRESKRIPSI AKAN DICOPKAN DENGAN COP “FAST-

MEDS”

DIDAFTAR KE DALAM BUKU REKOD KAD TEMUJANJI

(FAST-MEDS)

NOMBOR PENDAFTARAN YANG TELAH DIDAFTAR

DALAM BUKU REKOD DITULIS DI ATAS PRESKRIPSI

PRESKRIPSI AKAN DIPULANGKAN KEPADA PESAKIT

SEMASA PROSES PENDISPENSAN

Rak khas untuk penyimpanan ubat Fast-

Meds. Ubat disusun mengikut lokasi

penyimpanan. Lokasi penyimpanan dilabel

mengikut bulan pesakit didaftar. Oleh itu,

terdapat 12 lokasi penyimpanan.

Contohnya, no. siri FM 13/04/18. Maka

lokasi penyimpanan berada di no. 4.

PENYIMPANAN UBAT FAST-MEDS

PENYEDIAAN UBAT FAST-MEDS

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 13

Projek KIK Fast-Meds PKD Johor Bahru telah memenangi tempat

kedua dalam pertandingan KIK Persidangan Farmasi Johor 2019

Page 14: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JOHOR 1. MASLIZA BINTI ARIP 2. NORAIMI BINTI NGARIP 3. NOR AINA BTE KAMARUDIN 4. ROZIANI BTE MOHD DZAHARI 5. NOR AKMALTULZUHRA BTE CHE NIK 6. MOHD AFFENDI BIN ISMAIL 7. MOK WUAI KIT PKD JOHOR BAHRU 1. AZIZUL BIN MOHD RASHIDI 2. TING SHEE HUI 3. O FUI KIM 4. NURUL NADHIRAH BINTI AWIN 5. HIDAYAWATI BINTI MADI 6. WINIFRED PERERA A/P WILLIAM PER-

ERA 7. NOORSHAKILA BINTI MUHAMAD 8. MOHAMAD SHAHMIM BIN ISUAN 9. NUR AIMAN BIN MOHD AMIN 10. ANU PRIYA A/P MUKUNAN 11. WONG XIAO LIAN 12. AMIR HARITH BIN ALI 13. ELAINE THAN MEI FERN PKD MUAR 1. MUHAMMAD SHAFIEE BIN ZAINAL

ABIDIN 2. LIM KY YING 3. LAU CHIN HWEE 4. AHMAD AMIRUDDIN BIN ABD HALIM 5. JULIANA BINTI MOHD AJIS PKD KLUANG 1. PERIANAIGEE A/P MUNIANDY 2. MOHD HAFIZ BIN MOHD SAIF 3. SYAFIQ BIN YA'ACOB 4. MOHD ZAHARIN BIN ZAINAL ABIDIN PKD BATU PAHAT 1. MOHAMAD ZAFIFI BIN OMAR 2. NUR SYARIFAH KHAIRINA BINTI

MASHOD 3. SOH ING LING 4. MOHD YUSOF BIN NGADIRIN 5. NORLINA BINTI LAN 6. NUR ASIAH BINTI ISMAIL H. SEGAMAT 1. NOORULHIDA BINTI ISHAK 2. GAN SU LING 3. NUR HATEIKAH BINTI OTHMAN 4. LIM SOON HONG 5. HASIDAH BINTI SARJU H. MERSING 1. NAJWA IZZATI BINTI MD SHARIFF

PKD TANGKAK 1. HAZIYAH BINTI HAJALI 2. NORFARUZA BINTI MOHD AMIN PKD KOTA TINGGI 1. RUZIA HANIM BINTI MOHD ISA 2. JANET NG SHU HWEE 3. PREESHA A/P NAGALINGAM 4. NURUL HAFIZA SAIDA BINTI MOHD

