jilid 2 bil 1 jun 2010 - hubungan antara personaliti & penghargaan kendiri pelajar ce

33
65 HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN PENGHARGAAN KENDIRI PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK Asrul Azmin bin Masiron MRSM Pontian Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini. Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor jantina. Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five Inventori (BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. Manakala bagi penghargaan kendiri pula diukur dengan menggunakan soal selidik Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang mengandungi 10 item soal selidik. Kebolehpercayaan bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut melebihi 0.8. Datadata kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untuk mendapatkan keputusan deskriptif. Hipotesis-hipotesis kajian diuji dengan menggunakan Ujian-t bagi mengenal pasti perbezaan dalam kedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor demografi. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut pada aras 0.05. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan bantuan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 15.0 (SPSS). Dapatan secara deskriptif menunjukkan pelajar cemerlang akademik mempunyai personaliti yang tinggi pada trait Extraversion, Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness. Manakala bagi trait Neuroticism mereka berada pada tahap sederhana. Dapatan dalam penghargaan kendiri menunjukkan pelajar cemerlang ini berpenghargaan kendiri tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan jantina. Ujian Korelasi Pearson juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian dikemukakan pada akhir laporan ini.

Upload: mazfa-murat

Post on 16-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Hubungan Antara Personaliti & Penghargaan Kendiri Pelajar

TRANSCRIPT

  • 65

    HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN PENGHARGAAN

    KENDIRI PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK

    Asrul Azmin bin Masiron MRSM Pontian

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini. Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor jantina. Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five Inventori (BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. Manakala bagi penghargaan kendiri pula diukur dengan menggunakan soal selidik Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang mengandungi 10 item soal selidik. Kebolehpercayaan bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut melebihi 0.8. Datadata kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untuk mendapatkan keputusan deskriptif. Hipotesis-hipotesis kajian diuji dengan menggunakan Ujian-t bagi mengenal pasti perbezaan dalam kedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor demografi. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut pada aras 0.05. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan bantuan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 15.0 (SPSS). Dapatan secara deskriptif menunjukkan pelajar cemerlang akademik mempunyai personaliti yang tinggi pada trait Extraversion, Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness. Manakala bagi trait Neuroticism mereka berada pada tahap sederhana. Dapatan dalam penghargaan kendiri menunjukkan pelajar cemerlang ini berpenghargaan kendiri tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan jantina. Ujian Korelasi Pearson juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian dikemukakan pada akhir laporan ini.

  • 66

    PENGENALAN Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pelajar MRSM telah dipilih sebagai responden kajian kerana mereka telah memenuhi sebahagian daripada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu keseimbangan dari sudut intelek melalui pencapaian mereka yang cemerlang dalam akademik. Namun, keseimbangan sahsiah khususnya dari aspek personaliti dan rohani serta penghargaan kendiri mereka masih belum terbukti. Ini menunjukkan bahawa satu kajian perlu dilaksanakan bagi melihat keseimbangan potensi pelajar cemerlang daripada kedua-dua aspek tersebut. Oleh itu, salah satu daripada cara untuk memahami sahsiah pelajar cemerlang akademik ialah dengan membuat suatu kajian terhadap personaliti mereka sebagaimana menurut McClelland (1961) pelajar yang cemerlang dalam akademik memiliki personaliti yang berbeza. Larsen dan Buss (2008), juga berpendapat mengetahui ciri-ciri personaliti penting untuk tiga sebab. Pertama, membantu untuk memberi gambaran terhadap seseorang dan perbezaan mereka. Kedua, membantu untuk mengenali tingkah laku seseorang dan ketiga, membantu untuk membuat jangkaan terhadap tingkah laku seseorang. Sahsiah seseorang boleh dinilai melalui personalitinya kerana sahsiah bermaksud keperibadian yang boleh digambarkan melalui tingkah laku seseorang (Habibah dan Noran Fauziah, 2002). Tingkah laku seseorang pula boleh dinilai melalui personalitinya (Larsen dan Buss, 2008). SOROTAN PENULISAN Menurut Robins, Tracy, Trzesniewski, Kali, Potter, dan Gosling (2001) kebanyakan kajian terhadap personaliti bergantung kepada skala self-report. Apabila skala tersebut telah dinilai dan disahkan benar maka self-report akan menjadi self-conceptions dan self-evaluations kerana pemikiran manusia pada asasnya sama. Pada kebiasaannya, kajian terhadap personaliti melalui skala self-report berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai

  • 67

    asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapa dekad yang lepas penggunaan dimensi Big Five dalam FFM dipakai secara meluas berbanding dengan konstruk personaliti yang lain (John & Sriastava, 1999). Big Five bermaksud lima faktor utama yang mewakili trait-trait personaliti. Lima faktor tersebut iaitu Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness (John, Naumann, & Soto, 2008). Big Five secara relatifnya adalah konsisten sepanjang masa (Roberts & DelVecchio, 2000). Secara umum Big Five merentas pelbagai budaya (McCrae & Costa, 1997) dan boleh menganggar dengan meluas hasilnya termasuk prestasi kerja seseorang (Barrick & Mount, 1991), pencapaian akademik (Robins, John, & Caspi, 1998), delinkuen (John et al., 1994), dan kecelaruan personaliti (Costa & Widiger, 1994). Maka kajian ini menggunakan teori Big Five sebagai asas untuk menilai personaliti pelajar cemerlang akademik. Satu lagi pemboleh ubah yang perlu dinilai dalam kajian ini selain personaliti ialah penghargaan kendiri. Menurut Kamus Dewan (2005) penghargaan kendiri bermaksud penghormatan terhadap diri sendiri yang mencakupi keseluruhan maksud maruah diri. Rohani pula bermaksud batin atau sesuatu yang berkaitan dengan jiwa. Mengkaji penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik meliputi segala kerohanian mereka kerana penghargaan kendiri merangkumi persepsi dan perasaan dalaman yang tersembunyi di sebalik tingkah laku seseorang (Mruk, 1999). Baumeister, Campbell, Krueger, dan Vohs (2003) pula menyatakan bahawa dengan mengkaji penghargaan kendiri seseorang, dapat membantu pengkaji mengetahui seberapa banyak seseorang itu menghargai diri mereka sendiri. Mengetahui penghargaan diri seseorang akan dapat menduga pencapaian seseorang terhadap sesuatu perkara. Seperti contoh, menurut Bee (1981) pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggi biasanya mendapat keputusan yang baik di sekolah kerana merasakan mereka mempunyai penentuan hala tuju pada masa hadapan, mempunyai ramai kawan, dan bergaul mesra dengan kedua-dua ibu bapa. Begitu juga dengan Marsh (1993) menyatakan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi adalah lebih berjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yang memiliki penghargaan kendiri rendah.

