panduan menulis laporan percuma oleh neal izham

11
Panduan menulis laporan percuma.

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

1.119 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Panduan menulis laporan percuma.

Page 2: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh

masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Apakah Laporan Percuma ?

Laporan percuma boleh terdiri dari ebook, video, audio dan sebagainya. Laporan

percuma adalah maklumat yang anda beri dan edar secara percuma untuk di

gunakan oleh pengguna Internet. Bagi usahawan internet, laporan percuma di

edarkan untuk

Melebarkan pengaruh

Meningkatkan kredibiliti.

Meningkatkan jualan melalui iklan

Meningkatkan trafik ke laman web.

Membina senarai emel atau list building.

Ada berbagai cara untuk mengedarkan laporan percuma ini. Antaranya melalui

Blog

Article marketing

Video marketing

Iklan PPC

Iklan PPV

Teknik media sosial

Forum-forum dan

Page 5: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Sebagainya.

Ada dua cara untuk anda beri ebook percuma iaitu

Download terus dari server sama ada server anda sendiri atau server dari

provider percuma atau berbayar seperti mediafire dan rapidshare.

Menyediakan landing page di mana mereka yang inginkan ebook percuma

dari anda perlu mengisi nama dan emel sebelum mereka boleh menerima

laporan percuma tersebut.

Potensi laporan percuma

Laporan percuma adalah pemasaran viral. Ini bermakna, potensi untuk di baca

adalah tidak terhad, infiniti atau unlimited. Anda boleh letakkan apa sahaja iklan

di dalam laporan tersebut dan trafik yang bakal anda peroleh adalah tidak terhad.

Namun, ia bergantung kepada beberapa spefikasi. Antaranya

Topik yang di cari ramai orang.

Kualiti laporan yang sangat baik.

Maklumat tepat seperti apa yang pembaca ingin tahu.

Pembaca tertarik dengan maklumat percuma tersebut dan sebarkan

kepada rakan-rakannya untuk di kongsi bersama-sama.

Page 6: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Kualiti Laporan percuma

Di dalam ebook ini saya hanya tumpukan bagaimana hendak menghasilkan

laporan percuma yang berkualiti dalam bentuk ebook sahaja. Laporan percuma

yang berkualiti haruslah menepati ciri-ciri berikut.

Topik yang menarik - Topik yang menarik bermaksud topik yang

mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Pastikan tajuk laporan anda

mampu menarik orang untuk membacanya. Contohnya bagi niche jutawan,

anda boleh tulis laporan percuma seperti 4 langkah menjadi jutawan, 3

kisah jutawan atau lima sikap jutawan. Tajuk yang menarik akan menarik

orang untuk membacanya.

Isi yang berkualiti – Isi yang berkualiti bermakna kredibiliti. Jika anda

memberi yang terbaik dalam laporan percuma, pembaca akan lebih

menghormati anda. Perasaan hormat akan melebarkan pengaruh anda

sebagai penulis.

Straight to the point – isi yang anda sampaikan melalui laporan percuma

haruslah ringkas dan senang di fahami. Anda tidak perlu menulis isi terlalu

panjang. Cukup sahaja mesej anda sampai.

Page 7: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Langkah demi langkah menulis laporan

percuma.

Pemilihan tajuk.

Untuk menjadikan laporan anda menarik, anda boleh tulis berdasarkan sesuatu

yang mahu di baca iaitu

- Faedah mengenai sesuatu seperti faedah madu untuk kesihatan badan.

- Kelebihan sesuatu teknik seperti kesan pemasaran artikel.

- Panduan ringkas untuk sesuatu yang rumit seperti panduan ringkas google

adwords.

Laporan percuma bermakna ia percuma, ringkas, padat dan senang untuk di

fahami.

Menulis Isi

Untuk menulis isi bagi laporan mudah sahaja. Ada dua cara untuk menulis iaitu

secara rumusan atau nombor. Rumusan bermakna anda fokus pada satu tajuk

Page 8: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

dan tulis mengenainya. Contohnya anda fokus pada pemasaran twitter dan anda

tulis mengenai teknik ringkas bagaimana hendak memasarkan produk melalui

twitter.

Menulis secara nombor adalah menulis dalam bentuk senarai. Contohnya tujuh

sebab kenapa anda perlu jual ebook, 8 teknik pemasaran di Facebook, 10 cara

untuk kurus dan 5 teknik diet secara sihat.

Rumusan langkah.

1. Pilih tajuk

2. Pilih cara untuk tulis isi sama ada dalam bentuk rumusan atau senarai

nombor.

3. Cari maklumat di internet atau tulis berdasarkan pengalaman.

4. Laporan anda siap.

Penutup

Sebenarnya tidak susah untuk menulis laporan percuma. Apa yang anda perlu

lakukan adalah pilih tajuk yang orang mahu baca, cari isi di internet dan olah

mengikut kefahaman anda. Selepas siap menulis, anda edarkan atau jika anda

Page 9: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

ingin mengumpul list, anda boleh siapkan landing page. Mereka perlu daftar nama

dan emel sebelum memperoleh ebook percuma dari anda.

Page 10: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 11: Panduan Menulis Laporan Percuma oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com