RAMDZAN 5. SITI NOORAINUN BINTI AB RAHIM PKD PONTIAN 1. MUHAMMAD AZHAR BIN JAAFAR 2. NUR SAFIAH BINTI JAMIL PKD KULAI 1. NURUL AMIRAH BT YUSOF 2. THANUSHA A/P MOHAN 3. UNGKU ZETI AKHTAR BINTI UNGKU

MUHAMMAD PKD SEGAMAT 1. SHALINY A/P SIVALINGAM 2. NUR FADIRZA BINTI ABD KADIR 3. TAN YONG SHENG 4. HAILESA BINTI TOMIN H. SULTANAH AMINAH, JB 1. SITI ROSNAH BINTI SURADI 2. FOO PEI CHIN 3. KOH CHANG HENG 4. OOI CHIN SIAN 5. NAEMAH BINTI MAT IDRIS 6. ONG JIA HUI 7. NURUL FARAHIN BINTI IKHSAN 8. SITI KHADIJAH BINTI MOHAMMAD

FAWZI 9. TAN GHIM SIONG 10. GAN LI WEN 11. LEE CHON HONG 12. AHTHEEMATHURRA A/P BALLASINGAM 13. NOORAZIAH BINTI ZULKEFLE 14. INDIRANI A/P M VADIVELU CHETTIAR 15. NORAINI BINTI ABDUL KARIM 16. MOHD DARWIN HAKIM BIN MOHD ESA

H. SULTANAH NORA ISMAIL, BATU PAHAT 1. AMINUDDIN BIN A.AZMAN TAN 2. ER SU LING 3. SIM SEE YEAN 4. CHOO WENDY 5. TAVAMALAR A/P KRISHNASAMY 6. SIM LI WEE 7. FATIN AFIQAH BINTI SHAMSUL AZHAR 8. NORAINI BINTI KASBI 9. NOR JAMILAH BINTI ABU AMIN

H. SULTAN ISMAIL, JB 1. NEO SUK XIAN 2. TAN SIOK YEAN 3. NURUL BALQIS RIZA BINTI BAKRI 4. NOORAFINAH BINTI MOHD ZUDIN 5. AZWAN HANIF BIN ALI 6. NURSYAFIQAH BINTI MA'ON 7. SOONG PEI LING 8. NORASYIKIN BINTI OSMAN 9. NURFAZILAH BINTI ARSAT 10. ZALIFAH BT MATURIDI H. PERMAI, JB 1. WONG AI LI 2. LOH HUI MIN 3. NOORANI SALIMAH BINTI SAKHON 4. NORFIKA BINTI AHMAD H. PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR 1. NOR NADIAH BINTI SAAT 2. NOOR SALEHA BINTI MOHD SALLEH 3. CHEONG LI WEN 4. HENG YI LIAN 5. NUR SYAMIMI BINTI MOHD SALLEH 6. TENG MENG SHENG 7. NURUL NABILA HUDA BINTI

MOHAMAD SURAHMAN 8. MUHAMMAD AMIR NURHAQIM BIN

ROSLI 9. WAN NABILAH NAJWA BINTI

ABDULLAH SANI H. TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN IBRAHIM, KULAI 1. HAZIMAH BINTI RASUDIN 2. SEE SAY LI H. ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM, KLUANG 1. SYAROJA BINTI MD. JEMU 2. SAKINAH BINTI MOHAMED SAAT 3. NUR ZAWANI BINTI MINHAT 4. CHUA WEI WEI 5. JAURIAH BINTI MUDA 6. SHAHILA BINTI KAMALUDIN H. KOTA TINGGI 1. THANUJAH A/P KAISBAIN H. PONTIAN 1. FAZIDAH BINTI FADZIL PKD MERSING 1. NAZARIZA BINTI MUNJIYAT @ ESA 2. SHAFIEE BIN ISHAK

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 14

Page 15: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn

Creative Corner Crossword Puzzle

Comic Corner

TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 15

Page 16: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN …jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/farmasi/tintafarmasijhrVol92019.pdf · dari meja timbalan pengarah kesihatan negeri (farmasi) tn