bab 1 pengenalan

98
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS) 1.1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1

Upload: wanarizwan

Post on 11-Feb-2017

4.823 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1   Pengenalan

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

(TITAS)

1.1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

1

Page 2: Bab 1   Pengenalan

2

Kepe

ntin

gan

Taju

k1. Keperluan mengkaji/memahami ilmu

dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam konteks Malaysia dan konteks global

2. Hubungkait dengan idea pembinaan Negara Malaysia

3. Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya, jihad, hegemoni barat dan lain-lain

4. Idea ”clash of civilisation”, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.

Page 3: Bab 1   Pengenalan

3

Persoalan Mengenai Tamadun

1. Apakah tamadun?2. Apakah yang menjadi landasan

dalam memahami pengertian dan konsep tamadun?

3. Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun?

4. apakah yang menjadi rujukan bagi

5. menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?

Page 4: Bab 1   Pengenalan

4

1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH TAMADUN

• "History is for human self-knowledge ... the only clue to what man can do is what man has done. The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is."

Robin G. Collingwood (1946)

Page 5: Bab 1   Pengenalan

5

1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH TAMADUN

Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak.

Secara amnya pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa/zaman

Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemundurannya (kajian mengenai masa lampau).

sejarah tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa.

Page 6: Bab 1   Pengenalan

6

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN• Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi

menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

• Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun.

• Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud peradaban (lebih popular digunakan di Indonesia).

Page 7: Bab 1   Pengenalan

7

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

• Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

• Perkataan maddana dan madani sendiri berasal daripada deen yang bermaksud agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Page 8: Bab 1   Pengenalan

8

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota.

• Dalam bahasa Arab dipanggil hadarah manakala dalam bahasa Melayu pula digunakan perkataan peradaban, yang juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Page 9: Bab 1   Pengenalan

9

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Tokoh falsafah Greek iaitu Plato mengemukakan konsep polis dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan sosialnya.

• Tokoh falsafah Islam iaitu Ibn Khaldun mengemukakan teori umran badawi dan umran hadhari bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.

Page 10: Bab 1   Pengenalan

10

konsep tamadun Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Syed Muhammad Naquib al-Attas:Tamadun:Keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

Abu al- A’la al-MaududiHadharah: segala apa yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik.

Page 11: Bab 1   Pengenalan

11

konsep tamadun Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Ibn KhaldunUmran: masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan.

Sayyid QutbTamadun: Kemajuan berteraskan syariat AllahSWT bercirikan nilai moral Islam. Nilai moral yang tidak berlandaskan Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam ditolak sama sekali.Abu Nazir Al-FarabiMadaniyah: Pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu, iaitu akidah, syariat dan akhlak..

Page 12: Bab 1   Pengenalan

12

Syed Naquib al-AttasKeadaan kehidupan insan yang bermasyarakat dan telah mencapai taraf kehalusan tatasusila serta kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Ahmad Tarmiza Talib(1997))Tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban,

kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masayarakat bermoral.

Ukuran: berlandaskan wahyu dan sunah di samping penggunaan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah.

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 13: Bab 1   Pengenalan

13

Edward B Toylor dan Clyde Kluchohn (1980)3 kemajuan asas:

1. Kemunculan bandar-bandar.2. Penciptaan skrip-skrip sebagai media

perhubungan mental.3. Tugu peringatan

A.S. Hornby dan E.C. Pornwell (1972)Civilization: meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan moral.

konsep tamadun barat

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 14: Bab 1   Pengenalan

14

Edward L. Farmer (1977) Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi.

Arnold J. Toynbee (1972)Civilization: satu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.

Ukuran: pemikiran dan akal serta kebendaan

konsep tamadun barat

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 15: Bab 1   Pengenalan

15

Perkataan civilization sama makna dengan tamadun dalam bahasa Arab.

PERBEZAAN

Civilization – menekankan kepada pencapaian material

Tamadun – menekankan kepada pencapaian material dan spritual dalam sesebuah masyarakat

Perbezaan konsep tamadun barat & Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 16: Bab 1   Pengenalan

16

Takrif bahasa Melayu

Kamus Dewan“ keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya, atau cara hidup”

Page 17: Bab 1   Pengenalan

17

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang digunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi.

