p4202 - bab 7 ujian & teknik audit

8
BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN Pengenalan - Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat laporan audit - Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan Tatacara Pematuhan - ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan berkesan - tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk sesuatu niaga - ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan- kawalan yang tidak meninggalkan jejak audit - sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas tersebut

Upload: chris

Post on 18-Jun-2015

1.689 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN

Pengenalan

- Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan

untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat

laporan audit

- Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan

Tatacara Pematuhan

- ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu

tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan

sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan

berkesan

- tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa

dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti

bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk

sesuatu niaga

- ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang

tidak meninggalkan jejak audit

- sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu

tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas

tersebut

Page 2: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

Ujian-ujian Yang Dijalankan

1. Prosedur dalam memahami system kawalan dalaman

- juruaudit mesti berpuas hati/ memberi perhatian kepada rekabentuk dan operasi

system kawalan dalaman pelanggan

- tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong

kerja-kerja audit

- antara prosedur yang dijalankan:

i. mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas

ii. pertanyaan kepada kakitanagn entity

iii. membaca polisi dan system manual entity

iv. memeriksa dokumen dan rekod

2. Ujian Pemeriksaaan

- memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk dijadikan bukti audit

- semua dokumen sokongan mesti diluluskan/mendapat pengesahan

- ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam dokumen betul

3. Ujian Perlaksanaan Semula

- ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh

pelanggan

4. Pertanyaan Dan Pemerhatian

- ujian ini dijalankan untuk mencari bukti audit yang hanya boleh didapati hasil dari

sama ada pertanyaan atau pemerhatian

- contoh: pengasingan tugas antara pekerja

- boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal selidik

Page 3: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

Tatacara Penyokongan

- Tatacara penyokongan adalah merupakan ujian-ujian yang direka bentuk untuk

mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir

mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap,

tepat dan sah

- Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian terperinci ke atas urusniaga dan

baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah alir penting yang merangkumi

hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item luar biasa

- Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan tatacara penyokongan akan

menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian yang telah dibuat ke atas

kawalan adalah mencukupi

Ujian-ujian yang dijalankan

1. Ujian jalan terus

- Membuat pengesahan sama ada system yang diamalkan oleh pelanggan sama

dengan system yang direkod oleh juruaudit

- Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan mengesan

semula urusniaga dari mula sehingga selesai

2. Prosedur analitikal

- Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan – amaun sebenar dengan amaun

jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri dengan syarikat

- Jika ada perbezaan yang ketara mungkin wujudnya fraud

Page 4: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

3. Ujian terperinci atas baki

- Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di penyata kewangan

- Objektif terperincinya :

Jumlah yang disenaraikan berpatutan

Jumlah yang disenaraikan wujud

Aset yang disenaraikan dimiliki

Jumlah yang wujud telah disenaraikan

Jumlah yang disenaraikan telah dinilai

Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan dengan betul

Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK direkod dalam period ia

berlaku

Penjelasan yang perlu dibuat

Teknik-teknik ujian audit

Terdapat 6 teknik utama dalam melaksanakan ujian audit;

i. Pemeriksaaan

ii. Pertanyaan

iii. Pemerhatian

iv. Pengesahan

v. Tatacara semakan audit

vi. Perlaksanaan semula

Page 5: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

Pemeriksaan

- Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian rekod dan dokumen

- Pemeriksaan aset nyata secara fizikal

- Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset dan dokumen

- Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan dan rekod menggambarkan

urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang betul telah direkod dalam

akaun yang betul.

Pertanyaan

- Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat yang berkaitan daripada seseorang

didalam atau di luar syarikat

- Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal atau tidak formal, secara bertulis

atau lisan

- Darjah kebolehpercayaan bergantung pada tanggapan juruaudit

- Ia merupakan teknik yang lemah

Pemerhatian

- Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu proses atau tatacara yang dilakukan

oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk memastikan samada proses/ tatacara

dilaksanakan dengan sempurna

- Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai semasa pemerhatian dibuat namun

samada perlaksanannya sama sepanjang masa kurang diyakini

Page 6: P4202 - BAB 7 Ujian & Teknik Audit

Pengesahan

- Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada pihak luar tentang kewujudan

dan penilaian aset

- Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti aset yang disimpan oleh pihak

ketiga

- Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap

semua maklumat yang diminta

- Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas

terhadap semua maklumat yang salah sahaja

Tatacara semakan analititk

- Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang penting, arah aliran maklumat

kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan sisihan yang tidak dijangka

- Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit mesti siasat dan cari keterangan

mengenainya

- Apabila keterangan di perolehi, juruaudit mesti melihat samada ia selaras

dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan keliling

- Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan dalam penyata kewangan,juruaudit

mesti melaksanakan ujian-ujian tambahan

Perlaksanaan semula

- Ia melibatkan proses mengulangi tugasan yang telah dijalankan oleh pelanggan

- Ia dapat memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan betul