panduan mencipta produk plr - amir azros

32
Panduan Mencipta Produk PLR 1 Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Upload: amirazros

Post on 06-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 1

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Page 2: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 2

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

PENAFIAN / DISCLAIMER

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan

maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap

sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu

dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di

dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan

cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin

sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan

tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam

buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini

secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti,

sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi

kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa

banyak tentang PLR dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini

dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan memiliki buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Ribuan terima kasih.

Page 3: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 3

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Dari laptop penulis

Pertama sekali, saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya

dapatlah laporan ini disiapkan. Tidak lupa juga, penghargaan kepada rakan – rakan

IM yang banyak memberikan idea dan sokongan selama ini.

Terbitnya laporan ini bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran dan panduan,

bagaimana anda juga boleh mencipta sendiri produk PLR anda dan

memasarkannya. Jika selama ini, anda mungkin tiada idea bagaimana untuk

mencipta produk PLR yang sentiasa mendapat sambutan dan mengalami kesukaran

memasarkannya, dengan adanya laporan ini saya harap permasalahan anda akan

terjawab.

Niche PLR dalam pasaran tempatan tidak begitu menonjol berbanding niche affiliate

ataupun ebook, namun jika diketengahkan ia boleh memberikan impak! Jika tidak,

masakan saya bertahan sehingga sekarang dengan hanya menumpukan kepada

penghasilan produk PLR. Ya, anda juga boleh menjadi usahawan PLR yang berjaya

asalkan sikap anda sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa.

Laporan ini adalah hasil pengalaman saya selama 2 tahun dalam bidang perniagaan

internet ini, khususnya berkenaan produk PLR sehinggakan saya lebih dikenali

kerana menghasilkan produk – produk PLR. Disamping itu, saya himpunkan juga

ilmu – ilmu yang saya perolehi dari para pakar perniagaan internet disamping

merujuk kepada ebook – ebook antarabangsa mahupun tempatan bagi

memantapkan lagi laporan ini.

Page 4: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 4

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Baiklah, saya harap anda boleh praktikkan apa yang saya kongsikan dalam laporan

ini dan mampu menghasilkan produk PLR pertama anda sendiri.

Selamat membaca dan salam sukses.

Julius Salok Kassy

Penulis, Panduan Mencipta Produk PLR

Emel : [email protected]

http://www.produkplr.com

Page 5: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 5

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Panduan Mencipta Produk PLR Anda Sendiri : Langkah

Demi Langkah

Apa yang anda perlukan sebelum bermula:

1. Program MS Word

Kebiasaannya, untuk menghasilkan ebook PLR anda harus menggunakan perisian

MS Word kerana ia memudahkan pelanggan anda untuk melakukan kerja – kerja

editing dan pengubahsuaian. Ianya juga amat mudah digunakan, dan saya rasakan

anda juga mungkin sudah biasa dengan program ini.

Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan program Notepad dan selalunya ia

digunakan untuk menulis artikel. Walau bagaimanapun, saya amat mencadangkan

agar anda menggunakan program MS Word.

2. PDF Converter

Anda memerlukan perisian PDF Converter, untuk menukarkan format MS Word

kepada format PDF. Jika anda tidak memiliki program ini, anda boleh download

secara percuma di http://www.primopdf.com

3. Program grafik

Anda memerlukan program grafik bagi mereka bentuk grafik untuk ecover ataupun

website anda nanti. Saya menggunakan Adobe Photoshop CS3, untuk

merekabentuk grafik ecover dan website saya.

Page 6: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 6

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

4. Surat Jualan Efektif

Ini sangat penting untuk memastikan jualan produk PLR anda sentiasa ada. Jika

surat jualan anda tidak dapat meyakinkan prospek, ia akan menyebabkan jualan

produk PLR anda lembab walaupun produk PLR anda sangat baik!

5. Hosting dan Domain Name

Saya pasti anda faham apa itu hosting dan domain name. Hosting merupakan

tempat dimana website anda disimpan manakala domain name ialah nama website

anda (cth : www.nama-web-anda.com). Anda wajib mendapatkan kedua – duanya.

