rahsia resume kerja - · pdf fileresume kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume...

39

Upload: tranque

Post on 25-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan
Page 2: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja

Tim Infokerjaya

Soal Jawab Spesifik Resume

www.resumekerja.com

Page 3: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

DisclaimerUntuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book “Rahsia Resume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang

baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga.

Amaran• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.• Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.• Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.resumekerja.com • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan- kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.resumekerja.com sahaja.• Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh

www.ResumeKerja.com

 

Page 4: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 4

 

Saya telah melihat resume anda. Boleh anda terangkan dengan ringkas tentang diri anda?

1

Terima kasih Tuan/Puan. Seperti yang Tuan/Puan lihat pada resume saya, nama saya Nur Natasha binti Kamarudin dan Tuan/Puan boleh panggil saya Tasha sahaja.

Saya lepasan Ijazah daripada Universiti Teknologi Mara, Melaka dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media. Saya anak pertama daripada 5 adik-beradik.

Ayah saya telah bersara dan Ibu saya seorangsuri rumah sepenuh masa. Sebagai anak pertama saya bertanggungjawab ke atas keluarga untuk meningkatkan ekonomi keluarga saya.

Nota : Soalan ini memerlukan anda memberi maklumat ringkas tentang diri anda kepada panel temuduga. Fokus kepada info tentang kelulusan dan kelebihan anda.

Page 5: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 5

Anda nyatakan di dalam resume bahawa anda berfikiran positif, berfikiran terbuka dan seorang yang cepat belajar. Boleh anda terangkan bagaimana faktor ini dapat membantu syarikat?

2

Terima kasih Tuan/Puan. Menarik soalan Tuan/Puan tu. Baiklah…bagi saya ketiga-tiga elemen ini penting dalam usaha memajukan diri saya.

Saya bermula dengan berfikir secara positif kerana bagi saya the power of action bermula jika saya mulakan sesuatu pekerjaan dengan unsur positif.

Saya yakin berfikiran positif akan hasilkan output yang positif. Berfikiran terbuka akan buatkan setiap individu sentiasa bersedia dengan segala unsur positif mahupun negatif.

Orang yang bijak akan menapis unsur-unsur yang diterima supaya beliau lebih berjaya.Saya percaya banyak perkara yang saya perlu belajar jika saya diterima kerja di syarikat Tuan/Puan.

Saya juga seorang yang cepat belajar dan saya yakin dengan kemampuan diri saya untuk menerima pelajaran baru dalam masa yang singkat.

Page 6: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 6

 

Ketiga-tiga elemen ini adalah elemen kejayaan diri saya dan saya percaya ia akan dapat membantu Tuan/Puan menjayakan misi syarikat.

Nota : Soalan ini meminta anda menjelaskan ciri-ciri diri anda yang ditulis di dalam resume anda. Soalan ini juga menguji kematangan anda berfikir.

Saya berminat dengan pernyataan anda “berkeyakinan tinggi menyampaikan uca-pan umum”.

Apa yang membuatkan anda begitu yakin tentang pernyataan ini? Jika saya kumpulkan pegawai atasan syarikat sekarang, boleh anda yakinkan merekabahawa anda seorang pekerja yang produktif?

3

Terima kasih Tuan/Puan. Menarik soalan Tuan/Puan tu. Baiklah…bagi saya ketiga-tiga elemen ini penting dalam usaha memajukan diri saya.

Page 7: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 7

 

Saya bermula dengan berfikir secara positif kerana bagi saya the power of action bermula jika saya mulakan sesuatu pekerjaan dengan unsur positif.

Saya yakin berfikiran positif akan hasilkan output yang positif. Berfikiran terbuka akan buatkan setiap individu sentiasa bersedia dengan segala unsur positif mahupun negatif.

Orang yang bijak akan menapis unsur-unsur yang diterima supaya beliau lebih berjaya.Saya percaya banyak perkara yang saya perlu belajar jika saya diterima kerja di syarikat Tuan/Puan.

