majlis pelancaran logo baharu -...

16
MAJLIS PELANCARAN LOGO BAHARU INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA SEPTEMBER 2015 ISSUE NO. 4 CURRENT AWARENESS SERVICE INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Upload: phungtuong

Post on 14-Jun-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS PELANCARAN LOGO BAHARU INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

SEPTEMBER 2015ISSUE NO. 4

CURRENT AWARENESS SERVICE

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

CAS_updated 151015.indd 1 19/1/2016 2:55:16 PM

2

WHAT’S IN THE NEWS / BERITA TERKINI

03 Institut Integriti Malaysia Tampil Dengan Wajah Baharu

04 INTEGRITI-MIMOS Tandatangani Memorandum Persetujuan (MoA)

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

05 Malam Gemilang Patriotisme: Ku Wariskan Kedaulatan

06 Inisiatif Foresight: Visi Strategik Malaysia Masa Hadapan

07 Bicara Berirama Integriti Serlahkan Bakat Anak Muda

Advisor

Dr. Anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry Abady Sofian

Assistant Editor

Nor Azni Ahmad Husairi

CONTENTS / KANDUNGAN

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

Staff Writers

Norsheeda Din Aimi Farhana Mohd Amin

04 06 12 1505

Published monthly byINSTITUT INTEGRITI MALAYSIAMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

Photographer

Rosalizawati Arshad

Cover

Aryzam Rahim

Contributors

Norasikin Baharudin Anuar AhmadHamilye Sham HarunIzal Arif Zahrudin

14

FEATURES / RENCANA

08 Memerangi Rasuah Di Malaysia, Apa Lagi Perlu Dilakukan?

10 Nilai Integriti Dan Patriotisme

12 Integriti Dihayati Bukan Dikhianati

14 Air Terjun Jelawang: Keunikan Legasi Khazanah Alam

GALLERY / GALERI

15 Berita bergambar tentang aktiviti di Institut Integriti Malaysia

CAS_updated 151015.indd 2 19/1/2016 2:55:31 PM

3

Pada 14 September lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah melancarkan logo baharunya di

auditorium, Menara Integriti bersempena sambutan Hari Malaysia. Pelancaran logo berkenaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim turut disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff.

Menurut Dr. Anis Yusal, penampilan wajah dan imej baharu INTEGRITI pada masa ini amat perlu kerana ia selari dengan hasrat mentransformasikan pelaksanaan agenda integriti nasional.

Malahan, ia turut penting sebagai pemangkin kepada perubahan yang lebih positif dan sistematik dalam kalangan warga INTEGRITI. Oleh itu, proses penjenamaan semula INTEGRITI bukan hanya tertumpu kepada kosmetik (luaran)

dan fizikal, tetapi juga kepada beberapa elemen dalaman seperti cara dan kaedah pelaksanaan kerja.

Ulas beliau lanjut, penjenamaan semula ini penting bagi membolehkan INTEGRITI membentuk pemikiran dan penerimaan masyarakat terhadapnya. Ini termasuk agenda pembudayaan integriti yang didukung sejak awal penubuhan INTEGRITI 11 tahun lalu.

Di samping itu, proses penjenamaan baharu ini diyakini dapat menyerlahkan lagi peranan INTEGRITI di mata masyarakat, sekali gus berupaya menarik minat umum terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi ini menerusi kelainan imej yang ia tampilkan.

Menerusi penjenamaan ini diharapkan akan dapat meningkatkan visibility dan kedudukan INTEGRITI sebagai sebuah hub integriti yang terulung. Hal ini akan secara langsung mewujudkan imej,

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TAMPIL DENGAN WAJAH BAHARUOleh Zubayry Abady Sofian dan Azni Husairi

WHAT’S IN THE NEWS / BERITA TERKINI

identiti dan reputasi INTEGRITI yang bukan sahaja dikenali dalam negara, malahan turut megah di persada antarabangsa.

Proses penjenamaan ini bukanlah penjenamaan produk dan bukan jua sekadar logo. Tetapi ia merupakan keseluruhan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen dengan tema yang konsisten.

Jenama baharu INTEGRITI yang terhasil daripada cetusan ilham Dr. Anis Yusal sendiri ini direka dengan konsep yang straightforward, simple, bold dan jelas. Mesej ini ketara dengan penggunaan warna hitam dan putih sahaja.

Diharap jenama baharu INTEGRITI ini akan menjadi ‘lambang’ yang mampu berkomunikasi atau ‘bercakap’ secara langsung dengan khalayak.

Hitam sebagai latar belakang menggambarkan permasalahan integriti yang berlaku sama ada dalam diri atau negara.

Garisan putih lurus menggambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan. Ia juga membawa maksud tiada bengkang-bengkok dalam mengamalkan integriti.

Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris juga diletakkan di bawah dalam usaha membawa INTEGRITI ke arena antarabangsa.

