panduan pbs 2010 jun

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) SEKOLAH RENDAH AMBILAN JUN 2010 1. KONSEP PBS merupakan satu komponen dalam kurikulum pengkhususan (Major) latihan perguruan KPLI SR yang memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelajar dapat memahami tingkah laku murid, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. 2. OBJEKTIF Melalui PBS pelajar dapat (i) memahami masyarakat sekolah; (ii)menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah; (iii) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah; (iv) mengaitkan teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan kokurikulum melalui pemerhatian/ temubual/ kajian dokumen; (v) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif. 3. STRATEGI 1

Upload: sharminikumari

Post on 16-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Panduan Pbs 2010 JUN

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, SEREMBAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) SEKOLAH RENDAH

AMBILAN JUN 20101. KONSEP

PBS merupakan satu komponen dalam kurikulum pengkhususan (Major) latihan perguruan KPLI SR yang memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelajar dapat memahami tingkah laku murid, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.2. OBJEKTIF

Melalui PBS pelajar dapat(i) memahami masyarakat sekolah;

(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah;

(iii) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah;

(iv) mengaitkan teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan

kokurikulum melalui pemerhatian/ temubual/ kajian dokumen;

(v) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk

budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

3.STRATEGI

3.1 Pelaksanaan

(i) Tempoh Tempoh pelaksanaan pelajar menjalani PBS adalah selama 10 hari persekolahan di sekolah rendah (sekurang-kurangnya 45 jam) mulai:-Kumpulan A12 September 23 September 2010

Kumpulan B13 September 24 September 2010

(ii) PenempatanPelajar akan menjalani PBS di sekolah yang terletak berhampiran tempat tinggal untuk mengelak masalah menyewa tempat tinggal bagi tempoh 10 hari.(iii) Nilai Kredit PBS 1 kredit bersamaan 45 jam(iv) Bidang Tumpuan Tugasan

Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang ditetapkan dalam Tugasan Pemerhatian PBS oleh pensyarah mata pelajaran major. Tugasan ini akan digunakan oleh pelajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran serta bahan refleksi.4.PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pelajar

a) Menghadiri taklimat PBS.b) Memahami dan menghayati objektif PBS.c) Menghadiri sesi pra PBS bersama pensyarah pembimbing.d) Menyerahkan Surat Pengenalan Diri semasa melapor diri di sekolah dan membina

hubungan baik dengan komuniti sekolah.

e) Melaksanakan tugasan PBS.

f) Berbincang dan memerhati guru dalam tugas-tugas di bilik darjah dan aktiviti kokurikulum.

g) Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan refleksi.h) Menyediakan portfolio PBS untuk digunakan secara berterusan.i) Menyerahkan portfolio kepada pensyarah pembimbing pada masa yang ditetapkan untuk semakan, bimbingan dan penilaian.

j) Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut.

Pihak Sekolah

a) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah.b) Melantik seorang guru yang mengajar opsyen yang sama dengan mata pelajaran major pelajar untuk membantu pelajar memperoleh maklumat.c) Bekerjasama dengan pihak institut dalam menjayakan program PBS.

d) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian ke atas pengajaran/ aktiviti bimbingan guru terlatih yang berpengalaman.

e) Tidak melibatkan pelajar yang menjalani PBS dalam pengajaran/ kelas gantif) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat sekolah.g) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan PBS.h) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar.i) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan melengkapkan Borang Rumusan Kehadiran PBS.j) Melapor secara bertulis dari semasa ke semasa sebarang kes yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar kepada institut.k) Mengesahkan kehadiran pelajar dalam Borang Kehadiran PBS. 5. KEHADIRAN DALAM PBSKehadiran dalam PBS adalah 100 peratus.

Sekiranya pelajar tidak dapat memenuhi syarat kehadiran 100% disebabkan oleh kes-kes

tertentu, pelajar dikehendaki melengkapkan tempoh PBS sebelum dibenarkan menjalani

praktikum.

6.PENUTUPPelaksanaan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah akan memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada pelajar dan dapat menyumbang kearah pembentukan guru yang berkesan apabila ditempatkan di sekolah kelak.

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Institut Perguruan Raja MelewarPAGE 1