Saya juga seorang yang cepat belajar dan saya yakin dengan kemampuan diri saya untuk menerima pelajaran baru dalam masa yang singkat.

Nota : Soalan ini boleh ditanya jika salah satu daripada isi kandungan resume anda menarik minat panel temuduga. Soalan ini menguji keberanian anda memberi pendapat dalam usaha anda meyakinkan panel temuduga.

Page 8: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 8

Jika saya lihat resume anda, anda baru sahaja tamat pengajian anda. Ini bermakna anda seorang yang benar-benar fresh dalam dunia pekerjaan dan anda perlukan masa yang panjang untuk belajar.

Jika saya memilih anda bekerja, boleh anda yakinkan saya bagaimana masa ini boleh dipendekkan?

4

Terima kasih Tuan/Puan. Saya bersetuju dengan apa yang Tuan/Puan jelaskan tu.

Saya akui yang saya masih baru dalam duniapekerjaan tetapi Tuan/Puan bagi saya itu tidak menjadi masalah kepada saya untuk menerima pelajaran baru sepanjang di syarikat Tuan/Puan.

Pendapat saya, isu ini bukanlah isu saya masih baru atau tidak, ia lebih berlatarbelakangkan isu berdikari dan usaha.

Saya yakin banyak perkara baru perlu saya tahu untuk bantu syarikat Tuan/Puan jalankan aktiviti syarikat. Ramai orang bermula dengan kosong di tempat baru.

Page 9: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 9

 

Untuk upgrade ke level seterusnya saya yakin dengan berdiri atas kaki sendiri dan berusahagigih saya mampu untuk pendekkan masa bagi menerima pelajaran baru.

Bagi saya proses pembelajaran tidak pernah berhenti. Setiap masa akan ada pelajaran baru. Oleh itu Tuan/Puan, pendapat saya dengan yakin pada diri sendiri, berdikari dan berusaha gigih saya yakin saya mampu merealisasikan misi dan visi syarikat.

Nota : Soalan ini menguji keyakinan diri anda dengan kemampuan yang anda miliki dan kreativiti anda menjawab soalan.

Page 10: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 10

Jika dilihat pada resume anda, anda pernah bekerja di pasaraya sebagai Juruwang.

Boleh saya tahu mengapa anda letakkanpoint ini di dalam resume anda? Dan boleh anda jelaskan bagaimana ia boleh memanfaatkan syarikat ini jika anda dipilih bekerja?

5

Terima kasih Tuan/Puan. Betul Tuan/Puan, saya pernah bekerja di pasaraya Jusco sebelum ini sebagai Juruwang.

Saya bekerja di Jusco setiap kali cuti semes-ter untuk membantu menambahkan ekonomi diri saya dan keluarga. Baiklah Tuan/Puan, jika Tuan/Puan lihat ramai orang lakukan sesuatu kerana terpaksa.

Saya pernah terbaca suatu fakta yang majoritidaripada kita akan lakukan sesuatu kerja kerana terpaksa. Hasilnya juga adalah hasil daripada paksaan bukannya ikhlas dari hati.

Ada orang perlu makan jika disuap, ada juga orang perlu bekerja keras untuk sesuap nasi. Bagi saya, saya memilih bekerja keras untuk dapatkan hasil daripada disuap.

Page 11: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 11

 

Semua ini saya lakukan untuk majukan diri saya sendiri dan keluarga saya. Jika sesuatu pekerjaan dilakukan dengan rela hati, ikhlasdan dengan matlamat ingin majukan diri sendiri saya yakin outputnya juga akan berpihak kepada syarikat Tuan/Puan nanti.

Kejayaan syarikat adalah kejayaan daripada setiap individu di dalam syarikat tersebut. Jika saya diterima bekerja seterusnya mencipta kejayaan kepada syarikat, kejayaan syarikat adalah kejayaan Tuan/Puan juga kerana Tuan/Puan telah memberi peluang dan memilih saya untuk bekerja di syarikat Tuan/Puan hari ini.

