panduan lengkap persiapan dan persediaan temuduga oleh neal izham

18
1 Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

5.983 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

1

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Page 2: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

2

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

3

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh

masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

4

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA

Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat.

Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap

tahun.

Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan

dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam

pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-

kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap

pemilihan mereka.

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh

setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon

yang paling sesuai.

Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada

penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus

berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa

orang, yang dipanggil „panel‟ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam

sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.

Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah

cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya

di dalam temuduga tersebut.

Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai

segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Page 5: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

5

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga mereka

yang hadir ke temuduga, perkara-perkara berikut telah didapati:

1. Mereka lemah dalam membuat „arguement‟.

2. Bersikap pasif semasa temuduga.

3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.

4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.

5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.

6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.

7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-

universiti tempatan dan luar negeri.

8. Kurang pengetahuan am.

9. Berpakaian tidak kemas.

Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat

diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki

perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru

dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

TAMBAHAN:

Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang

dikehendaki dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan

lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu

ditekankan bahawa proses temuduga bermula dari masa mengisi borang permohonan.

Page 6: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

6

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM TEMUDUGA

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri

temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:

1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung

dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu

anda dalam hal ini ialah:

Kaunselor.

Guru-guru kaunseling.

Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.

Buku-buku „Occupational Outlook Handbook‟ dan „Dictionary of Occupational

Tittles‟ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.

Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di

Perpustakaan Maktab.

Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan,

Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.

Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.

Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.

Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang

diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah

semata-mata bergantung pada nasib dan „angan-angan‟ sahaja.

3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab

edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada

betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih.

Page 7: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

7

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat

yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan

lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan

bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar,

majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

Page 8: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

8

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

PERSIAPAN PADA SAAT DI TEMUDUGA

1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu

memakai tali leher.

2. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,

berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang

berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt.

3. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon

yang berpakaian kemas.

4. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

5. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung

bagi perempuan.

6. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga,

kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta

surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga.

7. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya

nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

8. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk

sampai antara 10-15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk

berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas

pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk

pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati

yang tenang serta penuh yakin.

Page 9: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

9

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

KAWAL EMOSI KETIKA TEMUDUGA:

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan

yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar"

kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

2. Jawab dengan jelas dan lantang

3. Kikiskan sifat ego anda

4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan

cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

5. Banyakkan senyuman

6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang

tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda

yang tidak boleh dicapai orang lain

7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan

ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan

sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan

fikiran yang tenang.

Page 10: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

10

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

TINGKAH LAKU SEMASA TEMUDUGA:

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa

saja. Biasakan memberi ucapan „selamat pagi/selamat petang‟ mengikut pada

keadaan waktu, atau „assalamualaikum‟ sekiranya panel temuduga itu

beragama Islam.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu

tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.

3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila

disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta

tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda

meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja

penemuduga.

6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun

menggerakkannya ke sana sini.

7. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam

temuduga.

8. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak

berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan

peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu

jawapannya.

9. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan,

kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak

sepatutnya.

10. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

11. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat

berkenaan dengan pekerjaan itu.

12. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

Page 11: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

11

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

13. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah

membesar-besarkan perkara itu.

14. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit

dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan

dibayar pada permulaannya.

15. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau

bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih

dahulu.

16. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui

keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi

ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan

tarikh dan masa yang sesuai baginya.

17. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

18. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada

anda menyertai temuduga itu

19. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas

yang terdapat di atas meja penemuduga.

20. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

21. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

22. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap

soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar.

23. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar

perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar.

Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

24. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari

semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula.

25. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama

orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato‟/ Dato‟ Seri/Tuan/Puan/Encik dan

sebagainya.

26. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang

dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya

Page 12: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

12

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan

atau situasi yang menekan.

27. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas

yang tepat dan sempurna.

28. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian

penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak

menarik perhatian mereka.

29. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu

„point‟ itu dengan penuh semangat.

30. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang

munasabah.

31. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak

berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan

peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu

jawapan bagi soalan berkenaan.

32. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.

33. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau

berbincang sesuatu di antara mereka.

34. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan

tertentu.

35. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan,

kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan

bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-

apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

36. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh

yang anda tunjukkan.

37. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai

contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun

"You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa

Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa

Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

Page 13: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

13

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

38. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking

penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika

ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan

dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah

untuk melihat sama ada anda „observant‟ atau tidak.

39. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

40. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana

memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang

munasabah.

Page 14: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

14

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

PERANCANGAN SELEPAS TAMAT SESI TEMUDUGA

1. Hantarkan surat “Terima Kasih” (Thank You Letter) kepada penemuduga anda.

Ucapkan terima kasih kepadanya di atas memberi anda peluang untuk

ditemuduga. Anda boleh hantarkan melalui email.

2. Di dalam Thank You Letter, anda boleh masukkan lagi apakah sifat-sifat anda

yang boleh membuatkan anda memberi sumbangan yang lebih bermakna demi

pembangunan syarikat atau jabatan tersebut.

3. Tenang dan sentiasa berfikir positif. Berdoa dan bertawakkal lah anda kepada

Tuhan agar dimurahkan rezeki mendapat kerja tersebut.

4. Jangan hentikan pencarian kerja dan menghadiri temuduga-temuduga yang

lain. Kita tak tahu di mana rezeki anda. Yang penting cuba tanpa berputus asa.

5. Sebelum anda meninggalkan bilik temuduga anda, pastikan anda minta business

card penemuduga anda ataupun email beliau. Ini bagi tujuan anda menghantar

Thank You Letter melalui email nanti.

Page 15: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

15

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Page 16: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

16

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

RINGKASAN KATA KUNCI TIPS TEMUDUGA

Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan

memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang

terbaik akan memenanginya.

Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang

tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.

Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas

anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga

yang baik dan tidak.

Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui

daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak

cerdik anda.

Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan -

mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya,

majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.

Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan

masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik

dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat;

kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.

Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya

anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.

Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa.

Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara

negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.

Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda.

Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang

siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri.

Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi

anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.

Page 17: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

17

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

Page 18: Panduan Lengkap Persiapan Dan Persediaan Temuduga oleh Neal Izham

18

Panduan Lengkap Persiapan & Persediaan Menghadiri Temuduga

http://www.BlogMudah.info

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com