Walaupun banyak perkhidmatan menawarkan hosting dan domain percuma, namun

saya tidak menggalakkan anda menggunakannya kerana perkhidmatan percuma

sebegini akan menyebabkan website anda dibanjiri iklan dan nama domain anda

kelihatan tidak profesional. Tambahan pula, kualiti perkhidmatannya diragui.

Dapatkan hosting dan domain berbayar, untuk nampak lebih profesional dan

menjamin kelancaran website anda. Anda boleh dapatkannya dengan kos dibawah

RM100 setahun. Sila lawati : www.ecommercemastery.com, www.netkl.com atau

www.sempoihosting.com.

6. Autoresponder

Anda memerlukan Autoresponder untuk :

� Menghantar emel follow up kepada prospek

� Mengumpul senarai list prospek yang berminat dengan produk PLR anda

Page 7: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 7

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Jika kurang berkemampuan, boleh gunakan autoresponder percuma terlebih dahulu.

Namun, saya galakkan anda menggunakan autoresponder berbayar untuk

perkhidmatan yang lebih advance seperti TrafficWave, GetResponse dan Aweber.

7. Kaedah pembayaran

Anda memerlukan kaedah pembayaran yang memudahkan para pelanggan anda.

Untuk pasaran tempatan, anda boleh gunakan khidmat perbankan online seperti

Maybank2u ataupun CIMB clicks.

Sebagai alternatif, anda boleh berikan kemudahan pembayaran menggunakan kad

kredit dengan menyediakan akaun penerima kad kredit seperti PayPal, 2CheckOut

ataupun WorldPay. Jika anda menerokai pasaran antarabangsa, anda wajib

menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit.

Page 8: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 8

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Mencipta Produk PLR Anda Sendiri

Langkah 1 : Memilih Topik dan Sasaran Jualan

Memilih topik yang mendapat sambutan atau dinanti – nantikan oleh orang ramai

merupakan perkara yang penting. Tanpa permintaan, produk PLR anda tidak akan

mendapat jualan yang tinggi nanti apabila dilancarkan.

Untuk memilih topik, terdapat 2 perkara utama yang harus anda ambil serius:

1. Pilih topik yang anda mahir tentangnya atau yang anda sanggup buat

kajian untuknya. Jika tidak, produk yang anda hasilkan akan kekurangan dari

segi informasi dan juga kualitinya. Begitu juga kajian, anda harus lakukannya jika

kekurangan pengetahuan mengenai sesuatu perkara yang bakal anda tulis.

2. Pilih topik yang orang ramai sanggup ‘laburkan wang’ demi mendapatkan

informasinya. Walaupun topik yang anda pilih sangat menarik, namun jika ia

tidak mampu meyakinkan orang ramai untuk mengeluarkan wang mereka untuk

mendapatkannya, ia tetap tidak bermakna.

Untuk perkara #1, hanya anda sahaja tahu apa yang anda mahir mengenainya. Jadi,

elok rasanya kita mulakan dengan perkara #2 iaitu mencari topik yang sentiasa

mendapat sambutan atau carian tertinggi. Seperti biasa, anda boleh gunakan

khidmat Google iaitu melalui :

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Page 9: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 9

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Berikut adalah contoh bagi carian topik mengenai ‘Kuruskan Badan’:

Page 10: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 10

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Anda boleh lihat bahawa topik berkenaan ‘kuruskan badan’ mendapat sebanyak

6600 carian dalam sebulan. Ini bermakna, topik berkenaan ‘kuruskan badan’

merupakan topik yang sentiasa dicari oleh ramai.

Ya, walaupun carian terhadap topik tersebut banyak namun tak bermakna ianya

akan laris dijual. Langkah diatas hanyalah untuk mendapatkan idea, topik apakah

yang sering dicari oleh orang ramai.

Namun, jika anda ingin tahu adakah topik yang dipilih mempunyai kuasa jualan yang

tinggi, saya akan tunjukkan caranya:

1. Layari internet dan cari topik berkenaan secara umum, kemudian lihat apakah

website yang mendapat ranking tertinggi:

� Adakah web tersebut menjual maklumat?

� Apakah jenis informasi yang disediakan?

� Apakah format informasi tersebut?