Nota : Soalan ini menguji kematangan anda berfikir serta anda perlu memberi penjelasan tentang salah satu isi kandungan resume anda (pengalaman anda bekerja).

Page 12: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 12

Anda pernah menjalani latihan industri, apakah tugas anda semasa latihan industri tersebut?

Boleh anda terangkan bagaimana latihan industri anda dapat membantu syarikat ini memperbaiki prestasi jualan syarikat?

6

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk makluman Tuan/Puan saya jalani latihan industri di Harmer + Simmons (Malaysia) Sdn Bhd di kawasan perindustrian Prai, Pulau Pinang.

Syarikat ini mengeluarkan produk Power Supply yang dieksport ke luar negara. Saya ditugaskan di bahagian QA/QC.

Saya diberi tanggungjawab untuk meneliti dan menilai setiap produk sebelum di hantar kepada pelanggan.

Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 3 bulan perkara yang paling penting yang telah saya pelajari adalah menepati masa, mematuhi standard operating procedure (SOP), cara berkomunikasi dan cara menjaga pelanggan.

Page 13: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 13

 

Saya percaya perkara ini juga digunakan di setiap syarikat. Sepanjang latihan industri,saya menepati dateline yang ditetapkan dan menjaga tahap kualiti produk sebelum dihantar kepada pelanggan.

Oleh itu, Tuan/Puan, saya yakin pengalamansaya di latihan industri dapat membantu syarikat Tuan/Puan memperbaiki prestasi syarikat seterusnya meningkatkan kualiti serta jualan produk syarikat. Terima kasih Tuan/Puan.

Nota : Soalan ini memerlukan penjelasan anda tentang pengalaman perkerjaan anda yang lepas sama ada berkaitan dengan perkerjaan yang dimohon sekarang atau tidak.

Jika berkaitan perlu jelaskan bagaimana anda boleh jana keuntungan yang lebih kepada syarikat dan jika tidak berkaitanperlu penjelasan mengenai pengalaman apakah yang anda pelajari untuk menyokong jawatan tersebut.

Page 14: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 14

Jika dilihat pada resume anda, anda mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan Jepun. Saya tertarik dengan skil bahasa anda iaitu Mandarin dan Jepun.

Dimana anda pelajari kedua-dua bahasa ini? Dan bagaimana tahap penguasaan anda? Jika boleh, cuba anda perkenalkan diri anda menggunakan bahasa Mandarin dan Jepun.

7

Terima Kasih Tuan/Puan. Baiklah, saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina daripada darjah 1 sehingga darjah 6. Saya mula fasih bertutur dan menulis semasa di darjah 2 sehinggalah sekarang.

Untuk makluman Tuan/Puan saya mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Jepun bermula semasa saya mendapat pendidikan tinggi di salah sebuah universiti di Jepun.

Di sana penggunaan bahasa Jepun lebih diutamakan daripada bahasa Inggeris.Saya lihat syarikat Tuan/Puan bertaraf international dan kebanyakan pelanggan syarikat Tuan/Puan dikalangan syarikat orang Jepun .

Page 15: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 15

 

Saya yakin dengan skil yang saya ada ini dapat membantu syarikat Tuan/Puan mencapai misi syarikat.

Baiklah Tuan/Puan, izinkan saya perkenalkan diri saya menggunakan kedua-dua bahasa ini. (Sesi perkenalan bahasa Mandarin dan Jepun dimulakan)

Nota : Soalan ini menguji kemahiran anda berkomunikasi/berbahasa dalam bahasaasing seperti yang ditulis di dalam resume anda.

Page 16: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 16

Anda mahir menggunakan perisian Microsoft Office? Jika diberi tugasan untuk anda siapkan surat-menyurat dalam masa satu jam ini adakah anda mampu siapkan dengan kualiti yang baik?

8

Terima kasih Tuan/Puan. Saya mahir Tuan/Puan. Saya telah menggunakan perisian ini sejak 5 tahun yang lalu.

