panduan pendaftaran dan minggu transformasi …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/mhscitycampus.pdf ·...

19
PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA BARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2011/2012

Upload: trinhnhu

Post on 10-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

 

PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA BARU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2011/2012

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

Falsafah Dan Objektif Program 1 Minggu Transformasi Mahasiswa

Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

Pengisian Program 2 Pendaftaran Kediaman Siswa 3

Panduan Pendaftaran 9 Peta Lokasi UTM International Campus 16 Kuala Lumpur

KANDUNGAN

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

SENARAI SEMAKAN Senarai semakan berikut adalah bertujuan untuk membantu anda supaya membuat persiapan untuk menghadiri Hari Pendaftaran Mahasiswa Baru di Universiti Teknologi Malaysia kelak. Sila tandakan pada kotak yang berkenaan. Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan Borang Butir-butir Rekod Mahasiswa (UTM P5), telah diisi secara online di www.jpt.utm.my dan dicetak dua (2) salinan untuk diserahkan kepada :

i. Kaunter kolej mahasiswa semasa pendaftaran ii. Kaunter fakulti semasa pendaftaran program

Borang perakuan Pelepasan Tanggungan (UTM 2a) telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani ibubapa Borang soal selidik Borang ikrar mahasiswa (UTM 4) telah diisi dan ditandatangani Borang Jaminan Kewangan Bagi Penjamin Pertama (UTM 3a) dan Penjamin Kedua (UTM 3b) telah diisi Surat Aku Janji Mahasiswa telah diisi Perakuan mengenai Penyalahgunaan Dadah telah diisi dan ditandatangani Borang Pemeriksaan Kesihatan, UTM 1a,1b, 1c dan X-ray telah diisi dan ditandatangani Slip pembayaran yuran pengajian melalui BIMB/CIMB CLICKS * Salinan sijil-sijil yang telah disahkan **(wajib) Gambar warna berukuran pasport (10 keping) Salinan Surat Beranak yang telah disahkan Salinan kad pengenalan bersaiz A4 yang telah disahkan (10 keping) (wajib) Slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan atau borang ’J’ atau kad pesara ibubapa atau penjaga dan pengesahan bagi setiap salinan tersebut (10 keping) (wajib)

Cadar, bantal dan sarung bantal serta selimut Kemeja ’T’ berkolar, seluar track-bottom, kasut sukan dan stokin Kemeja, seluar gelap, kasut dan stokin (Lelaki) Baju kurung atau baju lengan panjang, kain labuh berwarna gelap dan kasut (Perempuan) Wang sebanyak RM 25.00 untuk Kemeja ’T’ Kolej, RM15.00 untuk Buku Panduan Akademik (wajib)

2 Keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu bagi tujuan PTPTN (wajib)

* Sijil-sijil berkenaan ialah Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Diploma / Matrikulasi dan sijil-sijil aktiviti kokurikulum

**Sila rujuk mukasurat 8 untuk senarai kelayakan saksi

X

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

FALSAFAH PROGRAM MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA Kedatangan mahasiswa baru setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh Universiti. Program Minggu Transformasi Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baru sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti digarap melalui perlaksanaan Program Minggu Transformasi Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar bersesuaian dengan keperluan mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program pengajian Universiti dengan penuh yakin dan jayanya. Mahasiswa baru yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama mereka kepelbagaian latarbelakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu sama lain. Program Minggu Transformasi Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baru dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik serta kehidupan yang harmoni. OBJEKTIF Objektif Program Minggu Transformasi Mahasiswa adalah seperti berikut :-

i) Memberi penerangan kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan struktur Universiti ;

ii) Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dan memberi peluang

untuk berinteraksi dengan fakulti bagi mengetahui program-program dan kursus yang dijalankan serta kemudahan-kemudahan yang ada ;

iii) Membantu mahasiswa mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem

pembelajaran dan kehidupan di dalam kampus dengan lebih mudah dan teratur agar kehidupan mereka dalam kampus menggembirakan dan lebih bermakna ; dan

iv) Menanam dan menyuburkan nilai-nilai mulia supaya sikap yang baik seperti

kejujuran, amanah, bertoleransi, hormat menghormati dan berdisiplin menjadi pegangan dan amalan hidup.