Di bawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) iaitu agensi yang diamanahkan untuk mengkoordinasikan agenda integriti negara.

Warna putih yang mendasari tulisan menggambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari.

Perkataan “INTEGRITI” diboldkan dan menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin disampaikan.

CAS_updated 151015.indd 3 19/1/2016 2:55:34 PM

4

INTEGRITI-MIMOS TANDATANGANI MEMORANDUM PERSETUJUAN (MOA)

Usaha sama antara Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan MIMOS

Berhad telah berlangsung sejak perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak ditandatangani pada 6 September 2007 lagi.

Lanjutan daripada MoU berkenaan, kedua-dua organisasi telah memeterai sebuah Memorandum Persetujuan (MoA) pada 1 September lalu dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah INTEGRITI di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Majlis MoA berkenaan turut menyaksikan pertukaran dokumen antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Datuk Abdul Wahab Abdullah.

Rentetan daripada termeterainya MoA tersebut, sebuah majlis khas

penyerahannya secara simbolik antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal tadbir urus dan integriti, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau yang diadakan di Pusat

Oleh Azni Husairi

Datuk Paul Low Seng Kuan saling bertukar dokumen dengan Datuk Madius Tangau

Dr. Anis Yusal Yusoff dan Datuk Abdul Wahab Abdullah menandatangi MoA

WHAT’S IN THE NEWS / BERITA TERKINI

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 September 2015. Ia bersempena dengan International Anti-Corruption Conference (IACC) ke-16.

Dr. Anis Yusal berkata, MoA tersebut penting kerana ia memberi peluang kepada INTEGRITI untuk menjadi penerima teknologi kepada Ujian Integriti Malaysia (MIT) yang telah dibangunkan oleh MIMOS sejak tahun 2009.

Menurut Datuk Abdul Wahab, MIT merupakan satu cara saintifik bagi menerangkan kebolehpercayaan, kejujuran dan kecenderungan seseorang untuk menegakkan integriti secara konsisten. Justeru, dengan kehadiran MIT ini dapat menyenangkan organisasi membuat keputusan berkaitan penglibatan dan proses pembangunan pekerja.

CAS_updated 151015.indd 4 19/1/2016 2:55:42 PM

5

MALAM GEMILANG PATRIOTISME : KU WARISKAN KEDAULATANOleh Norsheeda Din

Program ‘Gemilang Patriotisme: Ku Wariskan Kedaulatan’ telah diadakan

di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sempena sambutan Hari Malaysia 2015. Ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim yang mewakili Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Majlis yang mengangkat kedaulatan, patriotisme dan integriti ini diadakan bagi melahirkan rasa penghargaan, sekali gus memperingati jasa para pejuang negara yang telah bertarung nyawa demi memastikan keamanan serta kedaulatan tanah air kekal terpelihara. Ia dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada penerima pingat Setia Pahlawan Gagah Perkasa (SP), Pingat Gagah Berani (PGB), Jasa Perkasa Persekutuan (JPP), veteran komando VAT69, anggota badan beruniform dan generasi muda dari pelbagai institusi.

Sebagai lambang penghargaan kepada lapan perwira negara yang terkorban dalam Ops Daulat yang lalu, sebuah replika Batu Tanda Peringatan telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Shahidan. Dua Batu Tanda Peringatan

sebenar akan didirikan di Kampung Tandao, Lahad Datu dan Kampung Seri Jaya di Simunul, Semporna, Sabah sebagai memorial.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff, batu tanda berkenaan merupakan ilham INTEGRITI dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan integriti dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Selain batu tanda, malam Gemilang Patriotisme ini turut menyaksikan lontaran harapan dan penyerahan skrol oleh sekumpulan anak muda kepada Timbalan Perdana Menteri. Ia merupakan

simbolik sebagai tanda kepimpinan negara menerima dan menyambut baik harapan anak muda untuk direalisasikan oleh kerajaan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan melancarkan Batu Tanda Peringatan bersama Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun dan Dr. Anis Yusal

Dato’ Seri Dr. Shahidan menerima skrol ‘harapan anak muda’ bagi pihak Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Generasi muda bersemangat melontarkan harapan kepada pemimpin negara

Dr. Anis Yusal menyerahkan cenderahati kepada Dato’ Seri Dr. Shahidan

Pengarah Kanan INTEGRITI, Mohd Nizam Mohd Ali bersemangat mendeklamasikan puisi

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

CAS_updated 151015.indd 5 19/1/2016 2:56:04 PM

6

INISIATIF FORESIGHT :VISI STRATEGIK MALAYSIA MASA HADAPANOleh Pusat Ilmu & Runding Cara Integriti

Ceria... Para peserta sempat bergambar kenangan

Pada pertengahan Julai yang lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah mengadakan sebuah bengkel Foresight di Dewan Murni, Menara Integriti

bagi membincangkan hal-hal dan isu-isu yang bakal berlaku pada 30 tahun akan datang. Ia merupakan kelangsungan daripada Projek Foresight Malaysia 2050 yang dimulakan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

Projek Foresight Malaysia 2050 mempunyai empat objektif utama. Antaranya ialah untuk membina visi strategik Malaysia pada masa hadapan di samping mengenal pasti risiko global dan impaknya ke atas Malaysia dan kedudukan negara pada tahun 2050. Untuk mencapainya, empat komponen telah diwujudkan iaitu sains dan teknologi, geopolitik, masyarakat

dan budaya serta ekonomi dan kewangan.