  • 68

    Sikap seseorang juga dapat dinilai dengan mengetahui penghargaan kendirinya. Seperti contoh, Martin (1981) menyatakan bahawa penghargaan kendiri yang rendah adalah salah satu punca berlakunya masalah sosial. Mereka tidak dapat menerima diri sendiri yang seterusnya akan mengalami tekanan hidup dan mencetuskan masalah dalam kehidupan disebabkan ingin melepaskan perasaan tidak puas hati. Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah akan mempunyai konsep kendiri yang negatif dan ini boleh mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Kajian oleh Baum (1970) pula mendapati bahawa murid lelaki yang mempunyai konsep kendiri yang negatif terdiri daripada mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat dapatan atau kenyataan yang bercanggah dengan kebanyakan dapatan yang lain berkenaan dengan penghargaan kendiri. Seperti contoh, Baumeister et al. (2003) berpendapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan keputusan akademik tidak signifikan terhadap penghargaan kendiri tinggi menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang. Perkara ini bermaksud penghargaan kendiri tinggi bukanlah syarat utama tetapi hanyalah sebagai pelengkap untuk mencapai kecemerlangan akademik. Menurut Robins et al. (2001) dengan membuat kajian terhadap penghargaan kendiri akan dapat menghasilkan suatu kesimpulan terhadap nilai penghargaan kendiri mereka. Daripada kesimpulan tersebut apabila dihubungkan dengan personaliti akan menghasilkan suatu dapatan yang lain. Seperti contoh, Penghargaan kendiri yang tinggi menunjukkan emosi yang stabil, Extraverted, dan Conscientious dan sebilangan yang Agreeable dan Open to Experience. Mereka yang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepada trait-trait suka bersosial. Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi perantara hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri. Memahami hubungan antara penghargaan kendiri dan personaliti sangat penting disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, dengan menghubungkan penghargaan kendiri bersama kerangka kerja Big Five akan menghasilkan suatu konstruk psikologi yang lain. FFM mengandungi suatu jaringan yang dapat membantu mencari

  • 69

    persamaan atau perbezaan di antara pemboleh ubah. Dimensi-dimensi Big Five yang terdiri daripada Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness to Experience telah didapati berhubung kait dengan kebanyakan terma trait yang lain (Goldberg, 1993b). Kedua, penghargaan kendiri dan personaliti masing-masing berkongsi pada satu punca. Kajian korelasi antara personaliti dan penghargaan kendiri yang merentas kehidupan seseorang mungkin akan memberi gambaran keaslian penghargaan kendiri seseorang dan asas-asas pertumbuhannya. Seperti personaliti, penghargaan kendiri juga secara kebiasaannya diwarisi dan hanya 30% sahaja daripada pemboleh ubah yang mempunyai perbezaan dari segi genetik (Kendler, Gardner, & Prescott, 1998). Oleh itu, asas bagi sesuatu emosi berpunca sebahagian besarnya daripada perbezaan genetik dan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh sejauh mana kesan terhadap perasaan mereka menafsir diri mereka sendiri. Sebagai contoh, seseorang yang rendah emosinya pernah berpengalaman negatif dan cenderung ke arah bertanggapan negatif terhadap diri sendiri (Watson & Clark, 1984). Kebiasaannya, emosi yang positif akan terangkum pada dasar Extraversion dan penghargaan kendiri (DeNeve & Cooper, 1998). Oleh itu, hal ini seolah-olah penghargaan kendiri mempunyai hubungan yang kuat terhadap dua trait Big Five iaitu dari segi positifnya ialah trait Extraversion dan dari segi negatifnya ialah trait Neuroticism. Ketiga, penghargaan kendiri dan personaliti secara langsung memberi kesan antara satu sama lain. Seperti contoh, pelajar yang konsisten gaya tingkah lakunya akan memberi kesan bagaimana mereka membuat tanggapan dan menilai diri mereka sendiri. Penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting dalam pembentukan proses personaliti seseorang (Robins et al. 2001). Kepercayaan seseorang terhadap diri mereka akan memberi kesan terhadap perkara yang mereka akan lakukan, matlamat yang mereka usahakan dalam hidup, bagaimana mereka menghayati kehidupan mereka, dan bagaimana mereka memilih jalan untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Seperti contoh, seseorang yang rendah penghargaan kendirinya berkemungkinan akan berasa kurang keyakinan ketika berhadapan dengan tingkah laku masyarakat dan akibatnya akan menjadi seorang

  • 70

    yang pemalu dan rendah diri. Kebanyakan bidang yang paling penting dalam kajian terhadap personaliti dan memainkan peranan sebagai penghargaan kendiri ialah seperti sifat malu dan memalukan (cth., Tangney & Fischer, 1995), narcissism (cth., Robins & John, 1997), sifat kasih sayang (cth., Shaver, Collins, & Clark, 1996), self-defining memories (cth., Singer & Salovey, 1993), bermatlamat dan bermotivasi (cth., Carver & Scheier, 1998), dan tekanan perasaan (Seligm, Abramson, Semmel, & Von Baeyer, 1979). Personaliti dan penghargaan kendiri dilihat mempunyai kaitan antara satu sama lain. Individu yang berpenghargaan kendiri tinggi melihat diri mereka memiliki secara meluas trait personaliti yang berkehendak kepada kehidupan bersosial. Oleh itu, hasil daripada penilaian terhadap personaliti, penghargaan kendiri secara konsepnya mempunyai kaitan dengan keinginan bersosial. Hubungan antara keinginan bersosial, penghargaan kendiri, dan personaliti membangkitkan persoalan sama ada daripada mana-mana hubungan antara penghargaan kendiri dan dimensi-dimensi Big Five boleh didapati daripada perbezaan individu dalam keinginan bersosial. Menurut Robins et al. (2001) lagi, menghubungkan penghargaan kendiri dengan Big Five akan merangkumi suatu asas untuk membuat suatu andaian berkenaan bagaimana penghargaan kendiri berkait dengan sesuatu dapatan atau mungkin akan memberi sesuatu alamat sebagai mekanisme untuk dikaitkan dengan Big Five terhadap dapatan yang tertentu. Pada masa yang sama banyak kajian juga dijalankan terhadap penghargaan kendiri yang telah menguji dari aspek korelasi, punca dan akibat terhadap pencapaian yang tinggi dan yang rendah terhadap penghargaan kendiri, tetapi kedua-dua kaedah yang penting tersebut untuk tujuan kajian terhadap perbezaan individu jarang sekali dihubung kait antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, dengan tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah dijelaskan, satu kajian perlu dibuat ke atas pelajar MRSM untuk mengenal pasti sahsiah mereka melalui personaliti dan penghargaan kendiri mereka.

