skim dan faedah-faedah perkeso

37
Ibu Pejabat PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial Menara PERKESO, No. 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur Talian Am Khidmat Pelanggan Faksimili : 03 - 42645000 : 03 - 42575755 : 03 - 42567798 E-mel : [email protected] ( Klik untuk besarkan ) Waktu Kerja 7.45 AM - 4.45 PM (Isnin - Jumaat) 8.00 AM - 5.00 PM (Isnin - Jumaat) Waktu Rehat 1.00 PM - 2.00 PM (Isnin - Khamis) 12.15 PM - 2.45 PM (Jumaat)

Upload: zainal-abidin-ahmad

Post on 07-Aug-2015

3.171 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Ibu Pejabat PERKESO

Pertubuhan Keselamatan SosialMenara PERKESO,No. 281, Jalan Ampang,50538 Kuala LumpurTalian AmKhidmat PelangganFaksimili

: 03 - 42645000: 03 - 42575755: 03 - 42567798

E-mel : [email protected] ( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja

7.45 AM - 4.45 PM (Isnin - Jumaat)

8.00 AM - 5.00 PM (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat

1.00 PM - 2.00 PM (Isnin - Khamis)

12.15 PM - 2.45 PM (Jumaat)

Page 2: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengarah,

PERKESO NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wisma PERKESO,No. 155, Jalan Tun Razak,50400 Kuala LumpurTalian Am

Faksimili

: 03 - 26872600

: 03 - 26810685

( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja7.45AM - 4.45PM (Isnin-Jumaat)8.00AM - 5.00PM (Isnin-Jumaat)

Waktu Rehat1.00PM - 2.00PM (Isnin-Khamis)12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Page 3: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Selangor

Pengarah,Pejabat PERKESO Negeri Selangor,Wisma PERKESO,Lot 141, Seksyen 6, Jalan Selangor,46990 Petaling Jaya, SelangorPPNTPPNTalian AmFaksimili

: 03-79498899: 03-79498900: 03-79498888: 03-79567492 / 7351

( Klik untuk besarkan )

Pejabat PERKESO Rawang,No.27&29, Jalan Setia Rawang 1,KM 25, Jalan Ipoh,48000 Rawang, SelangorPPPTalian AmFaksimili

: 03 - 60914653: 03 - 60916519 / 937: 03 - 60921091

Tiada Gambar

Pejabat PERKESO Klang,Wisma PERKESO,No. 2, Jalan Tiara 2,Bandar Baru Klang,41150 Klang, SelangorPPPTalian AmFaksimili

: 03 - 33442505 / 105: 03 - 33442501 / 508: 03 - 33425255

( Klik untuk besarkan )

Pejabat PERKESO Kajang,No. 15, Jalan Hentian 1A,Pusat Hentian Kajang,Jalan Reko,43000 Kajang, SelangorPPPTalian AmFaksimili

: 03 - 87330217: 03 - 87330230: 03 - 87330246

( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja8.00AM - 5.00PM (Isnin-Jumaat)

Waktu Rehat

Page 4: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

1.00PM - 2.00PM (Isnin-Khamis)12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Negeri Sembilan

Pengarah,Pejabat PERKESO Negeri Sembilan,Wisma PERKESO,Lot 3757 & 52, Jalan Sg. Ujong,70000 Seremban, Negeri SembilanPPN

TPPN

Talian Am

Faksimili

: 06 - 7612384

: 06 - 7612386

: 06 - 7669000

: 06 - 7612402/04

( Klik untuk besarkan )

Pejabat PERKESO Kuala Pilah,No. 8 & 9, Jalan 1,Pusat Komersial Melang,72000 Kuala Pilah, Negeri SembilanPPP

Talian Am

Faksimili

: 06 - 4821930

: 06 - 4821934/35

: 06 - 4814763( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja8.00 AM - 5.00 PM (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat1.00 PM - 2.00 PM (Isnin - Khamis)12.15 PM - 2.45 PM (Jumaat)

Page 5: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Pendaftaran Majikan & Pekerja

MAJIKAN UTAMAMajikan yang mengambil pekerja secara terus untuk bekerja dengannya. Semua pembayaran gaji dan urusan perkhidmatan diuruskan oleh majikan utama ini.

MAJIKAN LANGSUNGMajikan yang wujud di bawah majikan utama untuk menjalankan sesuatu kerja secara subkontrak. Majikan langsung berhak sepenuhnya kepada pekerja yang diambilnya untuk bekerja.

TANGGUNGJAWAB MAJIKANMajikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Memastikan semua pekerja yang diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka dibayar.

PENDAFTARAN MAJIKANMajikan mesti berdaftar di PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh beroperasi. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi borang-borang berikut dengan lengkap dan jelas:1. Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) perlu disertakan dengan 2 salinan dokumen-dokumen berikut:-

(a) Syarikat Sdn Bhd

• Borang 9 (Akta Syarikat 1965)• Borang 49 (Akta Syarikat 1965)

(b) Kepunyaan Tunggal / Perkongsian

• Borang D (Perakuan Pendaftaran)• Borang A (Perakuan Perniagaan) atau

(c) Pejabat Peguam

•Salinan Amalan Guaman daripada Majlis Peguam atau

(d) Klinik

• Borang 12 (Akta Perubatan 1971 – Kelulusan daripada MMA) atau

(e) Pejabat Audit

Page 6: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

• Akta Syarikat 1965 – Kelulusan Juruaudit atau

(f) Pertubuhan / Persatuan

•Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984) atau

(g) Lain-lain

• Dokumen seperti yang ditetapkan.

2. Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja)Ejaan nama dan kedua-dua nombor kad pengenalan pekerja perlu ditulis sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan pekerja. Borang 1 dan Borang 2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran. Nombor Kod Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dalam semua urusan.

Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:-

• Nama• Pekerjaan• Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu• Bahagian caruman pekerja• Gaji bulanan• Elaun(Daftar ini tidak diperlukan lagi jika majikan telahpun menyimpan suatu daftar yang hampir serupa dan butir-butir yang tersebut di atas telah juga ditunjukkan dalam daftar itu secara manual ataupun elektronik.)

Nota :• PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara untuk semua urusan pekerja dan tidak lagi menggunakan nombor Keselamatan Sosial Pekerja.• Selepas majikan mendaftar dengan PERKESO, jika berlaku perubahan nama atau alamat perusahaan atau jenis / status ketuanpunyaan, perubahan itu hendaklah dimaklumkan kepada pejabat PERKESO yang berkenaan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan.• Jika pekerja baru diambil bekerja, majikan hendaklah memasukkan maklumat pekerja baru ke dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A).• Semua majikan hendaklah menyimpan daftar pekerja termasuk semua rekod bayaran caruman selama 7 tahun.• Borang Pemberhentian Pekerja (Borang 3) tidak lagi digunakan.

PEKERJASeseorang yang diambil bekerja oleh sesebuah majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan merupakan seorang pekerja sepertimana takrifan di bawah Akta.

i) Bergaji RM3,000 atau kurang sebulan.Pekerja yang menerima gaji bulanan RM3,000 atau kurang wajib untuk mencarum dengan PERKESO. Perlindungan PERKESO hanyalah untuk pekerja warganegara

Page 7: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Malaysia dan Pemastautin Tetap sahaja.

ii) Bergaji lebih daripada RM3,000 sebulan.Pekerja yang menerima gaji bulanan lebih daripada RM3,000 sebulan dan belum pernah berdaftar serta mencarum dengan PERKESO diberi pilihan sama ada bersetuju ataupun tidak untuk turut dilindungi di bawah Akta ini. Persetujuan perlu diperolehi dari kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja dengan mengemukakan tiga salinan Notis Pilihan serta Borang 2 kepada pejabat PERKESO berkenaan. Pekerja tersebut hanya layak diliputi di bawah Akta ini dari tarikh notis itu diterima oleh pejabat PERKESO berkenaan.

iii) Prinsip ‘sekali layak-terus layak’.Bagi pekerja yang telah mencarum dengan PERKESO dan kini bergaji melebihi RM3,000 wajib terus mencarum selaras dengan prinsip ‘sekali layak terus layak’. Sekali pekerja berkenaan itu layak di bawah Akta, dia akan terus layak dilindungi tanpa mengira jumlah gaji bulanannya selepas itu. Semua pekerja yang layak perlu didaftar dan dicarumkan dengan PERKESO tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan, percubaan kontrak atau telah disahkan dalam jawatan.

Kategori pekerja yang dikecualikan dari liputan oleh PERKESO adalah seperti berikut:-

• Kakitangan kerajaan• Pekerja khidmat rumah• Bekerja sendiri• Pekerja asing• Tuan punya dan pasangan kepada syarikat persendirian atau perkongsian

Caruman

Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Jumlah caruman yang perlu dibayar hendaklah berpandukan kepada Jadual Caruman PERKESO.Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman.

Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

Jenis Dan Kategori Carumani- Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat)

• Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun. Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

ii- Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)

• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun dan masih bekerja; • Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 50 tahun ketika mula-mula mendaftar dan mencarum dengan PERKESO; • Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Di bawah jenis

Page 8: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Takrif GajiSemua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:-

• Gaji pokok • Kerja lebih masa • Komisen • Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya • Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya. • Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh: Gaji Pokok = RM1000.00Elaun kerja lebih masa = RM250.00Elaun sara hidup = RM100.00Jumlah gaji = RM1350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:

• Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan • Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan • Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja • Bonus tahunan

Nota - (Bayaran-bayaran yang disenaraikan itu adalah sebagai contoh sahaja dan bukannya lengkap. Jika majikan berkehendakan apa-apa penjelasan berhubung dengan takrif ‘gaji', sila hubungi mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan).

Pembayaran Caruman

Bagaimana Membayar CarumanCaruman boleh dibayar melalui tiga kaedah iaitu:-i) Pembayaran melalui bank-bank perdagangan.

Bagi majikan yang mengemukakan pembayaran menggunakan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak. Bank-bank yang dilantik oleh PERKESO adalah:-

• CIMB Bank Berhad• Maybank Berhad• RHB Bank Berhad• Public Bank Berhad• Bank Muamalat• Pejabat Pos Malaysia (bagi Sabah & Sarawak sahaja).

Nota :Cetakan slip pengesahan bayaran adalah bukti caruman telah dijelaskan oleh majikan.

Page 9: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Majikan adalah dinasihatkan supaya membuat salinan dan menyimpan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) untuk tujuan catatan.Jika Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak dari PERKESO, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil perhatian:- i- Catatkan jumlah caruman yang kena dibayar bagi pekerja itu di ruangan (6) Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) ii- Jika tiada caruman sebab cuti tanpa gaji, masukkan angka 00.00 di ruangan (6) iii- Tandakan X di ruangan (2) jika pekerja telah berhenti kerja dan masukkan tarikh berhenti kerja di ruangan (3)iv- Isikan tarikh mula kerja untuk pekerja yang tidak tersenarai sahaja di ruangan (3). Pendaftaran pekerja sedemikian hendaklah juga dibuat dalam Borang 2v- Apabila semua caruman telah dicatat dan disemak untuk ketepatan, jumlah itu hendaklah dicampurkan dan jumlah pada tiap-tiap muka itu dibawa ke hadapan (jika ada) dan jumlah besar dicatatkan di muka yang terakhir Tandakan (/) sama ada bayaran tunai atau cek di kotak yang telah disediakan dan amaunnya di ruangan yang disediakan bagi maksud itu vi- Jika bayaran dengan cek, nombor cek itu hendaklah dicatatkan di ruangan yang telah disediakan bagi maksud itu dan Nombor Kod Majikan dan bulan caruman hendaklah juga dicatatkan di belakang cek itu. Cek hendaklah atas nama Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Sila pastikan jumlah cek itu adalah sama dengan jumlah besar dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) itu vii- Isikan semua butir yang berkenaan seperti Nama Majikan, No. Kod Majikan, Bulan dan Tahun Caruman dan No. Akaun Bank PERKESO dalam slip bayaran caruman PERKESO yang mana boleh diperolehi di bank itu viii- Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) yang telah disempurnakan itu hendaklah dikemukakan kepada bank yang diluluskan bersama-sama dengan Slip Bayaran caruman PERKESO yang telah disempurnakan itu untuk tujuan pembayaran Slip Bayaran itu adalah dalam tiga salinan iaitu salinan bank, salinan PERKESO dan salinan majikan. Pihak bank akan mengesahkan terimaan bayaran dan memulangkan salinan majikan. Majikan hendaklah menyimpan salinan itu dan dikemukakan apabila diminta oleh Pegawai Pemeriksa PERKESO. Sekiranya terdapat caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan itu, caruman yang terkurang itu hendaklah dibayar melalui bank-bank yang diluluskan mengikut cara yang dinyatakan di atas dengan menggunakan Jadual Caruman Terkurang Bayar (Borang 8B) yang mana boleh diperolehi di pejabat PERKESO yang berdekatan. Majikan hendaklah mengisi semua butir yang berkenaan dalam borang itu seperti nama dan alamat majikan, nombor kod majikan dan bulan caruman.

ii) Pembayaran melalui Perbankan Internet

Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank berikut:-(a) Maybank Berhad (MayBank2e.net, 03-20727192, 1 300 887788)(b) CIMB Bank Berhad (Biz Channel, 03-22956199, 1 300 880 900)(c) RHB Bank Berhad (eHR2, 03-92806657)(d) Public Bank Berhad (PBeBank.com, 03-21766751)Nota: Nombor telefon tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak bank.

iii) Pembayaran di pejabat PERKESO

• Pejabat PERKESO hanya menerima pembayaran melalui cek atau kiriman wang pos sahaja. Bagi majikan yang mengemukakan rekod caruman melalui disket/pita komputer, pembayaran hendaklah dibuat di pejabat PERKESO dimana majikan

Page 10: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

didaftarkan.• Majikan digalakkan menghantar Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) melalui pita atau disket. Bagi tujuan ini, majikan boleh berhubung dengan pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my. • Majikan digalakkan menggunakan sistem ini kerana:-

i- Penghantaran Jadual Caruman dalam bentuk disket/pita dan bayaran caruman bulanan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara. ii-Pemprosesan caruman bulanan dapat dipercepatkan dan masalah kemasukan data dapat dikurangkan.

Tempoh Masa Membayar CarumanCaruman yang kena dibayar bagi sesuatu bulan itu hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berkenaan dengan caruman itu kena dibayar. Misalnya, caruman yang kena dibayar bagi bulan April 2007 hendaklah dibayar tidak lewat daripada 31 Mei 2007.

FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)Bagi majikan-majikan yang gagal menjelaskan caruman bulanan dalam tempoh yang ditetapkan, FCLB akan dikenakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971 dibawah Peraturan 33. Faedah yang dikenakan adalah mengikut kadar sebanyak 6% bagi tiap-tiap satu hari caruman itu tidak atau terlambat dibayar selepas tamat tempoh dengan syarat:

(a) jika amaun faedah yang dikira adalah kurang daripada RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah RM5.00 bagi setiap dan sebahagian daripada bulan-bulan yang berkenaan;(b) jika amaun faedah melebihi RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah mengikut pendaraban RM5.00 berikutan yang paling tinggi bagi setiap dan sebahagian daripada bulan-bulan yang berkenaan.

Contoh 1:Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM50.50 pada 15.5.2006.

Cara pengiraan:RM50.50 X 6% X 30/365 = RM0.249 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00)RM50.50 X 6% X 15/365 = RM0.125 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00)Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM10.00

Contoh 2:Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM5000.00 pada 15.5.2006.

Cara pengiraan:RM5000 X 6% X 30/365 = RM24.66 (FCLB yang dikenakan adalah RM25.00)RM5000.00 X 6% X 15/365 = RM12.33 (FCLB yang dikenakan adalah RM15.00)Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM40.00.

PEMBERITAHUAN TAMAT OPERASISetiap majikan yang ingin menutup perniagaannya atau memberhentikan semua

Page 11: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

pekerjanya hendaklah mengisi Borang 1A dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat operasi dan mengemukakan ke pejabat PERKESO yang berkenaan.

PENALTI• Gagal atau lewat mendaftar perusahaan • Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak • Gagal atau lewat membayar caruman

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali

Borang-borang dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi mana-mana pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web di www.perkeso.gov.my.

Page 12: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Skim-skim Perlindungan PERKESO

PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab. Objektif kedua-dua skim keselamatan sosial ni adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan.

Skim Insuran Bencana Pekerjaan

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.

PERLINDUNGANSkim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:-

1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya

• Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

• Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.• Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.• Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya. (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu).

3. Kemalangan Semasa Kecemasan

• Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.

