panduan merumus karangan spm 2014

Upload: abnu98

Post on 03-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Panduan Merumus Karangan Spm 2014

    1/3

    1

    PANDUAN MERUMUS KARANGAN SPM 2014Pemarkahan

    Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah 20 markah untuk bahagian isidan 10 markah untuk aspek bahasa Pengenalan 2 markah Setiap isi tersurat dan tersirat 2 markah Kesimpulan 2 markah Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa sepertipengolahan

    bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda bacadan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk

    bahagian bahasa diberikan.Perenggan

    Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak adaperaturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4)

    perengganseperti di bawah:

    Perenggan 1 Pengenalan Perenggan 2- Isi-isi tersurat Perenggan 3 Isi-isi tersirat Perenggan 4 Kesimpulan

    Bilangan Perkataan

    Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yangdinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.

    Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentangpunca-punca berlakunya banjir kilat dan

    kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  • 8/12/2019 Panduan Merumus Karangan Spm 2014

    2/3

    2

    Panduan Menulis RumusanPendahuluan

    Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan. Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan..(unsur 1).(tema)

    Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonimdengan tugasan soalan yang menyatakan isi

    tersurat.2) Tema Petikan3)Bilangan perkataan: (8) -(12) patah perkataan.

    Contoh Ayat :Petikan menyatakan faktor-faktoryang menyebabkan berlakunya banjir kilatdi Kuala Lumpur.

    1) Unsur 1- Faktor-faktor(perkataan yang bersinonimdengan punca-punca).2) Tema Petikan

    Banjir Kilat

    3)Bilangan perkataan: 8 patah perkataan. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

    Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan. Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pengenalan. Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markahsahaja.

    1- Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.2- Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya.(Langkah-

    langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.) Isi -isi Tesurat

    Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yangpertamadalam soalan. Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar mestilah

    mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4. Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.

  • 8/12/2019 Panduan Merumus Karangan Spm 2014

    3/3

    3

    Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula,gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya,oleh itudan sebagainya.

    Contoh-contoh isi tersurat:1- Hujan lebat hampir dua jam2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.3- Tiada sistem amaran awal.Jawapan lengkap;

    Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Selain itu,

    sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan sistem

    amaran awalpulatelah memburukkan keadaan.Isi-isi Tersirat

    Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat. Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilahtiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau kata kunci

    keduadalam soalan rumusan.Kesimpulan

    Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :Kesimpulannya,unsur1(Berbentuk.cadangan)..supaya/agar/bagi/kerana(Tema)..unsur

    2..(memperlihatkan kesan) Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan

    perniagaan berjalan lancar.