1

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

PENGISIAN MAJLIS CERAMAH Bagi membuka minda, fikiran dan menghidupkan budaya keintelektualan mahasiswa, majlis-majlis ucap utama seperti ucapan Pemimpin Negara dan Yang Berbahagia Pengarah Kampus UTM International Campus Kuala Lumpur yang akan diadakan di Dewan Besar. Pendedahan kepada majlis sebegini rupa diharapkan memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari perjalanan sesuatu majlis rasmi. LAWATAN SEKITAR KAMPUS Program Minggu Transformasi Mahasiswa telah disusun untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada mahasiswa mengenai kehidupan kampus serta budaya yang ada di dalamnya. Mahasiswa akan mengenali kehidupan serta mendapat pengalaman baru di kampus serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk berfikir dalam usaha untuk menyesuaikan diri di dalam suasana baru. PROGRAM INTERAKSI DENGAN PEGAWAI KANAN UNIVERSITI Program yang memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan Pegawai Kanan Universiti seperti upacara perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa yang melibatkan seluruh pegawai kanan Universiti dan juga program berinteraksi di peringkat fakulti dan Jabatan seperti suaikenal bersama Dekan, Profesor dan Ketua-Ketua Jabatan akan diaturkan melalui program Minggu Transformasi Mahasiswa tersebut. Program sebegini diharap dapat menambah keyakinan di dalam diri mahasiswa baru bagi memulakan kehidupan di kampus. PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI Bagi menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan, program tazkirah, ceramah agama, ceramah motivasi dan solat berjemaah (bagi mahasiswa beragama Islam) akan diadakan di masjid atau surau Kediaman Siswa. Manakala program-program lain akan diadakan di Dewan Besar. PROGRAM SUKAN DAN RIADAH SERTA KEBUDAYAAN Bagi memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada, program sukan dan riadah serta kebudayaan akan diadakan. Mahasiswa akan diberikan ruang yang luas untuk melibatkan diri secara menyeluruh di dalam sukan dan kebudayaan bagi merebut pengalaman yang berguna dan manfaat yang berterusan. PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan Mesin Kad Auto-Teller (ATM) – MEPS Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) terdapat di kampus dan Kediaman Siswa Jaya (KSJ). Manakala perkhidmatan mesin kad Auto-Teller ATM - MEPS Maybank hanya terdapat di kampus sahaja ;

2. Kemudahan kedai runcit dan mesin basuh berbayar ada disediakan di semua

kediaman siswa ; dan

3. Masjid UTM terletak berdekatan dengan Kediaman Siswa Semarak (KSS) dan surau juga disediakan di Kediaman Siswa Jaya (KSJ).

2

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

PENDAFTARAN KEDIAMAN SISWA Semua mahasiswa Tahun Satu ditawarkan kediaman siswa dan dikehendaki mendaftar pada 4 September 2011 (Ahad) di Dewan Besar UTM International Campus, Kuala Lumpur. UNTUK MAKLUMAN : Setiap mahasiswa baru mestilah mematuhi masa pendaftaran sebagaimana jadual di bawah :

JADUAL PENDAFTARAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2011/2012

UTM International Campus KUALA LUMPUR

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2011 (AHAD)

TEMPAT : DEWAN BESAR, UTM International Campus KUALA LUMPUR

MASA SALURAN 1 SALURAN 2

8.30 pagi – 10.00 pagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (SKAW)

Ijazah Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri) - (SRSI)

10.00 pagi – 11.30 pagi Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - (SHAR)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) - (SKMI)

11.30 pagi – 1.00 petang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik (SMJE)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan (SMJM)

SALURAN 1 : Pintu Lobi

SALURAN 2 : Pintu Tengah

3

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

DATARAN ILMU

PENTAS

UTM Perdana School

PETUNJUK

TEMPAT : DEWAN BESAR, UTM International Campus KUALA LUMPUR

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2011 (AHAD)

-Kaunter Pendaftaran 2

-Kaunter Bendahari 3

-Kaunter KSJ 4

PELAN SUSUN ATUR PENDAFTARAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SESI AKADEMIK 2011/2012

Keluar

5 -Kaunter Kad Matrik

Ros

trum

2

Masuk

- Laluan Mahasiswa

- Kerusi -Partisyen

Sofa

Sofa

2

7

7

9

9

Pintu Utama

Masuk 1

Keluar

(SALURAN 1)

(SALURAN 2)

