bab 1 pengenalan - dmeinnovation.com

38
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek Akademik Kejuruteraan Mekanikal adalah satu modul yang wajib diambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal untuk mengkaji dan mereka cipta inovasi baharu yang memberi manfaat di dalam kehidupan seharian sebagai jurutera awam. Pemilihan sesuatu projek adalah penting untuk memastikan objektif kajian tercapai. Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Pelaksanaan idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada pengguna. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi yang terkini. Aci pandu merupakan salah satu gabungan sistem penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia juga digabungkan dengan beberapa komponen aci yang lain seperti, aci putar, kotak gear, clutch, unit kerbeda dan sendi universal. Tujuan kami melakukan projek ini ialah untuk memudahkan seseorang terutama mekanik yang bekerja dibengkel-bengkel kenderaan untuk menanggal dan memasang getah pelindung habuk aci pandu tanpa perlu mengetuk dengan kuat untuk menanggalkan sendi semesta, untuk mengeluarkan getah pelindung habuk aci pandu yang lama bagi menggantikan

Upload: others

Post on 04-Dec-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Projek Akademik Kejuruteraan Mekanikal adalah satu modul yang

wajib diambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal untuk mengkaji dan

mereka cipta inovasi baharu yang memberi manfaat di dalam kehidupan seharian

sebagai jurutera awam. Pemilihan sesuatu projek adalah penting untuk

memastikan objektif kajian tercapai.

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam

mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti dengan tujuan

untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Pelaksanaan idea-idea ini dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan

serta memberi faedah kepada pengguna. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa

perubahan dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun

pengenalan teknologi yang terkini.

Aci pandu merupakan salah satu gabungan sistem penghantaran kuasa dari

enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia juga digabungkan dengan

beberapa komponen aci yang lain seperti, aci putar, kotak gear, clutch, unit

kerbeda dan sendi universal.

Tujuan kami melakukan projek ini ialah untuk memudahkan seseorang

terutama mekanik yang bekerja dibengkel-bengkel kenderaan untuk

menanggal dan memasang getah pelindung habuk aci pandu tanpa perlu

mengetuk dengan kuat untuk menanggalkan sendi semesta, untuk

mengeluarkan getah pelindung habuk aci pandu yang lama bagi menggantikan

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

2

getah peindung habuk yang baru. Ia juga boleh digunakan untuk melakukan

penukaran geguli besi roda dengan menekan geguli besi keluar dari perumah

dengan menggunakan komponen yang telah kami cipta serta tambah baik.

Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Setelah melakukan tinjauan beberapa pusat servis dan bengkel-bengkel

yang berdekatan, beberapa masalah yang dihadapi oleh mekanik-mekanik

untuk membuka dan memasang getah pelindung habuk aci pandu, kerana

mengambil masa yang agak lama untuk melakukan proses tersebut.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh mekanik-mekanik di bengkel

adalah selalu berlakunya kecederaan apabila mengetuk sendi semesta keluar.

Pada kebiasaannya mekanik akan mengeluarkan minyak gear terlebih

dahulu supaya minyak tidak mengalir keluar apabila aci pandu dikeluarkan

dari kotak gear.

Setelah perbincangan, alat ini mampu menjimatkan kos penukaran getah

pelindung habuk, kerana tidak perlu mengeluarkan minyak kotak gear.

1.3 OBJEKTIF

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk memenuhi objektif seperti

yang dinyatakan di bawah :

a) Mereka bentuk komponen tambahan untuk memudahkan proses

penukaran komponen.

b) Untuk membina alatan tangan khas bagi memudahkan mekanik

menukar bebola galas atau perumah bagi bebola galas dibahagian

luar tanpa menanggalkan sebatang aci pandu.

c) Untuk menambahbaik alatan yng telah siap menjadi dwi-fungsi.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

3

d) Untuk memberi kebaikan pada pihak bengkel dan pengguna

kenderaan dari segi kos baik pulih dan penjimatan masa.