  • 71

    METODOLOGI Kajian ini melibatkan 141 orang pelajar dari salah sebuah MRSM. Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi, bahagian personaliti, dan bahagian penghargaan kendiri. Instrumen yang digunakan untuk mengukur personaliti ialah The Big Five Inventory (BFI) yang diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle (1991). Soal selidik ini mengandungi 44 item yang mengukur lima dimensi personaliti, iaitu Extraversion, Agreeableness, Conscientiousess, Neuroticism dan Openness. Bahagian penghargaan kendiri pula diuji dengan menggunakan Soal selidik Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang diperkenalkan oleh Morris Rosenberg (1965) yang mengandungi sepuluh item yang mengukur tahap rendah atau tinggi penghargaan kendiri responden. Semua alat ukur ini menggunakan pemeringkatan skala Likert Empat Mata. Nilai kebolehpercayaan dalaman berdasarkan Cronbach Alfa yang diuji di dalam kajian ini adalah melebihi 0.8 terhadap kedua-dua instrumen tersebut. KEPUTUSAN Data kajian telah dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Skor min digunakan untuk menentukan tahap kepuasan kerja, stres kerja serta jenis trait personaliti guru. Nilai ini kemudiannya dibandingkan dengan jadual aras bagi memudahkan interpretasi dapatan. Jadual aras ini telah ditentukan dengan membahagikan julat min (1 hingga 4) kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi (Jadual 1). Jadual ini digunakan dalam membuat interpretasi tentang semua pemboleh ubah. Jadual 1: Julat skor min dan aras pemboleh ubah Julat bagi setiap kategori Aras

    2.67 hingga 4.00 Rendah 1.34 hingga 2.66 Sederhana 1.00 hingga 1.33 Tinggi

  • 72

    Berdasarkan Jadual 1, aras bagi nilai min soal selidik BFI dan RSES 1.00 hingga 1.33 adalah pada tahap rendah, manakala 1.34 hingga 2.66 nilai min berada pada tahap sederhana, manakala nilai 2.67 hingga 4.00 menunjukkan nilai min bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut pada tahap tinggi. Ujian-t digunakan untuk mencari perbezaan antara trait-trait personaliti dan tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina. Manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar tersebut. Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden Bahagian ini menerangkan keputusan analisis latar belakang responden iaitu jantina, bangsa, dan taraf pendidikan keluarga. Kaedah kekerapan dan peratusan telah digunakan untuk menganalisis data dalam bahagian ini. Jadual 2: Analisis Responden Mengikut Jantina Bilangan Peratusan (%)

    Jantina Bilangan Peratusan (%)

    Perempuan 87 61.7 Lelaki 54 38.8 Jumlah 141 100 Berdasarkan Jadual 2, daripada 141 orang responden (n=141), didapati bahawa 87 orang (61.7%) terdiri daripada pelajar perempuan manakala 54 orang lagi (38.3%) terdiri daripada pelajar lelaki. Jadual 3: Analisis Kekerapan dan Peratusan Mengikut Bangsa

    Bangsa Bilangan Peratusan (%) Melayu Cina India Lain-lain

    116 17 6 2

    82.3 12.1 4.3 1.4

    Jumlah 141 100

  • 73

    Berdasarkan Jadual 3, daripada 141 orang responden (n=141), didapati bahawa 116 orang (82.3%) terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu, 17 orang berbangsa Cina (12.1%), 6 orang berbangsa India, dan 2 orang (1.4%) berbangsa selain daripada 3 bangsa utama (Melayu, Cina dan India) di Malaysia. Jadual 4: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan Ibu Taraf Pendidikan Taraf Pendidikan

    Bilangan

    Peratusan (%)

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sijil atau Diploma Ijazah Pertama Ijazah Sarjana PhD

    7 80 33 11 8 2

    5 56.7 24.4 7.8 5.7 1.4

    Jumlah 141 100

    Berdasarkan Jadual 4 taraf pendidikan ibu kepada responden kajian ini menunjukkan tujuh orang (5%) yang hanya bersekolah rendah, 80 orang (56%) yang bersekolah menengah, 33 orang (24.4%) memperoleh Sijil atau Diploma, 11 orang (7.8%) memiliki Ijazah Pertama, lapan orang (5.7%) memperoleh Ijazah Sarjana, dan dua orang (1.4%) memiliki PhD. Jadual 5: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan Bapa Taraf Pendidikan

    Bilangan

    Peratusan (%)

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sijil atau Diploma Ijazah Pertama Ijazah Sarjana PhD

    5 68 33 17 13 5

    3.5 48.2 23.4 12.1 9.2 3.5

    Jumlah 141 100

    Berdasarkan Jadual lima taraf pendidikan bapa kepada responden kajian ini menunjukkan 5 orang (3.5%) yang hanya bersekolah rendah, 68 orang (48.2%) yang bersekolah menengah, 33 orang

  • 74

    (23.4%) memperoleh Sijil atau Diploma, 17 orang (12.1%) memiliki Ijazah Pertama, 13 orang (9.2%) memperoleh Ijazah Sarjana, dan lima orang (3.5%) memiliki PhD. Rumusan Analisis Item Trait-trait Personaliti Big Five dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Jadual 6: Analisis Min Keseluruhan Bagi Trait-Trait Personaliti Big Five

    dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik (SP)* Bil Trait-Trait Personaliti Big Five dalam Min Tahap Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik (SP)* 1. 2. 3. 4. 5.

    Trait Personaliti Personaliti Extraversion Trait Personaliti Personaliti Agreeableness Trait Personaliti Personaliti Conscientiousness Trait Personaliti Personaliti Neuroticism Trait Personaliti Openess

    3.25 (.42) 3.28 (.28)

    3.10 (.30)

    2.27 (.49) 3.20 (.33)

    Tinggi

    Tinggi

    Tinggi

    Sederhana

    Tinggi

    *SP = Sisihan Piawai. Jadual 6 menunjukkan rumusan min responden pelajar cemerlang akademik terhadap trait-trait personaliti Big Five melalui maklumat soal selidik dalam Bahagian B. Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Extraversion yang diperoleh ialah 3.25 (SP = .42) menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Extraversion. Begitu juga nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Agreeableness yang diperoleh ialah 3.28 (SP = .28) menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Agreeableness. Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Conscientiousness yang

  • 75

    diperoleh ialah 3.10 (SP = .30) menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Conscientiousness. Walau bagaimanapun, pelajar cemerlang akademik berpersonaliti sederhana terhadap trait personaliti Neuroticism kerana nilai min keseluruhan yang mereka peroleh ialah 2.27 (SP = .49). Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik berpersonaliti sederhana dalam trait personaliti Neuroticism. Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Openness yang diperoleh ialah 3.20 (SP = .33) menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Openness. Akhir sekali, menurut trait-trait personaliti Big Five pelajar cemerlang akademik berpersonaliti tinggi kerana secara keseluruhannya mereka bersetuju menerima trait-trait personaliti Big Five yang bersifat positif seperti Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, dan Openness. Mereka pula menolak trait personaliti Big Five Neuroticism yang bersifat negatif. Analisis Item-item Tahap Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Bahagian ini menerangkan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga. Terdapat 10 item yang telah dibina bagi mengukur tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Jadual 7 menunjukkan bilangan, peratusan, min, dan sisihan piawai dalam tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut:

  • 76

    Jadual 7: Analisis Kekerapan, Peratusan, Min, dan Sisihan Piawai Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik

    Sangat Setuju (SS)

    Setuju (S)

    Tidak Setuju (TS)

    Sangat Tidak Setuju (STS)

    Min

    Bil% Bil% Bil% Bil% 1. Saya berpendapat

    diri saya sebagai seorang yang sangat berharga, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. (I feel that I am a person of worth, at least an equal plane with others).