-Kaunter Klinik 6

7 -Kaunter HEM -Kaunter Bank Islam 8

9 -Kaunter Penyerahan Kad Matrik

8

8

4

-Kaunter Seranta 1

5 63 4

5 63 4

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

Sila patuhi tatacara pendaftaran Minggu Transformasi Mahasiswa di muka surat 9, 10 dan 11, supaya anda lebih bersedia. Selepas pendaftaran Minggu Transformasi Mahasiswa, mahasiswa dikehendaki merujuk kepada Aturcara Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi 2011/2012 (dibekalkan semasa pendaftaran MTM) untuk mengikuti program berikutnya. KREW MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA Krew MTM telah dilantik di mana Krew-Krew ini adalah terdiri daripada mahasiswa kanan yang berpengalaman di dalam pengendalian kumpulan mahasiswa. Fungsi utama Krew MTM adalah untuk membantu mahasiswa baru mengikuti proses pengajian/kehidupan sebagai mahasiswa Universiti. Diharapkan agar mahasiswa baru memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Krew Minggu Transformasi Mahasiswa.

APA YANG PERLU ANDA BAWA ? 1) Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata. Mahasiswi diminta membawa seluar panjang sukan ( track bottom ) dan t-shirt berlengan panjang; 2) Keperluan kediaman siswa : 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal, bantal dan selimut; 3) Keperluan untuk solat (mahasiswa Islam sahaja); 4) Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin; 5) Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi; 6) Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke Pusat Pendaftaran dan ke bilik kediaman; dan 7) Untuk setiap upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua mahasiswa

diwajibkan memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar gelap. Manakala mahasiswi beragama Islam dikehendaki memakai baju kurung dan bertudung manakala bagi mahasiswi bukan beragama Islam dikehendaki memakai baju lengan panjang, berkolar dan memakai kain labuh berwarna gelap.

5

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

MAKLUMAN

Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan ’Hari Berpakaian Kemas’ (Smart day) pada setiap hari Isnin. Anda dikehendaki mematuhi peraturan berikut :-

1. Semua mahasiswa hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai kemeja lengan panjang, berwarna putih atau lain-lain dan berseluar gelap (Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan), berstokin gelap, berkasut kulit dan bertali leher ;

2. Semua mahasiswi beragama Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah

dengan memakai baju kurung, bertudung dan berkasut. Seluar panjang/ seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin ;

3. Semua mahasiswi yang bukan beragama Islam hendaklah berpakaian formal ke

kuliah dengan memakai baju lengan panjang, berkolar, kain labuh berwarna gelap dan berkasut. Seluar panjang / seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin ; dan

4. Pada hari-hari kuliah yang lain pemakaian mahasiswa adalah tertakhluk

kepada Tatacara Pemakaian Universiti.

KEMUDAHAN KESIHATAN Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa secara percuma. Jadual perkhidmatan semasa Minggu Transformasi Mahasiswa adalah seperti berikut :-

Isnin – Jumaat - 8.00 pagi - 5.00 petang RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN Universiti hanya akan menanggung kemudahan rawatan mahasiswa di mana-mana Hospital Kerajaan. Surat jaminan tanggungan bayaran hospital oleh Universiti boleh diperolehi dari Pusat Kesihatan Mahasiswa. Bayaran yang ditanggung oleh Universiti ialah meliputi semua bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital ke atas mahasiswa. Pembayaran hospital yang telah didahulukan oleh mahasiswa boleh dituntut dari Universiti dengan mengemukakan resit pembayaran rasmi hospital kepada Pusat Kesihatan Mahasiswa. Universiti hanya menanggung perbelanjaan Wad Kelas 2 sahaja.

6

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN A. KEPERLUAN KENDERAAN DARI LAPANGAN TERBANG

Mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan dari lapangan terbang mestilah memaklumkan masa dan tarikh ketibaan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (No. Tel: 03-26154475/4282 – Encik Rusli bin Abdul Kadir/Encik Yahya bin A. Hamid) seminggu sebelum tarikh penerbangan. Mahasiswa diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang tiada permit (teksi haram) demi keselamatan.

B. KENDERAAN SENDIRI

Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Mahasiswa diminta mematuhi arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama pemandu amat dihargai.