� Berapa banyakkah web yang menjual produk berkaitan dengan topik

yang anda pilih?

Dengan memiliki data – data seperti diatas, anda akan tahu samada topik tersebut

merupakan topik ‘hangat’ atau tidak. Anda juga boleh melihat samada persaingan

anda banyak atau tidak. Jika persaingan terlalu tinggi, agak susah juga untuk anda

berada diranking tertinggi enjin pencari dan meyebabkan pendedahan terhadap

laman web anda kurang.

Page 11: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 11

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Contoh dibawah menunjukkan persaingan anda ada 79,700, dan ianya agak realistik

untuk anda bersaing. Namun jika jumlah result mencecah 2,000,000 ke atas...ianya

sukar, tetapi tidak mustahil untuk berada di muka hadapan enjin pencari.

2. Survey di forum. Dengan melakukan survey di forum, anda akan dapat tahu

adakah topik yang anda pilih mendapat permintaan atau tidak. Saya pernah

melakukan kaedah ini untuk ebook Rahsia Pemasaran JV, dengan melakukan

survey di forum www.wangcyber.com. Hasil survey tersebut telah membuka

jalan untuk saya menghasilkan ebook lengkap mengenai Pemasaran JV. Anda

boleh cuba kaedah ini, dan saya pasti kuasa membeli dari forum tidak akan

mengecewakan!

Page 12: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 12

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Contoh diatas merupakan feedback yang diberikan oleh ahli forum, berdasarkan

survey yang saya lakukan...dan disebabkan feedback tersebut juga, ebook ini

telah mendapat sambutan yang luarbiasa...4 angka dalam tempoh tak sampai

14 hari!

Page 13: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 13

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

3. Jika anda memilih pasaran antarabangsa, anda boleh gunakan khidmat

www.clickbank.com dan cari apakah topik yang menjadi best seller disana atau

taipkan topik anda, dan lihat apakah jenis informasi yang dipasarkan.

4. Anda juga boleh lakukan hal yang sama, dengan menggunakan khidmat

www.paydotcom.net.

Walau begitu, anda juga seharusnya menciptakan produk yang unik berdasarkan

topik hangat yang telah anda pilih. Walaupun topik yang sama, tapi jika

kandungannya berbeza dan lain dari yang lain...sudah pasti tumpuan akan diberikan

kepada produk anda.

Nota : Salah seorang usahawan internet, saudara Rahman Basri menjana

pendapatan lumayan dengan topik affiliate sahaja, walaupun pada masa tersebut

topik affiliate sangat hangat diperkatakan dan banyak juga produk berkenaan affiliate

dipasarkan. Kenapa? Rahsianya ialah produk beliau unik dari segi kandungan dan

tajuknya juga agak menarik iaitu Teknik Split Affiliate!

Page 14: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 14

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Langkah 2 : Menghasilkan Produk PLR Anda

Anda boleh mencipta ebook atau koleksi artikel , jadikannya mudah diedit dan jual

kepada pelanggan anda. Kebiasaannya, anda boleh gunakan MS Words atau

Notepad agar ianya mudah diedit atau diubahsuai.

Namun, ebook merupakan salah satu produk digital yang amat mendapat sambutan

dan untuk menghasilkannya juga amat mudah, tanpa perlukan kos serta kemahiran

pengaturcaraan yang tinggi. Lagi pula, ia dihasilkan dengan menggunakan perisian

MS Word, dimana hampir kesemua orang biasa menggunakannya berbanding

software lain.

Jadi, saya akan tumpukan lebih sedikit terhadap penghasilan ebook PLR.

Oleh itu, buka program MS Word anda dan mulakan menulis ebook PLR anda

sekarang!

Page 15: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 15

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Format

Ebook informasi PLR anda seharusnya terdiri dari cover muka hadapan, syarat dan

terma termasuk notis hakcipta, senarai isi kandungan, isi kandungan dan penutup.

Isi Kandungan

Asalkan isi kandungan ebook anda menyediakan informasi berkualiti tinggi, dimana

orang ramai sanggup membayar untuk mendapatkannya...ianya sudah memadai!