1.4 SKOP

a) Mampu menanggalkan getah pelindung habuk tanpa mengeluarkan

aci pandu dan minyak kotak gear.

b) Alat ini boleh digunakan pada kenderaraan buatan Malaysia dan

Jepun.

c) Alat ini menggunakan tenaga kerja manusia.

d) Alatan ini memerlukan gabungan tenaga kerja mesin dan sumber

kuasa.

e) Alat ini boleh melakukan 1 kerja pada 1 masa.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Alat “OUTSIDE JOINT REMOVER” ini telah di inovasi dari alat yang sedia ada

iaitu “SHAFT JOINT REMOVER”. Alat ini dapat membantu mekanik yang bekerja

dibengkel atau pusat servis untuk memudahkan proses penukaran getah pelindung

habuk aci pandu.

Alat ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga semasa proses penukaran getah

pelindung habuk aci pandu. Selain itu,ia juga dapat memudahkan proses penukaran

bebola galas roda. Ia nya direka untuk melakukan dua proses yang berlainan.

Tenaga manusia diperlukan untuk memastikan alat ini berfungsi dan menepati

kehendak mekanik serta pemilik bengkel baik pulih kenderaan. Ianya memerlukan

bantuan dari alat penembak angin untuk berfungsi.

Alat ini digunakan untuk membantu mekanik yang mengalami masalah ketika

hendak menanggalkan sendi semesta untuk menukar getah pelindung habuk shaft

pandu yang baru.

Alat ini juga digunakan untuk menekan geguli besi roda keluar dari perumah

untuk melakukan penukaran dan penggantian bebola galas roda. Pada kebiasaannya,

proses ini memerlukan mekanik atau pembaik pulih kenderaan untuk menghantar

komponen yang terlibat ke kedai mesin.

Hal ini kerana bebola galas roda ini memerlukan daya tekanan yang tinggi untuk

dikeluarkan. Alat yang digunakan untuk menolak bebola galas ini keluar

menggunakan sistem hidraulik yang mampu memberi beban hingga 150 psi.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

5

2.2 KAJIAN YANG DIJALANKAN

2.2.1 PENGGUNAAN AWAL ALATAN KHAS

Alatan khas ialah alatan yang dicipta untuk memudahkan suatu kerja yang

melibatkan komponen mekanikal ataupun penggunaan skru dan nat. ianya membolehkan

pengguna untuk melakukan proses mengetat atau melonggarkan skru dan nat serta

melakukan kerja yang memerlukan penelitian yang penuh. Kebanyakan alatan khas ini

digunakan didalam bidang automotif dan permesinan. Antara lain ianya digunakan untuk

memberi perlindungan dari kerosakan komponen. Berikut adalah contoh serta rajah

mengenai alatan khas yang sering digunakan dalam bidang automotif:

a) Jek Lantai

Alatan yang sering digunakan dalam bidang automotif untuk menaikkan

kenderaan bagi memudahkan kerja penyelenggaran atau penukaran

komponen dibahagian bawah badan kenderaan.

Rajah 2.1:Jek lantai

b) Spana Tork

Alat yang digunakan untuk mengetatkan nat atau skru yang

memerlukan daya yang tertentu. Ianya boleh dilaras mengikut daya yang

diperlukan untuk mengetatkan nat atau skru.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

6

Rajah 2.2:Spana Tork

2.2.2 PROSES YANG TERLIBAT DALAM PENGGUNAAN ALAT

KHAS

Pelbagai proses penukaran komponen pada masa ini yang memerlukan

penggunaan alatan khas. Alatan khas ini sedikit sebanyak dapat membantu mekanik untuk

memudahkan kerja dalam melakuakan proses penukaran komponen. Alatan ini

memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap hasil kerja yang dilakukan

menepati kehendak pengguna. Antara proses yang melibatkan penggunaan alatan khas

ialah:

a) Proses mengetatkan aci engkol.

Rajah:2.3: Mengetatkan aci engkol

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

7

b) Proses menaikkan kenderaan menggunakan jek lantai.

Rajah:2.4:Proses menaikkan kenderaan.

2.3 TEORI PENGIRAAN FORMULA DAN RUMUS

a) Rumus tekanan

Rajah:2.5:Rumus

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

8

2.4 KOMPONEN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN

Rajah 2.6: Mesin Pemotong Besi(Grainder)

Fungsi alat ini adalah untuk memotong plat besi atau besi yang berlubang iaitu besi

paip. Alat ini memerlukan keselamatan penggunaa yang tinggi berikutan pusingan

pemotong amat laju serta boleh mengakibatkan kecederaan.

Rajah 2.7: Mesin Kimpalan (Mig).

