pertandingan mencipta logo mencipta logo...pertandingan mencipta logo, nama dan ’signature’...

7
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota Koperasi TNB, pekerja TNB, warga kerja Koperasi TNB dan orang perseorangan yang berminat dan berdaya kreatif untuk menyertai secara individu/perseorangan. (b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) ciptaan sendiri beserta borang penyertaan. (c) Semua ciptaan bagi setiap kategori hendaklah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hakcipta dan Patent. Pihak Koperasi TNB tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada Pihak Ketiga ke atas mana-mana pelanggaran hakcipta logo, nama dan signature dan patent tersebut. (d) Logo dan nama yang dicipta hendaklah dihasilkan menggunakan borang pertandingan yang disediakan di atas kertas bersaiz A4 berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal berwarna hitam (mounting board). (e) Bagi signature yang bermaksud asas identiti perniagaan (lakaran warna di luar bangunan yang akan menjadi identiti perniagaan perhotelan Koperasi TNB pada masa kini dan masa akan datang), peserta hendaklah melakarkannya di atas borang pelan bangunan yang disertakan. i) Bahagian Hadapan dari 7 hingga 11 ii) Bahagian Belakang dari 7 hingga 11 iii) Bahagian Sisi dari A hingga F (f) Cadangan ciptaan boleh dibuat dengan menggunakan grafik komputer mengikut format JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan. (g) Ciptaan boleh menggunakan tidak lebih daripada 3 warna (tidak termasuk hitam dan putih) termasuk warna korporat Koperasi TNB iaitu biru tua dan biru muda. (h) Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk ”soft copy” (CD) dan ”hard copy”. (i) Pereka hendaklah memberi keterangan atau perjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas. (j) Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. (nama tidak perlu dinyatakan). 2. Cadangan Logo dan Nama hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan: (a) Letterhead/Minute (b) Souveniers, Official Pin on Ties and Suits/Dresses (c) Publication/Banner/Flyer/Brochure/Leaflet (d) Barangan keperluan untuk operasi harian perniagaan perhotelan (e) Nama dan logo yang sesuai sekiranya perniagaan ini difrancaiskan*

Upload: others

Post on 19-Feb-2020

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan

(a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota Koperasi TNB, pekerja TNB, warga kerja Koperasi TNB dan orang perseorangan yang berminat dan berdaya kreatif untuk menyertai secara individu/perseorangan.

(b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari

satu (1) ciptaan sendiri beserta borang penyertaan.

(c) Semua ciptaan bagi setiap kategori hendaklah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hakcipta dan Patent. Pihak Koperasi TNB tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada Pihak Ketiga ke atas mana-mana pelanggaran hakcipta logo, nama dan signature dan patent tersebut.

(d) Logo dan nama yang dicipta hendaklah dihasilkan menggunakan borang

pertandingan yang disediakan di atas kertas bersaiz A4 berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal berwarna hitam (mounting board).

(e) Bagi signature yang bermaksud asas identiti perniagaan (lakaran warna di

luar bangunan yang akan menjadi identiti perniagaan perhotelan Koperasi TNB pada masa kini dan masa akan datang), peserta hendaklah melakarkannya di atas borang pelan bangunan yang disertakan.

i) Bahagian Hadapan dari 7 hingga 11 ii) Bahagian Belakang dari 7 hingga 11 iii) Bahagian Sisi dari A hingga F

(f) Cadangan ciptaan boleh dibuat dengan menggunakan grafik komputer

mengikut format JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan.

(g) Ciptaan boleh menggunakan tidak lebih daripada 3 warna (tidak termasuk hitam dan putih) termasuk warna korporat Koperasi TNB iaitu biru tua dan biru muda.

(h) Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk ”soft copy” (CD) dan

”hard copy”.

(i) Pereka hendaklah memberi keterangan atau perjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas.

(j) Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang

hasil ciptaan masing-masing. (nama tidak perlu dinyatakan). 2. Cadangan Logo dan Nama hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan:

(a) Letterhead/Minute (b) Souveniers, Official Pin on Ties and Suits/Dresses (c) Publication/Banner/Flyer/Brochure/Leaflet (d) Barangan keperluan untuk operasi harian perniagaan perhotelan (e) Nama dan logo yang sesuai sekiranya perniagaan ini difrancaiskan*

Page 2: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka

(f) Selaras dengan Visi, Misi, Objektif serta Nilai-nilai Koperasi TNB (* Peserta tidak digalakkan menggunakan nama Koperasi TNB atau Tenaga

Nasional Berhad)

3. Tuntutan Hakcipta

Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ’HAK CIPTA’ Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

4. Keputusan Panel Pengadil Pertandingan

Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Pengadil dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Panel Pengadil berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya yang disertai sekiranya perlu dan karya yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik Koperasi TNB. Pihak Koperasi TNB berhak untuk tidak memulangkan karya yang telah dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini.

5. Borang Penyertaan dan Tarikh Tutup Penyertaan

Borang penyertaan pertandingan boleh diperolehi atau dimuat turun melalui Laman Web Koperasi TNB iaitu www.koptnb.com dan borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Koperasi TNB sebelum 15 Ogos 2012 jam 3.00 petang.

6. Hadiah Pertandingan

(a) Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Walau bagaimanapun, pihak

Koperasi TNB berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya Panel Pengadil memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.

(b) Hanya satu reka bentuk yang terbaik bagi setiap kategori sahaja akan dipilih

untuk memenangi pertandingan ini.

(c) Pemenang pertandingan akan menerima wang tunai mengikut kategori berikut :-

i. Logo – RM500 ii. Nama – RM500 iii. Signature – RM500

Page 3: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’

HOTEL KOPERASI TNB

NAMA:

JANTINA:

LELAKI PEREMPUAN

NO KAD PENGENALAN:

ALAMAT:

Poskod Negeri

NO TELEFON:

PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa penghasilan kreatif yang saya sertakan bersama borang ini adalah asli dan tidak pernah diterbitkan dan saya melepaskan pihak Koperasi TNB daripada sebarang tindakan undang-undang yang timbul daripada penerbitan atau paparan penyertaan saya ini. Tandatangan: Tarikh:

Page 4: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka

CADANGAN LOGO

CADANGAN NAMA HOTEL

Page 5: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka
Page 6: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka
Page 7: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MENCIPTA LOGO...PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka