buku panduan pelajar baru ppjj 1011

16
KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya bagi pihak Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada anda yang telah berjaya dipilih dan ditawarkan tempat mengikuti Rancangan Pengajian Jarak Jauh bagi Sidang Akademik 2010/2011 di Univesiti Sains Malaysia yang merupakan universiti yang pertama memegang status Universiti APEX. Tujuh teras APEX iaitu Masa Hadapan, Kelainan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan dan Pengorbanan yang perlu diikuti bersama oleh pelajar di bawah Universiti berstatus APEX. Anda sebenarnya adalah merupakan yang paling bertuah daripada ribuan permohonan yang telah memohon untuk mengikuti Rancangan Pengajian Jarak Jauh, USM ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha anda dan sewajarnya anda berbangga serta bersyukur. Untuk makluman, calon yang telah ditawarkan untuk mengikuti sesuatu rancangan pengajian TIDAK dibenarkan menukar ke rancangan pengajian yang lain. Pada kesempatan ini, saya harap anda dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa jemu demi mencapai kejayaan. Anda seharusnya berusaha memperlengkapkan diri dan iltizam supaya lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran sebagai seorang pelajar jarak jauh di bawah Universiti yang memegang status APEX. Anda akan menghadiri kursus orientasi pada bulan Jun 2010 nanti dan anda dinasihatkan membuat persiapan awal untuk memohon cuti bagi tujuan menghadiri Rancangan Orientasi ini. Akhir kata, sehingga kita bertemu di Rancangan Orientasi nanti, saya ucapkan ‘Selamat Maju Jaya’. Sekian. (PROFESOR MADYA HABIBAH HJ. LATEH) Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Upload: nurul-huda

Post on 01-Jul-2015

443 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya bagi pihak Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada anda yang telah berjaya dipilih dan ditawarkan tempat mengikuti Rancangan Pengajian Jarak Jauh bagi Sidang Akademik 2010/2011 di Univesiti Sains Malaysia yang merupakan universiti yang pertama memegang status Universiti APEX. Tujuh teras APEX iaitu Masa Hadapan, Kelainan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan dan Pengorbanan yang perlu diikuti bersama oleh pelajar di bawah Universiti berstatus APEX. Anda sebenarnya adalah merupakan yang paling bertuah daripada ribuan permohonan yang telah memohon untuk mengikuti Rancangan Pengajian Jarak Jauh, USM ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha anda dan sewajarnya anda berbangga serta bersyukur. Untuk makluman, calon yang telah ditawarkan untuk mengikuti sesuatu rancangan pengajian TIDAK dibenarkan menukar ke rancangan pengajian yang lain. Pada kesempatan ini, saya harap anda dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa jemu demi mencapai kejayaan. Anda seharusnya berusaha memperlengkapkan diri dan iltizam supaya lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran sebagai seorang pelajar jarak jauh di bawah Universiti yang memegang status APEX. Anda akan menghadiri kursus orientasi pada bulan Jun 2010 nanti dan anda dinasihatkan membuat persiapan awal untuk memohon cuti bagi tujuan menghadiri Rancangan Orientasi ini. Akhir kata, sehingga kita bertemu di Rancangan Orientasi nanti, saya ucapkan ‘Selamat Maju Jaya’. Sekian. (PROFESOR MADYA HABIBAH HJ. LATEH) Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Page 2: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

KANDUNGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ............................................................................................................... 1

MISI UNIVERSITI ...................................................................................................................................... 2

UNIVERSITI DALAM TAMAN ................................................................................................................... 3

KAMPUS SEJAHTERA ............................................................................................................................ 4

SYARAT TAWARAN ................................................................................................................................

5

PERSEDIAAN CALON

Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran ............................................................................................. 6

Laporan Pemeriksaan Perubatan .............................................................................................................. 6

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2010/2011

Pelajar Semenanjung Malaysia ................................................................................................................. 7

Pelajar Sabah ............................................................................................................................................ 7

Pelajar Sarawak ......................................................................................................................................... 7

PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI ......................................................................................