Mesin pengimpal ini adalah untuk mencantumkan dua bahagian besi untuk tujuan

sambungan. Mesin jenis ini menggunakan kuasa elektrik dan gas untuk berfungsi.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

9

Rajah 2.8: Penebuk Pusat

Alat ini berfungsi untuk menanda titik tengah atau titik tebuk pada suatu besi plat.

Rajah 2.9: Sesiku L

Alat ini bertujuan menetukan garis sudut tepat pada 90 darjah.

Rajah 2.10: Pahat

Alat ini adalah untuk menanggalkan sisa kimpalan atau membuat tanggam pada kayu

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

10

Rajah 2.11: Kikir

Kikir adalah alat untuk melicinkan atau meratakan permukaan besi atau kayu.

RAJAH 2.12: Mesin Gerudi

Mesin gerudi berdiri adalah alat untuk menebuk lubang pada plat besi atau besi padu

untuk kegunaan yang tertentu

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

11

Rajah 2.13: Pembaris Besi

Pembaris adalah alat untuk menentukan kesamaan garis pada suatu penandaan

2.5 KAJIAN SENARAI ‘COMPRESSOR’ YANG DIPASARAN

2.5.1 Jenis-Jenis ‘Compressor’.

Jadual 2.1: Jenis-jenis ‘compressor’

1. Nama produk: Electric Air

Compressor Boxed New Belt

Driven Twin Cylinder.

2. Spesifikasi produk: 230v/50Hz

3. Kuasa: 3HP.

4. Penyimpanan: 100Liter.

5. Tekanan: 6bar – 115psi

6. Ulangan tekanan: 70psi.

7. Berat: 97kgs Approx.

8. Silinder 65m

1. Nama produk: AMICO-

25/SF2500. Voltage 230 VOLT.

2. Kuasa: 2 HP.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

12

3. Penyimpanan: 24 Liter.

4. Tekanan: 8 bar.

5. L x H x W : 580X270X600 mm

6. Penyambungan udara yang tinggi.

7. Silinders: 1.

8. Berat: 24.00KG

1. Nama produk: craftsman

135,24gp.

2. Kuasa: 1.5 HP

3. Tekanan: 135 psi / 9bar

4. Berat: 20 kg

5. Silinder: 1

2.6 KAEDAH YANG SEDIA ADA DIPASARAN

Terdapat pelbagai inovasi atau kaedah yang telah dijalankan bagi mengatasi

masalah ini.Contoh inovasi dan kaedah yang dapat dihasilkan untuk mengatasi masalah

ini:

Rajah 2.14: Mengeluarkan Bebola Galas

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

13

Rajah 2.14 menunjukkan slah satu cara untuk mengeluarkan bebola galas pada

hab roda. Proses ini memakan masa yang lama dan ianya meningkatkan risiko berlakunya

kecederaan.

Rajah 2.15 : Alat Penekan Bebola Galas

Rajah 2.15 menunjukkan alat khas untuk menolak bebola galas keluar dari hab roda.

Ianya hanya mempunyai satu kegunaan dan ianya tidak dapat dipelbagaikan.

Rajah 2.16: Penekan Bebola Galas Jenis Skru

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

14

Rajah 2.16 menunjukkan alat khas untuk menolak bebola galas keluar dari hab

roda. Alat ini memerlukan daya dari mesin penembak skru untuk berfungsi.

Rajah 2.17: Set Alat Penekan Bebola Galas

Rajah 2.17 menunjukkan alat khas yang mempunyai komponen untuk menolak

bebola galas keluar dalam pelbagai saiz.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

15

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Dalam Bab 3 iaitu Metodologi merupakan satu kaedah pembangunan yang

mempunyai penerangan sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pemilihan metodologi dalam pembangunan projek

merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dapat

dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan bersistematik.

Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil

dalam menghasilkan rekabentuk sistem kemudahan bagi mempercepatkan proses

penukaran getah pelindung habuk aci pandu dan hab bebola galas aci pandu serta

melakukan proses penukaran bebola galas roda. Untuk memudahkan pemahaman dan

perlaksanakan, metodologi projek telah ditunjukkan dalam bentuk carta alir. Bab ini

turut dimuatkan serta juga penerangan ringkas tentang proses dan konsep-konsep

rekabentuk serta pendekatan yang digunakan dalam membuat analisis kejuruteraan.

