oku dan peluang pekerjaan

4
OKU dan Peluang Pekerjaan Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti. Kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka faktor kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin banyak graduan oku yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja. Mengapakah pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka diabaikan dalam sektor pekerjaan. Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari

Upload: fadzly-azida

Post on 29-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: OKU Dan Peluang Pekerjaan

OKU dan Peluang Pekerjaan

Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya

yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU

juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi

memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap

prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan

seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.

Kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang

upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka faktor

kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan

kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin banyak graduan oku yang mendapat keputusan

yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja.

Mengapakah pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang

sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai

kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman

serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka

diabaikan dalam sektor pekerjaan.

Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk

mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan.

Mereka mungkin susah untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu mungkin juga

mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat

yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya mungkin menghadapi

kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat

terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi

apakah kesannya terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan

pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan,

tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang

pekerjaan walaupun mereka punyai kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat

penyayang? masyarakat penyayang yang dibentuk oleh acuan manakah ini? Negara kita ini

Page 2: OKU Dan Peluang Pekerjaan

dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat

dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga

asing.

Mungkin juga disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang

– bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan, pekara asas dalam bidang tersebut perlu

ada kerana jika tiada asas ini menyukarkan proses pekerjaan Walaupun begitu masih ada

pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja kraftangan

dan membungkus makanan.

Selain itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang

sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat kerajaan mahupun swasta.

Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh diberi tugas menaip dan membuat

laporan tertentu. Mereka juga boleh bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan

arahan melalui e-mel yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh

menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak menyusahkan mereka

untuk ke tempat kerja.

Seterusnya, tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang

upaya ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet saluran –

saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah untuk golongan OKU.

Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan

jawatan kebanyakannya dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif

dalam dunia siber , mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengakses maklumat

tersebut.

Kerajaan sepatutnya lebih prihatin terhadap golongan ini bukan meminggirkan

golongan ini ke tepi, mereka telah diberi pendidikan jadi wajarlah mereka dihargai dengan

memberikan pekerjaan ataupun bantuan untuk memulakan peniagaan. Jadi mereka boleh

berdikari dan boleh berjaya dengan pekara yang mereka lakukan. Jadi kerajaan boleh

mengurangkan peruntukan bantuan kepada golongan kurang upaya ini apabila mereka sudah

mempunyai pekerjaan. Ini dapat mengelakan mereka daripada merasa rendah diri apabila

dikatakan golongan yang suka meminta sahaja tanpa melakukan sebarang kerja.

Page 3: OKU Dan Peluang Pekerjaan

Namun begitu nilai murni yang telah ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah

(MPAG), Melaka dengan melancarkan skim pekerjaan sukarelawan di anggap memberi nafas

baru kepada golongan OKU di daerah tersebut. Skim yang diperkenalkan itu mampu

mengubah nasib OKU dengan memastikan mereka memperolehi pendapatan bulanan.Pekara

ini patut dicontohi oleh para majikan lain dalam memberi peluang kepada OKU mencari

pekerjaan.

Selain itu , perkhidmatan penempatan terdapat di setiap negeri bagi membantu orang-

orang yang terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran terbuka ataupun di bengkel

terlindung bagi mereka yang tidak berkemampuan bertanding di pasaran terbuka. Antara

contoh bengkel terlindung ialah Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani dan bengkel-

bengkel yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.Maklumat berkaitan boleh didapatkan

daripada JKM.

Secara kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak perlu

di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang dalam mengharungi suasana kerja pada zaman

yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Penggunaan teknologi

sedikit sebanyak dapat membantu ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan

tertentu.