Selaras dengan itu, INTEGRITI yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal Yusoff telah dilantik dan diamanahkan untuk menerajui komponen masyarakat dan budaya.

“Pada tahun 1991, Malaysia melancarkan Wawasan 2020 yang kini cuma tinggal lima tahun sahaja lagi untuk kita capai. Foresight pun hampir sama dengan Wawasan 2020 yang mana kita meramal dan melihat 30 tahun ke hadapan. Kita nak tengok apa dia kemungkinan yang boleh berlaku dan akan berlaku pada tahun 2050 nanti,” ulas Dr. Anis Yusal.

CAS_updated 151015.indd 6 19/1/2016 2:56:08 PM

7

BICARA BERIRAMA INTEGRITI SERLAHKAN BAKAT ANAK MUDA

Pada 20 Ogos yang lalu, satu Pertandingan Bicara Berirama Integriti Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan di Hotel Empress,

Sepang, Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Hajah Rozainum Ahmad dan disertai oleh 480 orang pelajar yang merupakan juara di peringkat negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengetengahkan persembahan berbentuk puisi atau prosa berkumpulan, pertandingan ini telah mula diadakan sejak beberapa tahun yang lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif kementerian untuk meningkatkan penguasaan serta penggunaan Bahasa Melayu baku khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Bagaimanapun, tema integriti hanya diperkenalkan sejak tahun lalu apabila Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menjadi penganjur bersama KPM untuk program berkenaan.

“Tema ini menyebabkan perkataan integriti akan sentiasa meniti di bibir para pelajar. Malahan, pertandingan ini juga akan sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka,” ulas Hajah Rozainum.

Tambah beliau, integriti dipilih sebagai tema utama bagi membolehkan para peserta didedahkan dengan pelbagai isu integriti. Ini sekali gus dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang maksud integriti yang sebenar.

Oleh Norasikin Baharudin

CAS_updated 151015.indd 7 19/1/2016 2:56:10 PM

8

MEMERANGI RASUAH DI MALAYSIA, APA LAGI PERLU DILAKUKAN?Oleh Dr. Anis Yusal Yusoff Disiarkan dalam Astro Awani, 8 Julai 2015

FEATURES / RENCANA

Seorang sahabat menghubungi penulis baru-baru ini untuk memaklumkan bahawa seorang

kenalan rapat kami ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah.

Apa pun tuduhannya dan apa pun sabit kesalahan jika didapati bersalah ataupun sebaliknya, yang pasti nama baik beliau dan keluarganya telah tercemar sebaik sahaja berita penangkapan beliau disebar dan gambar disiarkan di dada-dada akhbar.

Soalnya sejauh mana perasaan malu akibat pendedahan itu akan menimbulkan kesedaran kepada seseorang? Apa pula reaksi masyarakat sekeliling dengan pendedahan sebegini? Bagaimana pula halnya sekiranya beliau didapati tidak bersalah sedangkan nama beliau telah tercemar?

Persoalan-persoalan ini timbul dalam benak fikiran penulis sebagai usaha untuk cuba memahami dengan lebih mendalam tentang apa lagi yang perlu kita lakukan sebagai sebuah negara untuk memerangi rasuah di Malaysia ini.

Setahun yang lalu, penulis menghasilkan sebuah buku bersama beberapa orang teman dengan judul, ‘Memerangi Rasuah di Malaysia:

Cukupkah usaha kita?’

Hari ini persoalan yang timbul adalah tentang apa lagi yang perlu kita lakukan?

Lebih penting pada penulis mungkin perlu untuk kita mendidik anak-anak kita dengan nilai-nilai murni dan memupuk mereka dengan integriti.

Apa makna integriti pada anak muda hari ini kalau dalam usaha memupuk nilai baik ini, kita membiarkan mereka menjadi materialistik.

Lebih buruk lagi kalau kita tidak sekat kerakusan dan sifat tamak haloba sesetengah orang yang melanggar semua etika hidup semata-mata untuk mencapai matlamat akhir mereka dan

orang-orang jenis ini pula yang selalunya dijadikan idola anak-anak muda masa kini.