Kajian ini bermula dengan mengkaji masalah kesukaran semasa melakukan

penukaran getah pelindung habuk aci pandu dimana mekanik terpaksa menggunakan

kaedah mengetuk aci pandu bagi menanggalkan perumah geguli besi supaya mudah untuk

melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Kaedah mengetuk ini amat

bahaya kerana berisiko pada komponen dan keselamatan bengkel.

Selain itu, kebanyakan pekerja dibengkel perlu untuk menghantar komponen hab

bebola galas ke kedai mesin untuk menekan bebola galas keluar. Proses ini memakan

masa yang agak panjang memandangkan beberapa faktor perlu diambil kira iaitu, jumlah

pelanggan yang menghantar komponen dan bilangan pekerja yang bekerja dikedai mesin

itu sendiri. Dengan itu kami mencipta suatu alat yang memudahkan para mekanik yang

Page 16: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

16

berada di bengkel boleh digunakan untuk melakukan penukaran getah pelindung habuk

aci pandu dengan lebih cepat dan selamat serta melakukan proses penukaran bebola galas.

3.1.1 Metodologi Projek

Metodologi boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang

sistematik bagi menyelesaikan suatu masalah dengan membangunkan sistem

aplikasi atau pengaturcaraan. Sebuah metodologi akan menggunakan satu set

teknik yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik.

Terdapat beberapa jenis metodologi pembangunan yang digunakan dalam

membangunkan sesebuah aplikasi sistem. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah

bersesuaian dengan projek yang akan dijayakan. Ianya melibatkan catatan yang

melibatkan setiap proses yang berlaku semasa menyiapkan projek ini.

Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang

diambil dalam menghasilkan rekabentuk sistem kemudahan bagi mempercepatkan

proses penukaran getah pelindung habuk shaft pandu dan hab bebola galas shaft

pandu serta melakukan proses penukaran bebola galas roda. Untuk memudahkan

pemahaman dan perlaksanakan, metodologi projek telah ditunjukkan dalam

bentuk carta alir. Bab ini turut dimuatkan serta juga penerangan ringkas tentang

proses dan konsep-konsep rekabentuk serta pendekatan yang digunakan dalam

membuat analisis kejuruteraan.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

17

3.2 CARTA ALIR REKA BENTUK

Rajah 3.1: Carta alir

PENYATAAN MASALAH

PENYELIDIKAN

IDEA

PENGUBAHSUAIAN

MULA

PENILAIAN

TAMAT

Tidak

Ya

Page 18: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

18

3.2.1 Penerangan Carta Alir

i. Start (Mula) :

Perbincangan mengenai pemilihan bahan, pembahagian kerja

kepada ahli kumpulan dan sebagainya

ii. “Problem statement” (Pernyataan Masalah) :

Merujuk kepada sesuatu isu / masalah yang memerlukan

penyelesaian berpandukan latar belakang kajian yang diterangkan

secara terperinci di dalam bab 1.

iii. ‘”Research” (Penyelidikan) :

Penyelidikan saintifik yang dilakukan pada jenis-jenis alatan yang

terdapat dipasaran seperti telah diterangkan secara terperinci di

dalam bab 2

iv. “Invention” (Ciptaan/pembuatan) :

Berkaitan dengan pembuatan dan percambahan idea di dalam

proses penyiapan rekabentuk projek, proses,mesin,alat,dan

kerlengkapannya

v. “Modification” (Pengubahsuaian) :

Berkaitan pengubahsuaian rekabentuk projek berdasarkan

kelemahan data yang telah diambil semasa proses ujilari untuk

menjadikan produk menjadi lebih baik

vi. “Evaluation” (Penilaian) :

Melakukan proses ujilari pada projek untuk melihat keberkesanan

produk yang dihasilkan, kualiti produk serta merekod data.

vii. “End” (Tamat) :

Tamat menyiapkan dan penghasilan projek

Page 19: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

19

3.3 ANALISIS KONSEP REKABENTUK

3.3.1 Konsep Reka Bentuk Projek 1

Pada permulaan proses penghasilan projek, perbincangan dilakukan dan

mendapati alat ini memerlukan penambahan komponen untuk memudah kan proses

menekan bebola galas keluar.