Tips 1 : Apabila menulis produk informasi PLR, kuantiti isi kandungan bukanlah

sesuatu yang kritikal...apa yang penting, jadikannya ringkas, padat dan tepat.

Kebanyakan pembeli hanya mahukan informasi penting dan tiada masa untuk

melayan ayat – ayat berbunga dan berbelit – belit!

Tips 2 : Jangan meletakkan terlalu banyak grafik atau diagram didalam produk

anda. Memang digalakkan untuk memasukkan grafik atau diagram bagi

memudahkan kefahaman, tetapi bukanlah keterlaluan. Masukkan apabila perlu

sahaja. Ini disebabkan, para pembeli mungkin akan membuang grafik atau

mengeditnya bagi menjadikannya unik. Bagi pembeli yang mahir dengan grafik,

tiada masalah. Tetapi, bagi mereka yang tidak mahir dengan grafik tentu bermasalah

dan menyebabkan mereka terpaksa mengekalkan grafik anda. Hasilnya, mereka

tidak dapat menjadikannya unik dan sukar untuk dijual nanti.

Tips 3 : Apabila mencipta produk, hasilkannya berdasarkan perspektif dari seorang

penulis yang menyampaikan mesej informasi kepada mereka yang telah membayar

untuknya. Jangan menulis berdasarkan syok sendiri, pastikan mesej informasi yang

anda tulis sampai kepada pembaca...meet the demand (penuhi kemahuan

pelanggan). Anda harus faham bahawa pelanggan membayar anda, untuk

Page 16: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 16

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

mendapatkan informasi yang mereka mahukan. Alangkah kecewanya pelanggan jika

informasi yang mereka mahukan tidak kesampaian walaupun telah membayar untuk

mendapatkannya!

Saya tidak tahu menghasilkan produk informasi saya!

Jika anda tidak mahir menghasilkan produk informasi, kurang dari segi skil menulis

ataupun tiada masa untuk menulis...anda tetap mampu menghasilkannya juga,

dengan cara berikut :

� Mengupah penulis lain (ghostwriter). Anda boleh sahaja mengupah

individu yang mahir atau menawarkan khidmat penulisan untuk menghasilkan

produk informasi untuk anda. Namun, kosnya agak tinggi. Bagi menampung

kos ini, anda harus bekerja keras mempromosikannya nanti agar hasil jualan

mampu menutupi kos penulisannya. Contohnya, anda laburkan RM3000

untuk mengupah ghostwriter. Jika produk PLR anda dijual dengan harga

RM40 seunit, maka target jualan anda seminimum 100 unit (RM40x100 =

RM4000)...dimana anda akan untung RM1000.

� Beli produk Hak Jualan Semula dengan lesen PLR. Cara ini lebih murah

dan mampu juga memberikan impak yang besar. Pastikan terma hak jualan

tersebut membenarkan anda menjual semula lesen PLR kepada pelanggan

anda. Edit produk PLR tersebut sepenuhnya, jualkannya semula beserta

lesen PLR!

� Melakukan temuramah (interview) bersama pakar dalam niche pilihan

anda. Ianya tidak semestinya dilakukan secara formal (digalakkan), tetapi

anda sebenarnya boleh bertukar fikiran dan pengetahuan dengan pakar

tersebut samada melalui emel atau perbualan yang direkodkan. Kemaskan

segala informasi yang diperolehi dan tuliskannya sebagai sebuah produk

informasi (ebook). Jika nak lebih mudah, rakamkan perbualan anda dan

jadikan dalam format audio...jualkannya!

Page 17: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 17

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Langkah 3 : Menentukan Terma dan Syarat PLR

Bahagian ini sangat penting! Anda bakal menentukan apa yang boleh dan apa yang

tidak boleh pelanggan anda lakukan terhadap produk PLR yang anda tawarkan.

Sebaiknya, sediakan satu dokumen baru dan berasingan untuk bahagian terma dan

syarat ini.

Syarat dan terma adalah sepenuhnya dibawah kawalan anda, kerana ianya adalah

produk anda. Terdapat beberapa persoalan yang perlu anda jawab dalam proses

menentukan syarat dan terma PLR anda.