4. Penyakit Khidmat

• Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.Contoh:• Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.• Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

Page 13: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

INSURANS BENCANA PEKERJAAN

• Faedah Perubatan• Faedah Hilangupaya Sementara• Faedah Hilangupaya Kekal• Elaun Layanan Sentiasa• Faedah Pemulihan• Faedah Orang Tanggungan• Faedah Pengurusan Mayat• Faedah Pendidikan

Faedah Perubatan

• Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.• Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih.• Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja.• Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

Cara TuntutanUntuk memohon dan seterusnya mendapat rawatan perubatan buat pertama kali, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada klinik panel PERKESO:-

• Borang 21 (Laporan Kemalangan)• Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan Penyakit Khidmat) atau• Surat Pengenalan daripada majikan

Bayaran Ganti Belanja (BGB)Bagi rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan Bayaran Ganti Belanja kepada pejabat PERKESO berkenaan dan untuk mendapat kelulusan tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO.

Cara Tuntutan BGBUntuk memohon dan seterusnya mendapat tuntutan Bayaran Ganti Belanja, dokumen-dokumen berikut yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada pejabat PERKESO:-

• Borang PKS (P) 24 (Borang Tuntutan Perjalanan Bayaran Balik)• Borang PKS (P) 26 (Laporan Tuntutan BGB Am)• Resit asal

Page 14: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

• Salinan Kad Rawatan (Appointment Card)• Salinan Laporan Perubatan (jika ada)

Faedah Hilangupaya Sementara

Pembayaran Faedah• Pembayaran faedah ini bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor di mana pekerja itu tidak berupaya bekerja. Untuk mendapat pembayaran, jumlah hari tidak berupaya bekerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.• Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Bagaimanapun faedah tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja bekerja dalam tempoh cuti sakit tersebut.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.Tertakluk kepada:

• Minimum RM10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari)• Maksimum RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,900.00 sebulan).

Cara TuntutanTuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

• Borang 21 (Laporan Kemalangan)• Borang 10 (Borang Tuntutan)• Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal• Salinan Kad Pengenalan• Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)

Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, sila sertakan dokumen tambahan berikut:

• Laporan Polis• Peta lakar tempat kejadian

Bagi tuntutan Penyakit Khidmat, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut:-

• Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)• Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)• Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)• Borang 10 (jika ada cuti sakit)

*Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan.

Tempoh Lapor KemalanganMajikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.

Page 15: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Faedah Hilangupaya Kekal

Hilangupaya kekal ertinya hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu.Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.

Tempoh TuntutanHad masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan akhir sijil cuti sakit.

Kadar Faedah Harian Yang Akan DibayarKadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan Orang Berinsurans dan tertakluk kepada kadar minimum RM10.00 sehari manakala kadar maksimum adalah RM88.50 sehari.

Cara TuntutanOrang Berinsurans harus membuat permohonan bertulis kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan dan untuk dirujuk kepada Jemaah Doktor sila lampirkan sekali dokumen-dokumen berikut:-

• Borang Permohonan• Salinan Kad Pengenalan• Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)• Borang 10 (Borang Tuntutan)• Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)• Nombor dan salinan buku akaun bank untuk pembayaran terus ke akaun simpanan.

Cara Pembayaran FaedahKes akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilangupaya. Orang Berinsurans akan diberitahu taksiran tersebut.Sekiranya hilangupaya kekal itu ditaksirkan tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara berkala. Walaubagaimanapun, pekerja boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal atau sekaligus.

Sekiranya taksiran hilangupaya kekal itu melebihi 20%, bayaran dibuat secara berkala walaubagaimanapun pekerja boleh memohon supaya bayaran 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan baki kadar harian faedah tersebut dibayar secara berkala dan secara pencen bulanan sepanjang hayat.

Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah hilangupaya kekal masih boleh meneruskan pekerjaannya.

Sekiranya Orang Berinsurans atau PERKESO tidak berpuas hati ke atas taksiran tersebut,

Page 16: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

permohonan rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan Jemaah Doktor disampaikan kepada Orang Berinsurans.

ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)

Orang Berinsurans yang menerima taksiran Hilangupaya Kekal sebanyak 100% layak disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan untuk menerima Elaun Layanan Sentiasa. Elaun ini diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar elaun ini ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.

Faedah Pemulihan

Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan vokasional secara percuma kepada pekerja yang menerima hilangupaya kekal.

i- Pemulihan jasmani termasuk:-

• Fisioterapi• Terapi pekerjaan• Pembedahan rekonstruktif• Bekalan anggota tiruan seperti kaki / tangan / gigi dan mata palsu• Bekalan (serta pembaikkan dan penggantian) alat-alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kaliper dan kasut otopedik• Program ‘Return to Work’

ii- Pemulihan vokasional termasuk:-

• Latihan vokasional dalam bidang kursus seperti pendawaian elektrik, jahitan, membaiki radio/TV, ketukangan logam, membaiki peti sejuk dan hawa dingin, pemasangan paip, menaip dan kesetiausahaan.

*Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan.

Faedah Orang Tanggungan

Sekiranya pekerja meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungan berhak menerima faedah ini.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Tertakluk kepada minimum RM 10.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM10.00 sehari) manakala kadar maksimum

Page 17: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

adalah RM 88.50 sehari.

Cara Tuntutani- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:-

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran bagi semua anak*• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*• Kad Pengenalan balu/ duda (mana berkenaan)*• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Pembahagian FaedahBerikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-

Tanggungan

Bahagi atas kadar harian penuh

Syarat

Balu atau Duda 3/5Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005

Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak mendapat faedah termasuk anak kandung, anak tiri yang disara, anak angkat atau anak luar nikah.

2/5

Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal). Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itu tidak berupaya menyara kehidupannya.

ii- Jika Orang Berinsurans meninggal dunia dan tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar kepada:

TanggunganBahagi atas kadar

harian penuhSyarat

Ibubapa 4/10 Terima faedah seumur hidup

Adik-beradik 3/10Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)

Datuk nenek (Sekiranya 4/10 Terima faedah seumur hidup

Page 18: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

ibubapa tiada)

iii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon

*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Faedah Pengurusan Mayat

Amaun sebanyak RM1500 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima faedah hilangupaya kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengkebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1500 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Cara TuntutanUntuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap dan kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan:

• Borang permohonan (Borang 26)• Perakuan kematian*• Dokumen sokongan yang membuktikan sebagai waris simati*

*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Faedah Pendidikan PERKESO

Anak-anak penerima faedah Hilangupaya Kekal Berkala, faedah Pencen Ilat atau Pencen Penakat PERKESO, boleh membuat permohonan bagi faedah ini.

Faedah Skim Pencen Ilat

Keilatan adalah suatu keuzuran yang serius, kekal atau tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

Faedah-faedah yang disediakan dibawah Skim Pencen Ilat adalah:-

• Faedah Pencen Ilat• Bantuan Ilat

Page 19: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

• Elaun Layanan Sentiasa• Pencen Penakat• Faedah Pengurusan Mayat• Faedah Pemulihan• Faedah Pinjaman Pendidikan

Faedah Pencen Ilat

• Memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.• Antara penyakit-penyakit kronik, penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma, dan sebagainya.• Pencen ini dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis keilatan dikemukakan.• Pencen ilat ini dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal.• Pencen akan digantikan dengan pencen penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima pencen ilat tanpa mengira umurnya.

Syarat Kelayakan Pemohon• Belum mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilatnya diterima.• Sekiranya telah mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja perlu buktikan keilatan terjadi sebelum umur 55 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan.• Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.• Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.

i-Kelayakan Caruman Penuh

Pekerja layak jika:

• Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO; atau• Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO.• Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.• Pekerja layak menerima pencen penuh dengan kadar 50% ke 65% daripada purata gaji anggapan bulanan.

Page 20: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Contoh PengiraanPermohonan dibuat pada 1 Januari 2007. Tempoh caruman ialah 40 bulan kebelakangan iaitu September 2003 hingga Disember 2006.

Rekod Caruman Pekerja

Tahun Bilangan Caruman Yang Dibayar

2003 4

2004 12

2005 8

2006 0

Jumlah 24

ATAU

• Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO.• Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.• Pekerja layak menerima pencen penuh dengan kadar 50% ke 65% daripada purata gaji anggapan bulanannya.