Ia juga digunakan untuk menanggalkan hab sendi semesta aci pandu untuk

melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Selain itu alat ini mengelak dari

berlaku kecederaaan. Seterusnya ia dapat menjimatkan masa. Dengan ini kita dapat

mengurangkan kos semasa hendak menukar getah pelindung habuk. Alat ini memerlukan

gabungan tenaga kerja dari “Air Gun” dan manusia. “Air Gun” ini berfungsi dari

mampatan udara mesin pemampat udara yang berada dibengkel baik pulih kenderaan.

a) Kelebihan

1. Lebih fleksibel

2. Boleh dilaras

3. Mudah untuk digunakan

b) Kekurangan

1. Ketahanan yang kurang

2. Boleh mengakibatkan kecederaan

3. Waktu proses yang lama

Page 20: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

20

c) Lakaran Reka Bentuk 1

Rajah 3.2:Hasil Reka Bentuk 1

3.3.2 Rekabentuk 2

Rekabentuk untuk alat ini telah di ubahsuai dari bentuk asalnya dengan

penambahan beberapa komponen yang dicipta untuk meningkatkan lagi keupayaan alat

ini untuk menanggung beban yang tinggi untuk menekan bebola galas keluar dari hab

selain dari fungsi utamanya iaitu untuk menanggalkan hab aci pandu untuk penukaran

getah pelindung habuk aci pandu. Namun begitu,alat ini memerlukan tenaga kerja

manusia melebihi seorang individu untuk memastikan alat ini berfungsi. Pemampat udara

peringkat satu atau pemampat udara peringkat dua boleh digunakan untuk

menggabungkan tenaga kerja dari alat khas lain iaitu “Air Gun” dan tenaga kerja manusia

untuk memastikan alat ini dapat menjalankan proses yang dikehendaki oleh pengguna.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

21

a) Kebaikan

1. Hasil kerja yang lebih kemas.

2. Ketahanan yang tinggi.

3. Bahan pada komponen tambahan mudah didapati.

b) Kekurangan

1. Proses kerja yang rumit.

2. Masa penggunaan yang lama.

3. Sukar untuk digunakan.

c) Lakaran Reka Bentuk 2

Rajah 3.3:Hasil Rekabentuk

Page 22: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

22

3.3.3 Rekabentuk 3

Rekabentuk ini masih mengekalkan bentuk alat yang telah didapati dari kedai

alatan khas yang berhampiran. Namun beberapa komponen telah dicipta untuk

memudahkan penggunaan alat ini berdasarkan objektif untuk menginovasi alat supaya

menjadi dwi-guna. Alat ini masih memerlukan tenaga kerja manusia untuk berfungsi

mengikut kehendak pengguna. Komponen tambahan yang telah dicipta perlu

digabungkan agar alat ini berfungsi pada tahap yang optimum dengan bantuan “Air Gun”

dan juga tenaga kerja manusia. Komponen tambahan yang telah dicipta mampu

menampung beban hngga 3 bar.

a) Kelebihan

1. Cara penggunaan yang lebih efektif

2. Penjimatan masa untuk setiap penggunaan

3. Keselamatan yang lebih terjamin

b) Kekurangan

1. Komponen yang banyak

2. Penambahan beban alat

3. Mempunyai had penggunaan

c) Lakaran Reka Bentuk 3

Page 23: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

23

Rajah 3.4:Hasil Rekabentuk 3

3.4 JADUAL PENILAIAN BERMATRIK

Penilaian dan pemilihan konsep ini dibuat secara perbandingan dengan konsep

rekabentuk 1, konsep rekabentuk 2 dan konsep rekabentuk 3. Oleh itu, dapat

membezakan dari setiap sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap konsep

rekabentuk yang dilakarkan. Melalui kaedah penjadualan bermatrik ini lebih mudah

untuk memilih konsep rekabentuk yang lebih sesuai akan dipilih sebagai rekabentuk

projek yang sebenar. Selain itu,dari jadual ini juga kadar pengunaan optimum dapat

dianggarkan dan kos bagi pemilihan bahan juga dapat dikira.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