    80 (56.7%

    52 (36.9%)

    5 (3.5%) 4 (2.8%)

    3.48 (.70)

    2. Saya mempunyai beberapa kualiti yang baik dalam diri. (I feel that I have a number of good qualities).

    62 (44%)

    72 (51.1%)

    5 (3.5%)

    2 (1.4%)

    3.38 (.63)

    3R Secara keseluruhannya saya menolak perasaan bahawa saya seorang yang gagal. (All in all, I am inclined to feel that I am a failure).

    0 (0%)

    8 (5.7%)

    60 (42.6%)

    73 (51.8%)

    3.46 (.60)

    4. Saya mampu melaksanakan tugas sebaik orang lain. (I am able to do things as well as most other people).

    67 (47.5%)

    65 (46.1%)

    7 (5%)

    2 (1.4%)

    3.40 (.65)

    5R. Saya merasakan diri saya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh

    2 (1.4%)

    25 (17.7%)

    62 (44%)

    52 (36.9%)

    3.16 (.76)

  • 77

    dibanggakan. (I feel I do not have much to be proud of).

    6. Saya mengambil

    sikap positif terhadap diri saya. (I take a positive attitude toward myself).

    79 (56%)

    53 (37.6%)

    8 (5.7%)

    1 (0.7%)

    3.49 (.64)

    7. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan diri saya.(On the whole, I am satisfied with myself).

    63 (44.7%)

    58 41.1%)

    16 (11.3%)

    4 (2.8%)

    3.28 (.78)

    8R. Saya berharap saya lebih menghormati diri saya. (I wish I could have more respect for myself).

    0 (0%)

    0 (0%)

    48 (34%)

    93 (66%)

    3.66 (.48)

    9R. Kadang-kadang saya memang berasa diri saya tidak berguna. (I certainly feel useless at times).

    0 (0%)

    7 (5%)

    71 (50.4%)

    63 (44.7%)

    3.40 (.58)

    10R Kadang-kadang saya berfikir

    bahawa diri saya memang tidak berguna langsung.

    (At times I think I am no good at all)

    0 (0%)

    12 (8.5%)

    30 (21.3%)

    99 (70.2%)

    3.62 (.64)

    Min dan SP Keseluruahan 3.43 (.41)

    Note. R (Reverse-scored items). *SP = Sisihan Piawai. Berdasarkan Jadual 7, dapatan daripada item-item soal selidik bagi

  • 78

    mengukur tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik menunjukkan item 1 seramai 80 orang (56.7%) sangat bersetuju, 52 orang (36.9%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidak bersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka suka bercakap. Nilai min 3.48 (SP = .70) menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka berpendapat diri mereka sebagai insan yang sangat berharga, sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. Dapatan daripada item 2 menunjukkan seramai 62 orang (44%) sangat bersetuju, 72 orang (51.1%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidak bersetuju, dan dua orang (1.4%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka mempunyai beberapa kualiti yang baik dalam diri mereka. Nilai min 3.38 (SP = .63) menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka mempunyai beberapa kualiti yang baik dalam diri mereka. Item 3 pula menunjukkan dapatan, tiada seorang yang sangat bersetuju, manakala seramai lapan orang (5.7%) bersetuju, 60 orang (42.6%) tidak bersetuju, dan 73 orang (51.8%) yang sangat tidak bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya menolak perasaan bahawa mereka insan yang gagal. Nilai min 3.46 (SP = .60) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya menolak perasaan bahawa mereka insan yang gagal. Manakala dapatan daripada item 4 menunjukkan seramai 67 orang (47.5%) sangat bersetuju, 65 orang (46.1%) bersetuju, tujuh orang (5%) tidak bersetuju, dan dua orang (1.4%) yang sangat tidak bersetuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugas sebaik orang lain. Nilai min 3.40 (SP = .65) menunjukkan pelajar cemerlang akademik setuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugas sebaik orang lain. Berbeza pula dengan dapatan daripada item 5 yang menunjukkan seramai dua orang (1.4%) yang sangat bersetuju, 25 orang (17.7%) bersetuju, 62 orang (44%) tidak bersetuju, dan 52 orang (36.9%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka

  • 79

    tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Nilai min 3.16 (SP = .76) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Dapatan daripada item 6 menunjukkan seramai 79 orang (56%) sangat bersetuju, 53 orang (37.6%) bersetuju, lapan orang (5.7%) tidak bersetuju, dan seorang (0.7%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap diri mereka. Nilai min 3.49 (SP = .64) menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap diri mereka. Seramai 63 orang (44.7%) daripada dapatan item 7 yang menunjukkan sangat bersetuju, 58 orang (41.1%) bersetuju, 16 orang (11.3%) tidak bersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya berpuas hati dengan diri mereka sendiri. Nilai min 3.28 (SP = .78) menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya berpuas hati dengan diri mereka sendiri. Item 8 menunjukkan tiada seorang pun yang sangat bersetuju dan bersetuju pada dapatannya, manakala seramai 48 orang (34%) tidak bersetuju, dan 93 orang (66%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka berharap mereka lebih menghormati diri mereka sendiri. Nilai min 3.66 (SP = .48) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka berharap mereka lebih menghormati diri mereka sendiri. Manakala, dapatan daripada item 9 menunjukkan tiada seorang pun yang sangat bersetuju, manakala seramai tujuh orang (5%) bersetuju, 71 orang (50.4%) tidak bersetuju, dan 63 orang (44.7%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang memang berasa diri mereka tidak berguna. Nilai min 3.40 (SP = .58) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang memang berasa diri mereka tidak berguna. Begitu juga dapatan daripada item 10 menunjukkan tiada seorang pun

  • 80

    yang sangat bersetuju, manakala seramai 12 orang (8.5%) bersetuju, 30 orang (21.3%) tidak bersetuju, dan 99 orang (70.2%) sangat tidak bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa diri mereka memang tidak berguna langsung. Nilai min 3.62 (SP = .64) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa diri mereka memang tidak berguna langsung. Sebagai kesimpulan, daripada dapatan-dapatan dalam item-item soal selidik terhadap tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik menunjukkan pelajar cemerlang akademik berpenghargaan kendiri tinggi apabila min keseluruhan bagi item-item tersebut ialah 3.43 (SP = .41). Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-trait Personaliti Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina Jadual 8: Perbezaan Antara Trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik berdasarkan Perbandingan Nilai Min Berdasarkan Jantina