• Namun ketika ini perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan

Page 18: Bab 1   Pengenalan

18

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Kesimpulannya tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Page 19: Bab 1   Pengenalan

19

1.4 AGAMA & TAMADUN

• Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan.

• Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia.

• Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat “transcendent” dan “beyond”.

Page 20: Bab 1   Pengenalan

20

1.4 AGAMA & TAMADUN

• Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia.

• Tamadun-tamadun dunia seperti:• Aztec• Sumeria/Babylonia• Mesir Purba• China• Indus-Ganges

• Semuanya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej tersendiri.

Page 21: Bab 1   Pengenalan

21

• Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun.

• Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia.

• Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 22: Bab 1   Pengenalan

22

• Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun.

• Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

• Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakat.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 23: Bab 1   Pengenalan

23

• Arnold Toynbee - “in the course if its evolution, a civilization produced, among other things, a universal state and higher form of religion”.

• Edward Sullivan - “Muslim civilization was the product of Muslim religion”.

• Thomas Berry berpendapat tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 24: Bab 1   Pengenalan

24

1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat dicirikan sebagai memiliki budaya yang tinggi dan terpuji.

• Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.

• Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka.

Page 25: Bab 1   Pengenalan

25

1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut:

1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya.

2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.

Page 26: Bab 1   Pengenalan

26

TAMADUN & BANGSA

• Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.

• Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan.

• Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara.

Page 27: Bab 1   Pengenalan

27

TAMADUN & BANGSA

• Tamadun Islam pula telah bangun dan berkembang dengan dilatari oleh pelbagai budaya dan bangsa.

• Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.

• Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu seperti Tamadun Cina dan Tamadun Islam di Alam Melayu/Nusantara.

Page 28: Bab 1   Pengenalan

28

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

• Clive Bell dalam bukunya Civilization melihat tamadun sebagai manifestasi kejayaan menyediakan suatu keadaan di mana anggota masyarakat itu mempunyai masa untuk melakukan aktiviti berhibur dengan adanya masa senggang.

• Ini selari dengan pandangan yang melihat bahawa antara ciri masyarakat bertamadun adalah yang dapat menzahirkan kreativitinya melalui aktiviti masa senggang seperti merekacipta hasil seni dan berkarya.

Page 29: Bab 1   Pengenalan

29

• Tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat daripada kehidupan desa kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada kehidupan menetap.

• Proses inilah yang menjadi asas pembentukan dan pemikiran mengenai tamadun manusia.

• Peringkat-peringkat proses ini menjadi fokus pelbagai bidang ilmu berkaitan pengajian ketamadunan yang mana tiap-tiap peringkat proses itu merupakan peringkat yang mempengaruhi peringkat seterusnya.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 30: Bab 1   Pengenalan

30

• Masyarakat tamadun akan meningkatkan usaha memenuhi keperluan asas sehinggalah kepada keupayaan memenuhi keperluan-keperluan yang bersifat ”mewah” dan yang bukan lagi bersifat asas.

• Dalam proses peningkatan ini manusia melalui berbagai lapisan taraf hidup yang mana melibatkan peningkatan dan penambahan bagi keperluan asas.

• Peningkatan prasarana dalam kehidupan dan perubahan konsep tentang apa yang dikatakan asas dan apa yang dikatakan mewah.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 31: Bab 1   Pengenalan

31

• Aspek kehidupan yang lain juga bergerak selari dengan pergerakan tamadun seperti pendidikan.

• Pada masa lampau kebolehan menulis adalah suatu yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorang dan ianya merupakan suatu keistimewaan kepada sesiapa yang memiliki kebolehan itu.

• Tetapi perkembangan hari ini meunjukkan bahawa kebolehan yang seumpama itu bukan lagi sesuatu yang istimewa, malahan mereka yang tidak memiliki keupayaan itu pula dianggap ketinggalan atau kekurangan.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 32: Bab 1   Pengenalan

32

• Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri seperti:• Tamadun Yunani - terkenal dengan kesusasteraan

falsafah dan kesenian• Tamadun Cina - kemahiran kraf• Tamadun Islam - perspektif pandangan dunia yang

menyeluruh dan perkembangan sains dan teknologi

• Secara umum tamadun mempunyai ciri-ciri dasar dan asas yang bersifat sejagat seperti berikut:

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 33: Bab 1   Pengenalan

33

1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.

2. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

3. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 34: Bab 1   Pengenalan

34

4. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

5. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 35: Bab 1   Pengenalan

35

6. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

7. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 36: Bab 1   Pengenalan

Agama yang kuat

Sistem kenega

raan yang

tersusunKehidup

an bandar

Sistem tulisan yang tinggi

Kepakaran

dalam seni  

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN (IBN KHALDUN)

Page 37: Bab 1   Pengenalan

Agama yang rapi

kota

politik

agama

Undang-undang

Kesenian & seni bina   

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN (MAJ BEG, 1985)

Page 38: Bab 1   Pengenalan

DARCYRIBERIO

Penciptaan

alatanpertania

nPengkhususankerja

Pertumbuhankota

Revolusipengaira

nRevolusiteknolog

ilogam

Revolusipenterna

kan

Revolusiperdagang

an

Revolusiteknologi

Revolusiindustri

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Page 39: Bab 1   Pengenalan

39

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

KITARAN TAMADUN

Page 40: Bab 1   Pengenalan

40

1.6 Kitaran Tamadun

Model Carroll Quigley (1960), tujuh tahap proses berikut: 

Tahap 1. Mixture Tahap 2. Gestation Tahap 3. Expansion Tahap 4. Conflict Tahap 5. Universal Empire Tahap 6. Decay Tahap 7. Invasion

   

Page 41: Bab 1   Pengenalan

41

1.6 Kitaran Tamadun : Kelahiran

Peringkat 1. Mixture

Bermula dengan percampuran daripada dua atau lebih budaya.

Biasanya berlaku di kawasan sempadan (border) atau pinggir (the peripheral area) tamadun terdahulu.

Di pinggir Tamadun Klasik (Tamadun Rom), lahir Tamadun Barat, Tamadun Rusia dan Tamadun Islam

   

Page 42: Bab 1   Pengenalan

42

1.6 Kitaran Tamadun : Kelahiran

Peringkat 2. Gestation

1. Sistem yang menggalakkan penciptaan perkara perkara baru.

2. Sistem yang boleh meningkatkan hasil melebihi keperluan.

Sistem yang mampu memanfaatkan lebihan hasil (di no 2) untuk membiayai dan menggunakan penciptaan baru tersebut (di no 1). (umpamanya, keteguhan ekonomi dilaburkan untuk memajukan sains, teknologi dan ketenteraan). 

Page 43: Bab 1   Pengenalan

43

1.6 Kitaran Tamadun : Perkembangan

Peringkat 3, Tahap Perkembangan (The Stage of Expansion) pula melibatkan empat jenis seperti berikut: 1. Peningkatan produktiviti barangan yang menggambarkan

peningkatan taraf hidup.2. Pertambahan penduduk umumnya kerana penurunan kadar

kematian.3. Perluasan geografi tamadun ekoran ekspolarasi dan penjajahan.4. Peningkatan pengetahuan.

   

Page 44: Bab 1   Pengenalan

Puan Nazirah Ismail 44

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap ke 4, Tempoh Konflik, apabila menunjukkan ciri-ciri berikut: 

1. Kemerosotan kadar pengembangannya.

2. Peningkatan ketegangan dan konflik antara ‘kelas’

(kelompok) masyarakat terutama di kawasan induknya

(the core area) akibat percanggahan kepentingan.

3. Peperangan yang bersifat imperialis semakin kerap dan

ganas.

4. Kemerosotan pemikiran dengan percambahan

pemikiran yang tidak rasional dan pessimism.

Page 45: Bab 1   Pengenalan

45

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap 5, Universal Empire

Kawasan induk (the core area ) akan ditakluki oleh satu negara, seterusnya seluruh tamadun dikuasai sebuah empayar sejagat.

   

Page 46: Bab 1   Pengenalan

46

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap 6, Zaman Kemerosotan (Decay)

Ekonomi meleset, Taraf hidup menurun, Perang saudara Kadar buta huruf meningkat.

