buku panduan pelajar baru sesi dis 2016

21

Upload: lamanh

Post on 14-Feb-2017

309 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016
Page 2: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

1

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

SESI DISEMBER 2016

POLITEKNIK MELAKA, NO. 2, JALAN PPM 10,

PLAZA PANDAN MALIM, BALAI PANJANG,

75250 MELAKA.

LAMAN WEB : http://www.polimelaka.edu.my NO. TELEFON : 06-337 6000 / 6118 / 6054 / 6058 NO. FAKS : 06-337 6007

Page 3: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

2

PERKARA

M/S

PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN

1. Ringkasan Carta Alir Lapor Diri Pelajar Baru Sesi Disember 2016 3

2. Senarai Semak Dokumen Untuk Di Bawa Semasa Hari Pendaftaran 4

MAKLUMAT AM

1. Panduan Untuk Ke Politeknik Melaka 5

2. Peta Lokasi Polteknik Melaka 6

3. Bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai 7

4. Contoh Pembayaran YURAN PENGAJIAN (BIMB) 8

5. Contoh Pembayaran BAYARAN PELBAGAI (BSN) 9

6. Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) 10

7. Kemudahan Tempat Tinggal 10

8. Bantuan Kewangan 10

9. Rupa Diri Pelajar 11

10. Hal-Hal Lain 12

PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

1. Hari Pendaftaran 13

2. Dokumen Yang Mesti Dibawa Semasa Hari Pendaftaran Pengajian 13

3. Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran Pengajian 14

4. Program Minggu Suai Kenal (MSK) 15

ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI BORANG BHEP3 - BHEP5

1. Warganegara 16

2. Jawatan 16

3. Saksi 16

LAIN-LAIN

1. Perincian Bayaran Pelbagai 17

2. Kalendar Akademik Sesi Disember 2016 18

3. Amanat dari JHEPP

- Apakah yang pelajar perlu tahu mengenai Program Pelajar di PMK? 19 - 20

Page 4: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

3

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016

Mulai 2 JUN 2015

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian mulai 1 November 2016.

KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI DISEMBER 2016

(boleh mula disemak mulai 21 Oktober 2016)

TERIMA SURAT MAKLUMBALAS DARIPADA

POLITEKNIK

HANTAR BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT) KE

POLITEKNIK BERKENAAN DALAM MASA 14 HARI

DARI TARIKH TAWARAN

BAYAR YURAN DAN LENGKAPKAN DOKUMEN

PENDAFTARAN (BHEP 1-6)

SEMAK JUMLAH YURAN DAN DOKUMEN

PENDAFTARAN YANG DIPERLUKAN DI LAMAN WEB

POLITEKNIK MELAKA

PENDAFTARAN PENGAJIAN PADA 20 NOV 2016

Page 5: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

4

SENARAI SEMAK DOKUMEN HARI PENDAFTARAN

Sila semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah

disediakan oleh anda dan sila bawa bersama dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran

berkenaan .

1. PENDAFTARAN PENGAJIAN

1.1 Kad Pengenalan 1.2 Borang-Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi dan dilekatkan gambar.

Sila kepilkan mengikut tertib.

1.2.1 BHEP 1 – Borang Maklumat Peribadi Pelajar

1.2.2 BHEP 2(i),(ii),(iii) - Borang Pemeriksaan Kesihatan

1.2.3 BHEP 3 – Borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan

1.2.4 BHEP 4 – Borang Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

1.2.5 BHEP 5 – Borang Akuan Pelajar dan Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan

1.2.6 BHEP 6 (i),(ii) – Aku Janji Pelajar (Salinan Pelajar/Salinan JHEPP)

1.3 Salinan slip bayaran BIMB (Yuran Pengajian) bernilai RM200 atas nama

POLITEKNIK KPT . 1.4 Salinan slip Wang Tunai Masuk BSN (Bayaran Pelbagai) bernilai RM600 atas nama

Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad. 1.5 Gambar warna terbaru (saiz gambar kad pengenalan) 3 keping 1.6 Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) SPMP

yang telah dicetak. PERINGATAN: Sila bawa semua dokumen ASAL ke politeknik untuk tujuan semakan atau permohonan pinjaman sekiranya diperlukan.