    Trait Personaliti Big Five

    Min Lelaki (SP*) Min Perempuan Cemerlang (SP*)

    Extraversion

    Agreeableness

    Conscientiousness

    Neuroticism

    Openess

    26.09 (3.19)

    29.80 (2.53)

    28.06 (2.90)

    17.94 (4.19) 32.65 (3.56)

    25.94 (3.49)

    29.61 (2.54)

    28.00 (2.57)

    18.26 (3.75) 31.62 (3.26)

    *Sisihan Piawai Berdasarkan Jadual 8, bagi trait personaliti Extraversion min lelaki ialah 26.09 (SP= 3.19) dan perempuan ialah 25.94 (SP = 3.49). Ini menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi trait personaliti Agreeableness min lelaki ialah 29.80 (SP= 2.53) dan

  • 81

    perempuan ialah 29.61 (SP = 2.54). Ini menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Begitu juga dengan trait personaliti Conscientiousness min lelaki ialah 28.06 (SP= 2.90) dan perempuan ialah 28.00 (SP = 2.57). Ini menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi trait personaliti Neuroticism min lelaki ialah 17.94 (SP= 4.19) dan perempuan ialah 18.26 (SP = 3.75). Ini menunjukkan min perempuan lebih tinggi daripada lelaki.Trait personaliti Openness pula, min lelaki ialah 32.6481 (SP= 3.56) dan perempuan ialah 31.62 (SP = 3.26). Ini menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan.

    Jadual 9: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-Trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina Trait Personaliti Big Five

    t df Signifikan

    Extraversion -2.56 139 0.80

    Agreeableness -.426 139 0.67

    Conscientiousness

    -.119 139 0.91

    Neuroticism .471 139 0.64

    Openness -1.756 139 0.08 Berdasarkan Jadual 9, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 1 seperti berikut: H

    0 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

    dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.256, p = 0.80] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0 diterima.

  • 82

    Begitu juga analisis terhadap trait Agreeableness menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Agreeableness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.426, p = 0.67] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Agreeableness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0

    diterima. Kajian terhadap trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.119, p = 0.91] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Conscientiousness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0 diterima.

    Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = .471, p = 0.64] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Neuroticism dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0 diterima.

    Analisis terhadap trait personaliti Openness juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -1.756, p = 0.08] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Openness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0 diterima.

  • 83

    Analisis Ujian-t Bagi Perbezaan terhadap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina

    Jadual 10: Perbezaan Jantina dalam Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Perbandingan Nilai Min Min Lelaki Min Perempuan SP* (Lelaki) SP*(Perempuan) 34.13 34.43 4.19 4.13 *Sisihan Piawai Berdasarkan Jadual 10, perbandingan nilai min dalam penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik ialah min bagi lelaki bersamaan dengan 34.13 (SP= 4.19) dan perempuan ialah 34.43 (SP = 4.13). Ini menunjukkan min perempuan lebih tinggi daripada lelaki. Jadual 11: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Jantina dalam Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik

    T df Signifikan -.411 139 0.68

    Signifikan pada aras p < .05 Berdasarkan Jadual 11, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 2 seperti berikut: H

    0 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap

    penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina.

    Jadual 11 menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.411, p = 0.68] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik berdasarkan jantina. Maka H

    0 diterima.

    Analisis Ujian Korelasi Pearson Bagi Hubungan Antara Trait

  • 84

    Personaliti dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik. Jadual 12: Hubungan Antara Trait Personaliti dan Penghargaan Kendiri

    Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik

    Penghargaan Kendiri r Signifikan

    Extraversion 0.009 0.91 Agreeableness 0.062 0.47 Conscientiousness 0.075 0.38 Neuroticism 0.057 0.50 Openness 0.015 0.86

    Signifikan pada aras p 0.05 Berdasarkan Jadual 12 menunjukkan dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 3 seperti berikut: H

    0 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait

    personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara trait personaliti Extraversion dan penghargaan kendiri pada nilai (r = 0.009). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait personaliti Extraversion dan penghargaan kendiri. Maka H

    0 diterima.

    Hasil daripada analisis tersebut juga mendapati tidak wujud hubungan korelasi antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaan kendiri pada nilai (r = 0.062). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaan kendiri. Maka H

    0 diterima.

    Kajian ke atas trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan kendiri pada nilai (r = 0.075). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait personaliti Conscientiousness dan penghargaan kendiri. Maka H

    0 diterima.

  • 85

    Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan kendiri pada nilai (r = 0.057). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait personaliti Neuroticism dan penghargaan kendiri. Maka H

    0

    diterima. Begitu juga kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara trait personaliti Openness dan penghargaan kendiri pada nilai (r = 0.015). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait personaliti Openness dan penghargaan kendiri. Maka H

    0 diterima.

    PERBINCANGAN Trait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik mempunyai trait-trait personaliti yang tinggi pada trait Extraversion, Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness, manakala bagi trait Neuroticism mereka mendapat tahap sederhana. Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik mempunyai ciri-ciri personaliti yang baik. Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik memiliki ciri-ciri trait personaliti seperti suka bergaul dan bersosial, penuh bertenaga atau aktif, tidak suka pergaduhan, bertimbang rasa, suka bekerjasama dengan orang lain, mudah menghulurkan bantuan, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, rajin, buat kerja dengan cekap dan teliti, tidak mudah tertekan, memiliki emosi yang stabil, kreatif, berjiwa seni, bijak berfikir, dan berbakat dalam hal-hal kesenian atau kesusasteraan. Ciri-ciri trait personaliti yang dinyatakan oleh pelajar cemerlang akademik ini bertepatan dengan rumusan yang telah digariskan oleh Holaday et al. (2000) terhadap trait-trait personaliti Big Five. Seperti contoh, bagi trait personaliti Extraversion, ciri-ciri yang terdapat di dalamnya menunjukkan sifat seseorang yang gembira dan periang, bagi ciri-ciri trait personaliti Conscientiousness menunjukkan seseorang itu adalah pelajar cemerlang, bagi ciri-ciri trait personaliti