Keprihatinan rakyat ramai terhadap agama, kehidupan intelektual, kemasyarakatan dan politik hilang begitu ketara sekali.

Gerakan-gerakan agama baru turut muncul mempengaruhi orang ramai. Usaha untuk mengatasi menjadi sia-sia sahaja.

   

Page 47: Bab 1   Pengenalan

47

Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun

Page 48: Bab 1   Pengenalan

48

Tahap 1: KelahiranKejayaan

menumpaskan dinasti

sebelumnyaSemangat

kekitaan yang kuat

Tahap 2 Kedewasaan

Raja mengenepikan

rakyat dan halangan dalam

mengambil bahagian dalam pemerintahan

Tahap 3 kematanganBersenang-

lenang

Tahap 4 kemerosotanKepuasan dan

kedamaian

Tahap 5 kejatuhan

Pembaziran dan pemborosan

Ibn khaldun

Page 49: Bab 1   Pengenalan

49

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

• Faktor-faktor pendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini.

1. Kedudukan yang strategik.2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai4. Tekanan kehidupan.5. Interaksi dengan tamadun lain.

Page 50: Bab 1   Pengenalan

50

Kedudukan Yang Strategik

• Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.

• Faktor kesesuaian lokasi telah menyebabkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yang Tze, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, dan tamadun Mesir di Lembah Nil.

• Begitu juga dengan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 51: Bab 1   Pengenalan

51

Rangsangan Keagamaan & Kerohanian

• Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun.

• Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha memastikan kehidupan mereka mencapai kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 52: Bab 1   Pengenalan

52

Penghayatan yang tinggi terhadap

moral dan nilai terpuji

masyarakat pastinya menggalakkan kecintaankepada ilmu dan nilai-nilai murni

yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya.

pemimpin pula sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 53: Bab 1   Pengenalan

53

• Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua tokoh tamadun silam seperti:

• Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani • Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina • Kautilya dan Samkara dalam tamadun India • Al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam

tamadun Islam.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 54: Bab 1   Pengenalan

54

Tekanan Kehidupan

• Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat boleh mendorong masyarakat bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut serta menjadikan mereka itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka.

• Pepatah Inggeris yang menyatakan ‘necessity is the mother of invention’.

• Kemajuan negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan merekadalam Perang Dunia Kedua.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 55: Bab 1   Pengenalan

55

Interaksi Dengan Tamadun Lain

• Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain mewujudkan interaksi antara tamadun yang merupakan satu rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun.

• Toleransi menggambarkan sikap keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru.

• Cth: T Islam bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun Yunani, Tamadun Parsi, T India dan Tamadun Cina

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 56: Bab 1   Pengenalan

56

KEGEMILANGAN TAMADUN

• Memperolehi pencapaian yang luar biasa di dalam pelbagai bidang seperti:

• Kesenian.• Kesusasteraan.• Pemikiran dan falsafah.• Penciptaan teknologi.

Page 57: Bab 1   Pengenalan

57

KEMEROSOTAN TAMADUN• Setelah melalui zaman kecemerlangan, sesebuah

tamadun itu pasti juga akan mengalami zaman kemerosotan.

• Menurut Ibnu Khaldun kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah putaran sejarah. Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana nilai-nilai yang baik tetapi slps mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

• Terdapat tamadun mampu bertahan dalam satu• tempoh masa yang begitu panjang namun tetap

mengalami kejatuhan seperti:• Tamadun Romawi - dari zaman Augustas sehingga ke zaman

Aurelius (30 SM -180 M). • Tamadun Islam Uthmaniyyah (tahun 1299 – 1922) iaitu lebih

daripada enam kurun.

Page 58: Bab 1   Pengenalan

58

• Faktor-faktor kemerosotan sesebuah tamadun:

1. Berlaku.2. Berleluasa.3. Keruntuhan.4. Wujud yang tertutup.

Page 59: Bab 1   Pengenalan

59

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

• Dari sudut teologi, sering perlaku perbezaan antara tamadun.

• Contoh - konsep monoteisme Islam dan Kristian begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta.

• Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi.

• Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Page 60: Bab 1   Pengenalan

60

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

• Dari sudut etika, kontrovesi dilihat agak kurang berlaku malah berlaku persamaan antara tamadun terhadap perkara-perkara seperti:• Alam Sekitar.• Keluarga. • Komuniti.• Kerajaan.• Ekonomi.• Pendidikan.• Kesihatan.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 61: Bab 1   Pengenalan

61

Alam Sekitar

• Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama.

• Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan dan manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah, custodian atau steward yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 62: Bab 1   Pengenalan

62

Alam Sekitar

• Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab.

• Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power.

• Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 63: Bab 1   Pengenalan

63

Keluarga

• Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat.

• Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga extended.

• Dalam sesebuah keluarga tradisional, telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 64: Bab 1   Pengenalan

64

Keluarga

• Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.

• Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat menghormati.

• Setiap ahli keluarga harus menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang serta hormat-menghormati.

Page 65: Bab 1   Pengenalan

65

Komuniti

• Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.

• Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati.

• Komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 66: Bab 1   Pengenalan

66

Kerajaan

• Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.

• Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja.

• Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam.

• Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam sebuah tamadun.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 67: Bab 1   Pengenalan

67

Kerajaan

• Tamadun Cina - tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze & Meng Tze menekankan tentang tanggungjawab pemerintah.

• Tamadun India - Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang adil.

• Tamadun Islam - al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali & Ibn Khaldun menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 68: Bab 1   Pengenalan

68

Ekonomi

• Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks ‘Moral Semesta’ (Moral Universe).

• Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path.

• Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 69: Bab 1   Pengenalan

69

Ekonomi

• Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia dan juga yang boleh merosakkan moral manusia.

• Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan moral.

• Namun, terdapat juga unsur-unsur penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 70: Bab 1   Pengenalan

70

Pendidikan

• Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu.

• Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner-Being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain.

• Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 71: Bab 1   Pengenalan

71

Pendidikan

• Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.

• Dalam tradisi Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam tradisi Buddha dan beberapa aliran tradisi Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 72: Bab 1   Pengenalan

72

Kesihatan

• Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya iaitu suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan.

• Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 73: Bab 1   Pengenalan

73

1.8 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Perbincangan mengenai interaksi antara tamadun merujuk kepada beberapa jenis interaksi yang wujud iaitu:

• Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama• Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza• Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang

Tidak Dominan• Contoh Interaksi Dalam Sejarah

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 74: Bab 1   Pengenalan

74

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

• Merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum.

• Contoh orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling dan sebagainya.

• Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya.

• Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.

• Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunannya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 75: Bab 1   Pengenalan

75

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

• pegangan agama yang berbeza tetapi dari segi budaya sama, contoh • golongan masyarakat Hindu di India Utara

menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina.

• Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 76: Bab 1   Pengenalan

76

Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza

• antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang sama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Cth: Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddha di Asia Tenggara Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi.

Page 77: Bab 1   Pengenalan

77

Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza

• Meskipun agama dan budaya hidup berbeza dari segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri berbeza agama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam serta kewujudan masjid-masjid di tengah-tengah kota Bangkok yang penduduknya penganut Buddha merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

Page 78: Bab 1   Pengenalan

78

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan.

• Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 79: Bab 1   Pengenalan

79

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan.

• Pengiktirafan hak agama lain untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 80: Bab 1   Pengenalan

80

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Menyingkap sejarah ketamadunan Islam pada zaman pemerintahan Umayyah sehingga Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti.

• Selain bebas mengamalkan agama, beberapa tokoh Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, khususnya di Andalusia (Sepanyol).

• Penulis dan sarjana Yahudi dan Kristian turut memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 81: Bab 1   Pengenalan

81

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Terdapat banyak contoh sejarah berkaitan interaksi tamadun.

• Antaranya interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam.

• Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dan falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa (Liberation).

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 82: Bab 1   Pengenalan

82

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dan Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan lain-lain.

• Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 83: Bab 1   Pengenalan

83

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun ke 7 Masehi.

• Pada peringkat awal, ia berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina.

• Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 84: Bab 1   Pengenalan

84

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan kepada perkembangan tamadun Cina.