Page 6: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

5

1. LOKASI POLITEKNIK MELAKA (PMK)

Kampus Politeknik Melaka terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Melaka. Sekiranya

anda daripada Muar, sila menuju ke arah Alor Gajah melalui Lebuh AMJ, PMK terletak di

sebelah kiri jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities. Jika anda daripada Alor

Gajah, sila menuju ke arah Pusat Bandar melalui Lebuh AMJ. PMK terletak di sebelah kanan

jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities.

Bangunan PMK terdiri daripada 13 unit rumah kedai yang telah dibeli oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan 12 unit rumah kedai yang disewa. Oleh kerana itu,

rumah kedai ini telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang

diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi.

MAKLUMAT AM

Page 7: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

6

10km

PETA LOKASI KE

POLITEKNIK MELAKA

CHENG

30

KM

SIEMMA TRAZO

Restoren

Sri Percik

Dari Malim

POLITEKNIK MELAKA

Dari Malim

Dari Malim

Page 8: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

7

2. YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan bukti pembayaran

Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai: -

YURAN PENGAJIAN:-

a) Salinan makluman bayaran sekiranya pembayaran dilakukan melalui perbankan

internet BIMB atau;

b) Resit bayaran sekiranya pembayaran di lakukan di mesin ATM BIMB , atau;

c) Resit bayaran sekiranya pembayaran dilakukan di mesin deposit BIMB.

Bayaran Pelbagai :-

a) Salinan Borang Wang Tunai Masuk Bank Simpanan Nasional (BSN ).

BIL JENIS

BAYARAN

PROGRAM PENGAJIAN

KAEDAH BAYARAN

Dip. Kejuruteraan Awam Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik

(Kawalan) Dip. Akauntansi

Dip. Perniagaan Antarabangsa

Pra Diploma Sains

3.1

Yuran

Pengajian

RM 200.00

RM 200.00

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut atas nama POLITEKNIK KPT:- 1. Perkhidmatan Perbankan Internet

2. Mesin Juruwang Automatik BIMB (ATM) 3. Mesin Deposit Tunai BIMB

* Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN

KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik

dan Bayaran Balik Pinjaman KPT.

* Bayaran boleh dibuat mulai 1 November 2016.

* Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK

KPT, tiada nombor akaun diperlukan.

3.2

Bayaran

Pelbagai

(Minggu

SuaiKenal,

Insurans, Kad

Pelajar, Aktiviti

Pelajar dll.)

RM 600.00

RM 130.00

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank

Simpanan Nasional dengan akaun bank bernombor

0410041000152319 atas nama Koperasi Politeknik Kota

Melaka Berhad.

Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang

disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 2

sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip

bank BSN.

* Bayaran boleh dibuat mulai 1 November 2016.

* Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN

SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat pembayaran

di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang

akan timbul pada masa

hadapan.

Page 9: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

8

CONTOH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN:

Saluran 1 : Pembayaran di Mesin Deposit BIMB

Pilihan menu:

1. Lain-lain

2. Pembayaran Bil/Yuran IPT

3. Yuran IPT

4. Masukkan NO KAD PENGENALAN pelajar

5. Pilih bil bayaran yuran

6. Masukkan amaun pembayaran yang betul

7. Transaksi selesai, ambil resit

*Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran.

(CAJ PERKHIDMATAN SEBANYAK RM0.50 DIBAYAR OLEH KERAJAAN MALAYSIA)

Saluran 2 : Pembayaran di Mesin ATM BIMB (Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB)

Pilihan menu:

1. Lain-lain

2. Pembayaran Bil/Yuran IPT

3. Yuran IPT

4. Masukkan NO KAD PENGENALAN pelajar

5. Pilih bil bayaran yuran

6. Masukkan amaun pembayaran yang betul

7. Transaksi selesai, ambil resit

*Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran.