KENDERAAN BERMOTOR Mahasiswa Tahun Satu TIDAK DIBENARKAN membawa/menyimpan atau

memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus. Perkhidmatan bas transit dari Kediaman Siswa Jaya ke Kampus atau sebaliknya disediakan seawal jam 6.45 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara digalakkan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

BANTUAN KEWANGAN Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu mahasiswa adalah dinasihatkan memohon biasiswa atau bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan swasta melalui iklan dikeluarkan di akhbar tempatan. Bagi tujuan ini, mahasiswa diminta membawa dokumen-dokumen seperti dibawah :-

1. **Salinan surat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi ; 2. **Salinan sijil-sijil yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan) 3. **Salinan Surat Beranak yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan) ; 4. **Gambar berwarna berukuran pasport (10 keping) 5. **Salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini atau Borang ’J’ atau kad pesaraan

atau pengesahan pendapatan ibubapa / penajaga (bagi yang bekerja sendiri) yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan)

6. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) ; dan 7. Salinan buku akaun/penyata Bank Islam Malaysia Berhad. **Sebagaimana telah disenaraikan di Senarai Semak (Semua salinan dokumen perlu dibuat pada kertas bersaiz A4)

7

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

PINJAMAN PTPTN Untuk permohonan pinjaman PTPTN, saudara boleh merujuk kepada laman sesawang PTPTN di alamat www.ptptn.gov.my

PERINGATAN Mahasiswa diminta untuk membawa dokumen di atas semasa taklimat biasiswa diadakan. Kegagalan menyediakan dokumen-dokumen di atas boleh mengakibatkan mahasiswa tiada penaja sepanjang tempoh pengajian. Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, (Sekolah Kerajaan sahaja), Penghulu Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A), Persuruhanjaya Sumpah, Jaksa Pendamai atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli Exco). Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa akan mengeluarkan iklan tawaran bantuan kewangan daripada penaja-penaja untuk makluman mahasiswa dari masa ke semasa. Sila rujuk papan kenyataan di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa atau hubungi Unit Biasiswa & Kebajikan di talian 03-26154282/4762. URUSAN KEWANGAN Semua mahasiswa baru diwajibkan untuk membuka akaun bank beserta kad ATM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di mana-mana cawangan seluruh negara sebelum hadir untuk sesi pendaftaran.

PERINGATAN Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK membawa wang tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran dan Minggu Transformasi Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta peribadi dan wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa.

8

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

Carta Aliran Pendaftaran Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

Tamat

Kaunter (1) Seranta

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

Kaunter (3) Bendahari

Kaunter (2) Pendaftaran

9

Kaunter (4) Kediaman Siswa

Kaunter (5) Kad Matrik

(bermula pada pukul 3.00 petang)

Mula

Kaunter (7) Hal Ehwal Mahasiswa (bermula pada pukul

3.00 petang)

Kaunter (6) Klinik

(bermula pada pukul 3.00 petang)

Kaunter (8) Bank Islam

(bermula pada pukul 3.00 petang)

Kaunter (9) Penyerahan Kad Matrik (bermula pada pukul

3.00 petang)

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI

Anda digalakkan menanda ( √ ) di dalam kotak untuk semakan

KAUNTER 1 (SERANTA) - Pertanyaan Saluran Pendaftaran

KAUNTER 2 (PENDAFTARAN) - Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia

KAUNTER 3 (BENDAHARI) - Kemukakan slip pembayaran yuran pengajian melalui

BIMB/CIMB CLICKS

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

10

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI

KAUNTER 5 (KLINIK)

- Penyerahan Borang Pemeriksaan Kesihatan UTM 1a, 1b, 1c dan X-ray (tulis nama dan program pada sampul X-ray)

- Penyerahan Borang Perakuan Penyalahgunaan Dadah

KAUNTER 5 (KAD MATRIK)

- Sesi fotografi

- Ambil kad matrik

KAUNTER 7 (HAL EHWAL MAHASISWA) - Kemukakan slip pembayaran bank atau Surat

Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia untuk mendapatkan set cenderamata anda

- Pastikan anda mendapat cenderamata MTM

- Serahkan borang soal selidik dan borang aku janji

KAUNTER 4 (KEDIAMAN SISWA)

- Kemukakan slip pembayaran bank

- Serahkan satu (1) salinan Borang UTM P5

- Beli baju T-Berkolar Kediaman Siswa berharga RM 25.00

11 Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

KAUNTER 8 (BANK ISLAM) - Membuka buku akaun Bank Islam (bagi yang tiada

akaun Bank Islam)

KAUNTER 9 (PENYERAHAN KAD MATRIK)

- Penerimaan kad matrik

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

KEDIAMAN SISWA KADAR SEWA KEDIAMAN SISWA - Kadar sewa Kediaman Siswa adalah RM 4.00 sehari (bilik berdua) PERALATAN YANG DILARANG DIBAWA 1. Periuk Nasi 2. Pembakar Roti 3. Soket 3 pin 4. Televisyen 5. Coffee Maker 6. Mesin meluruskan rambut 7. Gitar Elektrik 8. Akuarium 9. Radio Hi-fi

PERATURAN KEDIAMAN SISWA

Semua mahasiswa baru yang telah selesai proses pendaftaran dan telah menandatangani Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis yang digunapakai oleh Universiti. Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar. Kesalahan yang telah disabitkan oleh ke atasnya bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa yang boleh memberi kesan negatif kepada masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian kelak.

12

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

PERATURAN AM HARI PENDAFTARAN 1. PERATURAN PAKAIAN 1.1 Setiap mahasiswa dikehendaki memakai pakaian yang bersih serta kemas dan

bagi mahasiswa digalakkan memakai baju kemeja berlengan panjang serta bertali leher, berseluar dan berkasut gelap. Mahasiswi yang beragama Islam digalakkan bertudung, memakai baju kurung dan berkasut manakala mahasiswi yang bukan beragama Islam dikehendaki memakai pakaian yang sopan ;

1.2 Mahasiswa tidak dibenarkan memakai kemeja ’T” tidak berkolar, seluar ’jeans’ atau selipar ; dan 1.3 Mahasiswi tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah) 2. PERATURAN RAMBUT

2.1 Rambut mahasiswa mestilah tidak melebihi atau mencecah kolar baju kemeja biasa, tidak menutup telinga dan tidak sampai menutup kening ;

2.2 Rambut mahasiswi mestilah sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan tidak

diwarnakan; dan

2.3 Mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai rambut berekor, mewarnakan rambut dan fesyen rambut yang tidak keterlaluan, memakai subang, anting-anting serta rantai leher.

3. Peraturan Am ini berkuatkuasa serentak dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti,

1971 Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar ), 1999. 4. Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak menuruti Tatacara

Pakaian Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.

13

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

TALIAN URUSETIA MTM Encik Muhamad Syafiq bin Mohd Anis Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) Tel : 03-26154763/4475 H/P : 012 7294386 Fax : 03-26935488 Email : [email protected] UNIT BIASISWA DAN KEBAJIKAN MAHASISWA Cik Munira binti Mohamed Roznan Penolong Pendaftar (Biasiswa Dan Kebajikan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) Tel : 03-26154762 Fax : 03-26935488 Email : [email protected] UNIT PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN MAHASISWA Puan Suhana binti Bahatin Penolong Pengurus Asrama (Kanan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) Tel : 03-26154822 Fax : 03-26935488 Email : [email protected] KEDIAMAN SISWA SEMARAK Encik Noraimi bin Shafie Pengetua Tel : 03-26154255 Fax : 03-26937926 Email : [email protected]

Cik Norhayati bt Abdul Wahab Penolong Pengurus Asrama Tel : 03-26154248 Fax : 03-26937926 Email : [email protected] Pejabat Am : 03-26154426

14

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU

Minggu Transformasi Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2011/2012

KEDIAMAN SISWA JAYA Encik Mohd Sharil bin Abdullah Pemangku Pengetua Tel : 03-40217603 Fax : 03-40212789 Email : [email protected]

Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff Penolong Pengurus Asrama (Blok A) Tel : 03-40216149 Fax : 03-40212789 Email : [email protected]

Puan Naimah binti Mohamed Penolong Pengurus Asrama (Blok B) Tel : 03-40213207 Fax : 03-40213207 Email : [email protected]

Encik Shahnizam bin Saman Penyelia Asrama (Blok C) Tel : 03-40213604 Fax : 03-40212789 Email : [email protected]

Pejabat Am : i- 03-40213408 (Blok A) ii- 03-40213879 (Blok B) iii- 03-40213604 (Blok C)

15

Page 19: PANDUAN PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI …intake.utm.my/semakan/docs/pdf/MHSCityCampus.pdf · Surat Tawaran Pengajian Universiti Teknologi Malaysia Kad Pengenalan ... Kaunter

 

16