Bolehkah pelanggan anda:

1. Menjual semula produk? Jika anda menjual ebook PLR, kebiasaannya

jawapannya ialah ‘YA’. Anda boleh tetapkan syarat harga minimum /

maksimum produk tersebut jika mahu.

2. Memberikannya secara percuma? Biasanya penerbit produk PLR

membenarkannya dengan cara mengambil sebahagian isi kandungannya dan

menjadikannya sebagai laporan mini atau artikel bagi mengumpul list.

Namun, anda juga boleh melarang ianya disebarkan secara percuma.

3. Menjadikannya artikel? Selalunya ia dibenarkan, dimana beberapa bahagian

dalam ebook tersebut dipecahkan menjadi beberapa artikel untuk kandungan

blog, emel follow up atau koleksi artikel.

4. Memindahkan lesen PLR? Kebanyakan penerbit produk PLR melarang

pelanggan mereka menjual semula lesen PLR kepada pihak ketiga. Namun,

mereka biasanya memberikan kebenaran untuk menjual produk tersebut

dengan lesen MRR sahaja.

Page 18: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 18

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

5. Menjual tanpa pengubahsuaian? Para penerbit produk PLR selalunya

menasihati anda untuk mengubahsuainya terlebih dahulu sebelum dijual

semula.

Pastikan juga anda MELARANG pelanggan anda:

1. Spamming. Ini merupakan kaedah pemasaran yang sangat tidak beretika.

Spamming bermakna menghantar emel promosi secara rambang tanpa

kebenaran, ibarat anda masuk ke rumah orang lain tanpa meminta kebenaran

dan terus mempromosi!

2. Menggunakan produk anda untuk tujuan tidak bermoral dan kegiatan haram.

3. Menggunakan nama anda, atau mewakili anda. Ini disebabkan sebaik sahaja

pelanggan membeli produk PLR anda, ia akan menjadi hak milik mereka dan

mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelanggan mereka.

Disini saya sertakan satu contoh terma dan syarat PLR yang saya ciptakan khas

untuk beberapa produk PLR yang saya cipta :

Page 19: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 19

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Page 20: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 20

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Langkah 4 : Menulis Surat Jualan

Saya sebenarnya tidak dapat menghuraikan sepenuhnya teknik – teknik menulis

surat jualan yang efektif, kerana ia melibatkan banyak aspek penting yang perlu

diambil kira. Tambahan pula, anda boleh mempelajari sepenuhnya teknik menulis

surat efektif melalui buku “Rahsia Membina Senjata Jualan’ tulisan Zahrul Azua.

Anda boleh dapatkan buku ini di kedai – kedai buku seperti Popular atau MPH.

Namun, apa yang saya cuba sampaikan disini ialah panduan khusus bagaimana

menghasilkan surat jualan untuk memasarkan produk PLR anda.

Headline

Bahagian inilah yang akan menentukan samada para pelawat akan meneruskan

pembacaan mereka atau meninggalkan laman web anda. Jadi, pastikan headline

anda menarik dan mampu mengajak pembaca untuk meneruskan pembacaan

mereka.

Kini Anda Mampu Memiliki Produk Sendiri Tanpa

Perlu Bersusah Payah Menciptanya dan Jimatkan

Masa Serta Wang Anda!

Untuk menjadikan headline anda lebih menarik, perkara dibawah juga boleh

dijadikan panduan :

Page 21: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 21

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

1. Nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka boleh memiliki produk

mereka sendiri, dan ianya menjimatkan masa, wang serta tenaga mereka.

2. Nyatakan mereka boleh memulakan bisnes internet mereka dengan pantas

3. Produk PLR yang anda tawarkan adalah terbaik, terkini dan sangat ‘hot’

dipasaran

Sub headline

Sebagai sokongan kepada headline, agar menambahkan lagi minat untuk

meneruskan pembacaan.

Buat pertama kalinya, anda mampu berjimat sehingga ribuan ringgit untuk

melakukan kajian pasaran, mencipta produk informasi yang berkualiti, menulis

surat jualan dan merekabentuk grafik – kerana saya telah lakukan semuanya

untuk anda!

Pengenalan

Sebaiknya, mulakan dengan memperkenalkan diri anda, lokasi dan tarikh anda

menulis surat jualan (biasanya anda boleh letakkan skrip yang automatik

menunjukkan tarikh pada masa website dilayari).