  • 86

    Agreeableness menunjukkan seseorang itu mudah dan baik, bagi ciri-ciri trait personaliti Openness pula menunjukkan seseorang itu intelek atau bijak, dan bagi trait personaliti Neuroticism menunjukkan seseorang itu tidak gembira. Oleh itu, sebagaimana ciri-ciri trait personaliti Big Five yang telah dinyatakan oleh pelajar cemerlang akademik tersebut amatlah bertepatan dengan pandangan McClelland (1961) yang menyatakan bahawa pelajar cemerlang akademik ini memiliki personaliti yang berbeza. Ini kerana mereka berada dalam satu kelompok yang berpesonaliti dan berpenghargaan kendiri tinggi. Menurutnya lagi seseorang yang cemerlang adalah mereka yang berkehendak kepada kecemerlangan itu sendiri. Hal tersebut boleh dibuktikan daripada kenyataan-kenyataan yang telah diberikan oleh pelajar cemerlang tersebut. Seperti contoh, dalam trait personaliti Openness, mereka telah memilih sifat atau perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini membuktikan bahawa mereka sentiasa bertanya dan mencari jawapan terhadap sesuatu. Sikap inilah yang dilihat sebagai bukan sekadar mencari jawapan tetapi mereka sebenarnya mencari kecemerlangan. Namun begitu, kajian ini tidak membuat perbandingan antara dua pemboleh ubah tersebut terhadap pelajar yang cemerlang akademik dengan pelajar yang berpencapaian sederhana dalam akademik. Perbezaan Trait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina

    Ujian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagi mencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara trait personaliti pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina dengan jumlah bilangan pelajar lelaki seramai 54 orang dan pelajar perempuan seramai 87 orang. Walau bagaimanapun, jika dilihat perbezaan tersebut dari sudut min (rujuk Jadual 8) terdapat perbezaan yang tidak ketara, menunjukkan pelajar lelaki mendahului jumlah pelajar perempuan hampir semua trait personaliti kecuali satu trait sahaja yang didahului jumlahnya oleh pelajar perempuan iaitu trait personaliti Neuroticism. Senario tersebut

  • 87

    sependapat dengan Lippa (1995) pada trait personaliti Extraversion dan Openness, Brooke (2003) pada trait Conscientiousness, Frederick (2005) pada trait Openness, Bem (1981) pada trait Extraversion dan Neuroticism, dan Farnill & Ball (1985) pada trait personaliti Extraversion, Agreeableness, dan Neuroticism. Jika dilihat dari sudut signifikannya kajian ini bertepatan dengan Goldberg (1998) pada semua trait personaliti Big Five kecuali pada trait Agreeableness, Brooke (2003) pada trait Neuroticism, dan Bem (1981) pada trait Conscientiousness. Dapatan terhadap perbezaan dalam trait-trait personaliti berdasarkan jantina ini, menunjukkan bahawa tiada diskriminasi dalam trait-trait personaliti Big Five berdasarkan jantina. Oleh itu, pelajar cemerlang akademik mempunyai personaliti yang serupa berdasarkan jantina dan mereka tidak dibezakan oleh mana-mana trait secara signifikannya. Namun begitu, dari sudut min masih terdapat satu senario yang mana hanya trait Neuroticism sahaja yang didahului dari sudut bilangannya oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapun perkara ini tidak perlu dibuat andaian kerana dapatan tersebut tidak signifikan. Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik Hasil daripada analisis deskriptif bagi mencari tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik mendapati pelajar cemerlang akademik memiliki penghargaan kendiri yang tinggi dengan nilai min 3.43 (SP = .41). Setiap daripada item-item soal selidik mendapat tahap yang tinggi (rujuk Jadual 6). Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik terdiri daripada mereka yang berkeyakinan diri dan berfikiran positif terhadap diri mereka sendiri. Dapatan ini bertepatan dengan pandangan Bee (1981) yang menyatakan mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi selalunya dikaitkan dengan mereka yang bersikap positif. Pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggi biasanya mendapat keputusan yang baik di sekolah kerana merasakan mereka mempunyai penentuan hala tuju pada masa hadapan, mempunyai ramai kawan dan bergaul mesra dengan kedua-dua ibu bapa.

  • 88

    Begitu juga dengan pandangan Marsh (1993) yang selari dengan dapatan kajian ini terhadap pelajar cemerlang akademik. Beliau menyatakan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi adalah lebih berjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yang memiliki penghargaan kendiri rendah. Walau bagaimanpun, Baumeister et al. (2003) memberikan pendapat yang berbeza daripada dapatan kajian ini. Dia menyatakan hubungan antara penghargaan kendiri dengan keputusan akademik tidak signifikan terhadap penghargaan kendiri tinggi menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang. Ini memberi maksud penghargaan kendiri tinggi bukanlah syarat kepada keputusan akademik yang cemerlang tetapi hanyalah sebagai pelengkap kepada kecemerlangan akademik. Hal ini mungkin disebabkan objektif kajian yang berbeza walaupun pada dasarnya sama iaitu menyelidik tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Baumeister dan rakan-rakannya membuat kajian terhadap hubungan antara penghargaan kendiri dan pencapaian akademik manakala dalam kajian ini penyelidik hanya membuat analisis deskriptif bagi mencari min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Perbezaan Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina Ujian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagi mencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pada penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina. Analisis deskriptif yang telah dijalankan bagi mencari min tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik mendapati bahawa pelajar cemerlang akademik berpenghargaan kendiri tinggi. Ini menunjukkan pelajar perempuan juga berpenghargaan kendiri tinggi seperti pelajar lelaki. Dapatan ini berbeza daripada kajian yang telah dibuat oleh Kearney-Cooke (1999) menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih

  • 89

    cenderung kepada berpenghargaan kendiri rendah dan terhadap ujian-ujian lain seperti ujian ke atas ciri-ciri fizikal dan keupayaan intelektual berbanding pelajar lelaki. Beliau juga berpendapat masalah seperti cubaan membunuh diri, kemurungan, dan kecelaruan makan, sebahagian besarnya lebih tinggi dalam kalangan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki.

    Walau bagaimanapun, penyelidik berpendapat bahawa perbezaan dapatan oleh kajian ini dan kajian yang dijalankan oleh Kearney-Cooke (1999) mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor perbezaan pencapaian akademik. Penyelidik menjalankan kajian ke atas pelajar cemerlang akademik berbanding kajian oleh Kearney-Cooke (1999) adalah terhadap pelajar secara umum sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan yang cemerlang akademik berbeza dengan pelajar perempuan yang bukan dalam kategori pelajar cemerlang akademik. Hubungan Antara Trait Personaliti Dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Dapatan daripada Ujian Korelasi Pearson untuk mencari hubungan antara trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik mendapati bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Hal ini menunjukkan tiada kaitan antara penghargaan kendiri tinggi atau rendah terhadap trait-trait personaliti Big Five sama ada tinggi atau rendah. Hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri yang tidak signifikan ini berkemungkinan disebabkan oleh peranan trait-trait personaliti yang dihubungkan dengan penghargaan kendiri tidak secara gabungan antara trait tersebut. Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Robins et al. (2001) terhadap hubungan antara penghargaan kendiri dan trait-trait personaliti Big Five didapati ada sebahagian trait yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghargaan kendiri. Seperti contoh, mereka yang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepada menganggap trait-trait mahu bersosial terhadap diri mereka (trait personaliti Extraversion). Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi

  • 90

    perantara hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri. Walau bagaimanpun, jika dilihat secara deskriptifnya pelajar yang cemerlang akademik dalam kajian ini adalah terdiri daripada mereka yang berpenghargaan kendiri tinggi dan berpesonaliti tinggi pada trait-trait personaliti Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness dan Openness, manakala bagi trait personaliti Neuroticism mereka mencapai tahap yang sederhana. CADANGAN KAJIAN Berdasarkan perbincangan daripada dapatan kajian yang telah dibuat, berikut dikemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dijadikan panduan oleh para ibu bapa, guru, pelajar, individu dan organisasi pendidikan bagi membantu membentuk pelajar cemerlang akademik dan sahsiah:

    1. Pelajar cemerlang akademik memiliki trait-trait personaliti Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness, dan Openness yang tinggi yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain kerana mereka memiliki sikap ramah dan mesra, selesa bergaul dalam masyarakat, aktif dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, bijak membahagikan masa, mempunyai matlamat dan cita-cita, membuat perancangan dan melaksanakannya, bersungguh-sungguh untuk berjaya, suka bekerjasama, suka membantu, tidak suka membuli, hormat-menghormati, menghindari pertengkaran, mudah didekati, ingin tahu yang tinggi, mempelajari sesuatu dengan mendalam dan penuh minat, mempunyai pemikiran yang kreatif dan banyak idea serta berupaya melahirkan idea-idea yang bernas. Mereka juga memiliki trait personaliti Neuroticism yang sederhana. Ini bermakna mereka tidak mudah terganggu atau dipengaruhi oleh gejala-gejala sosial yang merugikan mereka. Mereka juga menghadapi tekanan seperti tekanan untuk mengekalkan kecemerlangan akademik dan tekanan untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka tetapi mereka menguruskan tekanan tersebut dengan baik.

  • 91

    2. Pelajar cemerlang akademik ini juga wajar dicontohi

    penghargaan kendiri mereka oleh pelajar-pelajar yang lain kerana mereka memiliki tahap penghargaan kendiri yang tinggi. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri. Mereka menghargai diri mereka dan sentiasa berusaha untuk memperbaik kelemahan diri mereka sendiri.

    3. Sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan yang

    secara khususnya terlibat dalam melatih dan mendidik pelajar-pelajar cemerlang akademik ini seperti , MRSM dan SBP perlulah memenuhi dan melayani kehendak psikologi pelajar cemerlang ini agar selari dengan tuntutan personaliti mereka. Contohnya, trait personaliti Extraversion terhadap golongan ini yang tinggi, maka perlulah di sekolah-sekolah tersebut dilengkapkan dengan pelbagai aktiviti luar kelas seperti gimnasium luar bilik, tempat untuk sukan permainan lasak, kelab-kelab atau persatuan-persatuan untuk kegiatan kokurikulum yang aktif di luar kelas dan sebagainya.

    4. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah, perlulah

    menyediakan suasana yang kondusif bagi melayan tuntutan perasaan ingin tahu mereka yang tinggi sebagai tuntutan terhadap trait personaliti Openness pelajar cemerlang akademik yang tinggi ini dengan menyediakan prasarana-prasarana yang bersesuaian. Seperti contoh, perpustakaan yang lengkap, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya, kemudahan internet yang terkini dan guru-guru yang berpengetahuan serta berpengalaman luas.

    Cadangan Kajian Lanjutan Hasil daripada penyelidikan berkenaan trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri terhadap pelajar cemerlang akademik ini penyelidik mendapati masih ada ruang lagi untuk dibangkitkan

  • 92

    pelbagai persoalan yang perlu dirungkai melalui kajian-kajian lain. Dalam bahagian ini penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan sebagai panduan untuk kajian masa depan. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Kajian ini hanya dijalankan di salah sebuah MRSM di negeri Johor. Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas kepada bilangan sampel yang lebih besar supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi pelajar cemerlang akademik di seluruh Malaysia.

    2. Kajian ini hanya ditumpukan untuk mengkaji dua pemboleh

    ubah sahaja iaitu trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Oleh itu, penyelidik menyarankan agar kajian lanjutan dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dengan pemboleh ubah yang lain seperti tahap penghayatan keagamaan dan sebagainya.

    3. Kajian ini juga hanya melibatkan satu sahaja faktor

    demografi iaitu jantina. Penyelidik mencadangkan agar melibatkan faktor-faktor lain seperti sosioekonomi dan bangsa.

    4. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik di

    sebuah MRSM sahaja. Oleh itu dicadangkan agar kajian yang sama dapat dijalankan di MRSM yang lain dan perlu disebarluaskan ke SBP.

    5. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang

    cemerlang akademik sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama ini dapat diperluas meliputi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah harian biasa umumnya dan khususnya terhadap pelajar yang lemah akademik.

    6. Kajian ini membuat ujian Korelasi Pearson terhadap trait-

    trait personaliti tidak secara gabungan antara trait tersebut. Oleh itu dicadangkan agar ujian seumpama ini dijalankan

  • 93

    terhadap trait-trait personaliti secara gabungan antara trait personaliti tersebut.

    KESIMPULAN Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan gambaran jelas tentang trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap golongan pelajar berkenaan. Hasil kajian diharap dapat memberikan sumbangan kepada institusi pendidikan terutama terhadap mereka yang terlibat secara langsung dalam memberikan perhatian, pendidikan, pelajaran dan pengajaran terhadap pelajar yang cemerlang dalam akademik ini bagi memenuhi tuntutan matlamat Wawasan 2020 dan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan generasi cemerlang yang seimbang dalam akademik dan sahsiah. RUJUKAN Baum (1970). Self-Concept: Validation of Construct Interpretation.

    Review of Educational Research, 46, 407-441. Baumeister, R. F., Campbell, J. D., Krueger, J. I., & Vohs, K. D.

    (2003). Does High Self-Esteem Cause Better Performance, Interpersonal Success, Happiness, or Healthier Lifestyle? Psychological Science in the Public Interest, 1, 1-44

    Bee, H. (1981). The Devoloping Child. New York: Harper and Row. Bem, S. L. (1981). Gender Schema Theory: A Cognitive Account of

    Sex Typing. Psychological Review, 88: 354-364. Brooke, S. (2001). Gender and Working Class Identity in Britain during

    The 1950s. Journal of Social History, 34, 773-795 Burger, J. M. (2004). Personality: Theory and Research (6

    th ed.).

    Belmont, California: Wadsworth/Thompson Learning. Carver, C. S., & Scheier, M. F. (1998). On The Self-Regulation of

    Behavior. New York: Cambridge Univ. Press.

  • 94

    Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1992). Four Ways Five Factors Are Basic. Personality and Individual Differences, 13, 653-665. Costa, P. T., & Widiger, T. A. (Eds.). (1994). Personality Disorders and

    The Five-Factor Model of Personality. Washington, DC: American Psychological Association.

