panduan pelajar baru rancangan pengajian...

17
KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menulis sepatah dua kata dalam buku ini. Tahun silih berganti. Setiap tahun PPPJJ akan menerima pelajar-pelajar baru yang begitu bersemangat untuk meneruskan pengajian. Bagi pihak PPPJJ pula, kami begitu teruja menerima kehadiran lebih 2000 orang pelajar-pelajar baru yang datang ke program orientasi dengan penuh iltizam untuk menimba ilmu dan seterusnya bergelar siswazah dalam tempoh empat tahun pengajian. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada anda yang telah terpilih mengikuti Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia. Keputusan anda untuk menyambung pengajian adalah satu keputusan yang sangat tepat sejajar dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Selaras dengan ini, bermakna kita sama-sama memikul satu tanggungjawab yang besar ke arah memenuhi aspirasi negara itu. Masing-masing di antara kita mempunyai peranan yang harus digalas dengan penuh komited dan berkeyakinan tinggi. Universiti Sains Malaysia sepertimana yang anda ketahui mempunyai agenda yang sangat mantap untuk menjayakan Program Pemacuan ke Arah Kecemerlangan (APEX) yang merupakan satu agenda besar negara ke arah mempertingkatkan status pengajian tinggi di negara ini. Kejayaan anda sebagai mahasiswa Jarak Jauh sangat-sangat dituntut oleh USM kerana ini memberi impak yang besar bukan saja di peringkat USM malah mampu pergi lebih jauh lagi ke peringkat antarabangsa. Tahun ini genaplah 40 tahun Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pengajian Luar Kampus. Sehingga tahun 2010, sejumlah 16,312 orang siswazah telah dihasilkan melalui program ini dan USM mempunyai perancangan yang lebih besar untuk melahirkan labih ramai lagi graduan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Kini, anda telah menjadi sebahagian daripada warga Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Kematangan PPPJJ dalam usia 40 tahun dan kematangan anda sebagai pelajar dewasa merupakan satu kombinasi yang cukup mantap untuk kita sama-sama berkerja keras dan seterusnya meraih kejayaan. Marilah kita berganding bahu bergerak pantas ke hadapan bersaing untuk menempatkan diri menjadi antara yang terbaik di rantau ini. Dalam menimba ilmu dan menempa kejayaan jangan pula dilupakan nilai-nilai kemanusiaan yang harus menjadi tunjang yang kukuh dalam diri kita kerana nilai-nilai ini membentuk diri menjadi insan yang sempurna. Dengan ini kita mampu mempersiapkan diri untuk menjadi modal insan yang terhebat yang selanjutnya dapat pula memberi pulangan dan sumbangan yang terbaik kepada negara yang kita cintai. Akhir kata, marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh tekad dan keazaman diiringi dengan doa dan usaha yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa. Kepada anda para pelajar , saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Profesor Madya Dr. Habibah Hj. Lateh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Upload: hacong

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menulis sepatah dua kata dalam buku ini. Tahun silih berganti. Setiap tahun PPPJJ akan menerima pelajar-pelajar baru yang begitu bersemangat untuk meneruskan pengajian. Bagi pihak PPPJJ pula, kami begitu teruja menerima kehadiran lebih 2000 orang pelajar-pelajar baru yang datang ke program orientasi dengan penuh iltizam untuk menimba ilmu dan seterusnya bergelar siswazah dalam tempoh empat tahun pengajian. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada anda yang telah terpilih mengikuti Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia. Keputusan anda untuk menyambung pengajian adalah satu keputusan yang sangat tepat sejajar dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Selaras dengan ini, bermakna kita sama-sama memikul satu tanggungjawab yang besar ke arah memenuhi aspirasi negara itu. Masing-masing di antara kita mempunyai peranan yang harus digalas dengan penuh komited dan berkeyakinan tinggi. Universiti Sains Malaysia sepertimana yang anda ketahui mempunyai agenda yang sangat mantap untuk menjayakan Program Pemacuan ke Arah Kecemerlangan (APEX) yang merupakan satu agenda besar negara ke arah mempertingkatkan status pengajian tinggi di negara ini. Kejayaan anda sebagai mahasiswa Jarak Jauh sangat-sangat dituntut oleh USM kerana ini memberi impak yang besar bukan saja di peringkat USM malah mampu pergi lebih jauh lagi ke peringkat antarabangsa. Tahun ini genaplah 40 tahun Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pengajian Luar Kampus. Sehingga tahun 2010, sejumlah 16,312 orang siswazah telah dihasilkan melalui program ini dan USM mempunyai perancangan yang lebih besar untuk melahirkan labih ramai lagi graduan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Kini, anda telah menjadi sebahagian daripada warga Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Kematangan PPPJJ dalam usia 40 tahun dan kematangan anda sebagai pelajar dewasa merupakan satu kombinasi yang cukup mantap untuk kita sama-sama berkerja keras dan seterusnya meraih kejayaan. Marilah kita berganding bahu bergerak pantas ke hadapan bersaing untuk menempatkan diri menjadi antara yang terbaik di rantau ini. Dalam menimba ilmu dan menempa kejayaan jangan pula dilupakan nilai-nilai kemanusiaan yang harus menjadi tunjang yang kukuh dalam diri kita kerana nilai-nilai ini membentuk diri menjadi insan yang sempurna. Dengan ini kita mampu mempersiapkan diri untuk menjadi modal insan yang terhebat yang selanjutnya dapat pula memberi pulangan dan sumbangan yang terbaik kepada negara yang kita cintai. Akhir kata, marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh tekad dan keazaman diiringi dengan doa dan usaha yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa. Kepada anda para pelajar , saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Profesor Madya Dr. Habibah Hj. Lateh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Page 2: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

KANDUNGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1

MISI UNIVERSITI 2

VISI UNIVERSITI 2

UNIVERSITI DALAM TAMAN 3

KAMPUS SEJAHTERA 4

SYARAT TAWARAN 5

PERSEDIAAN CALON

Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran 6

Laporan Pemeriksaan Perubatan 6

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2010/2011

Pelajar Semenanjung Malaysia 7

Pelajar Sabah 7

Pelajar Sarawak 7

PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI 8

PENGECUALIAN UNIT 10

KAD PINTAR SISWA 10

BORANG MAKLUMAT PELAJAR 11

BORANG PENCAPAIAN BAHASA 11

PERPUSTAKAAN 11

PENGINAPAN 11

KEMUDAHAN IT 11

MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR 12

PERATURAN UNIVERSITI 12

HAL – HAL LAIN 12

ALAMAT DAN NOMBOR YANG BOLEH DIHUBUNGI 13

LAMPIRAN – LAMPIRAN 15

LAMPIRAN A : Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran

LAMPIRAN B : Laporan Pemeriksaan Perubatan

LAMPIRAN C : Jadual Program Orientasi

LAMPIRAN D : Slip Kad Pintar Siswa

LAMPIRAN E : Borang Maklumat Pelajar

LAMPIRAN F : Borang Pencapaian Bahasa

LAMPIRAN G : Peta USM

LAMPIRAN H : Sampul Surat

LAMPIRAN I : Senarai Semak

Page 3: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Sepintas lalu Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap revolusi yang diluluskan di Dewan Undangan

Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini.

Sebidang tanah telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan perletakan batu asas oleh Perdana Menteri Malaysia

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967.

Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan kondusif sesuai dengan keperluan guna

tenaga negara pada masa depan, pada tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti

Pulau Pinang.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor, Kampus yang sepatutnya

bertempat di Sungai Ara telah ditukarkan ke Minden pada tahun 1971, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar,

dengan kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang mempersonakan. USM telah

berkembang pesat, kini mempunyai dua buah kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong

Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan serta sebuah kampus pesisir di Belgaum, India yang

menawarkan program antarabangsa Doktor Perubatan USM – KLE.

Kehijauan kampus USM memberi ilham kepada konsep Universiti dalam Taman yang menunjukkan hubungan akrab di

antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar.

Pada September 2008, USM terpilih pula sebagai universiti berstatus Apex (Program Pemacuan untuk Kecemerlangan)

dan diberi mandat untuk membentuk semula masa depan pendidikan tinggi di Malaysia. Pemilihan ini berasaskan

kepada kesediaan USM untuk meneroka masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok. USM akan menjadi

penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Pengiktirafan ini menjadi satu tamparan buat warga

USM untuk terus bergiat aktif dalam merencanakan sesuatu yang berguna untuk universiti agar terus berdaya saing di

peringkat nasional dan global amnya.