Walaupun pada hari ini hampir setiap masa kita didedahkan dengan pelbagai kes penyelewengan dan salah guna kuasa, namun kita tidak melihat pendedahan-pendedahan ini dapat menginsafi masyarakat terbanyak.

S e b a l i k n y a laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dapat dijadikan bukti bagaimana perkara-perkara yang sama berulang setiap tahun dan seolah-olah kita tidak pernah belajar daripada laporan yang sudah-sudah.

Akhir-akhir ini pula, kita melihat trend terkini dalam media sosial, yang mana pelbagai pihak saling tuduh menuduh tentang siapa yang lebih hebat dalam menyalahgunakan wang simpanan rakyat tidak kira dalam bentuk apa dan disimpan di mana.

Sama ada tuduhan tersebut berasas atau tidak, tidak ada siapa yang ambil

CAS_updated 151015.indd 8 19/1/2016 2:56:11 PM

9

harus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencari jalan bagi mencapai hasrat ini.

RMK-11 juga agak menarik kerana dalam usaha untuk memupuk persefahaman, toleransi dan etika, kerajaan bercadang untuk melaksanakannya melalui penglibatan masyarakat meluas.

Sebagai contoh, di peringkat masyarakat, Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan komuniti untuk menerap nilai etika dan moral melalui program dan kempen kesedaran bersasar yang khusus.

Pemimpin politik, masyarakat dan profesional disarankan dalam RMK-11 untuk menjadi contoh dan teladan bagi tingkah laku yang terpuji untuk diikuti oleh rakyat, terutamanya anak-anak muda terbanyak.

RMK-11 memberi penekanan bahawa usaha berterusan yang perlu diambil bagi memartabatkan integriti, membanteras rasuah, melaksanakan bajet

adalah kepentingan untuk mempertingkatkan integriti anggota penguatkuasaan.

Suruhanjaya Integriti Anggota Penguatkuasaan telah ditubuhkan empat tahun yang lalu dengan hasrat untuk melaksanakan usaha ini. Ini bagi mengelakkan daripada “mengharapkan pegar, pegar memakan padi”.

Kerajaan juga telah menggariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, bahawa etika dan kerohanian sebagai satu daripada enam keberhasilan pelajar yang dihasratkan.

Kurikulum persekolahan formal, daripada prasekolah hingga ke pengajian tinggi akan dipertingkatkan untuk mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

Perlu dilaksanakan lebih banyak kempen untuk menanam nilai pemikiran sivik dan integriti dalam kalangan belia. Lebih-lebih lagi kepada belia berisiko tinggi.

Institut Integriti Malaysia

berasaskan outcome dan memupuk nilai murni dalam kalangan penjawat awam.

Pada masa yang sama usaha untuk memperluas pelaksanaan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dalam kalangan sektor swasta bagi melaksanakan inisiatif pencegahan rasuah perlu diselaraskan.

Pihak kerajaan berhasrat untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan badan-badan kemasyarakatan dan pertubuhan politik bagi melibatkan penyertaan bersama semua pihak ke atas inisiatif yang diambil dan akan bertindak sebagai agen perubahan.

Dalam konteks tadbir urus pada hari ini, semua pihak harus berani berkata benar biarpun risikonya sangat tinggi.

Allahyarham Jalil Ibrahim harus dijadikan idola anak muda masa kini.

Institusi awam negara ini akan hanya dihormati apabila kita mempunyai komitmen, integriti dan pengetahuan relevan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Institusi eksekutif, perundangan dan kehakiman yang bebas dan dipercayai dan memastikan hak rakyat dilindungi sepenuhnya akan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan dihormati dunia.

Semoga semua usaha baik kita ini dirahmati Allah SWT.

peduli. Yang penting pada ramai orang, adalah berita siapa yang lebih sensasi.

Mungkin pada waktu-waktu begini, elok kita imbas kembali dan mengenang kepada keberanian seorang anak muda yang mati semasa bertugas hanya kerana si pembunuh khuatir anak muda ini telah mempunyai bukti yang kukuh untuk melaporkan tentang penyelewengan yang juga mencecah berbilion dolar pada waktu itu.

Anak muda yang berusia 34 tahun pada ketika beliau dibunuh pada 21 Julai 1983, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang berusia antara enam bulan ke enam tahun.

Soalnya berapa ramai lagi yang harus mengikut jejak Allahyarham Jalil Ibrahim sebelum kita sedar kepada semua keterlanjuran kita ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri membentangkan RMK-11, antara perkara yang tertera dalam dokumen RMK-11 dalam konteks integriti yang perlu disebut

FEATURES / RENCANA

CAS_updated 151015.indd 9 19/1/2016 2:56:15 PM

10

NILAI INTEGRITI DAN PATRIOTISMEOleh Anuar Ahmad Disiarkan dalam Utusan Malaysia, 15 Ogos 2015

Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-58, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) baru-baru

ini menganjurkan dialog meja bulat bertajuk ‘Strategi Bagi Mempertingkatkan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat’ terutamanya golongan muda dengan menampilkan ahli-ahli panel iaitu Ketua Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Sayuti Mukhtar; Kartini Kamalul Arifin iaitu seorang selebriti terkenal yang juga Pengarah Radio IM4U dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Norzulaiqha Zulkifli.

