opik 5

8
OPIK 5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy) Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi – strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan. 5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial. Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these students”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid- murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid. 5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.

Upload: husaini-hisham

Post on 12-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nmk

TRANSCRIPT

Page 1: OPIK 5

OPIK 5

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)

Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.

5.1 Konsep Pedagogi Relevan BudayaSebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial.Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these students”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid.

5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.

Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the student’s knowledge and skills and (b) school’s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover the connections between what she knows and what teachers want her to know” (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Definisi :

Page 2: OPIK 5

Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes.”1

Berhenti dan Berfikir

Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan kawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:

Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda bincang dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?” Selepas berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.

Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan..3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.

5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Page 3: OPIK 5

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatifGuru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. PenemuanGuru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

3. ProjekKaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.

Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

Page 4: OPIK 5

Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda.Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.BilKumpulan EtnikPerkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran

Page 5: OPIK 5

Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

Cuba buat renunganCuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

Latihan/Aktiviti

Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana anda akan melaksanakannya?

1.4 Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah dipelajari.

· Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes”

· Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi

· Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek.

· Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan AsasGredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New

Page 6: OPIK 5

Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley EducationalInc.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. TeachingExceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.