Perisian yang saya mahir adalah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Front Page. Saya mampu siapkan tugasan yang Tuan/Puan beri bergantung kepada kuantiti surat yang Tuan/Puan mahukan.

Jika kuantiti yang Tuan/Puan mahukan melebihi daripada kemampuan saya, saya perlu lebihan masa sedikit kerana saya mahu menjaga kualiti surat tersebut.

Bagi saya jika kuantiti banyak tetapi kualiti kurang, ini akan menjejaskan prestasi saya dan juga kredibiliti syarikat nanti.

Oleh itu saya perlu menjaga kualiti surat seiring dengan kuantiti surat tersebut.

Page 17: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 17

 

Saya yakin Tuan/Puan pentingkan kualiti daripada kuantiti bukan? Untuk makluman Tuan/Puan juga saya mampu menaip tanpa melihat ke keyboard dan mampu menaip 80 perkataan dalam masa satu minit.

Jika Tuan/Puan mempercayai kemampuan saya, saya mampu berikan yang terbaik daripada sebelum ini. Terima kasih Tuan/Puan.

Nota : Soalan ini menguji skil anda dalam sesuatu perisian. Soalan ini boleh ditanya untuk jawatan pengkeranian

Page 18: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 18

Boleh anda terangkan apa yang anda tahu tentang syarikat ini? Apakah produk jualan syarikat? Dan siapakah pelanggan syarikat?

9

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk mak-luman Tuan/Puan, saya telah study sedikit tentang syarikat Tuan/Puan di website syarikat coopercameron.com.

Apa yang saya faham, syarikat Tuan/Puan merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk dan servis sistem untuk industri Oil & Gas.

Contohnya seperti drilling systems, subsea systems, surface systems dan process systems. Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan ball valve trunnion spotlight.

Pelanggan bagi syarikat Tuan/Puan ini majoritinya terdiri daripada syarikat-syarikat besar seperti Pertronas, Slumberger, Shell dan banyak lagi. Syarikat Tuan/Puan beroperasi berdasarkan permintaan daripada pelanggan dan base on project running.

Page 19: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 19

 

Produk daripada permintaan pelanggan boleh ditempah (customize). Ini bermakna syarikat Tuan/Puan ini benar-benar menjaga pelanggan serta mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan.

Nota : Soalan ini menguji usaha lebih anda mengkaji bisnes syarikat. Anda disarankanuntuk membawa cetakan hard copy maklumat-maklumat penting syarikat semasa temuduga.

Contohnya seperti cetakan (print) website syarikat dibahagian misi dan visi syarikat, produk syarikat, carta organisasi syarikat dan pelanggan syarikat tersebut.

Walaupun anda tidak rujuk semasa temuduga, cuba nampakkan hard copy tersebut kepada panel temuduga supaya mereka nampak usaha anda mencetak dan benar-benar mengkaji selidik tentang syarikat mereka.

Page 20: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 20

Boleh anda jelaskan bagaimana projek akhir tahun anda boleh membantu anda dapatkan kerja di syarikat ini?

10

Terima kasih Tuan/Puan. Baiklah Tuan/Puan, untuk makluman Tuan/Puan projek akhir tahun saya adalah berlatarbelakangkan learning tool untuk pelajar yang mengambil subjek Semiconductor Devices.

Bagi projek ini saya diberi tanggungjawab menyediakan beberapa 3D video untuk kegunaan para pelajar. Video ini berdasarkan konsep-konsep asas yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengambil subjek ini.

Contohnya seperti bagaimana proses penghasilkan chip terhasil, pergerakan molekul semasa pertambahan suhu dan sebagainya lagi. Video ini dapat membantu para pelajar supaya mereka lebih memahami subjek yang mereka pelajari.

Untuk menyiapkan projek ini saya perlu memahami konsep setiap subtopic subjek Semiconductor Devices ini dengan mendalamdan saya perlu mahirkan diri dengan penggunaan perisian 3D.