24

Jadual 3.1: Penilaian bermetrik

kriteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 Konsep rujukan

Kos penghasilan + - -

D

A

T

U

M

Penyelenggaraan - + +

Keselesaan penggunaan + - +

Modifikasi - + +

Struktur binaan - - +

Kecekapan - + +

Mudah alih + + +

Kekemasan - + +

jumlah Baik (+) 3 5 7 0

Kurang baik (-) 5 3 1 0

Daripada jadual penilaian bermetrik, ternyata konsep rekabentuk 3 mempunyai banyak

kebaikan dan kelebihan. Malah hanya sedikit sahaja kekurangan yang terdapat pada

konsep rekabentuk tersebut. Oleh yang demikan konsep rekabentuk 3 dipilih sebagai

konsep rekabentuk yang sebenar berbanding konsep rekabentuk 1 dan konsep reka bentuk

2. Antara lain, rekabentuk 3 mempunyai gabungan antara komponen asal dan beberapa

komponen tambahan yang membolehkan alat ini berfungsi untuk melakukan 2 proses

yang berlainan iaitu proses penukaran getah pelindung habuk aci pandu dan proses

penukaran bebola galas roda.

Page 25: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

25

3.5 LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

Rajah 3.6: Lukisan Berbantu Komputer

3.6 PEMILIHAN BAHAN

3.3.1 Pemilihan “Joint Remover”

Jadual 3.2: Pemilihan “Joint remover”

“Joint remover” Kelebihan / keburukan

Kelebihan

1) Dapat menerima

tekanan sehingga 4

bar.

2) Boleh dilaras

mengikut panjang

aci pandu.

Keburukan

1) Kos yang mahal

2) Berat

Page 26: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

26

3.3.2 Pemilihan Besi

Jadual 3.3: Pemilihan Besi

Jenis-jenis besi Kelebihan/Keburukan

Besi tuang putih

Kelebihan

1) Lebih keras

2) Boleh dikimpal

Keburukan

1) Lebih rapuh

Besi tuang kelabu

Kelebihan

1) Lebih keras

2) Tahan panas

3) Boleh dimesin

Keburukan

1) Mudah berkarat

Kelebihan

1) Kos yang murah

2) Ringan

Keburukan

1) Mudah lentur

2) Memerlukan

kawasan kerja yang

luas.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

27

Keluli tahan karat

Kelebihan

1) keras

2) Tidak berkarat

Keburukan

1) Lebih berat

2) rapuh

3.7 ANGGARAN KOS (PROJEK ‘Outside Joint Remover’)

Jadual 3.4: Anggaran Kos (‘Outside Joint Remover’)

Bil

Bahan

Kuantiti (unit) Kos

1 “Shaft Joint Remover” 1 RM 290.00

2 Gergaji besi 1 RM 2.00

3 Besi Plat 1 kaki RM 10.00

4 Nat Khas 1 RM 37.00

5 Mata Pemotong Besi 1 RM 5.00

6 Skru Khas 1 RM 52.00

7 Soket Saiz 24mm 1 RM 18.00

JUMLAH RM 414.00

Page 28: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

28

3.7.1 Pembuatan Komponen

Jadual 3.5: Pembuatan Komponen

1) Besi Tuang Putih

1) Proses tuangan ini dilakukan

dengan mencipta acuan bagi

alat yang dikendaki mengikut

bentuk yang ditetapkan.

2) Acuan yang dibuat dari pasir

yang tahan haba serta tetap

digunakan.

3) Besi tuang putih dituang

kedalam acuan dan dibiarkan

selama 2 jam dan dikeraskan

menggunakan proses

peneutralan.

2) Skru Khas

1) Besi tuang putih yang dihasilkan

menjadi sebatang besi dilarik

dibahagian luar menggunakan

larikan dari mesin pelarik untuk

mendapatkan ulir jenis ganda 2.

3) Nat Khas

1) Melarik dibahagian luar teflon

berdiameter 52.7 mm sehingga

berdiameter 22.7 mm

a) Menebuk lubang muncung

ditengah-tengah teflon

sepanjang 42 mm dan

berdiameter 3 mm

b) Menebuk lubang pada

Page 29: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

29

bahagian

belakang teflon sedalam

10mm dan berdiameter 8 mm

c) Melarik pada bahagian

hadapan teflon sehingga

d) mendapatkan lubang

4) Penekan Bebola Galas

a) Melarik besi silinder yang

berukuran 4cm hingga saiz

silinder yang telah dilarik

berukuran 2cm.

b) Lubang yang bersaiz 13mm

ditebuk pada permukaan

bahagian atas besi silinder.