(CAJ PERKHIDMATAN SEBANYAK RM0.50 DIBAYAR OLEH KERAJAAN MALAYSIA)

Saluran 3 : Pembayaran melalui Perbankan Internet

Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan Internet Bank Islam.

Sila layari www.bankislam.com.my

i. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan “ok” pada “Security Alerts”.

ii. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

iii. Pilih “Bill Presentment” pada menu “Bill Payment”.

iv. Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation.

v. Masukkan “No. Kad Pengenalan” pada ruang IC/Pasport number dan klik “next”.

vi. Klik “select” pada “Bill Reference” untuk paparan maklumat pembayaran.

vii. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan dan

masukkan jumlah akaun yang hendak dibayar dan klik “pay”.

viii. Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan vartifikasi. Klik “confirm” untuk pengesahan pembayaran.

ix. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

*Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

(CAJ PERKHIDMATAN SEBANYAK RM0.50 DIBAYAR OLEH KERAJAAN MALAYSIA)

Page 10: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

9

CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA:

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA

CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN KAMSIS

(A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD (B) NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008 (C) NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD (D) NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319 (E) JUMLAH BAYARAN : RM***.** (F) PERKARA : BAYARAN PELBAGAI (G) PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

BERJUMLAH **RM600.00 (H) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

PENTING :

a) Semua bentuk bayaran PERLU DIBUAT SEBELUM HARI PENDAFTARAN.

b) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI.

c) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah

mendahulukan pembayaran di atas sebelum hari pendaftaran. Tuntutan balik daripada

penaja boleh dibuat kemudian.

d) Sila pastikan bayaran (Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai) di bayar dengan amaun yang

betul dan kaedah yang dinyatakan.

e) Maklumat mengenai perincian bayaran pelbagai boleh dilihat di LAMPIRAN 3.

f) Kos pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan untuk seorang pelajar di Politeknik Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia ialah RM5000 setahun.

g) Salinan borang Wang Tunai Masuk dianggap sah bila terdapat cetakan komputer oleh mana-

mana cawangan BSN.

(A)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(B)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(C)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(D)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(E)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(F)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(G)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(H)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

NUR NADIRAH BINTI AHMAD

920612-04-2008

KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

0410041000152319

RM ***.**

BAYARAN PELBAGAI

Nadirah

KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD *** RM600.00

Page 11: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

10

3. PRA-PENDAFTARAN PELAJAR BARU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat

pra-pendaftaran pengajian mulai 1 November 2016 atau selepas dua (2) hari anda selesai menjelaskan

bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai.

Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan bawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran

pengajian.

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN ASRAMA sepertimana kampus Politeknik lain. Walau

bagaimana pun anda boleh merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH

SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan di laman web PMK (www.polimelaka.edu.my).

5. BANTUAN KEWANGAN

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN BIASISWA ATAU SEBARANG BANTUAN KEWANGAN tetapi

pelajar boleh memohon biasiswa/ bantuan kewangan melalui Politeknik atau memohon sendiri

daripada mana-mana penaja. Maklumat berkaitan boleh diperolehi daripada iklan yang disiarkan di

akhbar-akhbar tempatan atau maklumat di papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan

Pelajar, Politeknik Melaka.

Pelajar yang berminat untuk memohon PTPTN boleh melayari laman web URL

http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk membuat permohonan. Pelajar juga dinasihatkan

melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran

permohonan tersebut;

a) Membeli no PIN PTPTN di Bank Simpanan Nasiaonal (BSN)

b) Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad

c) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

d) Memiliki akaun emel yang sah

Pelajar juga dinasihatkan supaya membuat permohonan biasiswa/ pinjaman dari Yayasan Negeri atau

mana-mana Tabung Yayasan, Majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Tabung Amanah, Syarikat Swasta atau

Badan Berkanun sebelum mendaftar diri di PMK. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran

melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh

memohon bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.

Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup,

pengangkutan, alatan pembelajaran dan lain-lain.

Page 12: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

11

6. RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK MELAKA

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya

pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dimestikan menutup

aurat.

6.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

6.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

6.1.2 Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

6.1.3 Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

6.1.4 Pemakaian baju Melayu (baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang

beserta samping dan bersongkok hitam).

6.1.5 Seluar slack panjang.

6.1.6 Seluar jeans dilarang.

6.1.7 Berkasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

6.1.8 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

6.1.9 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar

baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi

paras dahi.

6.1.10 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.

6.1.11 Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.

6.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

6.2.1 Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis

dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.

6.2.2 Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

6.2.3 Pelajar bukan Islam dilarang memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut.

6.2.4 Baju T berkolar dan baju T tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang

membawa pengertian liar, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak

dibenarkan.

6.2.5 Kain hendaklah labuh, longgar dan tidak jarang.

6.2.6 Seluar slack panjang yang tidak ketat.

6.2.7 Seluar jeans dilarang.

6.2.8 Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

6.2.9 Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi dan seumpamanya tidak dibenarkan.

6.2.10 Pelajar Islam dimestikan memakai tudung.

6.2.11 Rambut berwarna tidak dibenarkan.

6.2.12 Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan.

6.2.13 Tidak dibenarkan mencukur bulu kening dan mengenakan solekan yang berlebihan.

Page 13: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

12

7. HAL-HAL LAIN 7.1 Semua pelajar dinasihatkan menyediakan pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-

syarat berpakaian sepertimana yang dijelaskan dalam bahagian Pakaian dan Rupadiri Pelajar.

7.2 Pelajar digalakkan menyimpan 3 salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang telah

disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/ Pinjaman Tabung Pendidikan Pinjaman, PTPTN,

termasuklah salinan fotostat (di atas kertas saiz A4) suratbtawaran dan kad pengenalan ibu bapa.

Page 14: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

13

B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya

urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan

sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PMK pada tarikh, masa dan

tempat seperti yang berikut :

Tarikh : 20 November 2016 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Politeknik Melaka

No. 2 Jalan PPM 10

Plaza Pandan Malim

75250 Melaka

PERHATIAN :Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah

ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.

2. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

2.1 Dokumen-dokumen asal yang berikut:-

a) Kad Pengenalan

b) Bukti pembayaran Yuran Pengajian RM 200 (BIMB)

c) Bukti pembayaran Bayaran Pelbagai RM 600 (BSN)

2.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap (sila rujuk lampiran)

2.2.1 BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar 2.2.2 BHEP2 - Laporan Pemeriksaan Doktor 2.2.3 BHEP3 - Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) & Pembedahan 2.2.4 BHEP4 - lkrar pelajar dan Lepas Tanggung 2.2.5 BHEP5 - Akuan Pelajar Dan Akuan IbuBapa/Penjaga 2.2.6 BHEP6 - Akujanji Pelajar

2.3 TIGA (3) KEPING GAMBAR warna yang terbaru berukuran kad pengenalan.

Semua pelajar Ielaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar.

Pelajar perempuan pula, hendaklah yang tidak mendedahkan bahagian bahu. Sila

catatkan nama anda dan kursus anda di belakang setiap keping gambar untuk tujuan

ditampal pada muka depan Fail Peribadi Pelajar , BHEP1 dan BHEP2.

Page 15: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

14

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

PELAJAR PEMAKAIAN

Pelajar Lelaki

Baju kemeja lengan panjang/pendek bewarna putih;

Seluar slack bewarna gelap;

Berkasut/sepatu dan berstokin (kasut sukan tidak dibenarkan);

Bertali leher warna gelap.

Berambut pendek.

