panduan pengguna e biz

17
Disediakan oleh: Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) PANDUAN MANUAL PENGGUNA e-Biz

Upload: skbt2014

Post on 28-Nov-2015

157 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pengguna e Biz

Disediakan oleh:

Bahagian Pinjaman Perumahan

Perbendaharaan Malaysia

Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

PANDUAN MANUAL PENGGUNA e-Biz

Page 2: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 1

Rekod Pengemaskinian Dokumen

Versi Tarikh Disediakan

oleh

Disemak oleh Disahkan

oleh Ringkasan

Perubahan

1.0 23 Okt 2013 Nor Nasharyati Bt Nasir

Miminorwati Bt Ismail

Maryanti Bt

Mesran

Cecilia Adrian -

Page 3: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 2

KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Laman Utama 3

2.0 Pendaftaran Id Pengguna 3

3.0 Log Masuk Ke Sistem e-Biz 7

4.0 Kemaskini Profil 9

5.0 Carian Maklumat 10

6.0 Menu Carian 12

6.1 Hasil Carian Pinjaman 12

6.2 Maklumat Peminjam 13

6.3 Maklumat Cagaran 14

6.4 Maklumat Bayaran Kemajuan 15

Page 4: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 3

1.0 LAMAN UTAMA

1. Laman utama e-Biz mempunyai menu berikut: [Rajah 1.0.1]

a. Log Masuk (https://bpp2c.treasury.gov.my/ebiz) - No.KP Pengguna - Kata Laluan

2.0 PENDAFTARAN ID PENGGUNA

Rajah 1.0.1

Rajah 2.0.1

Page 5: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 4

Rajah 2.0.2

Page 6: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 5

1. Pengguna kali pertama e-Biz dikehendaki mendaftarkan ID pengguna.

2. Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.

3. Sila klik menu Daftar dan perlu mengisi Step 1 : Pengesahan No KP.

4. Sila klik butang untuk membuat pendaftaran ID baru. [Rajah 2.0.1]

5. Sekiranya maklumat No. KP pemohon masih belum wujud dan sah, sistem akan mewujudkan

Pendaftaran Pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej ‘Anda Layak Mendaftar. Sila Isikan Setiap Ruang Kosong Beserta Alamat Email Yang Aktif’. [Rajah 2.0.2]

6. Sebaliknya sekiranya pengguna yang ingin mendaftar merupakan Peminjam BPP, mesej amaran

‘Maaf. Anda Merupakan Peminjam BPP yang Sah, Sila Layari Kemudahan Yang Disediakan Kepada Anda Di Portal SPPB :https://sppb.treasury.gv.my akan dipaparkan di skrin. [Rajah 2.0.3]

7. Maklumat Step 2 : Pendaftaran Pengguna yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

a) No KP Baru*

Sila isi nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).

b) Kata Laluan* Sila isi kata laluan dengan minimum kombinasi 12 aksara.

c) Pengesahan Kata Laluan* Sila isi semula kata laluan sebagai pengesahan.

d) Nama Seperti Dalam KP*

Sila isi nama penuh seperti yang tercatat dalam kad pengenalan awam, tentera atau

polis.

Rajah 2.0.3

Page 7: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 6

e) Nama Syarikat*

Sila isi nama syarikat yang telah didaftarkan.

f) Kategori*

Sila pilih satu (1) daripada kategori berikut :

Pemaju/Kontraktor

Peguam

Konsultan/Ejen

g) E-mel* Sila isi alamat e-mel sama ada alamat e-mel rasmi jabatan atau alamat e-mel peribadi.

h) No. Tel (Pejabat)*

Sila isikan no. telefon pejabat 10 digit tanpa tanda sengkang (“-“).

i) No. Tel. (Bimbit)*

Sila isikan no. telefon bimbit 10 digit tanpa tanda sengkang (“-“).

j) Soalan Keselamatan* Sila pilih satu (1) daripada soalan keselamatan berikut:

Nama Ibu Anda

Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda

Kereta Pertama Anda

k) Jawapan Keselamatan*

Sila isi jawapan keselamatan berdasarkan soalan keselamatan yang telah dipilih.