1

Page 4: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

Universiti Sains Malaysia merupakan universiti perintis, intensif

penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan

dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi

kesejahteraan sosioekonomi mereka

”Transformasi Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok”

2

Page 5: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

UNIVERSITI DALAM TAMAN

Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara

peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur

flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan

selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian

daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam

menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi

yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-

unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasik dan

keindahan yang berkaitan, reka bentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini

memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan

kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang

patut dicontohi dan dicemburui. Ia merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang

menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi - siapa kita,bagaimanakita mengetahui

dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.

3

Page 6: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

KAMPUS SEJAHTERA

Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti

kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian,

sosial, fizikal, emosi, mental dan persekitaran.

Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan lima (5) ciri utama:

Kesukarelaan

Kerja berpasukan

Data dan maklumat

Berdikari

Dokumentasi yang lengkap

Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat

diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah

dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan

capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan

disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.

4

Page 7: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

PANDUAN PELAJAR BARU PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH KEMASUKAN

SIDANG AKADEMIK 2011/2012

1. SYARAT TAWARAN

1.1. Tawaran ini dengan sendiri TERBATAL sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1.1.1 Warganegara Malaysia.

1.1.2 Lulus SPM/SPVM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

1.1.3 Syarat Am/minimum kelayakan:

a) Calon STPM/setaraf (sebelum tahun 2003)

Bagi calon-calon STPM yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum iaitu:

Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan

mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred E dalam mana-mana

dua (2) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

atau

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan

mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred E serta dua

(2) Gred R dalam mana – mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

b) Calon STPM (mulai tahun 2003)

Bagi calon-calon STPM (mulai tahun 2003) yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan

minimum iaitu:

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran

mengikut Syarat Khas Program.

atau

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya

Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred C serta dua (2) Gred C- dalam mana –

mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

c) Calon Diploma

Bagi calon-calon Diploma yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan iaitu:

Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi lain yang diiktiraf.

5

Page 8: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

d) Calon SPM/SPVM/setaraf

Bagi calon-calon SPM/SPVM/setaraf yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum

iaitu:

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf

dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Matematik atau Matematik

Tambahan dan satu (1) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program dan mempunyai pengalaman

kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan.

atau

(untuk calon Program Pengajian Pengurusan, Sains Kemasyarakatan dan Sastera )

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf

dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, lulus Matematik dan mendapat

kepujian dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program. Mempunyai

pengalaman kerja sekurang-kurang lima (5) tahun dalam bidang berkaitan dan lulus peperiksaan

kelayakan universiti yang ditetapkan oleh universiti dan lulus temuduga.

1.1.4 Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan perubatan serta tidak mengidap penyakit yang berjangkit serta

berbahaya dan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Perubatan yang bertauliah.

1.1.5 Tawaran ini akan terbatal pada bila-bila masa sekiranya didapati mana-mana keterangan/kenyataan atau

salinan sijil-sijil yang dikemukakan adalah palsu/tidak benar.

2. PERSEDIAAN CALON

2.1 Sebagai persediaan anda ke Universiti Sains Malaysia, anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut

dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan bersama dengan Surat Tawaran Kemasukan,

Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2011/2012.

2.1.1 PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN

LAMPIRAN A

Baca dengan teliti isi kandungan yang termaktub, isikan butir-butir yang diperlukan dan kembalikan borang

penerimaan tawaran kepada Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar pada hari pendaftaran

/orientasi.

2.1.2 LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN

LAMPIRAN B

a) Borang Laporan Pemeriksaan perubatan yang disediakan mestilah diserahkan kepada mana-mana

Pegawai Perubatan yang bertauliah bagi tujuan membuat pemeriksaan perubatan.

b) Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan dan X-Ray dada yang mesti dilakukan oleh

Pegawai Perubatan atau mana-mana Pegawai Perubatan yang bertauliah dan diiktiraf. Anda boleh

mengirim terus laporan perubatan tersebut kepada Pengarah, Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan

Pergigian), Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang atau bawa semasa hari pendaftaran

diri pada minggu Orientasi.

6

Page 9: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

c) Sila catatkan perkataan [FILEM X-RAY JANGAN LIPAT] di penjuru kiri sebelah atas bahagian luar

sampul surat semasa menghantar atau bawa semasa hari pendaftaran diri pada minggu Orientasi.

d) Laporan Pemeriksaan Perubatan dan Filem X-Ray Dada adalah hak milik Universiti Sains Malaysia dan

tidak boleh dituntut.

e) Segala perbelanjaan pemeriksaan perubatan adalah dibawah tanggungan anda sendiri.

3. PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU

LAMPIRAN C

3.1 Sila ambil perhatian bahawa kehadiran anda untuk mengikuti sepenuhnya Program Orientasi adalah diwajibkan.

Kegagalan anda menghadiri aktiviti tersebut akan menyebabkan tawaran anda ditarik balik dan nama anda akan

dikeluarkan daripada senarai pelajar yang ditawarkan tempat mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang

Akademik 2011/2012.

3.2 PELAJAR SEMENANJUNG MALAYSIA

Program Orientasi akan diadakan pada 5 Jun 2011 hingga 8 Jun 2011 di Kampus Induk USM Pulau Pinang.

Pendaftaran di Desasiswa (asrama) adalah pada 5 Jun 2011 (Ahad) bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah

hari.

3.3 PELAJAR SABAH

Program Orientasi akan diadakan pada 14 Jun 2011 di Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu, Sabah.

Pendaftaran adalah pada 14 Jun 2011 (Selasa) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

3.4 PELAJAR SARAWAK

Program Orientasi akan diadakan pada 16 Jun 2011 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, 93050 Petra Jaya,

Kuching, Sarawak. Pendaftaran adalah pada 16 Jun 2011 (Khamis) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

3.5. Pada hari Pendaftaran Pelajar Baru, anda dikehendaki mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL untuk tujuan penyemakan

seperti berikut:

3.5.1 SIJIL SPM/SPVM

3.5.2 SIJIL SPM BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA JULAI (jika ada)

3.5.3 SIJIL STP/STPM/HSC

3.5.4 DIPLOMA/SIJIL– SIJIL(termasuk transkrip)

3.5.5 SIJIL MUET

3.5.6 SIJIL- SIJIL LAIN (yang digunakan semasa membuat permohonan)

7

Page 10: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

4. PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI

4.1 BAYARAN YURAN PENGAJIAN

JENIS YURAN

SAINS

PENGURUSAN

SASTERA

SAINS

KEMASYARAKATAN

YURAN TIDAK BERULANG

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

1. Yuran Pendaftaran

2. Penginapan Suaikenal

3. Kad Pintar

4. Yuran Suaikenal

5. Yuran Alumni

100.00

20.00

60.00

50.00

100.00

100.00

20.00

60.00

50.00

100.00

100.00

20.00

60.00

50.00

100.00

100.00

20.00

60.00

50.00

100.00

JUMLAH

330.00

330.00

330.00

330.00

YURAN BERULANG

(RM)

(RM)

(RM)

(RM)

1. Yuran Pengajian

2. Yuran Kursus

3. Yuran Modul

4. Yuran Kegiatan Pelajar

5. Yuran Penginapan Intensif

6. Yuran Peperiksaan

770.00

100.00

400.00

12.00

84.00

50.00

800.00

100.00

400.00

12.00

84.00

50.00

640.00

100.00

300.00

12.00

84.00

50.00

640.00

100.00

300.00

12.00

84.00

50.00

JUMLAH

1416.00

1446.00

1186.00

1186.00

JUMLAH BESAR

1746.00

1776.00

1516.00

1516.00

Bagi warga emas , yuran pengajian dan penginapan intensif dikenakan separuh dari yuran dinyatakan di atas.

Yuran Tidak Berulang (YTB) hanya dikenakan ke atas pelajar baru sahaja.

Yuran Berulang (YB) dikenakan ke atas setiap pelajar yang mengikuti kursus masing-masing bagi sidang tersebut.

Kadar yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh Universiti bila perlu.

8

Page 11: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

4.2 Bayaran yuran yang dikenakan adalah mengikut program pengajian pelajar. Bagi maklumat tepat berkenaan yuran

tersebut sila rujuk BIL YURAN PENGAJIAN individu di http://www.usm.my/kemasukan

4.3 Sebelum sebarang bayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN tersebut

adalah tepat. Berikut disenaraikan kaedah pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran.

Pembayaran tunai di kaunter CIMB Bank Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia. Cetak 2 salinan

slip pembayaran yang boleh diperolehi di http://www.usm.my/kemasukan dan serahkan ke kaunter bank

semasa membuat bayaran. Sila dapatkan kembali 1 salinan slip pembayaran yang lengkap dicetak dengan

maklumat pembayaran daripada bank untuk simpanan / bukti pembayaran.