Daripada : Nama anda

Lokasi : Lokasi anda

Tarikh : [boleh letakkan skrip tarikh automatik]

Page 22: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 22

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Mulakan surat jualan anda dengan mengetengahkan masalah – masalah yang

sering dihadapi prospek anda atau yang sedang dialami:

1. Ingin memiliki produk sendiri kerana ia menjamin kesinambungan perniagaan

mereka

2. Mencipta produk sendiri memerlukan pengorbanan dari segi masa dan

tenaga

3. Tidak mahir menulis

4. Tidak mahir menggunakan perisian (cthnya : photoshop untuk grafik)

5. Memerlukan produk yang ‘hangat’ dan diatasnya tertera nama mereka

sebagai pemiliknya.

6. Mahu memulakan bisnes internet dengan segera, namun tidak mahir menulis

surat jualan dan merekabentuk grafik untuk ecover produk.

7. Dan banyak lagi...(anda boleh lihat dari perspektif anda sendiri juga,

bayangkan anda dipihak prospek)

Setelah anda mengemukakan segala permasalahan prospek anda, tibalah masanya

anda memperkenalkan penyelesaian terhadap masalah – masalah tersebut. Sudah

tentulah penyelesaian tersebut adalah produk anda!

Setelah memperkenalkan produk anda, nyatakan secara terperinci faedah – faedah

yang bakal prospek anda perolehi jika mereka mendapatkan produk anda,

contohnya :

Page 23: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 23

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

1. Anda mendapat produk dalam format .doc – anda dengan mudahnya

dapat mengubahsuai produk tersebut mengikut kreativiti anda dan letakkan

nama anda sebagai penulisnya.

2. Tak perlu bazirkan wang sehingga ribuan ringgit untuk memiliki produk

berkualiti tinggi – kerana saya telah siapkan semuanya, lengkap!

3. Boleh hasil seberapa banyak laporan mini dengan isi kandungan produk

– laporan mini boleh digunakan untuk mengumpul list, bonus atau sebarkan

sebagai virus trafik.

4. Anda boleh bina e-kursus atau hasilkan ezine – untuk tingkatkan kredibiliti.

5. Jimat wang untuk mengupah penulis surat jualan – saya sediakan surat

jualan profesional untuk anda.

6. Anda boleh design sendiri grafik anda – saya sertakan fail dalam format

PSD agar mudah untuk anda mengedit grafik yang disediakan.

Testimonial

Anda boleh berikan beberapa unit produk anda secara percuma kepada rakan –

rakan anda, dan minta mereka berikan testimonial. Atau, anda boleh jualkan dengan

harga yang rendah dan minta pembeli anda memberikan testimonial. Dengan

adanya testimonial, ia akan menambahkan keyakinan prospek lain untuk mencuba

produk anda.

Bonus

Sebaik – baiknya, sediakanlah bonus bagi para pembeli anda samada dalam bentuk

produk atau perkhidmatan. Contohnya, anda mahir merekabentuk grafik. Anda boleh

tawarkan khidmat merekabentuk ecover untuk pembeli produk PLR anda. Dengan

pemberian bonus, ia akan menambahkan lagi nilai produk anda. Pastikan bonus

anda unik dan sukar didapati.

Page 24: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 24

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Nilaikan produk / tawaran anda

Bahagian ini amat menarik, dimana anda bebas untuk menentukan harga bagi

produk anda. Tapi sebelum itu, anda harus nilaikan dahulu kesemua produk yang

anda tawarkan atau secara ringkasnya, kos menghasilkan kesemuanya:

Ebook PLR RM40.00

Template website RM100.00

Surat Jualan Pro RM250.00

Koleksi grafik ecover RM70.00

JUMLAH RM460.00

Dengan mengambil contoh diatas, jumlah keseluruhan nilai produk PLR anda ialah

RM460.00. Namun, anda tidak akan menawarkan harga sedemikian sebaliknya

anda tawarkan keseluruhan produk PLR anda hanya pada harga RM50.00! Sudah

pastinya ia akan menggembirakan prospek anda!