8. Sila klik butang untuk Pendaftaran Pengguna. [Rajah 2.0.2]

9. Sekiranya maklumat Pendaftaran Pengguna masih belum wujud dan sah, sistem akan mewujudkan ID pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej ‘Permohonan Anda Sedang Disahkan, Email Pengesahan Akan Dihantar ke [email protected]. Sila semak’. [Rajah 2.0.4]

Page 8: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 7

3.0 LOG MASUK KE SISTEM e-BIZ

1. Sila klik menu Log Masuk. [Rajah 3.0.1]

2. Masukkan nombor kad pengenalan pengguna di medan No. KP Pengguna dan kata laluan di medan Kata Laluan.

3. Kemudian klik butang atau tekan kekunci [ENTER].

4. Jika nombor kad pengenalan dan kata laluan tidak sah, mesej amaran ‘Log Masuk Tidak Berjaya’ akan dipaparkan. [Rajah 3.0.2]

Rajah 2.0.4

Rajah 3.0.1

Page 9: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 8

5. Sebaliknya jika nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan adalah sah, menu utama e-Biz akan dipaparkan. [Rajah 3.0.3]

6. Halaman Utama akan dipaparkan apabila pengguna berjaya masuk ke sistem e-Biz. [Rajah 3.0.3]

7. Halaman Utama memaparkan maklumat asas pemohon seperti berikut:

a. Nama b. No Kad Pengenalan

Rajah 3.0.2

Rajah 3.0.3

Rajah 3.0.2

Page 10: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 9

8. Halaman Utama juga memaparkan ikon untuk ke halaman seperti berikut :

a. Profil

b. Keluar

4.0 KEMASKINI PROFIL

1. Sila klik ikon KEMASKINI PROFIL. [Rajah 4.0.1]

2. Maklumat yang boleh dikemaskini adalah seperti berikut:

a. No. KP Pengguna* Sila isi nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (“-“).

b. Kata Laluan Lama* Sila isi kata laluan lama dengan minimum kombinasi 12 aksara.

c. Kata Laluan Baru* Sila isi kata laluan baru dengan minimum kombinasi 12 aksara.

d. Pengesahan Kata Laluan* Sila isi semula kata laluan sebagai pengesahan.

3. Kemudian klik butang atau tekan kekunci [ENTER].

Rajah 4.0.1

Page 11: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 10

5.0 CARIAN MAKLUMAT

1. Jika Log Masuk Berjaya, paparan Carian Maklumat dipaparkan seperti rajah di bawah. [Rajah 5.0.1]

2. Jika Carian Maklumat tidak sah, mesej amaran ‘Fail Peminjam Ini Tiada Dalam Sistem’ akan dipaparkan. [Rajah 5.0.2]

Rajah 5.0.1

Rajah 5.0.2

Page 12: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 11

3. Untuk Carian Maklumat, sila pilih submenu No KP Baru, No KP Lama, No Polis/Tentera, No Akaun dan No Fail, kemudian masukkan maklumat berdasarkan submenu yang dipilih. [Rajah 5.0.3]

4. Sila klik butang . [Rajah 5.0.3]

5. Sekiranya Carian Maklumat dijumpai, mesej ‘Carian berjaya dijumpai’ akan dipaparkan.

6. Semakan Carian bagi Maklumat Pinjaman akan dipaparkan. [Rajah 5.0.4].

Rajah 5.0.4

Rajah 5.0.3

Rajah 5.0.4

Page 13: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 12

6.0 MENU CARIAN

1. Terdapat 4 tab untuk MENU seperti berikut:

a. Hasil Carian Pinjaman b. Maklumat Peminjam c. Maklumat Bayaran Kemajuan d. Maklumat Cagaran / Harta

6.1 Hasil Carian Pinjaman

1. Untuk Hasil Carian Pinjaman, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 6.1.1]

2. Untuk paparan maklumat pinjaman, sila klik butang untuk tindakan.

3. Paparan Maklumat Peminjam akan dipaparkan seperti rajah di bawah. [Rajah 6.2.1]

Rajah 6.1.1

Page 14: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 13

6.2 Maklumat Peminjam

Rajah 6.2.1

Rajah 6.2.1

Rajah 6.2.1

Page 15: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 14

6.3 Maklumat Cagaran

1. Untuk Maklumat Cagaran, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 6.3.1]

Rajah 6.3.1

Page 16: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 15

6.4 Maklumat Bayaran Kemajuan

1. Untuk Status Bayaran Kemajuan, paparan seperti rajah di atas. [Rajah 6.4.1]

2. Untuk paparan Status Bayaran Kemajuan, sila klik butang untuk tindakan.

3. Paparan Maklumat Bayaran Melalui Cek/EFT dipaparkan seperti rajah di bawah. [Rajah 6.4.2]

Rajah 6.4.1

Page 17: Panduan Pengguna e Biz

e-Biz 16

Rajah 6.4.2