Pembayaran secara dalam talian dengan kemudahan ePayment@USM. Pembayaran ini adalah secara

pindahan tunai (FPX) ataupun menggunakan kad kredit. Sila pastikan pembayar mempunyai kemudahan

akaun perbankan internet untuk menggunakan kemudahan FPX. Layari http://www.usm.my/kemasukan

untuk urusan pembayaran.

i. Bayaran secara pindahan tunai (FPX)

Pembayaran boleh dibuat oleh pemegang akaun bank berikut :-

*kemudahan perbankan internet ini adalah tepat sehingga cetakan ini dibuat.

ii. Kad kredit

Boleh menggunakan kad VISA / MASTER dari mana-mana bank.

4.4 Pelajar dari Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada membayar Yuran Penginapan Suaikenal sebanyak RM20.00.

4.5 Pelajar hendaklah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing

masing atau membuat bayaran dalam 2 ansuran. Maklumat berkenaan amaun ansuran yang perlu dibayar dan tarikh

akhir bayaran ansuran akan dimuatkan di dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing-masing.

4.6 Pelajar yang gagal untuk membayar amaun minima yang ditetapkan atau membayar selepas tarikh akhir setiap ansuran

akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.

9

Page 12: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

5. PENGECUALIAN UNIT

5.1 Pemegang Diploma dari IPTA yang diiktiraf boleh memohon untuk pengecualian unit. Transkrip asal dan salinan

transkrip yang telah disahkan serta sinopsis kursus perlu dibawa bersama. Anda boleh memohon dengan menggunakan

borang yang telah disediakan oleh PPPJJ semasa Minggu Orientasi.

5.2 Permohonan tanpa transkrip dan sinopsis kursus tidak akan dilayan. Satu sesi taklimat pengecualian unit akan diadakan

semasa program Orientasi.

6. KAD PINTAR SISWA

Kad Pintar Siswa merupakan kad pengenalan rasmi pelajar USM. Siswa adalah diwajibkan memakai dan mempamerkan Kad

Pintar Siswa sebagai tanda pengenalan diri untuk semua urusan rasmi ketika berada di dalam kampus.

6.1 SESI PENGAMBILAN GAMBAR

6.1.1 Siswa-siswa dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi pengambilan gambar bagi tujuan penyediaan Kad

Pintar Siswa pada hari pendaftaran diri sebagai pelajar USM seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual

Minggu Orientasi Pelajar Jarak Jauh, Sidang Akademik 2011/2012.

(Sila lengkapkan Lampiran D dan bawa semasa sesi pengambilan gambar)

6.1.2 Kad Pintar Siswa ini telah dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dengan ciri-ciri aplikasi baru dan akan

digunakan untuk semua urusan rasmi dalam kampus termasuk;

a) Peminjaman/pemulangan buku dan pembayaran denda di perpustakaan.

b) Pengesahan pendaftaran dan temujanji di Pusat Sejahtera USM.

c) Pemantauan keluar/masuk pelajar di kampus.

6.2 KEHILANGAN/KEROSAKAN

6.2.1 Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kehilangan atau kerosakan Kad Pintar Siswa;

a) Siswa perlu hadir di Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan, Bahagian Pengurusan Akademik,

Jabatan Pendaftar, Aras 2 Bangunan Canselori. Siswa perlu mengisi dan melengkapkan borang

KEM/KDPI 2 & 3. Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM60.00. Bayaran boleh dibayar

secara tunai di Kaunter Bahagian Akaun Pelajar, Jabatan Bendahari, USM.

b) Bagi siswa yang berada di luar USM, mereka bolehlah menulis surat melaporkan

kehilangan/kerosakan Kad Pintar tersebut. Bayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan dan perlu

dibuat dalam Kiriman Wang Pos dan hantarkan kepada Unit Kemasukan & Pengambilan, Bahagian

Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia, 11800 USM

Pulau Pinang.

6.3 LANJUT TEMPOH PENGAJIAN

Bagi siswa yang diluluskan untuk melanjutkan tempoh pengajian pada Kad Pintar Siswa tersebut, siswa hanya perlu

melaporkan kepada Unit Pengambilan & Kemasukan dengan mengembalikan Kad Pintar Siswa yang sedia ada untuk

dikemaskinikan. Bagi tujuan ini tiada bayaran akan dikenakan.