Suka atau tidak kita terpaksa mengakui bahawa tahap Indeks Patriotisme Global negara kita berada pada paras yang tidak begitu memberangsangkan berbanding Filipina yang menduduki ranking kesembilan di peringkat dunia.

Kajian dibuat University of Chicago National Opinion Research Centre itu meletakkan Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela berkongsi tangga teratas sebagai negara yang rakyatnya paling patriotik dan Australia di tangga yang ketiga.

Kesemua ahli panel secara kolektifnya bersetuju bahawa sistem pendidikan hari ini perlu diperhalusi dengan menitik beratkan mata pelajaran Sejarah agar golongan muda hari ini terutamanya Generasi Z (19 tahun ke bawah) dan Generasi Y (20-39 tahun) faham akan perjuangan datuk nenek moyang mereka mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada tangan penjajah.

Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Tok Naning di Melaka, Raja Haji di Selangor, Tok Janggut di Kelantan, Mat Salleh di Sabah dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu serta ramai lagi sewajarnya diindoktrinasikan kepada para pelajar di peringkat sekolah secara

FEATURES / RENCANA

CAS_updated 151015.indd 10 19/1/2016 2:56:17 PM

11

berterusan bagi membangkitkan semangat patriotisme serta rasa kecintaan mereka kepada tanah air.

Konsep wattaniyat al hanin atau rasa cintakan negara ini adalah satu nilai integriti utama yang perlu diberikan penekanan bagi melahirkan sebuah generasi yang baik akhlaknya, kukuh ciri-ciri moral dan kuat pegangan agamanya seperti yang terkandung di dalam Cabaran Keempat Wawasan 2020.

Nilai integriti dan patriotisme yang tinggi ini dapat kita lihat dalam kisah seorang negarawan Sepanyol yang bernama Hernando Cortes (1485-1547) yang begitu taat kepada perintah rajanya iaitu King Charles V, Raja Castillee (hari ini Sepanyol).

Dalam memperluaskan wilayah kolonialisasinya, raja Sepanyol itu telah mengarahkan Cortes untuk menyerang empayar Aztec yang memerintah Mexico dan berbekalkan kekuatan tentera seramai 500 orang, 12 ekor kuda dan tujuh laras meriam. Cortes begitu taat melaksanakan kehendak rajanya walaupun kekuatan tentera yang sebegitu kecil memustahilkan untuk menawan Mexico. Beliau akhirnya menggunakan strategi licik apabila mengatur pakatan dengan Gabenor Cuba, Diego Valazques untuk membantunya menawan Mexico. Atas bantuan kerajaan Cuba akhirnya pada tahun 1520 Cortes berjaya menawan Mexico.

Selepas berjaya menguasai Mexico itu maka bermulalah ujian integriti paling kuat kepada Cortes apabila Gabenor Cuba memujuknya untuk berkonspirasi mengkhianati amanahnya kepada kerajaan Sepanyol. Diego Valazques cuba mempengaruhi Cortes untuk menjadi raja Mexico dengan sokongan Cuba dan sebagai balasannya hasil kekayaan Mexico itu dibahagi sama rata antara beliau dan Cortes.

Namun semangat patriotisme dan ketaatan yang kental di hati Cortes tidak dapat digelapkan dengan kekayaan dan

jawatan sebagai raja dan akhirnya apabila beliau menolak cadangan itu hingga mengakibatkan berlaku peperangan antaranya dan Cuba dan selepas menang dalam pertempuran itu, beliau kembali ke Sepanyol dan menyerahkan Mexico kepada King Charles V hanya untuk berhadapan dengan fitnah dan dipecat daripada jawatannya.

Begitulah kisah seorang manusia yang amat patriotik kepada negara dan mempunyai nilai jati diri dan integriti yang begitu tinggi hinggakan sanggup menolak sogokan untuk menjadi raja daripada menderhaka dan mengkhianati negaranya sendiri.

Cuba kita selami pula kisah seorang insan lain yang bernama Umaiyuddin Muhammad Al Aqami, Perdana Menteri kerajaan Islam Bani Abbasiyah yang telah mengkhianati negaranya pada tahun 1258. Umaiyuddin ialah penganut mahzab Syiah sementara Khalifah terakhir Bani Abbasiyah, Al Mustassim adalah penganut mahzab Sunni yang banyak melakukan penindasan kepada para pemberontak Syiah.