Walau bagaimanapun, pastikan anda menyatakan bahawa tawaran anda adalah

terhad dan anda hanya menawarkan sejumlah unit sahaja (biasanya diantara 50 –

100 unit).

Kenapa hadkan jualan?

Ini disebabkan anda menjual lesen PLR kepada prospek anda, dimana anda

membenarkan pembeli produk PLR anda menjual semula produk tersebut dan

mengakui ia adalah ciptaan mereka tanpa memberikan sebarang royalti kepada

anda.

Page 25: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 25

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Anda juga sebenarnya ‘melindungi’ para pelanggan anda dari gelombang

persaingan, dimana produk yang sama dijual oleh ramai orang. Jika anda tidak

mengehadkannya, produk tersebut akan menjadi terlalu banyak dipasaran dan

akhirnya menjadi tepu atau kehilangan nilai.

Dengan mengehadkan jualan, anda melindungi produk anda dan memastikan

pelanggan anda juga turut mendapat manfaat sebagai reseller. Oleh itu, produk PLR

terbitan anda seterusnya akan sentiasa dinanti – nantikan!

Buat kesimpulan untuk tawaran anda

Anda boleh buat ‘pujukan’ terakhir agar prospek anda menempah produk PLR anda

sekarang, sebelum mereka meninggalkan website anda dan terlupa – atau sebelum

jualan ditutup. Boleh ingatkan mereka juga dengan menggunakan Post Script (P.S)

di akhir surat jualan anda.

Aspek lain yang perlu diambilkira

1. Syarat dan terma

Jelaskan dengan sebaiknya syarat dan terma yang anda berikan sebaik

sahaja mereka bersetuju untuk membeli produk PLR anda, contohnya mereka

harus mengubahsuai produk sebelum menjualnya semula atau mereka

dilarang menggunakan nama anda dan website anda untuk apa jua tujuan. Ini

untuk memastikan pelanggan anda berpuashati dan supaya tidak ada

sebarang persoalan dibangkitkan kemudian hari.

2. Jaminan wang dikembalikan

Page 26: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 26

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Anda tidak wajib menawarkan jaminan wang dikembalikan walaupun ia

mungkin membuatkan sesetengah prospek berasa was – was. Ini disebabkan

anda menjual produk yang boleh diubahsuai.

Risikonya ialah, produk anda mungkin sudahpun ditukarkan kepada pelbagai

format dan diubahsuai ketika pelanggan tersebut meminta pulangan wang.

Maknanya, produk anda sudahpun digunakan dan diakui pula hakciptanya

oleh mereka, tetapi mereka masih meminta wang dikembalikan. Ini satu

kerugian kepada anda dan keuntungan besar bagi mereka yang ‘mengambil

peluang’ ini.

Ia berbeza dengan produk RR atau MRR, kerana produk tersebut didalam

format PDF dimana ia tidak dapat diubahsuai dengan nama anda serta laman

web anda tetap tertera. Mereka tidak dapat mengakui hakcipta dan anda

boleh menghebahkan kepada orang ramai bahawa individu tersebut bukan

lagi reseller yang sah kepada produk anda.

Syarat ini anda harus letakkan didalam terma pembelian, agar prospek anda

faham sebelum mereka membuat keputusan membeli produk PLR anda.

Penampilan

Anda harus menjaga penampilan website dan surat jualan anda. Pastikan ianya

kemas, profesional dan kelihatan eksklusif. Gunakan jenis font yang mudah dibaca

dengan saiz yang sesuai. Penampilan yang profesional melambangkan diri anda

seorang usahawan yang boleh dipercayai dan berkredibiliti tinggi.

Laman terima kasih

Page 27: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 27

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Sebaik sahaja pelanggan anda mengesahkan pembelian, bawalah mereka ke laman

terima kasih anda untuk menghargai pembelian mereka. Di laman ini, anda bukan

sahaja mengucapkan terima kasih diatas pembelian mereka tetapi anda boleh

tawarkan juga OTO (One Time Offer), iklankan produk anda yang lain (produk

sendiri atau affiliate) ataupun berikan hadiah ‘misteri’...selain menambahkan income,

ia juga menambahkan kredibiliti anda.