8

PENGECUALIAN UNIT ............................................................................................................................. 10

KAD PINTAR SISWA ................................................................................................................................ 10

PERPUSTAKAAN ..................................................................................................................................... 11

PENGINAPAN ........................................................................................................................................... 11

MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR ......................................................................................... 11

PERATURAN UNIVERSITI ....................................................................................................................... 11

HAL – HAL LAIN .......................................................................................................................................

11

Alamat – alamat ......................................................................................................................................... 12

LAMPIRAN – LAMPIRAN .........................................................................................................................

14

LAMPIRAN A : Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran

LAMPIRAN B : Laporan Pemeriksaan Perubatan

LAMPIRAN C : Slip Kad Pintar Siswa

LAMPIRAN D : Jadual Program Orientasi

LAMPIRAN E : Peta USM

Page 3: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap revolusi yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini. Sebidang tanah telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan perletakan batu asas oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967. Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan kondusif sesuai dengan keperluan guna tenaga negara pada masa depan, pada tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti Pulau Pinang. Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor, Kampus yang sepatutnya bertempat di Sungai Ara telah ditukarkan ke Minden pada tahun 1971, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar, dengan kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang mempersonakan. USM mempunyai dua (2) buah kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Kehijauan kampus USM memberi ilham kepada konsep Universiti dalam Taman yang menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Pada September 2008, USM terpilih pula sebagai universiti berstatus Apex (Program Pemacuan untuk Kecemerlangan) dan diberi mandat untuk membentuk semula masa depan pendidikan tinggi di Malaysia. Pemilihan ini berasaskan kepada kesediaan USM untuk meneroka masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok. USM akan menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Pengiktirafan ini menjadi satu tamparan buat warga USM untuk terus bergiat aktif dalam merencanakan sesuatu yang berguna untuk universiti agar terus berdaya saing di peringkat nasional dan global amnya.

1

Page 4: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

Universiti Sains Malaysia merupakan

universiti perintis, intensif penyelidikan

rentas bidang yang memperkasakan bakat

masa depan dan mengupayakan golongan

terkebawah demi mentransformasi

kesejahteraan sosioekonomi mereka

2

Page 5: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

UNIVERSITI DALAM TAMAN

Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus. Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasik dan keindahan yang berkaitan, reka bentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ia merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi - siapa kita,bagaimanakita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.

3

Page 6: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

KAMPUS SEJAHTERA

Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian, sosial, fizikal, emosi, mental dan persekitaran. Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan lima (5) ciri utama:

Kesukarelaan

Kerja berpasukan

Data dan maklumat

Berdikari

Dokumentasi yang lengkap

Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.

4

Page 7: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

PANDUAN PELAJAR BARU RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH KEMASUKAN SIDANG AKADEMIK 2010/2011 1. SYARAT TAWARAN

1.1. Tawaran ini dengan sendiri TERBATAL sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1.1.1 Warganegara Malaysia. 1.1.2 Lulus SPM/SPVM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

1.1.3 Syarat Am/minimum kelayakan:

a) Calon STPM/setaraf (sebelum tahun 2003)

Bagi calon-calon STPM yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum iaitu:

Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred E dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

atau

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred E serta dua (2) Gred R dalam mana – mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

b) Calon STPM (mulai tahun 2003)

Bagi calon-calon STPM (mulai tahun 2003) yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum iaitu:

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

atau

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred C serta dua (2) Gred C- dalam mana – mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

c) Calon Diploma Bagi calon-calon Diploma yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan iaitu:

Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi lain yang

diiktiraf. d) Calon SPM/SPVM/setaraf

5

Page 8: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

Bagi calon-calon SPM/SPVM/setaraf yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum iaitu:

(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Matematik atau Matematik Tambahan dan satu (1) mata pelajaran Sains dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan.

atau

(untuk calon Program Pengajian Pengurusan dan Sains Kemasyarakatan)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, lulus Matematik dan mendapat kepujian dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.

Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurang lima (5) tahun dalam bidang berkaitan dan lulus peperiksaan kelayakan universiti yang ditetapkan oleh universiti dan lulus temuduga.

1.1.4 Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan perubatan serta tidak mengidap penyakit yang berjangkit serta berbahaya dan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Perubatan yang bertauliah. 1.1.5 Tawaran ini akan terbatal pada bila-bila masa sekiranya didapati mana-mana

keterangan/kenyataan atau salinan sijil-sijil yang dikemukakan adalah palsu/tidak benar.

2. PERSEDIAAN CALON

2.1 Sebagai persediaan anda ke Universiti Sains Malaysia, anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan bersama dengan Surat Tawaran Kemasukan, Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2010/2011.

2.1.1 PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN

LAMPIRAN A

Baca dengan teliti isi kandungan yang termaktub, isikan butir-butir yang diperlukan dan kembalikan borang penerimaan tawaran kepada Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar pada hari pendaftaran/orientasi.

2.1.2 LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN LAMPIRAN B

a) Borang Laporan Pemeriksaan perubatan yang disediakan mestilah diserahkan kepada mana-mana Pegawai Perubatan yang bertauliah bagi tujuan membuat pemeriksaan perubatan.

b) Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan dan X-Ray dada yang mesti dilakukan oleh Pegawai Perubatan atau mana-mana Pegawai Perubatan yang bertauliah dan diiktiraf. Anda boleh mengirim terus laporan perubatan

6

Page 9: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

tersebut kepada Pengarah, Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian), Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang atau bawa semasa hari pendaftaran diri pada minggu Orientasi.

c) Sila catatkan perkataan [FILEM X-RAY JANGAN LIPAT] di penjuru kiri sebelah

atas bahagian luar sampul surat semasa menghantar atau bawa semasa hari pendaftaran diri pada minggu Orientasi.

d) Laporan Pemeriksaan Perubatan dan Filem X-Ray Dada adalah hak milik Universiti Sains Malaysia dan tidak boleh dituntut.

e) Segala perbelanjaan pemeriksaan perubatan adalah dibawah tanggungan anda

sendiri. 3. PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU

LAMPIRAN D

3.1 Sila ambil perhatian bahawa kehadiran anda untuk mengikuti sepenuhnya Program Orientasi

adalah diwajibkan. Kegagalan anda menghadiri aktiviti tersebut akan menyebabkan tawaran anda ditarik balik dan nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pelajar yang ditawarkan tempat mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2010/2011.

3.2 PELAJAR SEMENANJUNG MALAYSIA

Program Orientasi akan diadakan pada 7 Jun 2010 hingga 11 Jun 2010 di Kampus Induk USM Pulau Pinang. Pendaftaran di Desasiswa (asrama) adalah pada hari Isnin, 7 Jun 2010 bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

3.3 PELAJAR SABAH

Program Orientasi akan diadakan pada 15 Jun 2010 di Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu, Sabah. Pendaftaran adalah pada hari Selasa, 15 Jun 2010 bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

3.4 PELAJAR SARAWAK

Program Orientasi akan diadakan pada 17 Jun 2010 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Pendaftaran adalah pada hari Khamis, 17 Jun 2010 bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

3.5. Pada hari Pendaftaran Pelajar Baru, anda dikehendaki mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL

untuk tujuan penyemakan seperti berikut:

3.5.1 SIJIL SPM/SPVM

3.5.2 SIJIL SPM BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA JULAI (jika ada)

3.5.3 SIJIL STP/STPM/HSC

3.5.4 DIPLOMA/SIJIL– SIJIL(termasuk transkrip)

3.5.5 SIJIL MUET

3.5.6 SIJIL- SIJIL LAIN (yang digunakan semasa membuat permohonan)

7

Page 10: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

4. PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI

4.1 BAYARAN YURAN PENGAJIAN

JENIS-JENIS YURAN

SASTERA & SAINS KEMASYARAKATAN SAINS PENGURUSAN

Yuran Tidak Berulang (YTB) RM RM RM

Pendaftaran 100.00 100.00 100.00

Penginapan Suaikenal 20.00 20.00 20.00

Kad Pintar 60.00 60.00 60.00

Suaikenal 50.00 50.00 50.00

Alumni 100.00 100.00 100.00

JUMLAH 330.00 330.00 330.00

Yuran Berulang (YB) RM RM RM

Pengajian 640.00 770.00 800.00

Kursus 100.00 100.00 100.00

Modul 300.00 400.00 400.00

Penginapan Intensif 84.00 84.00 84.00

Kegiatan Pelajar 12.00 12.00 12.00

JUMLAH 1,136.00 1,366.00 1,396.00

8

Page 11: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

Bagi warga emas , yuran pengajian dan penginapan intensif dikenakan separuh dari yuran dinyatakan di atas.

Yuran Tidak Berulang (YTB) hanya dikenakan ke atas pelajar baru sahaja.

Yuran Berulang (YB) dikenakan ke atas setiap pelajar yang mengikuti kursus masing-masing bagi sidang tersebut.

Kadar yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh Universiti bila perlu.

4.2 Bayaran yuran yang dikenakan adalah mengikut program pengajian pelajar. Bagi maklumat tepat berkenaan yuran tersebut, sila rujuk BIL YURAN PENGAJIAN individu di http://www.usm.my/kemasukan

4.3 Sebelum sebarang bayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN tersebut adalah tepat. Berikut disenaraikan kaedah pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran.

a) Pembayaran tunai di kaunter CIMB Bank Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia. Cetak 2 salinan slip pembayaran yang boleh diperolehi di http://www.usm.my/kemasukan dan serahkan ke kaunter bank semasa membuat bayaran. Sila dapatkan kembali 1 salinan slip pembayaran yang lengkap dicetak dengan maklumat pembayaran daripada bank untuk simpanan / bukti pembayaran.

b) Pembayaran secara dalam talian dengan kemudahan ePayment@USM. Pembayaran ini adalah secara pindahan tunai (FPX) ataupun menggunakan kad kredit. Sila pastikan pembayar mempunyai kemudahan akaun perbankan internet untuk menggunakan kemudahan FPX. Layari http://www.usm.my/kemasukan untuk urusan pembayaran.

i. Bayaran secara pindahan tunai (FPX)

Pembayaran boleh dibuat oleh pemegang akaun bank berikut :-

*kemudahan perbankan internet ini adalah tepat sehingga cetakan ini dibuat.

ii. Kad kredit

Boleh menggunakan kad VISA / MASTER dari mana-mana bank.

4.4 Pelajar dari Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada membayar Yuran Penginapan Suaikenal sebanyak RM20.00.

4.5 Pelajar hendaklah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing-masing

9

Page 12: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

atau

membuat bayaran dalam 2 ansuran. Maklumat berkenaan amaun ansuran yang perlu dibayar dan tarikh akhir bayaran ansuran akan dimuatkan di dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing-masing.

4.6 Pelajar yang gagal untuk membayar amaun minima yang ditetapkan atau membayar selepas tarikh akhir setiap ansuran akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.

5. PENGECUALIAN UNIT

5.1 Pemegang Diploma dari IPTA yang diiktiraf boleh memohon untuk pengecualian unit. Transkrip asal dan salinan transkrip yang telah disahkan serta sinopsis kursus perlu dibawa bersama. Anda boleh memohon dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh PPPJJ semasa Minggu Orientasi.