• Terdapat di kalangan mereka yang menjadi gabenor wilayah dan ada yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He.

• Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan.

Page 85: Bab 1   Pengenalan

85

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme.

• Ini mendorong beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat mempelajari Islam.

• Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun.

Page 86: Bab 1   Pengenalan

86

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

• Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

• Prinsip-Prinsip Dialog• Halangan Kepada Dialog.• Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

Page 87: Bab 1   Pengenalan

87

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu.

• Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 88: Bab 1   Pengenalan

88

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, pendedahan ilmiah diperlukan untuk memungkinkan membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.

• Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu meneruskan perasaan muhibbah antara tamadun (sekalipun diakui wujud jurang perbezaan), tetapi apa yang penting dapat membantu memampankan konsep tamadun Malaysia.

• Melalui dialog kita bolehmembincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 89: Bab 1   Pengenalan

89

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui stance atau pendekatan yang apologetic mahu pun defensive tetapi rnelalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara yang sebenarnya.

• Melalui dialog, kita boleh memanfaatkan keadaan dimana nilai-nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab, kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 90: Bab 1   Pengenalan

90

Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

Dialog Kehidupan Seharian• Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari

pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam dan lain-lain.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 91: Bab 1   Pengenalan

91

Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

Dialog Kemasyarakatan• Di sini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui

sesuatu kerja atau tugas secara bersama.• Para pendialog disatukan oleh matlamat sepunya

yang ingin dicapai walaupun mereka mempunyai latarbelakang yang berbeza.

• Contoh projek mengutip derma mangsa bencana alam seperti Tsunami atau projek menghapuskan kemiskinan di mana motivasi membuat sumbangan tidak perlu penghuraian secara ‘race-specific’ atau ‘religion-specific’.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 92: Bab 1   Pengenalan

92

Prinsip-Prinsip Dialog

• Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari sesuatu.

• Dialog khasnya dialog agama atau peradaban mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua buah pihak.

• Setiap perserta dialog hadir dalam keadaan yang ikhlas.

• Setiap peserta mestilah berupaya mendefinisikan diri dan pandangan yang dipegangnya dengan jelas.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 93: Bab 1   Pengenalan

93

Prinsip-Prinsip Dialog

• Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.

• Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara minima terhadap interpretasinya terhadap tradisi orang lain.

• Peserta dialog tak perlu mempunyai pra-andaian yang tidak boleh diubah lagi tentang apakah perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 94: Bab 1   Pengenalan

94

Halangan Kepada Dialog

• Conversion - ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.

• Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog.

• Innuendo sosial — perasaan tidak senang apabila ada pihak yang mempersoalkan keteguhan seseorang terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-baik dengan penganut agama lain.

• Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 95: Bab 1   Pengenalan

95

Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

• Di peringkat global bolehlah dikatakan bahawa semangat dan praktik dialog sebenarnya telah pun banyak dibangkitkan.

• Pada tahun 1999 misalnya di dalam The Islamic Symposium on Dialogue, negara-negara O1C misalnya telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban.

• Deklarasi ini telah diterima sebagai satu resolusi semasa perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu 53/22 yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 96: Bab 1   Pengenalan

96

Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

• Di peringkat nasional Perdana Menteri Malaysia ke 5 dalam ucapannya di Oxford Centre of Islamic Studies telah menawarkan Kuala Lumpur sebagai ‘pusat’ dialog peradaban antarabangsa.

• Secara intra peradaban gagasan Islam Hadhari pula dilihat sebagai satu usaha tulen dan konkrit ke arah penyatuan, perpaduan dan pengukuhan tamadun dalam konteks peradaban Malaysia

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 97: Bab 1   Pengenalan

97

1.10 KESIMPULAN

• Demi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-kumpulan Etnik di Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai sepunya serta bersikap patriotik dan TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke arah tersebut.

• Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa kesalingfahaman di antara satu sama lain khususnya buat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Page 98: Bab 1   Pengenalan

98

RUJUKAN

Rujukan

Beg, M.A.J., (1985). Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Mohd Razimi Husin (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2012). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Quigley, Carrol (1961). The Evolution of Civilization : An Introduction to Historical Analysis. Macmillan . New York.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2001). Tamadun Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.