10

Page 13: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

7 BORANG MAKLUMAT PELAJAR (TUJUAN KECEMASAN)

LAMPIRAN E

Isi butir-butir yang diperlukan dan lekatkan sekeping gambar terbaru berukuran paspot di ruang yang disediakan. Sertakan

salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan dan kembalikan semasa hari pendaftaran pelajar di Kaunter

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.

8 BORANG PENCAPAIAN BAHASA

LAMPIRAN F

Isi dan sertakan salinan sijil SPM, STP/STPM/HSC, Transkrip Diploma dan MUET yang telah disahkan. Salinan sijil perlu

disertakan bagi membolehkan pihak PPPJJ mendaftar serta menentukan tahap kursus Bahasa yang diperlukan oleh anda. Sila

kembalikan borang ini semasa hari pendaftaran pelajar di Kaunter Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.

9 PERPUSTAKAAN

Pengedaran Panduan Perpustakaan akan dijalankan mengikut kumpulan dan anda akan dimaklumkan kemudian. Pastikan

anda mendapat risalah-risalah panduan Perpustakaan tersebut bagi tujuan kemudahan pinjaman buku di Pusat Wilayah

/Perpustakaan Wilayah /Negeri.

10. PENGINAPAN

10.1 Semua pelajar baru yang akan mendaftar di Kampus Induk USM untuk program Orientasi akan disediakan tempat

penginapan di Desasiswa (asrama) dalam Kampus Induk. Anda hanya perlu terus ke Desasiswa yang berkenaan seperti

di dalam surat tawaran.

10.2 Bagi tujuan penginapan di Desasiswa, sila bawa bantal, cadar dan sarung bantal kerana pihak USM tidak menyediakan

kemudahan ini.

10.3 Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyerahkan kunci bilik Desasiswa selewat-lewatnya pada 9 Jun 2011

sebelum 12:00 tengah hari iaitu hari terakhir Minggu Orientasi.

10.4 Disertakan peta kampus induk USM untuk membantu anda apabila tiba untuk pendaftaran diri di USM nanti. Sila rujuk

Lampiran G

10.5 Sila tunjukkan surat tawaran rasmi anda kepada pengawal bertugas semasa berada di pintu masuk kampus induk USM

untuk memudahkan anda memasuki perkarangan Universiti.

12. KEMUDAHAN IT

11.1 Wifi@USM

Wifi@USM merupakan perkhidmatan wifi percuma yang boleh diakses oleh pelajar. Buat masa kini, USMSecure boleh

digunakan oleh sistem pengoperasian utama yang menyokong protokol keselamatan WPA2-Enterprise (AES). Kesemua

desasiswa, perpustakaan, kafetaria dan bangunan-bangunan pusat pengajian di kampus induk USM mendapat liputan

Wifi@USM. Di kampus kejuruteraan, liputan adalah di Desasiswa Utama dan tempat-tempat utama yang dikunjungi oleh

pelajar seperti kafetaria dan perpustakaan.

11

Page 14: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

11.2 Campus Online

Campus Online adalah portal rasmi yang digunakan oleh warga USM sebagai medium perantaraan komunikasi. Capaian

laman adalah di http://campusonline.usm.my

Di portal ini, warga pelajar perlu mendaftar bagi mendapat akses kepada maklumat pengajian pelajar. Selain itu,

pendaftaran kursus dan slip peperiksaan juga dicetak melalui laman ini.

Bagi pelajar jarak jauh, tugasan boleh di hantar atas talian dengan login ke dalam portal. Untuk sebarang bantuan,

pelajar boleh menghubungi 04-6534400 atau email ke campusonline.usm.my

11.3 E-Learning

Potal e-Learning PPJJ adalah khusus untuk kegunaan pensyarah dan pelajar PPJJ. Ianya memberi kemudahan kepada

para pensyarah dan pelajar muat naik dan muat turun perancangan akademik, nota, tugasan, rakaman sidang video,

kuiz, forum dan lain-lain secara online. Ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran dari segi kandungan nota bagi

para pelajar.

Pelajar-pelajar yang berdaftar dapat mengakses Portal e-Learning PPJJ di http://el.usm.my/pppjj dengan menggunakan

ID dan Password Campus Online. Pensyarah akan menggunakan ID dan Password masing-masing yang diberi oleh

admin. e-Learning.

12. MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR/AKUJANJI

12.1 Bagi pelajar lelaki anda dikehendaki memakai baju putih berlengan panjang dan bertali leher, seluar hitam/gelap (bukan

‘jeans’) dan kasut kulit (bukan kasut sukan) berwarna hitam. Sliper tidak dibenarkan.