    Cote, S., & Moskowitz, D. S. (1998). On The Dynamic Covariation

    Between Interpersonal Behavior and Affect: Prediction from Neuroticism, Extraversion, and Agreeableness. Journal of

    Personality and Social Psychology, 75, 10321046.

    DeNeve, K. M., & Cooper, H. (1998). The Happy Personality: A Meta-

    Analysis of 137 Personality Traits and Subjective Well-Being. Psychological Bulletin, 124, 197 229.

    Farnill, D. & Ball, I.L. (1985). Male and Female Factor Structures of

    The Australian Sex-Role Scale (Form A). Australian Psychologist, 20, 205213.

    Frederick, L. O., Schmitt, L., Kim, B. H., Ramsay, L. J., Gillespie, M. A.

    (2005). Developing a Biodata Measure and Situational Judgment Inventory as Predictors of College Student Performance. East Lansing, MI: Michigan State University.

    Goldberg, L. R. (1992). The Development of Markers for The Big-Five

    Factor Structure. Psychology Assessment, 4, 26-42. Goldberg, L. R. (1993a). The Structure of Phenotypic Personality

    Traits. American Psychologist, 48, 26-34. Goldberg, L. R. (1993b). The Structure of Personality Traits: Vertical

    and Horizontal Aspects. In Funder, D. C., RD Parke, R. D., Tomlinson-Keasey, C.& Widaman, K. (Eds.), Studying Lives Through Time: Personality and Development (pp. 169-88). Washington, D.C.: American Psychological Association.

    Goldberg, L. R., Sweeney, D., Merenda, P. F., & Hughes, J. E. Jr. (1998). Demographic Variables and Personality: The Effects of

  • 95

    Gender, Age, Education, and Ethnic/Racial Status on Self-Descriptions of Personality Attributes. Personality and Individual Differences, 24, 393-403.

    Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi

    Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Holaday, M., Smith, D., A., Sherry, A. (2000). Sentence Completion

    Tests: A Review of The Literature and Results of A Survey of Members of The Society for Personality Assessment. Journal of Personality Assessment, 74, 371-383.

    John, D., and Catherine, T. MacArthur (2008). Research Network on

    Socioeconomic Status and Health. San Francisco: University of California.

    John, O. P., & Srivastava, S. (1999). The Big Five Trait Taxonomy:

    History, Measurement, and Theoretical Perspectives. In Pervin, L. A. & John, O. P. (Eds.), Handbook of Personality: Theory and research (2nd ed., pp. 102138). New York: Guilford.

    John, O. P., Caspi, A., Robins, R. W., Moffitt, T. E., & Stouthamer-

    Loeber, M. (1994). The Little Five: Exploring The Nomological Network of The Five-Factor Model of Personality in Adolescent Boys. Child Development, 65, 160178.

    John, O. P., Donahue, E. M., & Kentle, R. L. (1991). The Big Five

    Inventory Versions 4a and 54. Berkeley: University of California, Berkeley, Institute of Personality and Social Research.

    John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. (2008). Paradigm Shift to

    the Integrative Big-Five Trait Taxonomy: History, Measurement, and Conceptual Issues. In O. P. John, R. W. Robins, & L. A. Pervin (Eds.), Handbook of personality: Theory and research (pp. 114-158). New York, NY: Guilford Press.

    Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kearney-Cooke A. (1999). Gender Differences and Self-Esteem.

    Psychological Bulletin. 2(3): 46-52. Kendler, K. S., Gardner, C. O., & Prescott, C. A. (1998). A Population-

    Based Twin Study of Self-Esteem and Gender. Psychological

  • 96

    Medicine, 28, 14031409. Lippa, R. A. (1991). Some Psychometric Characteristics of Gender

    Diagnosticity Measures: Reliability, Validity, and Consistency Across Donains and Relationship to The Big Five. Journal of Personality and Social Psychology, 61, 000-1011.

    Marsh (1993). Social Factor in Academic Achievement. New York: The Free Press. Martin, J. M. (1981). The Develop of Self-Concept in Adolescence. In

    Lynch, M. D., Norem Hebisen, A. A. & Gerger, K. J. (Eds). Self-Concept Advance in Theory and Research. Cambridge: Ballinger Publication.

    McClelland, D. C. (1967). The Achieving Society. New York: The Free Press. Murk, C., J. (1999). Self-Esteem: Research, Theory, and Practice, 2

    nd

    edition. New York: Spriger Publishing Company. Roberts, B. W., & DelVecchio, W. F. (2000). The Rank-Order

    Consistency of Personality Traits from Childhood to Old Age: A Quantitative Review of Longitudinal Studies. Psychological Bulletin, 126, 325.

    Robins, R. W., & John, O. P. (1997). Effects of Visual Perspective and

    Narcissism on Self-Perception: Is Seeing Believing? Psychological Science, 8, 3742.

    Robins, R. W., John, O. P., & Caspi, A. (1998). The Typological

    Approach to Studying Personality Development. In Cairns, R. B., Bergman, L. & Kagan, J. (Eds.), Method and Models for Studying The Individual (pp. 135160). Thousand Oaks, CA: Sage.

    Robins, R. W., Tracy, J. L., Trzesniewski, Kali, Potter, J., dan Gosling,

    S. D. (2001). Personality Correlates of Self-Esteem. Journal of Research in Personality, 35, 463-482.

    Robins, R. W., Trzesniewski, K. H., Tracy, J. L., Gosling, S. D., &

    Potter, J. (2002). Global Self-Esteem Across The Lifespan. Psychology and Aging, 17, 423-434.

  • 97

    Rosenberg, M. (1965). Society and The Adolescent Self-Image.

    Princeton, NJ: Princeton University Press. Seligman, M. E. P., Abramson, L. Y., Semmel, A., & Von Baeyer, C.

    (1979). Depressive Attributional Style. Journal of Abnormal Psychology, 88, 242247.

    Shaver, P. R., Collins, N., & Clark, C. L. (1996). Attachment Styles and

    Internal Working Models of Self and Relationship Partners. In Fletcher, G. J. O. & Fitness, J. (Eds.), Knowledge Structures in Close Relationships: A social Psychological Approach (pp. 25- 61). Mahwah, NJ: Erlbaum.

    Singer, J. A., & Salovey, P. (1993). The Remembered Self: Emotion

    and Memory in Personality. New York: Free Press. Tangney, J. P., & Fischer, K. W. (Eds.). (1995). Self-conscious

    emotions: The psychology of shame, guilt, embarrassment, and pride. New York: Guilford.

    Thurstone, L. L. (1934). The Vectors of The Mind. Psychological

    Review, 41, 1-32. Watson, D., & Clark, L. A. (1984). Negative Affectivity: The Disposition

    to Experience Aversive Emotional States. Psychological Bulletin, 96, 465490.