Contoh PengiraanPekerja mula layak di bawah Akta : 1 Julai 1991Permohonan diterima : 1 Januari 2007Tempoh 1 Julai 1991 hingga 1 Disember 2006 : 186 bulan2/3 bilangan caruman diperlukan : 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

Rekod CarumanPekerja

Tahun Bilangan Caruman Yang Dibayar

1991 6

1992 12

1993 12

1994 12

1995 12

1996 12

1997 12

Page 21: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

1998 12

1999 12

2000 12

2001 8

2002 11

2003 0

2004 0

2005 0

2006 0

JUMLAH 133

Pekerja layak menerima pencen penuh dengan kadar pencen dikira seperti berikut :

50% + 133 - 24%--------------------- = 59% 12

ii- Kelayakan Caruman Yang DikurangkanPekerja layak jika:

• Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO.• Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan. Pekerja layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50% daripada purata gaji anggapan bulanan.• Pencen minima adalah RM 250 sebulan.

Contoh PengiraanPekerja mula layak di bawah Akta : 1 Julai 1991Permohonan diterima : 1 Januari 2007Tempoh 1 Julai 1991 hingga 31 Disember 2006 : 186 bulan1/3 bilangan caruman diperlukan : 1/3 x186 bulan = 62 caruman

Rekod Caruman Pekerja

Tahun Bilangan Caruman Yang Dibayar

1991 6

Page 22: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

1992 0

1993 12

1994 0

1995 12

1996 2

1997 8

1998 0

1999 0

2000 12

2001 0

2002 0

2003 12

2004 0

2005 0

2006 0

JUMLAH 64

Pekerja layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50%.

Cara TuntutanUntuk memohon, Orang Berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:-

• Borang PKS (F) 41 (Notis Ilat)• Laporan Perubatan (Lampiran 1– Format yang disediakan oleh PERKESO)• Salinan Kad Pengenalan

PerhatianPERKESO berhak menggantung pencen ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya didapati seseorang itu bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau menghidap keilatan.

Page 23: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Bantuan Ilat

• Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan, tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman

• Telah membuat caruman sekurang-kurangnya 12 bulan.

• Amaun bantuan adalah sama banyak dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja untuk Skim Pencen Ilat termasuk faedahnya.

• Bayaran pukal sekali sahaja.

Elaun Layanan Sentiasa

• Orang Berinsurans yang telah disahkan menghidap keilatan dan memerlukan penjagaan orang lain layak menerima Elaun Layanan Sentiasa (ELS) seperti yang disyorkan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.• Elaun ini adalah diberikan kepada penjaga yang menjaga Orang Berinsurans. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah pencen ilat dan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan.

Faedah Pencen Penakat

Pencen ini dibayar kepada orang-orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan dalam mana-mana keadaan berikut:-

• Semasa seorang pekerja menerima Pencen Ilat tidak kira berapa pun umurnya atau• Sebelum mencapai 55 tahun tetapi telah memenuhi syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.

Syarat Kelayakan CarumanKelayakan caruman penuh atau caruman yang dikurangkan bagi tuntutan faedah pencen penakat adalah sama dengan syarat kelayakan caruman bagi pencen ilat.

Kadar Pencen Penakat Yang Akan Dibayar• Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak dengan faedah pencen ilat yang diterimanya.• Jika seseorang yang meninggal dunia itu bukan penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah 50% - 65% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan penuh (bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat) atau• Kadar penuh pencen penakat adalah 50% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.• Bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM250 sebulan.

Pembahagian FaedahBerikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-

Tanggungan Bahagi atas Syarat

Page 24: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

kadar harian penuh

Balu atau Duda 3/5Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005

Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layakmendapat faedah termasuk anak kandung,anak tiri yang disara,anak angkat atau anak luar nikah

2/5

Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat Ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itutidak berupaya menyara kehidupannya.

Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah pencen penakat hendaklah dibayar kepada:-

TanggunganBahagi atas kadar harian penuh

Syarat

Ibubapa 4/10 Terima faedah seumur hidup

Adik-beradik 3/10Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)

Datuk nenek

(Sekiranya ibubapa tiada)

4/10 Terima faedah seumur hidup

Cara Tuntutani- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran bagi semua anak*

Page 25: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*• Kad Pengenalan balu/duda (mana berkenaan)*• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

ii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO.