12.2 Bagi Pelajar perempuan anda dikehendaki berpakaian formal berlengan panjang.

13.3 Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dibenarkan menyertai majlis tersebut sekiranya gagal mematuhi peraturan

pakaian yang telah ditetapkan di atas.

13. PERATURAN UNIVERSITI

Sebagai seorang pelajar USM, anda adalah tertakluk kepada semua peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Sains Malaysia.

14. HAL – HAL LAIN

14.1 Sepanjang anda mengikuti aktiviti-aktiviti orientasi di USM ataupun di Pusat Wilayah, anda diwajibkan memakai

tanda nama yang akan diberikan semasa anda mendaftar pada Minggu Orientasi.

14.2 Anda dinasihatkan supaya tidak membawa kenderaan sendiri untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas di dalam

kampus. Sekiranya anda terpaksa membawa kenderaan, anda diminta meletakkan kenderaan di persekitaran

Desasiswa sahaja memandangkan ruang meletak kenderaan yang sangat terhad di dalam kampus.

14.3 Anda layak untuk mendapatkan rawatan perubatan di Pusat Sejahtera, Kampus Induk bagi kes-kes ringan seperti

demam, selsema, batuk, sakit kepala, dan juga rawatan kecemasan semasa Program Intensif dan peperiksaan di USM

Kampus Induk.

14.4 Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, anda boleh berhubung terus kepada:

12

Page 15: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

ALAMAT AKTIVITI

TELEFON ATAU FAKSIMILI

1.

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Aras 2, Canselori

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

- Pertanyaan Am

- Penerimaan Tawaran

- Kad Pintar Siswa

- Pengecualian Unit

Telefon:

1 300 888 USM

04- 653 3141

Fax:

04 – 6533328

e-mail:

[email protected]

2.

UNIT PEMPROSESAN DATA & REKOD

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Aras 1, Canselori

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

- Pengesahan Siswa

Berdaftar USM.

- Serahan Borang

Maklumat Siswa(OMR)

Telefon:

04 – 6534194

04 – 6532336

Fax:

04 – 6574641

e-mail:

[email protected]

3.

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN

PELAJAR

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

- Perkhidmatan Bank.

- Etika Pakaian.

- Peraturan Universiti.

- Perkhidmatan Bas

- Kenderaan.

Telefon:

04 – 6533888 samb. 3107/2469

Fax:

04 – 6573761/6577053

e-mail:

[email protected]

4.

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

11800 USM

Pulau Pinang

- Pertanyaan Am

- Minggu Orientasi

- Maklumat Data Jarak

Jarak Jauh

- Borang Pencapaian

Bahasa Inggeris

Telefon:

04 – 6533219

04 – 6533286

04 – 6533264

Fax:

04 – 6575657

e-mail:

[email protected]

13

Page 16: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

5.

UNIT PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR

Jabatan Bendahari

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Yuran Pengajian

Telefon:

04 – 6533770

04 – 6533888 samb. 3946/3773

Fax:

04 – 6573276

e-mail:

[email protected]

6.

PENGARAH

Pusat Sejahtera

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Pemeriksaan Kesihatan.

Telefon:

04 – 6533888 samb. 3464/2412/3411

Fax:

04 – 6587316

e-mail:

DIR_/Pkes/[email protected]

7.

PENGURUS ASRAMA

Unit Perumahan dan Penginapan Universiti

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Penginapan Desasiswa.

Telefon:

04 – 6533888 samb.

4454/4455/4456/4458/

4459

Fax:

04- 6578962

14

Page 17: PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN …web.usm.my/kemasukan/ppjj/check_status/dokumen/bukuPanduan201… · majlis sambutan dan ikrar pelajar 12 ... panduan pelajar baru program

1. LAMPIRAN A ➠ PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN

3. LAMPIRAN B ➠ LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN

5. LAMPIRAN C ➠ JADUAL PROGRAM ORIENTASI

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

6. LAMPIRAN D ➠ SLIP KAD PINTAR SISWA

LAMPIRAN E ➠ BORANG MAKLUMAT PELAJAR

LAMPIRAN F ➠ BORANG PENCAPAIAN BAHASA

LAMPIRAN G ➠ PETA USM (KAMPUS INDUK)

LAMPIRAN H ➠ SAMPUL SURAT

LAMPIRAN I ➠ SENARAI SEMAK

15