Page 21: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 21

 

Saya yakin pemahaman saya tentang beberapa konsep asas proses semiconductorini dapat membantu saya untuk lebih memahami proses-proses lain dengan lebih mendalam lagi di syarikat Tuan/Puan.

Lagipun jawatan yang saya mohon juga berkaitan dengan projek yang saya hasilkan ini. Sebelum saya terlupa, untuk makluman Tuan/Puan, projek saya telah terpilih untuk bertanding di conference peringkat universiti dan dianugerahkan projek terbaik bagi tahun 2010. Terima kasih Tuan/Puan.

Nota : Jawatan dimohon andalah sebagai Process Engineer di salah satu syarikat semiconductor seperti syarikat Freescale Semiconductor.

Soalan ini boleh ditanya untuk mengujitahap kreativiti anda menjawab soalan dengan yakin.

Walaupun projek akhir tahun anda tidakberkaitan dengan jawatan yang anda mohon, cuba anda kaitkan apa yang telah anda pelajari sepanjang proses menyiapkan projek tersebut.

Page 22: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 22

Jika dilihat CGPA anda 3.97 dan hampir perfect. Jika anda diterima kerja hari inidan kemudian apabila anda pulang ke rumah anda diterima kerja di syarikat lain serta gaji yang ditawarkan lebih tinggi. Adakah anda akan menerima tawaran tersebut?

11

Terima kasih Tuan/Puan. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya perolehi. Baiklah Tuan/Puan, jika Tuan/Puan menerimasaya bekerja hari ini dan gaji yang pihak syarikat tawarkan juga berpatutan dengan kelayakan saya, saya menerima dengan hati yang terbuka.

Setakat ini saya baru menghadiri 4 temuduga dan ini masuk yang kelima. Bagi temuduga sebelum ini, mereka akan menghubungi saya dalam masa seminggu dari hari temuduga dijalankan. Jika Tuan/Puan menerima saya hari ini, saya sangat berterima kasih dan menghargai penilaian Tuan/Puan.

Seterusnya jika terdapat tawaran lain selepasini dan tawaran gajinya agak tinggi saya dengan jujur menolak tawaran tersebut dan menerima tawaran Tuan/Puan kerana Tuan/Puan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk pertama kalinya.

Page 23: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 23

 

Untuk permulaan wang bukan isunya Tuan/Puan, kepercayaan syarikat kepada saya lebih penting kerana dari situ akan wujudnya wang.

Saya benar-benar menghargai tawaran dan penilaian Tuan/Puan dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi kepada saya. Terima kasih Tuan/Puan

Nota : Soalan ini menguji kejujuran anda dengan tawaran yang diberi. Kebiasaanya soalan ini boleh ditanya kepada calon yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Jika syarikat menerima calon tersebut kemudian selang beberapa hari calon tersebut menerima tawaran daripada syarikat lain (kerana gajinya lebih tinggi),tindakan calon tersebut telah merugikan pihak syarikat daripada segi masa dan tenaga kerana syarikat terpaksa menemuramah calon lain semula bagi menggantikan jawatan tersebut

Page 24: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 24

Jika dilihat CGPA anda 2.30. Boleh anda yakinkan saya bahawa anda mampu menguntungkan syarikat walaupun CGPA anda agak rendah? Dan berikan sebab-sebab mengapa saya patut terima anda berkerja.

12

Terima kasih Tuan/Puan. Baiklah pertama sekali izinkan saya memberi pendapat tentang penilaian CGPA ini. Saya tidak nafikan yang CGPA itu memang penting untuk syarikat Tuan/Puan menilai pencapaian calon yang akan Tuan/Puan pilih.

Pandangan saya CGPA itu hanya menilai seseorang melalui pencapai subjek yang dipelajari sepanjang semester pengajian. Tetapi aspek lain contohnya penilaian daripada segi kegigihan, kematangan dan tahap komunikasi seseorang CGPA tidak boleh menilai.