Justeru, atas rasa dendam mahzab itu dan terpengaruh dengan rayuan dan sogokan pemerintah tentera Tartar (Monggolia), Hulagu Khan yang menawarkan rasuah 300,000 dirham dan janji menjadikannya sebagai khalifah, beliau sanggup mengkhianati negaranya dengan mendedahkan strategi pertahanan Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpangkalan di Baghdad ketika itu.

Akibat pengkhianatan seorang manusia, sejuta rakyat Baghdad menjadi korban, kota besar Islam itu bermandi darah. Khalifah Al Mustassim dan keseluruhan 17 orang ahli keluarganya dibunuh kecuali dua putera dan puterinya yang dibawa ke istana Hulagu Khan, dijadikan hamba dan gundik kepada pemerintah Tartar yang ganas itu.

Meskipun, Hulagu memperkotakan

janji dengan menghadiahkan apa yang dijanjikan kecuali jawatan khalifah kerana beliau tidak mempercayai Umaiyuddin yang telah sanggup mengkhianati negaranya untuk menjadi proksi beliau memerintah Baghdad.

Ketika itu setelah Umaiyuddin melihat keseluruhan ahli keluarganya mati terbunuh mempertahankan kota Baghdad, baharulah timbul sesalan di hati dan ketika itu sesalannya terlambat dan nama beliau terpahat di catatan sejarah sebagai pengkhianat negara terbesar yang menyebabkan sebuah kerajaan besar Islam yang telah memerintah sebuah wilayah yang luas selama lebih 500 tahun itu tumbang dalam sekelip mata.

Kisah integriti dua insan yang patriotik dan tidak patriotik ini membuka ruang minda kita untuk berfikir sejenak akan pentingnya para pemuda kita disemai dengan bibit-bibit patriotisme tinggi demi untuk melahirkan satu generasi baharu yang cintakan negara.

Golongan muda hendaklah dididik melalui kurikulum kenegaraan yang mantap secara inklusif dan berterusan agar dapat melahirkan golongan muda yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara seperti mana ditunjukkan oleh para mahasiswa dan mahasiswi Ecole Polytechnique di Paris yang masing-masing telah sanggup mengangkat senjata secara sukarela mempertahankan Perancis dari serangan Tentera Bersekutu pada tahun 1814 sehingga kerajaan Perancis membina sebuah tugu khas bagi memperingati kematian dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara Perancis.

Semoga moto Hari Kemerdekaan ke-58 kita yang berpaksikan semangat Sehati Sejiwa ini akan membuka dimensi baharu dalam menyemai semangat cintakan tanah air yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda selaku pewaris kepimpinan negara di masa depan.

FEATURES / RENCANA

CAS_updated 151015.indd 11 19/1/2016 2:56:18 PM

12

FEATURES / RENCANA

INTEGRITI DIHAYATI BUKAN DIKHIANATIOleh Hamilye Sham Harun Disiarkan dalam Utusan Malaysia, 18 September 2015

Pada sesi perkongsian ilmu, Breakfast Talk Siri 4/2015 yang dianjurkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), 3 September lalu di Kuala Lumpur, pembicara utama, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar, ketika mengupas topik ‘Kepentingan Integriti Dalam Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar’ berkata, integriti pemeliharaan alam sekitar dan sumber asli bumi merujuk kepada fungsi penting manusia sebagai khalifah di muka bumi ini (Steward of the Earth).

Menurutnya, integriti perlu dikawal berpaksikan nilai-nilai etika, murni dan norma tindakan mulia seseorang individu. Tambahnya, diskusi tentang alam sekitar mahupun persekitaran sering menjadi topik hangat yang dibincangkan di mana-mana. Namun, persoalan yang tidak terlepas dibangkitkan adalah kenapa masih ada manusia yang rakus mencari keuntungan sehingga sanggup menggadaikan kelestarian dan keindahan alam semula jadi.

Dalam hal ini, definisi pemeliharaan mahupun pemuliharaan alam sekitar perlu dihayati bagi merencana tindakan menjaganya dari perspektif integriti.

Pemeliharaan membawa maksud tindakan melindungi sumber-sumber bumi supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya. Pemuliharaan pula cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan, kemusnahan dan pembaziran. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber dapat memastikan kesinambungan dan keseimbangan sumber alam untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Keseimbangan alam semula jadi wujud apabila berlaku hubung jalin dan interaksi antara organisme atau antara organisme dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kewujudan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan dan proses kitar semula jadi amatlah penting. Antaranya kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air. Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisme terus hidup dan beranak.

Kita sering diancam pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau dan letusan gunung berapi yang boleh menyebabkan keseimbangan alam

tergugat. Kesannya berlaku pencemaran alam sekitar yang mengganggu kitaran semula jadi, merosakkan habitat haiwan dan secara tidak langsung menjejaskan kehidupan manusia. Pencemaran alam sekitar juga berlaku daripada kenderaan yang menggunakan bahan api fosil, yang menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Sikap tidak prihatin pengusaha kilang membuang sisa toksik ke dalam sungai pula menyebabkan hidupan akuatik terancam.

