p4202 - bab 1 pengenalan pengauditan

11
BAB 1 : PENGENALAN Definisi pengauditan Shaari Isa Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan benar dan saksama. Arens & Loebbecke Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur dengan kriteria yang ditetapkan. Tujuan Pengauditan Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang sama ada penyata kewangan disediakan dengan

Upload: chris

Post on 18-Jun-2015

6.687 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BAB 1 : PENGENALANDefinisi pengauditanShaari Isa•Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan benar dan saksama.Arens & Loebbecke•Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan menentukan dan melaporkan darjah persetuju

TRANSCRIPT

Page 1: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

BAB 1 : PENGENALAN

Definisi pengauditan

Shaari Isa

Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh

seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan

punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan

benar dan saksama.

Arens & Loebbecke

Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang

berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan

menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur

dengan kriteria yang ditetapkan.

Tujuan Pengauditan

Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang

sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat

1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta

untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.

Page 2: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Gambaran Benar dan Saksama

Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-

perkara berikut :

i. Aset

- wujud dan dimiliki

- tidak dicagar – jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun

- jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal

ii. Liabiliti

- diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja

- peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka

- nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka

- jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal

iii. Hasil / Belanja

- untuk tahun yang berkenaan sahaja

- ikut dasar perakaunan dan tekal

iv. Pembentangan

- lengkap dan betul

- maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan

- keterangan tentang angka-angka dalan akaun

- amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang

Page 3: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :

i. angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material

ii. maklumat penting tidak didedahkan

iii. angka yang dipaparkan mengelirukan

iv. akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan

v. cara pembentangan akaun mengelirukan

Perakauanan VS Pengauditan

Perakaunan Pengauditan

- proses merekod, mengelas dan

meringkas maklumat dalam bentuk

kuantitatif untuk pembuatan

keputusan

- merujuk piawai/ criteria/ asas

tertentu dalam penyediaan

maklumat. Cth : Akta syarikat,

GAAP, standard MASB

- hasil akhir adalah penyata

kewangan

- menentukan perekodan yang betul

bagi maklumat kewangan yang

dipersembahkan

- merujuk piawai tertentu dalam

pengauditan tetapi mesti

menguasai semua piawai dalam

perakaunan

- hasil akhir adalah laporan audit

Page 4: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Jenis-jenis Audit

Audit Penyata

Kewangan

Audit Pematuhan Audit Operasi

1. Memeriksa Kesahihan penyata

kewangan

Tindakan entiti /

individu

Seluruh/

sebahagian aktiviti

organisasi

2. Tujuan Tentukan samada

keseluruhan

penyata kewangan

dipersembahkan

mengikut criteria

yang spesifik

Tentukan samada

prosedur, polisi,

undang-undang,

peraturan yang

ditetapkan oleh

pihak tertentu

dipatuhi

Menilai kecekapan

dan keberkesanan

organisasi

3. Kriteria Prinsip-prinsip

perakaunan (GAAP,

Akta Syarikat)

Peraturan dan

undang-undang

(Akta Cukai,

Rasuah)

Objektif-objektif

tertentu organisasi

4. Laporan Gambaran benar

dan saksama

Pematuhan kepada

kriteria-kriteria

Cadangan-

cadangan

pembaikan

5. Contoh Memeriksa secara

terperinci butir-butir

penyata kewangan

Golden Hope Bhd

Memeriksa samada

kadar upah pekerja

di Kilang Papan

Weng Hup

mengikut Undang-

undang Buruh

Menilai kecekapan

dan tahap

kepuasan

pelanggan terhadap

servis pengedaran

surat dan

bungkusan yang

dikendalikan oleh

Page 5: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Pos Malaysia

Audit Tradisional VS Audit Moden

Audit Tradisional Audit Moden

Objektif Kesan kesilapan dan

penipuan

- penyata kewangan

benar dan saksama

- kawalan dalaman,

sistem perakaunan

dan sistem operasi

berkesan dan cekap

- kesan kesilapan dan

penipuan

Pendekatan Audit terperinci Teknik persampelan – audit

terperinci adalah untuk kes-

kes tertentu sahaja.

Audit persendirian vs audit berkanun

Audit Persendirian

Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja

Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)

Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan

Page 6: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Audit Berkanun

Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan

sendirian berhad

Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elak

penyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran

dengan sempurna

Profesion Perakaunan

Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967

Telah menyebabkan tertubuhnya MIA

Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)

Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan di

Malaysia

Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant

Fungsi MIA :

i. Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli

ii. Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute

atau badan lain

iii. Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia

iv. Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan

Page 7: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :

i. Chartered Accountants

ii. Associate Members

iii. Licensed Accountants

Garispanduan Perakauanan

Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia / Malaysian Accounting Standard Board

(MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan – tertakluk di bawah

Akta Pelaporan Kewangan 1997

Piawai Pengauditan

Jawatankuasa Perakaunan dan Pengauditana / The Accouting and Auditing

Committee (AAC) MIA bertanggungjawab mengisu hal-hal berkaitan pengauditan

Disebut sebagai Piawai Audit yang Diluluskan / Malaysian Approved Standards

on Auditing (MASA)

Garispanduan Audit Dalaman

Diisukan oleh jawatankuasa Audit Dalaman / Internal Audit Committee (IAC)

Page 8: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

Menggalakan penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan

dalam audit dalaman dilakukan secara meluas

Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Institute of

Certified Public Accountants (MICPA)

Ditubuhkan pada 26 Julai 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940 – 46

Ditukar kepada MACPA pada 6 Julai

Ditukar semula kepada MICPA pada 2001

Objektif :

i. Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam

pelbagai aspek perniagaan

ii. Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant

bertauliah

iii. Memastikan profesionalisme akauntant

iv. Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi

Firma Akauntant Awam

Menjalankan audit penyata kewangan

Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965

Lebih 1000 firma wujud di Malaysia sekarang

3 kategori firma di Malaysia :

i. Big Four International Firms

ii. Medium sized firms

iii. Small firms

Big Four – KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche

Tonmatsu, Ernast & Young.

Aktiviti firma akauntant

Page 9: P4202 - BAB 1 Pengenalan Pengauditan

i. Perkhidmatan perakaunan dan simpankira

ii. Perkhidmatan cukai

iii. Perkhidmatan perundingan pengurusan