Faedah Pengurusan Mayat (Ilat)

Amaun sebanyak RM1,500 akan dibayar sekiranya seseorang penerima pencen ilat meninggal dunia akibat sebarang sebab. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris yang layak. Jika tiada, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah RM1,500 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

Cara TuntutanUntuk memohon dan seterusnya mendapat bayaran faedah, isikan dengan lengkap serta salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan:

• Borang Permohonan (Borang 26)• Perakuan Kematian*• Dokumen sokongan yang membuktikan sebagai waris si mati**Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Bagi penerima pencen ilat yang meninggal dunia, pencen akan ditukar kepada pencen penakat kepada waris yang layak.

Cara tuntutan adalah :-i- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:-

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran bagi semua anak*• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*• Kad Pengenalan balu/duda (mana berkenaan)*

Page 26: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

ii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:-

• Borang Permohonan (Borang 24)• Sijil Kematian Pekerja*• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon*Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan PERKESO

Faedah Pemulihan (Ilat)

Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan vokasional secara percuma kepada pekerja yang menerima hilangupaya kekal.

i- Pemulihan jasmani termasuk:

• Fisioterapi• Terapi pekerjaan• Pembedahan rekonstruktif• Bekalan anggota tiruan seperti kaki/tangan/gigi dan mata palsu• Bekalan (serta pembaikkan dan penggantian) alat-alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kaliper dan kasut otopedik• Program ‘Return to Work’• Rawatan Dialisis bagi penerima pencen ilat yang menghidap sakit buah pinggang kronik.

ii- Pemulihan vokasional termasuk:

• latihan vokasional dalam bidang kursus seperti pendawaian elektrik, jahitan, membaiki radio/TV, ketukangan logam, membaiki peti sejuk dan hawa dingin, pemasangan paip, menaip dan kesetiausahaan.

*Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan.

Faedah Pendidikan PERKESO

Anak-anak penerima faedah Hilangupaya Kekal Berkala, faedah Pencen Ilat atau Pencen Penakat PERKESO, boleh membuat permohonan bagi faedah ini.

Page 27: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso
Page 28: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Selangor

Pengarah,Pejabat PERKESO Negeri Selangor,Wisma PERKESO,Lot 141, Seksyen 6, Jalan Selangor,46990 Petaling Jaya, Selangor

PPNTPPNTalian Am

: 03-79498899: 03-79498900: 03-79498888

( Klik untuk besarkan )

Page 29: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

Faksimili : 03-79567492 / 7351

Pejabat PERKESO Rawang,No.27&29, Jalan Setia Rawang 1,KM 25, Jalan Ipoh,48000 Rawang, Selangor

PPPTalian AmFaksimili

: 03 - 60914653: 03 - 60916519 / 937: 03 - 60921091

Tiada Gambar

Pejabat PERKESO Klang,Wisma PERKESO,No. 2, Jalan Tiara 2,Bandar Baru Klang,41150 Klang, Selangor

PPPTalian AmFaksimili

: 03 - 33442505 / 105: 03 - 33442501 / 508: 03 - 33425255

( Klik untuk besarkan )

Pejabat PERKESO Kajang,No. 15, Jalan Hentian 1A,Pusat Hentian Kajang,Jalan Reko,43000 Kajang, Selangor

PPPTalian AmFaksimili

: 03 - 87330217: 03 - 87330230: 03 - 87330246

( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja8.00AM - 5.00PM (Isnin-Jumaat)

Waktu Rehat1.00PM - 2.00PM (Isnin-Khamis)12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Negeri Sembilan

Pengarah,Pejabat PERKESO Negeri Sembilan,Wisma PERKESO,Lot 3757 & 52, Jalan Sg. Ujong,70000 Seremban, Negeri Sembilan

PPN : 06 - 7612384 ( Klik untuk besarkan )

Page 30: Skim Dan Faedah-faedah Perkeso

TPPN

Talian Am

Faksimili

: 06 - 7612386

: 06 - 7669000

: 06 - 7612402/04

Pejabat PERKESO Kuala Pilah,No. 8 & 9, Jalan 1,Pusat Komersial Melang,72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

PPP

Talian Am

Faksimili

: 06 - 4821930

: 06 - 4821934/35

: 06 - 4814763

( Klik untuk besarkan )

Waktu Kerja8.00 AM - 5.00 PM (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat1.00 PM - 2.00 PM (Isnin - Khamis)12.15 PM - 2.45 PM (Jumaat)