Hari ini pencemaran alam sekitar berlaku bukan sahaja di negara kita, malah negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

Mengikut kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 91 peratus kejadian pencemaran terutamanya sungai yang berlaku di negara kita disebabkan najis, sama ada oleh haiwan mahupun manusia.

Unsur lain termasuklah bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk pertanian mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku disebabkan penghasilan keladak dan bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan dari kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan akibat hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.

Di samping itu, bahan buangan dari kilang, pemusnahan hutan dan pembangunan industri juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kita. Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar pada hari ini? Adakah hanya berdiam diri dan menjaga halaman rumah kita sahaja?

Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan ‘tidak’ kepada pemusnahan hutan dan persekitaran yang kotor. Contohnya, kita sebagai individu mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan ladang yang pemajunya menebang hutan untuk pembukaan kawasan perumahan.

CAS_updated 151015.indd 12 19/1/2016 2:56:18 PM

13

Bagi memastikan persekitaran selamat didiami, orang awam perlu mengambil berat terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang kerana akan menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah lain seperti banjir.

Banjir besar di Kelantan dan Terengganu tahun lepas memaksa kerajaan mengeluarkan kos yang banyak, untuk memperbaiki kemudahan prasarana asas yang rosak.

Penguatkuasaan bersepadu juga perlu dalam membanteras pembalakan haram. Ini kerana, kegiatan ini turut memusnah dan mencemar alam sekitar, membawa kepada musnahnya kebanyakan habitat semula jadi ikan air tawar bahkan turut membawa masalah lain seperti hakisan tanah, banjir, pemanasan sejagat dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum, kewujudan tumbuh-tumbuhan sangat penting bagi ‘menyerap’ karbon dioksida dan mengembalikan oksigen untuk tujuan pernafasan.

Langkah berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin alam sekitar kita terus terpelihara. Jika semua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama, pastinya alam sekitar kita dapat diselamatkan dan dipelihara.

Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga perlu dipastikan berkesan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

seperti Rakan Alam Sekitar, EcoKnight, WWF, SAM dan Grass ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran anggota masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Hakikatnya penjagaan alam sekitar memang menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia. Kita harus memikirkan kenapa integriti alam sekitar sangat penting. Antaranya mengelakkan haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan dan memastikan komposisi gas di udara kekal seimbang. Namun paling penting memastikan bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas dan tidak terputus secara tiba-tiba serta mendapat sumber air bersih dan tidak tercemar, seterusnya mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global yang tidak terkawal.

Islam melarang umatnya melakukan sebarang bentuk kerosakan di atas muka bumi. Ini termasuk kerosakan jiwa, harta benda dan alam sekitar. Tindakan segelintir manusia yang tidak bersyukur dengan rakus mengeluarkan kekayaan dari perut bumi untuk menambah harta sehingga merosakkan ekosistemnya, memberi kesan jangka panjang yang mengundang bencana tidak dijangka seperti meningkatnya paras air laut, banjir besar, gempa bumi, glasier mencair di Antartika dan perubahan cuaca tidak menentu. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kehidupan dari sudut pertanian, nelayan dan penduduk.

Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Rum ayat 41: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Semua pihak perlu disedarkan tentang tanggungjawab mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam. Di negara kita, JAS adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui penguatkuasaan dan program kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat. Namun usaha tersebut

perlu diperkukuhkan melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak.

Kita perlu pastikan sebarang rancangan pembangunan dan kegiatan sosioekonomi masyarakat tidak merosakkan ekologi alam sekitar. Elakkan menarah bukit, pembalakan haram, pembakaran terbuka dan pembuangan sampah yang tidak terkawal. Berusahalah untuk menghindari diri dan tempat tinggal daripada sebarang bencana dengan menunaikan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya kerana sesungguhnya bencana adalah sebahagian daripada balasan dan ujian Allah.

Sama-samalah kita pupuk sikap sukarela untuk berubah, melakukan penambahbaikan demi masa depan alam sekitar yang lebih lestari.

Memetik kata-kata hikmah, “Kita tidak mewarisi bumi ini untuk diperlakukan sesuka hati. Kita hanya meminjamnya daripada anak-anak kita maka kita perlu menggunakan dan menjaga dengan sebaik-baiknya.”

Penulis yakin jika kita kembali kepada matlamat kehidupan yang sebenar maka bumi dan alam sekitarnya akan kembali aman dan tenang.