Saya telah berusaha untuk mencapai keputusan CGPA yang tinggi tetapi pencapaian CGPA akhir saya hanya 2.30 daripada 4.00. Saya yakin Tuan/Puan, tidaksemua yang mencapai CGPA yang tinggi boleh laksanakan kerja dengan baik dan begitu juga sebaliknya.

Page 25: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 25

 

Walaupun aspek lain tidak dinilai dalam CGPA saya yakin untuk aspek lain saya mampu ton-jolkan prestasi yang benar-benar membantu syarikat Tuan/Puan.

Saya mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Jika tuan memberi kepercayaan kepada saya untuk bekerja di syarikat Tuan/Puan, saya akan buktikan kepada Tuan/Puan dengan pencapaian yang lebih baik dan CGPA tidak mampu menilai.

Nota : Soalan ini memerlukan penjelasananda tentang CGPA anda yang rendah tidak membantutkan usaha anda dapatkan jawatan yang dimohon.

Soalan ini juga menguji kematangan berfikir dan memberi pendapat anda dengan yakin.

Page 26: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 26

Jika saya lihat pada resume anda, anda berasal daripada Terengganu. Anda memohon kerja disini, Shah Alam.

Untuk makluman anda perkerjaan ini memerlukan anda turun padang melihat kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor.

Boleh saya tahu dimana anda tinggal sekarang? Dan bagaimana anda datang ke sini? Jika saya tugaskan anda untuk menyelia kerja-kerja di beberapa kawasan dalam satu hari adakah anda sanggup?

13

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk makluman Tuan/Puan, alamat pada resume saya adalah alamat kampung saya. Sekarang saya tinggaldi rumah sewa berhampiran dengan syarikat Tuan/Puan.

Saya datang ke sini menaiki motosikal. Saya faham jawatan yang saya mohon ini memerlukan saya bergerak ke satu kawasan ke satu kawasan lain.

Boleh saya tahu sama ada pergerakan saya ini menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan syarikat? Untuk kedua-dua situasi ini saya tiada masalah Tuan/Puan.

Page 27: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 27

 

Untuk makluman Tuan/Puan, saya pernah menyelia kerja-kerja orang dibawah seliaan saya sebelum ini. Saya menyelia beberapa projek di tapak.

Jika Tuan/Puan tugaskan saya untuk menyeliakerja-kerja kontraktor saya benar-benar bersedia. Pengalaman saya sebelum ini dapat membantu melancarkan lagi perjalanan kerja-kerja syarikat.

Nota : Soalan ini menguji kesanggupan anda bergerak dari satu tempat kerja ke satu tempat kerja yang lain.

Kebiasaanya jawatan ini akan luangkan banyak masa ditapak menyelia kerja-kerja pihak ketiga.

Page 28: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 28

Syarikat mula beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jika terdapat permintaan produk yang tinggi anda mungkin diminta untuk bekerja lebih masa berkemungkinan sehingga 3.00 pagi. Adakah anda sanggup untuk bekerja lebih masa?

14

Terima kasih Tuan/Puan. Saya sanggup Tuan/Puan untuk berkerja lebih masa jika itu memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Maksudnya saya diberi bayaran kepada lebihan masa tersebut dan syarikat mendapat keuntungan daripada lebihan masa yang saya lakukan.

Untuk makluman Tuan/Puan, saya pernah bekerja lebihan masa sebelum ini. Bagi saya Tuan/Puan, jika permintaan itu dapat diselesaikan dalam masa 8.00 pagi hingga 5.30 petang itu adalah yang terbaik.

Syarikat tidak perlu keluarkan kos untuk lebihan masa tetapi keuntungannya sama dengan bayaran lebihan masa. Maknan-ya Tuan/Puan, work smart dapat jimatkan pengeluaran kos lebihan masa seterusnya dapat tingkatkan keuntungan syarikat.

Page 29: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 29

 

Nota : Soalan ini menguji anda tentang kesanggupan anda lakukan kerja lebih masa. Kebiasaanya kerja lebihan masa akan dibayar dengan wang.

Terdapat juga kerja lebihan masa dibayar dengan cuti iaitu mengikut jam lebihan masa yang anda telah bekerja.