Pelajar Perempuan

Bagi pelajar Islam - Baju kurung tradisional/kebaya labuh/kebarung dan bertudung

Bagi pelajar bukan Islam – kemeja/blouse dan seluar slack/mini skirt labuh mestilah

melepasi paras lutut;

Kasut bertutup atau bertali dan berstokin;

Kain hitam (untuk dipakai semasa upacara perasmian dan penutup Minggu Suaikenal)

NOTA :

3.1 Para pelajar DIMESTIKAN BERPAKAIAN SEPERTI PANDUAN DI ATAS bagi memastikan

kelancaran proses mengambil gambar bagi tujuan pengambilan gambar untuk kad pelajar.

3.2 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

3.3 Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi

paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan

tidak melebihi paras dahi (rujuk gambarajah).

3.4 Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan tidak dibenarkan.

3.5 Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju korporat Politeknik Melaka dengan seluar

slack hitam sepanjang mengikuti Program Suaikenal. Pelajar perempuan dikehendaki

memakai baju korporat Politeknik Melaka dan kain hitam.

Jadual 3 : Contoh Pemakaian Semasa Hari Pendaftaran

Page 16: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

15

4. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti Program Minggu Suaikenal yang diadakan dan

mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. (Sila rujuk Buku Program Minggu Suaikenal

(MSK) yang diterima semasa hari pendaftaran).

NOTA :

1. Semua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan rupadiri pelajar Politeknik Melaka sepanjang

program Minggu Suaikenal (21 – 25 November 2016).

2. Pelajar perempuan dikehendaki menyediakan kain hitam untuk dipakai bersama baju korporat.

Page 17: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

16

C. ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI

BORANG BHEP3 - BHEP5

1. WARGANEGARA

Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

2. JAWATAN

Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang

jawatan pentadbiran ;

Bagi saksi yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan.

3. SAKSI

(i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 3 / Kumpulan A ke atas)

a) Semua pegawai kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan

Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah ;

b) Saksi mestilah mempunyai cop nama, jawatan dan jabatan yang sah sahaja dan jawatan bagi

pihak (b.p) tidak diterima ;

(ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti;

b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah ;

c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah Menengah Kerajaan/ Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah (DG41).

(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN

(a) Semua doktor yang bertugas di hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja.

(iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam

perkhidmatan kehakiman dan perundangan kerajaan. (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam

Persekutuan, Penasihat Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah);

b) Semua Peguambela dan Peguamcara;

c) Jaksa Pendamai.

Page 18: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

17

PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI LAMPIRAN 1

BIL PERKARA

SEMESTER 1

Diploma Kejuruteraan Awam

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Diploma Akauntansi

Diploma Perniagaan Antarabangsa

SEMESTER 1

(Pra Diploma

Sains)

1 JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR (Akaun-akaun dikawal oleh

KUHEP dan diluluskan oleh KJHEPP)

AKAUN MPP

Aktiviti MPP (Dalaman Politeknik / Luar) 45 25

MAKP 5

AKAUN MSK

a)Program MSK 90

b)Kad Pelajar 10 10

AKAUN KELAB BUKAN AKADEMIK

b)Aktiviti Kelab 5

c)Aktiviti Pembangunan Diri

d)Aktiviti Pembangunan Inovasi

d)Aktiviti Kesukarelawanan 4

e)Aktiviti Kebudayaan & Warisan 4

AKAUN TAKAFUL

Bayaran Takaful Kemalangan Diri Berkelompok 110 35

AKAUN TABUNG KEBAJIKAN

Simpanan Tabung Kebajikan Pelajar 5

2 PERSATUAN JABATAN (Akaun dikawal dan diluluskan oleh KJ Akademik)

Aktiviti Persatuan Jabatan 20

Aktiviti BIPI 6

Aktiviti JMSK

3 UNIT KEUSAHAWANAN (Akaun dikawal dan diluluskan oleh Pegawai

Keusahawanan)