Sekitar majlis Breakfast Talk Siri keempat di Menara Integriti

FEATURES / RENCANA

CAS_updated 151015.indd 13 19/1/2016 2:56:25 PM

14

AIR TERJUN JELAWANG: KEUNIKAN LEGASI KHAZANAH ALAM

Sesekali melarikan diri daripada kesibukan kota adalah satu kemestian, apalagi jika sudah

lama tidak berpeluang merehatkan minda dengan alam sekitar dan aktiviti yang santai. Air Terjun Jelawang yang terletak di Gunung Stong, Dabong, Kelantan merupakan antara destinasi percutian istimewa untuk beriadah bersama keluarga.

Mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan dari Kuala Lumpur, keindahan Air Terjun Jelawang memang tidak dapat dinafikan. Selain memiliki tujuh tingkat, ketinggiannya juga melebihi 400 meter dan dikatakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kem Baha terletak di bahagian paling atas air terjun. Untuk mendakinya, pengujung perlu mengupah jurupandu. Kelengkapan perkhemahan perlu dibawa sendiri sekiranya ingin bermalam di sana. Selain itu, persediaan mental dan fizikal juga penting sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Untuk sampai ke sana, pengunjung perlu mendaki selama sekitar dua jam. Meskipun keletihan, rasa lelah akan hilang serta-merta sebaik sahaja mata melihat keindahan air terjun dan kawasan sekitar Kem Baha. Inilah perasaan yang acap kali dirasai oleh pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Namun, bagi yang tidak berupaya mendaki, berehat di kaki air terjun pun sudah memadai.

Kem Baha mempunyai pelbagai daya tarikan. Selain berkhemah dan mendaki gunung, pengunjung juga berpeluang meneroka keindahan dan keunikan di sekitar kawasan air terjunnya. Pengunjung yang bertuah akan berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang sukar ditemui seperti orkid.

Beberapa buah lokasi menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah Kolam Puteri, Gua Rantai dan Telaga Tujuh. Namun, antara yang paling istimewa ialah kawasan yang menjadi tempat pertemuan air terjun Gunung Stong dan Gunung Ayam. Ia turut terkenal dengan panggilan the last waterfall.

Letih berjalan dan melihat panorama alam, pengunjung boleh bermandi-manda di air terjun. Bagi kaki pancing pula, mereka boleh mengisi masa luang dengan memancing.

Pengalaman melakukan aktiviti rekreasi luar, lebih-lebih lagi bersama keluarga sukar digambarkan tanpa mengalaminya sendiri. Aktiviti seumpama ini semakin popular dan diminati oleh generasi sekarang.

Oleh Izal Arif Zahrudin

Namun, dalam berseronok, integriti diri dan keindahan alam semula jadi perlu dipelihara.

Tulisan di papan tanda seperti “take nothing but photographs, leave nothing but footprints” yang ada di kawasan berkenaan misalnya tidak boleh diambil mudah. Selain dapat mendidik pengunjung agar memelihara alam, ia juga boleh membantu ibu bapa menyemai serta

menyuburkan integriti dalam diri anak-anak. Dengan ini keindahan khazanah alam seumpama Air Terjun Jelawang akan dapat dinikmati dan dirasai oleh semua generasi tanpa ada yang terkecuali.

CAS_updated 151015.indd 14 19/1/2016 2:56:27 PM

15

Ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) sempat merakamkan kenangan sebaik sahaja selesai menghadiri mesyuarat penubuhan JKNMPP di Institut Integriti Malaysia pada 28 Ogos 2015.

GALLERY / GALERI

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr. Anis Yusal Yusoff menerima kunjungan Ketua Transformasi Sosial, Center of Economic Research (CER) Uzbekistan, Talat Shadibaev, Penyelaras Penyelidikan CER, Kamila Muhamedhanova dan Kaunselor Perdagangan dan Isu Ekonomi di Kedutaan Uzbekistan, Ulugbek Yunusov di Menara Integriti pada 14 September 2015.

Bergambar kenangan di penghujung Forum Khas bertajuk ‘Integrity In Public And Private Partnership’ yang berlangsung pada 18 September 2015 di Dewan Murni, Menara Integriti.

Penyelaras Residen PBB dan Wakil Residen UNDP ke Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Miss Michelle Gyles-McDonnough mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia pada 23 September 2015.

Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia (ACFE), Dato’ Akhbar Satar dan exco-exco ACFE mengadakan kunjungan hormat di Menara Integriti pada 23 September 2015.

MESYUARAT JAWATANKUASA

KONSULTATIF NASIONAL

MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KUNJUNGAN HORMAT KUNJUNGAN HORMAT

FORUM KHAS INTEGRITIKUNJUNGAN HORMAT

CAS_updated 151015.indd 15 19/1/2016 2:56:42 PM

www.integrit i .my

www.facebook.com/InstitutIntegrit iMalaysia @Integrit iMlysia institut_integrit i_malaysia

CAS_updated 151015.indd 16 19/1/2016 2:56:43 PM