Kenapa anda berminat dengan jawatan ini? Boleh anda terangkan bagaimana anda dapat membantu syarikat menjana keuntungan?

15

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk pengetahuan Tuan/Puan saya berminat dengan jawatan ini pertama sekali kerana jawatan ini sejajar dengan pengajian saya di universiti.

Keduanya jika dilihat kepada gaji yang syarikat Tuan/Puan tawarkan agak menarik dan berpatutan untuk saya yang baru sahaja tamat pengajian.

Page 30: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 30

 

Bagi saya untuk hasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi dan menjana keuntungan kepada syarikat, setiap pekerja perlu lakukan kerja dengan penuh minat.

Maknanya kerja dilakukan tanpa paksaan. Daripada minat saya dengan pekerjaan ini, saya yakin saya dapat membantu Tuan/Puan merealisasikan misi syarikat seterusnya menjana keuntungan kepada syarikat. Sama-sama kita berusaha Tuan/Puan

Nota : Soalan ini menguji tahap keseriusan anda terhadap jawatan yang anda mohon seterusnya menguji tahap pemikiran anda

Berapa gaji yang anda minta untuk jawatan ini?16Terima kasih Tuan/Puan. Berbincang mengenai gaji isunya adalah tanggungjawab yang bakal saya pikul semasa bekerja.

Tidak setimpal juga jika saya meminta gaji terlalu tinggi tetapi saya tidak mampu memikul tanggungjawab yang diberi dan sebaliknya Tuan/Puan.

Page 31: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 31

 

Buat masa ini jika Tuan/Puan dapat lihat pada resume saya, saya memohon gaji RM2500 untuk permulaan.

Jika boleh, boleh Tuan/Puan berikan anggaran gaji yang syarikat Tuan/Puan tawarkan untuk jawatan ini?

Nota : Soalan ini menyoal gaji yang bersesuaian dengan jawatan yang anda mohon. Kebiasaanya gaji yang ditawarkan telah diiklankan bersama iklan jawatan tersebut

Page 32: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 32

Berapa gaji yang bersesuaian dengan anda? Dan boleh anda jelaskan kenapa syarikat perlu membayar gaji sedemikian kepada anda?

17

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk jawatan ini gaji yang bersesuaian adalah RM3500 sehingga RM4500. Baiklah Tuan/Puan, untuk makluman Tuan/Puan sebelum ini saya telah bekerja selama 3 tahun di dalam industri ini.

Selama saya bekerja, terdapat 1 projek besar yang memakan belanja hampir 3 juta RinggitMalaysia dan beberapa pilot projek untuk beberapa badan kerajaan telah saya usahakan dengan jayanya.

Tanggungjawab yang bakal saya pikul untuk jawatan ini lebih besar daripada jawatan saya sebelum ini. Bilangan pekerja bawahan juga lebih tinggi daripada bilangan pekerja saya sebelum ini.

Saya pernah bekerja Tuan/Puan dan pendapat saya, gaji yang dibayar ini adalah satu bentukpelaburan syarikat kepada pekerjanya. Syarikat akan lebih yakin untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak jika pulangan pelaburannya memberangsangkan.

Page 33: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 33

 

Saya samakan pembayaran gaji ini lebih kepada Return on Investment (ROI) syarikat kepada pekerjanya.

Daripada pengalaman saya sebelum ini, saya yakin saya dapat memberi pulangan yang lebih besar daripada pelaburan gaji yang syarikat Tuan/Puan bayar kepada saya.

Nota : Soalan ini menyoal anda tentang gaji yang anda mohon dan memerlukan anda memberi penjelasan kepada jumlah gaji yang anda mohon.

Tambahan pendapat boleh meyakinkan lagi panel temuramah kepada diri anda

Page 34: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 34

Hobi anda membaca, bersenam di jim dan berenang. Saya tertarik dengan buku yang anda baca ini “Think Big- by Donald Trump”.