Aktiviti Keusahawanan Pelajar (Dalaman Politeknik / Luar) 3

4 KOPERASI PKM BERHAD (Akaun dikawal dan diluluskan oleh Pengerusi KOOP)

a)T-shirt

190

60

(Seluar sukan,Baju

Round Neck,Baju T)

b)Baju Korporat

c)Jaket / Kot Bengkel / Lab

d)Track Suit

e)Beg Galas

f)Lanyard / Card Holder

g) Saham Koperasi 10

h)Yuran Keahlian 2

i) Caj Bank Simpanan Nasional 0.5

5 UNIT SUKAN & KO-KURIKULUM (Akaun-akaun dikawal oleh KUSKK dan diluluskan

oleh KJHEPP)

AKAUN MSP

a)Tabung MSP Pusat 10

AKAUN KO-KURIKULUM

a) Aktiviti Ko-Kurikulum 20

b) Pengurusan Sukan 25

6 UNIT PEPERIKSAAN (Akaun dikawal dan diluluskan oleh Ketua Unit Peperiksaan)

a) Pengurusan Peperiksaan 5

b) Buku Peraturan Peperiksaan 3

7 UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (Akaun dikawal dan diluluskan oleh

KUPLI)

Buku Log

8 UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA (Akaun dikawal oleh Pegawai Psikologi dan dan

diluluskan KJHEPP)

Aktiviti Psikologi & Kerjaya (Dalaman Politeknik / Luar) 12.5

Buku Penasihat Akademik (ITD) 10

JUMLAH KESELURUHAN 600 130

Page 19: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

18

KALENDAR AKADEMIK SESI DISEMBER 2016

POLITEKNIK MELAKA TARIKH MINGGU AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

21/11/2016 – 25/11/2016 1 minggu Aktiviti Suaikenal

/Pendaftaran

Latihan Industri : 28/11/2016

sehingga 14/04/2017

Penilaian LI : 17/04/2017

sehingga 28/04/2017

28/11/2016 – 20/01/2017 9 minggu Perkuliahan

30/01/2017 – 30/02/2017 1 minggu Cuti Pertengahan

Semester

06/02/2017 – 24/03/2017 7 minggu Perkuliahan

25/03/2017 – 08/04/2017 2 minggu Peperiksaan

10/04/2017 – 16/06/2017 10 minggu

Cuti Antara

Semester/Semester

Pendek

*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

CUTI UMUM MELAKA

Maulidur Rasul - 1 Disember 2016 Krismas - 12 Disember 2016 Tahun Baru - 1 Januari 2017 Tahun Baru Cina - 28 & 29 Januari 2017 Hari Melaka Bandaraya Bersejarah - 15 April 2017 Hari Buruh - 1 Mei 2017 Hari Wesak - 10 Mei 2017 Awal Ramadhan - 27 Mei Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong - 3 Jun 2017

Page 20: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

19

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK.

APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK?

1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses

pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka.

OBJEKTIF

Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan

kemudahan sedia ada di Politeknik.

Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang

dilaksanakan.

Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada

pihak pengurusan.

2) RAKAN MPP

RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai

pilihanraya.

3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu

http://www.facebook.com/PoliteknikMelaka

4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

http://www.facebook.com/JPPforPMK

5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP)

SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan

pelajar dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK).

Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan

dianugerahkan Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang paling tinggi markah akan

dianugerahkan Anugerah Emas.

Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di

PMK.(bergantung kepada kekosongan)

Page 21: Buku Panduan Pelajar Baru Sesi Dis 2016

POLITEKNIK MELAKA [BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2016]

20

6) Pelajar Hebat

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni

mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi

yang lain.

7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP)

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan

pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam

bidang akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan

motivasi dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan

sentiasa mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan

sebanyak 22 kali dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

PERANAN PELAJAR BARU

Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK

Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP

(RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai

ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi)

Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan,

keyakinan diri, softskill dan gaya kepimpinan yang hebat.

Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai

Kenal).