Page 28: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 28

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Langkah 5 : Dapatkan Domain Name dan Hosting

Saya yakin anda tahu bahawa untuk meletakkan website anda diinternet, anda

memerlukan domain name dan hosting.

Saya amat menggalakkan anda mendapatkan hosting dan domain berbayar kerana

ia nampak lebih profesional disamping bantuan teknikal yang lebih baik. Jika anda

menggunakan hosting dan domain percuma, website anda akan dibanjiri dengan

iklan ataupun URL anda kelihatan tidak menarik. Kos mendapatkan hosting dan

domain berbayar adalah sekitar RM60 – RM200 untuk sewaan selama setahun.

Kini banyak syarikat penyedia hosting turut menawarkan sewaan nama domain

sekaligus ataupun menyediakannya dalam bentuk pakej. Antara penyedia hosting

yang boleh anda hubungi ialah:

� www.ecommercemastery.com

� www.sempoihosting.com

� www.netkl.com

� www.jomhosting.com

Page 29: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 29

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Langkah 6 : Sistem penerima bayaran

Ini sangat penting, kerana jika proses pembayaran anda sangat rumit ia akan

mengurangkan minat orang ramai untuk membeli. Saya teringat salah satu tips yang

diberikan oleh Dr. Irfan Khairi mengenai proses pembayaran iaitu ‘syarat 3 klik atau

3 langkah’ :

1. Pelanggan klik butang pesanan (order button)

2. Pelanggan mengisi borang pembayaran dengan lengkap

3. Pelanggan klik butang pengesahan dan SELESAI!

Jika anda menumpukan kepada pasaran tempatan, penggunaan sistem penerima

bayaran kad kredit tidaklah begitu wajib. Anda boleh letakkan nombor akaun bank

anda sahaja, dan arahkan pelanggan membuat pembayaran ke akaun tersebut. Jika

anda mahu meletakkan juga sistem penerima bayaran kad kredit, tiada masalah dan

ia akan menambahkan alternatif cara pembayaran kepada pelanggan anda.

Tapi, jika anda meneroka pasaran antarabangsa, penggunaan sistem penerima

bayaran kad kredit adalah wajib digunakan!

Untuk sistem penerima bayaran kad kredit, anda boleh gunakan khidmat :

2checkout – www.2checkout.com

Page 30: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 30

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Worldpay – www.worldpay.com

Paypal – www.paypal.com

Buat permulaan, saya galakkan anda menggunakan paypal kerana ianya percuma

dan agak mudah digunakan. Lagi pula, kebanyakan usahawan internet seluruh

dunia memilih paypal sebagai akaun penerima bayaran mereka.

Page 31: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 31

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

Penutup

Terima kasih kerana mendapatkan laporan ringkas ini, dan saya amatlah berharap

agar apa yang dikongsikan disini mampu memberikan anda banyak manfaat.

Dengan laporan ini juga, saya berharap agar anda sudah mula memikirkan topik

yang sesuai bagi dijadikan produk PLR anda. Jika sebelum ini anda terlalu

bergantung dengan produk PLR yang dijual diluar sana, kini anda sudah boleh

menghasilkannya sendiri.

Apa yang dikongsikan adalah panduan semata – mata, dan faktor terpenting yang

menjamin kejayaan anda ialah sikap anda sendiri iaitu TINDAKAN. Jadi, mulakan

sekarang dan jangan berlengah lagi.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan salam sukses selalu!

Ikhlas,

Julius Salok Kassy

http://www.produkplr.com

Page 32: Panduan Mencipta Produk PLR - Amir Azros

Panduan Mencipta Produk PLR 32

Hakcipta © 2010, Julius Salok Kassy & www.produkplr.com

AKAN TIBA#

� Bagaimana membina perniagaan internet dengan pantas?

� Bagaimana ‘mencuri’ produk orang lain dan mendapat 100%

keuntungan melaluinya?

� Bagaimana meminimumkan tenaga, wang dan masa tetapi

memaksimumkan keuntungan?

� 78 strategi efektif didedahkanB

Menjana wang diinternet kini lebih mudah#nantikannya#

01 DISEMBER 2010

www.produkplr.com