Boleh anda kongsi sedikit isi kandungan buku tersebut? Boleh anda terangkan bagaimana pembacaan anda tentang buku ini dapat membantu anda merealiasikan misi dan visi syarikat?

18

Terima kasih Tuan/Puan. Sebenarnya Tuan/Puan, banyak lagi buku yang telah saya baca. Kebanyakan daripada buku-buku dalam koleksi saya dan telahpun saya habis baca berkisarkan tentang ilmu pengurusan dan peningkatan diri, pemasaran dan juga pelaburan.

Terdapat beberapa koleksi buku pilihan saya dan buku “Think Big” ini salah satu daripadanya. “Think Big – by Donald Trump” ini saya dapat simpulkan bahawa kita perlu berfikiran luas, berusaha dengan usaha yang luar biasa dan say NO kepada putus asa. Saya yakin Tuan/Puan tahu siapa Donald Trump.

Bagi saya jika perut berbunyi menandakan ia lapar, jika otak buntu menandakan ia perlukan idea-idea yang baru.

Page 35: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 35

 

Jika lapar kita perlu makan, jika buntu idea kita perlu dapatkan idea baru dengan pembacaan.

Pembacaan begini saya yakin ia dapat bantu diri saya berkembang ke arah think big dan seterusnya memberi idea-idea yang bernas dan hebat kepada syarikat untuk menjayakan misi dan visi syarikat.

Nota : Soalan ini memerlukan anda memberi penjelasan tentang salah satu hobi anda dan bagaimana anda kaitkan penjelasan anda dengan aktiviti syarikat.

Page 36: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 36

 

Boleh anda sebutkan misi dan visi syarikat?19Terima kasih Tuan/Puan. Baiklah misi dan visi syarikat…Misi : (Sebutkan misi syarikat)Visi : (Sebutkan visi syarikat)

Nota : Anda boleh lihat misi dan visi syarikat di website syarikat tersebut. Kebiasaannya soalan ini boleh ditanya kepada anda bertujuan supaya anda lebih bersedia dengan misi dan visi syarikat sebelum anda diterima bekerja.

Misi dan visi syarikat adalah sasaran utama syarikat tersebut mengoperasikan bisnesnya.

Jika saya lihat pada resume anda terdapat dua orang yang menjadi rujukan anda. Siapakah mereka ini? Dan kenapa anda memilih mereka ini sebagai rujukan anda?

20

Terima kasih Tuan/Puan. Untuk makluman Tuan/Puan kedua-dua rujukan saya ini adalah pensyarah saya semasa di universiti.

Page 37: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

Rahsia Resume Kerja | 37

 

Nota : Soalan ini memerlukan anda memberi penjelasan tentang rujukan yang anda tulis di dalam resume anda.

Kebiasaannya rujukan terdiri daripada mentor anda, pensyarah anda atau majikan ditempat lama anda bekerja.

Untuk lebih menyakinkan panel temudugaanda dinasihatkan untuk membawa bersama surat sokongan daripada salah seorang rujukan anda menandakan beliau menyokong penuh diri anda.

Salah seorangnya (sebutkan nama rujukan)merupakan mentor dan pensyarah saya sepanjang saya berada di universiti. Sebarangmasalah dan nasihat saya akan merujuk kepada mentor saya.

Beliau lebih mengetahui karakter saya dan potensi saya semasa di universiti. Saya juga ada bawa bersama surat sokongan daripadamentor saya untuk Tuan/Puan. Saya harap ia dapat membantu Tuan/Puan membuat penilaian kepada diri saya.

Page 38: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan

RAHSIA RESUME KERJA• Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah.• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga.• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda.• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA• Membantu persediaan temuduga anda.• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga?• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga.• Dan Banyak lagi yang menarik di www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta.• Diterangkan dalam 7 Modul utama.• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan.• Terus ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya

Page 39: Rahsia Resume Kerja - · PDF fileResume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang ... Contoh produk syarikat untuk process systems adalah seperti gate valve spotlight dan