5) Plat Pencengkam

a) Besi plat yang ditebuk

dengan gerudi dan mata

gerudi yang bersaiz 14mm

pada bahagian hujung plat.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

30

3.7.3 Pembuatan Komponen Tambahan

Jadual 3.6: Pembuatan Komponen Tambahan

1) Nat Khas

a) Keluli bersudut dipotong kepada

dua bahagian mengikut 1.4cm.

b) Keluli bersudut kemudiannya

dikimpal pada nat khas bagi

memastikan nat tidak bergerak

semasa proses menekan bebola

galas roda keluar.

c) Kimpalan yang digunakan adalah

kimpalan jenis gas “Metal Innert

Gas” (MIG).

2) Skru Khas

a) Silinder besi yang bersaiz

26mm dilarik untuk

mendapatkan ulir jenis ganda

dua yang didapati lebih kuat

berbanding ulir lain.

b) Bahagian hujung silinder besi

dilarik hingga silinder besi

bersaiz 24mm.

c) Nat yang bersaiz 24mm

dikimpal dihujung yang lain

bagi memudahkan mekanik

untuk menggunakan soket

yang sesuai.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

31

3) Skru

a) 2 batang skru yang bersaiz

14mm dugunakan untuk

mengetatkan pencengkam

ketika proses menekan

bebola galas roda keluar.

b) Skru ini mempunyai panjang

8cm.

3.8 PROSES PENYEDIAAN PROJEK

3.8.1 Pemotongan Dan Pemesinan Bahan

Apabila sampai pada tahap proses pengukuran dan pemotongan, saiz ukuran

atau dimensi projek harus dikaji dengan teliti. Hal ini penting dalam menentukan

saiz dan kaedah pemotongan yang akan digunakan dalam penghasilan projek ini.

Selain itu, kita juga boleh mengetahui peralatan-peralatan yang akan digunakan

dalam proses pemotongan ini.

Proses pemotongan besi dilakukan mengikut ukuran dan reka bentuk yang

telah ditetapkan. Garisan dilukis pada besi bagi memudahkan proses pemotongan

dilakukan dengan tepat. Mesin dihidupkan, besi dipasang pada mesin dan

disokong bagi mengelakkan plat terjatuh atau tergelincir. Kerja pemotongan besi

dilakukan sehingga siap.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

32

Rajah 3.7: Kaedah Pemotongan Besi

3.8.2 PROSES MEGIMPAL (MIG)(METAL INERT GAS)

Jenis kimpalan yang digunakan bagi menyiapkan projek ini ialah kimpalan gas

(MIG). Ini kerana kimpalan ini lebih teguh berbanding kimpalan lain dan kimpalan ini

juga sesuai digunakan bagi penyambungan besi padu. Proses kimpalan ini dilakukan di

bengkel kimpalan dengan izin pensyarah yang bertugas. Proses mengimpal ini dilakukan

secara berperingkat berikutan masa yang terhad untuk menggunakan kawasan bengkel

kerana pelajar lain turut menggunakan kawasan yang sama bagi proses pengajian. Proses

ini dilakukan oleh dua ahli kumpulan yang mahir dalam kimpalan dan turut dibimbing

oleh penyelia serta pensyarah yang bertugas.

Page 33: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

33

Rajah 3.11:Proses Kimpalan Gas

3.8.3 Proses Penebukan Lubang Pada Alat

Prose ini dilakukan dengan menggunakan mesin menebuk yang ada di

bengkel Gegas. Kami menggunakan saiz 17 milimeter sebagai diameter lubang

yang ingin ditebuk. Sembilan lubang ditebuk bersesuaian dengan panjang shaft

pandu. Setiap shaft pandu mempunyai panjang yang berbeza. Panjang atau jarak

setiap lubang ditentukan dengan mengukur panjang shaft pandu kenderaan jenis

Perodua kancil, proton Wira,Toyota Wish,dan Toyota Estima Aeras.

Page 34: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

34

Rajah 3.12:Proses Menebuk Lubang Pada Alat

3.9 PENGUBAHSUAIAN REKABENTUK

Rajah 3.8: Reka bentuk projek 1

\

Page 35: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

35

Rajah 3.9: Reka bentuk projek 3

Gambarajah 3.9 merupakan reka bentuk “Outside Joint Remover” yang

telah dihasilkan.