5.2 Permohonan tanpa transkrip dan sinopsis kursus tidak akan dilayan. Satu sesi taklimat

pengecualian unit akan diadakan semasa program Orientasi. 6. KAD PINTAR SISWA

Kad Pintar Siswa merupakan kad pengenalan rasmi pelajar USM. Siswa adalah diwajibkan memakai dan mempamerkan Kad Pintar Siswa sebagai tanda pengenalan diri untuk semua urusan rasmi ketika berada di dalam kampus.

6.1 SESI PENGAMBILAN GAMBAR

6.1.1 Siswa-siswa dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi pengambilan gambar bagi tujuan penyediaan Kad Pintar Siswa pada hari pendaftaran diri sebagai pelajar USM seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Minggu Orientasi Pelajar Jarak Jauh, Sidang Akademik 2010/2011.

(Sila lengkapkan Lampiran C dan bawa semasa sesi pengambilan gambar) 6.1.2 Kad Pintar Siswa ini telah dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dengan ciri-ciri

aplikasi baru dan akan digunakan untuk semua urusan rasmi dalam kampus termasuk;

a) Peminjaman/pemulangan buku dan pembayaran denda di perpustakaan. b) Pengesahan pendaftaran dan temujanji di Pusat Sejahtera USM. c) Pemantauan keluar/masuk pelajar di kampus.

6.2 KEHILANGAN/KEROSAKAN

6.2.1 Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kehilangan atau kerosakan Kad Pintar Siswa;

a) Siswa perlu hadir di Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan, Bahagian

Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2 Bangunan Canselori. Siswa perlu mengisi dan melengkapkan borang KEM/KDPI 2 & 3. Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM60.00. Bayaran boleh dibayar secara tunai di Kaunter Bahagian Akaun Pelajar, Jabatan Bendahari, USM.

10

Page 13: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

b) Bagi siswa yang berada di luar USM, mereka bolehlah menulis surat melaporkan

kehilangan/kerosakan Kad Pintar tersebut. Bayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan dan perlu dibuat dalam Kiriman Wang Pos dan hantarkan kepada Unit Kemasukan & Pengambilan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang.

6.3 LANJUT TEMPOH PENGAJIAN

Bagi siswa yang diluluskan untuk melanjutkan tempoh pengajian pada Kad Pintar Siswa tersebut, siswa hanya perlu melaporkan kepada Unit Pengambilan & Kemasukan dengan mengembalikan Kad Pintar Siswa yang sedia ada untuk dikemaskinikan. Bagi tujuan ini tiada bayaran akan dikenakan.

7 PERPUSTAKAAN

Pengedaran Panduan Perpustakaan akan dijalankan mengikut kumpulan dan anda akan dimaklumkan kemudian. Pastikan anda mendapat risalah-risalah panduan Perpustakaan tersebut bagi tujuan kemudahan pinjaman buku di Pusat Wilayah/Perpustakaan Wilayah /Negeri.

8 PENGINAPAN

8.1 Semua pelajar baru yang akan mendaftar di Kampus Induk USM untuk program Orientasi akan disediakan tempat penginapan di Desasiswa (asrama) dalam Kampus Induk. Anda hanya perlu terus ke Desasiswa yang berkenaan seperti di dalam surat tawaran.

8.2 Bagi tujuan penginapan di Desasiswa, sila bawa bantal, cadar dan sarung bantal kerana pihak USM tidak menyediakan kemudahan ini.

8.3 Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyerahkan kunci bilik Desasiswa selewat-

lewatnya pada 11 Jun 2010 sebelum 12:00 tengah hari iaitu hari terakhir Minggu Orientasi. 8.4 Disertakan peta kampus induk USM untuk membantu anda apabila tiba untuk pendaftaran

diri di USM nanti. Sila rujuk Lampiran E 8.5 Sila tunjukkan surat tawaran rasmi anda kepada pengawal bertugas semasa berada di pintu

masuk kampus induk USM untuk memudahkan anda memasuki perkarangan Universiti.

9. MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR/AKUJANJI

9.1 Bagi pelajar lelaki anda dikehendaki memakai baju putih berlengan panjang dan bertali leher, seluar hitam/gelap (bukan ‘jeans’) dan kasut kulit (bukan kasut sukan) berwarna hitam. Sliper tidak dibenarkan.

9.2 Bagi Pelajar perempuan anda dikehendaki berpakaian formal berlengan panjang.

9.3 Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dibenarkan menyertai majlis tersebut sekiranya gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan di atas.

10. PERATURAN UNIVERSITI

Sebagai seorang pelajar USM, anda adalah tertakluk kepada semua peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Sains Malaysia.

11

Page 14: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

11. HAL – HAL LAIN

11.1 Sepanjang anda mengikuti aktiviti-aktiviti orientasi di USM ataupun di Pusat Wilayah, anda diwajibkan memakai tanda nama yang akan diberikan semasa anda mendaftar pada Minggu Orientasi.

11.2 Anda dinasihatkan supaya tidak membawa kenderaan sendiri untuk mengelakkan

kesesakan lalu-lintas di dalam kampus. Sekiranya anda terpaksa membawa kenderaan, anda diminta meletakkan kenderaan di persekitaran Desasiswa sahaja memandangkan ruang meletak kenderaan yang sangat terhad di dalam kampus.

11.3 Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, anda boleh

berhubung terus kepada:

ALAMAT AKTIVITI

TELEFON ATAU FAKSIMILI

1.

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

- Pertanyaan Am - Penerimaan Tawaran - Kad Pintar Siswa - Pengecualian Unit

Telefon: 1 300 888 USM 04- 653 3141

Fax: 04 – 6533328

e-mail:

[email protected] [email protected]

2.

UNIT PEMPROSESAN DATA & REKOD Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Aras 1, Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

- Pengesahan Siswa Berdaftar USM. - Serahan Borang Maklumat Siswa(OMR)

Telefon:

04 – 6534194 04 – 6532336

Fax: 04 – 6574641

e-mail: [email protected]

3.

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

- Perkhidmatan Bank. - Etika Pakaian. - Peraturan Universiti. - Perkhidmatan Bas - Kenderaan.

Telefon:

04 – 6533888 samb. 3107/2469

Fax: 04 – 6573761/6577053

e-mail: [email protected]

12

Page 15: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

4.

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH 11800 USM Pulau Pinang

- Pertanyaan Am - Minggu Orientasi - Maklumat Data Jarak Jarak Jauh - Borang Pencapaian Bahasa Inggeris

Telefon:

04 – 6533286 04 – 6533264

Fax: 04 – 6575657

e-mail: [email protected]

5.

UNIT PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

Yuran Pengajian

Telefon:

04 – 6533770 04 – 6533888 samb. 3946/3773

Fax: 04 – 6573276

e-mail: [email protected]

6.

PENGARAH Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

Pemeriksaan Kesihatan.

Telefon:

04 – 6533888 samb. 3464/2412/3411

Fax: 04 – 6587316

e-mail:

DIR_/Pkes/[email protected]

7.

PENGURUS ASRAMA Unit Perumahan dan Penginapan Universiti Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang

Penginapan Desasiswa.

Telefon:

04 – 6533888 samb. 4454/4455/4456/4458/

4459

Fax: 04- 6578962

“SELAMAT MAJU JAYA”

‘SEMOGA USAHA ANDA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN’

13

Page 16: Buku Panduan Pelajar Baru PPJJ 1011

1. LAMPIRAN A ➠ PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN

3. LAMPIRAN B ➠ LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN

4. LAMPIRAN C ➠ SLIP KAD PINTAR SISWA

5. LAMPIRAN D ➠ JADUAL PROGRAM ORIENTASI

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

6. LAMPIRAN E ➠ PETA USM (KAMPUS INDUK)

14