3.10 PROSEDUR UJILARI PENUKARAN GETAH PELINDUNG

HABUK ACI PANDU DAN PENUKARAN BEBOLA GALAS RODA

1) Mengenal pasti prosedur yang perlu dilakukan untuk memulakan

proses penukaran pada kenderaan jenis Proton Wira Sedan.

2) Menanggalkan rim beserta tayar dengan berhati-hati.

3) Seterusnya,menanggalkan hab roda dan piring brek menggunakan

spana 17mm dan menanggalkan sendi bebola dari lengan bawah.

4) Membebaskan aci pandu pada bahagian luar untuk memasukkan

alatan khas.

5) Mengetatkan plat pencengkam pada bahagian lurah aci pandu

bahagian luar untuk memastikan alatan khas tidak tergelincir

semasa proses dijalankan.

6) Memastikan pemampat udara dan “Air Gun” yang beserta dengan

soket yang bersaiz 32mm bersedia untuk melakukan proses.

7) Mengetatkan nat yang bersaiz 32mm menggunakan “Air Gun” dan

soket yang bersaiz 32mm dengan kadar tork pusingan “Air Gun”

dan kelajuan yang sederhana.

8) Menambah tork pusingan “Air Gun” untuk memastikan hab aci

Page 36: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

36

pandu bahagian luar tertanggal dari aci pandu dan masa diambil.

9) Menukar getah pelindung habuk aci yang baru dan mengetatkan

klip pada bahagian rongga getah pelindung habuk.

10) Menanggalkan hab roda beserta piring brek menggunakan spana

spana yang bersaiz 17mm.

11) Membebaskan pencengkam brek dan plat pelindung piring brek

serta piring brek.

12) Meletakkan hab roda diantara dua plat pencengkam dan

mengetatkan plat pencengkam.

13) Meletakkan komponen pada ragum sebagai tapak untuk

melakukan proses.

14) Memasang komponen tambahan alatan khas yang dicipta pada

bahagian atas iaitu skru khas dan nat khas serta meletakkan

penekan bebola galas pada lubang hab bebola galas.

15) Menggunakan soket yang bersaiz 24mm dan “Air Gun”,skru khas

diketatkan untuk memberi tekanan pada penekan bebola galas

seterusnya menekan bebola galas keluar dan masa diambil.

16) Menukar bebola galas dan mengulangi proses 15 untuk menekan

bebola galas masuk.

17) Kemudian memasang kembali komponen yang yang terlibat iaitu

piring brek, plat pelindung, dan pencengkam brek.

18) Memasukkan kembali aci pandu pada hab roda dan mengetatkan

nat yang bersaiz 32mm pada aci pandu.

19) Memasang kembali rim beserta tayar dan mengetatkan nat

yang bersaiz 17mm menggunakan soket 17mm dan “Air Gun”

serta pemampat udara.

20) Melakukan pengujian keatas kenderaan dan pemeriksaan akhir

sebelum memulangkan kenderaan kepada pemilik.

Page 37: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

37

3.11 PENGREKODAN DATA

a) Tekanan yang mampu ditampung oleh komponen tambahan pada alatan

khas. Nilai tekanan ini diambil dari tolok tekanan yang berada pada pemampat udara.

Jangka masa proses juga turut diambil untuk menilai keberkesanan alatan.

Jadual 3.10: Tekanan Melawan Masa Dalam Proses Penukaran

Bil Tekanan angin

(MPa)

Tekanan Yang

Dihasilkan

Masa (s)

Menanggalkan

Hab Bahagian

Luar Aci

Pandu

Menekan

Bebola Galas

Roda Keluar

Menekan

Bebola Galas

Roda Masuk

b) Hasil kerja yang telah dilakukan juga telah direkodkan setelah kenderaa

di uji pada jarak tertentu dan keadaan jalan yang tertentu bagi menguji keberkesanan

alatan khas ini. Apabila berlaku kerosakan pada komponen yang telah ditukar, secara

automatik kenderaan yang dipandu akan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Page 38: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovation.com

38

Jadual 3.11: Keputusan Hasil Kerja

Bil Keadaan

Komponen

Hasil Uji Pandu Kerosakan

Menanggalkan

Hab Bahagian

Luar Aci

Pandu

Menekan

Bebola Galas

Roda Keluar

Menekan

Bebola Galas

Roda Masuk